You are on page 1of 30

Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Disediakan oleh :

Norfasihah Binti Ibrahim


2010200328
Wan Siti Nafisah Binti Wan Mohd Nasir
2010290204

Shakirah Binti Ahmad Shah


2010416562
Nor Hazwani Binti Basiran
2010239238
Siti Norhazwani Binti Ibrahim
2010868558

Norelmi Najiha Binti Ismail


2010296904
Nor Hafizah Binti Mhd Ayob
2010436064

Kumpulan :

AP2243D

Untuk :

Cik Nor Afifah Binti Abdul Hamid

Pensyarah CTU553 (Hubungan Etnik)

Pusat Pemikiran Islam

UiTM Shah Alam

30 September 2010
Ringkasan

‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’. Begitulah yang boleh dikatakan apabila menyentuh isu
berkenaan politik. Setiap inividu pasti mempunya pandangan, pendapat dan kefahaman yang
berbeza mengenai perkara ini. Hal ini mungkin kerana cara penyampaian dan penerimaan
dalam pelbagai bentuk proses perlaksanaan politik itu sendiri. Laporan ini bertujuan mengkaji
sejauh mana perkembangan politik dalam negara sejak dari sebelum Malaysia (terdahulunya
dikenali sebagai Tanah Melayu) mencapai kemerdekaann sehinggalah pasca-merdeka dewasa
kini. Segala maklumat yang terkandung dalam laporan ini diperoleh daripada pelbagai
sumber bercetak dan elektronik. Laporan terhadap isu ‘Pembangunan Politik Dalam Konteks
Hubungan Etnik Di Malaysia’ akan diserahkan kepada pensyarah CTU553. Antara aspek-
aspek yang dibincangkan dalam laporan ini adalah realiti politik dalam negara, keterlibatan
etnik dalam bidang politik, cabaran dan isu-isu hangat yang tercetus, kemajmukan etnik,
pengukuhan perpaduan dan saranan untuk memperbaiki situasi politik terkini. Konklusinya,
perkembangan politk tanah air masih lagi berada ditahap yang stabil. Walau bagaimanapun,
isu-isu yang tercetus kebelakangan ini boleh menggugat kestabilan politik kita. Justeru,
semua pihak harus memainkan peranan masing-masing agar perkara ini tidak berlaku.

1
Penghargaan

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.

Bersyukur kami ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat kami laksanakan tugasan
ini dengan sempurna hingga ke akhirnya, Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah CTU553, cik Nor Afifah binti Abdul
Hamid, kerana telah membuka ruang untuk kami mengkaji skop tugasan ini dengan
mendalam serta memberikan tunjuk ajar yang tidak putus-putus sehingga kami berjaya
menyiapkan tugasn ini.

Juga, setinggi-tinggi penghargaan kami lontarkan kepada semua pihak yang telah menghulur
tangan, menyumbang idea dan memberi kritikan membina terhadap hasil kerja kami
sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini.

Diharapkan, hasil yang kami persembahkan berupaya menyampaikan maklumat terbaik


kepada semua pihak. Segala kekurangan yang terzahir dalam laporan ini amatlah kami kesali.

Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu juga daripada-
Nya. Sebagai hamba-Nya, kami telah berusaha sehabis daya untuk menghasilkan satu laporan
yang terbaik untuk perkongsian bersama.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
harap semua berpuas hati.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

2
ISI KANDUNGAN

Ringkasan 1

Penghargaan 2

1.0 PENDAHULUAN 4

2.0 REALITI POLITIK DALAM NEGARA


2.1 SEMENANJUNG MALAYSIA 5
2.2 SABAH 9
2.3 SARAWAK 11

3.0 PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIK 13

4.0 POLITIK SEMASA


4.1 PERKEMBANGAN 15
4.2 CABARAN 16
4.3 ISU-ISU HANGAT 18

5.0 KEMAJMUKAN ETNIK DI MALAYSIA 21

6.0 KE ARAH PENGUKUHAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN NEGARA


6.1 RUKUN NEGARA
6.2 PEMBENTUKAN BARISAN NASIONAL (BN)
6.3 PAKATAN RAKYAT 24

7.0 SARANAN KE ARAH PEMANTAPAN POLITIK ANTARA ETNIK 27

8.0 KESIMPULAN 28

Rujukan 29

3
1.0 PENGENALAN

Di Malaysia, telah wujudnya banyak parti politik kerana variasi etnik yang pelbagai.
Kepelbagaian etnik ini secara langsung mahupun tidak telah merancakkan agenda politik
dalam negara. Secara positifnya, situasi ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang sihat
dalam kalangan masyarakat. Bahkan, sehingga ke hari ini, semangat perjuangan yang ada
dalam diri setiap individu telah memberi kesan yang unik terhadap imej politik negara
Malaysia dari seluruh perspektif sama ada negara mahupun dunia.
Bermula daripada zaman penjajahan, pemimpin-pemimpin pada ketika itu telah
berusaha keras dalam memenangi kemerdekaan tanah air. Ditambah juga dengan semangat
kekitaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum yang pada ketika itu begitu utuh
dan tebal demi membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Juga, buruh-buruh asing yang
pada ketika itu merasakan kelompok mereka teraniaya dan ingin memperjuangkan hak yang
lebih saksama telah mencorakkan politik semasa yang lebih kuat berbanding sekarang pada
ketika itu.
Berbeza kini, sikap individualistik lebih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
kita yang seperti tidak ambil peduli dengan perkara yang berlaku di sekeliling. Secara
teorinya, Malaysia telah lama mengamalkan demokrasi. Namun, suatu yang masih menjadi
persoalan dan tunjang utama kepada politik tempatan adalah ketelusan dan sejauh mana
pengaplikasian sistem ini dalam pengurusan negara.

