You are on page 1of 85

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Masyarakat dunia pada abad ke-21 ini merupakan suatu masyarakat yang hidup dalam era

globalisasi yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), atau dikenali

sebagai information technology and communication (ICT). Impak globalisasi telah menuntut

kebergantungan masyarakat terhadap perkembangan teknologi TMK dalam seluruh aspek

kehidupan seharian. Perkembangan TMK telah memberi implikasi yang amat besar terhadap

bidang politik, sosial, ekonomi termasuk juga bidang-bidang seperti perniagaan, perdagangan,

perindustrian, hiburan, perubatan, pentadbiran kerajaan, dan tidak terkecuali dalam bidang

pendidikan.

Secara tradisional peranan guru adalah sebagai pengajar dan penyampai ilmu

pengetahuan. Kaedah pengajaran adalah berpusatkan guru, dan gurulah sumber ilmu dan pusat

segala-galanya. Kesan ledakan kemajuan teknologi komputer dan TMK telah melebarkan takrif

peranan seseorang guru, iaitu bukan sebagai pengajar semata-mata tetapi mengambil peranan

sebagai pemudah cara atau fasilitator. Sebagai pengurus pendidikan, sewajarnya guru-guru

mempunyai kebolehan dan kemahiran  memperoleh  maklumat  daripada   pelbagai sumber

untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P)  dan tahu menggunakan teknologi komunikasi

seperti CD-ROM, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit,  dan perisian-perisian

aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik,

internet, perisian persembahan dan lain-lainnya. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan

1
komputer akan menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik

boleh mempelbagaikan persembahan mereka. Mohd Zaliman et al. (2001) menyatakan teknologi

multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para

pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru. Arus pemodenan

kemahiran TMK ini bukan sahaja menukar secara besar-besaran teknik pengajaran oleh

seseorang guru, tetapi juga memberi impak yang amat mendalam terhadap kaedah pembelajaran

bagi seseorang murid. Dengan sendirinya, impak kemajuan bidang TMK telah mengubah secara

besar-besaran cara murid menimba, memproses, mengaplikasi dan menyebarkan ilmu

pengetahuan yang diperoleh. Dalam arus perdana ini, guru dan juga murid harus bersedia

terhadap persaingan global TMK yang tiada batas dan sempadan.

Lantaran perkembangan TMK secara global, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah mengorak langkah bersama dan berusaha menyesuaikan diri dengan arus perubahan

persekitaran. Penggunaan TMK di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi telah

diperluaskan. Dasar-dasar dan perancangan yang kondusif terhadap perkembangan TMK telah

dilancarkan. Ini bermula dengan memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan TMK seperti

Perkomputeran dan Teknologi Maklumat untuk murid sekolah menengah, dan juga rancangan

penubuhan Sekolah Bestari. Kementerian Pendidikan  sebagai badan induk dunia pendidikan 

telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan

tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum TMK dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Di samping sifat TMK itu sendiri

yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang

pembelajaran yang tidak ada had, maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-

2
pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini.

Dapat kita perhatikan bahawa kerajaan amat memberi tumpuan dan keutamaan terhadap

pembentukkan masyarakat yang membudayakan ilmu dan maklumat menerusi penggunaan TMK

secara luwes dan menyeluruh.

Namun demikian, usaha murni kerajaan ini sukar untuk berjaya sekiranya pelaku

masyarakat itu sendiri kurang membudayakan sepenuhnya penggunaan komputer dan kemahiran

TMK. Robiah Sidin et al. (2004) mengatakan, terdapat empat angkubah yang saling berhubung

kait antara satu sama lain bagi memacu pembudayaan TMK dalam kalangan anggota masyarakat

iaitu; pertama, sikap masyarakat dan murid mestilah positif dan bersedia untuk berubah; kedua,

prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi; ketiga, tenaga

yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir; dan

keempat, wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya itu.

1.2 Pernyataan Masalah

Warganegara Malaysia dalam era kini, mestilah kalangan mereka yang dapat menangani

cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi dan ledakan pengetahuan serta maklumat yang terkini.

Anak-anak watan yang hendak dilahirkan mestilah sepatutnya berupaya untuk merancang masa

depan dengan bijak, berhikmah dan tepat bagi tujuan adaptasi dengan budaya dan nilai semasa.

Kealpaan dan kelekaan dalam mengharungi kehidupan semasa tanpa kemahiran TMK hanya

akan menyebabkan sesiapa sahaja terpinggir dan tersingkir dalam global village, (Abu Bakar

Nordin & Ikhsan Othman, 2008).

3
Dalam era globalisasi sekarang, salah satu aset yang amat penting dan perlu ada pada

seseorang murid terutamanya murid-murid sekolah menengah atas, ialah mempunyai

pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Murid-

murid bukan sahaja dituntut untuk memiliki kepintaran dan pengetahuan dari segi penguasaan

kandungan mata pelajaran, tetapi sepatutnya mahir dalam penggunaan teknologi berasaskan

komputer. Antara faktor keperluan memiliki kemahiran TMK ini ialah untuk membantu murid-

murid mencari dan memperoleh maklumat dari sumber terbuka tanpa terhad, berkomunikasi

dengan berperantaraan komputer, melaksanakan tugasan sekolah, membuat persembahan dan

menganalisis data (Norizan & Mohamed Amin, 2003). Teknologi TMK juga penting untuk

keperluan sosial murid-murid seperti berinteraksi di alam maya, membantu meningkatkan

aktiviti luar darjah atau melaksanakan hobi, penciptaan idea kreatif dan mencari maklumat

berkaitan bidang pembelajaran diri masing-masing.

Antara kemahiran TMK yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh murid ialah kemahiran

asas menggunakan komputer, kemahiran aplikasi seperti pemprosesan perkataan, hamparan

elektronik, email, browser WWW, aplikasi grafik dan aplikasi yang menjurus kepada bidang

pelajaran mereka. Dalam erti kata lain, para murid perlu literasi komputer atau “celik komputer”.

“Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an

walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”.

(Baharuddin Aris et. al, 2001)

4
Memandangkan literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era TMK,

maka buta komputer perlulah dihapuskan dalam kalangan murid dan masyarakat amnya kerana

ia merupakan komponen utama dalam bidang TMK.

Perkembangan pesat TMK telah mewujudkan banyak laman sesawang dan pangkalan

data atas talian yang memerlukan kemahiran murid-murid sekolah untuk mencapai dan

mengolah maklumat tersebut. Oleh itu, ketika negara kita sedang menuju ke arah pembentukkan

masyarakat bermaklumat dan masyarakat berasaskan nilai maklumat, para murid yang tidak

mampu menguasai teknologi maklumat bukan sahaja dianggap ketinggalan dari segi pencapaian

prestasi, tetapi boleh dikatakan jumud ilmu pengetahuan. Oleh itu, keperluan asas yang perlu

dimiliki oleh para murid ialah memiliki pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang memadai

bagi membolehkan mereka menikmati dan mempelbagaikan sumber maklumat yang tidak

terhad, dan membina penjanaan budaya pemikiran kritis dan kreatif dalam pemerolehan

pembelajaran (Mashitoh Y. & Maharan M., 2000).

Berasaskan perbahasan tersebut, kajian ini diperlukan untuk mengenal pasti tahap literasi

komputer dalam kalangan murid, meninjau sejauh mana murid-murid tingkatan enam mengguna

dan membudayakan TMK dalam proses pembelajaran, meninjau pola atau corak pembudayaan

TMK dalam kegiatan seharian, dan seterusnya membuat perbandingan tentang tahap literasi dan

tahap penggunaan TMK dalam proses pembelajaran.

5
1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk;

1.3.1 Mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan enam

1.3.2 Meninjau tahap pembudayaan TMK oleh murid-murid dalam proses pembelajaran

1.3.3 Meninjau pola pembudayaan TMK dalam kalangan murid

1.3.4 Membanding beza tahap literasi komputer antara murid aliran sains dengan murid

aliran kemanusiaan

1.3.5 Membanding beza tahap literasi komputer antara murid perempuan dengan murid

lelaki, dan

1.3.6 Membanding beza tahap penggunaan TMK dalam proses pembelajaran antara murid

aliran sains dengan murid aliran kemanusiaan

1.4 Soalan Kajian

Soalan-soalan kajian ialah;

1.4.1 Apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan enam?

1.4.2 Sejauh manakah murid tingkatan enam membudayakan teknologi TMK dalam proses

pembelajaran mereka?

1.4.3 Apakah pola pembudayaan TMK dalam kalangan murid tingkatan enam?

6
1.4.4 Adakah murid aliran sains mempunyai tahap literasi komputer yang lebih tinggi

daripada murid aliran kemanusian?

1.4.5 Adakah murid perempuan mempunyai tahap literasi komputer yang lebih tinggi

daripada murid lelaki?, dan

1.4.6 Adakah tahap pembudayaan TMK dalam proses pembelajaran murid aliran sains

melebihi murid aliran kemanusiaan?

1.5 Signifikan Kajian

Kajian ini amat penting kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan

Pelajaran Negeri (JPN) dan juga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Ini kerana, dapatan kajian

membolehkan pihak-pihak yang berkenaan mengenal pasti tahap literasi komputer dalam

kalangan murid-murid tingkatan enam, mengenal pasti corak atau pola pembudayaan teknologi

TMK oleh murid-murid, dan mengenal pasti sejauh manakah murid-murid sekolah

membudayakan teknologi TMK dalam proses pembelajaran mereka. Berdasarkan dapatan kajian

ini nanti, pihak-pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran awal mengenai tahap kesediaan

TMK oleh murid-murid tingkatan enam. Oleh itu, pihak kementerian boleh mengaju dan

merangka suatu dasar berkenaan penggunaan dan pembangunan teknologi TMK bagi warga

sekolah. Sementelahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merangka dan

melaksanakan kurikulum baru bagi keperluan murid-murid tingkatan enam mulai tahun 2009 ini.

Maka dengan itu, dapatan kajian ini boleh memberi gambaran awal berkenaan dengan tahap

kesediaan TMK oleh murid-murid.

7
Kajian ini juga penting kepada pihak pentadbir sekolah, yang terdiri daripada pengetua,

penolong kanan tingkatan enam, penolong kanan akademik, penolong kanan hal ehwal murid,

penolong kanan kokurikulum dan ketua-ketua bidang mata pelajaran. Ini kerana, dapatan kajian

ini membolehkan mereka mengenal pasti dan memahami peluang dan permasalahan yang

berkaitan dengan penggunaan teknologi TMK dalam kalangan murid-murid mereka. Dengan itu,

pihak pentadbir ini akan merangka perancangan yang responsif terhadap budaya penggunaan

kemudahan TMK di sekolah.

Selain itu, dapatan kajian ini juga amat berguna kepada guru-guru mata pelajaran. Hasil

kajian ini nanti akan menyedarkan guru-guru tentang peluang dan kebaikan-kebaikan apabila

mereka membudayakan teknologi TMK dalam proses pengajaran masing-masing. Seterusnya,

guru-guru akan lebih mudah dan bersedia mengapplikasikan kemudahan TMK dalam

melaksanakan bidang tugas masing-masing berdasarkan tahap kesedian murid. Penggunaan

TMK ini memudahkan guru-guru melaksanakan tugasan pengajaran dalam kelas, di samping

berkomunikasi atau berteraksi dengan murid masing-masing. Selain itu, kemahiran TMK juga

memudahkan tugasan guru dalam pengurusan panitia mata pelajaran, pengurusan badan uniform,

kelab sukan dan permainan, mengorganisasikan kelas, mentadbir keputusan peperiksaan dan

sebagainya.

1.6 Batasan Kajian

Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid tingkatan enam di tiga buah sekolah

harian biasa dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Tiga buah sekolah tersebut

8
dipecahkan kepada kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar di bawah pentadbiran

Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Oleh itu, dapatan kajian mungkin hanya bersesuaian dengan

responden pilihan sahaja. Data-data seperti kumpulan etnik murid, jantina dan tahap sosio-

ekonomi keluarga mungkin membatasi kajian ini.

Pengkaji memiliki sedikit kelebihan kerana mengajar murid tingkatan enam di salah

sebuah sekolah responden tersebut. Oleh itu, agak mudah untuk mendapatkan maklumat dan

kerjasama daripada responden. Walau bagaimanapun, pengkaji mendapat kekangan masa, tenaga

dan kewangan kerana pengajian adalah di luar waktu kerja (part time). Perbelanjaan pengajian

dan kajian ini dibiayai sendiri oleh pengkaji.

1.7 Definisi Operasional

1.7 1 Pembudayaan

Kamus Dewan, Edisi Keempat mentakrifkan perkataan budaya sebagai satu cara hidup,

tradisi, pegangan, kefahaman, peradaban sesuatu masyarakat yang diwarisi secara indotrinasi

atau secara sukarela. Manakala, pembudayaan pula adalah mengamalkan atau melaksanakan

sesuatu budaya dalam kehidupan, dan mempertahankan serta memastikan kelangsungan budaya

tersebut kepada generasi berikutnya. Oleh itu, pembudayaan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam kalangan murid bermakna; mengamalkan atau melaksanakan penggunaan

TMK dalam kehidupan seharian seseorang murid.

9
1.7.2 Literasi komputer, teknologi maklumat, dan teknologi maklumat dan komunikasi

Literasi komputer

Kamus Dewan, Edisi Keempat mendefinisikan literasi komputer sebagai “tahu

menggunakan dan mengendalikan computer”. Baharuddin Aris, et. al (2001) mentakrifkan

literasi komputer atau celik komputer melalui tiga konsep iaitu, pertama; kesedaran – menyedari

kepentingan dan kepelbagaian kegunaan komputer dalam masyarakat masa kini, kedua;

pengetahuan – mempunyai pengetahuan tentang konsep dan senibina sistem sesebuah komputer

berfungi, dan ketiga; interaksi – berkemampuan untuk berinteraksi atau mengapplikasikan

teknologi komputer. Scott (2006), menjelaskan literasi komputer sebagai keupayaan untuk

memahami bagaimana sesuatu komputer berfungsi. Maka, secara umumnya literasi komputer

boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang sekadarnya perlu ada pada seseorang individu untuk

menggunakan applikasi komputer dalam kehidupan seharian.

Teknologi maklumat

Kamus Dewan, Edisi Keempat mentakrifkan teknologi maklumat (TM) sebagai

“teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran

maklumat secara elektronik;” Mohd. Shanuddin Zakaria (2000), mentakrifkan teknologi

maklumat atau information technology (IT) sebagai, “semua jenis peralatan / perkakasan

teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam

bentuk elektronik”. Turban et al. (2005), pula menjelaskan, TM merujuk kepada bahagian

10
teknologikal dalam sistem maklumat yang meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian,

rangkaian, dan peranti-peranti lain. Bagi warga pendidik seperti guru dan pensyarah, TM boleh

didefinisikan sebagai peralatan teknologi komunikasi yang boleh digunakan untuk tujuan

mengumpul, memproses, menyimpan, dan menghantar mel elektronik (e-mel) atau CD-ROM

yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Abdul Manaf Bohari et al.,

2006). Definisi lain bagi teknologi maklumat ialah teknologi yang menggabungkan teknologi

komputer dengan talian komunikasi berkelajuan tinggi. Penggabungan komputer dengan

teknologi rangkaian ini akan melahirkan ‘penyatuan teknologi’ iaitu teknologi yang menyatukan

beberapa industri melalui pelbagai peranti penukaran maklumat dalam bentuk elektronik yang

boleh digunakan oleh komputer.

Teknologi maklumat dan komunikasi

Kamus Dewan, Edisi Keempat mentakrifkan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

sebagai; “teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan

penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi;” Abdul

Manaf Bohari et al. (2006) mendefinisikan TMK sebagai komunikasi yang menggunakan

teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain. Ia merangkumi komunikasi

tanpa sempadan yang mana tidak ada jurang pemisah untuk kedua-dua pihak berkomunikasi atau

berinteraksi pada bila-bila masa. Ini bermaksud TMK melibatkan penggunaan suatu teknologi

sebagai alat dalam melaksanakan proses komunikasi dan ia juga merupakan media perantara

menghubungkan antara pelbagai pihak tanpa mengira situasi, masa, dan lokasi geografi.

11
Perbezaan takrif antara TM dengan TMK adalah dari aspek komunikasi. TM dirujuk

sebagai penggunaan alatan yang dicipta untuk memperoleh, menyimpan, menjejak, dan

menyampaikan maklumat. Manakala, TMK bukan sahaja merujuk kepada penggunaan alatan

untuk memperoleh maklumat, tetapi juga melibatkan penggunaan alatan TM tersebut untuk

berkomunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai hala.

1.7.3 Tingkatan enam

Selepas menamatkan persekolahan di tingkatan lima, murid-murid mempunyai pilihan

sama ada melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, matrikulasi, politeknik, dan kolej atau

universiti; sama ada pusat pengajian tinggi awam (IPTA), atau pusat pengajian tinggi swasta

(IPTS). Pengajian dalam tingkatan enam mengambil masa selama dua tahun. Tahun pertama

dikenali sebagai tingkatan enam bawah dan tahun kedua dikenali sebagai tingkatan enam atas.

Terdapat dua aliran pengajian di tingkatan enam, iaitu aliran Sains dan aliran Kemanusiaan. Di

akhir persekolahan tingkatan enam atas, murid akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia (STPM).

12
BAB 2 : LITERATUR KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang tahap literasi komputer dan

kemahiran TKM dalam kalangan murid-murid, pelajar universiti, guru-guru pelatih, dan juga

guru-guru sekolah. Selain itu, terdapat pelbagai jenis kajian yang ingin mengupas tentang tahap

kemahiran dan masalah pengaplikasian TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bab ini akan mengupas tentang tahap penggunaan TMK dalam proses pembelajaran seseorang

murid, susur galur perkembangan TMK dalam bidang pendidikan di Malaysia, dan juga

mengesan tentang corak atau pola penggunaan TMK dalam kalangan murid.

2.2 Penggunaan TMK Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan TMK menyediakan peluang yang unik dan cabaran menarik terhadap proses

pengajaran oleh seseorang guru dan juga aktiviti pembelajaran bagi seseorang murid, berbanding

corak pengajaran tradisional dalam bilik darjah. Aktiviti pengajaran oleh guru tidak hanya

berkisar terhadap bahan bantu maujud dalam bilik darjah, tetapi melangkaui sempadan pemikiran

murid dengan berbantukan TMK. Murid juga tidak lagi hanya mengakses kepada buku teks dan

guru-guru sekolah sahaja, tetapi mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat melepasi

daripada kawasan sempadan bilik darjah di sekolah (Rozinah Jamaludin, 2007).

