You are on page 1of 5

Tema

Tema novel Istana Menanti karya Abd Latip Talib ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan
sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut.Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili
golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam
tentang sejarah setempat.Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar untuk melihat sendiri
kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.

Persoalan

a)Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air.

Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu
banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara.

b)Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang masa.

Masyarakat di Kampung Ulu Seperi,Rembauterdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.Mereka hidup


bersatu-padu dan saling membantu.Khususnya ketika mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang
hilang di Gunung Datuk.

c)Kebijaksanaa pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang.

Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung agar
terselamat daripada serangan musuh.Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk telah dijadikan
tempat dijadikan tempat berkumpulanya pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang
penaklukan Portugis dan Inggeris.

Watak dan Perwatakan

Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil.Watak sampingan terdiri daripada Ah Seng,Ramasamy,Tuk
Ngah,Khairil Anuar,Dolah,Sarjan Mokhtar,Encik Leong,Pak Senik,Encik Karim dan Encik Shanti.

Fadhil

Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah.Dia berusia 15 tahun.Dia suka akan subjek
sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah.Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh.Dia
berfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan.Dia bijak merancang dengan
menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung
Datuk.Fadhil juga seorang yang menghormati orang tua.Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-dua
orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk.
Ah Seng

Ah Seng ialah kawan baik Fadhil.Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan
Puan Lily.Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil.Kadangkala sikapnya lepas laku
dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak
seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari.Suka makan,dia tetap berselera makan
meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam
bilik,dia tetap berselera untuk makan.

Ramasamy

Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng.Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta
mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.Dia merupakan anak Encik Shanti dan
Puan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng,Ramasamy dan
kawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki.Dia mahu melawan orang-orang jahat itu
tetapi dihalang oleh Khairil Anuar.

Tuk Ngah

Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau.Usianya hampir 80 tahun.Beliau suka
berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.Beliau banyak
pengalaman.Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman
darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis.Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan
bertenaga.Buktinya,beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan
Ramasamy.

Khairil Anuar

Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam lingkungan 30 tahun.Tubuhnya
gempal.Berani.Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama
itu.Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan,terserempak
dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari
terowong.Khairil Anuar bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.Dia
prihatin,bertanggungjawab dan mengambil berat.Meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan
Ramasamy,dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka.

Dolah

Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil.Dia
pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketau
pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM).Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar
tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh
pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.
Latar Tempat

a)Rumah Tuk Ngah di Ulu Seperi ,Rembau,Negeri Sembilan.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng


berkongsi cerita dengan Tuk Ngah tentang banyak cerita sejarah setempat dan sejarah negara di rumah
ini.

b)Istana Menanti dan kawasan sekitarnya.Contohnya:Istana Lama ini terletaknya di puncak Gunung
Datuk.Ketika Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy tiba,di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya.

c)Jeram Lubuk Petai.Contohnya:Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk.Airnya jernih dan
sejuk.Namun,kawasan ini dikatakan berpuaka dan didiami makhluk halus.

d)Terowong rahsia di bawah tanah.Contohnya:Terowong itu gelap,bercaban dua dan


menyeramkan.Terowong itu menjadi tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar.

e)Kedai runcit Encik Leong.Contohnya:Menjadi tempat penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul di sini
bagi membincangkan masalah kehilangan Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng.

f)Balai polis Kampung Ulu Seperi.Contohnya:Pak Senik,Encik Karim,Encik Leong dan Encik Shanti
melaporkan kehilangan tiga sahabat.Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung
berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari dijalankan.

Latar Masa

a)Waktu Siang.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi


mendaki Gunung Datuk.

b)Waktu malam.Contohnya:Penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari orang
hilag di sekitar Gunung Datuk.

c)Seluruh cerita:Cerita ini berlangsung dalam tempoh seminggu.Pada hari Jumaat iaitu ketika tiga
sahabat merancang untuk ke Gunung Datuk di rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang berikutnya iaitu
ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di balai raya.

Latar Masyarakat

a)Golongan muda yang peka akan sejarah

Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah
tanah air.

b)Golongan tua yang serba tahu akan sejarah

Tuk Ngah mewakili orang lama yang banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan Jepun dan
zaman darurat.Beliau juga banyak tahu tentang sejarah setempat dan sejarah negara.

c)Masyarakat yang berbilang kaum  dan agama


Penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan
agama.

d)Masyarakat desa yang hidup bagai aur dengan tebing

Penduduk setempat membantu pihak polis mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di puncak
Gunung Datuk.

e)Masyarakat yang belot dan derhaka pada negara

Dolah mewakili segilintir masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara.Dia sanggup bersekongkol
dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

Pengajaran

a)Kita hendaklah mempelajari sejarah kerana melalui sejarah kita akan mengetahui asal-usul sesuatu
perkara itu berlaku.Contohnya:Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya kepada Tuk Ngah  tentang
sejarah setempat dan sejarah negara.Mereka juga meminati subjek sejarah di sekolah.

b)Kita haruslah mempertahankan maruah bangsa dan negara daripada ancaman


musuh.Contohnya:semasa Perang Naning,orang Rembau turut membantu Dol Said menentang orang
Inggeris.Mereka akhirnya berjaya dalam peperangan itu.

c)Kita hendaklah berani dan gigih untuk memperoleh apa-apa yang diimpikan.Contohnya:sejak kecil
lagi,Khairil Anuar begitu tertarik dengan sejarah Rembau dan bercita-cita untuk menulis buku tentang
sejarah Rembau.Oleh itu,dia gigih mencari maklumat dan menyelidik tempat-tempat sejarah di Rembau.

d)Kita haruslah menghargai kemerdekaan dan mengenang jasa para perjuang terdahulu.Contohnya:jasa-
jasa pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan tanah air daripada dibelenggu penjajahan,haruslah
dikenang sampai bila-bila.

e)Kita haruslah berfikir panjang sebelum bertindak.Contohnya:pihak polis yang diketuai oleh Sarjan
Mokhtar berfikir panjang dalam mengatur strategi kerana dikhuatiri akan membahayakan keselamatan
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy.

Nilai

a)Cinta akan negara.Contohnya:Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya dan mengkaji untuk
mengetahui sejarah tempatan dan sejarah negara daripada Tuk Ngah.

b)Bekerjasama.Contohnya:Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak polis dalam gerakan mencari


dan menyelamatkan Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang.

c)Berani.Contohnya:Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat
keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk
mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.

d)Prihatin.Contohnya:Khairil Anuar peka dan prihatin akan keselamtan Fadhil dan rakan-rakannya
meskipun dia baru sahaja mengenali tiga sahabat itu.

e)Kasih sayang.Contohnya:Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak
mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindak
melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis.

You might also like