You are on page 1of 21

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid

KIA2M

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam


Kalangan Murid KIA2M

oleh
Hasnalee bin Tubah
Jabatan Pengajian Melayu

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan bentuk kesukaran
membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA2M. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian berstruktur berdasarkan soalan soal
selidik interpersonal bagi mengumpul data kualitatif. Subjek kajian terdiri daripada 4
orang murid KIA2M yang dipilih secara rambang berdasarkan jantina dengan
berdasarkan rekod pencapaian daripada ujian penapisan dan ujian pelepasan 1.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan bentuk kesukaran
membaca dan menulis murid KIA2M adalah pada paras sederhana lemah. Dapatan
kajian ini membawa implikasi bahawa murid KIA2M akan dapat menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan bantuan guru secara sistematik. Berdasarkan dapatan
kajian, pengkaji mencadangkan agar kaedah pengajaran guru perlu lebih berfokus
kepada murid dan aktiviti dalam kelas. Bagi mencapai tahap tersebut guru KIA2M
terlebih dahulu perlu menguasai kaedah pengajaran KIA2M secara khusus dan
professional.

PENGENALAN
Program KIA2M merupakan usaha bersepadu sekolah di seluruh
Malaysia bagi melaksanakan program pemulihan dan pencegahan
kegagalan masalah membaca dan menulis di kalangan murid-murid asas
persekolahan. Usaha bagi mengatasi masalah ini telah melibatkan semua
pihak di Kementerian Pelajaran termasuk sekolah rendah, sekolah
menengah dan institut Perguruan (IPG) di seluruh Malaysia (KPM
2006).
Kajian ini melihat kepada tahap kesukaran murid KIA2M pada
peringkat asas yang akan memberi kesan langsung terhadap kebolehan
dan kemahiran membaca dan menulis. Umum mengetahui bahawa murid

174 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

KIA2M memerlukan gaya pembelajaran yang luar biasa dan unik


memandangkan tahap keupayaan penguasaan kemahiran membaca dan
menulis yang lambat daripada murid-murid normal di kelas biasa.

PERNYATAAN MASALAH
Kegagalan membaca membawa kepada masalah keciciran murid
dalam kelas (Wikipedia Bahasa Melayu:2000) Ia juga menyumbang
kepada kesahan kajian masyarakat Malaysia yang kurang membaca)2
helai muka surat setahun adalah benar (UNESCO:1999). Kaedah
membaca yang digunakan oleh guru memerlukan suatu bentuk pengajaran
khas (berbeza daripada kaedah biasa) kerana murid KIA2M adalah
murid istimewa yang gagal belajar membaca mengikut kaedah pengajaran
murid normal (Wikipedia Bahasa Melayu : 2007).
Mulai tahun 2006, semua pihak dalam Kementerian Pelajaran
telah digerakkan bagi membasmi masalah buta huruf dalam kalangan
pelajar. Bagi merealisasikan tujuan ini, KPM telah bertindak dengan
menubuhkan program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis
(KIA2M). Justeru, melalui program tersebut, semua sekolah telah digesa
mengambil langkah serius bagi menangani masalah murid gagal
membaca. Berdasarkan isu dan fenomena tersebut maka penyelidik
merasakan suatu kajian yang lebih mendalam tentang faktor penyebab
kegagalan murid KIA2M membaca dan menulis serta membantu guru
melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih efektif. Tambahan pula,
input dan maklumat perlu dilihat daripada persepsi murid KIA2M itu
sendiri. Barulah tindakan positif akan menjadikan kaedah penyelesaian
membaca dapat diatasi.

175 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesukaran murid-
murid yang mengikuti Kelas Intervesi Awal Membaca dan Menulis
(KIA2M) di sekolah terhadap penguasaan asas membaca. Secara
khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti tahap kesukaran asas membaca (abjad) dan
menulis murid-murid KIA2M
2. Mengenalpasti bentuk kesukaran asas membaca dan menulis
murid-murid KIA2M.

SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kesukaran asas membaca (abjad) murid - murid dan
menulis KIA2M?
2. Apakah bentuk kesukaran asas membaca dan menulis murid-
murid KIA2M?