13
Bagi golongan pendidik, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami

berhubung dengan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TMK hanya

akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses P&P. Aktiviti pembelajaran

hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya kemudahan TMK dapat digunakan dengan

berkesan. Kemudahan TMK tidak mengubah peranan guru, malah sebaliknya guru akan sentiasa

berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang

TMK. Keterampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama

profesion perguruan. Penggunaan TMK dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di

mana setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Kemudahan TMK amat

bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa, khususnya dalam menghadapi cabaran dan era

globalisasi kini.

Penglibatan secara serius pihak KPM dalam memperkenalkan TMK dalam P&P dapat

dilihat dengan jelas melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil

6/2003: Dasar Pengajaran Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS)

8591/Jld. XVIII. Pekeliling ini menyatakan KPM teleh membekalkan pelbagai jenis peralatan

TMK ke sekolah-sekolah untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Di antara perkakasan

dan perisian yang dibekalkan ialah komputer dan peranti-perantinya, sistem multimedia digital,

rancangan TV pendidikan, dan perisian-perisian pendidikan. Selain itu, melalui pekeliling ini

pihak KPM menjelaskan bahawa perisian kursus, makmal komputer dan pelbagai peralatan TMK

wajib digunakan dan dimasukkan dalam Buku Rancangan Mengajar Harian.

14
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

mentakrifkan Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai menggunakan

TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan P&P. Pendekatan dan syarat asas penggunaan TMK dalam P&P mestilah sesuai

dengan kemahiran seseorang guru, dan sesuai dengan keperluan murid. Ianya boleh dilihat dari

dua aspek iaitu, aspek pengajaran guru, dan aspek pembelajaran murid. Dalam konteks

pembelajaran, penggunaan TMK dalam P&P dapat dikategorikan kepada empat bahagian atau

pecahan, iaitu sebagai alat; tutorial, penerokaan, aplikasi dan untuk komunikasi (PPK, 2001).

Tutorial

Penggunaan TMK untuk pembelajaran tutorial bermaksud menyampaikan kandungan

pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (PPK, 2001). Pembelajaran secara tutorial

merangkumi, pembelajaran secara ekspositori iaitu suasana P&P dimana guru menyampaikan

pelajaran kepada murid yang pasif; demonstrasi sesuatu situasi pelajaran dimana ianya dikawal

secara turutan oleh suatu sistem; dan, untuk latih tubi yang juga disampaikan dan dikawal oleh

sistem. Pembelajaran secara tutorial ini menggunakan perkakasan seperti komputer, projektor

LCD, dan perisian pendidikan yang biasanya disimpan dalam CD-ROM, cakera keras ataupun

maklumat diakses terus dari laman web. Dalam pembelajaran secara tutorial, aktiviti

pembelajaran murid dikawal oleh guru atau oleh sistem perisian itu sendiri. Dengan

menggunakan kaedah secara tutorial, guru boleh mengindividukan pembelajaran murid, murid

pula boleh belajar mengikut kemampuan sendiri, boleh meningkatkan motivasi, di samping

membolehkan murid belajar tanpa penyeliaan seseorang guru.

15
Penerokaan

Penggunaan TMK sebagai alat pembelajaran penerokaan bermaksud menggunakan TMK

sebagai alat perantaraan untuk; mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet,

portal pendidikan dan sebagainya; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena

secara simulasi; dan, melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal

oleh murid tersebut (PPK, 2001). Dalam pembelajaran secara penerokaan, aktiviti pembelajaran

murid adalah secara bebas di mana seseorang murid boleh mengawal atau menentukan maklumat

yang diperoleh dengan cara ‘meneroka’. Pendekatan pembelajaran secara penerokaan adalah

mendokongi teori pembelajaran konstruktivisme di mana ia menekankan pemikiran secara kritis

dan kreatif, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran secara autentik, dan membina

pengetahuan melalui interaksi sosial. Pembelajaran secara penerokaan membolehkan seseorang

murid berpeluang menentukan hala tuju pembelajaran secara kendiri, mendorong murid terlibat

dengan lebih aktif dalam pembelajaran, dan memberi peluang murid menangani masalah sebenar

di dalam kelas.

Aplikasi

Penggunaan TMK sebagai alat aplikasi ialah apabila TMK digunakan untuk membantu

murid melaksanakan tugasan pembelajaran. Sebagai contoh, murid menggunakan perisian

Microsoft Word untuk menghasilkan karangan, menulis nota, mengedit atau mengubah karangan

dan nota, dan sebagainya. Murid juga boleh menggunakan aplikasi akses internet contohnya,

melalui e-mel dan sidang video untuk berbincang tentang pelajaran. Penggunaan TMK sebagai

16
alat aplikasi menyokong teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning). Teori ini

menyatakan, budaya atau persekitaran sosial akan membantu pembelajaran seseorang murid, di

mana murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahian

kognitif, meta kognitif, bertutur dan bekerjasama (PPK, 2001). Terdapat banyak kemudahan

internet dan TMK yang berfungsi sebagai penghubung komunikasi bagi pembelajaran murid-

murid. Dengan menggunakan TMK sebagai alat aplikasi, murid boleh memberikan tumpuan

untuk melakukan aktiviti pembelajaran secara autentik, dan dapat meningkatkan ketepatan atau

kecekapan pemerolehan dapatan pembelajaran.

Komunikasi

Kemudahan TMK berfungsi sebagai alat penghubung komunikasi apabila digunakan

untuk membolehkan para murid dan guru berhubung antara satu sama lain dari lokasi berbeza

bagi menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Dengan kemudahan

TMK, murid dan guru boleh berkongsi bahan, menghantar dan menerima pelbagai bentuk

maklumat, teks, grafik, audio, video dan sebagainya (PPK, 2001). Komunikasi melalui TMK

boleh dalam bentuk; secara diri individu, individu ke individu, seorang individu kepada ramai

individu, dan daripada ramai individu ke ramai individu yang lain. Salah satu contoh teknik

pembelajaran yang menyokong penggunaan komunikasi melalui TMK ialah pembelajaran

kolaboratif. Teknik pembelajaran secara kolaboratif menggalakkan murid-murid bekerjasama

dalam kumpulan melalui aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Kalangan murid bukan sahaja

berkomunikasi dalam bilik darjah, tetapi melangkaui sempadan sekolah, daerah, negeri dan

antarabangsa. Dalam hal ini, kemahiran berkomunikasi melalui TMK amat diperlukan. Dengan

17
menggunakan TMK sebagai alat kemudahan komunikasi, murid boleh melibatkan diri dalam

proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global, dan juga boleh melibatkan pakar

baik dari dalam atau luar negeri ke dalam proses pembelajaran mereka.

Bagaimana kemudahan TMK dapat membantu melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran? Apakah faedah dan kelebihan yang ditawarkan oleh TMK dalam proses

pengintegrasian P&P? Bagi memudahkan kajian terhadap penggunaan TMK dalam proses P&P,

kita harus mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi internet dan

TMK. Kemudahan TMK terutamanya Internet telah menyediakan beberapa applikasi, antaranya;

E-mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan

Diskusi dan Berita, dan File Transfer Protocol (FTP).

E-mail (Mel Eletronik)

Mel eletronik merupakan mel yang dihantar secara elektronik menerusi sistem komputer.

E-mel hampir sama dengan mel biasa iaitu mempunyai alamat pengirim, alamat penerima dan isi

kandungannya, tetapi tidak memerlukan setem bagi tujuan penghantaran. E-mel adalah satu

perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan guru dan murid berkomunikasi antara satu

sama lain. Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum. Pesanan dan

pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat, dan akan sampai

kepada penerima dalam masa yang singkat melepasi kekangan lokasi geografi. Selain daripada

bentuk teks, penghantaran melalui e-mel boleh melibatkan imej grafik, audio, video, animasi dan

suara (voice mail). Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke

18
seorang atau dari seorang kepada ramai, yakni sekumpulan penerima secara serentak. Seseorang

guru juga boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan latihan muridnya melalui kemudahan e-

mel. Kelebihan e-mel banyak meringankan beban tugas seorang guru.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mel ialah;

berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta

kementerian; mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal; berkongsi dan bertukar

pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran yang

terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya;

dan, menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu

program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam penyelesaian sesuatu masalah pendidikan

(Tengku Zawawi, 2009).

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid melalui e-mel ialah; berkongsi

menjalankan sesuatu projek dengan murid dari sekolah-sekolah lain; berbincang dengan rakan

dari kalangan berbagai latar belakang dan budaya mengenai berbagai isu semasa; menggalakkan

perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar

negara; dan, memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran

secara on-line (Tengku Zawawi, 2009). Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan e-mel

untuk berhubung dengan guru-guru di sekolah dan juga dengan ibu-bapa masing-masing.

Melalui kemudahan e-mel, segala maklumat dan bahan penting dapat dipindah dan disampaikan

dari satu pihak ke pihak yang lain dengan mudah, pantas dan mengambil masa yang singkat.

19
Laman Web (WWW)

Rangkaian sedunia WWW adalah merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali

sebagai ‘laman web’ atau laman sesawang. Laman web merupakan komponen yang menjadikan

internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya.

Dengan lebih 50 juta tapak laman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari, laman

web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya (Tengku Zawawi, 2009). Bagi

meneroka laman web, pengimbas web (web browser) diperlukan, contohnya Netscape

Communicator, Internet Explorer dan sebagainya. Para pendidik boleh mendapatkan kandungan

teks penuh, artikel, rancangan pengajaran, dan lain-lain bahan bantu P&P seperti maklumat

mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh murid, pendidikan keibu-bapaan, dan

maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dengan mudah

dan cepat. Para murid juga boleh memperoleh pelbagai maklumat tambahan berkaitan dengan

pembelajaran mereka. Terdapat satu contoh laman iaitu (http://k12.cnidr.org:90/web.intro.html),

yang menghuraikan cara-cara menggunakan World Wide Web khususnya dalam mereformasikan

kurikulum. Dicadangkan bahawa WWW dalam pendidikan boleh berperanan sebagai tutor, pusat

sebaran dan penerbitan, medan perbincangan (forum) dan pemandu (melalui enjin carian).

Internet Relay Chat

Internet Relay Chat (IRC) dicipta oleh Jarkko Oikarinen, seorang pelajar kolej yang

berminat dalam perbualan interaktif melalui komputer. Perbualan dalam IRC adalah persis

seperti perbualan sekumpulan rakan dalam sebuah restoran atau kafeteria. Perbezaannya adalah

20
menaip di komputer sambil berbual. Sering kali pengguna menggunakan nama samaran ketika

berbual dan berhubung. Dengan menggunakan kemudahan IRC, komunikasi boleh berlaku

antara guru dengan guru, guru dengan murid, guru dengan ibubapa murid, guru dengan pihak

pentadbir seperti jabatan atau kementerian pelajaran; dan begitulah sebaliknya. Guru, murid dan

pengguna-pengguna lain boleh berkomunikasi dan berbincang apa sahaja termasuk isu-isu yang

membabitkan bidang pelajaran. Antara beberapa tapak chat yang polular ialah chat.yahoo.com

dan www.exite.com/channel/chat.

Telnet

Telnet ialah satu protokol yang pertama, yang membenarkan pengguna mengakses dan

mengawal komputer yang terletak jauh (remote login) tanpa mempunyai sambungan fizikal.

Dengan kemudahan Telnet, kita boleh mencari dan menggunakan sumber pada komputer di

mana-mana sahaja di dunia tanpa menelan kos yang tinggi. Telnet boleh diakses dengan kata

laluan (password) atau dibuka secara percuma kepada orang ramai. Pengguna boleh

menggunakan perkhidmatan papan bulletin (BBS), perkhidmatan pengkalan data, dan juga

perpustakaan melalui kemudahan ini. Seseorang individu boleh menerokai lokasi komputer jarak

jauh dengan menggunakan alamat Protokol Internet (IP). Pada hari ini, Gopher dan WWW

menyediakan alternatif pakej program dalam internet. Kemudahan Telnet amat membantu dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, di samping memudahkan tugas-tugas pengurusan oleh

pihak guru dan pentadbir sekolah. Salah satu contoh kemudahan Telnet ialah

www.pendeta.um.edu.my di mana para pelajar mengakses untuk mencari maklumat dari

21
rangkaian Perpustakaan Universiti Malaya berkaitan dengan buku, majalah, jurnal, kajian

penyelidikan dan sebagainya.

Kumpulan Diskusi dan Berita

Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan dalam kumpulan (News

Group) tentang pelbagai subjek mengikut minat dan cita rasa kita. Kumpulan berita dan diskusi

secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mel secara berkesan.

Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama

membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu di

antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi

yang boleh disertai oleh pendidik dan juga murid mengikut minat mereka. Senarai kumpulan

diskusi eletronik dalam pendidikan boleh didapati dari salah satu contoh laman web iaitu

http://k12.cnidr.org:90/list.html.

File Transfer Protocol (FTP)

Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat

mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan

File Transfer Protocol (FTP). Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu penerima

(di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di

sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang

boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh

22
memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu penerima untuk dipamerkan atau

dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan murid-murid di seluruh dunia.

Semuanya menggunakan kemudahan FTP. Capaian maklumat melalui internet melibatkan dua

komponen utama iaitu capaian secara fizikal (physical access) dan capaian secara bijaksana

(intellectual access). Capaian secara fizikal di dalam internet merupakan kemudahan

kelengkapan komputer kepada guru dan murid untuk mencapai internet berserta dengan

komponen seperti e-mel, gopher, kumpulan perbincangan elektronik, pemindahan fail, Archie,

Veronica, WAIS, dan WWW. Tanpa kemudahan untuk mencapai internet, pengajaran secara

mengintegrasikan internet dalam pengajaran dan pembelajaran sukar berlaku. Namun dengan

kemudahan jaringan kerja setempat "LAN" (Local Access Network) hasrat mengintegrasikan

internet ke dalam pengajaran boleh dilaksanakan. Seseorang murid juga perlu dididik mengenai

tanggungjawab dan etika sebagai pengguna "on-line" di dalam mencapai internet. Murid-murid

perlu terdedah kepada capaian intelektual, iaitu kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber

dengan penuh berakhlak dan bijaksana.

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan, dan murid-murid

juga perlu memilih aplikasi yang berguna untuk meningkatkan prestasi akademiknya. Oleh itu,

perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat

menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan

sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

23
2.3 Perkembangan TKM Dalam Bidang Pendidikan

Pada tahun 1998, jumlah komputer peribadi yang dimiliki oleh rakyat Malaysia ialah

sebanyak 1.36 juta, iaitu kira-kira 6.1 peratus sahaja rakyat Malaysia yang memiliki komputer

peribadi. Pada tahun 1998 tersebut, kadar penembusan internet secara panggilan ialah 1.8 peratus

sahaja. Walau bagaimanapun, jumlah pemilik komputer telah meningkat kepada 4.2 juta orang

pada tahun 2003, di mana 16.6 peratus daripada rakyat Malaysia telah memiliki komputer.

Manakala kadar penggunaan internet secara panggilan telah meningkat kepada 11.4 peratus pada

tahun 2003 tersebut (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2004).

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan di Malaysia bermula sejak tahun 80-an

dengan beberapa projek rintis seperti Projek Munsyi, Projek Penggunaan Komputer Dalam

Pendidikan (CIE), dan seterusnya pengenalan Projek Sekolah Bestari di mana konsep ini mula

dicadangkan pada tahun 1997 (Norizan Abdul Razak, 2006). Konsep sekolah bestari adalah

merupakan salah satu daripada tujuh applikasi Perdana Multimedia Super Corridor. Malaysia

telah memperkenalkan konsep sekolah bestari dalam tahun 1999 dengan 90 buah sekolah

diberikan komputer sebagai projek rintis. Seterusnya, 4,500 buah sekolah telah dilengkapkan

dengan makmal komputer, dan sebanyak 8,120 buah sekolah sudah dihubungkan kepada School-

Net yang menggunakan jalur lebar (Mohd Safar Hasim & Fatimah Yussoof, 2006). Perangkaan

ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pendidikan yang menggunakan kemudahan TMK

dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelaburan dalam

projek sekolah bestari adalah satu usaha berterusan kerana kerajaan melihat pendidikan sebagai

penyumbang utama kepada pembangunan negara.

24
Selain itu, aplikasi internet mula diperkenalkan dalam bidang pendidikan di mana pihak

KPM telah melancarkan laman web MySchoolNet sebagai salah satu usaha meningkatkan

penggunaan TKM dalam P&P, dan membekalkan jaringan untuk membantu para guru dan murid

mengakses maklumat tentang pendidikan secara dalam talian. Penggunaan komputer dan TMK

dalam pendidikan amat tepat pada masanya kerana kerajaan berusaha untuk mencapai status

negara maju yang berasaskan industri seperti visi yang diwar-warkan dalam Wawasan 2020, oleh

Perdana Menteri ketika itu iaitu, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Sehingga tahun

2005, hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berketrampilan dalam TMK dapat

dilihat melalui beberapa projek sekolah seperti Projek Rintis Sekolah Bestari, Schoolnet, Projek

MySchoonNet, makmal komputer, TV Pendidikan, pembekalan komputer riba, Projek LCD,

skrin, troli, TV dan pencetak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI), penawaran mata pelajaran TMK untuk tingkatan empat dan lima,

penawaran mata pelajaran Perkomputeran untuk tingkatan enam, dan menganjurkan kursus dan

latihan untuk meningkatkan kemahiran TMK dalam kalangan guru iaitu di mana; 200,000 orang

guru telah pun dilaksanakan oleh KPM (KPM, 2006). Pengeluaran tenaga pekerja yang

berpengetahuan, cekap dan berketrampilan dalam bidang teknikal perlu dimulakan dari tahap

awal persekolahan lagi.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai lebih daripada lapan belas institusi pengajian tinggi

awam (IPTA) yang menawarkan program dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

daripada peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah (Nik

Azis Nik Pa & Noraini Idris, 2008). Institut Teknologi Mara (ITM) adalah merupakan institusi

yang pertama menawarkan program Diploma Sains Komputer pada tahun 1969. Dan Universiti

25
Sains Malaysia (USM) adalah merupakan universiti yang pertama menawarkan program sarjana

muda TMK. Seterusnya program pendidikan berasaskan TMK ditawarkan oleh universiti-

universiti yang lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM). Dan pada

ketika ini, hampir semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi

swasta (IPTS) menawarkan pengajian berorientasikan sains komputer dan TMK. Segelintir IPTS

menawarkan program yang berasaskan TMK secara berkembar dengan universiti luar negara,

contohnya Kolej Damansara Utama (KDU) menawarkan program Diploma Pengajian Komputer

dari Universiti Lincolnshire dan Humberside (Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris, 2008).

