You are on page 1of 13

NAMA:YASMIN BINTI AB HALIM SADIKY

NO.ID:56166210046
PROGRAM:DMEE
NAMA:MOHD FIRDAUS BIN MOHD NOOR
NO.ID:56121108043
PROGRAM:DSC
KUMPULAN:L04
TUGASAN:1
TAJUK TUGASAN:REAKSI DAN TINDAKBALAS
MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN
KUASA BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM
PERANG DUNIA KEDUA
NAMA PENSYARAH:HAJI MOHD ARSHAD MAT NOR
KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
PENGENALAN 2
KRONOLOGI PENJAJAHAN INGGERIS DI NEGARA KITA 3

PEMBUKAAN PULAU PINANG DAN SINGAPURA 3-4


PERSETIAAN INGGERIS-BELANDA 5
NEGERI-NEGERI SELAT 5
CAMPUR TANGAN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU,SABAH 6,7,8
DAN SARAWAK
RINGKASAN CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI 8
MELAYU,SABAH DAN SARAWAK
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 8
PERJANJIAN PERSEKUTUAN 9
MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN 10
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU 10
PENGAGIHAN KUASA PUSAT 11
SENARAI PEJUANG TANAH AIR DALAM MENGEMBALIKAN 11
KEDAULATAN BANGSA
SULTAN AHMAD TAJUDDIN 12
RENTAP WIRA SARAWAK:AGI IDUP AGI NGELABAN 12-13
RUMUSAN 13-14
RUJUKAN 14
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara bekas tanah jajahan.Walaupun Malaysia tergolong sebagai
sebuah negara Komanwel,iaitu sebagai salah sebuah bekas tanah jajahan Inggeris(British),namun
begitu Malaysia juga pernah dijajah oleh penjajah-penjajah yang lain.Malaysia dijajah selama
lebih kurang 446 tahun (dari tahun 1511 hingga tahun 1957).Antara penjajah yang menjajah
Malaysia ialah Portugis,Belanda,Inggeris,Jepun dan Siam.Hanya Inggeris dan Jepun sahaja yang
dapat menjajah hampir keseluruhan negara ini.Peristiwa penjajahan ini mencerminkan bahawa
Negara kita dan juga Kepulauan Melayu menjadi idaman negara-negara luar(Barat khususnya).

Dalam menjelaskan penjajahan British di negara kita,khususnya dalam kurun ke-19,perkara-


perkara yang lebih menjadi tumpuan ialah pembukaan Singapura,persetiaan Inggeris-Belanda
1824,penubuhan dan pemindahan kuasa Negeri-negeri Selat,perkembangan perusahaan bijih
timah,pertambahan bilangan penduduk Cina,gerakan campur tangan di negeri-negeri Melayu
yang bermula pada tahun 1874,kemajuan pentadbiran Inggeris,pembentukan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu pada tahun 1896,dan pembukaan ladang getah.
KRONOLOGI PENJAJAHAN INGGERIS DI NEGARA KITA

TARIKH PERISTIWA PENJAJAHAN


1786 Francis Light membuka Pulau Pinang
1819 Stamford Raffles membuka Singapura
1824 Inggeris menerima Melaka daripada Belanda akibat daripada Persetiaan Inggeris-
Belanda
1826 Pulau Pinang,Melaka dan Singapura disatukan dalam satu unit pentadbiran yang
dikenali sebagai Negeri-negeri Selat
1841 James Brooke mengambil Sarawak
1874 Campur tangan Inggeris di Sungai Ujung
1878 Raja Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris
1888 Campur tangan Inggeris di Pahang
1896 Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan dalam satu pentadbiran
yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu
1909 Dengan Perjanjian Bangkok,Siam menyerahkan Kedah,Perlis,Kelantan dan
Terengganu kepada Inggeris(negeri-negeri ini menjadi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu)
1914 Johor menerima penasihat Inggeris
1945 Pentadbiran Tentera British ditubuhkan(BMA)
1946 Malayan Union ditubuhkan di Tanah Melayu
1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union
1957 Negara kita mencapai kemerdekaan

