You are on page 1of 15

Pengenalan

Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di


sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di sekolah tetapi


masih tidak begitu ketara dan terdapat sebahagian guru masih kurang memahami
konsepnya. Dekad ke-21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
amat menggalakkan amalan pengurusan yang berkualiti dalam organisasi di
bawahnya.
.
Antara penekanan yang diberikan adalah kerja berpasukan. Melalui kerja
berpasukan dalam semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara
ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan
sesuatu masalah yang kompleks.

Definisi Kerja Berpasukan

Menurut Yeop Hussin Bidin (2006), kerja berpasukan bermaksud kerjasama


antara pengurus ataupun ketua jabatan yang bertanggungjawab merancang, dan
kakitangan yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Ini kerana segala
masalah dapat diselesaikan dengan tolak ansur dan muafakat.

Justeru, pengurus dan ketua jabatan perlu mempunyai pengetahuan dan


kemahiran mengurus kerja berpasukan. Mereka perlu didedahkan dengan ciri-ciri kerja
berpasukan dan faedah yang bakal diperoleh. Sumbangan besar kerja berpasukan
adalah muafakat dalam melaksanakan tugas ataupun projek. Firman Allah S.W.T:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


dan bertakwa serta janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa dan pencerobohan.
( Surah al-Maa’idah 5:2)

-1-
Menurut Abd. Aziz (2003) pula, kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan
individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi
keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing
mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugas yang mencabar.

Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai


kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat spesifik
jabatan atau organisasi.

Merujuk Saari (1991), kerja berpasukan ialah sesuatu kumpulan yang


melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan
berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.

Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan di peringkat sekolah. Guru-


guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya bagi menyelesaikan kerja-kerja
yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat menggalakkan penyataan perasaan, inovasi
dan perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang lebih kreatif. Malahan, kerja
berpasukan juga merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah
peningkatan kualiti pendidikan.

Menurut Hadyn dan Mc Donnel (1996), pasukan yang efektif adalah terdiri
daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan
semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. Kerja
berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi
maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam
ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha,
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk
menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui
kerja berpasukan akan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa
meningkatkan sumber.

-2-
Kerja berpasukan juga akan dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan
atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Kerja berpasukan di sekolah
terutamanya di kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan
keberkesanan jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan
kualiti kerja dan kualiti pendidikan di kalangan guru serta memberi kepuasan kerja
kepada mereka.

Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea di kalangan


Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan saling mempercayai,
mengukuhkan komunikasi dalam jabatan serta menuju ke arah peningkatan kualiti yang
berterusan dalam organisasi sekolah.

Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh


memberi input kepada organisasi sekolah untuk mencapai kejayaan sekolah
berasaskan visi dan misi sekolah. Contohnya, kajian Weller (1998) membuktikan
peranan kerja berpasukan adalah menuju ke arah kejayaan dalam organisasi sekolah.
Manusia mengharapkan adanya kepuasan dalam kerjanya, kerana kepuasan kerja
dapat memberikan kesan yang positif kepada produktiviti, perlakuan koperatif,
kepuasan hidup, dan kesihatan pekerja.

Menurut Whether dan Davis dalam Safrizal (2004), kepuasan akan dapat
ditingkatkan melalui kerja berpasukan yang berkesan. Salah satu faktor yang dapat
mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah kepimpinan yang efektif dalam kerja
berpasukan, tetapi kualiti seseorang pemimpin tidak menjamin memberi kepuasan kerja
kepada orang bawahannya kerana ia amat bergantung pada persepsi dan penerimaan
gaya kepimpinan daripada orang bawahannya.

Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang
menjadi keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya
berkaitan dengan sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai
faktor lain yang mempengaruhi kualiti pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan
sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dibuat secara

-3-
berterusan. Oleh yang demikian, kerja secara berpasukan amat penting diamalkan di
sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

Keberkesanan kerja berpasukan bergantung kepada ahli pasukan bersemangat


untuk bekerjasama, menerima dan menggunakan kekuatan yang ada pada setiap ahli
dalam pasukan, dan sentiasa memberikan galakan antara sesama mereka dalam
menjalankan tugas masing-masing. Setiap ahli perlu memberi perhatian yang
sepenuhnya kepada matlamat yang telah ditetapkan dan mereka perlu juga mengambil
berat dan prihatin terhadap sesama ahli dalam pasukan mereka. Selain daripada itu,
aspek yang perlu diberi perhatian ialah kepuasan kerja yang merupakan kesan daripada
keberkesanan kerja berpasukan.

Kepentingan Kerja Berpasukan

Maddux (1993), membuktikan dalam kajian beliau bahawa peningkatan


produktiviti semakin bertambah jika kerja dilakukan secara berpasukan berbanding kerja
secara individu. Kepentingan kerja berpasukan dalam jabatan adalah jelas dan tidak
boleh disangkal lagi dengan meningkatnya tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan,
Panitia serta guru di sekolah akibat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam
sistem pendidikan sekolah.

Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2004), seseorang itu dianggap benar-benar


cemerlang jika dia boleh mencipta situasi ‘saling kebergantungan’ antara satu sama lain.
Dalam buku beliau juga memperkatakan kemahiran kerja berpasukan yang mana
menjadi salah satu jenis ‘kerja dengan orang lain’ yang paling popular dan berkesan.

Sudah banyak organisasi-organisasi besar dan pakar-pakar pengurusan


menekankan kepentingan kerja berpasukan kerana ia adalah penyumbang terbesar
kepada kejayaan gergasi korporat dan prestasi mengagumkan pertubuhan-pertubuhan
induk dunia. Antara kemahiran kerja berpasukan yang perlu di terokai seperti
komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik,
membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian,memberi
ganjaran, dan sebagainya.

-4-
Kerja berpasukan yang berkesan penting dalam sesebuah organisasi sekolah
kerana ia menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara bekerja yang paling
baik. Contohnya, Jika jabatan atau panitia itu sentiasa memberi perhatian kepada
keperluan dan perasaan ahli, tiba-tiba ada seorang ahli yang marah seorang ahli
lain,setiap ahli dalam jabatan atau panitia tidak akan dapat menerima kelakuan ini
kerana kemarahan itu tidak disebabkan oleh sesuatu perkara yang munasabah.

Dalam kerja berpasukan, setiap anggota tidak akan melambatkan kerjanya. Jika
ada seseorang ahli tidak menghabiskan kerjanya walaupun masa yang secukupnya
sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk, kerana semua ahli dalam jabatan
pasti akan melihatnya dengan pandangan yang sinis. Selain itu, dalam kerja
berpasukan, jika sifat tolong-menolong itu sudah menjadi tradisi dalam jabatan, maka
setiap ahli tidak akan segan untuk bertanya sesuatu kepada siapa pun apabila ia ada
masalah. Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masing-
masing akan bekerja bersendirian.

Merujuk Jean (2002) dalam kajian beliau menghujahkan bahawa kepentingan


kerja berpasukan melibatkan sekumpulan manusia yang mempunyai komitmen tinggi
terhadap tujuan umum, berkemahiran tinggi dan bersetuju kepada matlamat
pencapaian yang khusus di mana semua ahli pasukan saling bertanggungjawab dalam
suatu organisasi.

Maka, kerja berpasukan yang berkesan perlukan visi, misi, wawasan dan
matlamat yang jelas dan ringkas. Matlamat ini mesti diketahui oleh semua ahli pasukan
supaya masing-masing faham dan ketahui tanggungjawab mereka. Semua ahli perlu
tahu apa yang hendak dicapainya.

Chand et.al (1998) pula, dalam kajian mengenai kepentingan pasukan kerja dan
keberkesananya telah menyatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk
menyelaraskan usaha dan kepakaran bagi mencapai keputusan yang dihasratkan ialah
kerja berpasukan.

