You are on page 1of 24

SOALAN: Bandingkan Sistem Kerajaan Parlimen beraja di negara Britain dan Jepun.

Pengenalan

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu

pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau

sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih

900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala

pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah

tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad

kepada sistem perlembagaan. Kewujudan pemerintahan beraja pada suatu ketika kerana

pemikiran rakyat ketika itu mempercayai golongan raja adalah utusan atau anak tuhan dan darah

keturunan mereka bersangkut paut dengan dewa-dewi.

Sistem Kerajaan Beraja Jepun

Menurut sejarah awal orang Jepun pada dasarnya mempunyai pertalian darah bangsa Mongul

yang berkait rapat dengan jiran-jirannya dinegeri Korea dan China. Mereka memulakan

penempatan di kepulauan selatan Jepun melalui Pulau Formosa dan Ryukyu. Jepun atau

Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun dikenalai secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit.

Jepun juga pernah dikenal sebagai Yamato.

Era pemerintahan dan tamadun jepun telah melalui beberapa zaman antaranya:

1. Zaman Yayoi (Zaman Pra Sejarah)

2. Zaman Nara Dan Hein (710M -1185M).


3. Zaman Heian(749 M-1185M)

4. Zaman Kamakura(1192M)

5. Zaman Kesyogunan Ashikaga.(1336M)

6. Zaman Sengoku Jidai.(1460M-1573M)

7. Zaman Kesyogunan Tokugawa.

8. Zaman Meiji

Zaman pemerintahan Yayoi adalah permulaan tamadun jepun dengan pengunaan logam secara

meluas serta teknik-teknik pengairan yang menyebabkan lebihan hasil pengeluaran padi. Ketika

itu wujud perbezaan diantara golongan kaya dan miskin. Perbezaan sosial dan politik juga wujud

diantara pihak pemerintah dan rakyat. Lama kelamaan lebih ramai pemimpin-pimimpin politik

mula muncul seperti di Yamato(dalam daerah Nara) .Kumpulan Yamato atau Nara ini

merupakan nenk –moyang keluarga Imperial Jepun yang bertakhta sekarang. . 

  Maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M dan   

kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang dikenali

sebagai daimyo. Untuk mengukuhkan kuasa, daimyo akan membentuk satu pasukan tentera

yang    kuat di bawah pimpinan golongan samurai. Dan   dengan ini daimyo mampu meluaskan

pengaruh dengan menguasai wilayah-wilayah lain di  samping mengekalkan kedudukan sebagai

pemerintah mutlak. Ketika pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui

pemerintahan dengan kuasa penuh dan golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang

menduduki kelas kedua selepas maharaja.    Maharaja hanya menjadi boneka di istana.

pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun.

Pada masa Maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan

Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era
pemodenan.     Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal

yang dikuasai oleh daimyo dan samurai.

  Jepun mengamalkan sistem negara raja berperlembagaan berasaskan sistem British.

Parlimen dwidewannya digelar Kokkai. Kokkai terdiri daripada Dewan Rakyat Shuugi-in, 480

kerusi); dan Dewan Pertuanan Sangi-in (247 kerusi). Warganegara Jepun yang berumur 20 tahun

ke atas berhak mengundi. Kabinet Jepun dianggotai Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Perdana Menteri merupakan salah seorang anggota Kokkai yang dilantik oleh rakan-rakan

sejawatnya. Perdana Menteri berkuasa melantik menteri-menteri yang lain. Parti Liberal

Demokratik (LDP) memerintah sejak 1955 (kecuali 1993) dan ditubuhkan sebagai gabungan dua

parti konservatif: parti Liberal dan parti Demokratik. LDP ketika itu memerintah secara bersama

dengan parti fahaman Buddha, Parti Komeito Baru. Parti-parti pembangkang termasuk Parti

Demokratik, Parti Demokratik Sosial dan Parti Komunis. Pilihan raya pada 30hb. Ogos 2009

menyaksikan parti pembangkang Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan parti campuran

pemerintah (Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Parti Komeito Baru). LDP memerintah Jepaun

semenjak penubuhannya pada tahun 1955, kecuali tempoh singkat 11 bulan dari tahun 1993

hingga 1994. DPJ menyandang kedudukan parti pemerintah buat julung kalinya semenjak

diasaskan pada tahun 1996. Perdana Menteri terkini, Yukio Hatoyama, menganggotai Parti

Demokratik Jepun.

Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja, yang juga

merupakan ketua negara Jepun. Namun, beliau hanya memainkan peranan dalam upacara-

upacara istiadat dan tidak memiliki sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara.

Maharaja Jepun merupakan lambang perpaduan negara dan rakyat Jepun. Maharaja pada masa

ini adalah Akihito maharaja yang ke 125. Beliau menaiki takhta setelah ayahnya, Hirohito,
mangkat pada 7 Januari 1989. Beliau ditabalkan pada 12 November 1990. Semenjak menaiki

takhta, beliau berusaha untuk mendekati keluarga Maharaja dengan penduduk Jepun. Beliau dan

Maharani telah membuat lawatan rasmi ke 18 negara, termasuk juga 47 wilayah di Jepun.

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mempunyai tiga anak: Putera Mahkota Naruhito

(lahir23 Februari 1960), Puteri Akishino (Fumihito, lahir 11 November 1965) dan Puteri Sayako

(gelaran, Nori no miya, atau Puteri Nori, lahir 18 April 1969). Era pemerintahan Akihito digelar

era "Heisei". Anaknya, Tengku Mahkota Naruhito, berkahwin dengan orang biasa, Masako

Owada, dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Puteri Aiko.