TINJAUAN LITERATUR
Program KIA2M merupakan usaha bersepadu sekolah di seluruh
Malaysia bagi bagi melaksanakan program pemulihan dan pencegahan
murid-murid membaca dan menulis dalam kalangan murid tahun 1.
Usaha bagi mengatasi masalah ini telah melibatkan semua pihak di
Kementerian Pelajaran termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan
Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia (KPM).
Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam
Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan
bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud dalam

176 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya


menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar
menunjukkan 18% ada mengalami masalah membaca.
Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga
dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk
”Reading Success In The Intervension Classroom”. Dalam artikel
tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca menjadi
semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan ke atas subjek
(murid KIA2M). Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca
memang timbul pada murid lemah. Mereka memerlukan lebih tumpuan
daripada gurunya
Kajian yang dibuat oleh Holly M Menzies (2007), dalam jurnal
yang bertajuk ”Early Intervention In Reading:From Research To
Practice” mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid
semakin boleh membaca jika mereka diberikan kaedah ”rawatan” yang
betul.

TEORI MODEL KERANGKA RUJUKAN


Model kerangka yang digunakan dalam kajian ini adalah
berdasarkan Teori Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism)-
Tolmann (1996). Teori ini menekankan kepada matlamat perilaku terarah
iaitu berfokus kepada membaca. Berdasarkan kerangka Teori
Behaviorisme Terarah (Tollmann 1996), struktur dalaman otak dan
pemikiran murid (kognisi) mempunyai keupayaan yang terpendam dan
dijangka. Kedua-dua bentuk pemikiran itu akan membentuk perilaku
molar. Deskriminasi desakan boleh menghasilkan bentuk pembelajaran
yang berdasarkan matlamat pengajaran guru. Namun guru juga boleh

177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

menjangkakan tingkah laku murid berdasarkan mod jangkaan


kognisinya.

Rajah 1: Teori Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism)-


Tolmann (1996)

TEORI BEHAVIORISME
BERTUJUAN
Purposive Behaviorism
(TOLMANN 1996)

KOGNISI

TERPENDAM JANGKAAN
PERILAKU
MOLAR

DESKRIMINASI MOD
DESAKAN MATLAMAT JANGKAAN
(MEMBACA) KOGNISI

PEMBELAJARAN

TERARAH

MEMBACA
MENULIS

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan secara kualitatif. Bagi menjayakan kajian
ini, penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah spesifik bagi
mendapatkan data komprehensif. Hasil daripada data yang diperolehi

178 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

akan mencorakkan bentuk dapatan kajian ini. Metodologi kajian yang


digunakan oleh saya adalah secara kaedah analisis data kualitatif.
Seramai 4 orang murid KIA2M telah dikenalpasti. Kesemuanya
berada dalam tahun 1 di sekolah SK Gita, Kuching, Sarawak. Data
daripada perkembangan menguasai kemahiran membaca dan menulis,
akan dipantau secara langsung selama mereka berada di tahap 1.

REKA BENTUK KAJIAN KUALITATIFF


Kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif kerana penyelidik
mempunyai masa yang mencukupi untuk memerhati dan meneliti
masalah sebenar di persekitaran yang sebenar juga (Marohaini, 2001).
Menurut Bogdan dan Bikken (1998), kebanyakan kajian kualitatif yang
dijalankan di tempat lapangan adalah bertujuan untuk mengutip data
secara komprehensif. Ini selaras dengan pendapat Jorgensen (1989) dan
Marohaini Yusoff (2001), yang mengatakan sesuatu data itu boleh
dikutip jika ia mempunyai ciri-ciri yang sama dan tidak berubah.
Empat orang murid KIA2M yang dijadikan peserta kajian
mendapat markah ujian paling rendah dalam ujian penapisan tetapi
mengalami peningkatan markah yang baik dalam ujian pelepasan
walaupun masih lagi gagal. Selain dari itu peserta kajian juga terdiri dari
mereka yang berada di atas pagar.
Pengumpulan data berfokus kepada data yang mampu
memberikan gambaran holistik melalui pemerhatian dan temu bual serta
bukti dokumentasi yang dapat dijadikan asas dalam tempoh kajian yang
dilakukan (Spradley 1980; Merriam 1988; Bogdan dan Bikken 1988;
dalam Marohaini Yusoff 2001).

179 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

Secara umum umumnya teknik pengumpulan data yang


digunakan oleh penyelidik melibatkan: temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen,

DAPATAN KAJIAN
Pada keseluruhannya dapatan kajian merangkumi segala aspek
sumber data yang diperoleh daripada temu bual, pemerhatian dan juga
data soal selidik yang berupakan senarai semak.

