Professional Documents
Culture Documents
Tarian
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta
untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu
ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama
romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu
Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa.
Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah
kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan
angklung.
Zapin
Joget
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang
meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan
oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai
usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di
Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
Tarian Lilin
Silat
Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni
mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh
dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang
penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik
dan mengasyikkan.
Tarian Singa
Tarian Naga
Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.
Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India
purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.
Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai,
terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur
semuda lima tahun.
Bhangra
Ngajat
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di
Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai
Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang
dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan
perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan
yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi
tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang
berukir.
Datun Julud
Sumazau
Tarian Buluh
Portugis
Farapeira
Farapeira adalah sebuah tarian pantas yang menghiburkan, seringkali
diiringi alat muzik sepert gitar dan tamborin, dan dipersembahkan
oleh pasangan penari yang memakai pakaian tradisional Portugis.
Branyo
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya
memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau
adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari
berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara
tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan
keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa
menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.
TARIAN LIMBAI
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika
menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik
sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai
dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat
menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.
TARIAN SUMAYAU
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga
dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut
hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya
tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan
sebagainya.
Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya
dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari
keturunan Monolian.
Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga
lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis
tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara
sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu
seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.
Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang
atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki
adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut
yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan
atau rangsangan daripada para penonton.
TARIAN MAGUNATIP
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau).
Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika
menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap
mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh
itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang
menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.
TARIAN ADAI-ADAI
Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada
sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika
menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian
pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini
dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai
yang mendiami pekan Weston, Sabah.
TARIAN DALING-DALING
Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa
oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan
Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau
yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan
Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu
yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.