PEMBUKAAN PULAU PINANG DAN


SINGAPURA

Para pedagang Inggeris telah menubuhkan Kompeni Hindia Timur Inggeris ((KHTI) pada tahun
1600 dengan tujuan untuk memperbaiki perdagangan di rantau ini,khususnya dengan negeri
China.Walau bagaimanapun,tahun-tahun seterusnya negeri China tidak berminat untuk
berdagang dengan Inggeris,dan kemudian Inggeris mencari kawasan perdagangan di Gugusan
Kepulauan Melayu.Peristiwa-peristiwa ini telah membawa kepada pendudukan Pulau Pinang
oleh Francis Light pada 11 0gos,1786 setelah memberikan janji kepada Sultan Abdullah untuk
membantu Kedah daripada ancaman Siam,walaupun sebenarnya Kedah tidak mendapat
sokongan yang dijanjikan itu.
6 Februari 1819,Stamford Raffles telah menduduki Singapura.Pendudukan Singapura adalah
hasil daripada putar-belit Inggeris mempermainkan isu tempatan yang berkaitan dengan
pertelagahan di antara Temenggung Abdul Rahman (Pentadbir Singapura) dengan Sultan Abdul
Rahman di Riau.Dengan pendudukan Pulau Pinang,Singapura dan seterusnya Melaka,maka
bermula pengembangan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

PERSETIAAN INGGERIS-BELANDA
Persetiaan Inggeris-Belanda 1824 telah membahagikan kawasan Kepulauan Melayu kepada dua
geo-politik yang berbeza pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.Persetiaan Inggeris-Belanda
telah ditandatangani pada 17 Mac 1824.Matlamat utama perjanjian tersebut ialah untuk
menamatkan persaingan di antara Inggeris dan Belanda yang berkaitan dengan perdagangan.Di
samping itu pihak Belanda tidak berpuas hati dengan pembukaan Singapura oleh
Raffles.Permusuhan ini ditambah dengan pembunuhan oramg-orang British di Ambon (di
kawasan Belanda).Di Eropah kerajaan Inggeris mempunyai dasar berbaik-baik dengan
Belanda.Tambahan pula,Belanda telah banyak berhutang dengan Inggeris akibat Perang
Napoleon.Inggeris juga telah member perlindungan kepada raja Belanda,William of Orange,dan
melalui perjanjian Letters of Kew,Inggeris bersetuju menjaga daerah takluk Belanda di sebelah
Timur sehingga tamat Perang Napoleon.

Dalam Persetiaan Inggeris-Belanda 1824,beberapa syarat telah dipersetujui.Syarat utama adalah


yang berkaitan dengan kewilayahan.Belanda menyerahkan Melaka kepada Inggeris,sementara
Inggeris menyerahkan Benkulen (Bangkahulu) kepada Belanda.Kawasan-kawasan di selatan
pulau Singapura adalah dalam jajahan Belanda,di bahagian utara pula adalah kawasan jajahan
Inggeris.Dari segi perdagangan pula Belanda dan Inggeris bersetuju untuk bekerjasama,di
samping sama-sama dalam menghapuskan kegiatan lanun.

Kesan daripada persetiaan ini amat jelas.Kepulauan Melayu telah dibahagi kepada dua-pengaruh
Belanda dan pengaruh Inggeris.Sehubungan dengan ini,Empayar Johor-Riau telah berakhir-Johor
dikuasai oleh Inggeris sementara kepulauan Riau di kuasai oleh Belanda

NEGERI-NEGERI SELAT
Negeri-negeri Selat terdiri daripada Singapura,Melaka dan Pulau Pinang.Negeri-negeri ini
disatukan pada tahun 1826 dan Pulau Pinang menjadi ibu negerinya yang petama.Ia diketuai oleh
seorang Gabenor.Pada 1 April 1867,pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan dari Calcutta di
India ke Pejabat Tanah Jajahan di London,dan dengan secara langsung Negeri-negeri Selat telah
diisytiharkan sebagai tanah jajahan Inggeris.Pemindahan pentadbiran ini memberikan kesan yang
agak nyata kepada perkembangan sejarah tanah air.Antaranya pentadbiran negeri-negeri Selat
semakin lebih cekap,pertanian niaga seperti lada hitam,gambir,buah pala,cengkih dan tebu di
kawasan ini semakin berkembang pesat,kegiatan lanun dapat dihapuskan,dan British mula
menunjukkan minat ke atas negeri-negeri Melayu.

