You are on page 1of 26

KAMUS

ISTILAH

MATA
PELAJARAN
TASAWWUR

Kamus istilah ini disusun untuk kegunaan pelajar yang mengambil matapelajaran
Tasawwur Islam Tingkatan empat dan lima. Ianya disusun sesuai dengan apa yang
diguna pakai dalam buku teks Tasawwur Islam tingkatan 4 dan 5

0
Kontrak jual beli untuk
membeli sesuatu barangan
dengan bayaran harga
secara tertangguh termasuk
keuntungannya sekali.
Disediakan oleh : Pelanggan dibolehkan
Safaee b. Zakaria membayar secara ansuran
SMK Jelawat, mengikut tempoh yang telah
Bachok, dipersetujui secara bersama.
Kelantan Alam nyata yang boleh
ditanggapi oleh pancaindera
manusia dan boleh
digunakan pada bila-bila

Cetakan 2008

Bil Istilah Maksud


1. Adil Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya
Agama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan oleh manusia
2. Agama Budaya sendiri, hasil daripada pemikiran mereka tanpa bimbingan wahyu.
Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisma dan sebagainya.
Agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia melalui
3. Agama Langit perantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam, Kristian,
Yahudi dan Nasrani.
Ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan
4. Ajaran Sesat Islam yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya
yang berdasarkan al-Quran dan hadis contohnya ajaran Ayah Pin.
Orang lelaki atau perempuan yang sah dikahwinkan antara
5. Ajnabi
keduanya ( tiada perhubungan kekeluargaan )
6. Akal Keupayaan manusia berfikir.
Tingkah laku, etika, moral atau sifat yang tertanam dalam jiwa
7. Akhlak
seseorang.
Keyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah s.w.t yang
8. Akidah maha Esa, yang tiada bersekutu, mempunyai sifat-sifat
kesempurnaan, kesucian dan kebesaran
Segala mahkluk yang ada dilangit dan di bumi yang diciptakan
9. Alam
oleh Allah s.w.t untuk kegunaan dan kemudahan manusia.
Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
manusia. Kewujudan alam ini dapat difahami melalui keimanan
10. Alam Ghaib
dan keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t Contohnya seperti
alam kubur, padang mashyar dan sebagainya

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 1


Bil Istilah Maksud

Alam kubur/alam Tempat sementara manusia menunggu hari kiamat selepas


11.
barzakh mereka mati
Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan
Alam boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal
12.
Musyahadah manusia. seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan
sebagainya.
Sarwajagat / global iaitu Islam ialah agama yang sesuai kepada
13. ‘Alamiyyah
semua manusia tanpa mengira tempat dan zaman.
Amar makruf
14. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
nahi mungkar
Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber hukum dalam
15. Antihadis
Islam.
16. Ar-Rahim Sifat Allah s.w.t yang Maha Penyayang
17. Ar-Rahman Sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah
Allah memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang mulia,
iaitu Allah s.w.t memiliki 99 nama yang indah bagi diri-Nya dan
18. Asma’ wa sifat
memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib,20 sifat
mustahil dan satu sifat yang harus baginya.
Ilmu falak,  iaitu ilmu  tentang bintang-bintang  yang melibatkan 
19. Astronomi kajian tentang kedudukan, pergerakan  dan perkiraan  serta
tafsiran  yang berkaitan dengan bintang.
Perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas orang yang
menerima bantuan dan pertolongan daripada seseorang.
Perbuatan itu dilakukan oleh pemberi bantuan tersebut dengan
20. Aza
mengungkit-ungkit pertolongan yang telah diberikannya, sehingga
menimbulkan perasaan sakit hati orang yang mendapat
pertolongan tersebut.
21. Azali Ilmu Allah s.w.t yang hakiki, qadim ,kekal dan mutlak.
Badan pemerintahan – badan yang bertanggungjawab mengurus
22. Badan Eksekutif
dan mentadbir negara
Badan perundangan – sebuah badan yang berkuasa membuat,
23. Badan Legislatif
mengubal, meminda atau memansuhkan undang-undang
Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan
Bai ‘ bithaman bayaran harga secara tertangguh termasuk keuntungannya
24.
ajil sekali. Pelanggan dibolehkan membayar secara ansuran
mengikut tempoh yang telah dipersetujui secara bersama.
25. Baitulmal Perbendaharaan negara Islam

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 2


Bil Istilah Maksud
Alam tempat roh orang mati berada sementara menunggu
26. Barzakh
dibangkitkan semula pada hari akhirat nanti ( alam kubur)
Orang yang tinggal  di sesuatu tempat buat sementara waktu
27. Bermukim sahaja