Soalan Kajian Pertama


Apakah tahap kesukaran asas membaca dan menulis (abjad) dalam
kalangan murid KIA2M?

Jadual 1 : Data Temu bual Guru

Latar Masalah Tindakan Tahap


Belakang Dihadapi Guru Penguasaan
Murid Murid (P&P) Murid KIA2M
KIA2M KIA2M
Perawakan 3 Lambat 4 Latih tubi 4 Mengeja/batang 4
normal
Perawakan
kurang
normal
SES rendah 4 Hafal 3 BBM 3 Penulisan 3
Abang/ Mudah 2 Kekerapan 3 Peningkatan 4
Kakak 2 Lupa Ulangan markah ujian
KIA2M
Dorongan Tiada 3 Usaha 3 Mulai menguasai 3
belajar 1 keyakinan konsisten 2M
Jumlah 4 Perlu 4 4 Tidak Menguasai 1
Murid bantuan 2M
KIA2M

180 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

Latar belakang Peserta Kajian KIA2M


Jadual di atas menunjukkan bahawa daripada aspek latar
belakang murid KIA2M, kesemua 4 orang peserta kajian adalah datang
daripada keluarga yang SESnya rendah. Jika ditinjau daripada data
demografi (data soal selidik) kesemuanya daripada keluarga yang
pendapatan puraranya RM500-1200 sebulan. Tiga orang daripada mereka
adalah berperwakan normal dan seorang murid kelihatan selekeh dan
tidak kelas.
Data daripada rekod pencapaian murid juga menunjukkan bahawa
dua orang mempunyai abang atau kakak yang pernah mengikuti kelas
KIA2M. Ini seolah-olah menjadi ”trend” bahawa faktor “genetik”
mempunyai hubung kait yang menyebabkan adik mereka juga tidak dapat
membaca dan menulis. Malah pihak sekolah juga telah mendapat “hint’
jika ada murid KIA2M yang mempunyai “bin” atau “binti”yang sama
maka pihak sekolah boleh bersedia menerima adik mereka di kelas
KIA2M untuk tahun berikutnya.
Jika ditinjau kepada data pemerhatian, didapati murid KIA2M ini
rata-rata mereka mempunyai perwatakan yang pendiam, malas bertanya
dan sentiasa memerlukan dorongan serta motivasi daripada guru atau
kawan-kawan. Suatu sifat yang menyerlah pada peserta kajian adalah
adalah sikap ”kurang fokus” dan suka “merapu” bila menjawab soalan.
Sikap inilah perlu dikawal guru bagi memastikan daya fokus mereka
menumpu kepada kemahiran membaca dan menulis.

Penguasaan Membaca dan Menulis Murid KIA2M


Hasil daripada analisis temu bual guru KIA2M pada dasarnya
masalah utama peserta kajian KIA2M adalah faktor “lambat” tetapi

181 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

bukan lembam. Mereka juga menghadapi masalah daripada aspek suka


menghafal tanpa memahami hafalannya.
Peserta kajian KIA2M gagal membaca dengan baik kerana
mengalami masalah “mudah lupa” maka bantuan guru KIA2M atau pun
rakan-rakan amat diharapkan. Mereka kurang berdikari dan sentiasa
bergantung dengan orang lain dalam usaha untuk membaca dan menulis.
Analisis data TB1 juga mendapati peserta kajian mempunyai
kadar kebergantungan yang amat tinggi kepada guru atau pun rakan-
rakan dalam proses membaca dan menulis. Bila ada guru atau rakan yang
membantu untuk mengeja, mereka akan berasa lebih yakin dan mulai
mengeja. Data temu bual mendapati bahawa bantuan guru sangat
diperlukan ketika mengeja dan membatang suku kata.

Tindakan Guru Mengatasi Masalah Murid KIA2M


Pada keseluruhannya data temu bual dan pemerhatian mendapati
bahawa guru menggunakan beberapa kaedah pengajaran yang berbentuk
latih tubi. Di samping itu penggunaan bahan bantu mengajar juga menjadi
faktor penting yang dapat merangsang murid KIA2M membaca dan
menulis. Guru juga perlu mengulang-ulang (latih tubi) bagi memastikan
pelajar memberikan fokus serta dapat mengingat huruf vokal dan
konsonan serta mampu mengeja KVKV.