CAMPUR TANGAN INGGERIS DI NEGERI-


NEGERI MELAYU,SABAH DAN SARAWAK

Pada peringkat awal sebelum 1873,kerajaan Inggeris tidak mempunyai dasar campur tangan
dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.Namun
demikian,sebelum tahun tersebut terdapat beberapa kes di mana Inggeris secara tidak langsung
campur tangan dalam urusan negeri-negeri Melayu.Di antaranya ialah di dalam pertikaian antara
Raja Ali dan Temenggung Ibrahim di Johor di pertengahan abad ke-19,Perang Naning 1831,dan
Perjanjian Anderson dengan Selangor dan Perak pada 1825.

Pada bulan September 1873 Lord Kimberley,Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan,mengambil


keputusan untuk mempunyai dasar campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri
Melayu.Sebelum itu Inggeris pernah campur tangan di Sarawak sahaja.

RINGKASAN CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU,SABAH DAN


SARAWAK

NEGERI CATATAN PERISTIWA


Sarawak  James Brooke menduduki Sarawak setelah menunaikan janji kepada
(1842) Raja Muda Hashim untuk menghapuskan pemberontakan.
 James Brooke ditabalkan menjadi Raja Sarawak pada tahun 1842.
 Sultan Brunei bersetuju menandatangani Perjanjian 1842 untuk
mengesahkan James Brooke sebagai gabenor Sarawak kerana khuatir
Brunei diancam oleh Inggeris.
Perak  Campur tangan didasari oleh faktor-faktor untuk menjaga kepentingan
(1874) saudagar-saudagar Inggeris.
 Berlakunya kekacauan:Perang Larut (perebutan ke atas penguasaan
lombong bijih timah) melibatkan Kongsi Gelap Cina Hai San dan
Ghee Hin,dan perang saudara (perebutan takhta di antara Raja
Abdullah dengan Raja Ismail).
 Permintaan pembesar-pembesar Ngah Ibrahim (Menteri Larut) dan
Raja Abdullah untuk British campur tangan.
 British bimbang kuasa Eropah lain akan campur tangan di negeri-
negeri Melayu.
 Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874.
 J.W.W Birch dilantik sebagai Residen yang pertama.
Selangor  Perang saudara melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah.
(1874)  Raja Abdullah disokong oleh Tengku Kudin dan Yap Ah Loy,Raja
Mahadi disokong oleh putera-putera Sultan Selangor dan Sayid
Masyor.
 1873,kapal dagang British diserang lanun,dan ini menjadi asas British
untuk campur tangan.
 Ogos 1874,Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi
sultan,dan J.G.Davidson dilantik sebagai Residen.
Sungai Ujong  Rebutan kuasa di Sungai Linggi di antara Dato’ Kelana Sayid Abdul
(1874) Rahman dengan Dato’ Bandar Kulup Tunggal.
 Dato’ Kelana meminta bantuan Inggeris dan seterusnya diiktiraf
sebagai ketua Sungai Ujong.Namun perlantikan Dato’ Kelana dan
kehadiran Inggeris ini ditentang oleh Dato’ Bandar Kulup Tunggal.
 Tentera Inggeris yang diketuai oleh W.A.Pickering Berjaya
mengalahkan Dato’ Bandar Kulup Tunggal.
 Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris bernama W.I.Tatham.
Pahang  Perang saudara berlaku untuk jawatan Bendahara antara Wan Mutahir
(1880an) dengan Wan Ahmad.
 Cadangan Sultan Ahmad untuk memberikan konsensi perdagangan
kepada kuasa Barat membimbangkan Inggeris.
 Februari 1888,seorang warganegara Inggeris (berbangsa Cina) di
bunuh di Pekan (berhampiran istana Sultan).
 British menjadikan pembunuhan tersebut sebagai alasan untuk campur
tangan.
 Sultan Ahmad menerima Residen British bernama J.P.Rodger.
Sabah  Sebahagian Sabah di bawah kesultanan Brunei sejak kurun ke-16.
(1946)  Dipajakkan kepada Charles Lee Moses pada 1865 yang seterusnya
dijual kepada Baron Voc Overbeck.
 Kesultanan Sulu bersetuju menyerahkan kawasannya di Sabah kepada
Overbeck dan Dent pada tahun 1878.
 Kompeni Berpiagam Borneo Utara dibentuk untuk mentadbir Sabah.
 15 Julai 1946,Sabah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU


Melalui Perjanjian Persekutuan tahun 1896,negeri-negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri
Sembilan disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.Negeri-negeri ini dikenali sebagai Negeri-
negeri Melayu Bersekutu.Antara faktor mendasari penubuhannya ialah masalah kewangan yang
dihadapi oleh Negeri Pahang,untuk tujuan kecekapan pentadbiran dan keseragaman,mengawal
kuasa residen dan faktor keselamatan.Melalui sebuah “persekutuan”,sumber-sumber semua
negeri ahli dapat dikumpulkan dan digunakan bagi faedah bersama dan membangunkan negara-
negara lain dengan kos pentadbiran yang minimum.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN
Di antara syarat-syarat Perjanjian Persekutuan ialah supaya raja-raja Negeri-negeri Melayu
Bersekutu brsetuju menerima seorang pegawai British yang digelar Residen-Jeneral yang
berperanan sebagai penasihat dalam semua bidang pemerintahan kecuali hal-hal agama Islam
dan adat-istiadat Melayu.Residen-Jeneral yang pertama ialah Frank Swettenham.Sementara itu
raja-raja hanya berkuasa di negeri masing-masing di mana kewibawaan dan kuasa mereka tidak
akan terjejas.Untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik antara raja-raja dengan pegawai-
pegawai Inggeris,telah diperkenalkan sistem Persidangan Raja-raja Melayu yang dikenali
sebagai Durbar.Persidangan pertama telah diadakan pada tahun 1897 di Kuala
Kangsar.Persidangan kedua diadakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur.

Akibat daripada Perjanjian Persekutuan,kuasa pentadbiran telah dipusatkan dalam tangan


Residen-Jeneral di Kuala Lumpur dan raja-raja mula kehilangan kuasa di dalam negeri
mereka.Sebagai contoh,Residen-Jeneral mempunyai kuasa ke atas perkara yang berkaitan
dengan kewangan.Penubuhan jabatan-jabatan persekutuan telah menyebabkan pengambilan lebih
ramai pegawai-pegawai Inggeris yang mengakibatkan negeri-negeri Melayu mula ditadbir oleh
pegawai yang hampir kesemuanya orang Inggeris.Ini secara langsung telah memperkukuhkan
kedudukan Inggeris di negeri-negeri berkenaan.Keadaan ini tidak disenangi oleh raja-raja
Melayu.

MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN


Untuk mengukuhkan lagi kawalan ke atas negeri-negeri berkenaan,pada tahun 1909 kerajaan
British telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan.Tujuan penubuhannya adalah untuk
menambahkan kuasa raja-raja dan residen-residen dari negeri-negeri berkenaan.Namun motif
sebenarnya adalah untuk menambahkan kuasa Gabenor Inggeris di Singapura.Majlis Mesyuarat
Persekutuan dianggotai oleh Pesuruhjaya Tinggi (Presiden),Residen-Jeneral (ditukar menjadi
Setiausaha pada 1910),empat orang Sultan,empat orang Residen,dan empat orang ahli tidak
rasmi (tiga orang Eropah dan seorang Cina).Kesan daripada penubuhan ini menyebabkan kuasa
sultan-sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri menjadi semakin lemah.Sultan hanya sebagai ahli
biasa dan tidak mempunyai kuasa pemutus.Malahan semua perundangan yang diluluskan
ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya sultan.