2.4 Pembudayaan TMK Dalam Kalangan Murid

Sajap Maswan (2009), merumuskan pembudayaan TMK dalam kalangan murid akan

berkembang sekiranya murid dapat mengamalkan sekurang-kurangnya enam perkara berikut

dalam kehidupan mereka, iaitu; setiap hari buka komputer, semak dan balas e-mel, buka dan

jawab forum, kemaskini website atau portal, bayar bil secara online, dan baca akhbar, buku, al-

Quran, bahan penyelidikan dan sebagainya secara dalam talian (on-line).

Setiap hari membuka komputer dan melayari internet. Komputer jenis ‘laptop’ adalah

ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja kita pergi, contohnya ke restoran, perpustakaan, pusat

rekreasi, taman permainan dan sebagainya. Pada bila-bila masa murid boleh menggunakan

komputer untuk menyiapkan tugasan sekolah, menaip nota atau latihan, mengedit atau

mengubahsuai karangan atau esei pelajaran dan sebagainya. Murid boleh membuka dan

26
menggunakan komputer semasa menunggu kawan atau ahli keluarga berurusan di klinik, bank,

jabatan kerajaan dan sebagainya. Dengan demikian, murid menggunakan masa dan setiap

peluang secara optimum dalam meningkatkan prestasi pelajaran, atau melaksanakan hobi

masing-masing melalui penggunaan komputer.

Membudayakan amalan membuka, membaca dan menjawab e-mel setiap hari. Dengan

kemudahan TMK para murid boleh mengakses internet di mana-mana dan membuka,

menghantar, menerima e-mel dalam bentuk teks, gambar, grafik, video, audio, animasi dan

sebagainya. Melalui e-mel juga murid boleh berkomunikasi dengan rakan sekolah, guru, ibu-

bapa, bahkan individu profesional berkaitan dengan sesuatu kepakaran atau isu tertentu. Dengan

kemudahan modem Wi-Fi Streamyx dan ‘broadband’ atau Vodafon Mobile Celcom yang boleh

didapati di pasaran, dengan mudah para murid boleh akses ke internet dan membudayakan TMK

dalam kehidupan di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Menggunakan kemudahan TMK untuk melakukan perbincangan dalam kumpulan. Para

murid akan mengoptimumkan kemudahan TMK sekiranya mereka memiliki kumpulan

perbincangan (News Group) sendiri. Dengan kemudahan rangkaian ini, murid boleh berbincang,

berdiskusi dan bertukar-tukar pendapat, maklumat dan sebagainya tentang pembelajaran mereka.

Dengan kemudahan TMK juga, murid boleh memasuki mana-mana kumpulan perbincangan

mengikut kesukaan dan minat masing-masing.

Menggunakan kemudahan sidang video (Video Conferencing), atau web-cam untuk

berkongsi idea atau berbincang suatu isu dengan rakan, guru sekolah, pakar profesional, ibu-bapa

27
dan sebagainya. Banyak kelebihan dan faedah menggunakan web-cam dalam proses

pembelajaran atau melaksanakan tugasan seharian. Melalui web-cam, murid-murid boleh berbual

dan berkongsi maklumat dengan para peserta di seluruh pelosok dunia pada bila-bila masa, dan

dimana-mana jua secara langsung (berhadapan muka antara satu sama lain).

Menggunakan kemudahan Protokol Pemindahan Fail (FTP) dalam kegiatan penerokaan

maklumat. Dengan kemudahan FTP, murid boleh menggunakan kemudahan perisian seperti WS-

FTP untuk tujuan pemindahan dokumen, perisian, fail untuk konfigurasi, memuat turun lagu,

filem dan sebagainya. Sekiranya murid-murid membudayakan kemudahan pemindahan fail ini

dalam kegiatan berunsurkan internet mereka, murid akan memperoleh banyak faedah dan

kelebihan dalam urusan seharian. Boleh memperoleh bahan pembelajaran dalam masa yang

singkat, kos yang amat murah dan memperoleh bahan multimedia yang menarik dan pelbagai.

Menggunakan perkhidmatan Telnet iaitu menggunakan capaian komputer jarak jauh

untuk mencari data, maklumat, buku, majalah daripada rangkaian telekomuniksi sesebuah

perpustakaan dan sebagainya. Sekiranya murid menggunakan kemudahan ini dan

membudayakannya dalam kehidupan seharian, amat banyak faedah dan kelebihan yang

seseorang itu perolehi. Contohnya, mendapatkan maklumat buku, majalah, jurnal dan sebagainya

melalui kemudahan rangkaian Perpustakaan Negara.

Menggunakan perisian pendidikan dan latihan yang ada dijual di pasaran. Perisian-

perisian untuk pendidikan dan latihan banyak terdapat di pasaran dan boleh digunakan untuk

mendapatkan sumber dan maklumat untuk tujuan pembelajaran, latihan secara berperingkat,

28
kursus dan sebagainya. Melalui perisian-perisian ini, murid diajar secara tertib dan berperingkat

tentang kandungan sesuatu perkara, tatacara menggunakannya, faedah serta kelebihannya, dan

pelbagai maklumat yang lain.

Membeli dan menggunakan perisian-perisian yang berkaitan dengan pendidikan dan

hiburan. Perisian ini amat baik untuk kegunaan para murid, kerana ia menggabungkan pakej

pendidikan dan hiburan (edutaiment). Terdapat banyak perisian sedemikian rupa dijual di

pasaran. Melaluinya, murid akan memperoleh banyak faedah dan kelebihan kerana

menggunakan perisian yang telah lengkap dan menarik. Ini boleh mendorong pembelajaran

secara kendiri bagi seseorang murid dan mengurangkan rasa bosan mereka.

Menggunakan perisian yang menggabungkan unsur hiburan dan permainan. Perisian ini

selalunya menggunakan multimedia yang menggabungkan aksi pantas, warna menarik, animasi

3D dan kesan audio yang mengagumkan untuk tujuan hiburan dan permainan. Sejauh manakah

murid memberikan ruang masa mereka bermain melalui pakej perisian komputer? Adakah

bermain melalui komputer membudaya dalam kehidupan seseorang murid? Walau

bagaimanapun, bermain komputer tanpa kawalan, akan membuang masa dan mendatangkan

kesan negatif terhadap kemajuan pembelajaran seseorang murid. Apatah lagi sekiranya pakej

perisian permainan tersebut terlalu banyak unsur ganas dan lucah yang akan memberi kesan

sampingan yang sebaliknya.

Menggunakan kemudahan TMK bagi tujuan perniagaan. Contohnya, mendapatkan

maklumat tentang produk, cara pemakaian, menempah pembelian barang atau perkhidmatan

29
secara dalam talian dan sebagainya. Sekiranya para murid menggunakan kemudahan internet dan

TMK dalam pembelian barang dan perkhidmatan, mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga,

berbanding terpaksa keluar ke gedung perniagaan untuk membeli belah.

Kemudahan pembayaran bil atas talian. Contohnya, membantu ibu-bapa membayar bil

telefon, bil elektrik, kad kredit, cukai pintu, cukai tanah, menempah tiket kapal terbang secara

on-line dan sebagainya. Kaedah pembayaran bil secara dalam talian membantu menjimatkan

masa dan tenaga, berbanding terpaksa berbaris di pejabat pos atau kaunter pembayaran di bank.

Hampir semua jabatan kerajaan, syarikat korporat dan bank-bank perdagangan menyediakan

kemudahan pembayaran secara dalam talian.

Perkhidmatan lain seperti membaca surat khabar, majalah, buku, menonton program

televisyen, filem dan mendengar lagu secara dalam talian. Sekiranya murid membudayakan

sikap membaca surat khabar atau buku secara dalam talian, murid boleh menjimatkan wang

untuk membeli surat khabar, dan menjimatkan masa untuk membeli buku ke kedai.

Menggunakan teknologi internet dan kemudahan TMK sebagai sumber rujukan. Melalui

internet murid boleh mendapatkan maklumat, bahan, berita dari ensaiklopedia, Wikipedia,

direktori, kamus, buku elektronik dan sebagainya. Betapa mudahnya mendapatkan bahan-bahan

pembelajaran dengan menggunakan aplikasi TMK berbanding dengan sebelum teknologi ini

diperkenalkan.

30
Semua kemudahan yang diberikan oleh TMK seperti yang telah dibahaskan, amat

memberi faedah dan kebaikan di dalam kehidupan semua kita; baik kita seorang murid, guru,

ibu-bapa, atau golongan profesional yang lain. Sejauh manakah kita membudayakan TMK dalam

kehidupan? Adakah pembudayaan TMK wujud dalam diri kita, rakan-rakan sekolah dan ahli

keluarga kita? Tahap pembudayaan TMK tertakluk kepada kemahiran seseorang murid

mengaplikasikan teknologi komputer dan internet, kemudahan untuk akses kepada internet, dan

juga bergantung kepada minat seseorang murid terhadap dunia TMK.

2.5 Kajian Yang Berkaitan

Terdapat beberapa kajian yang cuba melihat tahap pengetahuan dan kemahiran TMK

dalam kalangan murid dan juga guru-guru sekolah. Bajing Angieng (2006), telah membuat

kajian tahap literasi komputer di kalangan murid tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar

bandar, Sarikei, Sarawak. Kaedah soal-selidik dan ujian kemahiran secara amali telah digunakan

untuk mengumpul data ke atas 43 orang responden dan 8 orang guru yang mengajar tingkatan

lima. Secara keseluruhan, keputusan kajian mendapati tahap literasi komputer yang dimiliki oleh

responden adalah rendah. Secara purata, 38.7% dan 53.5% (N=43) responden masing-masing

tidak pernah menggunakan perkakasan dan aplikasi komputer yang dinyatakan. Kesedaran

tentang kepentingan komputer pula adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 3.88. Kemahiran

berinteraksi dengan komputer pula masih rendah di mana seramai 54.5% (N=33) responden

gagal atau tidak dapat berinteraksi menggunakan komputer walaupun dengan kemahiran yang

paling asas. Kajian juga mendapati 90.7% (N=43) responden tidak memiliki komputer di rumah,

manakala sebanyak 88.4 % responden tidak pernah menggunakan e-mel. Walaupun responden

31
mempunyai tahap literasi komputer yang rendah, mereka masih bersedia untuk menggunakan

komputer sebagai alat bantu belajar.

Kajian oleh Nik Hairi, Mohd Azul & Norizan Abdul Razak (2006) dilakukan terhadap

239 orang pelajar tahun pertama aliran sains sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan

bertujuan untuk menilai tahap kecekapan penggunaan perisian Word, PowerPoint, Excel,

Internet Explorer dan e-mel. Kajian tersebut mendapati pelajar secara amnya di tahap sederhana

bagi perisian Word dan Internet/e-mel tetapi di tahap yang minima bagi perisian PowerPoint dan

Excel. Perbezaan pencapaian ini terjadi disebabkan perisian Word dan internet/e-mel adalah

perisian yang kerap digunakan oleh pelajar tersebut, manakala perisian PowerPoint dan Excel

adalah bersifat khusus dan jarang digunakan.

Nor Zuliana Abdul Latif (2006), telah membuat kajian terhadap 107 orang pelajar

Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di tiga Politeknik Malaysia, bagi mengenal pasti tahap

penguasaan teknologi TMK dalam kalangan mereka. Sepuluh aspek kemahiran TMK telah

dinilai dan dapatan kajian menunjukkan tiga daripadanya adalah amat dikuasai oleh pelajar

dengan baik, iaitu menggunakan pemprosesan perkataan (word processing), memasang

komputer dan mencari maklumat menggunakan internet. Terdapat hubungan yang positif antara

perlaksanaan kurikulum dengan penguasaan kemahiran TMK pelajar.

Jamaluddin Ahmad et. al. (2008), telah melakukan kajian terhadap Tahap Kemahiran

Penggunaan TMK Guru Pelatih IPTA. Terdapat 17 aspek kemahiran TMK yang dikaji. Dapatan

kajian menunjukkan tiga aspek kemahiran TMK yang benar-benar dikuasai oleh pelatih.

32
Pertama, sejumlah 2,163 orang (93.9%) guru pelatih sangat mahir dan mahir dalam menulis

laporan, surat atau dokumen. Seramai 2,175 orang (94.4%) pelajar IPTA ini dapat menguasai

kemahiran membuat slaid untuk persembahan, dan seramai 2,035 orang (88.4%) pelajar IPTA

dapat mengirim mesej melalui e-mel. Kemahiran TMK yang paling kurang dimiliki oleh pelajar

IPTA ini ialah menghasilkan perisian multimedia dan menulis program komputer. Hanya 504

orang (21.9%) pelajar IPTA mahir menghasilkan perisian multimedia, dan hanya 20.1%

kalangan pelajar ini boleh menulis program.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2004), telah melakukan kajian ke atas

pembudayaan TMK dalam kalangan murid di beberapa buah sekolah dalam Selangor, Kuala

Lumpur, Negeri Sembilan, dan pelajar di Yayasan Pelajaran Mara, termasuk pelajar Fakulti

Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian mereka mendapati, murid sekolah dan

pelajar IPTA yakin dan bersikap positif terhadap penggunaan TMK di dalam proses P&P.

Pelajar-pelajar IPTA kerap menggunakan kemudahan TMK untuk mencari bahan pembelajaran

mereka. Rata-rata murid dan pelajar yang dipilih sebagai responden lebih kerap menggunakan

TMK di rumah berbanding di tempat lain. Di antara pelbagai perisian yang ada, responden amat

cekap menggunakan perisian pemprosesan perkataan Microsoft Word dan perisian helaian

hamparan iaitu Microsoft Excel. Responden juga menyatakan mereka agak kerap menggunakan

perisian permainan pendidikan, dan perisian untuk tujuan tutorial, termasuk latihan. Pengkaji

merumuskan, pembudayaan TMK dalam kalangan murid harus bermula di rumah di mana ibu-

bapa harus mengambil tanggungjawab menyediakan peralatan TMK terlebih dahulu,

terutamanya komputer, mesin pencetak dan akaun akses internet.

33
Mohd Arif & Norsiati (2004), telah melakukan kajian terhadap aplikasi TMK dalam P&P

dari aspek mata pelajaran Kimia SPM, di sebuah sekolah bestari di Kuantan. Kajiannya

mendapati, penggunaan makmal komputer untuk kegunaan perisian kursus bestari atau melayari

internet agak kurang memuaskan. Hanya 24.56% guru-guru menggunakan makmal komputer

dalam tiga bulan pertama persekolahan. Kadar kekerapan penggunaan yang tertinggi ialah 21

kali, dan yang terendah ialah sekali sahaja dalam tempoh masa tersebut. Hanya 16 daripada 22

buah kelas yang menggunakan makmal komputer dan menggunakan perisian kursus bestari dan

melayari internet. Dan, dapatan kajian juga menunjukkan hanya 40.53% daripada masa P&P

guru-guru menggunakan komputer dan teknologi internet. Hasil temubual pengkaji mendapati,

guru kurang menggunakan prasarana TMK adalah disebabkan kekangan masa untuk

menghabiskan sukatan pelajaran. Pengendalian peralatan TMK sebagai media untuk kegunaan

P&P memerlukan masa yang lama.

Zamri Mahamod et. al. (2008), telah mengkaji tentang tahap pengetahuan penggunaan

TMK dalam kalangan 2,303 orang guru-guru pelatih IPTA. Sebanyak 11 item yang berkaitan

tentang pengetahuan komputer telah digubal oleh pengkaji. Dua item yang mencatat kemahiran

tertinggi bagi pelatih-pelatih tersebut ialah menggunakan e-mel dan mengakses bahan dari

WWW. Seramai 1,973 orang (85.7%) pelatih mahir menggunakan e-mel, dan seramai 1,750

orang (76.0%) kalangan mereka mahir menggunakan perkhidmatan WWW. Dua aspek yang

amat kurang dikuasai oleh pelatih tersebut ialah menggunakan perisian komersial dan

menghasilkan perisian multimedia. Hanya 585 orang (25.4%) sahaja yang mahir menggunakan

perisian komersial yang ada di pasaran. Dan hanya 657 orang (28.5%) yang mahir menghasilkan

perisian multimedia.

34
Mohd Hang Tuah Ismail (2005), telah mengkaji tentang penggunaan komputer dalam

P&P bagi guru-guru Pendidikan Islam di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Sebahagian besar guru-

guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P.

Seramai 69 orang (98.6%) menyatakan komputer sesuai digunakan untuk peningkatan kendiri.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan rata-rata guru mempunyai keupayaan menggunakan asas

alatan komputer, dan mengaplikasikan perisian-perisian Microsoft Office. Walau bagaimanapun,

kajian menunjukkan seramai 23 orang (32.8%) kurang mahir atau kurang pantas menaip tulisan

Jawi dengan menggunakan komputer.

Yusri Mat Johor (2004), juga telah melakukan kajian tentang penggunaan komputer

dalam P&P; namun kajian beliau menumpukan terhadap mata pelajaran Sejarah tingkatan tiga.

Kajian beliau menunjukkan hampir semua guru Sejarah (38 orang) memiliki komputer (95.0%).

Rata-rata guru-guru dalam kajian bersetuju bahawa penggunaan komputer membantu dalam

proses P&P mata pelajaran Sejarah. Namun begitu, penggunaan komputer untuk tujuan

pengurusan P&P adalah lebih kerap berbanding penggunaan komputer untuk melayari internet.

Komputer banyak digunakan untuk mengolah soalan latihan dan peperiksaan, dan juga untuk

tujuan membuat pelaporan aktiviti kokurikulum sekolah. Hanya 4 orang (10.0%) yang pernah

menggunakan internet secara on-line dalam mengendalikan P&P Sejarah.

