You are on page 1of 22

Kelapa sawit

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kelapa sawit

Pengelasan saintifik

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Arecales
Famili: [[]]
Genus: Elaeis
Spesies: E. guineensis

Spesies berkait

Elaeis oleifera

Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang
digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa
sawit afrika, Elaeis guineensis,  berasal dari Afrika barat di antara Angola dan
Gambia, manakala kelapa sawit amerika, Elaeis oleifera,  berasal dari Amerika
Tengah dan Amerika Selatan.
Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh
sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak
daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan
mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang
30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun
menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap
bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5
hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar
yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya
dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak
menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Sejarah kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia
o 1.1 Taman Botani Bogor, Indonesia
o 1.2 Perladangan kelapa sawit di Malaysia
 2 Definisi
o 2.1 Pelepah sawit
o 2.2 Klasifikasi baka sawit
o 2.3 Pembiakan benih sawit
 3 Potensi minyak sawit
 4 Komoditi pertanian utama
 5 Kepentingan kelapa sawit
 6 Serangga perosak
 7 Teknologi baru
o 7.1 Pensterilan berterusan
o 7.2 Teknologi dandang baru
o 7.3 Pembuangan benda asing
o 7.4 Kitar semula
o 7.5 Elak tuai, jual buah muda
o 7.6 Minyak kelapa sawit sebagai minyak diesel
 8 Kegunaan
o 8.1 Aiskrim
o 8.2 Konfeksi
o 8.3 Krimer
o 8.4 Serbuk santan
o 8.5 Sosej dan burger
 9 Persaingan peringkat dunia
o 9.1 Saingan
o 9.2 Minyak kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari
o 9.3 Tuduhan Kesatuan Kacang Soya Amerika
 10 Cabaran globalisasi
o 10.1 Pertambahan penduduk dunia
o 10.2 Paten ke atas harta intelek atau produk
o 10.3 Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah
o 10.4 Kerjasama dan persefahaman antara negara
 11 Pencemaran alam sekitar
o 11.1 Tanaman sawit mesra alam sekitar
o 11.2 Pencemaran alam sekitar oleh kilang sawit
 12 Anugerah yang diterima
o 12.1 Anugerah pekebun kelapa sawit terbaik
o 12.2 Anugerah kilang sawit terbaik
o 12.3 Kilang sawit contoh
 13 Kesimpulan
 14 Lihat juga

 15 Pautan luar dan rujukan

[sunting] Sejarah kelapa sawit di Malaysia dan


Indonesia
Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika
ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada tahun 1848. Benihnya dari Bogor ini
kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera
pada dekad 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada tahun 1911-1912.

[sunting] Taman Botani Bogor, Indonesia

Di Taman Botani Bogor terdapat pohon kelapa sawit yang tertua di Asia Tenggara
yang berasal dari Afrika. Taman botani ini yang seluas 87 hektar dibina pada tahun
1817, dan merupakan usaha Prof. Dr. Reinwadt, ahli botani Belanda. Terdapat 20,000
tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000 spesies.

[sunting] Perladangan kelapa sawit di Malaysia

Industri sawit Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala
Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan
bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada
kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera.
Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada
awal dekad 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

[sunting] Definisi
Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter. Bunga
dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila
masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya
mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng,
sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai
salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan
bakar dan arang.

Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada
ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur
dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain
ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.

[sunting] Pelepah sawit

Bilangan pelepah yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur


tiga hingga empat tahun dan kemudiannya menurun sehingga 18 hingga 25 pelepah.
Pelepah sawit meliputi lai daun, dengan setiap satunya mengandungi lamina, racis
tengah, petiol dan kelopak pelepah.

Setiap pelepah mempunyai lebih kurang 100 pasang lai daun. Lai daun berukuran 55
sentimeter hingga 65 sentimeter dan menguncup, dengan lebarnya antara 2.5
sentimeter hingga 4 sentimeter. Ada dua jenis bentuk kedudukan lai daun dalam
Elaeis oleifera. Pelepah sawit tersusun dalam bentuk pusaran, dengan setiap lapan
pelepah membentuk satu pusaran.