-5-
Banyak pendapat tentang pentingnya kerja berpasukan kepada organisasi
sekolah dalam mengendalikan urusannya. Satu pendekatan yang praktis untuk
mendapatkan kerjasama tenaga ahli pasukan ialah dengan melibatkan mereka dalam
pengendalian urusan-urusan sekolah.

Faedah-faedah yang diperolehi ahli pasukan termasuklah perkembangan


kefahaman yang lebih baik tentang matlamat organisasi, penyelesaian masalah yang
lebih efektif, galakan untuk menjadi kreatif, motivasi dan moral yang meningkat,
peluang untuk mengenal pasti dan mengembangkan kepimpinan dan komunikasi yang
lebih baik (Zaidatol, 1990).

Kerja berpasukan adalah penting kerana ia dapat membina semangat kerja


dalam kalangan Ketua Panitia yang akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan
dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan dan kualiti
pembelajaran di kalangan ahli pasukan serta memberi kepuasan kerja kepada mereka.

Semangat kerja berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh ahli


jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat kerja berpasukan ini boleh
dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen di dalam program-program peningkatan
kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan. Semangat berpasukan di kalangan ahli pasukan
boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan.

Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah menjalankan kempen
kesedaran, mengadakan latihan, mewujudkan struktur pasukan, memberi pengiktirafan
dan memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja. Semangat
berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau
panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti.

Semangat kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea


dalam kalangan ahli pasukan, mewujudkan perasaan saling mempercayai di kalangan
ahli, mengukuhkan komunikasi di dalam jabatan atau panitia ke arah peningkatan kualiti
yang berterusan dalam organisasi sekolah.

-6-
Menurut Fields (1993), kualiti amat penting dalam sesebuah organisasi, dan
kualiti tidak wujud dengan sendirian, kualiti adalah perubahan budaya yang
mengutamakan proses menambahbaik dan prinsip-prinsip yang berkualiti akan
berkekalan.

Semangat kerja berpasukan dapat membendung seseorang itu daripada terbabit


dalam salah laku dan gejala negatif kerana segala urusan pembangunan ekonomi dapat
diimbangkan dengan pembangunan kemanusiaan seperti integriti, akauntabiliti dan
ketelusan. Menurut beliau, integriti yang kukuh dalam pasukan berupaya membendung
kelemahan dalam pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan kewangan serta
menjauhkan individu daripada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Beliau mahu nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasama serta sentiasa
bermusyawarah diterapkan di kalangan kakitangan supaya satu pasukan bekerja yang
lebih berkesan dapat dibentuk.

Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh memberi


input kepada mereka dan kejayaan sekolah berasaskan visi dan misi sekolah serta
matlamat sekolah. Recardo et.al, (1996), menyatakan bahawa high involvement high
performance dan penglibatan serta komitmen akan memberi hasil yang
memberangsangkan.

Kerja berpasukan akan dapat memberi peluang kepada ahli dan ketua bekerja
secara bersama dan berkesan demi kebaikan pelanggan. Pasukan yang efektif adalah
yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk
dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara
usahasama. (Hadyn and McDonnel, 1996).

-7-
Keberkesanan Kerja Berpasukan

Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerja berpasukan


mempunyai enam kekuatan iaitu:

i. kelemahan seseorang individu dalam pasukan akan dineutralkan oleh kekuatan


anggota pasukan lain.
ii. kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat organisasi.
iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat.
iv. ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan gembira.
v. pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif seolah-olah tidak
wujud di kalangan ahli.
vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan mencapai
keberkesanan berpasukan dengan cepat.

Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model


Komprehensif dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang berkesan iaitu:

1. matlamat yang difahami dan dipersetujui


2. konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik
3. ahli berkongsi peranan kepimpinan
4. keupayaan ahli digunakan sepenuhnya
5. komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku
dalam pasukan
6. ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan
7. penglibatan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
8. pengujian dan kreativiti digalakkan
9. menilai fungsi dan proses dengan kerap
10. setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa masing-masing.