Sistem Pemerintahan beraja di England.

Pemerintahan Beraja British atau lebih dikenali ‘British Monarchy’ adalah bermula menelusuri

asal-usulnya dari raja-raja di Angels dan raja-raja Scotland awal. Pada tahun 1000M, kerajaan

Inggeris dan Scotland telah terbentuk daripada kerajaan-kerajaan kecil abad pertengahan awal

British. Raja Anglo-Saxon (Harold II) dikalahkan dan dibunuh dalam penaklukan tentera

Norman pada tahun 1066 dan monarki Inggeris diserahkan kepada penakluk Norman. England

dan Scotland telah mempunyai kerajaan sendiri sejak abad ke-9. Kerajaan England menguasai

Wales pada 1284 dengan Statut Ruddlan. England dan Scotland telah bersetuju disatukan di

bawah Akta-akta Kesatuan 1707. Penyatuan ini menubuhkan Kerajaan Great Britain. Great

Britain pula disatukan dengan kerajaan Ireland di bawah Akta Kesatuan 1800 untuk membentuk

Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland (United Kingdom of Great Britain and Ireland).

Bahagian selatan pulau Ireland diberikan kemerdekaan pada 1922 lalu menjadi Republik Ireland.

Ireland Utara masih merupakan wilayah United Kingdom, yang bertukar nama menjadi United
Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Apabila Magna Carta (Piagam Agung dalam

bahasa Latin) merupakan piagam yang diterbitkan pada tahun 1215 di England. Piagam ini

merupakan pengaruh awal dalam proses mendirikan sistem perlembagaan dan undang-undang

am yang wujud pada hari ini. Magna Carta dianggap salah satu daripada dokumen-dokumen

penting dalam sejarah demokrasi.

Magna Carta diterbitkan hasil daripada pertelingkahan antara Paus Innocent III, Raja John dan

baron-baron England tentang kuasa dan hak raja. Piagam ini mewajibkan John melepaskan

tuntutan terhadap kuasa-kuasa tertentu, menghormati undang-undang am dan tertakluk kepada

undang-undang. Piagam ini juga mengiktiraf hak asasi rakyat biasa.

Ratu Inggeris menjadi kepala nominal keluasan Kerajaan Inggeris, yang merangkumi satu

perempat daripada dunia pada tahap yang terbesar pada tahun 1921. Pada tahun 1922,

sebahagian besar daripada Ireland memisahkan diri daripada Kesatuan sebagai Negara Bebas

Ireland, tetapi undang-undang diraja tetap berdaulat di sana hingga 1949. Pada tahun 1931,

kerajaan kesatuan Inggeris di seluruh Empayar ini berpecah. . Selepas Perang Dunia II, bekas

tanah jajahan dan kerajaan menuntut kemerdekaan daripada British, membawa kepada

berakhirnya pengaruh Kerajaan Inggeris . George VI dan penggantinya, Elizabeth II, dijadikan

Ketua Komanwel sebagai simbol sebuah persatuan bebas daripada negara-negara merdeka bekas

tanah jajahan British.

Konsep raja berpelembagaan

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem

berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang
moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud

Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh

perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia

dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh

itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam

sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat,

yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang

bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja

Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Pada tahun 1192 Masehi, kuasa mutlak pemerintah Jepun dikurangkan. Perlembagaan

Empayar Jepun (Bahasa Jepun: Tulisan Kyūjitai: Tulisan Shinjitai: Rumi: Dai-Nippon Teikoku

Kenpō), lebih dikenali sebagai Perlembagaan Imperial atau Meiji, merupakan undang-undang

tertinggi Empayar Jepun dari 29 November 1890 sehingga 2 May 1947. Diperbuat selepas

Pemulihan Meiji, ia memperkenalkan sejenis sistem raja berpelembagaan berdasarkan model

Prussia, di mana Maharaja Jepun adalah suatu pemerintah aktif dan punyai kuasa politik yang

meluas, tetapi berkongsikannya dengan dewan diet. Selepas pemulihan Meiji yang memulihkan

kuasa politik secara terus kepada maharaja pada kali pertama dalam lebih seribu tahun, Jepun

mengalami suatu tempoh reformasi politik dan sosial yang menyeluruh, dengan dasar

pembaratan yang bertujuan memajukan Jepun ke status yang sama dengan negara-negara di

Barat. Kesan daripada Perlembagaan ini adalah pembukaan kerajaan berparlimen yang pertama

di Asia. Kekuasaan raja yang sebelum ini didalangi oleh golongan Daimyo, memperlihatkan
maharaja ketika itu adalah umpama boneka sahaja. Pemulihan Meiji diaggap penting sebagai

titik tolak kepada system beraja diJepun. Maharaja Meiji ketika memerintah mula menyedari

akan pengaruh barat dan melakukan sesuatu untuk mempertahankan sistem beraja.