Stomata atau rongga terbuka untuk menerima cahaya dalam proses fotosintesis wujud
pada permukaan lai daun. Pelepah matang mempunyai duri, dan berukuran hingga 7.5
sentimeter, dengan petiol lebih kurang satu perempat daripada panjang pelepah.

[sunting] Klasifikasi baka sawit

Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan
tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan pisifera (tiada
tempurung).

Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana
perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga
betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur
sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan,
sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera
yang subur.

Program pembiakan di Malaysia dan Indonesia sejak dekad 1920-an terhadap baka
dari Deli untuk tujuan komersil telah menjadikannya seragam dan bermutu tinggi.
Bahan ini kemudiannya dikenali sebagai dura Deli.

[sunting] Pembiakan benih sawit

Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh :

 Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912


 Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai
tahun 1969
 Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979
 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000.

Program pembiakbakaan sawit adalah berdasarkan kepada objektif-objektif yang


berikut:

 Meningkatkan hasil minyak


 Meningkatkan kualiti minyak
 Mengurangkan kadar ketinggian pokok
 Tahan kepada perosak dan penyakit

Induk untuk pengeluaran biji benih D x P dipilih berdasarkan hasil tandan dan
komponen kualiti tandan dari pokok yang diketahui salasilahnya. Data ukuran
vegetatif sering diambil kira ketika pemilihan. Rekod hasil dikumpul bagi tempoh
tidak kurang empat tahun berturut-turut. Komponen kualiti tandan seperti peratusan
perahan minyak dan hasil isirung ditentukan melalui kaedah 'analisis tandan', dengan
3 - 5 tandan dianalisis bagi setiap pokok. Semua data yang dikumpul berdasarkan
pokok individu.

Pemilihan Berulang Salingan (RRS) diamalkan untuk memilih induk, dengan dura
dan pisifera dipilih secara berasingan, dan kemudian dikacukkan. Ujian progeni
dijalankan untuk menilai keupayaan bergabung induk-induk berkenaan. Misalnya,
pisifera AVROS bergabung baik dengan dura Deli untuk menghasilkan buah tandan
segar (FFB) yang banyak dan perahan minyak yang tinggi .

Pengeluaran biji benih D x P berpandukan kepada Piawai Malaysia MS157:1997,


iaitu Biji Benih Kelapa Sawit Untuk Penanaman Komersil. Hanya D x P bermutu
dikeluarkan dan dipasarkan kepada pengguna. Kawalan mutu yang tinggi dipastikan
agar tidak berlaku pencemaran ketika mengumpulkan debunga pisifera dan
pendebungaannya terkawal pada induk penanti dura.

Pada tahun 2003, dianggarkan 58 juta benih D x P dikeluarkan di Malaysia. Jumlah


keluaran pada tahun tersebut meningkat selepas pengurangan permintaan antara
tahun-tahun 2000 hingga 2002. Peningkatan ini disebabkan oleh aktiviti penanaman
semula.

[sunting] Potensi minyak sawit


Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat kali ganda,
berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun wujud progeni dan pokok
individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun, namun masih wujud
ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar
setahun.

Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera, terutama
dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan
tanaman di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan
D x P tidak meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun hasil minyak
telah dimajukan daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar
setahun (D x P).

[sunting] Komoditi pertanian utama


Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang
perkembangannya demikian pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang
tinggi, hasil sampingan juga tinggi.

Secara umum, hasil dari industri kelapa sawit terdiri daripada tiga jenis, iaitu minyak
cair, padat dan gas. Minyak kelapa sawit berasal dari unit proses pengukusan
(pensterilan), proses pembersihan, dan buangan dari hidrosiklon.

Pada umumnya, minyak industri kelapa sawit mengandungi bahan organik yang
tinggi sehingga berpotensi mencemari air tanah, dan sungai serta laut. Minyak likat
kelapa sawit dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

 Likat yang berasal daripada proses pengolahan: Limbah padat ini berupa
Tandan Kosong Kelapa Sawit, cangkang atau tempurung, serabut atau serat,
enap cemar atau lumpur, dan bungkil. TKKS dan lumpur yang tidak tertangani
menyebabkan bau busuk, tempat bersarangnya serangga dan lalat dan
berpotensi menghasilkan bahan larut lesap.
 Likat yang berasal daripada pengolahan minyak cair: Limbah padat ini berupa
lumpur aktif yang terbawa oleh hasil pengolahan air limbah.