Mereka-reka perkara baru dalam agama (beribadat) yang tidak


28. Bidaah pernah diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat
baginda.
Membelanjakan harta secara berlebih-lebihan  daripada keperluan
29. Boros sebenar atau membelanjakan harta kepada perkara yang tidak
perlu atau membelanjakan harta kearah maksiat.
Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,
30. Budaya berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil kegiatan atau
kerohanian masyarakat
Budaya yang bertentangan dengan Islam dan adat orang melayu
Budaya Bukan
31. yang lemah lembut contohnya budaya bersekedudukan tanpa
Islam
nikah, budaya lepak, hippies dan sebagainya
Cara hidup masyarakat Islam yang berteraskan ketakwaan kepada
32. Budaya Islam
Allah
33. Darurat Keadaan yang memaksa
Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingati sesuatu yang
34. Dhabit
didengarinya
Sejenis binatang yang hidup di daratan dan menyerupai binatang
35. Dhob
biawak pasir.
Harta benda atau bayaran tertentu yang wajib diberikan kepada
36. Diat waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidak
dapat dilaksanakan.
37. Din Agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna.
38. Drastik Keterlaluan, terlalu keras (berkenaan sesuatu tindakan)
Sistem yang melibatkan interaksi antara sesuatu komuniti
39. Ekosistem (haiwan, tumbuhan) dengan alam persekitaran yang tidak
bernyawa.
Nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang
40. Etika
atau sesuatu kumpulan semasa menjalankan tugas
Orang yang tidak dapat memenuhi walaupun separuh daripada
41. Fakir
keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 3


Bil Istilah Maksud
Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t
Falsafah
42. terhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan terhadap
Jenayah
nyawa, anggota tubuh badan serta harta benda manusia.
Kewajipan/perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang
Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika dilaksankan akan
43. Fardhu Ain
mendapat pahala manakala jika ditinggalkan akan berdosa.
Seperti menuntut ilmu
Kewajipan / perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang
Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika sudah terdapat
sebahagian daripada umat Islam dalam sesuatu kawasan telah
44. Fardhu Kifayah melaksankan perintah tersebut, maka semua orang terlepas
daripada dosa, tetapi jika tiada sesiapa pun yang
melaksanakannya maka semua orang akan berdosa. Seperti
menguruskan jenazah
Pembatalan ikatan perkahwinan atau perceraian yang berlaku
melalui keputusan yang ditetapkan oleh pihak kadi / mahkamah,
45. Fasakh
disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi oleh pasangan
terbabit.
Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang
telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi
46. Fatwa
menyelesaikan masalah semasa. Contohnya hukum harus
menderma darah
Suatu ilmu yang membicarakan hukum atau perundangan Islam
Fikah (ilmu tentang perbuatan mukalaf, seperti hukum wajib, haram, harus,
47.
Fiqah) sah atau tidaknya sesuatu perbuatan. Orang yang mengetahui
hukum itu disebut fakih.
Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para
Fikah
48. mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. ( al-Quran atau
(perundangan)
hadis)
Berjuang untuk mempertahankan kesucian Islam samada melalui
49. Fisabilillah
harta, pemikiran, tenaga dan sebagainya dijalan Allah
Sifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah s.w.t kepada manusia.
50. Fitrah
Seperti sukakan harta, barang perhiasan dan sebagainya.
Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah s.w.t
51. Fitrah beragama
sebagai pencipta alam ini.
Sesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sama ada
52. Hadis / sunnah
berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda.
Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan hadis
53. Hadis Dhaif
Hasan.
Hadis yang mempunyai periwayat yang bersambung terus
54. Hadis Sahih
dengan Rasulullah.
55. Hak Milik Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 4
Bil Istilah Maksud
hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan seperti, rumah, tanah,
wang ringgit dan sebagainya.
Larangan Allah s.w.t yang mesti ditinggalkan, jika ditinggalkan
56. Haram
mendapat pahala dan jika dilakukan berdosa.
Hari kehancuran dan kemusnahan alam ini selepas malaikat Izrail
57. Hari kiamat
meniup sangkakala yang pertama.
Anugerah Allah s.w.t kepada manusia, boleh diperolehi dan dimiliki
58. Harta
oleh manusia  melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.
Perkara yang diberikan kebebasan kepada seseorang untuk
59. Harus melakukan atau meninggalkannya, tanpa dikenakan sebarang
pembalasan.
Iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang
diperoleh oleh orang lain dan berusaha agar nikmat tersebut
60. Hasad dengki
hilang daripada orang itu atau berpindah kepadanya dengan cara
yang salah.
Kiraan amalan baik dan buruk manusia ketika mereka berada di
Hisab / dunia yang akan berlaku di Padang Masyhar, untuk menentukan
61.
timbangan amal ke arah mana mereka akan di tempatkan, sama ada ke syurga
atau ke neraka.
Orang lelaki yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang
62. Homoseks
sejenis dengannya
Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib
dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. Kesalahan
63. Hudud
hudud adalah seperti mencuri, merompak, berzina, murtad, qazaf,
dan meminum arak
Kepercayaan atau keyakinan di dalam hati manusia mengenai
64. I’tiqad
sesuatu perkara.
Pengabadian dan kepatuhan kepada perintah Allah s.w.t melalui
65. Ibadat perbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang berlandaskan
syariat.
Amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah s.w.t sama ada
66. Ibadat khusus fardhu atau sunat seperti solat, zakat dan sebagainya, bagi
membuktiksn ketaatan manusia kepada Allah s.w.t
Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t bagi
67. Ibadat umum menghubungkan manusia dalam sebuah masyarakat demi
kebaikan bersama seperti tolong menolong.
Fahaman atau aliran pemikiran manusia seperti komunisme,
68. Ideologi
sekularisme dan sebagainya.
Satu daripada istilah ilmu fikah,  yang bermaksud satu pihak
69. Ijab memberi tawaran kepada pihak lain untuk menerima sesuatu
transaksi / urusan.
70. Ijarah Satu perjanjian yang membolehkan seseorang itu mengambil
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 5
Bil Istilah Maksud
faedah atau manfaat daripada milik orang lain dengan membayar
bayaran yang tertentu ( Sewaan ).
Persetujuan atau persepakatan antara ulama mujtahidin daripada
71. Ijmak umat Nabi  Muhammad mengenai sesuatu hukum syarak pada
masa-masa tertentu
Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk
72. Ijtihad menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak yang
berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.
Suatu ilmu Bahasa Arab  yang membicarakan tentang
penyusunan kata-kata yang indah dan tepat dan mempunyai
73. Ilmu Balaghah
pengertian yang mendalam, mudah difahami, menarik perhatian
pendengar atau pembaca
Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui dan
74. Ilmu Fardhu Ain diamalkan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Contohnya ilmu
syariah, akidah dan ilmu akhlak.
Ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang membawa
Ilmu Fardhu
75. faedah kepada manusia dan alam ini seperti ilmu kedoktoran,
Kifayah
kejuruteraan, pertanian dan sebagainya.
76. Ilmu mantik Ilmu lojik tentang sesuatu benda
77. Imigran Orang asing yang menetap di sesebuah negara. ( pendatang )
Bangsa atau negara yang menjalankan politik  untuk menjajah
78. Imperialis
negara lain
Keadaan  harga barangan  bertambah tinggi   disebabkan
79. Inflasi bertambahnya daya membeli / permintaan terhadap sesuatu
barangan yang terhad bilangannya oleh pengguna.
Sifat sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem,
80. Inovatif adat dan sebagainya yang baru. (Menghasilkan atau membawa
pembaharuan ke arah yang lebih baik.)
Manusia atau mahkluk Allah s.w.t yang paling istimewa kerana
81. Insan mereka boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima ilmu
pengetahuan
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik
82. Irhas oleh Allah s.w.t sebagai rasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap
semasa masih bayi.
Agama Allah yang mengatur cara hidup yang lengkap dan
83. Islam
sempurna.
84. Islam (Bahasa) Selamat, Sejahtera, Patuh dan menyerahdiri.
Tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuhnya
Islam (Istilah
85. kepada Allah s.w.t dengan mengakui kebesaran dan
Syarak)
keagunganNya.