Tahap Penguasaan Membaca dan Menulis Murid KIA2M


Peserta kajian KIA2M mempunyai tahap penguasaan membaca
yang berbeza-beza daripada aspek iaitu mengeja dan membatang suku
kata dan juga kesukaran peserta kajian banyak mengalami masalah

182 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

menggabung pola suku kata KVKV dan kemampuan mengingat semula


pola KVKV iaitu mengeja dan membatang.
Jika tinjau kepada dapatan data analisis dokumen hasil ujian
penapisan dan pelepasan, kesemua peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dalam pencapaian mereka. Ini menggambarkan ada
peningkatan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid
KIA2M di SK Gita, Kuching.

Soalan Kajian Kedua


Apakah bentuk-bentuk kesukaran asas membaca dan menulis murid
KIA2M?

Jadual 2 : Bentuk kesukaran membaca murid KIA2M

BENTUK KESUKARAN MEMBACA MURID KIA2M


KENAL MENGEJA MEMBATANG MENGINGAT
ABJAD KONSONAN SUKU KATA BUNYI
DAN ABJAD KVKV SUKU KATA
KVKV
Keliru 2 Konsistensi 2 Boleh 4 Boleh 2
bentuk (Dengan bantuan)
Keliru 2 Lupaan 2 Tidak boleh 0 Tidak boleh 2
bunyi (Tanpa
Bantuan)
Jumlah 4 4 4 4
peserta
kajian

Kesukaran Membatang KVKV


Data temu bual menunjukkan peserta KIA2M mengalami masalah
membatang suku kata KVKV. Dalam temu bual dengan peserta kajian

183 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

daripada aspek kesukaran mengenal abjad, kesukaran didapati dalam


menggabung suku kata kedua KVKV.

Kekeliruan Bentuk dan Bunyi Abjad


Daripada data analisis temu bual peserta kajian KIA2M didapati
bahawa kekeliruan abjad adalah pada aspek bentuk huruf iaitu pada abjad
“b”, “c” dan “g”. Kekeliruan juga wujud pada bentuk huruf yang hampir
sama iaitu “s” dan “z” (TBPM 2:S1,S4). Kekeliruan juga wujud pada
bentuk huruf yang bergandingan iaitu “b” dan “d”, “u” dan “w”.(PPK4-
S4).
Analisis daripada data pemerhatian juga membuktikan peserta
kajian menghadapi masalah kekeliruan pada bunyi abjad vokal “e-pepet”
dan “e-taling”. Di samping itu kesukaran akibat kekeliruan juga wujud
pada bunyi abjad “o” dan “u”. (PK2:S3). Keliruan bentuk dan bunyi
abjad juga dapat dikesan melalui data pemerhatian (PK3:S3) iaitu
membunyikan huruf “g” dan “j”. Kebanyakan abjad “g” dibunyikan
sebagai “j”. Kekeliruan seterusnya adalah pada abjad “b,d,p”.

Kesukaran Mengeja dan Membunyikan Suku Kata KVKV


Penyelidik telah menggunakan 10 pola suku kata KVKV
berdasarkan model pembelajaran Selan Osni. Kesemua pola suku kata
KVKV tesebut merangkumi suku kata terbuka dan tertutup. Analisis data
temu bual dan soal selidik mendapati bahawa kesemua peserta kajian
mengalami masalah mengeja dan membunyi suku kata. Bagi suku kata
terbuka eg; ba+ca, ku+da, gi+gi dan ma+ta tidak menimbulkan sebarang
kesukaran pada peserta kajian (BIII:B17, B22, B25).

184 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

Kesukaran mengeja pola KVKV timbul bagi gabungan huruf


vokal suku kata terbuka dan tertutup yang hadir serentak. Sebagai
contoh : bu+mi, ki+ra dan bu+ku (BIII:B16,B19,B20). PK2, PK3 dan
PK4 mengalami masalah dapat mengeja pola suku kata yang pertama
tetapi gagal mengeja suku kata yang kedua KVKV. PK4 pula akan mula
meneka-neka secara merapu bila gagal menyebut suku kata KV kedua.
Kesukaran mengeja juga timbul pada suku kata lo + ri (BIII:B21) dan
ja+ri (BIII:B23). Kekeliruan ini adalah disebabkan “keeliruan bunyi”.
Justeru guru KIA2M perlu mengajar latihan “pemintal lidah” agar
masalah “telo” dan “pelat” dalam mengeja dan membaca ini dapat
diatasi. Dapatan daripada temu bual juga mendapati bahawa memang
para guru maklum akan masalah tersebut.