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK


BERSEKUTU
Sebelum tahun 1909,negeri Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis adalah di bawah naungan
Siam.Ekoran Perjanjian Bangkok1909,Siam bersetuju menyerahkan negeri-negeri berkenaan
kepada Inggeris,seorang penasihat Inggeris telah ditempatkan di setiap negeri tersebut.Walau
bagaimanapun Perjanjian Bangkok 1909 tidak dipersetujui oleh negeri-negeri yang
terlibat,khususnya Kedah dan Perlis.Di antara penentangan tersebut ialah pada peringkat awal
negeri-negeri berkenaan enggan menerima penasihat Inggeris.Inggeris menyatukan pentadbiran
negeri-negeri berkenaan dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu.

Usaha-usaha untuk mengeksploitasi hasil bumi negeri-negeri di utara Semenanjung telah lama
dilakukan oleh Inggeris.Pada tahun 1826,Inggeris telah membuat perjanjian dengan Siam yang
dikenali sebagai Perjanjian Burney.Perjanjian ini merupakan komplot di antara Inggeris dan
Siam untuk menindas dan menguasai negeri-negeri di Semenanjung.Siam menguasai negeri-
negeri di utara,Inggeris menumpukan perhatian kepada negeri-negeri di selatan.

Sementara itu,Perjanjian Bangkok 1909 telah menyekat perluasan kuasa Siam di negeri-negeri
Melayu dan melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.Dengan adanya perjanjian ini
kuasa-kuasa Barat lain sukar untuk menembusi negeri-negeri Melayu dan lebih menguntungkan
Inggeris.

Dengan demikian,mulai tahun 1914,negeri-negeri di Tanah Melayu berada di bawah tiga unit
politik iaitu Negeri-negeri Selat,Negeri-negeri Melayu Bersekutu,dan Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu.Struktur pemerintahan ini berlanjutan sehingga penjajahan Jepun bermula pada
tahun 1941.

PENGAGIHAN KUASA PUSAT


Pengagihan kuasa pusat (desentralisasi kuasa)adalah bermaksud bahawa kuasa-kuasa utama yang
berkaitan dengan pentadbiran kewangan,perkhidmatan seperti kereta api,kastam,pos dan lain-lain
yang selama ini dikuasai di peringkat kerajaan pusat diagihkan ke negeri-negeri berkenaan.

Pada tahun 1920-an,faktor-faktor yang mendasari pengagihan kuasa pusat ialah tidak puas hati di
kalangan raja-raja Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dari segi kuasa memerintah negeri
mereka,tidak seperti raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berkuasa penuh ke
atas negerinya.Faktor-faktor lain ialah keinginan Inggeris untuk menyatukan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu,kemelesetan ekonomi
dunia1920-an,dan pergelutan kuasa antara Residen-Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi.

Adalah jelas bahawa pengagihan kuasa yang dilakukan oleh Inggeris sebenarnya
memperlihatkan bagaimana Inggeris melakukan sesuatu itu berlandaskan kepada motif ekonomi
dan politik.Dari segi ekonomi pengagihan berlaku apabila terjadinya kemelesetan ekonomi dunia
di mana pengagihan kuasa adalah satu langkah untuk berjimat cermat,dan dari segi politik pula
British ingin menguasai keseluruhan Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran,iaitu Kesatuan
Tanah Melayu.Namun pengagihan kuasa ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya apabila Jepun
menjajah Tanah Melayu bermula pada tahun 1941.

SENARAI PEJUANG TANAH AIR DALAM


MNGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
 Sultan Ahmad Tajuddin
 Dol Said
 Rentap
 Sharif Masahor
 Dato’ Maharaja Lela
 Yamtuan Antah
 Dato’ Bahaman
 Mat Salleh
 Antanom
 Tok Janggut
 Haji Abdul Rahman Limbong

SULTAN AHMAD TAJUDDIN


FAKTOR PENENTANGAN

Penjajahan Siam yang kejam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan Sultan
untuk mengembalikan kedaulatan Kedah.Tentangan hebat rakyat Kedah dipimpin oleh Sultan
Ahmad Tajuddin.Baginda dibantu pula oleh Tunku Abdullah,Tunku Kudin (Syed Zainal
Abidin),Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad.Perjuangan ini disokong oleh pemimpin
rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir.Perjuangan orang
Melayu Kedah menentang Siam telah dikhianati oleh British.British telah bersubahat dengan
Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah.Contohnya,British telah menghantar kapal
perang untuk membantu Siam mengepung Kedah.