Kesimpulan daripada penelitian ini adalah sebagai berikut:

1. Ditinjau dari segi kematangan kompos (seperti nisbah C/N, profil suhu,
penyusutan isi padu dan penampilan fizikal kompos), kecepatan proses
pengkomposan TKKS dengan penambahan dan tanpa penambahan pengaktif
(OrgaDec, Biostar dan EM4) adalah lebih kurang sama tempohnya, iaitu
sekitar 13 minggu.
2. Keperluan air untuk proses pengkomposan TKKS berkisar antara 1.7 - 2.3 m³.
3. Kandungan unsur hara kompos sekitar 0.4 % N, 0.029 - 0.05 % P2O5, dan 0.15
- 0.2 % K2O.

[sunting] Kepentingan kelapa sawit


Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami
perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat
daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam
tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan
lebih 500 juta pokok sawit.
Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35
juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara.

Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan
sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia.

Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan
dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad.

Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport,
menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk
negara ini, serta tonggak ekonomi negara.

Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga
purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia
menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan
anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya.

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan
tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika,
sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam
kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain.

Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit
di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan
kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar.

Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit
kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.

Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar
RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri.

Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat
diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar
bandar.

Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil
persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian
mereka.

Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan


kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi pekerja
di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah
penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika
krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998.

[sunting] Serangga perosak


Penyakit berkaitan kelapa sawit dikaitkan dengan serangga perosak daun sawit seperti
ulat bungkus dan beluncas. Ulat bungkus ataupun beluncas yang banyak akan
memakan daun sawit dengan begitu hebat sekali, sehingga menyebabkan daun tinggal
bahagian lidinya saja.

Pokok sawit akan kehilangan permukaan daun untuk melakukan proses fotosintesis
bagi tujuan menghasilkan buah. Hasil akan merosot sebanyak 40 peratus bagi tempoh
2 tahun berikutnya.

Biasanya keluasan tanaman sawit yang diserang adalah agak luas dan kadangkala
membabitkan beberapa buah ladang yang berhampiran atau bersebelahan.

Bilangan ulat bungkus yang melebihi 10 ekor larva hidup dan memakan daun bagi
setiap pelepah sudah dianggap melebihi ‘paras ambang’ dan perlu dikawal dengan
menggunakan racun serangga. Cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan
peringkat serangga berkembang lebih cepat daripada biasa. Ini akan menyebabkan
serangga perosak ini mencapai peringkat dewasa dengan lebih cepat dan akhirnya
mengawan, bertelur dan seterusnya meningkatkan populasinya.

Ulat bungkus ataupun beluncas mempunyai musuh semula jadi tertentu seperti
serangga parasitoid atau pemangsa. Musuh semula jadi seperti inilah yang sentiasa
mengawal populasinya di bawah paras ambang. Sekiranya populasi musuh semula
jadi adalah amat rendah, keupayaan perosak untuk meningkatkan bilangannya amat
tinggi.

Serangga parasitoid adalah jenis penyengat halus, yang hidup dengan cara bertelur di
dalam badan serangga perosak tadi. Larvanya akan memakan tisu dalaman badan
perosak tadi dan akhirnya membunuh perosak berkenaan. Serangga pemangsa pula
adalah serangga lain yang bertindak dengan cara memakan atau menghisap cairan
tubuh serangga perosak tersebut, sekali gus akan membunuhnya. Selain serangga,
musuh semula jadi lain membabitkan daripada jenis mikrob seperti kulat, bakteria
ataupun virus. Kewujudan mikrob ini juga bergantung kepada faktor cuaca. Biasanya
mikrob akan lebih cepat merebak dalam keadaan cuaca yang lembap.

Serangga parasitoid dan pemangsa memerlukan tempat perlindungan dan sumber


makanan. Serangga parasitoid memerlukan nektar ataupun madu untuk melanjutkan
tempoh hidupnya.

Di dalam persekitaran ladang sawit, wujud pelbagai jenis tanaman bermanfaat yang
mengeluarkan nektar sepert Cassia cobanensis, Euphorbia hetrophylla dan Antigonon
leptopus.

