You are on page 1of 1

SUHAILA BINTI SHAABAN

GURU J-QAF
SK TAMAN DAMAI JAYA
JALAN MAKMUR TAMAN DAMAI JAYA
81300 SKUDAI JOHOR
 
16 APRIL 2010

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA

Dengan ini merujuk kepada perkara di atas. Saya seperti nama di atas ingin memohon pertukaran suka
sama suka di antara Ahmad Sukri bin Ramli yang beralamat SK Abu Bakar, 28400 Mentakab
Pahang dengan saya Suhaila binti Shaaban Guru J-QAF Pendidikan Islam SK Taman Damai jaya, Jalan
Makmur Taman Damai Jaya 81300 Skudai Johor

2. Tujuan permohonan ini dikemukakan kerana:

i. saya akan berkahwin pada bulan Julai 2010

ii. bakal suami saya berkhidmat di IPD Temerloh Pahang

iii. Pertukaran ini tidak akan menjejaskan jabatan saya kerana ianya dibuat dengan ada penganti.
(pertukaran suka sama suka)

v. Bersama ini saya sertakan salinan surat pertukaran suka sama suka Ahmad Sukri bin Ramli untuk
rujukan pihak tuan

3. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan dan
perhatian terhadap permohonan saya ini. Saya berjanji akan sentiasa berkerja bersungguh-sungguh
demi meningkatkan kualiti kerja untuk menjadi seorang anggota perkhidmatan awam yang cemerlang. 

4. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

You might also like