PERISTIWA PENENTANGAN

1823,Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam
melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam.1831,Tunku Kudin berjaya
menawan semula Kuala Kedah dari Melaka.Kemudian British menghantar 5 buah kapal perang
untuk mengepung perairan Kedah.Tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan
makanan dan bantuan tentera dari luar.Tunku Kudin telah terkorban.Pada tahun 1836 Sultan
Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas di Perak.British berjaya mengesan
gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.

KESAN PENENTANGAN

Semangat juang rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah.Sultan Kedah
menghantar puteranya,Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding.Pada tahun 1842,Siam
mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.

RENTAP WIRA SARAWAK:AGI IDUP AGI


NGELABAN
LATAR BELAKANG

Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak.Beliau dilahirkaan pada tahun
1800.Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’.Rentap juga digelar
‘Raja Darat’.Beliau merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

FAKTOR PENENTANGAN

Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai
Skrang sebagai lanun.James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi
pergerakan orang Iban.Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai
Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap.
PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang.Pasukan Rentap
berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh.Kejayaan ini mengharumkan nama
Rentap di kalangan orang Iban.1854,James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan
membakar perkampungan Rentap.Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina
kubu.Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan beliau di gelar ‘Raja
Ulu’.1857,James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap
di Bukit Sadok.Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu
supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.Charles Brooke gagal menewaskan Rentap
kerana kubu pertahanannya kukuh.Tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan
menyerang Rentap di Bukit Sadok.Pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas.James
Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap.James Brooke menggunakan meriam
‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap.Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi
‘Bujang Timbang’untuk menentang pasukan Brooke.Rentap berundur ke Entabai untuk
menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia.

KESAN PENENTANGAN

Kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi
pejuang bangsa.Semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap.

RUMUSAN
Kerajaan Melayu Melaka telah banyak mempengaruhi kedudukan sistem social,budaya dan
politik negara.Agama Islam sebagai agama rasmi,bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,dan
sistem beraja adalah kesan peninggalan Kerajaan Melayu Melaka.Namun penjajah yang pernah
menjajah negara kita juga memberikan kesan yang tidak kurang pentingnya.Malahan penjajah-
penjajah Belanda dan Inggeris telah memecahkan Nusantara ini menjadi dua entitipolitik yang
berbeza,yang sekarang ini dikenali sebagai Indonesia dan Malaysia.Faktor-faktor penjajahan
Inggeris ke atas negeri-negeri di Tanah Melayu perlulah diteliti dan diambil iktibar.Perang
saudara,perebutan takhta yang menyebabkan perpecahan sesama sendiri adalah antara faktor
campur tangan Inggeris dan seterusnya menjajah kita.Negara kita telah diperkenalkan pelbagai
bentuk pentadbiran Inggeris.Bermula dengan Sistem Residen,diikuti dengan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu,Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,dan Malayan Union.Ini merupakan
usaha-usaha penjajah untuk menjajah negara ini yang kesemuanya bermotifkan
ekonomi.Sumber-sumber kekayaan negara kita seperti timah,getah dan rempah ratus merupakan
punca ekonomi untuk membangunkan negara penjajah di Barat.Ekoran kegiatan Inggeris telah
menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk yang penduduknya dapat dibezakan dengan jelas
berdasarkan tempat tinggal,ekonomi,sosial,budaya dan politik.
RUJUKAN
BUKU
I. Nasaruddin Hj.Mohd Jali,Maarof Redzuan,Asnarulkhaldi Abu Samah &Ismail
Hj.Mohd Rashid,2008,Pengajian Malaysia,Petaling Jaya Selangor:Prentice Hall.

You might also like