Penggunaan racun hanya dilakukan bila perlu saja. Pastikan ia pergi tepat ke sasaran
(daun sawit) dan bukan ke kawasan persekitaran di mana terdapat kebanyakan musuh
semula jadi. Perbuatan ini akan menurunkan bilangan musuh semula jadi dan sekali
gus meningkatkan risiko berlakunya serangan merebak

[sunting] Teknologi baru


Dari segi produktiviti, industri sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang
diharapkan. Tahun 2003, purata penghasilan minyak hanya 3.75 tan/hektar/tahun.

Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap
masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari
sasaran 35 tan/hektar/tahun dan 25 peratus.

[sunting] Pensterilan berterusan

MPOB berjaya membangunkan satu proses pensterilan tandan sawit secara berterusan
di kilang. MPOB TOT 148 (2002): Continuous Sterilization of Oil Palm Fresh Fruit
Bunches, by Sivasothy Kandiah, Rohaya Mohamad Halim, Yusof Basiron, Zulkifli
Abd Rahman, and Ma Ah Ngan. Proses pensterilan tandan sawit secara berterusan
yang dibangunkan MPOB berpotensi berdaya maju pada skala komersil.

Antara kebaikan proses ini :

1. Tidak memerlukan gerabak sterilizer, trak rel, kren di atas, tippers, pengangkut
pindahan dan traktor
2. Memberi peluang untuk keseluruhan proses di kilang sawit dibuat secara
berterusan, boleh diautomatikkan dan mengurangkan penggunaan buruh.
3. Permintaan wap untuk proses pensterilan akan berada pada tahap yang tetap,
mengurangkan ketidakstabilan tekanan wap, voltan dan frekuensi elektrik.
4. Ketidakstabilan berkenaan biasanya menyebabkan masalah menjurus kepada
kehilangan produk yang tinggi, kualiti produk rendah dan pengurangan
keseluruhan.
5. Mengurangkan atau menghilangkan keperluan pembakaran secara manual di
boiler untuk memenuhi keperluan disebabkan ketidakstabilan tekanan wap,
yang dapat meningkat kecekapan boiler, dan mengurangkan asap hitam/ tebal
yang dikeluarkan boiler stack.
6. Mengurangkan tumpahan buah sawit di kilang dan membantu ke arah
persekitaran kilang sawit yang lebih bersih
7. Membantu dalam reka bentuk dan pembinaan kilang sawit yang kecil dan
mudah alih yang memerlukan pelan yang lebih ringkas berbanding kilang
konventional.

[sunting] Teknologi dandang baru

Teknologi Dandang masih baru iaitu inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya
mengawal pelepasan asap dan partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam.
Teknologi baru ini sangat relevan dengan penekanan mengurangkan pelepasan gas
rumah hijau bagi menstabilkan kepekatannya di atmosfera dan pada masa sama dapat
menangani pemanasan sejagat berikutan kenaikan suhu air laut, kemarau dan ribut
taufan.

[sunting] Pembuangan benda asing

Teknologi Pembuangan Benda Asing menggunakan proses pemisahan dua peringkat


bagi pengasingan benda asing bersama buah lerai daripada tandan kosong. Manakala
teknologi Pensterilan Berterusan dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah teknologi
pengilangan holistik yang membolehkan operasi dijalankan berterusan melalui
kawalan komputer dan menggunakan keperluan tenaga kerja yang minimum.

Manakala teknologi rawatan efluen terkini dan lebih sistematik, tidak memerlukan
pembinaan kolam mendapan yang luas di kawasan kilang berbanding kaedah rawatan
efluen sedia ada.

[sunting] Kitar semula

Kegiatan kitar semula melalui penggunaan bahan biojisim sawit (berasaskan bahan
kering) telah berada di tahap 90%. Tahap ini dijangka akan meningkat melalui
pelbagai inisiatif yang telah dilaksana untuk menggalakkan usahaniaga pengeluaran
tenaga melalui bio-diesel sawit serta program tenaga baru, di samping pengeluaran
pulpa dan kertas, serta bahan tambah nilai yang lain

[sunting] Elak tuai, jual buah muda

Pengurusan ladang dan pekebun kecil sawit di Malaysia terutama Pahang,


Terengganu dan Kelantan diminta memberi kerjasama supaya tidak menuai buah
sawit muda dan menjualnya kepada peniaga atau kilang bagi memastikan kilang
hanya memproses buah sawit yang bermutu tinggi

Hasil pengeluaran kelapa sawit bagi negeri Pahang dan Kelantan pada bulan
September 2004 menurun berbanding KPM bulan Ogos, iaitu masing-masing
daripada 19.57 peratus kepada 19.13 peratus (-0.44%) dan 20.04 peratus kepada 19.60
peratus (-0.36%).