4
2.0 REALITI POLITIK DALAM NEGARA

2.1 SEMENANJUNG MALAYSIA

SEBELUM MERDEKA SELEPAS MERDEKA

1 Apr 11 Mei Jan 27 Feb 16 Sept Jan Mac


Jan
1946 1946 1949 1949 1951 1952 1952
2008
1943 1974

Zaman UMNO MCA IMP Perikatan Barisan Pakatan


Pendudukan UMNO-MCA- Nasional Rakyat (DAP-
Jepun Jawatan Kuasa MIC (BN) PKR-PAS)
Perhubungan
Malayan Kaum/Communities
Union Liaison Committee
(CLC)

2.1.1 Sebelum Merdeka

2.1.1.1 Zaman Pendudukan Jepun


Penjajahan British telah meninggal kan kesan terhadap hubungan etnik dan corak
pembangunan politik di Malaysia. Bermula daripada dasar British yang telah mambawa
masuk buruh dari China dan India untuk menjana ekonomi tempatan pada masa itu. Hal ini
disebabkan kekayaan hasil bumi tanah Melayu pada ketika itu. British juga telah mengasing
kan meraka daipada penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem
persekolahan.
Masyarakat Cina telah ditempatkan di lombong-lombong, bandar ataupun di pekan
kerana mereka telah diletakkan di sektor perniagaan. Masyarakat India telah ditempatkan di
estet-estet dan bekerja sebagai buruh estet. Manakala masyarakat melayu telah menjalankan
kegiatan pertanian sara diri dan traditional seperti pertanian dan menangkap ikan. Mereka
juga telah ditempatkan di kampung-kampung. Hal ini telah menyebabkan terdapat jurang
perkauman antara semua etnik yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu (Cina, India dan
Melayu).

5
Pada tahun 1943, pihak Jepun telah datang ke Tanah Melayu. Mereka telah menjalankan
dasar berbaik-baik dengan masyarakat Melayu pada ketika itu. Hal ini kerana pihak Jepun
menganggap masyarakat Melayu adalah sebagai pemilik sah di Tanah Melayu dan
mempunyai kepentingan dari segi politik. Oleh kerana itu, terdapat orang Melayu yang
diambil untuk bekerja oleh pihak Jepun dalam pentadbiran awam. Pihak Jepun juga telah
mengiktiraf gelaran sultan dan Agama Islam serta mengakui raja-raja Melayu sebagai ketua
agama Islam dan adat istiadat melayu.
Selain itu, pihak Jepun juga telah membebaskan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu
Muda seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestman dan Ishak Haji Muhammad. Pihak Jepun
juga telah menggalakkan Ibrahim Yaakob menubuhkan Pasukan Pembela Tanah Air (PETA)
pada tahun 1943 dan Kesatuan Rakyat Istimewa Senanjung (KRIS). Atas sebab untuk
mendapatkan negara India, Jepun telah mengamalkan dasar berbaik-baik denagn orang India
di Tanah Melayu pada masa itu, untuk mendapatkan sokongan mereka. Manakala, layanan
pihak Jepun terhadap masyarakat Cina pada masa itu adalah lebih buruk. Ini kerana,
masarakat Cina di seberang laut telah memberikan sokongan yang padu kepada negara China
semasa Perang China-Jepun pada tahun 1937.

2.1.1.2 Malayan Union


Pada 1 April 1946, Rancangan Malayan Union telah diperkenalkan yang menggabungkan
kesemua negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran British. Rancangan ini telah
dipersetujui oleh kebanyakan masyarakat Cina dan India kerana memudahkan kaum bukan
Melayu menjadi rakyat Malayan Union berdasarkan prinsip jus soli (kelahiran).
Rancangan untuk menubuhkan Malayan Union telah mendapat kekangan hebat dari
masyarakat Melayu sendiri. Hal ini kerana, orang Melayu bimbang hak keistimewaan dan
kedudukan politik orang Melayu pada ketika itu akan tergugat disebabkan hak
kewarganegaraan yang longgar. Selain itu, kuasa raja-raja Melayu akan terjejas. Hal ini telah
melahirkan rasa tidak puas hati antara masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu.

2.1.1.3 United Malays National Organization (UMNO)


UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini telah menyatupadukan
mayarakat Melayu yang pada ketika itu membantah terhadap rancangan Penubuhan Malayan
Union. Hal ini telah menyebabkan Malayan Union telah dibubarkan oleh pihak British.
Seterusnya pada Februari 1948, British telah membubarkan Malayan Union kepada
Persekutuan Tanah Melayu.

6
Pertikaian terhadap hak kewarganegaraan telah berlanjutan dan tiada penyelesaian
walaupun setelah pertukaran kepada Persekutuan Tanah Melayu. Masayrakat Cina
menganggap hak kewarganegaraan sebagai halangan kepada masyarakat bukan melayu tuk
mendapat taraf tersebut kerana salah satu syarat kelayakan ialah penguasaan Bahasa Melayu.
Walaubagaimanapun masyarakat Melayu tempatan bersetuju dengan syarat tersebut
kerana dengan cara ini kuasa-kuasa raja Melayu dapat dikembalikan.

2.1.1.4 Jawatankuasa Perhubungan Kaum/Communities Liaison Committee (CLC)


Atas usaha Dato’ Onn Jaafar dan Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia
Tenggara) CLC telah ditubuhkan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih
baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.
CLC merupakan pertubuhan separa politik kerana perkambangan CLC adalah di bawah
pengawasan British dalam setiap perjumpaan CLC dan ahli-ahli CLC terdiri daripada
pemimpin politik dan dan ahli pentadbir.
CLC juga memberi perhatian kepada hubungan politik orang Melayu dan orang yang
bukan Melayu. Jadi, pengambilan orang bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan serta
pengenalan pilihan raya tempatan dan berkerajaan sendiri untuk mewujudkan lahi hubunagn
etnik yang harmoni.
Dalam isu pilihan raya pula, CLC telah mencadangkan satu peralihan kerajaan secara
berperingkat-peringkat di Tanah Malayu. Hal ini dilaksanakankan dengan cara mewujudkan
pilihan raya secara berperingkat.