Perlembagaan Meiji memperlihatkan pengehadan pada kuasa-kuasa cabang eksekutif dan

kemutlakan maharaja. Ia juga mewujudkan kehakiman bebas. Akan tetapi ia amat kabur dalam

perkataan-perkataan yang digunakan, dan pada banyak tempat bertentangan dengan dirinya

sendiri. Pemimpin-pemimpin kerajaan dan parti politik dibiarkan menafsir sama ada

Perlembagaan Meiji boleh digunakan untuk menjustifikasikan pemerintahan kuku besi atau

liberal-demokratik. Inilah perbezaan pendapat ketara yang wujud pada ketika era zaman empayar

Jepun.Perlembagaan Meiji digunakan sebagai model untuk Perlembagaan Habsyah 1931 oleh

golongan intelek Tekle Hawariat Tekle Mariyam di Habsyah. Inilah antara sebab golongan

cendakiawan Habsyah yang mempunyai hubungan dengan Tekle Hawariat dikenali sebagai

"Pengjepun".Selepas kekalahan Jepun dan pendudukannya pada pengakhiran Perang Dunia

Kedua, Perlembagaan Meiji digantikan dengan perlembagaan baru yang berpandukan demokrasi

liberal Barat.

Sebelum perlembagaan Meiji dilaksanakan, pada 21 Oktober 1881, Ito Hirobumi dipilih

mengetuai suatu biro kerajaan untuk menyelidik sistem-sistem kerajaan berperlembagaan dan

pada 1882, Ito mengetuai delegasi ke luar negara untuk melihat dan mengkaji pelbagai sistem

secara langsung. Perlembagaan Amerika Syarikat ditolak disebabkan terlalu liberal, dan sistem

Great Britain pula disifatkan tidak stabil dan memberikan terlalu banyak kuasa pada Parlimen.

Sistem Perancis dan Sepanyol disifatkan despotik. Struktur Empayar Jerman dan Prusia akhirnya

yang menarik perhatian delegasi berkenaan.Majlis Negara digantikan pada tahun 1885 oleh satu
kabinet yang diketuai Ito sebagai Perdana Menteri. Kedudukan Canselor, Menteri Kiri, dan

Menteri Kanan, yang wujud semenjak abad ke tujuh, dihapuskan. Penggantian mereka adalah

majlis Privi yang ditubuskan pada tahun 1888 untuk menimbangkan perlembagaan yang bakal

dirangkakan, dan menasihati Maharaja. Jawatankuasa penggubalan termasuk Inoue Kowashi,

Kaneko Kentaro, Ito Miyoji dan Iwakura Tomomi, termasuk beberapa penasihat-penasihat luar,

seperti cendakiawan Jerman Rudolf von Gneist dan Lorenz von Stein. Isu utama adalah

timbangan antara kedaulatan diraja yang terletak dalam mahajara, dan satu perundangan

berwakil yang dipilih rakyat yang akan mengehadkan kuasa diraja itu. Selepas beberapa

percubaan pada 1886-1888, versi terakhir dihantar ke Maharaja pada April 1888, Perlembagaan

Meiji digubal secara rahsia oleh jawatankuasa, tanpa debat umum, dan dipakai dengan

referandum.

Perlembagaan (3 Mei 1947) hukum fundamental Jepun, juga dikenali sebagai 'Perlembagaan

Keamanan', digubal pada sistem politik dalaman Jepun yang enggan menerima perjanjian oleh

Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Walaupun sukar diterima pada awalnya, terbukti

sangat baik dan telah mendapat sokongan meluas di Jepun. Ini menggantikan Perlembagaan

Meiji dan menerapkan perubahan mendasar dalam negara dan memberikan hak baru kepada

rakyat. Ini termasuk penyerahan kedaulatan daripada Maharaja kepada rakyat (Preambul dan

Perkara 1), tumpuan kuasa eksekutif pada Perdana Menteri dan Kabinet (Perkara 65, 66, 72-4),

dan supremasi majlis rendah perundangan (Perkara 67-71). Secara menyeluruh menjamin hak

asasi manusia, termasuk ekonomi, sosial, dan kebebasan agama. Perkara 9 daripada

perlembagaan itu mungkin yang paling terkenal dan perdebatan, Jepun untuk terlibat dalam

sebarang sengketa dan menyangkal penggunaan kekuatan untuk menyelesaikan pertikaian


antarabangsa. Oleh yang demikian berakhirlah perjalanan sistem beraja mutlak di Negara

matahari terbit itu.

Sistem pemerintahan raja perlembagaan British pula adalah mengikut Sistem Westminster

adalah sebuah sistem parlimen kerajaan demokratik dimodel selepas kerajaan British (Parlimen

United Kingdom). istilah ini datangnya dari Istana Westminster, tempat letaknya Parlimen UK.

Sistem ini adalah suatu prosedur berturut-turut untuk menjalankan sebuah badan perundangan. Ia

digunakan, atau telah sekali digunakan, dalam badan perundangan kebangsaan dan badan

perundangan subkebangsaan dari kebanyakan Komanwel dan bekas negara-negara Komanwel,

bermula dengan wilayah Kanada dan tanah jajahan Australia dalam abad pertengahan abad ke-

19. Ada sistem parlimen lain yang prosedur-prosedurnya sangat berbeza dari sistem

Westminster. Menurut pakar undang-undang perlembagaan, institusi raja dan Parlimen UK (yang

dirujuk sebagai induk kepada segala Parlimen dunia) merupakan sistem Raja Berperlembagaan

yang ‘ideal’ dan ‘realistik’ yang harus diikuti sebagai contoh oleh dunia.