Kesukaran Mengecam Bentuk Abjad Kekeliruan Bentuk Abjad


Berdasarkan 4 orang peserta kajian yang dikaji, didapati bahawa
kesemuanya menghadapi masalah kekeliruan abjad dari segi bentuk dan
status huruf (besar dan kecil). Hasil dapatan kajian berdasarkan data
senarai semak (CI) menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian
menghadapi kerumitan dalam membezakan bentuk huruf yang hampir
sama seperti “b” – “d”, (letupan 2 bibir bersuara). Begitu juga
kesukaran timbul pada mengecam huruf “j” (geseran lelangit keras) telah
disebut sebagai “g” (letusan lelangit lembut) :(CI-PK2,PK3 dan PK4).
Kebanyakan daripada mereka keliru dengan beberapa huruf konsonan
seperti “b”, “d” dan “g” (PPK3 dan PPK4-S4).
Di samping itu juga penyelidik dapat mengesan, terdapat eleman
“kurang keyakinan diri” dan “tidak pasti” tentang abjad tertentu.
Peserta kajian masih bergantung kepada “hint” yang diberikan guru

185 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

apabila mengecam huruf. Jika mereka tidak pasti untuk abjad “j”, mereka
didapati teragak-agak untuk menyebutnya. Mereka mungkin akan
menyebut “g” namun kesilapan itu tidak berani diambil risiko.

Kesukaran Keliru Bunyi Abjad


Antara kesilapan membunyi/menyebut abjad adalah pada huruf
geluncuran iaitu “w” akan disebut “m”–terbalik (SSTB:PK1,) cara tulis
“w”, (huruf letusan 2 bibir) iaitu “p” telah disebut sebagai
“d”(SSTB:PK2, PK4). Peserta kajian PK 3 dan PK4 didapati sukar
membunyikan bunyi sengauan nasal iaitu “m” dan “n”. Bunyi huruf
tersebut telah dibunyikan sebagai “e”, Bunyi huruf “s” dan “z” (sisian)
disebut sebagai “s” sahaja.

Kesukaran Membatang Suku kata KVKV


Hasil dapatan data soal selidik temu bual menunjukkan bahawa
hanya seorang peserta kajian sahaja daripada 4 orang peserta kajian yang
dikaji agak baik dalam membatang suku kata terbuka KVKV. Jika
ditinjau pada PK1, menunjukkan bahawa masalah timbul pada bunyi
letupan dua bibir tidak bersuara iaitu “pe”, “po” dan “pu” (suku kata
tertutup). Beliau didapati keliru pada suku kata KV kedua iaitu yang
melibatkan vokal “e”. “o” dan “ou”. (CIII:PK1). Bila sampai huruf
konsonan digandingkan dengan “u”, beliau ada masalah membatangkan.
Daripada pemerhatian, penyelidik mengagak mungkin faktor bunyi “u”
adalah “uh” dan bukan “yu”. Di sini jelas menunjukkan faktor
“lupaan” turut menyumbang kepada kesukaran ini. Namun segala
masalah ini dapat diatasi dengan cara guru memberikan lebih fokus dan
latih tubi.

186 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

Masalah yang sama juga dihadapi oleh PK3 dan PK4. Bagi bunyi
letupan dua bibir bersuara masalah wujud pada “be” dan “bo” telah
disebut sebagai “bu” dan “bi”. Bagi bunyi letupan dua bibir tak bersuara
“pe” telah disebut dengan “po”, Sementara itu “tu” telah dieja sebagai
“bu” . PK3 didapati amat lemah mengeja dan membatang suku kata. Dia
keliru pada huruf vokal “e”, “o” dan “u”.
Bagi peserta kajian 4 pula, mempunyai masalah mengeja yang
agak kronik. Beliau ada masalah tentang huruf vokal “e” dan “i” (CIII:
C75). Bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara “n” tidak dapat dieja.
Bagi huruf “g” telah dieja mengunakan huruf “j” (CIII:70) Peserta
kajian ini tidak dapat menumpukan perhatian berlajar dalam kadar yang
panjang. Dia suka main –main dalam kelas. Mengeja suku kata masih
keliru dalam huruf KV “i” dan “e”.
Hanya PK2 2- lebih baik penguasaan meengenal huruf. Suku kata
terbuka seperti vokal “a” dan “o” agak mantap. Masalah timbul bila PK2
bertindak balas dengan bunyi letupan lelangit lembut “g” iaitu “ge”,
“go” dan “gu”. Begitu juga dengan bunyi sengauan lelangit lembut
bersuara, PK2 ada masalah dengan bunyi “no” dieja dan dibatangkan
menjadi “ni” Bunyi geseran lelangit keras “j” iaitu “je” tidak dapat dieja
dengan baik (CIII:C74).