2.1.1.5 Malaysian Chinese Association (MCA)


Parti ini dianggotai oleh masyarakat Cina dan memperjuang dan mempertahahankan
kepentingan orang Cina. Selain itu, hasrat parti ini juga untuk mewujudkan hubungan
berbaik-baik dan kerjasama antara orang Cina dengan etnik lain di Tanah Melayu. Tambahan
pula, parti ini berhasrat untuk membersihkan imej orang Cina yang sering dikaitkan dengan
Parti Komunis Malaya (PKM)

2.1.1.6 Independent Malayan Party (IMP)


Parti ini telah ditubuhkan pada 16 September 1951 oleh Dato’ Onn. Parti ini telah
ditubuhkan oleh Dato’ Onn selepas beliau keluar daripada pada tahun 1951. Hal ini kerana
beliau ingin membuka keahlian UMNO ingin dibuka kepada orang bukan Melayu dan
seterusnya mencetus kemarahan orang-orang Melayu pada ketika itu.

7
Penubuhan parti ini telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin bukan Melayu
seperti H.S. Lee, Heah Joo Siang, Tan Cheng Lock, P.P Narayanan dan K.L. Devaser kerana
mereka berpendapat ini adalah satu usaha untuk menjalin kerjasama pelbagai etnik pada
ketika itu.

2.1.1.7 Perikatan UMNO-MCA-MIC


Pada Januari 1952 perkongsian kuasa antara dua buah parti terbesar di Tanah Melayu
antara UMNO dan MCA. Perikatan ini telah memenangi sembilan kerusi dalam Pilihanraya
Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952.
Pada Oktober 1954 Parti Perikatan UMNO-MCA ini telah disertai olah MIC. Parti ini
telah bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Hasil
daripada kerjasama ini, parti ini telah memenagi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang
dipertandingkan.

8
2.1.2 Selepas Merdeka

3.1 Barisan Nasional (BN)


Parti Perikatan ditelah ditukar kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974. Hal ini
dalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara etnik dengan parti-parti politik di
Malaysia supaya setiap kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam
proses politik di Malaysia.

3.2 Pakatan Rakyat


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, Pakatan rakyat telah dibentuk.
Pakatan ini adalah diantara Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dan Parti Islam Semalaysia (PAS).
Selain itu, menjelang pilihanraya 2008, keadaan parti politik di Malaysia turut
dipengaruhi oleh Hindu Rights Actions Force (HINDRAF) yang dipimpin oleh beberapa
orang peguam yang berbangsa India. Ini telah mengakibatkan BN tidak dapat memenangi 2/3
daripada kerusi di dalam pilihan raya tersebut.

2.2 SABAH

Ogos Dis Jun 15 Julai


1961 1961 1962 1964 1975 1975

UNKO USNO Pasok UPKO BERJAYA PBS


Momogun

Parti politik yang pertama di Sabah ialah United National Kadazan Organisation
(UNKO) pada Ogos 1961, diikuti dengan United Sabah National Organisation (USNO) pada
Disember 1961, United National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) pada
tahun 1962 dan Borneo Utara National Party (BUNAP) yang ditukar kepada Sabah National
Party (SNAP). Parti Perikatan Sabah yang dianggotai UNKO, USNO, Pasok Momogun dan
SNAP.

9
Pada Jun 1964, UNKO dan Pasok Momogun telah bersetuju ingin membentuk United
Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO) bagi mempertahankan kepentingan kaum
bumiputera bukan Islam di Sabah.
Perlantikan Datuk Donald Stephens (UNKO) sebagai Ketua Menteri Sabah yang
pertama pada tahun 1963 telah menimbulkan rasa tidak puas hati daripada Yang Dipertua
Negeri, Tun Mustapha. Hal ini kerana, jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sepatutnya
disandang oleh calon dari USNO yang mendapat 16 kerusi, manakala UNKO hanya
memperolehi 12 kerusi. Kesan daripada ini, kerjasama antara golongan Bumiputera Islam dan
bukan Islam tidak dapat dicapai.
Perselisihan antara dua pemimpin Bumiputera, Donald Stephens dan Tun Mustapha
tentang isu kelulusan permit dan lesen balak, penggantian setiausaha kerajaan dan dasar
Donal Stephens yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun. Krisis
ini berakhir apabila Donald Stephens diminta melepaskan jawatannya dan diganti dengan
Peter Lo dari parti SCA (dahulu dikenali sebagai SNAP sebelum 1965).
Pada tahun 1967, Tun Mustapha telah berjaya menjadi Ketua Menteri Sabah
(gabungan USNO-SCA). Walaubagaimanpun, pimpinan beliau membuat banyak pertikaian
mengenai projek pembangunan, pinjaman luar negara dan dasar-dasar yang dibuat olehnya.
Pada 15 Julai 1975, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dibawah pimpinan
Tun Fuad Stephen (nama Islam Donald Stephen) telah diwujudkan. BERJAYA telah
memenagi pilihan raya pada tahun 1976 dan layak untuk membentuk kerajaan.
Parti Bersatu Sabah (PBS) dibawah pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan telah
mencabar kepimpinan BERJAYA pada Mac 1985 yang dipimpin oleh Datuk Harris Salleh.
Setelah banyak konflik berlaku, namun akhirnya PBS telah memenangi Pilihan Raya Negeri
pada April 1985.
PBS berjaya memimpin Sabah dari tahun 1985 hingga 1994 dan diambil alih oleh
UMNO Sabah dan Barisan Nasional yang telah memperkenalkan siatem penggiliran Ketua
Menteri Sabah. Namun, ia dibubarkan pada Mac 2004.
Dalam Pilihan Raya Negeri 1994, Barisan Nasional telah meperkenalkan sistem
penggiliran Ketua Menteri Sabah dimana setiap kelompok etnik utama akan mendapat
peluang yang sama untuk memerintah Sabah sebagai Ketua Menteri secara bergilir-gilir
selama dua tahun.

10
2.2 SARAWAK

Parti politik yang pertama di Sarawak ialah United People’s Party (SUPP) pada Jun
1959 yang ditubuhkan oleh orang Cina dan selepas itu muncul pula Parti Negara Sarawak
(PANAS) pada tahun 1960. Parti Bumiputera bukan Islam yang pertama ialah Sarawak
Nasional Party (SNAP) pada tahun 1961.
Pada tahun 1962, orang Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan suatu
parti iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) seterusnya diikuti denganParti Pesaka
Anak Sarawak (PESAKA) ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin Iban dan Sarawak
Chinese Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang kaya.
Parti Parikatan Sarawak telah dibentuk diantara PANAS, SNAP, PESAKA,
BARJASA dan SCA pada 22 Oktober 1962. PANAS telah keluar daripada parti ini pada 15
April 1963 disebabkan oleh terdapat rasa kecugiraan terhadap dua parti Bumiputera Islam
iaitu PANAS dan BARJASA.
Pada Januari 1973, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diantara PANAS,
BARJASA dan PESAKA. Penerimaan SUPP dalam menubuhkan kerajaan campuran
Sarawak selepas pilihan raya oleh golongan bumiputera pada tahun 1970 mencerminkan
kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik di Sarawak.

