You are on page 1of 5

REFLEKSI BINA INSAN GURU

NAMA AKTIVITI : KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

TARIKH : 5 OGOS 2010

TEMPAT : SK KUBANG KERIAN 3

Program bina insan guru merupakan salah satu program wajib yang harus di lalui
dan dijalankan oleh guru pelatih. Sebelum merancang dan melaksanakan program ini
seharusnya guru pelatih perlu mengetahui apakah skop yang harus diterjemahkan
dalam aktiviti yang mereka laksanakan seperti objektif BIG serta misi dan visinya. Hal
ini kerana , sebarang aktiviti tidak hanya perlukan kesan kepada peserta yang
menyertai aktiviti yang kita laksanakan tetapi kesannya juga perlu bermanfaat kepada
penganjur iaitu guru pelatih sendiri sebagai suatu pengalaman yang berguna dimasa
hadapan. Program ini mencakupi tiga tugasan iaitu lawatan penanda aras, aktiviti
bengkel dan refleksi wajib. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tujuh jam dan
yang kedua pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil masa selama tiga jam. Kedua-
duanya akan diadakan di tempat yang sama.Tujuan lawatan penanda aras ini memberi
peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang
cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan,
pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infostruktur
kokurikulum. Objektif utama aktiviti bengkel ialah untuk mendedahkan pelajar kepada
maklumat- maklumat berkaitan ciri- ciri guru yang inovatif selaras dengan tajuk yang
diberi iaitu “ GURU INOVATIF”. Di akhir aktiviti bengkel ini, akan diadakan sesi refleksi
wajib Program BIG dari semester satu hingga enam.

Bagi Bina Insan kali ini , opsyen PISPM Pemulihan (BM)/MT telah mengadakan
satu program kepimpinan pengawas. Sebelum melaksanakan aktiviti ini pelbagai kerja
di belakang tabir harus dilaksanakan serta persetujuan dari pihak berwajib iaitu pihak
kampus. Apa yang kami lakukan adalah menstruktur jawatan-jawatan utama sebagai
penggerak kerja yang kami lakukan. Perbincangan kami lakukan bersama dan jawatan
tidak semestinya kami sandarkan kepada orang yang berpengalaman tetapi memberi
peluang kepada guru pelatih lain yang mampu untuk menjadi daya penggerak program
ini. Alhamdulillah , segala penstrukturan organisasi kerja telahpun kami lantik dan
selepas itu kami melaksanakan perbincangan tentang nama aktiviti , sekolah sasaran ,
sasaran peserta , bujet dan aktiviti yang hendak dilaksanakan. Selepas segalanya
mendapat persetujuan maka kertas kerja disiapkan sebagai salah satu langkah utama
untuk mendapat keizinan daripada pihak berwajib. Segalanya berjalan lancar dan
kertas kerja juga telah mendapat kelulusan. Kami cuba berbincang dengan pihak
sekolah dan beberapa orang wakil dihantar untuk berbincang dengan pihak berkenaan.
Pada mulanya lawatan perbicangan berlaku sedikit salah faham antara pihak sekolah
dan kami. Pihak sekolah menjangkakan kami ingin melakukan program terhadap murid
Pemulihan kerana kami dari opsyen berkenaan. Alangkah kecewanya saya selaku ahli
jawatankuasa yang merancang aktivti dimana tidak mendapat kesesuaian dengan
aktiviti yang ingin kami jalankan. Lalu , untuk kali kedunya kami tampil untuk melakukan
sedikit pembetulan dan pembentangan aktiviti serta modul yang sudah kami siapkan
agar pihak berkenaan tidak salah faham dengan program kami. Tujuannya , objektif
kami kali ini tercapai. Sepanjang proses pembentangan , pihak sekolah bersetuju dan
mengatakan aktiviti yang bagus dan terancang.

Aktiviti kali ini dirancang dalam waktu yang singkat , maklumlah kami terpaksa
pergi ke perkhemahan unit beruniform. Maka kami terpaksa bekerja keras dan cepat
untuk menyediakan segala peralatan yang mencukupi. Selaku wakil Ahli Jawatankuasa
Modul saya melaksanakan suatu penerangan dan pengagihan aktiviti kepada para
Fasilitator. Penerangan ini penting kerana fasilitator harus menjalankan aktiviti ini
dengan sempurna tanpa ada kecatatan. Maklumlah kata saya “kita bakal guru dan
murid yang ingin kita didik ini pengawas sekolah dan kita haruslah tegas dan
menunjukkan kematangan”, tegas saya kepada mereka semua. Semuanya berjalan
lancar dan penerangan hampir tiga kali dilaksanakan. Ada juga beberapa perkara yang
tidak sewajarnya berlaku telah berlaku namun biarlah menjadi suatu kesimpulan saya
sendiri terhadap sikap individu di dalam kelas saya sendiri. Sehari sebelum aktiviti
berkenaan dilaksanakan , kami telahpun ke sekolah berkenaan untuk menyediakan
tempat supaya aktiviti berjalan dengan lancar keesokan harinya.

