You are on page 1of 2

Menyediakan satu teks ucapan semasa jamuan perpisahan yang dianjurkan

oleh sekolah praktikum anda.

Ucapan:

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid yang
dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih
dahulu ingin saya mmerakamkan ribuan terima kasih kerana telah memberi saya
kesempatan dan peluang untuk berucap dalam majlis ini.

Warga sekolah yang dihormati,

Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini merupakan hari terakhir kami guru-guru
praktikum menjadi sebahagian daripada warga Sekolah Kebangsaan Luagan
Keningau. Selama 3 bulan kami di sekolah ini, banyak kenangan suka duka yang
tidak akan kami lupakan. Pengalaman yang kami perolehi di sekolah ini amat
berharga yang boleh kami jadikan bekalan untuk menjadi seorang guru yang lebih
berdedikasi dan prihatin untuk mendidik anak negara bangsa di tempat kami akan
berkhidmat nanti.

Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupakan adalah sikap guru-guru
dan seluruh warga sekolah yang amat baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam
setiap perkara samada ianya berkaitan dengan tugasan ,tunjuk ajar dan perkara-
perkara yang tidak formal. Budi yang guru-guru dan warga sekolah taburkan tidak
mampu kami balas.
Warga sekolah yang dihormati sekalian,

Kesempatan yang ada ini juga, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon
kemaafan. Sepanjang tempoh tiga bulan berada di sekolah ini, sudah pasti ada
kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Andai kata ada tersalah kata tersilap
laku, harap dimaafkan. Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti akan kami
sematkan di dada.

Harapan saya semoga sekolah ini akan terus mencapai prestasi yang cemerlang.
Saya juga berharap agar warga sekolah ini akan mendoakan kejayaan dan
kesejahteraan kami di masa akan datang. Jika ada kelapangan, pasti kami akan
berkunjunglagi menziarahi guru-guru di sini.

Saya akhiri ucapan saya dengan satu ungakapan kata-kata dan serangkap pantun.

Dipetik dari Kahlil Gibran, “ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka,
sebab apa yang palingg kalian kasihi darinya mungkin akan Nampak lebih nyata dari
kejauhan – seperti gunung yang kita Nampak lebih agung apabila melihat dari
padang dan dataran..”

Oleh itu,

Kalau ada sumur diladang

Boleh saya menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi

Sekian, terima kasih.

You might also like