You are on page 1of 3

Sejarah Perkembangan Hadis

Sejarah perkembangan hadis adalah setiap peringkat yang dilalui oleh hadis,
bermula daripada lisan Rasulullah SAW sehingga sampai kepada kita.
Hadis Sehingga Akhir Abad Pertama Hijrah
Rasulullah mengembangkan dakwahnya secara pengajaran dan pelaksanaan.
Ramai yang mendampingi Rasulullah untuk memahami islam dengan lebih
mendalam. Mereka juga turut memelihara sumber-sumber islam dengan sebaiknya
terutama hadis kerana al-quran itu sudah dijamin pemeliharaannya. Dengan sebab itu,
mereka menghafal, memahami, menghayati, dan seterusnya mempraktikkan hadis
serta menyampaikannya kepada manusia. Hadis-hadis tidak ditulis dan dibukukan
sepenuhnya walaupun terdapat sebilangan para sahabat yang boleh menulis berikutan
larangan Rasulullah membukukannya. Terdapat 4 faktor utama larangan penulisan
hadis yang dijelaskan oleh ulama’:
1. Supaya tidak bercampur aduk dengan al-quran kerana pada waktu itu al-quran
giat diperturunkan oleh Allah
2. Supaya para sahabat tidak menumpukan sepenuhnya kepada hadis dan
melupakan al-quran
3. Mengelakkan para sahabat membuang masa dengan menulis hadis kerana
pada waktu itu mereka yang pandai menulis adalah amat sedikit
4. Dikhuatiri mereka yang menghafal hadis apabila menulisnya akan bergantung
pada penulisannya dan melupakan hafalannya ataupun mereka yang tidak
mahir menulis cuba-cuba untuk menulis dan mengandungi kesilapan pada
penulisannya.
Sungguhpun begitu, larangan rasulullah bukan secara mutlak. Terdapat hadis yang
ditulis berdasarkan beberapa syarat yang tertentu. Selepas kewafatan rasulullah hadis
ini tetap tidak dibukukan sepenuhnya kerana dikhuatiri akan bercampur aduk dengan
al-quran.
Hadis Pada Abad Ke-2H
Setelah sekian lama, islam semakin tersebar luas ke pelusuk dunia. Ramai
sahabat yang telah meninggal dunia. Dengan sebab itu, di zaman Khalifah Umar Abd
Aziz satu arahan penulisan semula hadis dan pengumpulannya dalam satu buku
dilakukan. Pengumpulan hadis pada abad ke-2H yang merupakan titik mula kepada

1
usaha pembukuan hadis, pengumpulan tersebut tidak lengkap dan tidak tersusun
dengan baik serta bercampur aduk dengan pendapat para sahabat dan fatwa para
tabiin.
Hadis Pada Abad Ke-3H
Hadis pada awal abad ke-3H mula dikumpulkan dan disusun secara berasingan
dengan pandangan dan fatwa para sahabat dan tabiin. Pengumpulan hadis pada abad
ini adalah dengan mengumpul hadis mengikut sahabat tertentu yang dinamakan
masanid. Mengikut metode itu, hadis disusun tanpa mengira bab atau tajuk tertentu.
Walau bagaimanapun, hadis tersebut bercampur aduk dengan hadis sohih atau hasan
dengan hadis doif. Ia tidak menjadi masalah kepada ahli hadis untuk membezakan
hadis-hadis tersebut tetapi menjadi masalah kepada penuntut hadis yang tidak
mempunyai asas dalam ilmu hadis.
Dengan sebab itu, Imam Bukhari diikuti dengan Imam Muslim telah merangka
satu metode baru dengan menyusun hadis mengikut bab tertentu serta
mengasingkannya mengikut darjat hadis, iaitu mereka hanya mengumpulkan hadis
sahih dan hasan sahaja ke dalam satu kitab. Melalui metode ini lahirlah al-Kutub al-
Sittah.
Hadis Pada Abad Ke-4H
Pada akhir abad ke-3H telah menjadi pemisah antara mutaqaddimin dan
muta’akhirin daripada kalangan perawi. Ulama’ pada abad ini lebih menumpukan
pada kitab-kitab hadis pada abad sebelumnya. Ada juga ulama’ yang cuba mencari
lagi hadis sohih yang tidak sempat dikumpulkan oleh ulama’ sebelumnya dengan
syarat yang ditetapkan oleh ulama’ seperti Imam Bukhari dan Muslim.
Selain itu, ada ulama’ hadis yang cuba menyusun semula hadis dengan
sanadnya sendiri yang dinamakan al-Mustakhrajat. Terdapat juga mereka yang cuba
menyatukan kitab-kitab terdahulu dan menyatukan semua hadis yang terdapat dalam
al-Kutub al-Sittah seperti kitab al-Jam’u Bayna al-Sahihayn dan Tajrid al-Sihah.
Metode penyusunan kitab hadis seterusnya dikenali dengan kitab al-Atraf iaitu
penyusunan mengikut pangkal hadis berdasarkan huruf abjad yang mana ia
mencakupi sama ada seluruh kitab hadis atau berdasarkan kitab tertentu sahaja.
Setelah kejatuhan kerajaan Abbasiyyah, pembukuan hadis agak hambar.
Namun begitu, ilmu hadis tetap berkembang dengan pelbagai metode pembukuan
hadis seperti takhrij hadis pada kitab-kitab tertentu.

2
3

You might also like