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 6


Bil Istilah Maksud
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau
86. Istidraj derhaka kepada Allah s.w.t untuk menyesatkannya lagi.

Jaminan Kesediaan melindungi keselamatan terhadap agama, nyawa akal,


87.
Keselamatan harta, maruah dan negara.
Memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakan
88. Jati diri
pekerjaan
Mencurahkan segala daya upaya yang ada (bersungguh-sungguh)
89. Jihad untuk memerangi musuh Allah, musuh negara serta
mempertahankan agama dan kebenaran
Menerima tawaran atau persetujuan yang diberikan dalam sesuatu
90. Kabul
transaksi.
Kahwin Ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad
91.
(Perkahwinan) nikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi
92. Karamah
darjatnya disisi Allah s.w.t
Sangat berkira untuk membelanjakan wang kepada perkara
93. Kedekut
kebaikan.
94. Kemaslahatan Sesuatu yang berguna atau berfaedah kepada manusia.
Keharmonian hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara-
Kesaksamaan
95. perkara yang menyebabkan perpecahan, perbalahan, kekacauan
sosial
dan sebagainya.
Pengganti. Iaitu pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama
96. Khalifah
dan mentadbir urusan dunia. ( pemerintah )
Perceraian yang berlaku atas kemahuan isteri dengan membayar
97. Khulu'
ganti rugi kepada suami
Kepercayaan atau perbuatan karut yang bercanggah dengan
98. Khurafat
ajaran Islam

Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyat


mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala
produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat..Sebagai
99. Komunisme teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial
egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi
ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai
status sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agama
adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.
Keseluruhan keadaan atau latar belakang sesuatu yang ada
100. Konteks
hubungan atau dapat dikaitkan dengan sesuatu.
101. Kreatif Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 7
Bil Istilah Maksud
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli
102. Kufur Ingkar dan tidak percaya kepada tuhan
Lapisan atmosfera yang tinggi kandungan ozonnya bertindak
103. Lapisan ozon sebagai perisai terhadap sinar ultra lembayung matahari yang
memudaratkan kehidupan.
Perempuan yang mengadakan hubungan seks sesama
104. Lesbian
perempuan

Liberalisme adalah satu fahaman / falsafah yang meletakkan


kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi. Secara
105. Liberalisme amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta
kesamarataan terhadap peluang untuk semua. Fahaman ini
mahukan kebebasan yang menyeluruh dalam kegiatan ekonomi,
politik dan sosial.
106. Liwat Melakukan hubungan seks melalui dubur.
Sifat-sifat terpuji dan mulia seperti tolong menolong dan
107. Mahmudah
sebagainya.
Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan, jika ditinggalkan
108. Makruh
mendapat pahala dan jika dilakukan tidak mendatangkan dosa.
Para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarang
109. Maksum dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh
mencacatkan kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah
Menggunakan kemahiran dan kepakaran  untuk memperolehi
110. Manipulasi
keuntungan peribadi dengan cara yang salah.
Memelihara tujuan syarak serta membawa kebaikan umum
Masalih al-
111. dengan menolak segala yang merosakkan dan memudaratkan
Mursalah
mahkluk
112. Matan Teks hadis
Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang
113. Materialisme
menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini
Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa
114. Ma'unah diusahakan untuk dipelajarinya. Contohnya terlibat dalam suatu
kemalangan yang dahsyat, namun dia terselamat.
Sifat-sifat keji yang di benci oleh Allah s.w.t seperti mencuri
115. Mazmumah
berbohong dan sebagainya
116. Memelihara Menjaga, melindungi dan membela sesuatu dengan baik.
Memelihara
117. Menjaga dan melindungi alam ini supaya tidak di rosakkan
alam
Memulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang
118. Memulihara
baik
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 8
Bil Istilah Maksud
Mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam
Memulihara
119. semula tumbuh-tumbuhan yang telah di tebang atau di musnahkan
alam
supaya habitat alam akan kekal dan baik.
Menceroboh Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi
120.
harta syarak seperti mencuri.
Membelanjakan harta kepada perkara-perkara yang tidak
Merosakkan
121. memberikan manfaat kepada pemiliknya atau orang lain seperti
harta
membazir.
Orang yang tidak dapat memenuhi keseluruhan (seratus peratus )
122. Miskin
daripada keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya
123. Mizan Timbangan amalan manusia semasa mereka berada di dunia
Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan,
perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran
124. Monopoli
tertentu oleh seseorang, sebuah fitma atau sekumpulan orang
atau firma.
125. Mualaf Orang yang baru memeluk agama Islam
Satu daripada hukum fikah yang berhubung dengan tatacara
126. Muamalah perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan
mereka yang berhubung dengan harta.
Pelabur memberi modal kepada orang tertentu untuk
diperniagakan dan keuntungannya di bahagi dua atau
127. Mudharabah sebahagiannya menurut perjanjian yang telah dipersetujui
bersama semasa akad, manakala kerugiannya jika ada hanya
akan ditanggung oleh pihak pelabur sahaja.
128. Muhasabah Perbuatan menilai diri sendiri
Ahli hukum Islam yang  memutuskan sesuatu hukum fikah
129. Mujtahid berasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan menurut
pendapatnya sendiri
Orang Islam  yang telah akil baligh atau cukup umur  dan
130. Mukallaf  
diwajibkan mematuhi segala hukum Islam.
Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada
131. Mukjizat para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan
kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka
Seseorang yang berpura-pura menganut dan patuh kepada ajaran
132. Munafik
Islam sedangkan hatinya tidak tidak mempercayai ajaran Islam.
Akad jual beli bagi barangan tertentu. (Penjual menyatakan kos
yang dikeluarkan dan jumlah keuntungan yang dikehendaki.
133. Murabahah
Pembayaran dilakukan semasa penyerahan barang atau atau
pada masa lain yang dipersetujui bersama).
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 9
Bil Istilah Maksud
134. Murtad Keluar daripada agama Islam
Luwes atau anjal iaitu agama Islam boleh berubah mengikut
135. Murunah kesesuaian masa dan keadaan, namun masih tetap atas prinsip
asasnya.
Orang yang dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat
136. Musafir
yang lain
137. Mushaf Naskah al-Quran yang bertulis tangan atau bercetak
Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal
138. Musyarakah dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi dalam
keuntungan. ( Syarikat )
Satu daripada jenis hadis, iaitu hadis yang diriwayatkan  oleh
ramai orang sejak daripada zaman Rasulullah sampai sekarang.
Mutawatir
139. Oleh kerana terlalu ramai orang yang meriwayatkan hadis ini dan
(Hadis)
berlainan pula tempat tinggalnya, maka mustahil bagi mereka itu
berpakat untuk  berdusta tentang hadis tersebut.
140. Mutlak Bersifat tetap dan tidak boleh dipertikaikan kebenarannya.
Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk
141. Nabi
dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.
142. Nas Dalil daripada al-Quran atau al-Hadis Rasulullah s.a.w
143. Nasab Pertalian keluarga, terutamanya di sebelah bapa
Negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan
144. Negara Islam pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan
al-Quran dan hadis serta Ijtihad yang benar
Tempat balasan azab yang dikhaskan untuk orang yang
145. Neraka
mengingkari perintah Allah semasa  hidup didunia.
Perbuatan yang mensia-siakan atau melanggar amanah yang
146. Pecah amanah
telah diberikan
Pekerjaan menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk
147. Pekerjaan mendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan tidak
bertentangan dengan hukum syarak.
Pengaruh luar yang bertentangan dengan ajaran Islam yang
148. Pengaruh Asing disebarkan melalui media massa dan penjajahan pemikiran,
seperti Rock, Punk, Black Metal dan sebagainya
Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang
Penyelesaian
149. merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik,
Masalah
sosial dan perundangan
150. Perawi Orang yang meriwayatkan / menceritakan sesuatu hadis