Shamsudin Abdul Rahman (2004), membuat kajian terhadap persepsi guru-guru Bahasa

terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran bacaan dan pemahaman di sekolah-sekolah

dalam Daerah Sabak Bernam. Dapatan kajian menjelaskan, terdapat tiga perisian komputer yang

kerap digunakan dalam proses P&P iaitu MS Word, MS Excel dan MS PowerPoint. Seramai 88

35
orang guru (88.0%) menggunakan teknologi komputer untuk melaksanakan kerja-kerja sekolah.

Kajian Shamsudin juga mendapati guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap

penggunaan teknologi komputer dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, kekangan

penggunaan komputer dalam proses P&P ialah kekurangan kemudahan peralatan TMK di

sekolah-sekolah.

Norinah Mohd Ali (2002), membuat kajian mengenai literasi komputer dalam kalangan

324 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya. Dapatan kajian beliau

menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 78.27%.

Hasil kajian beliau menunjukkan, tahap literasi komputer para pelajar adalah agak tinggi bagi

yang berasal dari ibu-bapa yang berpendapatan tinggi melebihi RM3,000.00 sebulan. Kajian

Norinah juga mendapati sikap para pelajar adalah positif terhadap penggunaan komputer dalam

bidang pengajian. Ini kerana komputer amat membantu dalam menyelesaikan tugasan projek

atau latihan ilmiah pelajar.

Mohd Hasrori (2005), melakukan kajian terhadap kemahiran penggunaan komputer

dalam kalangan 70 orang guru Sains Sosial sekolah menengah di Daerah Hilir Perak. Hasil

kajian beliau mendapati, kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru Sains Sosial

agak rendah. Kekerapan penggunaan komputer juga didapati rendah. Sebanyak 86.1% masa

penggunaan komputer oleh guru-guru adalah untuk tujuan menaip dokumen, soalan latihan dan

soalan peperiksaan yang berasaskan tugasan sekolah, dan selebihnya untuk tujuan peribadi.

Perangkaan menunjukkan, (58.6%) responden sukar untuk mencari perisian yang sesuai

berkenaan dengan mata pelajaran Sains Sosial yang mereka ajar. Walau bagaimanapun, guru-

36
guru mempunyai pandangan yang positif (98.6%) terhadap penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Tan Lee Fong (2004), telah membuat kajian terhadap sikap 87 orang guru bahasa Cina

terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Bahasa Cina. Kajian beliau mendapati, kebanyakkan guru positif terhadap penggunaan komputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rata-rata guru sudah bersedia menggunakan

komputer dalam proses pengajaran masing-masing. Selain itu, Pengkaji juga menggesa pihak

kerajaan agar dapat menawarkan kursus kemahiran TMK kepada guru-guru sekolah, dan

membekalkan peralatan TMK yang lebih banyak untuk keperluan sekolah.

Laili Atan (2004), melakukan kajian terhadap penggunaan komputer dalam membantu

kepimpinan pengajaran 58 orang Guru Besar di sekolah-sekolah dalam Daerah Muar. Kajian ini

ingin mengenal pasti tentang pengetahuan guru besar terhadap penggunaan komputer serta

perbezaan penggunaan komputer dalam kalangan guru besar bandar dengan luar bandar. Kajian

mendapati kesemua guru besar mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang penggunaan

komputer, dan menggunakan teknologi komputer dalam menjalankan fungsi kepimpinan

pengajaran mereka. Laili mendapati ada perbezaan tentang tahap penggunaan komputer bagi

guru besar di bandar berbanding dengan guru besar luar bandar. Guru besar di bandar lebih kerap

dan lebih mahir menggunakan teknologi komputer dalam pengurusan pengajaran instruksional

masing-masing berbanding dengan guru besar luar bandar.

37
2.6 Kesimpulan

Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji tentang penggunaan TMK dalam proses

P&P bagi murid-murid dan guru-guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Begitu juga

terdapat beberapa pensyarah tempatan yang meninjau tentang tahap keupayaan dan kemahiran

TMK dalam kalangan pelajar atau pelatih IPTA dan IPTS masing-masing. Kebanyakkan

daripada kajian tersebut meninjau dari sudut penggunaan kemudahan TMK dari aspek

pengajaran guru-guru. Agak kurang kajian berkaitan yang meninjau tentang penggunan TMK

dalam proses pembelajaran dari sudut perolehan kendiri murid-murid. Oleh itu, kajian ini amat

bersesuaian untuk mengenal pasti sejauh manakah murid tingkatan enam membudayakan TMK

dalam proses pembelajaran mereka, walaupun ‘guru kurang mengaplikasikan TMK’ dalam

proses pengajaran. Murid tingkatan enam adalah murid yang ‘matang dan dewasa’ bagi mana-

mana sekolah. Maka, kemampuan dan keupayaan tahap kompetensi TMK mereka harus selidiki

dan dikenal pasti.

38
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian,

prosedur pengumpulan data, serta prosedur penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Kajian deskriptif

akan menggunakan statistik deskriptif seperti, min untuk mengukur kecenderungan memusat,

sisihan piawai untuk mengukur keserakan data, dan menggunakan peratusan untuk

mempiawaikan data. Selain itu, pengkaji juga menggunakan statistik inferensi iaitu ujian-t untuk

membanding beza data-data selang dan nisbah. Dapatan data diperoleh melalui borang soal

selidik yang diedarkan kepada responden.

3.3 Persampelan

Responden kajian adalah murid-murid tingkatan enam dari tiga buah sekolah menengah

dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Tiga buah sekolah

tersebut dipilih dari kategori sekolah bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Sebanyak 60

borang soal selidik telah diedarkan kepada setiap sekolah. Pengkaji telah memperoleh 40 borang

39
jawapan dari responden sekolah luar bandar, 40 dari sekolah pinggir bandar dan 31 borang dari

responden sekolah bandar.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set soal selidik yang

mengandungi soalan-soalan berstruktur respon terhad. Terdapat 56 item soalan yang dipecahkan

kepada empat bahagian, iaitu; Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden

Bahagian A mengandungi 13 soalan yang bertujuan untuk mengetahui maklumat latar

belakang responden dalam kalangan murid, iaitu; tingkatan mereka, aliran pembelajaran, jantina,

pernah menghadiri kursus komputer atau tidak, memiliki komputer di rumah, memiliki

kemudahan internet, memiliki alamat e-mel peribadi, laman-web, blog, akaun facebook,

maklumat pekerjaan ibu-bapa, kumpulan etnik, dan maklumat pendapatan keluarga sebulan.

3.4 2 Bahagian B : Tahap Literasi Komputer Murid

Dalam bahagian B, 15 item soal selidik digunakan untuk meninjau tentang tahap literasi

komputer dalam kalangan murid; contohnya, kebolehan murid mengenal pasti atau menamakan

jenis-jenis komputer yang terdapat dalam pasaran, kebolehan murid mengoperasikan komputer,

menamakan fungsi perkasasan komputer, mentakrifkan istilah teknologi komputer, kebolehan

40
murid menggunakan perisian Internet Explorer, enjin carian, menggunakan perisian MS Word,

MS Excel, MS Access, MS Publisher, MS Powerpoint, MS Outlook, MS OneNote, MS InfoPath

dan menggunakan perisian MS Groove. Responden dikehendaki menjawab 15 item soal selidik,

yang menggunakan skala Likert, iaitu; 1. Sangat tidak mahir, 2. Tidak mahir, 3. Sederhana

mahir, 4. Mahir dan 5. Sangat mahir. Responden diminta menandakan tahap literasi komputer

tersebut berdasarkan pernyataan yang diberi.

3.4.3 Bahagian C : Tahap Penggunaan TKM Dalam Proses Pembelajaran

Bahagian C dibina untuk mengenal pasti tahap penggunaan TMK dalam proses

pembelajaran murid. Sebanyak 14 item soalan dibina. Item-item soalan yang dibina adalah untuk

mengetahui tujuan penggunaan TMK, seperti; mengkaji tentang sejauhmanakah murid

menggunakan perisian MS Word untuk menaip nota, menggunakan hamparan elektronik seperti

MS Excel, menggunakan persembahan MS PowerPoint, perisian grafik seperti Adobe

Photoshop, menggunakan MS Publisher untuk membuat majalah sekolah, melayari WWW bagi

mencari maklumat pembelajaran, menggunakan e-mel, mengadakan perbincangan kumpulan

(newsgroup), menggunakan web-cam secara dalam talian, menggunakan perisian pendidikan

yang ada dalam pasaran, membaca buku atau surat khabar, mendapatkan maklumat dari

Wikipedia, melayari Portal Pendidikan, dan menggunakan laman sembang (chatting) bersama

rakan-rakan. Pengkaji hendak meninjau adakah semua kemudahan TMK tersebut diaplikasikan

oleh murid-murid ini dalam proses pembelajaran. Responden dikehendaki menjawab 14 item

soal selidik yang menggunakan skala Likert, iaitu; 1. Tidak pernah, 2. Jarang-jarang, 3.

Sederhana kerap, 4. Kerap, dan 5. Sangat kerap.

41
3.4.4 Bahagian D : Pola Penggunaan TMK Dalam Kalangan Murid

Dalam Bahagain D, pengkaji akan mengkaji tentang pola atau corak penggunaan

kemudahan TMK oleh murid-murid dalam kegiatan seharian mereka. Sebanyak 14 item soalan

telah dikemukakan. Pola atau corak pembudayaan TMK yang hendak dikaji ialah penggunaan

untuk tujuan melayari laman web (WWW), menghantar atau menerima e-mel, mengadakan

perbincangan kumpulan, menggunakan web-cam, menggunakan kemudahan perisian WS-FTP,

Telnet, tujuan pendidikan dan latihan, tujuan hiburan dan permainan, tujuan perniagaan,

kemudahan pembayaran, membaca majalah atau akhbar, sebagai sumber rujukan dan untuk

kegunaan bersembang (chatting). Sebanyak 14 item soal selidik yang menggunakan skala Likert,

iaitu 1. Tidak pernah, 2. Jarang-jarang, 3. Sederhana kerap, 4. Kerap, dan 5. Sangat kerap.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

3.5.1 Kajian Rintis

Sebelum memulakan penyelidikan sebenar, pengkaji telah melaksanakan kajian rintis ke

atas 30 orang murid tingkatan enam dari sekolah penyelidik sendiri. Kajian rintis ini diperlukan

untuk memastikan soal selidik yang digunakan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan

dalaman yang tinggi. Selain itu, kajian rintis juga adalah untuk memastikan kesesuaian item-item

soal selidik dari segi pemahaman bahasa dan kandungan maklumat. Tahap kebolehpercayaan

diuji dengan ‘Cronbach Alpha’. Apabila nilai alpha menghampiri 1, atau melebihi nilai 0.7,

tahap kebolehpercayaan item-item kajian adalah tinggi.

42
Jadual 1 : Ujian Reabiliti Terhadap Pembolehubah Bebas

Bilangan Kes Bilangan Item Nilai Cronbach Alpha

30 56 0.8826

Merujuk kepada jadual 1, nilai ‘Cronbach Alpha’ kajian ini ialah 0.87. Ini membuktikan

item-item soal selidik yang digunakan pengkaji mempunyai ketekalan dan kebolehpercayaan

yang tinggi.

3.5.2 Pengumpulan Data

Setelah mendapat kebenaran daripada pengetua sekolah masing-masing, penyelidik

dengan bantuan guru Penolong Kanan Tingkatan Enam telah mengurus dan mentadbir sesi

kajian. Setelah semua murid dikumpulkan, sebanyak 60 salinan borang soal selidik diedarkan.

Masa menjawab adalah 30 minit. Proses mentadbir soal selidik ini mengambil masa tiga hari,

kerana terdapat tiga buah sekolah yang berlainan. Pengkaji pergi sendiri ke setiap sekolah yang

berkenaan. Di akhir sesi kajian, pengkaji berjaya mengumpulkan 111 set borang soal selidik

daripada tiga buah sekolah tersebut.

3.6 Prosedur Penganalisaan Data

Data yang diperoleh melalui borang soal selidik, dianalisis dengan menggunakan perisian

SPSS (Statistical Pakage for The Social Science) versi 16.0. Statistik deskriptif berbentuk

frekuensi dan peratusan digunakan untuk menganalisis dapatan bagi menjawab soalan, iaitu;

apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid-murid?, sejauh manakah murid-murid

43
mengaplikasikan kemudahan TMK dalam proses pembelajaran? dan, apakah pola penggunaan

TMK dalam kalangan murid-murid? Selain itu, ujian-t untuk sampel-sampel bebas akan

digunakan untuk mengenal pasti tahap perbezaan literasi komputer antara murid aliran sains

dengan murid aliran sastera, perbezaan literasi komputer dalam kalangan murid perempuan

dengan murid lelaki, dan perbezaan pembudayaan TMK dalam aktiviti pembelajaran oleh murid

aliran sains dengan murid aliran kemanusiaan. Jadual dapatan skor min dan sisihan piawai

daripada program SPSS juga digunakan untuk membuat kesimpulan dan keputusan.

3.7 Kesimpulan

Proses pengumpulan data telah diselesaikan dalam masa tiga hari kajian. Kemudian, data-

data tersebut telah dikumpul dan maklumat-maklumat tersebut dimasukkan ke dalam komputer

untuk dianalisis melalui program SPSS. Melalui program SPSS dapatan kajian telah diperoleh,

dan pengkaji telah melakukan analisa, mencatat keputusan dan membuat ulasan.

44
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan memerihalkan tentang dapatan penganalisisan data berkenaan responden

melalui set soal selidik yang telah dijalankan. Responden terdiri daripada 111 orang murid

tingkatan enam dari tiga buah sekolah menengah dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah

Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan. Tiga buah sekolah tersebut telah dikategorikan kepada

sekolah luar bandar, sekolah pinggir bandar dan sekolah bandar.

4.2 Latar Belakang Responden

Latar belakang responden memaparkan data-data berkaitan dengan taburan responden

mengikut kategori sekolah, tingkatan, aliran, jantina, kursus komputer, pemilikan komputer,

kemudahan internet di rumah, memiliki emel, memiliki laman web, memiliki blog, memiliki

facebook, maklumat pekerjaan bapa, kumpulan etnik dan pendapatan keluarga sebulan.

Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut Latar Belakang

Latar Belakang Responden Kekerapan (N=111) Peratus (100%)

1. Tingkatan
1.1 Enam Bawah 46 41.4
1.2 Enam Atas 65 58.6

2. Aliran
2.1 Sains 38 34.2
2.2 Kemanusiaan 73 65.8

45
3. Jantina
3.1 Lelaki 43 38.7
3.2 Perempuan 68 61.3

4. Menghadiri Kursus Komputer


4.1 Pernah 36 32.4
4.2 Tidak Pernah 75 67.6

5. Memiliki Komputer Di Rumah


5.1 Ada 89 80.2
5.2 Tiada 22 19.8

6. Memiliki Internet Di Rumah


6.1 Ada 71 64.0
6.2 Tiada 40 36.0

7. Memiliki Alamat Emel


7.1 Ada 89 80.2
7.2 Tiada 22 19.8

8. Memiliki Laman Web Peribadi


8.1 Ada 18 16.2
8.2 Tiada 93 83.8

9. Memiliki Blog Peribadi


9.1 Ada 24 21.6
9.2 Tiada 87 78.4

10. Memiliki Facebook


10.1 Ada 53 47.7
10.2 Tiada 58 52.3

11. Pekerjaan Bapa / Penjaga


11.1 Kerajaan 12 10.8
11.2 Swasta 42 37.8
11.3 Bekerja sendiri 57 51.4

12. Kumpulan Etnik


12.1 Melayu 52 46.8
12.2 Cina 42 37.8
12.3 India 07 06.3
12.4 Lain-lain 10 09.0

13. Pendapatan Keluarga Sebulan


13.1 Kurang RM2,000.00 50 45.0
13.2 RM2,001.00 – RM4,000.00 45 40.5
13.3 RM4,001.00 – RM6,000.00 10 09.0
13.4 RM6,001.00 – RM8,000.00 02 01.8
13.5 Lebih RM8,001.00 04 03.6

46
Jadual 2, menunjukkan 58.6% (65) responden dari tingkatan enam atas, dan 41.4% (46)

dari tingkatan enam bawah. Terdapat 65.8% (73) murid aliran kemanusiaan, dan 34.2% (38)

murid dari aliran sains. Bilangan murid perempuan adalah lebih ramai, iaitu 61.3% (68),

berbanding 38.7% (43) murid lelaki.

Selain itu, terdapat 67.6% (75) responden mengatakan tidak pernah menghadiri kursus

komputer secara formal, dan hanya 32.4% (36) sahaja yang pernah menghadiri kursus berkaitan

komputer. Kebanyakkan responden memiliki komputer di rumah iaitu, 80.2% (89), berbanding

19.8% (22) yang tiada komputer. Didapati juga ramai responden yang memiliki kemudahan

internet di rumah iaitu, 64.0% (71), berbanding 36.0% (40) yang tiada talian internet di rumah.

Kajian juga mendapati seramai 80.2% (89) memiliki alamat emel, dan hanya 19.8% (22) sahaja

yang tiada alamat e-mel. Agak membanggakan juga di mana terdapat 16.2% (18) responden

yang memiliki laman web peribadi, dan selebihnya 83.8% (93) tiada laman web. Bilangan

responden yang memiliki blog peribadi juga agak ramai, iaitu 21.6% (24), dan selebihnya 78.4%

(87) tiada blog. Hampir separuh daripada responden memiliki akaun facebook untuk tujuan

bersosial, iaitu 47.7% (53), berbanding 52.3% (58) yang tiada akaun facebook.

Dapatan kajian juga menunjukkan, terdapat 10.8% (12) bapa atau penjaga yang bekerja

dengan sektor kerajaan, 37.8% (42) bekerja dengan sektor swasta, dan 51.4% (57) lagi bekerja

sendiri. Bagi kumpulan etnik, 46.8% (52) responden adalah dari kaum Melayu, 37.8% (42) dari

kaum Cina, 6.3% (7) dari kaum India dan bakinya, 9.0% (10) adalah kaum lain-lain. Kajian juga

mendapati, 45.0% (50) responden berasal dari pendapatan keluarga yang kurang dari

47
RM2,000.00 sebulan. 40.5% (45) adalah antara RM2,001.00 – RM4,000.00, 9.0% (10) antara

RM4,001.00 – RM6,000.00, 1.8% (2) antara RM6,001.00 – RM8,000.00, dan selebihnya 3.6%

(4) berasal dari keluarga yang berpendapatan melebihi RM8,000.00 sebulan.