Beberapa buah kilang pemprosesan dikenal pasti membeli dan memproses buah muda
dalam jumlah peratusan tinggi iaitu antara 20 hingga 25 peratus. Setiap satu peratus
buah muda diproses menyebabkan kejatuhan KPM sebanyak 0.6 peratus.

[sunting] Minyak kelapa sawit sebagai minyak diesel

Minyak solar diperoleh dari minyak bumi, dikenal sebagai bahan bakar motor diesel
yang telah biasa digunakan. Sebagai pengganti minyak solar orang sekarang sudah
mulai menggunakan biodiesel. Bahan bakar biodiesel berasal dari tumbuhan atau dari
haiwan yang direaksikan dengan metanol (proses transesterifikasi) sehingga diperoleh
minyak methil ester (ME). Selanjutnya methil ester sering disebut dengan biodiesel
atau bahan bakar motor diesel yang berasal dari minyak tumbuhan atau haiwan.

Biodiesel sudah banyak digunakan pada motor diesel tanpa modifikasi di Amerika
Syarikat. Campuran yang banyak dipakai adalah 20% ME : 80% solar, dan 35% ME :
65% solar. Biodiesel murni (100%) sudah pula digunakan sejak 1994, dengan mesin
yang sedikit dimodifikasi atau tanpa modifikasi . Penggunaan 100% ME dapat
menurunkan emisi gas asap sampai 50%, tetapi tidak disarankan, kerana dapat
merosakkan dan menyumbat saluran bahan bakar seperti paip dan pengedap.

Minyak sawit yang telah direaksikan dengan metanol, dengan perbandingan 30% ME
minyak sawit : 70% solar. Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang
tidak diproses menjadi minyak masak, karena kualiti yang kurang baik .
Biodiesel nampaknya akan menjadi energi yang mempunyai prospek dan masa depan
yang cerah, kerana:

Biodiesel tidak beracun, biodegradable, essentially free of sulfur dan carcinogenic


benzene, dihasilkan dari bahan yang dapat diperbaharui, sumber yang dapat didaur
ulang, tidak menambah secara signifikan terdapat akumulasi gas rumah kaca [2].
Disamping itu hasil penelitian Schumacher dan Spataru [5] menyimpulkan bahawa
kenaikan ME dari kedelai dan canola akan mengakibatkan penurunan partikulat,
hidrokarbon dan CO, tetapi menaikkan emisi Nox

Konsumsi bahan bakar spesifik 30% ME hanya sekitar 2% lebih tinggi dibanding
dengan solar murni. Demikian pula perbezaan torsi antara solar dan 30% ME hampir-
hampir tidak berbeza, sedang perbezaan daya yang dihasilkan hanya sekitar 2%.
Menurut kajian, tenaga yang dihasilkan biodiesel lebih rendah, rata-rata 118,000 Btu,
dan solar rata-rata 130,500 Btu.

Bilangan setana biodiesel lebih tinggi dibanding dengan solar. Rata-rata biodiesel 53,
dan solar 42, sehingga dapat mengurangi detonasi atau knocking pada operasi mesin.

Biodiesel cukup menjanjikan sebagai bahan bakar alternatif untuk motor diesel. Kadar
asap yang relatif rendah pada putaran yang tinggi (dibawah 4 BSU), NOx yang lebih
rendah, dan kandungan O2 yang tinggi dapat mengurangi pembentukan partikulat.

[sunting] Kegunaan
Kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya Jika getah dapat dipelbagaikan
kegunaannya menjadi 1500 jenis barangan, begitu juga dengan kelapa sawit.

Antara barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah dapat
menghasilkan  :

[sunting] Aiskrim

Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam pengeluaran
aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam
pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan
alternatif. Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan
aiskrim bukan sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah
rosak.

[sunting] Konfeksi

Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk menggantikan
secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan produk
coklat dan konfeksi. Melalui proses pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung
sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang
diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir
menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana bahan
berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat
bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.