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 10


Bil Istilah Maksud
Perpaduan Sebuah masyarakat yang hidup sayang menyayangi dan hormat
151.
ummah menghormati antara satu sama lain.
Perundangan Hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang
152.
Islam merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya.
153. Piagam Madinah Perlembagaan Madinah / Sahifah Madinah
154. Produktif Mempunyai daya pengeluaran yang aktif.
155. Putik Buah yang baru jadi atau buah yang masih muda dan kecil.
Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak
156. Qadha mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan
bukti yang nyata.
Menghubungkan hukum yang tidak ada (cabang) kepada hukum
157. Qias
yang ada (asal) kerana bersamaan illat (sebab)
Hukuman dan kesalahan yang telah ditetapkan oleh syarak
158. Qisas melalui al-Quran dan al-Hadis kerana kesalahan yang melibatkan
kecederaan anggota tubuh badan dan nyawa manusia
Kalam Allah s.w.t yang bermukjizat serta diturunkan kepada nabi
159. Qur'an
Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab.
Ketuhanan iaitu segala hukum,konsep,prinsip,nilai dan peraturan
160. Rabbaniyyah yang terkandung dalam Islam ajaran adalah bersumberkan wahyu
Allah s.w.t dan hadis.
Pajak gadai atau menjadikan sesuatu barang yang berharga
sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan barangan tersebut akan
161. Rahn
menjadi bayaran sekiranya dia tidak berdaya membayar hutang
dalam jangka waktu yang telah ditetapkan
Memberi atau menerima sesuatu barangan yang berharga  untuk
162. Rasuah mendapatkan sesuatu atau  untuk melepaskan sesuatu tindakan
dengan cara yang salah
Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t dari kalangan para nabi yang
163. Rasul diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendaki menyampaikannya
kepada orang lain.
Para rasul yang memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi dalam
164. Rasul Ulul Azmi menghadapi rintangan dan tentangan daripada umatnya ketika
menyampaikan ajaran dan seruan kepada umatnya.
165. Relatif Tidak mutlak / bersifat nisbi
Menunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepada
166. Riak orang lain dengan tujuan mendapat pujian dan sanjungan
daripada masyarakat
Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutang
167. Riba
atau pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balik
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 11
Bil Istilah Maksud
hutang akibat penangguhan bayaran
168. Riddah Keluar daripada agama Islam ( Murtad )
Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah s.w.t
yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dan
169. Rububiyyah
tiada pentadbir lain, melainkan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa
dan Esa.
Kelonggaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam
170. Rukhsah
untuk melakukan ibadat dalam keadaan-keadaan tertentu
Teguh dan tahan uji dalam menghadapi dugaan hidup dengan
171. Sabar
reda, ikhlas dan tawakal kepada Alalh s.w.t
172. Sabda Ucapan atau perkataan Rasulullah s.a.w.
Perbuatan khianat yang dilakukan  oleh sesuatu pihak atau orang
173. Sabotaj perseorangan  untuk menggagalkan atau merosakkan kegiatan
pihak lain.
174. Sanad Perawi yang menyampaikan hadis
Memberi sesuatu yang berharga kepada orang miskin dan yang
memerlukan  dengan tujuan untuk mendapatkan pahala. Sedekah
175. Sedekah hendaklah diberikan dengan ikhlas, tidak kerana inginkan pujian
atau  memberi malu kepada orang yang menerimanya.