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Kategori Sekolah

Kategori Kekerapan (N=111) Peratus (100%)


Bandar 31 28.0
Pinggir Bandar 40 36.0
Luar Bandar 40 36.0

Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut kategori sekolah. Daripada jadual 3,

terdapat 28.0% (31) responden dari kategori sekolah bandar, 36.0% (40) kategori pinggir bandar,

dan 36.0% (40) lagi dari kategori luar bandar.

Jadual 4 : Taburan Responden Yang memiliki Komputer Di Rumah Berdasarkan Kategori

Pemilikan Komputer Rumah Jumlah


Bandar Pinggir Bandar Luar Bandar
% Bil % Bil % Bil 100% Bil=111

Tiada 08.1 09 00.0 00 11.7 13 19.8 22


Ada 19.8 22 36.1 40 24.3 27 80.2 89

Berdasarkan jadual 4, daripada semua 111 orang responden, terdapat 8.1% (9) dalam

kategori sekolah bandar yang tiada komputer di rumah, dan selebihnya 19.8% (22) memiliki

komputer di rumah. Bagi kategori sekolah pinggir bandar, semua responden 36.1% (40)

48
memiliki komputer di rumah. Manakala, bagi sekolah luar bandar, 11.7% (13) tiada komputer,

dan 24.3% (27) ada komputer di rumah.

Jadual 5 : Taburan Responden Yang memiliki Internet Di Rumah Berdasarkan Kategori

Jenis Komputer Rumah Jumlah


Pemilikan Bandar Pinggir Bandar Luar Bandar
% Bil % Bil % Bil 100% Bil=111

Tiada 14.4 16 00.9 01 20.7 23 36.0 40


Ada 13.5 15 35.2 39 15.3 17 64.0 71

Berdasarkan jadual 5, daripada semua 111 orang responden, terdapat 14.4% (16) dalam

kategori sekolah bandar yang tiada talian internet di rumah, dan selebihnya 13.5% (15) memiliki

talian internet di rumah. Bagi kategori sekolah pinggir bandar, hanya 0.9% (1) responden tiada

internet di rumah, dan selebihnya 35.2% (39) memiliki talian internet di rumah. Manakala, bagi

sekolah luar bandar, 20.7% (23) tiada talian internet di rumah, dan 15.3% (17) memiliki talian

internet di rumah.

4.3 Objektif kajian 1 : Tahap Literasi Komputer Murid

Bahagian ini ingin mengenalpasti tahap literasi komputer dalam kalangan murid

tingkatan enam. Bagi menjawab soalan ini, Jadual 6 telah dibentuk. Tahap literasi komputer

dalam kalangan murid akan dilihat dari aspek kebolehan murid menamakan jenis-jenis komputer

dalam pasaran, mengoperasikan komputer, menamakan dan menyatakan fungsi perkakasan

komputer, mentakrifkan istilah komputer, kebolehan murid menggunakan Internet Explorer,

49
enjin carian, menggunakan perisian MS Word, MS Excel, MS Access, MS Publisher, MS

Powerpoint, MS Outlook, MS OneNote, MS InfoPath dan MS Groove.

Jadual 6: Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Enam

Jenis Kemahiran Respon


Sangat Tidak Sederhana Mahir Sangat Jum Skor Sisihan
Tidak Mahir Mahir Mahir Mahir Kes Min Piawai
% Bil % Bil % Bil % Bil % Bil
Menamakan komputer 04.5 05 15.3 17 47.7 53 28.8 32 03.6 04 111 3.12 0.871
Operasikan komputer 00.9 01 09.0 10 35.1 39 32.4 36 22.5 25 111 3.67 0.957
Fungsi Perkakasan 00.9 01 10.8 12 41.4 46 36.9 41 09.9 11 111 3.44 0.849
Mentakrif istilah 09.0 10 39.6 44 39.6 44 09.0 10 02.7 03 111 2.57 0.880
Internet Explorer 01.8 02 05.4 06 36.0 40 32.4 36 24.3 27 111 3.72 0.955
Enjin carian 01.8 02 03.6 04 25.2 28 42.3 47 27.0 30 111 3.89 0.908
MS Word 01.8 02 04.5 05 31.5 35 43.2 48 18.9 21 111 3.73 0.884
MS Excel 06.3 07 15.3 17 45.9 51 22.5 25 09.9 11 111 3.14 1.008
MS Access 18.0 20 33.3 37 35.1 39 09.9 11 03.6 04 111 2.48 1.017
MS Publisher 15.3 17 44.1 49 28.8 32 09.0 10 02.7 03 111 2.40 0.947
MS PowerPoint 02.7 03 11.7 13 41.4 46 27.9 31 16.2 18 111 3.43 0.987
MS Outlook 19.8 22 45.0 50 27.9 31 04.5 05 02.7 03 111 2.25 0.919
MS OneNote 24.3 27 49.5 55 21.6 24 02.7 03 01.8 02 111 2.08 0.854
MS InfoPath 27.0 30 53.2 59 18.9 21 00.9 01 00.0 00 111 1.94 1.920
MS Groove 29.7 33 50.5 56 18.0 20 01.8 02 00.0 00 111 0.70 0.740

Berdasarkan jadual 6, nilai skor min bagi kemampuan responden menamakan jenis-jenis

komputer yang terdapat di pasaran ialah 3.12. Seramai 28.8% (32) responden yang mengatakan

mereka mahir, dan 3.6% (4) sangat mahir menamakan pelbagai jenis komputer di pasaran.

Dapatan kajian juga membuktikan rata-rata murid tingkatan enam ini berkebolehan

mengoperasikan komputer, dengan nilai skor min 3.67. Terdapat 32.4% (36) responden mahir

dan 22.5% (25) sangat mahir dalam mengoperasikan komputer. Selain itu, murid tingkatan enam

ini juga mampu menamakan fungsi perkakasan komputer, dengan nilai skor min 3.44. Terdapat

36.9% (41) responden mahir menyatakan fungsi perkakasan komputer, dan 9.9% (11) mengaku

50
sangat mahir. Walau bagaimanapun, kajian mendapati responden amat sederhana dalam

mentakrifkan istilah-istilah dalam TKM. Nilai skor min ialah 2.57, di mana 9% (10) mengaku

mereka sangat tidak mahir, dan 39.6% (44) tidak mahir. Dapatan kajian juga menjelaskan

responden ini berkebolehan menggunakan pelayar internet yang ada seperti, Internet Explorer

dan Mozilla Firefox. Nilai skor min ialah 3.72, di mana 32.4% (36) mahir dan 24.3% (27) sangat

mahir menggunakan pelayar internet. Responden juga berkemampuan menggunakan enjin carian

seperti Yahoo dan Google. Nilai skor min ialah 3.89, di mana 42.3% (47) responden mahir, dan

27% (30) mengaku sangat mahir.

Selain itu, kajian juga mendapati responden mampu menggunakan perisian Microsoft

Word dengan baik, dengan nilai skor min 3.73. Terdapat 43.2% (48) responden mahir, dan

18.9% (21) menyatakan sangat mahir. Responden juga dapat menggunakan perisian Microsoft

Excel dengan baik, dengan nilai skor min 3.14. Terdapat 22.5% (25) responden mahir, dan 9.9%

(11) sangat mahir menggunakannya. Kemampuan responden menggunakan Microsoft Access

agak sederhana, dengan nilai skor min 2.48. Didapati 18% (20) responden sangat tidak mahir,

dan 33.3% (37) mengaku tidak mahir menggunakannya. Responden juga sederhana mahir dalam

menggunakan perisian Microsoft Publisher. Nilai min purata ialah 2.40, di mana 15.3% (17)

responden sangat tidak mahir, dan 44.1% (49) tidak mahir menggunakan perisian tersebut.

Responden kurang mahir menggunakan perisian Microsoft Outlook, di mana nilai skor min ialah

2.25, iaitu 19.8% (22) responden menyatakan sangat tidak mahir, dan 45% (50) tidak mahir.

Responden juga kurang mahir menggunakan perisian Microsoft OneNote. Nilai skor min ialah

2.08, di mana 24.3% (27) responden mengaku sangat tidak mahir, dan 49.5% (55) tidak mahir

menggunakannya. Dapatan kajian juga menyatakan responden sangat tidak mahir menggunakan

51
perisian Microsoft InfoPath, dengan nilai skor min 1.94. Terdapat 27% (30) responden sangat

tidak mahir, dan 53.2% (59) tidak mahir menggunakan perisian tersebut. Responden juga sangat

tidak mahir menggunakan perisian Microsoft Groove, dengan nilai skor min 0.70, di mana

29.7% (33) responden menyatakan sangat tidak mahir, dan 50.5% (56) tidak mahir menggunakan

perisian MS Groove.

Bagi memudahkan rumusan berkenaan tahap literasi komputer dalam kalangan murid

tingkatan enam ini, pengkaji telah meringkaskan data kepada tiga pecahan mengikut Skala

Likert, iaitu; 1. Tahap rendah, 2. Tahap sederhana, dan 3. Tahap tinggi. Sela markah skor bagi

setiap tahap ialah; Tahap rendah (15 – 34), Tahap sederhana (35 – 54), dan Tahap tinggi (55 –

75). Rumusan skor, kekerapan, peratus, nilai skor min dan sisihan piawai bagi tahap literasi

komputer dalam kalangan murid tingkatan enam adalah seperti pada jadual 5 di bawah.

Jadual 7 : Rumusan Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Enam

TAHAP Rendah Sederhana Tinggi Jumlah Skor Min Sisihan


% Bil % Bil % Bil Kes Piawai

11.7 13 78.4 87 9.9 11 111 1.9820 0.46675

Berdasarkan jadual 7, tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan enam

adalah sederhana tinggi, dengan nilai skor min 1.98, sisihan piawai 0.47, di mana 11.7% (13)

responden pada tahap rendah, 78.4% (87) pada tahap sederhana, dan 9.9% (11) lagi pada tahap

yang tinggi. Oleh itu, boleh dirumuskan responden bahawa responden kajian mempunyai tahap

52
literasi komputer yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja sekolah dan bagi memenuhi hobi

pada masa lapang.

Jadual 8 : Taburan Tahap Literasi Komputer Mengikut Kategori Sekolah.

Tahap Kategori Jumlah


Literasi Bandar Pinggir Bandar Luar Bandar
% Bil % Bil % Bil % Bil
100 111

Rendah 04.5 05 00.9 01 06.3 07 11.7 13


Sederhana 19.8 22 34.3 38 24.3 27 78.4 87
Tinggi 03.6 04 00.9 01 05.4 06 09.9 11

Bagi melihat taburan tahap literasi komputer mengikut kategori sekolah, pengkaji telah

melakukan ujian Crosstabulation, dan dapatannya boleh dirujuk daripada jadual 8 di atas.

Daripada semua 111 responden, terdapat 4.5% (5) sekolah kategori bandar yang memiliki tahap

literasi komputer yang rendah, 19.8% (22) pada tahap sederhana, dan 3.6% (4) pada tahap yang

tinggi. Bagi responden kategori sekolah pinggir bandar, 0.9% (1) adalah pada tahap rendah,

34.3% (38) pada tahap sederhana, dan 0.9% (1) pada tahap yang tinggi. Manakala, bagi

responden kategori sekolah luar bandar pula, 6.3% (7) memiliki tahap literasi komputer yang

rendah, 24.3% (27) tahap sederhana, dan 5.4% (6) pada tahap yang tinggi.

4.4 Objektif Kajian 2 : Tahap Pembudayaan TMK Dalam Aktiviti Pembelajaran Murid

53
Adakah murid-murid tingkatan enam menggunakan kemudahan TMK dalam aktiviti

pembelajaran mereka? Bahagian ini mengkaji tentang sejauhmanakah murid menggunakan

perisian MS Word untuk menaip nota, menggunakan hamparan elektronik seperti MS Excel,

persembahan MS PowerPoint, perisian grafik seperti Adobe Photoshop, menggunakan MS

Publisher untuk membuat majalah sekolah, melayari WWW, menggunakan e-mel, mengadakan

perbincangan kumpulan (newsgroup), menggunakan web-cam secara dalam talian, menggunakan

perisian yang ada dalam pasaran, membaca buku atau surat khabar, mendapatkan maklumat dari

Wikipedia, melayari Portal Pendidikan, dan menggunakan laman sembang (chatting) bersama

rakan-rakan.

Jadual 9 : Tahap Pembudayaan TMK Dalam Aktiviti Pembelajaran Murid

Jenis Penggunaan / Respon


Perisian Tidak Jarang- Sederhana Kerap Sangat Jum Skor Sisihan
Pernah Jarang Kerap Kerap Kes Min Piawai
% Bil % Bil % Bil % Bil % Bil
Menggunakan MS Word 01.8 02 18.9 21 33.3 37 27.9 31 18.0 20 111 3.41 1.049
Menggunakan MS Excel 16.2 18 33.3 37 34.2 38 09.9 11 06.3 07 111 2.57 1.076
Guna PowerPoint 06.3 07 17.1 19 33.3 37 25.2 28 18.0 20 111 3.32 1.144
Guna Perisian Grafik 28.8 32 30.6 34 30.6 34 06.3 07 03.6 04 111 2.25 1.057
Guna MS Publisher 45.9 51 32.4 36 14.4 16 03.6 04 03.6 04 111 1.86 1.031
Melayari WWW 01.8 02 12.6 14 29.7 33 23.4 26 32.4 36 111 3.72 1.105
Menggunakan e-mel 25.2 28 20.7 23 25.2 28 17.1 19 11.7 13 111 2.69 1.333
Kumpulan perbincangan 18.9 21 30.6 34 36.0 40 09.9 11 04.5 05 111 2.50 1.052
Menggunakan web-cam 54.1 60 25.2 28 12.6 14 04.5 05 03.6 04 111 1.78 1.065
Perisian pendidikan 34.2 38 32.4 36 24.3 27 07.2 08 01.8 02 111 2.10 1.018
Membaca akhbar 18.9 21 28.8 32 26.1 29 12.6 14 13.5 15 111 2.73 1.286
Maklumat Wikipedia 09.0 10 24.3 27 29.7 33 25.2 28 11.7 13 111 3.06 1.154
Portal pendidikan 27.9 31 36.0 40 24.3 27 07.2 08 04.5 05 111 2.24 1.081
Laman sembang 32.4 36 32.4 36 24.3 27 04.5 05 06.3 07 111 2.20 1.135

Berdasarkan jadual 9, responden kajian sederhana kerap menggunakan perisian Microsoft

Word dalam aktiviti pembelajaran mereka, contohnya untuk menaip nota dan latihan. Nilai skor

54
min ialah 3.41, di mana 18% (20) responden sangat kerap, dan 27.9% (31) kerap menggunakan

perisian ini. Tahap penggunaan perisian Microsoft Excel dalam aktiviti pembelajaran murid

adalah pada skala jarang-jarang, dengan nilai skor min 2.57, di mana 16.2% (18) mengaku tidak

pernah, dan hanya 6.3% (7) sangat kerap. Berbanding MS Excel, responden lebih kerap

menggunakan perisian Microsoft PowerPoint, iaitu dengan nilai skor min 3.32, dimana 25.2%

(28) kerap, dan 18% (20) mengaku sangat kerap. Rata-rata responden jarang-jarang

menggunakan perisian Grafik seperti Adobe Photoshop dalam aktiviti pembelajaran, di mana

nilai skor min ialah 2.25. Terdapat 28.8% (32) responden tidak pernah, dan hanya 3.6% (4)

sangat kerap menggunakan perisian Grafik. Responden juga jarang-jarang menggunakan perisian

Microsoft Publisher dalam aktiviti pembelajaran. Nilai skor min terkumpul ialah, 1.86, dengan

45.9% (51) responden tidak pernah, dan 32.4% (36) mengaku jarang-jarang menggunakan

perisian tersebut. Walau bagaimanapun, kajian mendapati responden agak kerap melayari laman

web (WWW) untuk tujuan pembelajaran. Nilai min terkumpul ialah 3.72, di mana 23.4% (26)

responden kerap melayari laman web, dan 32.4% (36) mengaku sangat kerap. Dapatan kajian

juga menjelaskan bahawa murid tingkatan enam ini sederhana kerap menggunakan emel dalam

aktiviti pembelajaran. Nilai min terkumpul ialah 2.69, di mana 25.2% (28) mengaku tidak

pernah, dan 11.7% (13) mengaku sangat kerap menggunakan e-mel.

Walau bagaimanapun, responden agak kurang menyertai kumpulan perbincangan atas

talian, dengan skor min 2.5, di mana 18.9% (21) responden tidak pernah, dan hanya 4.5% (5)

mengaku sangat kerap. Kajian juga mendapati responden jarang-jarang menggunakan

kemudahan web-cam dalam aktiviti pembelajaran. Nilai skor min ialah 1.78, dengan 54.1% (60)

responden mengaku tidak pernah, dan 25.2% (28) mengaku jarang-jarang menggunakan perisian

55
web-cam. Responden juga jarang-jarang menggunakan perisian pendidikan dalam aktiviti

pembelajaran. Nilai min terkumpul ialah 2.1, dengan 34.2% (38) responden tidak pernah, dan

hanya 1.8% (2) responden sangat kerap menggunakan perisian pendidikan.

Dapatan kajian juga menjelaskan rata-rata responden sederhana kerap membaca akhbar

atas talian untuk tujuan pembelajaran. Nilai skor min ialah 2.73, dengan 18.9% (21) mengaku

tidak pernah, dan hanya 13.5% (15) sangat kerap membaca akhbar atas talian. Selain itu, kajian

mendapati responden sederhana kerap mencari maklumat pembelajaran melalui kemudahan

Wikipedia. Nilai min terkumpul ialah 3.06, di mana 25.2% (28) mengaku kerap, dan 11.7% (13)

sangat kerap mencari maklumat melalui Wikipedia. Responden kajian juga menyatakan mereka

sederhana kerap melayari Portal Pendidikan, dengan nilai skor min 2.24. Terdapat 27.9% (31)

mengaku tidak pernah, dan 4.5% (5) mengaku sangat kerap melayari Portal Pendidikan.

