P. 1
Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah

Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah

|Views: 341|Likes:
Published by annas

More info:

Published by: annas on Oct 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/17/2013

pdf

text

original

KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Fauziah Md.

Jaafar Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994) menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih tinggi dari prasekolah. Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan. PENGENALAN Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997). Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.

Hasil kajian Hamzah Dadu (1994) juga menunjukkan senario yang sama.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. kognitif. Soalan Kajian 1. Iaitu main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman. Mengkaji jenis dan tahap kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah. permainan adalah satu aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa. Begitu juga dengan kajian Hussin (1996). Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah? 2. 2.al. pengkaji akan mengkaji sejauhmanakah pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah dijalankan setelah semakan huraian kurikulum prasekolah ini dibuat. bahasa dan sosio emosi. menunjukkan pengajaran di prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal. Bagi tujuan ini.fokus aktiviti main adalah proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut. Objektif Kajian Pada umumnya objektif bagi kajian ini ialah seperti berikut: 1. Mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara KEMAS dan Prasekolah? 3. Play in Brunei Preschool classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Brunei lebih memfokoskan pengajaran mereka pada konsep membaca. 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut . aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Oleh itu.Pernyataan Masalah Dalam kajian Asmah (2001). simulatif. pura-pura atau olak-olak. Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagi kanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal. Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru prasekolah? Menurut Rubin et. permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi. mental. permainan menentukan penglibatan diri individu secara aktif . menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa.

1979) di samping penguasaan bahasanya (Sophie L. Terdapat beberapa kelompok atau jenis permainan yang sering dijalankan di prasekolah berdasarkan pengkaji-pengkaji sebelum ini iaitu permainan imaginatif dikenali juga dengan simbolik atau dramatik. pengkaji telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu . berkongsi alat.Lovinger 1974). Permainan ini adalah bergantung pada objek atau material yang disediakan dan objek ini akan digunakan sebagai simbol bagi objek sebenar(Marjanovic-Umek & Lesnik. Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932). 1999). “observer”( kanak-kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain. ia memberi peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens. menggunakan alatan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan permainan Koperatif (Melibatkan permainan yang agak komplek. Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan (Parten. kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. “Solitary” (kanak-kanak bermain seorang diri tanpa melibatkan kanakkanak lain). kajian Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah. 2003). 1992). Morrison (2000) pula menjelaskan bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. permainan fizikal permainan kreatif.fokus diberikan kepada permainan lain). Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas prasekolah (Johnson. kecerdasan menunjukkan aksi dan kemahiran sosial kanak-kanak (Smilansky & Shefatya. “associative”( kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain. Smilansky. Tomasello& Haberl.1990. Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan. Johnson. permainan dramatik. 1932) dan terancang (Rubin.1999).pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski. 2006. permainan berstruktur dan permainan bebas.Musek. Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998). “parallel”( kanak-kanak bermain bersendirian tetapi dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang serupa) .2001. Carpenter. Bagi permainan kreatif. Abu Bakar & Rohaty. 1998) dan membantu memperkembangkan kreativiti. Bagi permainan berstruktur merujuk kepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost. 1978). Striano & Tomasello.wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif).2003. Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu “Unoccupied”(kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa dan juga sebarang permainan).

774 0.berstruktur. peratusan dan frekuensi) dan t-test.fizikal.711 0.790 0. Hamzah Dadu (1994) dan juga merujuk kepada aktiviti permainan yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah. Kajian rintis telah dikendalikan di kalangan 35 orang guru prasekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (min. METODOLOGI Kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah iaitu 33 orang guru prasekolah dan 47 orang guru tabika KEMAS di daerah Kubang Pasu.738 0.779 0.5 1 0.kreatif. Bagi meninjau kekerapan aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah satu set soal selidik telah digunakan dan diubahsuai berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932).807 Bilangan Item 7 9 3 6 3 11 Jadual 1 : Nilai Alpha bagi kajian rintis Dapatan Kajian Soalan Kajian 1: Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak Prasekolah? m in keseluruhan 3 2. imaginatif dan bebas.5 2 min 1. Nilai alpha yang diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah.5 0 struktur fizikal kreat kump imag bebas jenis perm ainan Rajah 1 : Min Keseluruhan bagi setiap jenis permainan . kumpulan. Jenis Permainan Kumpulan Kreatif Bebas Imaginasi Berstruktur Fizikal Cronbach’s Alpha ( ) 0.