Kesukaran Mengeja Suku kata KVKV


Sebagai mana yang dijangkakan, kesemua perserta kajian didapati
tidak mengalami masalah bagi mengeja perkataan “ba + pa”. Pola suku
kata terbuka biasanya mudah dieja oleh murid KIA2M (CIV:C76). Bagi
mengenalpasti bentuk kesukaran mengeja perkataan yang berdasarkan
modul Selan Osni, penyelidik telah menjalankan kerja pemerhatian

187 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

berstruktur. Bagi perkataan “to + di” (letupan lelangit keras), kesemua


peserta kajian tidak dapat mengejanya dengan betul. Bagi PK1, langsung
tidak dapat mengeja perkataan tersebut. PK2 juga tidak dapat
mengejanya. Bagi PK3, terdapat kekeliruan di mana “to + di” telah dieja
dengan “to + bi”. Kekeliruan berlaku pada abjad “b” dan “d”. Bagi PK4,
mampu mengeja tetapi memerlukan sedikit bantuan. Ini menunjukkan di
samping faktor kekeliruan, faktor pengetahuan sedia ada juga (minuman
todi) yang tidak ada dalam pengetahuan mereka juga menjadi punca
kegagalan mengeja perkataan “todi” (CIV:C77).

Kesukaran Menulis Abjad


Mereka hanya memberikan saiz huruf yang berbeza bagi
menunjukkan sesuatu huruf sama ada kecil atau besar. Sebagai contoh :
“a” (kecil) dan “A” (besar)-(BIV:B26) Kebolehan menulis abjad.
Melalui data pemerhatian didapati bagi huruf konsonan pula, kebanyakan
peserta kajian dapat menulisnya dengan baik. Cuma ada beberapa huruf
yang mereka masih lagi keliru. Antaranya adalah ditulis “terbalik” eg:
abjad “d” ditulis sebagai “b”. Masalah kedua pula adalah hampir
keseluruhan peserta kajian menjadikan saiz huruf bagi membezakan
huruf kecil atau besar.(BIV:B33). Peserta kajian 3 dan 4 didapati masih
lagi bermasalah dalam penulisan. Cara menulis huruf yang betul pun
masih tidak dikuasai oleh pelajar. Ada yang menulis dengan gaya dan
cara yang salah seperti q (hala ekor salah). (BIV:B43), begitu juga “p”
ditulis dalam bentuk yang salah iaitu “b”. Justeru guru harus memainkan
peranan yang. Daripada 4 orang peserta kajian kesemuanya mempunyai
masalah penulisan daripada aspek :

188 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

i. Bentuk huruf ditulis dengan betul tetapi salah arah sebagai contoh
“p” ditulis sebagai “b”, “y” ditulis sebagai “v”dan sebagainya.
ii. Keliru menulis huruf kecil dan besar. 3 daripada 4 peserta kajian
menjadikan saiz sebagai pembeza huruf kecil dan besar.
iii. Menulis huruf dengan cara yang tidak betul. Contoh : huruf “c”,
“d” dan “s”- ditulis secara terbalik.

Kesukaran Menulis Suku kata Terbuka KVKV


Penyelidik telah menjalankan ujian latihan menulis perkataan
KVKV kepada kesemua peserta kajian. Di samping itu pemerhatian juga
dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh PK. Hasil
dapatan yang beri menunjukkan bagi perkataan “budi” (bunyi letupan),
PK1, PK2 dan PK3 didapati tiada masalah. Hanya pada PK4 menghadapi
masalah tidak dapat menulis dengan betul di mana “b” ditulis sebagai
“d” menjadi “dubi”. Terdapat kekeliruan menulis bentuk abjad hampir
serupa (CV:C79-PK1).
Kes yang sama juga berlaku pada perkataan “duka” PK1 tulis
terbalik “d” ditulis sebagai “b”. Sementara itu PK2 menulis “duka”
menjadi “buka” (CV:81:PK3). PK4 langsung tidak dapat menulis
perkataan tersebut. Penyelidik mendapati bahawa di samping kekeliruan
bentuk huruf, kesukaran menulis juga disebabkan oleh bahan rangsangan.
Tiada gambar konkrit yang boleh menggambarkan “duka” menyebabkan
PK4 langsung tidak mempunyai input untuk menulis perkataan tersebut.
Bagi perkataan “ma + ma” (bunyi nasal), semua peserta kajian dapat
menulisnya dengan betul kecuali PK4 telah menulisnya sebagai “ma +
na”.