[sunting] Krimer

Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan secara
meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan
berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam
penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan.

Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan
bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan, satu ciri yang mampu
mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Secawan kopi yang
menggunakan krimer berasaskan sawit lebih enak, berperisa dan memuaskan cita rasa
peminumnya.

[sunting] Serbuk santan

Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk


menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang
diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan
pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit
menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya.

Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana ia
mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak tengik)
daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan
tokotrienol.

Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada suhu 15ºC
pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

[sunting] Sosej dan burger

Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi menggantikan
lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej, burger,
bebola daging dan ayam, serta nugget. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia
dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam.

Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak makanan, malah
menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa kolesterol dan mikrob
makanan perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati.

Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan
di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. Bagaimana dengan sejumlah 20%
lagi? Selebihnya adalah untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan
yang akan dibincangkan minggu hadapan

[sunting] Persaingan peringkat dunia


Malaysia perlu mematuhi keputusan Mekanisasi Pembangunan Bersih (CDM), satu
prosedur ditetapkan mengikut Konvensyen Rangka kerja Perubahan Iklim
(UNFCCC), bertujuan menstabilkan kepekatan gas rumah hijau (GHG) di atmosfera.

Industri sawit Malaysia perlu mengambil kira penebasan hutan, pencemaran alam
sekitar, hak asasi manusia dan perubahan iklim. Industri juga perlu membuat
penyesuaian ke atas struktur dan sistem teknologi yang diguna pakai selari dengan
keputusan UNFCCC dan pada masa sama, memastikan penghasilan produktiviti
keluaran sawit terus dapat dipertingkatkan.

[sunting] Saingan

Persaingan minyak sawit dengan minyak sayuran dan lelemak lain dunia akan
berterusan pada masa depan. Bagi mempertahankan Malaysia terus unggul sebagai
pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah :

1. Inovasi dan teknologi pengeluaran produk makanan dari minyak sawit


2. Biomas dari buangan sawit
3. Biofuel dari minyak sawit
4. Meningkatkan produktiviti minyak sawit.

Tindakan ini selaras dengan :

1. Dasar memenuhi permintaan makanan dunia


2. Mengelakkan kemusnahan hutan
3. Mengelakkan kemusnahan habitat haiwan
4. Mesra alam.
5. selaras dengan keputusan UNFCCC untuk menangani pemanasan sejagat
melalui pengurangan pelepasan GHG ke atmosfera yang menyebabkan
kenaikan suhu air laut, kemarau dan juga ribut taufan.

Minyak sawit akan menjadi minyak sayuran dan lelemak utama dunia. Oleh itu
industri sawit perlu bersedia mengadaptasikan pendekatan pengurusan yang dapat
mempertahankan kedudukan industri dari pesaing minyak sayuran dan lelemak lain
dunia.

90% pengeluaran minyak sawit negara di eksport ke 140 buah negara seluruh dunia,
selain menyumbang kepada 60% minyak sayuran dan lelemak yang di perdagangkan
di pasaran dunia. Tidak mustahil minyak sawit akan di eksport dan digunakan semua
penduduk 202 negara seluruh dunia pada masa akan datang.

[sunting] Minyak kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari

Pada tahun 2003, keluasan hektar tanaman kacang soya, biji sesawi dan bunga
matahari seluruh dunia masing-masing berjumlah 88.4 juta hektar (61%), 25.2 juta
hektar (17.4%) dan 22.6 juta hektar (15.6%) jauh lebih besar berbanding keluasan
tanaman sawit yang hanya berjumlah 8.5 juta hektar (5.9%).

Namun, dari segi penghasilan, minyak kacang soya berjumlah 31.4 juta tan atau
38.5%, hanya berbeza 3.3% dengan keluaran minyak sawit berjumlah 28.7 juta tan
atau 35.2%. Manakala pengeluaran minyak biji sesawi dan bunga matahari hanya
masing-masing 12.5 juta tan atau 15.3% dan 9 juta tan atau 11%.