Sekularisme ialah ideologi / fahaman bahawa urusan dunia


seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan
dari urusan agama. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini
176. Sekularisme
adalah dipanggil golongan sekular.
Fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupan
seharian.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan
177. Sihir
bantuan daripada syaitan dan boleh dipelajari.
Sistem sosial Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani
178.
Islam kehidupan masing-masing berlandaskan ajaran Islam
Menghimpunkan dua waktu solat dan didirikan dalam satu waktu.
179. Solat Jamak Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Solat Jamak Takdim dan
Solat Jamak Takhir
180. Solat Qasar Memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat
181. Sosial Segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan
ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber
182. Sosialisme
kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara
sama rata.
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 12
Bil Istilah Maksud
Catatan wahyu yang sedikit bilangannya yang diturunkan kepada
183. Suhuf Nabi Syis sebanyak 50, Nabi Idris 30, Nabi Ibrahim 10 dan Nabi
Musa 10 suhuf.
Menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain
184. Sum'ah dengan tujuan untuk mendapatkan pujian dan sanjungan daripada
orang lain
Perkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan dan
185. Sunat diberikan pahala serta balasan syurga, jika ditinggalkan tidak
berdosa.
Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah samada perbuatan,
186. Sunnah / hadis
perkataan, pengakuan atau sifat-sifat Rasulullah s.a.w
Segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah
187. Syariat
S.W.T kepada manusia
Menyekutukan Allah dengan sesuatu dari segi sifat zat atau
188. Syirik
perbuatan seperti beribadat selain kepada Allah
189. Syumul Lengkap dan menyeluruh.
Lengkap iaitu agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad
190. Syumulliyyah s.a.w lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan
di akhirat.
Tempat yang indah dan penuh keseronokan untuk orang-orang
191. Syurga taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t semasa mereka di
dunia
Tolong menolong dan bekerjasama dalam memenuhi keperluan
192. Ta'awun
dalam kehidupan seharian
Perkara-perkara yang boleh menyesatkan umat Islam daripada
193. Taghut agamanya seperti Syaitan,berhala dan apa-apa sahaja yang
menyesatkan
Gabungan anggota masyarakat untuk saling jamin menjamin dan
tolong-menolong bagi meringankan beban orang perseorangan
194. Takaful
serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan (insuran secara
Islam)
Sikap membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan
195. Takbur perkara kebaikan yang telah dilakukan dan segala nikmat
kesenangan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya
Tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang yang telah
196. Taklif
baligh dan berakal
Bahasa : mencegah.
Istilah syarak : kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan
197. Takzir
oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadi
untuk memutuskannya.
Pembubaran ikatan perkahwinan yang sah dengan lafaz talak
198. Talak
(cerai) atau yang seumpama dengannya
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 13
Bil Istilah Maksud
Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan 
199. Tamadun pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran
(sosial, budaya, politik) yang tinggi dan maju.
Berserah diri kepada ketentuan Allah s.w.t setelah berusaha
200. Tawakal
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
201. Thabat Tetap, teguh dan tidak berubah.
202. Thiqah Boleh dipercayai
Tolak ansur dan saling memahami serta menghormati pendapat
203. Toleransi dan pandangan orang lain walaupun bertentangan dengan
pendapat sendiri.
204. Transaksi Persetujuan jual beli, urusan jual beli, urusniaga
Kagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukan
205. Ujub sesuatu ibadat serta memandang rendah dan melekeh-lekehkan
amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain
Mengakui hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dan
206. Uluhiyyah
dipatuhi secara mutlak.
Mengungkit-ungkit kembali bantuan dan perbuatan baik yang
Ungkit
telah diberikan kepada seseorang dengan tujuan supaya orang
207. (mengungkit-
tersebut sentiasa mengenang jasa dan pertolongan yang telah
ungkit)
diberikannya.
208. Universal Sarwajagat atau meliputu seluruh alam

209. Utopia Sesuatu yang mungkin tidak dapat dilaksanakan


Mewakilkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepada
210. Wadiah
orang lain untuk disimpan dan diurus.
Bahasa: Nasihat dan bimbingan daripada Allah s.w.t
Istilah: Ilham atau perintah daripada Allah s.w.t yang disampaikan
211. Wahyu
kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan Malaikat Jibril
atau terus daripada Allah s.w.t
Perintah Allah s.w.t. yang mesti dilaksanakan, jika dilaksanakan
212. Wajib
mendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa
Harta yang diserahkan  oleh seseorang atau sesuatu pihak  untuk
213. Wakaf
faedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam
Dari segi bahasa bermaksud realiti. Apabila di hubungkan dengan
214. Waqi’yyah Islam bermaksud praktikal, mampu di amalkan oleh semua
golongan manusia.
Mempunyai keupayaan yang membolehkan seseorang itu
215. Wibawa
menguasai orang lain

