You are on page 1of 3

PERMAINAN BAHASA

Radio Ajaib

Objektif : Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.


Bahan : Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara bermain : Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang
rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan
mendapat markah bonus.

Nota:
1. Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah kepada
sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam, suasana sekolah dan
diakhiri dengan perbualan.

Membentuk Perkataan

Objektif : Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang


diberi.
Bahan : Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain : Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk perkataan yang
betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.

Nota:
1. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam permainan ini
anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk disusun membentuk ayat
yang betul.
2. Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa yang singkat
dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi tarikan dan keseronokan
pelajar.
Permainan Teka Lukisan/Lakaran

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik


Bahan : Kertas dan Pensel
Cara bermain : Kelas/Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah objek yang
sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti oleh wakil kumpulan masing-masing manakala kumpulan lawan
membuat tekaan.

Pemainan Telefon Rosak

Objektif : Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan


menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan : Kad yang mengandungi ayat tertentu.
Cara bermain : Berkumpulan.

Langkah:
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai bilangan
ahli yang sama.
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati
oleh Ketua kumpulan tersebut
4. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang kedua dan
orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir.
5. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut.
6. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.

Permainan Kotak Beracun

Objektif : Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan.


Bahan : Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara bermain : Kumpulan/Kelas.

Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak tersebut
kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan didenda.
4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang
mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang memegang kotak
itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada lipatan kertas yang terdapat di
dalam kotak tersebut.

Permainan Fikir dan Nyatakan

Objektif : Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir


Bahan : Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain : Kumpulan

Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang dibahagikan
perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka.
Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ (􀏥􀏮􀏤􀏠􀎴􀏤􀏟􀎍)
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada
ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru
akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala, diikuti badan, tangan, dan akhir
sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.

Nota:
1. Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan masa yang
dihadkan.

Permainan Teka Lakonan

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik


Bahan : Kertas arahan (sampul)
Cara bermain : Kelas/berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan arahan dalam
sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan. Kumpulan lawan
akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

You might also like