Senario ini memberikan kelebihan kepada minyak sawit, malah lebih strategik
sekiranya negara pengeluar minyak lain mengimport minyak sawit dari Malaysia dan
tanaman berkenaan ditukar kepada tanaman makanan lain atau menanam hutan yang
boleh memulihkan keadaan alam sekitar serta dapat mengurangkan pelepasan GHG
yang membahayakan atmosfera.

Malaysia berjaya merekacipta inovasi dan menghasilkan penemuan produk baru dari
keluaran sawit seperti produk oleokimia, nutraseutikal, farmaseutikal, kosmetik,
detergen, kelengkapan pendandanan, minyak masak, majerin, produk makanan dan
lain -lain.

Produk-produk ini bukan sahaja bermutu tinggi, malah lebih baik dan setanding
produk lain yang ada di pasaran. Pulangan dari produk ini membantu sektor pertanian
negara berkembang dan menjadi punca pendapatan utama kepada negara.

Pada tahun 2003, kadar pertumbuhan sektor kelapa sawit mencapai 5.2% GDP
berbanding unjuran awal 4.5% dan telah menyumbang sejumlah RM26.3 bilion
kepada pendapatan negara hasil perolehan eksport.

[sunting] Tuduhan Kesatuan Kacang Soya Amerika

Pada tahun 1980an, Kesatuan Kacang Soya Amerika mendakwa :

1. Kononnya minyak sawit tidak sesuai dimakan manusia, kerana menyebabkan


penyakit kanser.

Sebenarnya minyak sawit mengatasi minyak saingannya kerana pengeluarannya bebas


daripada organisma yang dipinda secara genetik (GMO), sementara lemak yang
dihasilkan adalah bebas trans, dan dengan itu adalah pilihan yang lebih sihat bagi
pengguna. oleh kerana itu mereka tidak lagi dapat membuat tuduhan bertentangan
dengan kegunaan kelapa sawit yang pelbagai, lantaran itu mereka membuat tuduhan
baru yang kononnya menurut mereka:

1. Mereka mendakwa penebangan hutan bagi tanaman sawit mencabul hak asasi
2. Memusnahkan habitat orang utan

Cubaan mereka gagal bagi menyekat pengimportan minyak sawit dari Malaysia dan
Indonesia dan bagi menyemarakkan lagi sekatan mereka Amerika Syarikat telah cuba
meletakkan ‘food safety standards and traceability’ ke atas minyak sawit yang
diimport dari negara Malaysia dan Indonesia.

[sunting] Cabaran globalisasi


Pada tahun 2000 hingga 2050, industri sawit perlu memberi perhatian dan
menanganinya dengan bijak ke atas lima faktor luaran bagi memastikan industri
berupaya bersaing dengan pengeluar minyak sayuran dan lelemak lain dunia.
[sunting] Pertambahan penduduk dunia

Penduduk dunia meningkat kepada 9 bilion pada tahun 2050. Permintaan ke atas
minyak sawit akan meningkat sedangkan kawasan tanaman berkurangan. Tindakan
proaktif yang perlu diambil ialah :

 inovasi dan teknologi baru


 meningkatkan pengurusan ladang
 penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi
 pembajaan berjadual
 menangani penyakit pokok
 kejenteraan ladang perlu diguna pakai
 Kemajuan dalam bidang internet dan e-komersil

Kemajuan dalam bidang internet dan e-komersil membolehkan pengilang dan peniaga
mengurangkan kos pengeluaran. teknologi baru yang inovatif seperti teknologi
Pensterilan Berterusan Buah Tandan Segar, Automasi Keseluruhan Kilang,
Pemprosesan Tandan Kosong, Teknologi Pembuangan Benda Asing dan Rawatan
Efluen bagi kilang pemprosesan buah sawit berjaya meningkatkan kecekapan
pengilangan dan mengurangkan penggunaan pekerja sebanyak 50 peratus. Inovasi dan
teknologi baru seperti ini akan di galakkan pemakaiannya kepada semua kilang
pemprosesan buah sawit di seluruh negara.

[sunting] Paten ke atas harta intelek atau produk

Paten ke atas harta intelek atau produk hasil dari penyelidikan akan di tangani dengan
sebaik mungkin bagi melindungi hak-hak penyelidik tempatan daripada diekploitasi
pihak lain.