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 14


Bil Istilah Maksud
Mengeluarkan sebahagian daripada harta tententu untuk diberikan
216. Zakat
kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

FOKUS TASAWWUR ISLAM TING 4 DAN TING 5

TINGKATAN 4
BAB ISU-ISU PENTING

1. ASAS PEMIKIRAN ISLAM


1- Maksud Fitrah
2- Bukti beragama fitrah manusia
3- Jenis-jenis Tauhid
4- Tauhid Rububiyyah – prinsip
TUHAN
5- Tauhid Uluhiyyah – prinsip
6- Tauhid Asma Wa Sifat – nama/ sifat
7- Agama budaya dan agama samawi

1- Maksud
2- Proses kejadian manusia
INSAN 3- Bukti manusia sebaik-baik kejadian
4- Tanggungjawab – Allah – manusia- alam

ALAM 1- Maksud alam


2- Jenis alam – contoh – hikmah kerahsiaan-
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 15
BAB ISU-ISU PENTING
cara mengetahui
3- Peringkat alam
4- Maksud : memelihara alam – memulihara
alam
5- Sumbangan alam
6- Cara memelihara alam – memulihara alam
7- Pencemaran : Faktor – kesan – cara atasi

1- Maksud rasul – nabi – perbezaan nabi dan


rasul
2- Sifat – wajib – mustahil- harus
RASUL 3- Peranan rasul
4- Rasul Ulul Azmi – maksud-sebab –MIN
5- Perkara luar biasa : MMMKIIS

1- Maksud wahyu
2- Ciri-ciri wahyu
3- Peringkat penurunan wahyu
4- Cara penurunan wahyu
5- Peranan wahyu
6- Cara wahyu membimbing akal
WAHYU 7- Cara wahyu membina tamadun
8- Isi Kandungan al Quran
9- Keistimewaan al Quran
10- Maksud al Hadis
11- Jenis hadis
12- Peranan hadis
13- Fahaman anti hadis : Maksud – Kesan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 16


BAB ISU-ISU PENTING
1- Maksud Pengaruh Lar/ Penjajahan
pemikiran
2- Bentuk ancaman / pengaruh yang
PENGARUH merosakkan
LUAR YANG 3- Kesan pengaruh luar
MEROSAKKAN 4- Cara mengatasi
PEMIKIRAN 5- Fahaman mulhid : Maksud – prinsip- contoh
MUSLIM -kesan –cara atasi
6- Ajaran sesat : maksud – ciri- kesan –cara
atasi

2- CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM

1- Maksud Islam
ISLAM 2- Ciri keunggulan Islam

1- Maksud
2- Prinsip
RABBANIYYAH
3- Cara mencapai sifat Rabbaniyyah

1- Maksud
2- Prinsip
3- Bukti dalam Kehidupan
SYUMULIYYAH
a) Ilmu : Fardhu Ain – Fardhu Kifayah
b) Sosial
c) Perundangan
1- Maksud
2- Prinsip – Hak asasi manusia
3- Bukti dalam Kehidupan
ALAMIYYAH a) Perundangan
b) Sosial
c) Ibadat

WAQI’IYYAH 1- Maksud
2- Prinsip – Wasatiyyah

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 17


BAB ISU-ISU PENTING
3- Bukti dalam Kehidupan
1- Maksud
2- Prinsip
MURUNAH
3- Kelebihan sifat Murunah

1- Maksud
THABAT 2- Perkara yang Thabat

3- INSTITUSI NEGARA ISLAM

1- Maksud Negara Islam


2- Prinsip - MMAH
3- Ciri –ciri
4- Elemen Pembentukan Negara Islam
5- Syura – majlis syura- hikmah – contoh – ahli
SISTEM
Majlis syura
PEMERINTAHAN
6- Khalifah : maksud – sifat- kelayakan –
t/jawab – kesan pemngabaian
7- Rakyat : hak – t/jawab rakyat – kesan
pengabaian
8- Piagam madinah : Aspek – Kesan P
1- Maksud
2- Dasar/ prinsip
3- Ciri-ciri
4- Kepentingan Institusi Kehakiman
SISTEM 5- Sumber kehakiman : AHIQI
KEHAKIMAN 6- Prosedur kehakiman
i)Hakim : Kelayakan – t/jawab / Etika
kehakiman – kesan
ii) Peraturan keterangan : BSP

SISTEM 1- Maksud
SOSIAL 2- Nilai luhur
3- Tawakal – maksud- kepentingan
4- Tanggungjawab – kesan
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 18
BAB ISU-ISU PENTING

Allah

Alam Manusia

TINGKATAN 5
BAB ISU-ISU PENTING

1-EKONOMI ISLAM
1- Maksud harta
2- Jenis harta
3- Konsep Harta – MUNAH BZ
ISLAM DAN 4- Harta Amanah : Sebab harta amanah Allah
HARTA 5- Harta Ujian Allah : Bentuk Ujian harta
6- Syarat harta sebagai ibadat
7- Harta halal dan haram: cara dan kelebihan
8- Cara pengurusan harta