Responden kajian juga jarang-jarang menggunakan laman sembang (chatting) untuk tujuan

pembelajaran. Nilai skor min ialah 2.2, dengan 32.4% (36) tidak pernah, dan hanya 6.3% (7)

responden mengaku sangat kerap menggunakan laman sembang.

Bagi memudahkan rumusan berkenaan tahap pembudayaan TMK dalam aktiviti

pembelajaran murid, pengkaji telah meringkaskan data kepada tiga pecahan mengikut Skala

Likert, iaitu; 1. Tahap rendah, 2. Tahap sederhana, dan 3. Tahap tinggi. Sela skor bagi setiap

tahap ialah; Tahap rendah (14 – 32), Tahap sederhana (33 – 51), dan Tahap tinggi (52 – 70).

Rumusan skor, kekerapan, peratus, nilai skor min dan sisihan piawai bagi tahap penggunaan

TMK dalam kalangan murid tingkatan enam adalah seperti pada jadual 10 di bawah.

56
Jadual 10 : Rumusan Tahap Pembudayaan TMK Dalam Aktiviti Pembelajaran Murid

TAHAP Rendah Sederhana Tinggi Jumlah Skor Min Sisihan


% Bil % Bil % Bil Kes Piawai

41.4 46 46.8 52 11.7 13 111 1.7027 0.66871

Berdasarkan jadual 10, tahap pembudayaan TMK dalam aktiviti pembelajaran murid

tingkatan enam adalah sederhana rendah, dengan nilai skor min 1.70, sisihan piawai 0.67, di

mana 41.4% (46) responden pada tahap rendah, 46.8% (52) pada tahap sederhana, dan hanya

11.7% (13) pada tahap yang tinggi. Daripada data tersebut, boleh dirumuskan bahawa

sebahagian daripada responden mulai membudayakan kemudahan TMK dalam aktiviti

pembelajaran mereka.

Jadual 11 : Taburan Tahap Pembudayaan TMK Dalam Aktiviti Pembelajaran Murid Mengikut

Kategori Sekolah

Tahap Kategori Jumlah


Pembudayaan Bandar Pinggir Bandar Luar Bandar
% Bil % Bil % Bil % Bil
100 111

Rendah 14.4 16 09.9 11 17.1 19 41.4 46


Sederhana 09.9 11 21.6 24 15.3 17 46.8 52
Tinggi 03.6 04 04.5 05 03.6 04 11.7 13

Jadual 11 menunjukkan tahap pembudayaan TMK dalam aktiviti pembelajaran murid

bagi 111 orang responden mengikut kategori sekolah. Di sekolah bandar, terdapat 14.4% (16)

57
responden berada pada tahap rendah, 9.9% (11) pada tahap sederhana, dan 3.6% (4) pada tahap

yang tinggi. Bagi responden pinggir bandar, 9.9% (11) berada pada tahap rendah, 21.6% (24)

tahap sederhana, dan 4.5% (5) pada tahap tinggi. Manakala, bagi responden luar bandar, 17.1%

(19) mempunyai tahap yang rendah, 15.3% (17) tahap sederhana, dan 3.6% (4) pada tahap yang

tinggi.

4.5 Objektif Kajian 3 : Pola Pembudayaan TMK Dalam Kalangan Murid

Bahagian ini akan mengkaji tentang pola atau corak penggunaan kemudahan TMK oleh

murid-murid dalam kegiatan seharian mereka. Pola pembudayaan TMK yang hendak dikaji ialah

penggunaan untuk tujuan melayari laman web (WWW), menghantar atau menerima e-mel,

mengadakan perbincangan kumpulan, menggunakan web-cam, menggunakan kemudahan

perisian WS-FTP, Telnet, tujuan pendidikan dan latihan, tujuan hiburan dan permainan, tujuan

perniagaan, kemudahan pembayaran, membaca majalah atau akhbar, sebagai sumber rujukan dan

untuk kegunaan bersembang.

Jadual 12: Pola Pembudayaan TMK Dalam Kalangan Murid

Pola / Corak Respon


Penggunaan Tidak Jarang- Sederhana Kerap Sangat Jum Skor Sisihan
Pernah Jarang Kerap Kerap Kes Min Piawai
% Bil % Bil % Bil % Bil % Bil
Melayari laman web 08.1 09 11.7 13 26.1 29 22.5 25 31.5 35 111 3.58 1.269
Menggunakan e-mel 18.9 21 18.9 21 17.1 19 15.2 28 19.8 22 111 3.08 1.415
Perbincangan kumpulan 27.0 30 26.1 29 15.3 17 18.9 21 12.6 14 111 2.64 1.387
Menggunakan web-cam 53.2 59 19.8 22 18.9 21 04.5 05 03.6 04 111 1.86 1.102
Menggunakan WS-FTP 27.0 30 34.2 38 20.7 23 09.9 11 08.1 09 111 2.38 1.214
Menggunakan Telnet 32.4 36 36.9 41 17.1 19 08.1 09 05.4 06 111 2.17 1.135
Pendidikan dan latihan 12.6 14 41.4 46 26.1 29 14.4 16 05.4 06 111 2.59 1.057
Pendidikan dan hiburan 26.1 29 29.7 33 25.2 28 12.6 14 06.3 07 111 2.43 1.188
Hiburan dan permainan 21.6 24 19.8 22 26.1 29 14.4 16 18.0 20 111 2.87 1.389

58
Tujuan perniagaan 37.8 42 27.9 31 22.5 25 08.1 09 03.6 04 111 2.12 1.118
Kemudahan pembayaran 49.5 55 33.3 37 09.0 10 03.6 04 04.5 05 111 1.80 1.052
Perkhidmatan lain 09.0 10 24.3 27 29.7 33 21.6 24 15.3 17 111 3.10 1.198
Sumber rujukan 09.0 10 26.1 29 29.7 33 21.6 24 13.5 15 111 3.05 1.178
Laman sembang 19.8 22 16.2 18 15.3 17 19.8 22 28.8 32 111 3.22 1.510

Berdasarkan rajah 12, responden agak kerap menggunakan internet untuk melayari laman

web. Nilai min terkumpul ialah 3.58, di mana 22.5% (25) responden kerap melayari laman web,

dan 31.5% (35) mengaku sangat kerap berbuat demikian. Responden juga kerap menghantar atau

menerima emel dari rakan-rakan. Nilai skor min ialah 3.08, dengan 15.2% (28) mengaku kerap,

dan 19.8% (22) sangat kerap menggunakan e-mel. Walau bagaimanapun, responden sederhana

kerap menggunakan TMK untuk tujuan kumpulan perbincangan, di mana skor min ialah 2.64,

dengan 27% (30) mengaku tidak pernah, dan hanya 12.6% (14) responden yang sangat kerap.

Selain itu, responden juga jarang-jarang menggunakan kemudahan web-cam. Dengan

nilai skor min 1.86, terdapat 53.2% (59) mengaku tidak pernah, dan hanya 3.6% (4) responden

sahaja yang sangat kerap menggunakan kemudahan web-cam. Didapati, responden juga

sederhana kerap memuat turun bahan dengan kemudahan WS-FTP. Dengan nilai skor min 2.38,

terdapat 27% (30) responden tidak pernah, dan 8.1% (9) mengaku sangat kerap. Kajian juga

mendapati responden agak jarang-jarang menggunakan kemudahan Telnet. Nilai skor min ialah

2.17, di mana 32.4% (36) mengaku tidak pernah, dan 36.9% (41) menyatakan jarang-jarang

menggunakan kemudahan tersebut. Penggunaan perisian pendidikan dan latihan oleh responden

adalah pada tahap sederhana, dengan nilai skor min 2.59. Terdapat 14.4% (16) kerap, dan 5.4%

(6) lagi responden sangat kerap menggunakan perisian tersebut. Responden juga mencatatkan

penggunaan yang sederhana untuk perisian pendidikan dan hiburan. Nilai skor min ialah 2.43,

dengan 26.1% (29) mengaku tidak pernah, dan 6.3% (7) sangat kerap.

59
Walau bagaimanapun, responden agak kerap menggunakan perisian hiburan dan

permainan. Nilai skor min ialah 2.87, di mana 14.4% (16) kerap, dan 18% (20) responden sangat

kerap menggunakan perisian tersebut. Selain itu, dapatan kajian menjelaskan bahawa, responden

agak jarang-jarang menggunakan kemudahan TMK untuk tujuan perniagaan. Dengan kata lain,

responden kurang mendapatkan maklumat tentang barangan dan membeli barangan melalui atas

talian. Nilai skor min ialah 2.12, di mana 37.8% (42) tidak pernah, dan hanya 3.6% (4)

responden sahaja yang sangat kerap berbuat demikian. Didapati juga, responden jarang-jarang

membantu ibu-bapa membuat pembayaran bil secara atas talian. Dengan catatan skor min 1.80,

terdapat 49.5% (55) mengaku tidak pernah, dan hanya 4.5% (5) yang sangat kerap. Walau

bagaimanapun, responden agak kerap menggunakan kemudahan TMK untuk perkhidmatan-

perkhidmatan lain seperti untuk membaca akhbar, mendengar lagu, menonton filem dan

sebagainya. Nilai skor min ialah 3.10, di mana 21.6% (24) responden kerap, dan 15.3% (17)

sangat kerap menggunakan kemudahan TMK. Rata-rata responden juga kerap menggunakan

kemudahan TMK sebagai sumber rujukan untuk mencari bahan dari Wikipedia, kamus, buku

elektronik dan sebagainya. Nilai skor min ialah 3.05, di mana terdapat 9% (10) responden

mengaku tidak pernah, dan 13.5% (15) sangat kerap. Responden juga kerap menggunakan

kemudahan laman sembang melalui internet, dengan nilai skor min 3.22. 19.8% (22) mengaku

kerap chatting, dan 28.8% (32) sangat kerap.

4.6 Objektif Kajian 4 : Banding Beza Tahap Literasi Komputer Antara Murid Aliran

Sains Dengan Murid Aliran Kemanusiaan.

60
Bagi membanding beza tahap literasi komputer, dan tahap penggunaan TMK dalam

kalangan murid, pengkaji menggunakan ujian-t untuk sampel-sampel bebas. Ujian-t merupakan

ujian statistik inferensi yang digunakan untuk membandingkan dua atau lebih daripada dua

kumpulan data selang atau nisbah.

Jadual 13 : Banding Beza Tahap Literasi Komputer Antara Murid Aliran Sains Dengan Murid

Aliran Kemanusiaan

Aliran Kekerapan Min Nilai T Nilai (p) Sig.


Sains 38 45.34
1.391 0.167
Kemanusiaan 73 42.95

Berdasarkan jadual 13, keputusan kajian adalah signifikan (t=1.391, df=109, p< .05).

Terdapat perbezaan tahap literasi komputer antara murid aliran sains dengan murid aliran sastera.

4.7 Objektif Kajian 5 : Banding Beza Tahap Literasi Komputer Antara Murid Perempuan

Dengan Murid Lelaki

Jadual 14 : Banding Beza Tahap Literasi Komputer Antara Murid Perempuan Dengan Lelaki

Jantina Kekerapan Min Nilai T Nilai (p) Sig.


Lelaki 43 44.77
0.966 0.336
Perempuan 68 43.15

61
Berdasarkan jadual 14, keputusan kajian adalah signifikan (t=0.966, df=109, p< .05).

Terdapat perbezaan tahap literasi komputer antara murid perempuan dengan murid lelaki.

4.8 Objektif Kajian 6 : Banding Beza Tahap Penggunaan TMK Dalam Proses

Pembelajaran Antara Murid Aliran Sains Dengan Murid Aliran Kemanusiaan.

Jadual 15 : Banding Beza Tahap Penggunaan TMK Dalam Proses Pembelajaran Antara Murid

Aliran Sains Dengan Murid Aliran Kemanusiaan.

Aliran Kekerapan Min Nilai T Nilai (p) Sig.


Sains 38 39.39
2.198 0.030
Kemanusiaan 73 34.92

Berdasarkan jadual 15, keputusan kajian adalah signifikan (t=2.198, df=109, p< .05).

Terdapat perbezaan tahap penggunaan TMK dalam proses pembelajaran antara murid aliran

sains dengan murid aliran sastera.

4.9 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat menjelaskan bahawa murid-murid tingkatan

enam sekarang sudah memiliki tahap literasi komputer yang cukup untuk kegunaan asas dalam

proses pembelajaran dan juga untuk memenuhi kegiatan masa lapang. Responden juga rata-

62
ratanya berupaya menerokai sumber maklumat dari internet, dan ini merupakan bekalan yang

cukup berguna apabila memasuki institusi pengajian tinggi awam, dan juga swasta.

BAB 5 : RUMUSAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini akan merumuskan tentang ringkasan kajian, membincangkan tentang latar

belakang responden, tahap literasi komputer mereka, tahap pembudayaan TMK dalam aktiviti

pembelajaran, dan pola pembudayaan TMK dalam kegiatan seharian. Bab ini juga akan

merumuskan tentang banding beza tahap literasi, tahap penggunaan TMK, dan pola

pembudayaan TMK dalam kalangan murid. Selain itu, pengkaji juga akan mengupas tentang

implikasi kajian dan beberapa cadangan membina untuk kajian-kajian terkemudian.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini ingin meninjau tentang pembudayaan TMK dalam kalangan murid tingkatan

enam. Pengkaji ingin mengenal pasti tentang tahap literasi komputer murid tingkatan enam,

sejauh manakah murid-murid tingkatan enam membudayakan TMK dalam proses pembelajaran

mereka, dan meninjau pola atau corak pembudayaan TMK dalam kalangan murid. Selain itu,

pengkaji juga ingin membanding beza tahap literasi komputer antara murid aliran sains dengan

63
murid aliran kemanusiaan, perbezaan literasi komputer antara murid perempuan dengan murid

lelaki, dan perbezaan penggunaan TMK dalam proses pembelajaran, bagi murid aliran sains

dengan murid aliran kemanusiaan.

Pengkaji telah memilih tiga buah sekolah yang mempunyai murid tingkatan enam di

bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Tiga buah sekolah

yang dipilih dikategorikan kepada sekolah bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Bagi

mendapatkan maklumat yang dikehendaki, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik. Borang

soal selidik tersebut mempunyai 56 item yang harus dijawab oleh setiap responden. Pengkaji

mendapatkan kebenaran daripada Pengetua dan Penolong Kanan Tingkatan Enam sekolah-

sekolah berkenaan sebelum mendapatkan data-data yang dikehendaki. Setiap sekolah diberikan

60 set borang soal selidik. Di akhir sesi kajian pengkaji berjaya mendapatkan sebanyak 111 set

borang soal selidik. Pengkaji menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk memproses data.

Data statistik seperti kekerapan, peratusan, min, median, mod, dan sisihan piawai diperoleh

untuk mempiawaikan dan menerangkan keputusan kajian. Selain itu, pengkaji juga melakukan

ujian-t untuk mengenal pasti wujud perbezaan tentang angkubah yang hendak dikaji. Akhirnya,

pengkaji memperoleh keputusan tentang data, membuat generalisasi, dan melaporkan hasil

dapatan kajian.

5.3 Perbincangan Latar Belakang Responden

Responden terdiri daripada murid-murid tingkatan enam dari tiga buah sekolah yang

dikategorikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan sebagai sekolah

64
bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Pengkaji telah memecahkan maklumat latar belakang

responden kepada tingkatan, jenis aliran, jantina, pernah menghadiri kursus komputer, ada

memiliki komputer di rumah, memiliki alamat emel, memiliki laman web, memiliki blog dan

memiliki akaun facebook. Selain itu, pengkaji juga membezakan responden mengikut pekerjaan

ibu-bapa, kumpulan etnik dan juga jumlah pendapatan bulanan keluarga. Beberapa ciri

responden yang dapat dikenalpasti di mana, murid aliran kemanusiaan lebih ramai daripada

murid aliran sains. Ini mungkin disebabkan murid aliran sains lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM), lebih ramai meneruskan pengajian ke program Matrikulasi atau Kolej-Universiti,

berbanding memasuki tingkatan enam; dan, atau juga murid aliran sains tersebut telah menukar

ke aliran kemanusiaan apabila memasuki tingkatan enam. Bilangan responden memiliki

komputer di rumah agak tinggi iaitu 80.2% (89). Dan bilangan responden yang memiliki akses

internet di rumah juga agak tinggi iaitu 64% (71). Oleh itu, tidak hairanlah tahap literasi

komputer dalam kalangan murid tingkatan enam agak baik. Segelintir responden agak mahir

dalam bidang TMK. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat 16.2% (18) responden yang memiliki

laman web sendiri, dan terdapat 21.6% (24) yang memiliki blog peribadi.

5.4 Perbincangan Tahap Literasi Komputer Murid

Objektif kajian yang pertama ialah untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam

kalangan murid tingkatan enam. Pelbagai dasar dan perancangan telah dilaksanakan oleh pihak

kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mulai dari tahun 80-an. Oleh itu, output dan

hasil dasar yang pro-TMK tersebut sudah boleh dilihat dan dikenal pasti sekarang. Berdasarkan

dapatan kajian, tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan enam adalah sederhana

65
tinggi, dengan nilai skor min 1.98, sisihan piawai 0.47, di mana 11.7% (13) responden pada

tahap rendah, 78.4% (87) pada tahap sederhana, dan 9.9% (11) lagi pada tahap yang tinggi.

Responden agak mahir menggunakan enjin carian (nilai min 3.89, sisihan piawai 0.908),

menggunakan perisian Microsoft Word (nilai min 3.73, sisihan piawai 0.884), dan juga

menggunakan Internet Explorer (nilai min 3.72, sisihan piawai 0.955). Kamus Dewan Edisi

Keempat mendefinisikan literasi komputer sebagai ‘tahu menggunakan dan mengendalikan

komputer’. Dengan kata lain, literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang

sekadarnya perlu ada pada seseorang individu untuk menggunakan aplikasi komputer dalam

kehidupan seharian.

Oleh itu, boleh dirumuskan responden kajian mempunyai tahap literasi komputer yang

mencukupi untuk melakukan kerja-kerja sekolah dan bagi memenuhi hobi pada masa lapang.