11
Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan dari SNAP pada
tahun 1963. Namun, pelbagai masalah telah timbul separti pengenalan undang-undang yang
membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat Bumiputera, isu pengantian pegawai
British dan pegawai dari Semenanjung dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
rasmi Sarawak. Hal ini berakhir apabila beliau dipecat dan digantikan dengan Penghulu Tawi
Sli pada tahun 1966.
Selepas pilihanraya pada tahun 1970, Tun Abdul Rahman Ya’kub dari Parti
Bumiputera telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang memperlihatkan kenaikan
hegemoni Bumiputera Islam (Melayu dan Melanau). Bermula pada Mac 1981 sehingga ke
hari ini, peralihan kuasa kepada Tun Abdul Taib Mahmud.
Perpaduan etnik Iban tergugat apabila terbentuknya Parti Bangsa Dayak Sarawak
(PBDS) pada Julai 1983 kerana SNAP dipimpin oleh James Wong Kin Min seorang
pemimpin yang bukan orang Iban. PBDS ingin mewujudkan sebuah parti baru yang
mmperjuangkan untuk memulih semula hegemoni orang Iban di Sarawak.
Walaubagaimanpun, masalah perpecahan etnik ini dapat diselesaikan oleh Tun Abdul Taib
Mahmud.
Pada hari ini, SNAP, PBB dan SUPP telah bernaung di bawah Barisan Nasional.
Kewujudan Barisan Nasional di Sarawak sedikat sebanyak telah dapat menyelesaikan
masalah mengenai hubungan etnik di Sarawak.

12
3.0 PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIK

Sepanjang lebih 50 tahun Malaysia mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan


oleh golongan terdahulu, pelbagai parti politik telah ditubuhkan. Dalam tempoh ini juga,
banyak parti yang ditubuhkan terpaksa dibubarkan atas pelbagai aspek yang mengekang
kelangsungan pertumbuhannya. Walau bagaimanapun, perkembangan ini masih dianggap
positif kerana dasar perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokrasi parlimen
serta penubuhan parti-parti baru yang tidak kurang banyaknya. Terkini, sebanyak 29 buah
parti politik telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta bergiat aktif dalam
masyarakat. Berikut adalah parti-parti yang berdaftar:-

1) Barisan Nasional Of Malaysia (BN)


2) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malays National Organization
(UMNO)
3) Parti Persatuan Cina Malaysia /Malaysian Chinese Association (MCA)
4) Parti Kongres India Malaysia/The Malaysian Indian Congress (MIC)
5) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
6) Parti Liberal Demokratik /The Liberal Democratic Party (LDP)
7) Parti Progresif Malaysia Penduduk People's Progressive Party Of Malaysia (PPP)
8) Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu /United Pasokmomogun
Kadazandusun Murut Organization (UPKO)
9) Parti Maju Sabah (PMS) /Sabah Progressive Party (SAPP)
10) Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBBS)
11) Parti Rakyat Malaysia (PRM)
12) Parti Reformasi Negeri Sarawak State Reform Party Sarawak (STAR)
13) Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia All Malaysian Indian Progressive Front
(AMIPF)
14) Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
15) Parti Rakyat Bersatu Sarawak/ Sarawak United People’s Party (SUPP)
16) Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
17) Parti Punjabi Malaysia Malaysian Punjabi Party (PPM)
18) Parti Demokratik Progresif Sarawak Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
19) Parti Keadilan Rakyat

13
20) Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
21) Parti Setia Rakyat Sabah (PSRS) /Sabah People's Party (SPP)
22) Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu/Federation Sabah People Front Party
(Bersekutu)
23) Parti Kongres Ceyclonese Malaysia Malaysian Ceyclonese Congress (MCC)
24) Parti Sosialis Malaysia (PSM)
25) Parti Islam Se Malaysia (PAS)
26) Parti Tindakan Demokratik/Democratic Action Party,Malaysia (DAP)
27) Parti Bersatu Sabah Sabah United Party (PBS)
28) Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia Worker's Party Of Malaysia
29) Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party (SNAP)

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

14
4.0 POLITIK SEMASA

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi


berpalimen. Sistem ini telah diamalkan sejak tanah melayu mencapai kemerdekaan. Sistem
ini berada di bawah pentadbiran raja berperlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Seri
Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada Sembilan sultan negeri
Melayu. Baginda akan bekhidmat selama lima tahun sebagi Ketua Negara dan Pemerintahan
Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem demokrasi yang diamalkan membolehkan rakyat memilih tampuk
pemerintahan yang disukai secara undian. Kebebasan rakyat untuk berpolitik menyebabkan
semakin banyak parti politik di Malaysia. Mengikut senarai parti politik yang di keluarkan
oleh SuruhanJaya Pilihanraya Malaysia, terdapat 29 parti politik yang berdaftar di Malaysia.
antara parti politik yang berdartar dengan SuruhanJaya Pilihan Malaysia:-

4.1 PERKEMBANGAN

Membincangkan tentang perkembangan politik semasa, pemerhatian tentang corak


pemerintahan dalaman dan kecenderungan pihak-pihak yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung dalam parti politik tersebut. Penelitian akan memberikan
gambaran tentang situasi politik sekarang yang boleh dikatakan tidak stabil, hangat dan
mencabar.
Berbicara tentang politik sekarang dapat dilihat tentang pertikaian antara setiap parti.
Baik parti tersebut adalah sesama bangsa atau pun dengan kaum lain. Masing-masing mula
mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan
mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X
bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa
pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi. Situasi ini mewujudkan pertikaian dalam
pembentukan antara kaum. Ketidakstabilan ini telah menyekat pembentukan antara etnik
yang cuba dicapai dalam pembentukan Negara.
Politik kini pula boleh dikatakan semakin panas kerana banyak isu-isu semasa yang
dapat dikaitkan dengan ahli politik kini. Pihak pemerintah (iaitu parti politik yang memegang
tampuk pemerintahan) mahupun parti lain dilihat semakin tidak stabil disebabkan pelbagai