189 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

RUMUSAN DAN CADANGAN


Kajian ini juga dilakukan bagi meninjau bentuk-bentuk kesukaran
membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA2M. Dapatan juga
menunjukkan bahawa antara masalah yang dominan adalah “kekeliruan”
dan “tidak konsisten”.

Masalah Penguasaan Asas Kemahiran 2M


Faktor SES yang rendah ini juga membawa kepada munculnya
satu lagi subfaktor penyebab kegagalan menguasai 2M iaitu “genetik”
Penyelidik mendapati kebanyakan peserta kajian jika ada mempunyai
“abang” atau “kakak” yang pernah dimasukkan ke kelas KIA2M
sebelumnya.
Para peserta kajian juga didapati lebih mahir dalam “menghafal”
sama ada membaca atau mengeja daripada menguasai kemahiran tersebut
dengan memahaminya. Para peserta kajian KIA2M ini juga mempunyai
sikap yang telalu bergantung “dependent” kepada guru KIA2M dan juga
rakan-rakan. Mereka ini seolah-olah mempunyai masalah “inferiority
complex” atau rendah diri yang menjadikan mereka seolah-olah takut
untuk mencuba untuk membaca atau menulis.

Tahap Penguasaan Membaca dan Menulis Murid KIA2M


Namun jika dirujuk kepada kerangka teori Model Tollman
(1996), mengatakan bahawa ada elemen “sifat terpendam” (kebolehan
membaca dan menulis) dalam murid yang mesti dicungkil keluar oleh
guru dalam proses pembelajaran murid KIA2M ini. Motivasi positif amat
perlu diberikan terlebih dahulu sebelum pengajaran sebenar dilakukan
kepada murid lemah membaca dan menulis ini. Kegagalan murid KIA2M

190 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

membaca dan menulis ini lebih menumpu kepada menggabung suku kata
kedua tertutup KVKV.

Bentuk Kesukaran Membaca Murid KIA2M


Membincangkan tentang masalah kekeliruan ini, murid KIA2M
didapati keliru mengenal abjad yang mempunyai bentuk hampir sama
bentuk. Huruf ”a”, ”c”, dan g akan mendatangkan kekeliruan bagi murid
KIA2M untuk membezakannya. Begitu juga dengan bentuk huruf
berganding seperti ”b” – ”d”, ”u” – ”w” dan sebagainya.Penyelidik juga
mendapati murid KIA2M juga menghadapi kesukaran dalam
“membunyikan” huruf-huruf tertentu. Peserta kajian menghadapi
kesukaran menyebut huruf “s” dan “z”. Kedua-duanya disebut sebagai
“s” sahaja. Begitu juga dengan huruf “g” telah disebut sebagai huruf
“j”. Dapatan di atas menunjukkan bahawa memang timbul masalah
kesukaran daripada aspek membunyikan huruf dan suku kata. Perkara ini
akan mempengaruhi kebolehan mengeja murid KIA2M. Di samping itu,
ada dalam kalangan murid KIA2M menghadapi masalah “telo” atau
“pelat” Ada segelintir murid KIA2M begitu sukar menyebut “r”.
Sebagai contoh “lori” disebut “loli”, “jari” disebut “jali”. Faktor ”telo”
atau pelat ini ini akan mempengaruhi kemahiran membaca dalam
kalangan murid KIA2M.

Kesukaran Asas Menulis dalam Kalangan Murid KI2M


Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya kesukaran menulis
dalam kalangan murid KIA2M ini dapat di dikategorikan seperti berikut;

191 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

Tulis Huruf Secara Terbalik


Kebanyakan peserta kajian menghadapi masalah menulis huruf
terbalik. Bentuk huruf yang paling ketara ialah “s”, “c”, “b” dan “d”.
Huruf-huruf yang mempunyai bentuk yang hampir serupa juga menjadi
faktor penyebab ia ditulis secara terbalik.

Menulis Secara Tidak Normal


Sebagai contoh ramai dalam kalangan peserta kajian menulis
huruf “s”, “c”, “f”, “j” dan sebagainya secara lain daripada
kebiasaannya. Justeru guru perlu mengajar teknik penulisan abjad secara
formal.