. Mengecat dengan berus melibatkan 51 (63. 1 **p<0. Soalan Kajian 2 : Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara Kemas dan Prasekolah? 3 . Bagi mengesahkan perbezaan min di antara KEMAS dan Prasekolah. 5 0 t k u Su t r r F z a l i k Ke a f r t i u mp K I a n s i mg i a e a s Bb 2 Pr s k o h a e l a 2 .01 Rajah2: Perbandingan min jenis permainan antara tabika KEMAS dan prasekolah Berdasarkan rajah 2.3%) dan main buih sabun mempunyai kekerapan yang tinggi iaitu 37 (46. 5 7 . 2 8 . min bagi jenis permainan kumpulan 2. 5 1 K e ms a 0 .melompat.Rajah 1 menunjukkan min bagi keseluruhan bagi setiap jenis permainan.753 .5%) respondan. 3 6 2 . membaling dan menyambut pundi kacang dan menggolek bola melalui kaki/gelung rotan iaitu melibatkan 38 (47. Ini diikuti min bagi jenis permainan fizikal 2.634 dan seterusnya diikuti jenis permainan imaginasi. Min bagi jenis permainan kreativiti menunjukkan min paling tinggi iaitu 2. manakala bagi permainan kumpulan menunjukkan bermain “ Kambing dengan Harimau” mempunyai kekerapan yang tinggi 48 (60%) responden.3%) responden bagi kategori main bebas. 5 2 1 . struktur dan bebas. t-test telah dijalankan dan didapati perbezaan signifikan bagi permainan berstruktur dan bebas. 2 9 2 .berlari. 8 7 2 . permainan jigsaw puzzle menunjukkan kekerapan paling tinggi iaitu 24 (30%) responden. permainan fizikal pula kekerapan paling tinggi ialah permainan skip. jelas di mana prasekolah bagi setiap permainan minnya tinggi kecuali permainan kumpulan 2. 2 . 5 3 2 . bagi sub kategori permainan imaginasi menunjukkan permainan melakonkan watak dalam cerita yang didengar melibatkan kekerapan tertinggi iaitu 41 (51. Soalan kajian 3 : Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru? Bagi kategori permainan berstruktur.50 di mana min bagi Kemas lebih tinggi sedikit berbanding prasekolah.801 berbanding permainan yang lain. 5 8 7 2 7 . 2 6 .8%) responden bagi kategori permainan kreatif. 2 5 .