15
perkara yang membelenggu parti tersebut. Antara perkara yang dapat dilihat kini adalah isu
rasuah. Amalan rasuah ini bukan perkara baru dalam sesebuah parti. Hal ini diakui sendiri
oleh
Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Professional Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM),Abdul Wahab Abdul Aziz, bahawa kebanyakan kes
penyelewengan wang di Negara ini terjadi dikalangan ahli politik. Mengikut kajian yang
telah dijalankan sebanyak 42% parti politik yang telibat dalam gejala rasuah di Malaysia.
Politik sekarang dikatakan semakin mencabar kerana semakin hari semakin banyak
usah yang dilakukan oleh parti bukan melayu melalui medium politik bagi menggugat
kelebihan orang melayu. Contohnya hari ini, ada sahaja tuntutan dan cadangan yang dibuat
oleh pihak tertentu yang bertujuan memastikan kuasa orang Melayu semakin berkurangan.
Oleh itu, kaum melayu seharusnya tidak terus leka dengan kaum lain. Jika orang Melayu
terus leka dan berbalah sesama sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa
politik maka tidak mustahil mereka akan kehilangan segala-galanya termasuklah kuasa
politik iaitu satu-satunya yang dipegang oleh orang Melayu di negara ini.
Namun, dalam keadaan politik yang semakin rapuh, masih terdapat kekuatan yang
cuba dipertahankan. Seperti masih utuhnya gabungan tiga parti politik yang berlainan kaum
iaitu UMNO(melayu), MIC(india) dan MCA(cina) dalam mentadbir negara. Penyatuan
ketiga-tiga parti ini perlu untuk terus mewujudkan penyatuan kaum sekaligus menyujudkan
etnik yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dalam satu Negara.

4.2 CABARAN

Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama dan bagi mencapai kedudukan
politik yang stabil, negara kita perlulah mengambil kira kepentingan semua kaum dan
bertindak adil dalam pentadbiran. Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil
di Malaysia ekoran daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan
pelbagai parti politik dalam setiap parti komponen, namun pada umumnya politik perkauman
masih mewarnai politik Malaysia yang dapat dilihat dalam tuntutan-tuntutan dan isi hati yang
disuarakan oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau
pembangkang.

16
Terdapat beberapa cabaran penting dalam menstabilkan politik negara kita dan juga
bagi memelihara kedudukan orang melayu di negara kita sendiri,. Antaranya ialah
menyatukan perpaduan antara kaum, menyatukan orang melayu,menyelesaikan tuntutan dan
memorandom kaum-kaum lain yang mempertikaikan isu-isu pokok dan mengembalikan
kembali kepercayaan warga cina dan india yang beralih sokongan pada pihak pembangkang.

4.2.1. Menyatukan perpaduan antara kaum.


Pada masa kini, pergolakan di antara kaum dapat dilihat semakin menjadi-jadi dan
membuatkan perasaan perkauman itu semakin menebal di kalangan masyarakat. Sebagi
contoh, perbezaan agama dijadikan isu untuk berbalah. Antara contoh isu yang timbul ialah
pembakaran beberapa buah gereja dan menconteng surau. Perkara ini terjadi apabila terdapat
sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sengaja menimbulkan isu-isu
sensitive ini bagi menimbulkan perpecahan antara kaum.

4.2.2. Menyatupadukan orang melayu


Cabaran politik kini bukan sahajabukan sahaja menyatukan perpaduan antara kaum malah
orang melayu juga perlu disatukan. Bangsa melayu menghadapi pelbagai cabaran kecil dan
besar, terutamanya cabaran perpecahan di kalangan orang –orang melayu sendiri. Contoh
yang jelas ialah wujudnya dua parti politik Melayu terbesar iaitu PAS dan UMNO. Jurang
perbezaan pendapat antara dua parti ini amat besar dan turut menjadi punca perbalahan antara
kaum Melayu.

4.2.3. Memorandom kaum-kaum lain yang mempertikaikan isu-isu pokok.


Cabaran yang ketiga ialah tuntutan masyarakat bangsa lain yang mahukan hak sama rata
dalam kebanyakan aspek pentadbiran. Sebagai contoh, tuntutan kaum cina yang mahu
menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru), pertikaian mengenai diskaun bagi bumiputera,
kuota kemasukan ke IPTA dan lain-lain lagi. Melalui tuntutan-tuntutan ini, tertubuhlah
pelbagai persatuan bagi menyokong tindakan mereka sekaligus banyak menimbulkan huru
hara dengan melakukan demonstrasi jalanan dan berbagai cara lagi. Antara contoh persatuan
yang ditubuhkan bagi menyokong tindakan ini ialah HINDRAF.Persatuan ini menuntut hak
supaya member perhatian kepada kaum India yang berasa tersisih dari segi ekonomi dan
tidak mendapat hak yang sama rata.

17
4.2.4. Mengembalikan kepercayaan warga Cina dan India yang beralih sokongan
kepada pembangkang.
Pergolakan di dalam parti Barisan Nasional (BN) dan kerajaan seperti amalan rasuah dan
politik wang menyebabkan kurangnya kepercayaan rakyat terhadap parti pimpinan kerajaan
ini. Kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu menunjukkan ketidakstabialn
politik di Negara kita. Rakyat sudahilang kepercayaan dan mahukan pembaharuan dengan
beralih sokongan pada parti pembangkang. Jadi cabaran politik Malaysia kini ialah
mengembalikan semula kepercayaan rakyat khususnya masyarakat Cina dan India. Mereka
haruslah mengembalikan kembali maruah dan meningkatkan prestasi sebagai parti yang
mentadbir kerajaan Malaysia.