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 19


BAB ISU-ISU PENTING
1- Maksud hak milik
2- Perturan pemilikan harta
3- Kepentingan pemilikan harta
4- Golongan yang dilarang : Gol – Cara
ISLAM DAN pengurusan harta
HAK MILIK 5- Larangan dalam pemilikan Harta : MMES
RR
6- MMESRR : maksud- faktor berlaku- cara
atasi

1- Maksud bekerja / bekerja kerana Allah


2- Matlamat bekerja
3- Syarat pekerjaan menjadi ibadat
ISLAM DAN 4- Jenis pekerjaan : perbezaan
PEKERJAAN 5- Etika pekerjaan
6- Budaya kerja
7- Cara meniingkatkan kualiti kerja

1- Maksud muamalah
2- Ciri-ciri muamalah – TRAMT
3- Kebaikan / kelebihan / kepentingan
4- Syarat sah muamalah
5- Muamalah yang tidak sah
FALSAFAH
6- Perbezaan Muamalah Islam dan
MUAMALAH
konvensional
ISLAM
7- Taawun : Konsep/ maksud – bukti taawun
dalam muamalah
8- Jenis- jenis muamalah : WD-MD-MS/ B-
MR/R-I-T , Hikmah
9- Cara menggalakkan muamalah Islam

2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

PERUNDANGAN 1- Maksud perundangan / syariat


ISLAM 2- Matlamat perundangan Islam : ANKH2
3- Cara mencapai matlamat perundangan Islam
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 20
BAB ISU-ISU PENTING
4- Ciri-ciri perundangan Islam
5- Sumber perundangan Islam : AHIQI
6- Kepentingan perundangan Islam
7- Cara menghayati perundangan Islam
1- Fikah – maksud-matlamat – kebaikan
2- Fatwa - maksud-matlamat – kebaikan –
ISTILAH contoh
PERUNDANGAN 3- Qadha - maksud-matlamat – kebaikan
ISLAM 4- Ijtihad - maksud-matlamat – kebaikan
5- Hukum – WSHMH : Maksud – contoh –
hikmah
1- Maksud ibadat
2- Jenis ibadat – contoh- ciri / perbezaan
3- Perkaitan ibadat dengan perundangan
4- Tujuan ibadat
5- Ciri kesempurnaan ibadat
FALSAFAH 6- Cara meningkatkan kuliti ibadat
IBADAT 7- Perkara yang merosakkan ibadat :
SSKRRAHNUT
8- Ibadat tanpa syariat – maksud -kesan –
contoh
9- Syariat tanpa ibadat- maksud -kesan –
contoh
1- Maksud munakahat
2- Hikmah perkahwinan
3- Hikmah pemiihan pasangan
4- Tanggungjawab : SIB – kesan pengabaian
FALSAFAH 5- Cara mencapai keharmonian rumahtangga
MUNAKAHAT 6- Penyelesaian masalah perkahwinan : TKF-
hikmah
7- Cara mengatasi perceraian
8- Hak penjagaan anak – hikmah

FALSAFAH 1- Maksud Jenayah – contoh perbuatan


JENAYAH jenayah
Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 21
BAB ISU-ISU PENTING
2- Matlamat
3- Sumber Falsafah Jenayah : AHIQI
4- Hukuman Jenayah : HQTD – maksud – jenis
kesalahan – bentuk hukuman – hikmah -
perbezaan
5- Perbezaan Hukuman Islam dan konvensional

3-PENYELESAIAN MASALAH ISLAM

1- Maksud penyelesaian masalah


2- Matlamat
ASAS 3- Ciri- ciri PMDI
PENYELESAIAN 4- Sumber PMDI : AHIQI
MASALAH 5- Kelebihan / kebaikan
6- Sebab penyelesaian masalah secara Islam

1- Langkah penyelesaian Masalah : MPKUN


2- Perlakuan penyelesaian masalah : NKTTM
3- Maksud muhasabah
4- Tawakal – Maksud – hikmah
CARA
5- Amalah dalam memnyelesaiakan masalah
6- Doa : Maksud – adab berdoa- hikmah
7- Dakwah : Maksud – ciri pendakwah – cara
berdakwah yang berkesan – peranan dakwah

Isu- isu :
a) Perpaduan Ummah Cara
b) Kecemerlangan pendidikan mengatasi
ISU DAN CARA c) Kekuatan Ekonomi Akidah
Ibadah
PENYELESAIAN d) Keadilan sosial
Akhlak
e) Jati Diri
f) Jaminan Keselamatan Isu semasa
1- Maksud isu
2- Cara mewujudkan / mencapai

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 22


Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 23
catatan

Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 24


Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 25

You might also like