Jurang perbezaan literasi komputer antara murid bandar, pinggir bandar dan luar bandar tidak

begitu besar. Ini dapat dibuktikan melalui Jadual 8, di mana terdapat 3.6% (4) responden

kategori bandar yang mempunyai tahap literasi komputer yang tinggi, diikuti oleh 0.9% (1)

kategori pinggir bandar, dan 5.4% (6) responden dari kategori sekolah luar bandar.

Seperti yang telah dibahaskan sebelum ini, jurang perbezaan yang kecil bagi tahap literasi

komputer antara responden sekolah bandar, pinggir bandar, dan luar bandar mungkin berpunca

daripada responden yang dipilih adalah dalam kalangan tiga buah sekolah di Daerah Gombak, di

Negeri Selangor sahaja. Dengan kata lain, mana-mana sekolah di Negeri Selangor Darul Ehsan

mudah mendapat akses kepada teknologi komputer dan TMK. Dapatan kajian ini telah

menyokong kajian oleh Nor Zuliana Abdul Latif (2006), Jamaluddin Ahmad et. al. (2008), dan

66
oleh Norinah Mohd Ali (2002), di mana rata-rata responden memiliki tahap literasi komputer dan

kemahiran TMK yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja sekolah, atau menyelesaikan

tugasan yang diberi oleh pensyarah kolej-universiti.

5.5 Perbincangan Tahap Pembudayaan TMK Dalam Aktiviti Pembelajaran Murid

Objektif kajian yang kedua ialah untuk meninjau tahap pembudayaan TMK oleh murid-

murid tingkatan enam dalam proses pembelajaran. Kajian ini hanya melihat dari sudut

penggunaan TMK oleh murid dalam proses pembelajaran, dan tidak menyentuh tentang

pengaruh atau penggunaan TMK oleh guru dalam proses pengajaran. Adakah murid-murid

tingkatan enam mempunyai gaya pembelajaran akses kendiri terhadap kemudahan TMK?

Berdasarkan dapatan kajian, tahap pembudayaan TMK dalam aktiviti pembelajaran murid

tingkatan enam adalah sederhana rendah, dengan nilai skor min 1.70, sisihan piawai 0.67, di

mana 41.4% (46) responden pada tahap rendah, 46.8% (52) pada tahap sederhana, dan hanya

11.7% (13) pada tahap yang tinggi.

Responden kerap melayari laman web bagi mencari maklumat berkenaan pembelajaran,

dengan nilai min 3.72, dan sisihan piawai 1.105. Di antara jenis-jenis perisian, Microsoft Word

adalah yang paling kerap digunakan, dengan nilai min 3.41, dan sisihan piawai 1.049. Perisian

MS Word digunakan oleh murid untuk menaip nota, membuat kerja kursus, dan menyelesaikan

latihan. Responden juga mampu menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dengan baik,

dengan nilai min 3.32, dan sisihan piawai 1.144. Perisian MS PowerPoint digunakan oleh murid

untuk pembentangan kumpulan, bagi mata pelajaran tertentu bergantung kepada pengajaran guru

67
subjek. Kajian ini juga menyokong dapatan kajian oleh Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad

(2004), ke atas beberapa sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, termasuk pelajar

Yayasan Pelajaran Mara. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa sebahagian daripada responden

mulai membudayakan kemudahan TMK dalam aktiviti pembelajaran.

5.6 Perbincangan Pola Pembudayaan TMK Dalam Kalangan Murid

Seterusnya, objektif kajian yang ketiga ialah untuk meninjau pola pembudayaan TMK

dalam kalangan murid tingkatan enam. Apakah corak atau pola penggunaan TMK dalam

kalangan murid? Berdasarkan dapatan kajian, boleh dirumuskan pola pembudayaan TMK yang

paling kerap oleh responden ialah melayari laman web (nilai min 3.58, sisihan piawai 1.269),

diikuti oleh menyertai laman sembang (nilai min 3.22, sisihan piawai 1.510), dan, perkhidmatan

lain (nilai min 3.10, sisihan piawai 1.198). Dengan kemudahan internet, responden boleh

melayari laman web sesebuah jabatan, syarikat, pertubuhan, atau orang perseorangan untuk

mendapatkan pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video dan animasi. Dengan

menggunakan laman sembang, responden boleh berbual dan mendapatkan pelbagai sumber

maklumat daripada rakan-rakan, guru-guru sekolah, bahkan ahli keluarga sendiri. Di antara

perkhidmatan lain yang kerap digunakan oleh responden ialah, membaca surat khabar, majalah,

buku, atau menonton filem, dan mendengar lagu secara atas talian.

Kemudahan TMK yang agak kurang digunakan oleh responden ialah kemudahan

pembayaran atas talian (nilai min 1.80, sisihan piawai 1.052), diikuti oleh penggunaan web-cam

atas talian (nilai min 1.86, sisihan piawai 1.102), dan untuk tujuan perniagaan (nilai min 2.12,

sisihan piawai 1.118). Kemudahan pembayaran atas talian kurang digunakan oleh responden

68
memandangkan lingkungan umur mereka yang tidak memerlukannya. Beberapa orang responden

yang boleh menggunakan kemudahan pembayaran atas talian, adalah semata-mata diajar untuk

membantu ibu-bapa yang sibuk atas urusan profesion masing-masing. Responden juga kurang

menggunakan kemudahan web-cam disebabkan oleh penggunaannya yang rumit kerana

memerlukan masa lapang yang serentak antara penggunanya. Selain itu, responden kurang

menggunakan kemudahan TMK untuk tujuan perniagaan, adalah kerana lingkungan budaya dan

sosial murid-murid ini tidak benar-benar memerlukan. Murid-murid sekolah tidaklah perlu

sangat untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu barang, menempah, atau membeli barang

dan perkhidmatan melalui atas talian. Segelintir yang melakukannya, adalah semata-mata untuk

membantu ibu-bapa yang sibuk bekerja.

5.7 Banding Beza Tahap Literasi Komputer Antara Murid Aliran Sains Dengan Murid

Aliran Kemanusiaan.

Objektif kajian yang keempat adalah untuk membanding beza tahap literasi komputer

antara murid aliran sains dengan murid aliran kemanusiaan. Keputusan kajian adalah signifikan

(t=1.391, df=109, p< .05). Terdapat perbezaan tahap literasi komputer antara murid aliran sains

dengan murid aliran sastera. Nilai perbezaan min 2.38 menunjukkan murid aliran sains memiliki

tahap literasi komputer yang lebih tinggi daripada murid aliran kemanusiaan. Kerajaan telah

melaksanakan rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains, dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI) bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi menjayakan program

PPSMI, kerajaan telah membekalkan pelbagai peralatan dan perisian TMK kepada sekolah-

sekolah. Oleh itu, murid-murid aliran sains telah diperkenalkan kepada orientasi TMK lebih

69
kerap berbanding murid-murid aliran kemanusiaan. Selain itu, tidak dinafikan murid aliran sains

memiliki prestasi akademik yang lebih tinggi daripada murid aliran kemanusiaan berdasarkan

keputusan SPM, dan tahap kesukaran mata pelajaran yang berorientasikan sains. Oleh itu,

tidaklah menghairankan apabila tahap literasi komputer mereka adalah lebih baik berbanding

dengan murid-murid aliran kemanusiaan.

5.8 Banding Beza Tahap Literasi Komputer Antara Murid Perempuan Dengan Murid

Lelaki

Seterusnya, objektif kajian yang kelima ialah untuk membanding beza tahap literasi

komputer antara murid perempuan dengan murid lelaki. Berdasarkan dapatan dari jadual 14,

keputusan kajian adalah signifikan (t=0.966, df=109, p< .05). Terdapat perbezaan tahap literasi

komputer antara murid perempuan dengan murid lelaki. Perbezaan nilai min 1.62 menunjukkan

murid lelaki mempunyai tahap literasi komputer yang lebih tinggi daripada murid perempuan.

Perkara ini mungkin disebabkan oleh murid lelaki yang bersifat lebih bebas dan lebih aktif

bergerak keluar rumah untuk bermain permainan komputer sama ada di Cybercafé atau

berkunjung ke rumah rakan-rakan sekolah. Maka, adalah mudah bagi murid-murid lelaki

mempelajari sesuatu perisian atau program yang baru, berbanding dengan murid-murid

perempuan yang duduk di rumah.

5.9 Banding Beza Tahap Penggunaan TMK Dalam Proses Pembelajaran Antara Murid

Aliran Sains Dengan Murid Aliran Kemanusiaan.

70
Objektif kajian yang keenam pula ialah untuk membanding beza tahap penggunaan TMK

dalam proses pembelajaran antara murid aliran sains dengan murid aliran kemanusiaan.

Berdasarkan jadual 15, keputusan kajian adalah signifikan (t=2.198, df=109, p< .05). Perbezaan

nilai min sebanyak 4.48 menunjukkan terdapat perbezaan tahap penggunaan TMK dalam proses

pembelajaran antara murid aliran sains dengan murid aliran sastera. Didapati murid aliran sains

lebih kerap menggunakan TMK dalam proses pembelajaran berbanding murid aliran sastera.

Arahan pihak kementerian berkaitan perlaksanaan program PPSMI, telah menyebabkan guru-

guru mata pelajaran sains kerap menggunakan peralatan TMK semasa proses P&P. Situasi ini

secara tidak langsung telah mendorong murid-murid aliran sains untuk mencuba dan

mengapplikasikan TMK dalam proses pembelajaran peribadi mereka.

5.10 Implikasi Kajian Dan Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian, responden memiliki tahap literasi komputer yang cukup baik

untuk mengoperasikan sistem pengkomputeran. Responden juga didapati mulai membudayakan

kemudahan TMK dalam aktiviti pembelajaran masing-masing. Selain itu, kajian juga mendapati

pola pembudayaan TMK dalam kalangan murid banyak berkisar kepada penerokaan maklumat,

sama ada untuk tujuan pembelajaran atau tujuan memenuhi hobi masing-masing.

Oleh yang demikian, dapatan kajian ini mengambarkan bahawa murid-murid tingkatan

enam sekarang sudah mulai bersedia menyahut seruan pihak kementerian pelajaran untuk

melengkapi diri masing-masing dengan pengetahuan berkaitan TMK. Pengetahuan dan

kemahiran berkaitan TMK amat berguna bagi murid-murid tingkatan enam apabila mereka

71
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Sebagai pelajar kolej atau

universiti, mereka memerlukan kemahiran berkaitan TMK dalam mencari dan meneroka

maklumat bagi menyiapkan tugasan, melakukan kajian, atau untuk memudahkan urusan

mentadbir dan mengurus sesuatu kelab atau persatuan yang mereka pimpin. Dalam keadaan ini,

pengetahuan dan kemahiran berkaitan TMK akan menjadi bonus atau jurang perbeza dalam

kalangan perlajar-pelajar yang ingin cemerlang. Kelebihan berkomunikasi dan menggunakan

kemudahan TMK merupakan batu loncatan kepada kejayaan pelajar dalam bersaing dengan

rakan-rakan sekolej atau universtiti.

Selain itu, kemahiran berkaitan TMK amat diperlukan seseorang apabila mahu menceburi

bidang pasaran kerjaya. Murid yang memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang TMK mudah

menghadapi sesi temuduga berbanding mereka yang kurang kebolehan berkomunikasi melalui

TMK. Bukan sahaja melalui sesi temuduga, kemahiran TMK juga amat berguna bagi seseorang

untuk melaksanakan kerja-kerja pejabat. Kurang kemahiran TMK akan menjadikan seseorang itu

sukar melakukan dan menyiapkan tugasan pejabat dengan berkesan. Kemudahan TMK akan

menjadikan sesuatu kerja itu boleh disiapkan dengan cepat. Oleh itu, pengetahuan berkaitan

TMK menjadi bahan modal kepada seseorang murid apabila memasuki pasaran pekerjaan.

Berdasarkan hasil kajian ini, pihak sekolah, jabatan pelajaran, bahkan pihak kementerian

mungkin dapat membuat rumusan terhadap tahap kesediaan generasi murid tingkatan enam kini

berhadapan dengan cabaran penggunaan TMK. Mungkin pihak kementerian boleh merangka

dasar kurikulum sekolah yang responsif terhadap bidang TMK. Walaupun mata pelajaran

komputer dan teknologi maklumat telah diperkenalkan di sekolah, namun ianya hanya sebagai

72
mata pelajaran elektif. Sesebuah sekolah mungkin hanya mempunyai empat hingga enam buah

kelas yang mengambil mata pelajaran komputer dan teknologi maklumat. Bagaimana dengan

murid-murid kelas lain?

Oleh yang demikian, usaha untuk membasmi buta komputer, dan meningkatkan

kemahiran berkaitan TMK dalam kalangan murid-murid sekolah, perlu dipergiat dan anjakan

penambahbaikan perlu dimulakan. Usaha murni pihak kerajaan yang telah merangka dan

melaksanakan dasar berkaitan TMK amat dialu-alukan. Keseriusan pihak kerajaan dapat dilihat

melalui penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan dasar-dasar yang

menyusul kemudian. Sekolah-sekolah telah dilengkapi dengan makmal-makmal komputer, dan

laman web MySchoolNet juga telah dilancarkan. Hasil dan usaha jerih pihak kerajaan ini dapat

dibuktikan melalui dapatan kajian ini, di mana tahap literasi komputer dan kemahiran TMK

dalam kalangan murid amat membanggakan. Dengan dorongan dan sokongan daripada pihak

kerajaan, para ibu-bapa telah mengambil tindakan drastik dengan mendedahkan anak masing-

masing terhadap program pembangunan TMK.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan mungkin boleh melakukan perkara yang lebih

efisien untuk merangka dasar bagi menggalakkan perkembangan TMK dengan lebih pantas,

tuntas dan progresif. Terdapat banyak lompang dan ruang kosong yang boleh dilakukan oleh

pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran. Dapatan kajian ini hanya boleh digeneralisasikan

kepada responden dari tiga buah sekolah dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Mungkin kategori sekolah pinggir bandar dan luar bandar ini tidak menggambarkan keadaan

yang sebenarnya, berbanding dengan sekolah-sekolah luar bandar di negeri Sarawak atau Sabah.

Sekolah luar bandar tahap pertama di Sabah dan Sarawak memenuhi ciri-ciri tertentu contohnya,

73
tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik, dan tiada kemudahan jalan raya. Bayangkanlah

tahap literasi komputer dan kemahiran bidang TMK bagi murid-murid sekolah berkenaan.

Maka dengan ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu

memperuntukkan kewangan dan bajet yang lebih besar untuk sekolah-sekolah luar bandar

supaya jurang kemahiran TMK antara sekolah-sekolah bandar dengan sekolah-sekolah luar

bandar dapat diminimakan. Pihak KPM seharusnya menjadikan mata pelajaran berkaitan

komputer dan TMK diwajibkan di sekolah-sekolah kategori luar bandar. Makmal-makmal

komputer harus dilengkapkan dengan bilangan komputer yang cukup, dan dengan perkakasan

yang mencukupi. Talian internet jalur lebar harus dibekalkan dengan tahap kelajuan yang pantas.

Semuanya ini akan memungkinkan murid-murid sekolah luar bandar tersebut tidak ketinggalan

mengejar persaingan arus perdana anjakan globalisasi dalam bidang TMK.

Seperti yang telah dibahaskan, dapatan kajian ini adalah sesuai bagi responden di tiga

buah sekolah dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Maka sudah tentu, hasil kajian tidak

sesuai digeneralisasikan kepada semua populasi murid tingkatan enam di seluruh Malaysia.

Maka dengan demikian, adalah dicadangkan agar pengkaji yang terkemudian membuat kajian

perbandingan tentang tahap literasi komputer, dan tahap kemahiran TMK antara murid-murid

bandar di Kuala Lumpur, dengan murid-murid luar bandar di Sarawak atau Sabah. Dengan itu,

barulah kajian tersebut benar-benar dapat membanding beza ciri-ciri responden di bandar dengan

di luar bandar. Hasil kajian tersebut nanti barulah jelas dapat memberi kesedaran kepada pihak

kerajaan betapa besarnya saiz lompang perbezaan applikasi TMK dalam kalangan murid-murid

bandar dengan luar bandar.

74
5.11 Penutup

Peranan dan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi zaman millenium ini tidak

dapat dinafikan. Di mana-mana telah dibahas, diperdebat dan diseminarkan peri kepentingan

bidang TMK. Mana-mana pelajar kolej atau universiti yang ingin mendapat keputusan yang

cemerlang dalam bidang pengajian harus menguasai asas bidang TMK. Dengan kemudahan

TMK, pelajar boleh mengakses apa jua maklumat dari sumber seluruh pelosok dunia tanpa

sempadan. Sesiapa yang ingin maju dan mendapat kekananan kenaikan pangkat dalam profesion

masing-masing juga mesti memahirkan diri dalam komunikasi TMK. Kemahiran berkomunikasi

dan menggunakan TMK, memungkinkan seseorang pekerja melaksanakan amanahnya dengan

lebih cepat, pantas dan cepat. Dan mana-mana negara yang ingin menjadi negara perindustrian

yang maju dan kuat dari segi sains, politik, ekonomi dan ketenteraan, mesti berjaya

menyematkan ilmu dan kemahiran berasaskan TMK dalam kalangan anggota masyarakatnya.

Negara Malaysia adalah merupakan kategori negara membangun yang mempunyai pengguna

internet yang ramai dalam kalangan penduduknya.

75
BIBLIOGRAFI

Abdul Razak Hamdan, (2004). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Edisi ke-2). Kuala
Lumpur: Mc Geaw Hill (Malaysia)

Abdul Manaf Bohari, Nur Haryani Z. & Norliza K., (2006). Asas Dan Teori Sistem Maklumat
Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Prentice Hall Pearson (Malaysia) Sdn. Bhd.

Abdul Samad Hanif, (2005). Teknologi Komputer. Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti
Perguruan Sultan Idris

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Edisi
Kedua. Tanjong Malim, Perak: Quantum Books.