Perkara-perkara di atas merupakan antara cabaran politik yang di hadapi oleh Negara
kita dan perlu diatasi segera bagi menstabilkan Negara. Masyarakat dan pemimpin sendiri
haruslah memikirkan langkah dan strategi bagi memulihkan kembali prestasi politik
Malaysia.

4.3 ISU-ISU HANGAT

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan
agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka
serta kumpulan etnik dan lainnya. Penduduknya terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu
Melayu, Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik
minoriti. Dianggarkan terdapat sekitar 80 kaum wujud di Malaysia yang menuturkan sekitar
60 bahasa (J. S. Furnival dalam Muhammad Agus, 1993). Ia sebenarnya bermula setelah
penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebaik pembukaan lombong bijih
timah dan ladang-ladang getah pada awal tahun 1900.

18
Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu. Terbukti dengan wujudnya gabungan
UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun
1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk
membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik
Malaysia. Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO – Melayu, MCA – Cina, MIC –
India, Pasok – Kadazan Dusun , AMCJA – gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri
daripada orang-orang bukan Melayu yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masing-
masing.

Takrif-takrif politik ialah hal ehwal dan kegiatan yang terlibat di dalam mentadbir
sebuah negara atau kerajaan, perhubungan sosial termasuk persepakatan untuk mendapatkan
wala’ ataupun kuasa, pengendalian atau penyertaan dalam hal-ehwal politk dan kaedah atau
taktik yang digunakan termasuk yang berhelah dan juga yang tidak berprinsip. Ini menepati
bagaimana politik telah menerbitkan pergolakan sosial. Pergolakan politik telah
menyebabkan peristiwa-peristiwa hatta pembunuhan-pembunuhan seperti kematian Julius
Caesar (44SM), Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Kahlifah Umar Abd
Aziz dan rami lagi. Pembunuhan-pembunuhan bersifat politik juga terjadi kepada John F
Kenedy, Martin Luther King Jr, Benazir Bhuto dan lain-lainnya. Termasuk juga sebab-sebab
peperangan adalah politik.

Berikut adalah beberapa isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini:-

4.3.1. 5 November 2009, krisis politik di negeri Perak


Krisis yg berlaku ialah krisis perlembagaan dan banyak tuntutan hukum dan
masalah-masalah politik.
Isu yang berlaku ialah antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Pihak Pakatan Rakyat berpendapat isu ini hanya boley di selesaikan dengan
mengadakan semula pilihan raya dengan rakyat Perak turun padang untuk
memilih semula pemimpin mereka.
Manakala bagi pihak Barisan nasional menegaskan yang mana peralihan
pemerintahan di negeri Perak di lakukan dengan mengikut lunas dan undang-
undang negeri Perak.

19
4.3.2. 16 Julai 2009, Kematian Teoh Beng Hock (tkt 14 Plaza Mazalam, Shah Alam)
Pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor.
Merupakan saksi dalam siasatan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia
berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang di
perintahkan oleh Pakatan Rakyat.

4.3.3. PKR dan Suara Keadilan


Saman ini timbul apabila Suara KeAdilan memaparkan fitnah bahawa Felda telah
bankrap pada Jun lepas dan pemimpin PKR menggunakan laporan palsu ini
sebagai modal ‘politik fitnah’ dan ‘politik kebencian’ bagi menaburkan tohmahan
agar rakyat, terutama orang Melayu hilang keyakinan kepada Kerajaan bawah
kepimpinan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.
PKR terlalu nyata mengamalkan politik kebencian dan perpecahan sehingga
DYMM Sultan Johor menarik kembali darjah kebesaran DPMJ dan SPMJ Chua
Jui Meng kerana cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor.

Antara isu-isu lain yang hangat diperkatakan adalah:-

4.3.4. Pembangkitan nilai-nilai yang dianggap sensitive seperti agama, dan status
kerakyatan.
4.3.5. Pengelompokan masyarakat mengikut kaum termasuk generasi muda khususnya bakal
pemimpin, pentadbir dan golongan kelas pertengahan masih terus berlaku termasuk di
institusi pengajian tinggi bertunjangkan kebangsaan.
4.3.6. Tindakan sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang memainkan sentimen
perkauman bagi meraih populariti dan simpati.
4.3.7. Fahaman politik yg melampau dan taksub.

20
5.0 KEMAJMUKAN ETNIK MALAYSIA

Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia lebih diklasifikasikan kepada


aspek demogrfi. Aspek demografi ini penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat
di Malaysia kerana aspek ini dapat memperlihatkan keunikan Malaysia dari segi komposisi
etnik, sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.

Malaysia ialah negara yang pluralistik dengan jumlah penduduknya sekurang-


kurangnya 26.6 juta orang. Etnik Melayu merupakan kelompok majority di Semenanjung
Malaysia tetapi tidak di setiap wilayah atau negeri seperti di Pulau Pinang di mana etnik
Melayu dan Cina hampir sama jumlahnya.

Negeri-negeri semenanjung seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis di dapati etnik


Melayu ialah penduduk majoriti. Bagi negeri-negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor pula
etnik Melayu hanya 51% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Umumnya Malaysia negara
yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

Di semenanjung wujudnya budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, Baba-Nyonya,
Portugis, Serani dan Thai. Di Sabah pula, ada 32 golongan etnik dan Sarawak terdapat lebih
daripada 20 golongan etnik. Oleh yang demikian, kepelbagaian etnik ini telah melahirkan
kepelbagaian perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak,
Gawai, Pesta Keamatan dan Krimas.

Secara lazimnya, orang Melayu adalah beragama Islam. Perkara ini telah berlaku
sejak tahun 1970-an kerana ramai di antara masyarakat melayu yang berhijrah ke bandar.
Namun begitu masih terdapat sebahagian masyarakat melayu yang masih tinggal di luar
Bandar dan terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan samada dalam skala yang
kecil atau komersial. Di kawasan bandar pula masyarakat melayu lebih terlibat dalam sektor
perkhidmatan awam, sektor swasta, perdagagan dan perniagaan.