Perincian terhadap contoh permainan secara spesifik juga dikaji oleh penyelidik. lokasi yang berbeza seperti prasekolah luarbandar dan di bandar apa jenis permainan yang menjadi kecenderungan mereka serta perbezaan status tadika sama ada prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Asmah. . Di samping. kajian kualitatif. Dapatan ini penting bagi melihat faktor-faktor yang menghalang guru menjalankan aktiviti main di prasekolah. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan iaitu KEMAS 2.uji kaji atau temu bual untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan jitu daripada responden.PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan namun mereka menghadapi berbagai kekangan dalam melaksanakannya iaitu permintaan ibu bapa yang lebih fokus pada sistem 3M ( Hussin. dapatan kajian menunjukkan kekerapan aktiviti main di kalangan kanak-kanak prasekolah adalah sederhana. dicadangkan juga penyelidik melihat perbezaan aktiviti bermain ini adakah dipengaruhi oleh perbezaan jantina lelaki dan perempuan. Dapatan kajian menunjukkan min bagi permainan imaginasi hanya 2.Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sahaja. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat subkategori permainan ini ianya tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain.62 (keempat) yang kurang diberi perhatian dan penekanan oleh guru. 1998. Kajian lanjutan dicadangkan supaya menggunakan kaedah lain untuk mengumpul data. Bagi kajian akan datang. swasta dan juga di bawah badan berkanun. 2001). Misalnya. Permainan kreatif. Ini bertentangan dengan dapatan teori kognitif Piaget (1962) tentang main juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di peringkat praoperasi lebih menekankan permainan simbolik melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema pemikiran mereka. Contoh permainan yang popular dilaksanakan oleh guru prasekolah iaitu main peranan. penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian.72 dan prasekolah 2. Menurut Hamzah Dadu (1998) perbezaan ini disebabkan faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu.50. Secara keseluruhannya. Menurut Johnson (1999) dan Morrison ( 2000) menyatakan bahawa permainan sedemikian merupakan antara yang digemari oleh kanak-kanak kerana mereka dapat melahirkan perasaan dan main peranan seperti orang dewasa ketika bermain .Hamzah Dadu.1996. Bagi kajian akan datang diharapkan dapat memberi fokus pada faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti main. Oleh itu min aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS lebih tinggi dari prasekolah. mudah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dan kanak-kanak akan merasakan seolah-olah mereka berada di rumah sendiri. fizikal.

Striano. Developmental trends in preschool play as a funtion of classroom program and child gender. 7(2). Draf kurikulum prasekolah. Liszkowski.. 995-1004. Frost. Symbolic play: opprtunities for cognitive and language development in preschool settings. 173-187.No. J. Vol.2. Hussain Ahmad (1996). Play and Playscapes. P.and 18month olds point to provide information for others. Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). E. Jalongo. Carpenter. Child Development. & Ershler. Hamzah Dadu (1994). (1992). Asmah Morni (2001).T.M. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak tertentu melihat kekangan yang mempengaruhi pelaksanaan aktiviti main ini dan kesedaran tentang kepentingannya pada perkembangan kanak-kanak. Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. . Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulam. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah.R.(1997) Creative expression and play in early childhood.& Tomasello.(2nd Ed.. Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied Research in Education. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Ljubica Marjanovic umek & Petra Lesnik Musek (2001).Petaling Jaya: Fajar Bakti. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.M. J.. (2006).203-213..L.U. New York : Delmar. J. Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah. (1999). 52 . Johnson. Tesis Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan). & Isenberg. Dasar.) New Jersey: Merill. J. Journal of Cognition and development. 2002.M.kumpulan dan imaginasi adalah menjadi kecenderungan guru dan kerap dijalankan di prasekolah berbanding permainan jenis berstruktur dan bebas. status perlaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di Malaysia.4. Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. RUJUKAN Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd Majzub (1989). Pendidikan prasekolah. 12.

7. .58-63. 313 – 320. S. & Shefatya. (2003). S. G.H. 39.89.. No 1. New York : Nortan Rubin. (2000).Vol. (3rd Ed). L. & Watson. (1974). (2003). Early childhood education today. S. Morrison.49. K. New Jersey: Prentice Hall. K.montholds know what’s new for other persons. In Psychology in School. K. Social participation among preschool. Psychological & Educational . Children Journal of Abnormal Psychology.S. No.27. Inc.M. B (1985). (1932). New Jersey: Prentice Hall. New York: Wiley. S.Teaching in early years.and 18. Play. dreams and imitation in childhood. Developmental Psychology. Facilitating play. (1979). The effects of sociadramatic play on disadvantaged preschool children. 44.234-269 Piaget. M. Spodek. (1990). Free play behaviors in preschool and kinderarten children. & Haberl.(1978). Tomasello. 906-912. Music Educators Journal..Developmental Psychology. vol 21. Stevens. J. Society for research in Child Development . Parten. Sophie. L. 534536. Smilansky. Smilansky. Social dramatic play and language development in preschool disadvantaged children. Understanding attention: 12. Creative experiences in free play.vol 11.(1962). L.B.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->