-8-
Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja berpasukan
yang berkesan iaitu:

1. kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi


2. ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama
3. matlamat kerja berpasukan adalah jelas
4. latihan yang mencukupi dan bersesuaian
5. autoriti dan peluang membuat keputusan
6. menghargai nilai konflik yang wujud.
7. menghormati perbezaan individu dan menggunakannya sebagai refleksi diri.
8. berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada
9 . kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama.

Keberkesanan kerja berpasukan akan memperlihatkan sembilan komponen yang


disebut sebagai ‘peta’ oleh McGregor, Likert dan Blake & Mouton (1964) dalam Tengku
Abd. Aziz (1999) iaitu nilai yang jelas dan dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan
mengikut keadaan, bangga dengan pasukan, maklum balas dan kaji semula, sikap terus
terang dan ikhlas, membuat keputusan bersama dan penekanan pada tindakan.

Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja berpasukan
membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut beliau lagi,
perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara komited memberi tranformasi
kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti.

Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada seseorang


secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat
kompleks, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu , lazimnya penyelesaian
masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian
setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan
dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya.

Sekolah yang berkesan melahirkan murid, pekerja dan organisasi yang berkualiti.
Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan menjadi salah satu elemen kualiti

-9-
menyeluruh yang dapat membantu pihak pengurusan mencapai visi dan misi sekolah
dengan cemerlang.

Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau TQM ( Total Quality Management)


telah diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920an dan terus mendapat sambutan selepas
dipelopori semula oleh Edward Demings, 1950an dan tahun 1980an telah bangkit
sebagai suatu cara peningkatan kualiti dan kaedah pengurusan yang bersistematik dan
berstrategi di seluruh dunia. Salah satu daripada prinsip-prinsip yang menyokong
pengurusan kualiti menyeluruh ialah mengukuhkan semangat berpasukan.

Kerja berpasukan dalam konteks pendidikan ialah usaha meningkatkan kualiti


pendidikan. Dalam sektor pentadbiran semangat berpasukan bermula dengan
perkembangan budaya kerja kualiti dalam awal tahun 1990an (Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam, Bilangan 7 tahun 1991).

Kualiti menyeluruh (TQM) adalah di mana semua ahli kerja berpasukan berusaha
ke arah meningkatkan hasil atau perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran
organisasi (Lussier, 1998), manakala TQM atau kualiti menyeluruh pendidikan menurut
Fields (1993) merangkumi komitmen semua pihak dalam sistem pendidikan iaitu ibu
bapa, guru, pelajar, masyarakat, pemimpin dan kerajaan.

Bila wujud semangat kerja berpasukan, maka jabatan akan mencapai matlamat
dalam jangka masa yang singkat dan seterusnya mencapai kualiti. Kerja berpasukan
dapat mengenal pasti masalah kualiti, dapat mengkaji masalah dan membuat cadangan
serta boleh digantikan dengan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja


melalui kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan ahli kerja
berpasukan,mewujudkan semangat bekerja secara berpasukan, penyemaian dan
penerapan nilai serta etika kerja yang positif. Dengan melalui penglibatan dan minat
terhadap kerja akan memberi dorongan kerja yang tinggi kepada ahli pasukan dan
mewujudkan kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, pasukan, jabatan dan
sekolah.

- 10 -
Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dari pelaksanaan KMK. Di
antaranya ialah mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan,memupuk
kerjasama di kalangan pekerja dan memberi kepuasan bekerja. Begitu juga,dengan
dorongan untuk bekerja akan memberi keyakinan mengenai kebolehan diri ahli pasukan,
mengasah bakat kepimpinan dan menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan ahli
pasukan, memperbaiki sistem dan cara bekerja serta membina semangat kerja
berpasukan.