21
Org Cina merupakan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu sebahagian
besar daripada etnik ini bekerja dan menetap di lombong. Kini ada kalangan mereka telah
berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagagan atau
perkhidmatan dan menjalani kehidupan di bandar.
Etnik India juga merupakan salah satu etnik yang merangkumi jumlah masyarakat
yang besar di Malaysia. Antara sub-etnik India adalah seperti Sikh, Tamil, Malayali dan
Singhala. Masyarakat India menganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.
Golongan etnik terkecil di Semenanjung adalah etnik Orang Asli. Namun begitu etnik
ini tetap terkenal dalam kajian antropologi. Etnik ini merupakan penduduk kawasan
pedalaman di beberapa negeri Semenanjung. Etnik ini menganut kepercayaan tradisional,
anisme, Kristian dan Islam. Kelompok-kelompok kecil yang lain seperti Baba-Nyonya,
Portugis dan Thai terdapat di beberapa negeri bahagian utara.
Di Sarawak, etnik Dayak merupakan penganut kepercayaan tradisional dan Kristian
namun sebilangan kecil dari mereka menganut agama lain seperti agama Islam. Etnik Dayak
merupakan penduduk luar Bandar tetapi sejak tahun 1970-an keadaan mula berubah di mana
penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar adalah masyarakat yang menjalankan aktiviti
utama iaitu pertanian. Namun ada yang menjadi buruh upahan dalam sektor pembalakan.
Tetapi ada juga di antara masyarakat etnik ini menerokai bidang baru seperti perdagagan atau
sektor komersial di bandar-bandar utama.
Masyarakat Melayu juga terdapat di Sarawak dan merupakan penghuni luar bandar
namun masih ada yang tinggal di perkampungan terutama pinggir Bandar Kuching, Kota
Samarahan dan Sibu. Aktiviti utama yang dijalankan oleh masyarakat ini ialah pertanian.
Bagi yang tinggal di bandar lebih tertumpu di sektor perkhidmatan awam.
Masyarakat Melanau di Sarawak merupakan penduduk di pantai Sarawak yang
menganut agama Islam, Kristian dan tradisional. Masyrakat yang masih tinggal di luar bandar
kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, petani dan pengusaha sagu.
Kebanyakkan masyarakat Cina di Sarawak menetap di bandar dan sebilangan kecil
tinggal di kawasan luar bandar. Aktiviti ekonomi utama masyarakat ini tertumpu pada
perdagagan terutamanya di bandar-bandar utama. Masyarakat etnik ini menganut pelbagai
agama.

22
Di Sabah, antara etnik yang menetap di negeri tersebut ialah bumiputera
Kadazandusun di mana masyarakat ini menganut agama asal mereka dan Kristian. Namun
begitu, ada segelintir daripada mereka yang menganut Islam terutama masyarakat yang
menetap di Ranau.
Etnik Bajau, Murut dan pribumi lain juga ada yang menganut agama Islam dan di
samping itu terdapat juga yang beragama asal dan beragama Kristian. Purata bil penduduk
yang menganut Islam dan Kristian dalam etnik Bumiputera adalah hampir sama jumlahnya.
Kebanyakkan mereka tinggal di luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri di samping
mencari hasil hutan.
Di bandar-bandar, masyarakat lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan awam
walaupun bilangan dan peratusan antara etnik berbeza-beza serta berubah-ubah dari semasa
ke semasa. Masyarakat Cina di Sabah tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Ramai di antara
masyarakat tersebut terlibat dalam aktiviti perdagagan dan sektor komersial. Masyarakat
etnik ini juga menganut agama yang pelbagai.
Di Sarawak juga wujudnya pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umumnya tidak
terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Jabatan Perangkaan
Malaysia telah membuat kajian penduduk Sarawak meliputi:
i. Dayak
ii. Melayu
iii. Melanau
iv. Cina
v. India

Di Sabah pula tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya.
Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain di mana penduduk luar bandar
dan persisiran manakala etnik Cina menduduki bandar-bandar utama.
Aspek demografi mempunyai pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik
negara. Misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang
menganggotai sesuatu parti politik. Dominasi etnik Melayu dalam politik negara jelas dapat
dilihat daripada Dewan Rakyat yang kini mempunyai lebih daripada 219 wakil/kerusi di
mana Melayu dan Bumiputera lebih mendominasi Dewan Rakyat tersebut.
Dalam perjalanan sejarah pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama
politik dan perkongsian kuasa sudah lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.

23
6.0 KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN
NEGARA

6.1.Rukun Negara

Sebelum meletusnya peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan hanya memberikan tumpuan
pada usaha-usaha untuk pembangunan negara dari segi fizikal sehingga tidak menyedari
kekurangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat dan setiap kaum masih lagi hidup
terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideologi kebangsaan yang boleh menyatu
padukan mereka.

Selepas peristiwa 13 Mei tersebut terjadi, kerajaan telah mula berusaha ke arah merangka
dasr-dasr pembangunan dan pendekatan yang boleh menghapuskan jurang perbezaan antara
kaum bagi meingkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia.

Dalam usaha untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai ikatan perpaduan yang
kuat di samping membangkitkan semangat cintakan tanah air, ideologi negara yang di kenali
sebagai rukun negara telah diperkenalkan.

Draf rukun negara telah di bincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh Majlis
Perundangan Negara, sebelum diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara dan kemudiannya
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 semasa ideologi nasional Malaysia telah menggariskan lima
prinsip utama, iaitu:

i. Kepercayaan kepada Tuhan


ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
iii. Keluhuran perlembagaan
iv. Kedaulatan undang-undang
v. Kesopanan dan kesusilaan

Rukun negara telah menjadi rujukan dan garis panduan yang penting bagi sebarang dasar dan
keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan telah menggunakan rukun
negara sebagai instrument bagi mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan
membimbing masyarakat Malaysia kea rah menujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan,
dan tanggungjawab yang digariskan dalam rukun negara yang perlu dihormati oleh setiap
rakyat.

