You are on page 1of 33

TEORI PEMORELEHAN

BAHASA

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 1


TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

DUA PENDAPAT

Ahli-ahli empiris Ahli-ahli rasionalis

Teori DUA TEORI BESAR Teori


Behavourisme/ Kognitif/
Mekanis Mentalis

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 2


Teori Behavourisme/Mekanis
 Lebih cenderung membuat kajian.

 Menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa


dengan menggunakan pendekatan yang dapat
dialami dan diamati secara langsung.

 Memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal


yang mementingkan satu rangkaian turutan
sebab dan kesan.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 3


Teori Behavourisme/Mekanis
 Menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai
rangsangan dan tindak balas organisma pada
rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai
gerak balas.

 Menekankan bahasa adalah perangai dan


individu lebih banyak belajar melalui
pengalaman daripada melalui otaknya.

 Penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 4


Teori Behavourisme/Mekanis
 Ia mementingkan kajian tentang data-data, iaitu
kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur.

 Kemahiran bahasa dipandang sebagai satu


kebiasaan maka satu tabiat mesti ditanam ke
dalam diri pelajar-pelajar dengan memberi
peluang berlatiih berulang kali.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 5


BAHASA

TEORI BEHAVIURISME
Terbahagi kepada 4, iaitu:
1. Proses pengulangan
2. Tingkah laku manusia
3. Alat komunikasi
4. Ganjaran
BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 6
Teori Behaviurisme : Proses Pengulangan

 Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.

 Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa


pertama oleh seseorang kanak-kanak.

 Pengajaran menekankan pengulangan yang


banyak kerana penguasaan adalah satu proses
mekanis yang tidak memerlukan daya mental.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 7


Teori Behaviurisme : Tingkah Laku Manusia

 Bahasa adalah suatu tingkah laku


manusia.

 Tingkah laku manusia berpunca daripada


wujudnya rangsangan dan gerak balas.

 Bahasa juga lahir sebagai gerak balas


terhadap sesuatu rangsangan.
BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 8
Teori Behaviurisme : Alat Komunikasi

 Bahasa sebagai alat komunikasi.

 Menekankan aspek lisan.

 Bahasa adalah sejumlah isyarat/tanda


yang berupa unsur-unsur bunyi yang
dinamakan bentuk linguistik.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 9


Teori Behaviurisme : Alat Komunikasi

 Skinner menekankan bahasa adalah


proses perilaku, hasil daripada operasi
rangsangan dan gerak balas yang
bergantung kepada ciri-ciri naluri dan
manusia mempunyai alat-alat biologis
yang berfungsi melahirkan bahasa dan
manusia menggunakannya untuk
berhubung.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 10


Teori Behaviurisme : Ganjaran

 Pengukuhan yang dapat ditimbulkan


melalui ganjaran yang harus diberikan
apabila seseorang pelajar memberikan
gerakbalas yang betul.

 Skinner beranggapan bahawa ganjaran


penting untuk mewujudkan pengulangan.
Apabila pengulangan berlaku, maka
wujudlah pembelajaran.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 11


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Teori ini menekankan :

 Bahasa ialah perilaku, dan individu banyak belajar


melalui pengalaman daripada melalui otaknya.

 Ia tidak mementingkan fungsi mental dan apa


yang perlu dikaji ialah data-data, iaitu kalimat-
kalimat yang dapat diamati dan diukur.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 12


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Golongan yang mengikut aliran ini berpendapat

 Otak manusia merupakan satu kotak hitam yang


gelap dan apa-apa yang terjadi di dalamnya tidak
dapat diamati.

 Mereka mengatakan apa sahaja yang ada dalam otak


itu tiodak berkaitan dengan penyelidikan linguistik
dan apa yang dapat secara langsung diamati dan
diselidiki.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 13


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Teori ini mengatakan :

 Bahasa ialah proses perilaku dan mementingkan satu


rangkaian turutan sebab dan kesan.

 Ia menganggap bahasa sebagai hasil operasi


rangsangan dan gerak balas yang semata-mata
bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada pada
manusia.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 14


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Faktor persekitaran dianggap sebagai
rangsangan dan tindak balas terhadap
rangsangan itu sebagai gerak balas.

 Teori ini menolak sebarang pendapat yang


menghubungkan proses penghasilan
bahasa dengan operasi mental.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 15


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Teori ini mementingkan penekanan :

 Kepada bentuk-bentuk linguistik.

 Segala penghasilan bunyi atau sesuatu kata


harus dapat dilakukan secara tepat terutama
daripada aspek fonologi, struktur, intonasi dan
lain-lain penguasaan dalam bunyi.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 16


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Untuk memprolehi kemahiran bahasa :

 Latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara


kerap kerana kemahiran bahasa dipandang
sebagai satu kebiasaan.

 Oleh itu, pelajar perlu diberi peluang berlatih


berulang kali untuk membentuk satu tabiat
dalam diri mereka.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 17


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Ini bermakna bahasa dikuasai melalui proses
pengulangan kerana teori ini beranggapan
bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses
mekanis yang tiada bersangkutan dengan
permikiran atau daya mental.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 18


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Teori berasaskan cara pemerolehan bahasa
pertama kanak-kanak :

 Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal


melalui proses peniruan daripada ibubapa atau ahli
keluarga mereka.

