You are on page 1of 4

Anda ialah Pengerusi Kelab Kesenian.

Anda akan menyampaikan ucapan dalam


satu Majlis Ramah Mesra sempena pengambilan ahli baharu.

Tulis ucapan anda selengkapnya.

Rangka karangan;
1 Ucapan selamat, terima kasih
2 Kelab ditubuh tahun 2004 – hasil usaha Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul
3 Tujuan untuk merapatkan remaja dengan seni warisan bangsa
4 Mesyuarat pertama pada 5 Januari 2004
5 Aktiviti yang diadakan ialah pameran kebudayaan, pertunjukan kesenian,
pesta tanglung dan malam kebudayaan
6 Kegiatan dirancang untuk melatih anggota berdisiplin, bekerjasama,
berdikari dan sebagainya
7 Bakat dapat dicungkil dan daya kreativiti dapat ditingkatkan
8 Usaha ini dapat membanteras gejala vandalisme
9 Saranan menyertai kelab kepada yang belum terlibat
10 Harapan terus maju dan berganding bahu

Contoh Karangan

Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru,
serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis Ramah
Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru.

Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani dan
Cikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif.
Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisan
bangsa.

Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari


2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Saya
dan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antara
kegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena dengan
Majlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , Pesta
Tanglung dan Malam Kebudayaan 2004.

Hadirian sekalian,
Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agar
bekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan dengan
itu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yang
berwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelab
dapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan.

Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalisme


kerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Saya
menyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelab
kesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalam
aspek jasmani dan rohani.

Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab ini
terus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiap
kegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.
Anda akan berpindah sekolah kerana bapa anda ditukarkan di Jabatan lain di
Johor.Anda dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang
dirancang oleh guru dan rakan-rakan anda.

Tulis teks ucapan anda selengkapnya

Rangka karangan;
1 Ucap selamat dan terima kasih
2 Maklum berpindah ke Johor
3 Berat hati berpindah mengikut bapa
4 Masyarakat Terengganu peramah dan suka menolong
5 Semangat kejiranan menambat hati
6 Guru yang baik hati dan menyuntik minda dengan ilmu
7 Harapan agar hubungan terus terjalin
8 Akan terus mengirim surat
9 Mohon ampun dan maaf
10 Terima kasih
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh Karangan

Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha Puan


Halimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi


kesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidak
menyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya.
Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya.

Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman,


Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hari
terakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan
namun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayah
saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selama
saya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeri
Terengganu. Mereka peramah dan suka menolong.

Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang


membuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu saya
dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dan
tidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para guru
dan rakan akan tetap terpahat di hati saya.

Rakan-rakan yang dikasihi,


Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi
dengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin.
Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata.
Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti.

Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakan-
rakan jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini.
Sekian, terima kasih.
Andaikan anda seorang Pegawai Jabatan Bekalan Air. Anda dijemput untuk
menyampaikan ceramah tentang pentingnya air kepada penduduk kampung.

Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Rangka karangan;

1 Ucap selamat
2 Terima kasih atas undangan untuk menyampaikan ceramah.
3 Bumi terdiri daripada 70 peratus air dan 30 peratus daratan
4 Kita mestilah berjimat ketika menggunakan air
5 Gunakan air hujan untuk aktiviti seharian
6 Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan penggunaan air
7 Kebocoran pili juga menyebabkan pembaziran air
8 Laporkan kebocoran kepada Jabatan Bekalan Air
9 Berjimatlah menggunakan air
10 Jadilah warganegara yang bertanggungjawab.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh Karangan.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli,
pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dan
salam sejahtera.
Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian
mengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupan
kita seharian.
Hadirin yang dihormati,
Walaupun kita beranggapan 70 peratus daripada bumi ini diliputi air dan 30
peratus sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripada
sejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 peratus adalah air tawar yang dapat
diminum dan digunakan manakala selebihnya ialah air masin.
Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan mandi
terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang banyak.Selain itu, kita juga
dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyak
pakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air
hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar.
Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air,
misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air
meningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surut
terutamanya ketika musim kemarau panjang. Mungkin pada waktu itulah kita akan
mulai terngadah kerana kekurangan air.
Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti
mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan
sebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan
untuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari.
Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan
pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang
antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat
sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah
membuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat.
Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di mana-
mana sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.

You might also like