24
Matlamat rukun negara di perkenalkan adalah:

i. Untuk mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu, masyarakat yang


demokratik, adil, liberal serta progresif
ii. Unutk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan sanggup
memberikan taat setia yang paling tinggi kepada negara
iii. Membina rakyat yang demokratik iaitu bukan sahaja kuasa berada di tangan
rakyat tetapi juga menjamin hak-hak asasi dan kebebasan rakyat untuk berpolitik
sejajar dengan undang-undang negara
iv. Membina masyarakat yang adil bagi menjamin persamaan peluang untuk
menikmati kemakmuran negara serta pengagihan kekayaan yang adil dan saksama
v. Membina masyarakat yang liberal iaitu menjadikan kepelbagaian dan perbezaan
dalam masyarakat ini sumber kekuatan dan kemajuan
vi. Membina masyarakat yang progresif iaitu dapat mencapai kekseimbangan antara
kemajuan sains dan teknologi dengan perkembangan nilai-nilai rohaniah

6.2.Pembentukan Barisan Nasional (BN)

Bagi mengukuhkn lagi penyatuan kaum dan etnik yang ada di Malaysia melalui politik
selepas peristiwa 13 Mei tersebut, kerajaan Perikatan telah berpendapat bahawa perlunya
untuk mengadakan kerjasama dengan parti-parti pembangkang agar satu ikatan kerjasama
politik antara pelbagai etnik dan parti dapat diwujudkan.

Kerajaan campuran pertama yang telah dibentuk adalah Perikatan dengan sebuah parti
pembangkang iaitu Gerakan pada Februari 1972 supaya memudahkan kerajaan
mengimplitasikan dasar-dasar sosioekonomi di seluruh negara.

Pada 1 Mei 1972, kerajaan campuran telah dibentuk di negari Perak iaitu antara perikatan
dengan Parti Progresif Rakyat (PPR). Persetujuan telah dicapai selepas beberapa rundingan
diadakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan campuran antara Perikatan dengan Parti Islam
Se-Malaysia (PAS).

Parti-parti poltik yang turut menyertai kerajaan campuran di Sarawak ialah seperti Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak United
People Party (SUPP).

25
Di Sabah pula kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),
Parti Demokratik Sabah dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP) selepas tahun 1970. Gabungan
Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah meluaskan perkongsian politik
hingga melibatkan 12 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dikenali
sebagai Barisan Nasional (BN) dan telah didaftarkan pada 1 Jun 1974.

Objektif penubuhan Barisan Nasional adalah:

1. Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu
2. Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani serta mengekalkan Islam
sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram
3. Berusaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil dan saksama
4. Berusaha untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan parti anggota

6.3.Pakatan Rakyat

Pakatan rakyat telah terbentuk pada 1 April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka
dan sokongan rakyat kepadanya. Pakatan politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai
persetujuan bekerjasama sebagai Barisan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada
tahun 2008.

Setiap komponen parti yang pada mulanya mempunya ideologi perjuang tersendiri namun
akhirnya telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan
kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia. Bagaimanapun part-parti tersebut telah
bersetuju mencapai kerjasama politik bagi menetang Barisan Nasional dalam Plihan Raya
Umum ke-12. Pakatan parti-parti tersebut telah berjaya memenangi sokongan rakyat
berbilang kaum sekaligus mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya
2008.

Ideologi Pakatan Rakyat ialah:

1. Keadilan social
2. Kemajuan
3. Demokrasi social
4. Kebajikan awam

26
7.0 SARANAN KE ARAH PEMANTAPAN POLITIK ANTARA ETNIK

Kepelbagaian penubuhan parti politik dalam bilangan etnik yang bukan sedikit di
malaysia, memungkingkan bermacam bentuk anasir negatif meresap secara halus lalu
meruntuhkan integriti antara etnik. Lantas, jaminan kemerdekaan yang selama ini
dipertaruhkan akan tergadai dalam sekelip mata. Justeru, pelbagai pihak perlulah berganding
bahu bagi memastikan tiada satu pun anasir ini berjaya menembusi benteng permuafakatan
yang telah terbina sejak sekian lama. Jika hal ini tidak dibendung sedari awal lagi, tidak
mustahil peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang dan mencipta sejarah yang lebih buruk.

Berikut merupakan beberapa saranan yang boleh dipraktikkan oleh semua pihak bagi
memastikan kelangsungan objektif ini dan memantapkan lagi kesepaduan antara kaum serta
mewujudkan budaya politik yang lebih sihat dalam kalangan masyarakat:-

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam berpolitik


2. Mengukuhkan politik sosialisasi dalam kalangan rakyak- melahirkan pemikiran
politik matang
3. Memperbetulkan objektif penubuhan parti politik
4. Tidak terlalu taksub dgn parti2 politik yg disokong
5. Mengaplikasikan kaedah konsesus (persetujuan) sepenuhnya
6. Mewujudkan lebih byk pelan-pelan integriti

27
8.0 KESIMPULAN

Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, perkembang politik dalam negara perlu
dipantau dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan unsur-unsur negatif berjaya menembusi
benteng permuafakatan antara etnik. Justeru, isu politik tidak boleh dipandang remeh dan
enteng kerana secara holistiknya, isu-isu politik yg telah dibangkitkan sebelum ini begitu
berkait rapat dengan isu-isu teras yang lain bermula daripada isu pendidikan sehingga
mencakupi isu-isu kenegaraan yang penting seperti ekonomi dan undang-undang.

Oleh itu, tindakan-tindakan yang lebih dinamik dan berkesan perlu dijana bagi
menambahbaikkan sistem politik antara etnik lantas mengukuhkah lagi integriti antara kaum
sebagaimana pepatah melayu ada menyebut, ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah’. Dalam erti kata yang lebih mudah, perbezaan fahaman politik dalam kalangan
setiap etnik tidak menjadi isu yang besar sekiranya setiap komponen dalam organisasi bangsa
Malaysia yg majmuk ini sendiri saling bertoleransi dan bekerjasama untuk memelihara
kemerdekaan Negara serta tidak menyalahgunaan kebebasan yang ada pada kita.

28
Rujukan

http://www.scribd.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia

http://www.scribd.com/doc/12843502/SEMINAR-SEJARAH-POLITIK-MALAYSIA

http://www.scribd.com/doc/23998964/pendidikan-politik

http://www.scribd.com/doc/36235827/Politik-Dan-Kenegaraan-Islam

http://www.scribd.com/doc/14751897/Analisis-Politik-Semasa

29

You might also like