Perakuan dari segi sejarah dengan jelas mengatakan Sistem Feudal beraja mutlak British berakhir

setelah Magna Carta ditandatangani pada tahun 1215. Nama yang tepat untuk Magna Carta

adalah Magna Carta Libertatum, Piagam Kemerdekaan. Dokumen ini biasanya disingkatkan

sebagai Magna Carta, atau Great Charter. Ini boleh dianggap sebagai bil hak untuk England abad

pertengahan, walaupun tidak banyak diterapkan selama beberapa abad. Lebih penting lagi, ia

menjadi asas yang menukar wajah pemerintahan England selamanya, dengan menetapkan

bahawa Raja tidak lagi berkuasa mutlak dalam pemerintahannya. Raja John dari England

memeterai Magna Carta selepas tekanan besar daripada pihak Gereja dan para golongan

bangsawan meminta raja untuk mengeluarkan pernyataan mengenai hak dan jaminan

menguatkuasakannya. Sebelum ini pihak pemerintah (Raja) sering melakukan perkara mengatasi
undang-undang yang sedia ada dan ini telah menimbulkan kritikan dan kemarahan serta sering

dikritik kerana dasar luar negeri dan tindakan didalam Negara sendiri.. Para Bangsawan

menyediakan rancangan, dan selepas beberapa rundingan, Raja John terpaksa menyetujui

pemeteraian Magna Carta di Runnymede pada bulan Jun 1215.

Banyak daripada hak di Magna Carta sebenarnya muncul pada dokumen-dokumen lama, seperti

Piagam Kebebasan yang diterbitkan oleh Henry I. Namun, Magna Carta juga mengandungi

beberapa fasal-fasal yang sangat berpengaruh terhadap perkembangan bil hak serupa, seperti

pindaan terhadap 10 pertama Perlembagaan Amerika Syarikat. Di antara mereka ada hak untuk

Habeas corpus, sebuah klausa melindungi kebebasan gereja, dan klausa yang mengenai

Peraturan untuk sistem perundangan.

Menurut pakar undang-undang perlembagaan, institusi raja dan Parlimen UK (yang dirujuk

sebagai induk kepada segala Parlimen dunia) merupakan sistem Raja Berperlembagaan yang

‘ideal’ dan ‘realistik’ yang harus diikuti sebagai contoh oleh dunia.

Ciri-ciri penting sistem Westminster termasuk yang berikut, walaupun bukan semua aspek-aspek

berikut telah dikekalkan dalam setiap sistem asal Westminster. Ketua Negara yang adalah

pemegang nominal atau teoretikal kuasa eksekutif, dan memegang pelbagai kuasa yang

bertentangan, yang mana tugas-tugas seharian terdiri dari melakukan suatu peranan mengetuai

upacara rasmi tertentu. Contoh-contoh termasuk raja British, Presiden-presiden dan gabenor

negeri/provinsi dalam Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan.

 seorang ketua kerajaan (atau ketua eksekutif), dikenaili sebagai perdana menteri (PM),

yang terutama atau menteri pertama, yang secara rasmi dilantik oleh ketua negara. Dalam

amalan, ketua kerajaan adalah dilantik oleh parti yang terbesar dalam parlimen.
 sebuah de facto cabang eksekutif biasanya diperbuat dari ahli-ahli legislature dengan

ahli-ahli lebih tua dalam sebuah kabinet dipimpin oleh ketua kerajaan; ahli-hali yang

seperti itu dipimpin oleh ketua kerajaan; ahli seperti melaksanakan kuasa eksekutif atas

nama ukuran dasar atau teori kuasa eksekutif mengetuai kerajaan, ahli-ahli berkuasa

eksekutif.

 pembangkang parlimen (sebuah sistem pelbagai-parti);

 sebuah badan perundangan pilihan, selalunya dwidewan, di mana sekurang-kurangnya

satu dewan dipilih, walaupun sistem dewan tunggal juga wujud; ahli-ahli legislatif

biasanya dipilih oleh daerah pada pilihan ‘first-past-the-post’ (bertentangan dengan

perwakilan seimbang seluruh negara).(Dalam kes ini, New Zealand mewakili suatu

perubahan keminatan diberikan pemindahannya ke perwakilan proportional.)

 sebuah dewan rendah parlimen dengan kebolehan untuk memecat sebuah kerajaan dari

jawatan dengan "menahan (atau menghalang) Bekalan" (menolak suatu belanjawan),

meluluskan suatu usul tidak keyakinan, atau menewas suatu usul keyakinan. Sistem

Westminster membenarkan sebuah kerajaan untuk ditewas, atau dipaksa untuk memasuki

suatu pilihanraya umum, bebas dari suatu kerajaan baru yang dipilih.

 sebuah parlimen yang dapat dibubarkan dan pilihanraya dapat dipanggil pada bila-bila

masa.

 hak istimewa parlimen, yang membenarkan Badan Perundangan untuk membincang

mana-mana isu dianggap dari dirinya untuk menjadi berkaitan, tanpa ketakutan akibat-

akibat berakar dari penyata fitnah atau merakam yang disebutkan.

 minit mesyuarat, dikenali sebagai ‘Hansard’, termasuk suatu kebolehan untuk badan

perundangan untuk mogok perbincangan dari minit-minit ini.


Kebanyakan tatacara sistem sistem Westminster berasal dengan konvensyen, amalan dan duluan

Parlimen United Kingdom, yang adalah sebahagian dari apa yang diketahui sebagai

Perlembangaan United Kingdom. Tidak seperti perlembagaan British yang tidak ditulis,

kebanyakan negara yang menggunakan sistem Westminster telah mengkodkan sistem dalam

suatu perlembagaan yang ditulis.