 Mereka mnguasai bunyi-bunyi dan menyebut


perkataan-perkataan yang telah mereka dengar
berulang kali sehingga mereka dapat mengungkap
ayat-ayat yang lengkap.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 19


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Antara ahli-ahli bahasa mengikut teori ini :

 Bloomfield, Sapir, Boas, Brooks

 Ahli psikologi :

 B.F Skinner, Thomdike, Burhrus Frederic


Skinner, Ivan Petrovich Pavlov, John Broadus
Watson dan Edwin R. Guthrie.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 20


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Teori dari segi pemerolehan bahasa pula, golongan ini
menekankan bahawa bahasa dapat dikuasai melalui
pembelajaran secara tidak formal dan formal.

 Cara tidak formal boleh berlaku pada peringkat awal sejak


kanak-kanak itu dilahirkan sehingga sebelum mereka masuk
sekolah.

 Bagi golongan ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat


ingin tahu dan aktiviti meniru adalah yang menjadi
faktor utama dalam pembelajaran bahasa.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 21


Ciri-ciri Teori Behaviurisme
 Menganggap pembelajaran bahasa
merupakan satu kebiasaan yang diperolehi
dengan mengulang-ulang aktiviti yang
hendak dikuasai itu.

 Menekankan bahagian luar bahasa yang


merupakan kalimat-kalimat yang
diperolehi menurut cara S.R dan dihasilkan
secara mekanis.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 22


Tokoh-tokoh Yang Menyokong Teori
Behaviorisme

PROFESOR PROFESOR
R. BROWN B.F.
SKINNER

PROFESOR PROFESOR
J.B. LEONARD
WATSON BLOOMFIELD

PROFESOR PROFESOR
E.L. E.R. GUTHRIE
THORNDIKE

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 23


LATAR BELAKANG DAN
PANDANGAN TOKOH-
TOKOH ALIRAN
BEHAVIORISME

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 24


Profesor B.F. Skinner
 Profesor psikologi di Universiti Havard, Amerika
Syarikat.

 Penulis kepada buku berjudul “Verbal Behavior


1957”

 Berpendapat lakuan bahasa ialah suatu lakuan


yang diperkukuhkan oleh seseorang pendengar
dan berkembang menurut prinsip yang sama
dengan lakuan operan yang lain. Iaitu penutur
itu juga menjadi pendengarnya sendiri dan
memperkukuhkan lakuan bahasanya sendiri.
BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 25
Profesor B.F. Skinner
 Melihat pembelajaran bahasa merupakan
penguasaan satu kebiasaan yang
diperoleh dengan kaedah ‘Latih Tubi’
mengulang-ulang melakukan aktiviti yang
hendak dikuasai.

 Melihat operasi pembelajaran bahasa


dengan menggunakan unsur ransangan
dan gerak balas.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 26


Profesor B.F. Skinner
 Memperkenalkan 2 jenis pembelajaran :

1. LAKUAN RESPONDEN (gerak balas yang


automatis dan tetap)

Contoh : Lutut yang terangkat kalau diketuk oleh


doktor. Satu lakuan yang ada
ransangan (ketuk) dan ada gerak balas
(kaki terangkat)

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 27


Profesor B.F. Skinner
2. LAKUAN OPERAN (berlaku mengikut lingkungan
atau keadaan)

Contoh : Lakuan menelan makanan bukan sahaja


kerana ransangan terlihat makanan, tapi juga rasa
lapar, lingkungan sosial, dan beberapa lingkungan
atau suasana yang berlainan.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 28


Profesor E.R. Guthrie
 Profesor psikologi di Universiti Washington.

 Penulis – “The Pcycology Of Learning 1935”.

 Berpendapat pembelajaran berlaku dengan adanya


rangsangan dan diikuti dengan gerak balas.

 Sesuatu keadaan gerak balas itu berlaku dalam satu


keadaan tertentu, maka semasa kita berada dalam
keadaan seperti itu pada masa yang lain, maka kita akan
melakukan gerak balas yang sama.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 29


Profesor Leonard Bloomfield
 Ahli psikologi Amerika Syarikat.

 Pelapor kepada huraian bahasa secara structural/


deskriptif.

 Terkenal dengan bukunya ‘Language 1933’ buku paling


baik dalam menghuraikan ilmu linguistik pada
zamannya.

 Menganggap pembelajaran bahasa adalah proses


mekanikal untuk membentuk tabiat dan dilakukan
melalui latihan dan pengulangan yang baik.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 30


Profesor Leonard Bloomfield
 Beliau menyatakan :
‘Pattern practice capitalizes on the mind’s capacity to
perceive identity of structure where there is
difference in content and in quickness to learn by
analogy.’ (Brooks,N. 1964:146-7)

 Menurut beliau, penggunaan latih tubi pula


untuk menghasilkan penguasaan struktur
bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga
untuk menerangkan konsep-konsep tatabahasa.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 31


J.B. Watson (1878 – 1958)
 Profesor psikologi di Universiti John Hopkins.

 (1919) Penulis sebuah buku ‘Pschology from the


stand point of behaviorist’.

 Beliau mengkaji lakuan (Gerak-geri otot) dan


tidak mementingkan pengalaman sedar.

 Beliau memberi sumbangan dalam penolakan


terhadap perbezaan jasad dan fikiran.

BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 32


Profesor R. Brown
 Penulis sebuah buku ‘A first language The
Early Stages 1974’.

 Mengkaji bagaimana kanak-kanak


mempelajari bahasa dan implikasinya
terhadap pengajaran bahasa.

 Mengkaji perkembangan bahasa kanak-


kanak dari segi pembentukan ayat.
BBM 5401 Teori Pemerolehan Bahasa 33

You might also like