P. 1
PANDUAN MENANAM CILI

PANDUAN MENANAM CILI

|Views: 566|Likes:
Published by Freshrose Deathsea

More info:

Published by: Freshrose Deathsea on Oct 03, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/13/2012

pdf

text

original

PANDUAN MENANAM CILI CILI MERAH Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah

. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga.

Varieti MC 11 Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan. Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm.

Varieti MC 12 Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap. sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari. Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.

MC 4 Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas. Jangkamasa pengeluaran adalah pendek. Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam. Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus. Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar. Sesuai untuk ditanam secara

Antraknos (MC 11 & 12 : rentan) Rawat biji benih dengan Thiram. Rentan pada virus antraknos dan virus. KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT 1. Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus) MC 11 rentan . MC 12 escape.besar-besaran. 2. tinggi pokok adalah 60-180 sm. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun. variasi dari segi bentuk buah kurang. rasanya sangat pedas. Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar. Perhatian: Benih-benih tanaman boleh diperolehi dari mana-mana Pusat Pembangunan Komoditi Semenanjung Malaysia. • MC 5 Varieti ini dibiakkan oleh MARDI. sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga. PENANAMAN Penyediaan Tanah: . 3. tirus. Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan. mesocap tebal. 10-15 g/biji. Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan). Sembur racun kulat Mancozeb. • Kulai Saiz buahnya 12-15 sm. Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar. Musnahkan pokok yang berpenyakit. tinggi pokok 100-200 sm. Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam. saiz buah 10-15 sm. MC 12: rentan) Sembur racun kulat Benomyl (Benlate).

basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian. 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Menyediakan Anak Benih: Bagi tanaman di ladang. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Sebelum mencabut. sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang. Sebelum diubah ke ladang. gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak antara batas ialah 45 cm (1. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Di Ladang Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.1. 2. Menanam: 1. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).5 kaki). dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. . 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah. Sediakan batas berukuran 1. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.

Disamping itu. cara menanamnya perlu diberi perhatian. Tinggalkan hanya sepokok. amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok. MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN (sumber: Suara KPW Oktober 1993) Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris 2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak. Membaja 1. PENJAGAAN: Menyiram Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. 2. maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. . Di Ladang Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.

Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun. kecil dan melengkung ke bawah. Sembur racun seperti dicofol atau malathion . . Merumput Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah. Di Ladang . Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering. afid ialah pembawa penyakit virus. cangkul atau tajak. Selain itu. Serangga: . pucuk dan bunga cili.Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan 2. Penyakit: Klik di sini untuk penerangan mengenai penyakit tanaman cili! 2. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya. 1. KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak dan penyakit. Serangan menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut.Sungkupan 1.Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid .Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot.

Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair. Untuk pengawalan yang berkesan.Ulat Ratus: Makan daun dan buah. benih cili hendaklah disemai di dalam rumah jaring kalis serangga. Peringkat ini dianggap kritikal kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%. .Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot. Di ladang. Kutu trip juga boleh menyebar virus. .. Ini penting kerana anakanak benih cili yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat. kecil dan melengkung ke bawah. Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. . pucuk dan bunga. Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman cili. . Akibatnya daun menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas. . Pantulan cahaya daripada plastik bersinar ini mampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan juga kutu trip hinggap pada tanaman cili. batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar. pada peringkat semaian.Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang. Ini amat penting terutama pokok sekurang-kurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang.Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun.

Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan. Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah. Pada peringkat berbuah pula. dicadangkan supaya racun serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja. Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang. Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan. Selepas tempoh ini. sistem tanaman berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan. Sistem ini berupaya mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti stomata dan fotosintesis. Sistem ini menggalakkan kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang hinggapan afid bersayap dan kutu trip. selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh rimbunan pokok cili. jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan oleh perosak buah dan lalat buah. Akan tetapi. Oleh itu. Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak tersebut. lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan.Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus. Serangga-serangga ini gemar makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus. penggunaan sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:• • • • Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput. Secara . Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan. Seelok-eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi. kura-kura.

Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Pendapatan kasar ialah antara RM50.00.00 ke RM1.00 (2) Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. MEMUNGUT HASIL (1) Di Ladang Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan. • Cili HIjau Harga ialah antara RM4. • Cili Merah Harga ialah antara RM5.600.00 ke RM1. Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili. Pendapatan (kasar ialah antara RM400.200 kg. PENGENDALIAN LEPAS TUAI . Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 . penanam cili harus sedar bahawa spek pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.tidak langsung. perlu diingat bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili diubah ke ladang.00.200. Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak.00 ke RM6.00 ke RM8.00. kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili.

Indeks 3: Cukup matang . Indeks 6: Terlalu matang .Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau. SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan.Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha. Indeks 4: Cukup matang . Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman. Indeks 5: Cukup matang . Indeks 2: Cukup matang . Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini. Pengelasan Gred dan Saiz Kelonggaran (% maksimum) Gred Ketentuan .Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai. Indeks 1: Tidak matang .Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah).Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran di peringkat runcit.

Adaptasi meluas kepada keadaan kawasan (tanah dan persekitaran).Jenis yang sama Tahap kemalangan yang seragam 1 Kesegaran Kecacatan (cacat bentuk. Penghasilan setinggi 1. Panduan Menanam Cili Api PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN • Pembugkusan Cili merah dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan . Cili ini menunjukkan tindak balas kepada jangkitan virus. Pengeluaran hasil serentak dan cepat matang. merah (indeks 3-4) dan untuk proses (indeks 5-6).2. kotor.0 kg/pokok semusim (peningkatan hasil >200% berbanding cili padi biasa). Penghasilan tertinggi pada 4-5 bulan penanaman (hit).CILI PADI UNTUK KOMERSIL Pungutan hasil dibuat 3 bulan selepas ditanam. Tempoh penanaman selama setahun. kotor) rosak Saiz yang seragam (panjang x > 10 cm) Jenis yang sama Warna seragam 2 Tidak segar Cacat.5 . Cili ini boleh dipasarkan sebagai cili hijau (indeks kematangan 1-2). rosak Saiz yang seragam (panjang 7-10 cm) Luar Gred Cili yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas 5 5 10 5 5 5 15 5 SEMERAH .

atau kaedah statistik yang dipersetujui. nombor pendaftaran syarikat. komoditi. nama/kod pengeksport. nombor kad pengenalan. berat bersih dan gred. • Perlabelan Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:.semasa pengendalian dan pengangkutan.Tarikh. nama/kod penanaman. PERSAMPELAN Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method of Sampling for Fresh Vegetables. alamat. RANTAIAN LAMAN MENGENAI CILI • • • • • • Istilah Pokok Cili dari Wikipedia Cili Jarum atau Cili Padi Info hibrid cili merah Agribazaar Catalog: Penjualan Cili Besar Taiwan di Perak Blog Teknologi Pertanian: Tanaman Cili Fertigasi Blog Teknologi Pertanian: Tanaman Cili Benggala .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->