Beberapa aktiviti yang telah dirancang adalah aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK) dan aktiviti Treasure Hunt. Saya simpulkan objektif keseluruhan aktiviti , dimana
aktiviti ini merupakan aktiviti yang dasarnya membentuk displin , semangat
berkumpulan , kasih sayang , pengucapan awan , keberanian membuat keputusan dan
berani sahut cabaran. Kesemua nilai ini harus dipupuk dalam jiwa pengawas sekolah
sebagai pembantu guru untuk mengawal keadaan dan persekitaran sekolah. Sebagai
guru pelatih juga , kami dapat mengetahui sikap pengawas yang tidak harus ada dan
tidak semua pengawas yang dilantik mempunyai pengucapan awam yang bagus serta
berani kehadapan. Aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut :

a) Aktiviti LDK “Inilah saya”


Aktiviti ini memupuk semangat ingin mengenali diri orang lain
walaupun tidak sama dalam darjah mereka. Berbekalkan sebiji telur
setiap kumpulan, orang yang memegang telur harus memberikan
menjawab soalan yang diberikan oleh peserta lain. Objektifnya mudah,
telur melambangkan tanggungjawan sebagai pengawas dan soalan
yang harus mereka jawab adalah bertujuan memberitahu kepada
mereka sesungguhnya seorang pengawas harus menunjukkan
perwatakannya dan latarbelakangnya dan harus bergaul dengan murid
lain agar ikatan antara pihak sekolah dengan murid erat.
b) Aktiviti LDK “ Mafia Wars”
Aktiviti ini Nampak mudah untuk dilaksanakan tetapi fasilitator sukar
untuk memahaminya. Puas menerangkan akhirnya mereka berjaya
memahaminya. Objektif keseluruhan aktiviti adalah ingin memberitahu
kepada pelajar bahawa , sebagai pengawas, kita tidak harus menuduh
murid lain tanpa ada usul periksa ataupun dengan melihat rupa paras
murid lain untuk menuduh murid lain melakukan kesalahan. Cara
aktiviti dilakasanakan agak panjang untuk diterangkan disini. Tetapi
cukuplah saya menulis objektif utama aktiviti dilaksanakan supaya
pihak tutor mengetahui keberkesanan aktiviti dengan objektif asal
program ini.

c) Aktiviti seterusnya adalah “ALL OUT”


Aktiviti ini hanya melibatkan tiga orang peserta sahaja. Peserta
berkenaan akan diberikan teks cerita yang berbeza dan diberi masa
setengah jam untuk melaksanakan persiapan. Manakala peserta lain
telah dilatih dengan beberapa arahan pada kad warna. Terdapat 3 kad
warna yang berbeza iaitu merah , kuning dan hijau. Kad merah untuk
arahan “Boooooooooooooo” , kad kuning untuk “tepukan tangan “ dan
kad hijau “ ketawa”. Apabila peserta bercerita berkenaan bercerita
kada berkenaan akan dinaikkan dan mereka melaksanakan arahan
tersebut. Pertama hendak menguji si pencerita yang menyampaikan
cerita dihadapan dan kedua penekanan terhadap sikap ketawakan
rakan yang berada dihadapan dan sebagainya adalah sikap yang tidak
harus ada pada diri pengawas sekolah.

d) Aktiviti seterusnya adalah aktiviti “treasure hunt”


Aktiviti ini merangkumi beberapa stesyen yang harus mereka cari dan
sampai. Dengan setiap stesyen mempunyai pelbagai cabaran aktiviti
yang harus mereka lalui. Paling menarik adalah stesyen laluan berduri.
Ketika inilah keberanian diuji dan ramai yang menangis. Bukan kerana
apa , tetapi sekadar menguji mentaliti mereka sahaja sedangkan
mereka tidak pun melalui laluan berkaca berkenaan. Selain itu ,
terdapat elemen patriotisme dan semangat berpasukan dalam setiap
stesyen. Mereka juga diberikan beberapa barang amanah yang harus
mereka jaga sehingga ke stesyen yang terakhir.
Begitulah perancangan aktiviti yang ingin kami laksanakan. Pada hari yang
dinantikan oleh kami iaitu 5hb Ogos 2010 tepat jam 7.40 pagi kami sudah pun berada di
sana. Segala perancangan kami jalankan dengan teliti. Dengan sasaran pelajar
seramai 60 orang maka inilah suatu cabaran untuk kami melaksanakan aktiviti
berkenaan dan cabaran kepada kami untuk menjayakannya. Alhamdulillah segalanya
saya lihat berjalan dengan lancar walaupun kami diberikan yang tidak panjang oleh
pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti ini. Majlis bersurai selepas adanya majlis
penutupan yang telah dirasmikan oleh Encik Othman Bin Che Wil iaitu wakil dari pihak
pentadbiran.

Beberapa perkataan saya ingin rakamkan disini pertama , bersyukur kerana


segalanya berjalan dengan lancar , kedua , gembira kerana melihat rakan-rakan lain
menjayakan aktiviti yang saya sendiri rancangkan ini dengan sempurna , ketiga sedikit
kekcewaan kerana beberapa perkara kami tidak perolehi daripada pihak maktab
sedangkan ini merupakan perkara wajib dan terdapat bantuan yang sewajarnya
diberikan kepada kami seperti makanan , bas dan barang-barang lain yang kami
terpaksa gunakan kewangan kami sendiri. Namun tidak mengapalah kerana ini
merupakan dugaan kepada kami. Akhir kata , terima kasih kepada anda semua kerana
menjayakan program ini dengan baik sekali dan mudahan menjadi suatu anugerah ilmu
kepada kita semua dan menjadi bekalan diwaktu alam persekolahan kelak.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like