Kelebihan Kerja Berpasukan

Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak


faedah kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah
pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan
meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan
tekanan kerja dengan tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri
dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan
ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan.
Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan.

Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti meningkatkan


ransangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja,
mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan
angkara yang tidak sihat dan mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan
sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana
yang intim. Mereka juga akan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan
organisasi.

Pasukan kerja yang berjaya akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan hasil yang
menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am kerja berpasukan adalah sempadan yang
jelas, manfaat daripada kemahiran yang pelbagai, tugasan yang jelas untuk
dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh, bergantung pada kerjasama, bilangan ahli
yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti individu dan saling bergantung, kerja secara

- 11 -
kolektif, aktif dalam penyelesaian masalah, perbincangan secara terbuka, saling
bergantung dan kepimpinan berkongsi (Berk & Lintern, 2000).

Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat untuk
melaksanakan perubahan organisasi (Katzenbeg dan Smith dalam Tengku Abd Aziz,
1999). Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan
berkesan perlu dilahirkan dengan sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam
konteks organisasi sekolah, pasukan kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan
memiliki matlamat yang jelas (Tengku Abd. Aziz, 1999). Sebelum ditinjau lagi adalah
wajar meninjau teori-teori pengurusan yang membicara kerja berpasukan.

Manfaat yang akan diperolehi oleh Jabatan Bahasa ( Panitia ) dengan bertindak
sebagai kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran
dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan
penyelesaian yang berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu
meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi
peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan.

Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian


boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh
kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan
cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat
berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting
kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih
meluas, semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan dan
komunikasi yang lancar di dalam organisasi.

Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar
pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja
berpasukan. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan
mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti
kerja yang dijalankan. Dalam suasana kerja berpasukan, ahli pasukan mudah
menjalankan perasaaan percaya-mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini

- 12 -
individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan-
keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan
mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi
mengerakkan proses peningkatan kualiti.

Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan ahli pasukan itu


seterusnya akan memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan ini, di
dalam jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan
maklumat serta sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan
saling bergantungan di antara jabatan, yang mana akhirnya boleh membantu
memantapkan prestasi jabatan.

Penutup

Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan di sesebuah sekolah amat


penting. Ini disebabkan kerja berpasukan yang berkesan mengutamakan kualiti kerja
dan produktiviti seterusnya membina kepuasan kerja lalu dapat membina inovasi dan
kreatif di kalangan Ketua Panitia dalam jabatan. Kerja berpasukan yang berkesan juga
akan mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya
motivasi di kalangan ahli pasukan dalam jabatan .

- 13 -
RUJUKAN

Abd. Aziz Yusof,(2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Kuala Lumpur:
Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Berk, M.&Lintern,S. (2000). What Is Team Work. University of South Austrralia:


Flexible Learning Centre.

Chand, Sunil; Holm, Maudie, L. (1998). Managing for Result Through Teams.
Community College Journal of Research & Practise: 22.4. 363-380.

Fields.J.C.(1993). Total Quality For Schools: A Suggestion for American Schools.


Wisconsin: ASQC Quality Press.

Hadyn.Ingram and McDonnel.B. (1996). Effective Performance Managemant-The


Teamwork Approach Consider. Managing Service Quality.6(6). 38-42.

Kazemark, E. (1991). Ten Criteria for Effective Team Building . Health Care
Financial Managemant.

Maddux Robert. B.(1993). Membina Semangat Berpasukan: Latihan Kepimpinan .


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

- 14 -
Recardo R.J., David., Mention III, A.Charles, Jennifer.J(1996). Teams Who Needs
Houston. Texas: Gulf Publishing Company.

Spiegel, J. and Torres, C (1994). Manager's Official Guide to Team Working.


California: Pfeiffer & Co.

Weller.D.L.(1998). Unlocking the Culture for Quality Schools:Reengineering .


International Journal of Education Management.12/6. 250-259.

Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Fajar Bakti.

- 15 -

You might also like