Ahamad Sipon, (2007). Usaha Kementerian Pelajaran membudayakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga
Dalam talian http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=259276
Diaskes pada 10 September 2009

Ambigapathy Pandian, (2005). Literasi Teknologi Maklumat di Kalangan Guru Pelatih Bahasa.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia

Aris Rashidi Amir, (2007). Pengenalan Komputer. Kuala Lumpur: Synergy Media

Azizi Haji Yahya, (2009). Persepsi Guru-Guru Sekolah Tamil Daerah Kluang Terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 2009 (28 – 29 April 2009: Putrajaya). Prosiding, editor; Zaidan Abdul
Wahab (Serdang, Selangor: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Putra Malaysia,
2009), 77 – 90

Azizol Abdullah, (2006). Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data.
Petaling Jaya, Selangor: Pearson Hall / Prentice Hall

Baharuddin Aris & Mohammad Bilal A. & Jamalludin H. & Zaidatun T., (2001). Sistem
Komputer & Aplikasiny., Kuala Lumpur: Venton Publishing

Bajing Angieng, (2006). Tahap literasi komputer pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah
menengah luar Bandar, Sarikei, Sarawak. (Sumber : Seminar Penyelidikan Pendidikan,
Institut Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak; 9 – 11 November 2006).

76
www.geocities.com/seminarrnd2006/KertasKerja_Word/14_Bajing_Angieng.doc -

Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah dan Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala
Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dalam talian
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx
Diakses pada 1 September 2009

Hafsah Sharif, (2000). Penggunaan Komputer di Kalangan Guru di Sekolah Menengah


Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Dissertation (M.Ed.). Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya

Jamaluddin Ahmad, Tajularipin Sulaiman & Sidek Mohd Noah, (2008). Kemahiran ICT
Di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia Tahap Kemahiran Penggunaan TMK Guru
Pelatih IPTA. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Jasme Ismail, (2006). Pengurusan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran: Persepsi Guru
Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Maran, Pahang. Dissertation (M.Princ.). Institut
Kepengetuaan, Universiti Malaya: Kampus Kota

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.
Edisi Pelancaran: Kuala Lumpur

___________________________ (2003). Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010.


Kuala Lumpur

Laili Atan, (2004). Penggunaan Komputer Dalam Membantu Kepimpinan Pengajaran Guru
Besar Sekolah-Sekolah di Daerah Muar. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya

Lin, Hsiu-Chen (2000). Make IT happen in your syllabus. Proceedings of the International
Conference on Teaching and Learning. Putrajaya, Selangor, 24 November 2000

Mashitoh Yaacob, & Maharam M., (2000). Sekolah bestari: Menangani pembinaan budaya
ilmu berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam Proceedings of the International Conference
on Teaching and Learning. Putrajaya, Selangor, 24 November 2000

Masturah Ibrahim, (2005). Tahap Penguasaan Komputer di Kalangan Pelajar Ukur Bahan.
Academic exercise (B.QuantSuvr). Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, Universiti
Malaya

Meor Muhammad Muazzim, (2007). Pengenalan Jaringan Komputer. Kuala Lumpur: Synergy
Media

Merill, Paul F., (2008). Komputer Dalam Pendidikan (Edisi ke-3). Sintok, Kedah: Penerbit
77
Universiti Utara Malaysia (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia)

Mohammed Hasrori Kasimon, (2005). Kemahiran Penggunaan Komputer di Kalangan Guru


Sains Sosial Sekolah Menengah. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya
Mohd Aizaini Maarof, (2004). Teknologi Maklumat: Sistem Komputer dan Perisian. Skudai,
Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Arif Haji Ismail & Norsiati Razali, (2004). Applikasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektif Mata Pelajaran Kimia SPM.
SOURCE: Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat (10 – 11 Disember
2004K Kuala Lumpur): vol. 2, Paper 28 (15p).

Mohd Hang Tuah Ismail, (2006). Penggunaan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan Komputer di Kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam. Dissertation (M.Ed.).
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Mohd Hilmi Jaafar, (2007). Pendedahan dan Penerimaan Pelajar Pusat Asasi Sains Terhadap
Komputer. SOURCE: Seminar Pendidikan Pra Universiti / Matrikulasi (4 – 5 Ogos 2007:
Petaling Jaya). Prosiding, Editors: Roslinda Ithnin ….. [et al.] (Kuala Lumpur: Pusat Asasi
Sains, Universiti Malaya, 2007) 163 – 167.

Mokhtar Ahmad, (2002). Komputer, Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Computer,


Information and Communication Technology. Kuala Lumpur: Saujana Global

Morshidi Sirat, (2008). Model Sistem Pendidikan Tinggi dan Universiti Untuk Malaysia:
Kerangka dan Pengisian. Institut Penyelidikan Tinggi Malaysia (IPPTN), Univesiti Sains
Malaysia

Mohd Safar Hashim & Fatimah Yusooff, (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan
Psikologi di Malaysia. Penggunaan Komputer dan Internet di Kalangan Murid Sekolah
Rendah. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Zaliman Mohd Yusoff & Manjit Singh Sidhu, (2001). Teknologi Multimedia : Kaedah
pembelajaran pelajar lemah dalam pelajaran. Pembentangan Kertas kerja Konvensyen
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia kali ke 14. Hotel Goldcourse, Kelang. 11 –14
September.

Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris, (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia;
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Nik Hairi Omar, Mohd Azul & Norizan A. R., (2006). Penilaian Kecekapan Teknologi
Komunikasi Maklumat (TKM) Dalam Kalangan Pelajar Sains Sosial. Kuala Lumpur.
(Sumber: Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya)

78
Norinah Mohd Ali, (2002). Kajian Mengenai Literasi Komputer di Kalangan Pelajar Ijazah
Sarjana Muda Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya. Dissertation (M.Ec.). Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

Norizan Abdul Razak, & Mohamed Amin Embi (2003). Piawaian kemahiran ICT untuk pelajar
UKM. Kertas kerja Bengkel Piawai Kemahiran ICT UKM, anjuran FTSM UKM, 14-16
September 2003

Norizan Abdul Razak, Rozainee K. & Ravichndran V., (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa
Sastera dan Psikologi di Malaysia. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia

Norizan Abdul Razak, (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia.
Kemahiran Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Bangi, Selangor
Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Kamsiah Jaapar, (2006). Kesediaan Pentadbir Terhadap Penggunaan Komputer Dalam
Pengurusan Pentadbiran Sekolah. Dissertation (M.Princ.). Institut Kepengetuaan,
Universiti Malaya: Kampus Kota

Nor Zuliana Ab Latif . Penguasaan Kemahiran ICT di kalangan pelajar Kejuruteraan


Elektronik
(Komputer) di tiga Politeknik Malaysia. Sumber dari; Dalam talian
http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education1/nor%20zuliana%20%20abdul%20latif.pdf

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001). Penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala
Lumpur

Rahimi Md Saad, Noraini Idris, Loh S. C., Ahmad Zabidi & Norjoharuddeen (2006).
Penilaian Guru Terhadap Koswer Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Tingkatan
Satu. Kuala Lumpur. (Sumber: Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya)

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2004). Pembudayaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) di Kalangan Pelajar: Ke Arah Mengurangkan Jurang Pendidikan.
SOURCE: Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat (10-11 Disember
2004: Kuala Lumpur): vol. 3, paper 50 (19p).

Rozinah Jamaludin, (2007). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia

Sajap Maswan,(2009). Pembudayaan ICT IPTB. Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut


Perguruan Tuanku Bainun. Diakses pada 13 September 2009
Dalam talian http://www.sajadstudio.info/sumber.htm

79
Scheffler, F.L., & Logan, J.P. (1999). Computer technology in schools: What teachers should
know and able to do. Journal of Research on Computing in Education, 31 (3), 350-356.

Shamsudin Abdul Rahman, (2004). Persepsi Guru-Guru Bahasa Terhadap Penggunaan


Komputer Dalam Pengajaran Bacaan dan Pemahaman di Sekolah-Sekolah di Daerah
Sabak Bernam. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Sufean Hussin, (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dalam talian hhtp://www.mcmc.gov.my

Taifunisyam Taib, (2003). Interaksi Etika dan Teknologi Komunikasi Maklumat di Dalam
Penerapannya ke Dalam Masyarakat dengan Rujukan Khas Kepada Sistem Pendidikan
Bestari di Malaysia. Dissertation (M.Sc.). Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti
Sains, Universiti Malaya

Tan Lee Foong, (2004). Sikap Guru Bahasa Cina Terhadap Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya

Tengku Zawawi Tengku Zainal, (2009). Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik.
file:///C:/Documents%20and%20Settings/Administrator/My%20Documents/Uni
%20Malaya/PXGZ%206190/Penggunaan%20Internet%20Dalam%20Pendidikan
%20Matematik.htm
Diakses pada 10 September 2009

Turban, E., Aronson, J.E. & Liang, T.P. (2005). Decision support systems and intelligent
systems (6th ed). New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Yuhanis Yusoff, (2002). Tahap Kecekapan Penggunaan Komputer dan Teknologi Maklumat di
Kalangan Pentadbir dan Guru Sebuah Sekolah di Kuala Lumpur. Dissertasion (M.Princ.).
Institut Kepengetuaan, Universiti Malaya: Kampus Kota

Yusri Mat Johor, (2004). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Tiga.
Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Zainuddin Abu Bakar, Meor I.K., Mohd Ali I., & Rahmad Sukor A. S., (2008). Kemahiran ICT
Di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod, Siti Fatimah M. Y. & Norazah M. N.,(2004). Kemahiran ICT Di Kalangan
Guru Pelatih IPTA Malaysia. Tahap Pengetahuan Penggunaan ICT Guru-Guru Pelatih
IPTA. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Zawiyah Mohd Yusof, (2002). Komputer, Etika dan Sosial. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

80
Jabatan Asas Pendidikan Dan Kemanusiaan
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI MALAYA

BORANG SOAL SELIDIK


Soal selidik ini adalah kajian ilmiah yang ingin mengkaji tentang Pembudayaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Murid Tingkatan Enam. Sila tanda dan
bulatkan mana-mana jawapan yang sesuai bagi setiap soalan yang berkaitan dengan jujur dan
tepat. Sila jawab semua soalan, dan jangan biarkan soalan tiada jawapan. Segala maklumat
adalah rahsia dan kajian ini hanya bertujuan untuk kajian akademik semata-mata. Kerjasama
semua murid amatlah dihargai dan disertai dengan jutaan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

1. Tingkatan [ ] 6 Bawah [ ] 6 Atas


2. Aliran [ ] Sains [ ] Kemanusiaan
3. Jantina [ ] Lelaki [ ] Perempuan
4. Menghadiri kursus komputer [ ] Pernah [ ] Tidak pernah
5. Memiliki komputer di rumah [ ] Ada [ ] Tiada
6. Memiliki kemudahan internet di rumah [ ] Ada [ ] Tiada
7. Memiliki alamat e-mail [ ] Ada [ ] Tiada
8. Memiliki laman web [ ] Ada [ ] Tiada
9. Memiliki blog [ ] Ada [ ] Tiada
10. Memiliki Facebook [ ] Ada [ ] Tiada

11. Pekerjaan bapa/penjaga [ ] Kerajaan [ ] Swasta [ ] Bekerja Sendiri

12. Kumpulan Etnik [ ] Melayu [ ] Cina [ ] India [ ] Lain-lain

81
13. Pendapatan Keluarga Sebulan [ ] Kurang RM2,000.00
[ ] RM2,001.00 – RM4,000.00
[ ] RM4,001.00 – 6,000.00
[ ] RM6,001.00 –
RM8,000.00 [ ] Lebih
RM8,001.00

BAHAGIAN B : TAHAP LITERASI KOMPUTER

1. Sangat tidak mahir 2. Tidak mahir 3. Sederhana mahir 4. Mahir 5. Sangat mahir

PERKARA TAHAP

Saya boleh mengenal pasti / memulakan / menggunakan ……………. Bulatkan

1. Menamakan jenis-jenis komputer yang terdapat dalam pasaran 1 2 3 4 5

2. Operasikan komputer, contohnya memulakan dan menutup sistem komputer, 1 2 3 4 5


menyambungkan kabel ke setiap perkakasan komputer dll
3. Nama dan fungsi perkasasan komputer, contohnya skrin, hardisk, papan 1 2 3 4 5
monitor, tetikus, pencetak, pengimbas dll
4. Mentakrifkan istilah teknologi komputer, contohnya RAM, BIT, GB dll 1 2 3 4 5

5. Internet Explorer, Mozilla Firefox dll 1 2 3 4 5

6. Enjin carian (Search engine) seperti Yahoo, Google dll 1 2 3 4 5

7. Microsoft Office Word 1 2 3 4 5

8. Microsoft Office Excel 1 2 3 4 5

9. Microsoft Office Acces 1 2 3 4 5

10. Microsoft Office Publisher 1 2 3 4 5

11. Microsoft Office PowerPoint 1 2 3 4 5

12. Microsoft Office Outlook 1 2 3 4 5

13. Microsoft Office OneNote 1 2 3 4 5

14. Microsoft Office InfoPath 1 2 3 4 5

82
15. Microsoft Office Groove 1 2 3 4 5

BAHAGIAN C : TAHAP PENGGUNAAN (TKM) DALAM PROSES PEMBELAJARAN

1. Tidak pernah 2. Jarang-jarang 3. Sederhana kerap 4. Kerap 5. Sangat kerap

PERKARA TAHAP

Dalam bidang pembelajaran, saya menggunakan TMK dengan tujuan Bulatkan


berikut …….…..
1. Menggunakan perisian seperti Microsoft Word untuk menaip surat, nota, 1 2 3 4 5
latihan dan dokumen-dokumen lain berkaitan pembelajaran
2. Menggunakan perisian hamparan elektronik (spread-sheet) seperti Microsoft 1 2 3 4 5
Excel untuk menyiapkan tugasan sekolah
3. Menggunakan perisian persembahan multimedia seperti Microsoft Power 1 2 3 4 5
Point untuk tugasan pembentangan dalam bilik darjah
4. Menggunakan perisian grafik dan ilustrasi seperti Adobe Photoshop, Adobe 1 2 3 4 5
Illustrator, Painter, Corel Draw dll untuk tujuan pembelajaran
5. Menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk membuat majalah 1 2 3 4 5
sekolah, buletin, pamphlet, katalog, kad dan sebagainya
6. Melayari laman web (www), enjin carian Google atau Yahoo untuk mencari 1 2 3 4 5
maklumat tambahan berkaitan isi / konsep mata pelajaran
7. Menghantar / menerima e-mel daripada rakan-rakan sekolah atau guru-guru 1 2 3 4 5
berkaitan dengan pelajaran
8. Mengadakan perbincangan dalam kumpulan (newsgroup) dengan rakan 1 2 3 4 5
sekolah atau guru-guru berkenaan dengan pelajaran
9. Menggunakan web-cam secara on-line untuk berkongsi idea, berbincang 1 2 3 4 5
suatu isu pelajaran dengan rakan-rakan atau guru sekolah
10. Menggunakan perisian yang menggabungkan pakej pendidikan dan hiburan 1 2 3 4 5
(edutaiment) untuk tujuan pembelajaran
11. Membaca surat khabar, majalah akademik dan buku-buku secara on-line 1 2 3 4 5
untuk tujuan pembelajaran
12. Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran dari ensaiklopedia, 1 2 3 4 5
Wikipedia, direktori, kamus, buku elektronik dll
13. Melayari Portal Pendidikan Utusan Melayu, MySchoolNet atau 1 2 3 4 5
seumpamanya untuk tujuan tutorial / latih tubi dll
14. Berhubung dengan rakan-rakan sekolah lain berkaitan dengan 1 2 3 4 5
pembelajaran dengan menggunakan kemudahan TMK

83
BAHAGIAN D : POLA PENGGUNAAN (TKM) DALAM KALANGAN MURID

1. Tidak pernah 2. Jarang-jarang 3. Sederhana kerap 4. Kerap 5. Sangat kerap

PERKARA TAHAP

Saya menggunakan TMK dengan tujuan berikut ……………. Bulatkan

1. World Wide Web (WWW) – melayari laman web untuk mencari maklumat,
melihat teks, grafik, audio, video, animasi, sesebuah jabatan, syarikat, 1 2 3 4 5
pertubuhan, orang perseorangan dll
2. Mel Elektronik (E-mel) – menghantar / menerima e-mel dalam bentuk teks, 1 2 3 4 5
gambar, grafik, video, audio, animasi dll
3. Perbincangan dalam Kumpulan (News Group) / Facebook – mengadakan
perbincangan, bertukar pendapat, berkongsi maklumat dengan rakan 1 2 3 4 5
sekolah, guru-guru, masyarakat luar dll
4. Menggunakan web-cam secara on-line untuk berkongsi idea, berbincang 1 2 3 4 5
suatu isu dengan rakan, guru sekolah, pakar profesional, ibu-bapa dll
5. Protokol Pemindahan Fail (FTP) – menggunakan kemudahan perisian
seperti WS-FTP untuk tujuan pemindahan dokumen, perisian, fail untuk 1 2 3 4 5
konfigurasi, memuat turun dan memuat naik lagu, filem dll
6. Telnet : Menggunakan Capaian Komputer Jarak-Jauh – untuk mencari data,
maklumat, buku, majalah (daripada rangkaian telekomuniksi sesebuah 1 2 3 4 5
perpustakaan dll)
7. Pendidikan dan Latihan – mendapatkan sumber dan maklumat untuk tujuan 1 2 3 4 5
pembelajaran, latihan secara berperingkat, kursus dll
8. Pendidikan dan Hiburan – menggunakan perisian yang menggabungkan 1 2 3 4 5
pakej pendidikan dan hiburan (edutaiment)
9. Hiburan dan Permainan – menggunakan perisian multimedia yang
menggabungkan aksi pantas, warna menarik, animasi 3D dan kesan audio 1 2 3 4 5
yang mengagumkan untuk tujuan hiburan dan permainan
10. Perniagaan – mendapatkan maklumat tentang produk, cara pemakaian, 1 2 3 4 5
menempah pembelian barang / perkhidmatan secara on-line dll
11. Kemudahan pembayaran – membantu ibu-bapa membayar bil telefon, bil 1 2 3 4 5
elektrik, kad kredit, menempah tiket kapal terbang dll secara on-line
12. Perkhidmatan lain – membaca surat khabar, majalah, buku, menonton 1 2 3 4 5
program televisyen / filem, mendengar lagu secara on-line dll
13. Sumber Rujukan – mendapatkan maklumat, bahan, berita dari 1 2 3 4 5

84
ensaiklopedia, Wikipedia, direktori, kamus, buku elektronik dll
14. Saya biasa menggunakan laman sembang (chatting) dengan rakan-rakan 1 2 3 4 5
sekolah

TERIMA KASIH

85

You might also like