Meskipun, konvensyen yang tidak dikodkan, amalan dan duluan bersambung untuk memainkan

peranan penting dalam kebanyakan negara, oleh kerana banyak perlembagaan tidak menetapkan

elemen-elemen penting tatacara: contohnya, sesetengah perlembagaan lebih lama menggunakan

sistem Westminster tidak menjelaskan kewujudan kabinet dan/atau perdana menteri, kerana

pegawai-pegawai ini telah diambil kesempatan oleh pengarang-pengarang perlembagaan ini.

Seterusnya kita akan menelurusi bagaimana sistem ini beroperasi dan dilaksanakan. Corak

fungsi-fungsi eksekutif di dalam Sistem Westminster adalah agak kompleks. Dalam intisari,

ketua negara, biasanya seorang raja atau presiden, adalah seorang ketua upacara yang adalah

sumber kuasa eksekutif nominal atau ‘de jure’ yang teoretikal dalam sistem. Dalam amalan,

suatu tokoh seperti itu tidak akan secara aktif melatihkan kuasa eksekutif, walaupun melalui

pihak kuasa eksekutif boleh dilatihkan dengan namanya.

Ketua kerajaan, biasa digelar perdana menteri. akan secara bergagasan mendapatkan sokongan

suatu majoriti dalam dewan bertanggung jawab, dan seharusnya dalam mana-mana khusus dapat

memastikan kewujudan bukan majoriti keseluruhan terhadap kerajaan. Jikalau parlimen

meluluskan suatu resolusi tidak keyakinan, atau menolak kelulusan suatu perkara penting seperti

belanjawan, oleh itu kerajaan harus sama ada meletakkan jawatan supaya sebuah kerajaan
berlainan dapat dilantik atau mencari suatu pembubaran parlimen supaya pilihanraya umum baru

dapat dijalankan supaya dapat mengesahkan semula atau menolak mandat kerajaan.

Pihak berkuasa eksekutif dalam sebuah sistem Westminster adalah secara asas dilatih oleh

Kabinet, bersama dengan lebih menteri yang pangkat bawah, walaupun ketua kerajaan biasanya

mempunyai peranan dominant dalam jabatan. Di United Kingdom, pemerintah beraja secara

teori memegang pihak berkuasa eksekutif, walaupun Perdana Menteri United Kingdom dan

Kabinet secara berkesan mengenakan kuasa eksekutif. Dalam sebuah parlimen republik seperti

India, Presiden adalah eksekutif de jure, walaupun kuasa eksekutif adalah secara asas dilembaga

oleh Perdana Menteri India dan Majlis Menteri.

Sebagai suatu contoh, Perdana Menteri dan Kabinet (sebagai badan eksekutif de facto dalam

sistem) secara umum harus meminta keizinan ketua negara apabila menjalankan fungsi-fungsi

eksekutif. Contohnya Perdana Menteri British minta untuk membubarkan parlimen supaya suatu

pilihanraya umum mengambil tempat, Perdana menteri adalah secara perlembagaan terpaksa

meminta keizinan dari Raja supaya dapat mendapat suatu permintaan seperti itu. Kuasa ini

(bersama dengan yang lain seperti melantik menteri dalam kerajaan, melantik diplomat,

mengumumkan perang, dan menanda tangani perjanjian, contohnya) dikenali sebagai Progatif

Diraja, yang mana dalam zaman moden dilatihkan oleh Raja hanya pada nasihat Perdana

Menteri. Sejak raja British adalah seorang raja berperlembagaan, baginda perlu mematuhi

nasihat menteri baginda, kecuali apabila melaksanakan kuasa simpanan dalam waktu krisis. Di

UK, peruntukan mengatakan raja berhak melantik Perdana Menteri, sebagai contoh. Namun hak

itu bergantung (‘subjected to’) kepada parti politik yang menang dalam pilihan raya.
Di sinilah letaknya ‘semantics’ (atau ‘pemerian’) bahawa Perdana Menteri hendaklah terdiri

daripada ahli (Parlimen atau badan perundangan yang serupa) yang mendapat keyakinan

‘majoriti’ ahli-ahli Parlimen atau badan demikian.

Adat ini muncul dalam Sistem Westminster lain di dunia, dengan akibatnya dari pengaruh

pemerintahan jajahan British. Di Dunia Komanwel seperti Kanada, New Zealand atau Australia,

Perdana Menteri diwajibkan untuk meminta keizinan dari Gabenor-Jendral apabila

melaksanakan keputusan eksekutif, dalam suatu cara yang mirip dengan amalan British. Suatu

senario analog juga bermuncul dalam Republik Komanwel, seperti India atau Trinidad dan

Tobago.

Ketua negara akan sering mempengerusikan mesyuarat dengan ketua kerajaan dan kabinet,

sebagai cara mengekalkan polisi kerajaan dan sebagai suatu cara menasihat dan memberi menteri

amaran pada tindakan mereka. Suatu amalan semacam itu mengambil tempat di United Kingdom

dan India. Di UK, ratu mempengerusikan mesyuarat mingguan rahsia dengan Perdana Menteri

untuk membincangkan polisi kerajaan dan untuk memberikan pendapat baginda dan

menasihatkan pada isu-isu hari ini. Di India, Perdana Menteri secara perlembagaan terpaksa

memegang sesi lazim dengan Presiden, dalam cara yang mirip dengan amalan yang tersebut

British. Pada intisari, ketua negara, sebagai pihak berkuasa eksekutif yang teoretikal,

"pemerintah tetapi tidak memerintah". Frasa ini bermakna bahawa peranan ketua negara dalam

kerajaan biasanya berupacara dan oleh itu tidak secara lanjut melembagakan kuasa eksekutif.