Menulis Huruf Besar dan Kecil


Huruf “f” ditulis dengan saiz yang besar untuk huruf besar dan
“f” bersaiz kecil untuk huruf kecil. Mereka terpengaruh dengan huruf
tertentu seperti huruf “c”, “s”, “p” dan sebagainya yang menggunakan
faktor saiz sebagai pembeza antara huruf kecil dan besar.

IMPLIKASI DAN CADANGAN HASIL KAJIAN


Berdasarkan hasil kajian ini, maka penyelidik mendapati bahawa
beberapa usaha positif perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Antaranya adalah : Guru perlu membina “rappo” yang baik dengan
murid KIA2M. Mereka ini tergolong dalam kelompok “atas pagar”
Mereka berkemampuan membaca dan menulis tetapi dengan bantuan.
Hasil temu bual dengan guru KIA2M dan murid KIA2M, penyelidik
mendapati pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan

192 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

berkesan jika guru menggunakan kaedah latih tubi. Dorongan dan


motivasi yang berterusan juga diperlukan bagi mengatasi masalah
membaca dan menulis KIA2M. Bahan bantu mengajar (BBM) juga
menjadi elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran murid
KIA2M. Mereka juga perlu disediakan dengan kemudahan sebagaimana
yang diberikan kepada bilik P&P pemulihan khas. Guru KIA2M juga
perlu diberikan cukup masa untuk memberikan lebih tumpuan kepada
penyediaan BBM dan input bagi pengajaran KIA2M. Pihak Bahagian
Pendidikan Guru juga perlu menganjurkan lebih banyak kursus untuk
guru KIA2M. Pihak ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan dorongan
dengan mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka yang
terlibat dengan program KIA2M.
Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa adalah
penting semua pihak memainkan peranan bagi membantu murid KIA2M
menguasai masalah membaca dan menulis. Program KIA2M tidak boleh
diserahkan semata-mata kepada guru KIA2M. Ia merupakan suatu
program yang perlu dilaksanakan secara sistematik oleh semua
pihak.Keberkesanan pengajaran KIA2M akan dapat menyelamatkan
ramai murid yang lemah membaca dan menulis daripada terus tercicir
daripada arus perdana sistem pelajaran global.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1992). “Ke Arah Negara Maju dan Inspirasi Kepada
Kurikulum Sekolah”, Seminar Kurikulum Kebangsaan 1, Kuala Lumpur
: Universiti Malaya.

American Federation of Teachers (2001). http:www.aft.org/edissues/index.htm.

Azman Wan Chik (1989). “Kesilapan Penggunaan Bahasa Melayu oleh Murid-
murid Melayu”. Dalam Abdullah Hassan (Ed), “Kesalahan Bahasa
dalam Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

193 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008


Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid
KIA2M

Charlotte J Bolling (2008),”Reading Success In The Intervension Classroom”.


Washington : Winter 2008. Vol 52 Iss.2; Pg 58.

Molly M Menzies (2007),”Early Intervention In Reading:From research to


practice”.Austin : Vol. 29. Iss.2 pg 67.

Gumperz, J.J & Gumperz J, (1988). “Language and The Communication of


Social Identity”. Open University Press.

Gardner, H. (1991), “Multiples Intelegences:The Theory In Practice”. Basic


Books: New York.

Jorgensen, D (1989), “Exploring Topics of Consequence In Early Reading


Childrens”.Boston : Allyn and Bacon.

Kamaruddin Abdullah (2000). ”KOMSAS dalam Pengajaran Bahasa Melayu”.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). ”Masalah Penguasaan Membaca dan


Menulis dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah”. : Pusat
Perkembangan Kurikulum.

L.R. Gay, Peter Airasian (2003). ”Educational Research : Competencies for


Analysis And Aplications (7th Editions)”. New Jersey, Pearson
Educations Inc.

Michael D. Mayers (1997). “Qualitative Research : An Information System”,


MISQ Discovery:New York.

Marohaini Yusoff (2001). “Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja


Lapangan Kajian” Universiti Malaya:Kuala Lumpur.

Salehudin Ahmad (2005). ”Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu


dalam Kalangan Pelajar Tahun 1 di Sekolah Menengah Agama negeri
Melaka” Seminar Penyelidikan Pendidikan, IPBA : Kuala Lumpur.

Tolmann J. (1996). ”Purposive Behaviorism In Theory of The Children”


DELMAR Thomson Learning, Inc.

194 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

You might also like