Kuasa simpanan ketua negara adalah cukup untuk memastikan kerja sama dengan sesetengah

permintaan mereka. Meskipun, perlanjutan kuasa-kuasa semacam itu berlainan dari satu negara

ke satu negara dan ia sering adalah suatu hal. berkontroversi.


Suatu susunan eksekutif pertama seperti itu pertama kali bertimbul di United Kingdom. Dalam

sejarah, raja British dipegang dan secara lanjut melatihkan pihak berkuasa eksekutif. George I

dari Great Britain adalah raja British pertama untuk menugaskan sesetengah kuasa eksekutif ke

seorang Perdana Menteri dan suatu kabinet menteri-menteri, secara besar kerana baginda juga

adalah raja Hanover di Jerman dan tidak fasih bertutur bahasa Inggeris. Dari masa ke masa,

susunan berlanjut untuk melatihkan kuasa eksekutif pada belah pihak diraja. Suatu konsep

semacam itu telah diperteguhkan dalam Perlembagaan England (1876) oleh Walter Bagehot,

yang mengemfasiskan aspek-aspek kerajaan yang "menimbulkan rasa hormat" dan "cekap".

Dalam segi ini Bagehot menyatakan bahawa raja harus menjadi suatu sudut fokal untuk negara,

sementara PM dan kabinet sebenarnya menjalankan keputusan eksekutif.

Disini jelas kita lihat walaupun kedudukan raja perlembagaan untuk kedua-dua Negara

digunapakai tetapi perlaksanaannya adalah berbeza. Kesan daripada perjanjian dan pemeteraian

perundangan yang dijalankan oleh golongan tertentu telah mengakibatkan kuasa raja hilang dan

suatu kuasa baru telah muncul iaitu kuasa rakyat.

Sistem Parlimen.

Seorang ketua negara atau pewakilan baginda (seperti seorang gabenor jendral), secara rasmi

menjemput ketua kerajaan untuk membentuk sebuah kerajaan (iaitu, badan pentadbiran). Di UK,

ini diketahui sebagai ‘cium tangan’. Adanya pengecualian pada yang diatas di Republik Ireland,

di mana Presiden Ireland mempunyai suatu mandat melalui pilihanraya dan Taoiseach (perdana

menteri) sebelum dilantik oleh Presiden Ireland dinominasikan oleh dewan bawah yang dipilih

secara demokratik, Dáil Éireann.


Oleh kerana mandat dan kekuasaan berperlembagaan yang berpotensi besar, sesetengah pihak

berkuasa mempercayai perlembangaan Ireland adalah mirip dengan sistem separuh presiden

seperti Westminster. Miripnya, di bawah perlembagaan sesetengah negara Komanwel, seorang

presiden atau Gabenor-Jendral boleh memiliki jelasnya kuasa simpanan. Satu contoh adalah

krisis berperlembagaan Australia 1975, yang di mana Gabenor-Jendral memecatkan Perdana

Menteri dari jawatan, yang memegang suatu majoriti dalam Dewan Perwakilan Australia. Oleh

kerana perbezaan dalam perlembagaan bertulisan mereka, kuasa-kuasa rasmi presiden dan

Gabenor-Jendral berlainan secara besar dari satu negara ke satu negara. Meskipun, Gabenor-

Jendral tidak dipilih secara lanjut, mereka kekurangan mandat yang dipegang, untuk contohnya,

oleh seorang presiden Ireland. Oleh kerana ini, Gabenor-Jendral jarang mengambil risiko

perasaan tidak setuju orang ramai yang dapat disebabkan dari membuat kegunaan unilateral

dan/atau berkontroversi pada kuasa mereka.Walaupun pembubaran badan perundangan dan

proses untuk pilihanraya baru adalah secara rasmi dilakukan oleh ketua negara, selalunya ianya

terjadi atas persetujuan parti yang memerintah.Dalam keadaan-keadaan yang tertentu terdapat

pengecualian ketua negara boleh untuk menolak suatu pembubaran parlimen, seperti pada Hal

Ehwal King-Byng Kanada, atau memecat kerajaan, seperti pada krisis 1975 Australia. Prinsip

Lascelles adalah percubaan untuk mencipta suatu konvensyen untuk meliputi keadaan-keadaan

mirip, tetapi tidak pernah diuji dalam amalan.

Di Jepun tidak seperti kebanyakan negara raja berperlembagaan, Maharaja bukanlah ketua yang

mempunyai kuasa esekutif yang nominal. Sebaliknya, Perlembagaan secara jelas kuasa eksekutif

hanya pada Kabinet dan Perdana Menteri. Dia tidak mempunyai kekuatan sandaran yang

berkaitan kerajaan. Dalam erti kata yang lain Maharaja tidak dibenarkan terlibat dalam proses

politik Jepun. Beberapa tugas yang dilakukan beliau ditetapkan oleh perlembagaan. Misalnya,
melantik Perdana Menteri, Perlembagaan telah menetapkan beliau untuk menerima calon "yang

dilantik oleh Diet" tanpa sebarang kuasa samada bersetuju atau tidak diatas perlantikan

tersebut.Dalam senario politik Jepun seorang Perdana menteri dilantik oleh Parti yang

memerintah dan selalunya pemimpin terkaana atau mereka yang memounyai pengaruh yang kuat

akan dipilih. Hal ini berbeza dengan statusnya di bawah Perlembagaan Meiji, yang mengakui

maharaja sebagai perwujudan dari semua kekuatan berdaulat dunia.

Agensi Hal-Ehwal Imperial (Kunaichō) adalah sebuah badan kerajaan Jepun bertanggungjawab

atas hal-hal mengenai keluarga diraja Jepun dan juga menjaga rahsia serta peraturan diraja.

Sebelum Perang Dunia Kedua, ini disebut Pentadbiran Hal-Ehwal Empayar (Kunaishō). Sejak 6

Januari 2001 Badan ini telah dipimpin oleh seorang Pengelola Utama, dan dibantu oleh seorang

Timbalan. Ketua pengelola pada masa ini adalah Shingo Grand Haketa. Badan terdiri daripada

Sekretariat Pejabat, Majlis Pengelola , Majlis Upacara, Arkib dan Jabatan Permakaman dan

Jabatan Penyelegaraan, Hal-ehwal Putera Mahkota dan Pejabat Kyoto.

Ketika ini peranan Maharaja ditakrifkan dalam Bab I daripada Perlembagaan 1947 Jepun.

• Perkara 1 mendefinisikan maharaja sebagai lambang negara dan persatuan rakyat

• Perkara 3 mengatakan Maharaja harus mempunyai kelulusan daripada Kabinet dalam urusan

negara.

• Perkara 4 menyatakan bahawa maharaja tidak mempunyai kuasa yang berkaitan kerajaan.

• Perkara 6 memberikan kuasa maharaja untuk mealntik perdana menteri dan ketua hakim

daripada Mahkamah Agung.

• Perkara 7 maharaja mempunyai kuasa melakukan hal-hal umum sebagai seorang ketua negara
Diet Kebangsaan Jepun ( Kokkai) adalah badan perundangan dwidewan Jepun. Ini terdiri

daripada dewan rendah yang disebut Dewan Perwakilan Rakyat, dan dewan tinggi , yang disebut

Dewan Kaunselor/Majilis Kounselar. Ahli kedua dewan Diet terpilih langsung di bawah sistem

pengundian selari. Selain mengubal undang-undang, Diet secara rasmi bertanggungjawab untuk

memilih Perdana Menteri. Diet ini pertama kali dikenali sebagai Imperial Diet pada tahun 1889

sebagai akibat daripada mengadoptasi perlembagaan Meiji. Diet kini yang ada sekarang adalah

hasil daripada Perlembagaan tahun 1947 iaitui perlembagaan pasca perang dan dianggap sebagai

Perlembagaan tertinggi pemerintahan negara. Dewan Diet Nasional terletak di Nagatachō,

Chiyoda, Tokyo.

Angota - anggota dewan diet dipilih di bawah sistem pemilihan selari. Ini bererti bahawa kerusi

yang harus diisi dalam setiap pilihanraya dibagi menjadi dua kelompok, masing-masing dipilih

oleh kaedah yang berbeza; perbezaan utama antara dewan ini terbahagi kepada dua iaitu anggota

yang dipilih dan dilantik dalam Diet. Pengundi juga diminta untuk menjalankan dua proses

pengundian: satu untuk setiap calon dalam kawasan undi, dan satu lagi untuk pendaftaran parti.

Setiap warga negara Jepun yang berusia 20 tahun (usia majoriti di Jepun) dibenarkan untuk

menyertai proses pemilihan ini.

     * Majlis Perwakilan Rakyat: Dari 480 ahli, 300 dipilih daripada satu kerusi l kawasan

pilihan raya di bawah Ahli undi terbanyak ( "first-past-the-post") sistem, dan 180

dipilih daripada pemilihan berasingan sebelas blok di bawah sistem pendaftaran parti
berkadar perwakilan (Dewan Rendah).

     * Anggota Dewan: Dari 242 ahli, 146 dipilih daripada 47 wilayah konstituen dengan

cara pengundian tunggal tidak boleh dipindahmilik. Bakinya dipilih oleh 96

pendaftaran parti yang memerintah daripada satu senarai kebangsaan.

Perlembagaan Jepun tidak menentukan jumlah ahli dewan masing-masing didalam Diet, sistem

pungutan suara, atau kelayakan yang diperlukan orang-orang yang mungkin memilih atau

dikembalikan dalam pemilihan ahli parlimen, sehingga memungkinkan semua hal ini akan

ditentukan oleh undang-undang. Namun itu tidak menjamin hak pilih universal orang dewasa

dan pengundian secara rahsia. Hal ini juga menegaskan bahawa pemilihan hukum harus tidak

diskriminasi dalam hal "ras, agama, jantina, status sosial, asal-usul keluarga, pendidikan, harta

atau pendapatan".

Secara umum, pemilihan ahli Diet dikendalikan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Diet.

Kerana Parti Demokratik Liberal Jepun telah menguasai sebahagian besar daripada sejarah pasca

perang, dan mendapatkan banyak sokongan dari kawasan luar bandar, kawasan luar bandar

umumnya mempunyai lebih banyak perwakilan di Diet daripada kawasan bandar. Mahkamah

Agung Jepun mula melaksanakan penghakiman undang-undang pembahagian mengikuti

keputusan Kurokawa 1976, membatalkan pemilihan umum di mana satu daerah di Wilayah

Hyogo menerima lima kali perwakilan daerah lain di Wilayah Osaka. Mahkamah Agung telah

menyatakan bahawa pemilihan tertinggi yang ketidakseimbangan dibenarkan mengikut undang-

undang Jepun adalah 3:1, dan bahawa setiap yang lebih besar ketidakseimbangan antara dua

daerah merupakan pelanggaran Perkara 14 dari Perlembagaan.


Dari segi kekuasaan, Perkara 41 Perlembagaan menggambarkan Diet Nasional sebagai "kuasa

tertinggi pemerintahan negara" dan "satu-satunya pengubal undang-undang Negara". Kenyataan

ini dalam kontras dengan kuat Perlembagaan Meiji, yang menggambarkan maharaja sebagai

orang yang menjalankan kuasa perundangan dengan kelulusan Diet. Tanggung jawab Diet tidak

hanya merangkumi pengumbalan undang-undang, tetapi juga persetujuan tahunan belanjawan

nasional bahawa kerajaan mengajukan dan pengesahan perjanjian. Ini boleh juga memulakan

rancangan pindaan perlembagaan dan jika diluluskan, perlu diajukan kepada rakyat untuk dalam

pungutan suara. Diet boleh melakukan "penyelidikan dalam hubungannya dengan kerajaan"

(Perkara 62). Perdana menteri harus dilantik oleh Diet, menetapkan prinsip supremasi

perundangan atas eksekutif agensi kerajaan (Perkara 67). Kerajaan juga boleh dibubarkan oleh

Diet jika didapati terdapat usul tidak percaya diperkenalkan oleh lima puluh anggota Dewan

Perwakilan. Pegawai kerajaan, termasuk perdana menteri dan ahli kabinet, perlu hadir di

jawatankuasa Diet jika terdapat sesuatu masalah besar yang melibatkan. Diet juga mempunyai

kuasa untuk mendakwa hakim yang didapati melakukan kesalahan dan salahlaku.

Dalam keadaan lain, untuk sesuatu undang-undang itu dilaksanakan atau digubal ianya harus

terlebih dahulu disahkan oleh kedua majlis/dewan di Diet dan kemudian diumumkan secara

rasmi oleh Maharaja. Peranan ini adalah sama dengan mana-mana Negara yang mengamalkan

sistem Raja berpelembagaan di beberapa negara lain, Maharaja tidak boleh menolak untuk tidak

mengumumkan undang-undang dan oleh kerana itu peranan perundangan kepada Maharaja

hanyalah bersifat formality.

Perlembagaan pasca perang Jepun, ditubuhkan pada tahun 1947, mencipta sistem yang lebih

demokratik dan dinamakan perundangan Diet Nasional. Didalam dokumen ini hak mengundi
bagi wanita untuk pertama kalinya dibenarkan dan Dewan Perwakilan Bangsawan dihapuskan

dan diganti dengan Ahli Majlis Kounselar yang dipilih. Kuasa dan fungsi Maharaja dikurangkan

kecuali sebagai Ketua Negara.

Perbandingan lain.

Pewarisan ditetapkan oleh undang-undang yang disahkan oleh Diet Jepun. Undang-undang

terkini di jepun tidak membenarkan pemerintahan diraja Jepun diketuai oleh seorang

perempuan.. Perubahan undang-undang untuk mengecualikan keadaan ini telah dipertimbangkan

sehingga Putri Kiko melahirkan seorang putra. Putera Hisahito. Masalah ini dianggap menemui

penyelesaian kerana Putera Akishino adalah satu-satunya anak lelaki yang dilahirkan ke dalam

keluarga diraja sejak tahun 1965. Selepas kelahiran Putri Aiko(anak putera mahkota), terdapat

beberapa perdebatan awam mengenai perubahan amalan dan undang-undang keluarga diraja

yang perlu untuk diubah bersesuaian dengan keadaan ketika itu. Ini merupakan tekanan kepada

Putra mahkota yang mengahwini seorang wanita awam untuk mendapatkan zuriat lelaki sebagai

pewaris.i Pada Januari 2005 Perdana Menteri Junichiro Koizumi menubuhkan panel khas terdiri

daripada hakim, profesor universiti, dan pegawai sivil untuk mengkaji semula Undang-undang

keluarga diraja dan untuk membuat cadangan kepada kerajaan.

Dinegara England atau United Kingdom lain pula halnya terkini Ratu Elizabeth II telah

menerajui sejak 6.02.1952. Soal perwarisan tentang siapa yang yang akan menjadi raja tidak

banyak masalah kerana undang-undang yang sedia ada telah memberikan tugas ini kepada

Menteri dan jabatan khas yang mengendalikan keluarga diraja England. Ini kerana di England

atau United Kingdom tidak terdapat sebarang Perlembagaan secara bertulis. Oleh itu tidak

terdapat sebarang undang-undang yang mendrikiminasi jantina sebagai ketua Negara.


Penutup.

Demokrasi adalah bentuk atau mekanisme sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya

mewujudkan kedaulatan rakyat (kekuasaan warganegara) atas negara untuk dijalankan oleh

pemerintah negara tersebut. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan

rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja

Berperlembagaan dan Sistem Republik.Britain dan Jepun telah memilih dan mengamalkan

sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak dahulu lagi.

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara

Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan.

Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan

atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan

kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat

untuk menyesuaikan sisitem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Saya amat

tertarik dengan satu pernyataan yang berbentuk satira mengatakan akhirnya dalam dunia ini

akan tinggal empat ekor raja sahaja. Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk."

You might also like