Produk farmaseutikal dan nutraseutikal hasil pemerosesan dan penemuan baru


daripada produk minyak sawit dijangka mempunyai peluang dan nilai pasaran besar
di dalam atau pun di luar negara. Ia memerlukan pendaftaran paten bagi harta intelek
ini untuk melindungi hasil penemuan dan hak penyelidik tempatan daripada
diekploitasi pihak berkepentingan.

[sunting] Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah

Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah akan diproses dalam
negeri dan dieksport bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

Dahulu, Malaysia mengeksport minyak mentah sawit ke luar negara dan pemprosesan
produk industri hiliran bagi nilai tambah di lakukan di negara pengimport. Kini, dasar
kerajaan telah membolehkan syarikat multinasional membeli dan mengambil alih
syarikat luar negara berkenaan. Ini adalah strategi yang dilaksanakan bagi membawa
pulang teknologi memproses produk hiliran ke dalam negara supaya dapat melindungi
kepentingan produk berkenaan sebagai cara memperkukuhkan lagi industri sawit
negara tersebut.

[sunting] Kerjasama dan persefahaman antara negara


Kerjasama dan titik persefahaman dalam perdagangan yang membabitkan minyak
sawit antara negara mestilah ada. Jurang perbezaan dan persefahaman adalah terlalu
besar. Punca utamanya adalah untuk melindungi kepentingan perdagangan
terutamanya, minyak sayuran dan lelemak keluaran negara masing-masing yang
bersaing dengan minyak sawit di pasaran dunia.

[sunting] Pencemaran alam sekitar


[sunting] Tanaman sawit mesra alam sekitar

World Wildlife Foundation (WWF) melaporkan habitat bagi hidupan spesies di dunia
sedang diancam aktiviti pertanian. Contohnya, kelapa sawit adalah ancaman terbesar
yang membahayakan hidupan mamalia. Populasi gajah Asia, badak sumbu Sumatera,
Orang Utan dan harimau semakin pupus berikutan tanaman kelapa sawit merampas
habitat mereka.

Menurut WWF, pertanian adalah industri utama di dunia yang mengancam alam
sekitar. Ia menyumbang kepada 1.3 bilion orang dan menghasilkan antara RM5 trilion
nilai barangan setiap tahun, tetapi ia juga menyumbangkan kepada masalah alam
sekitar, sosial dan ekonomi. Isu-isu ini dibincangkan di dalam buku WWF, ‘World
Agriculture and The Enviroment’ oleh Dr Jason Clay, Timbalan Presiden di Pusat
Inovasi Pemuliharaan WWF Amerika Syarikat.

Pertanian menggunakan lebih dari 50 peratus kawasan habitat di bumi ini termasuk
tanah yang tidak sesuai untuk pertanian. Kawasan hutan seluas lebih empat kali saiz
negara Switzerland dimusnahkan setiap tahun untuk tujuan pertanian. Punca air
digunakan hampir atau melebihi had terutama di Semenanjung Arab, Amerika
Syarikat, China dan India. Kesannya ke atas suhu dunia berkemungkinan
mengganggu sumber bekalan air dunia.

Pertanian mempunyai impak yang besar ke alam sekitar berbanding dengan aktiviti
manusia yang lain. Hari ini ia mengancam sistem utama yang kita perlu mendapatkan
keperluan makanan dan pakaian.

Jenis amalan pertanian yang berbentuk baru dapat menghasilkan keperluan makanan
untuk populasi yang semakin meningkat dan masih boleh menampung keperluan lain-
lain hidupan di bumi ini.

Pemberian subsidi oleh kerajaan akan menggalakkan amalan pertanian yang


menggunakan bahan kimia dan jentera berat yang menjejas alam sekitar. Contohnya
di England, 77 peratus populasi burung menghadapi kepupusan dalam tempoh 30
tahun lalu.

Negara seperti China, Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengubah
penyaluran pemberian subsidi dan halangan pasaran yang hanya akan menggalakkan
persaingan yang tidak sihat kepada amalan pengurusan yang lebih baik.

WWF dan Bank Dunia sedang mengkaji insentif kewangan bagi menggalakkan petani
dan pelabur mengamalkan pengurusan yang lebih baik seperti menggalakkan
pelabelan produk yang dihasilkan sebagai barangan yang mesra alam dan
menawarkan pengurangan dalam risiko kewangan

[sunting] Pencemaran alam sekitar oleh kilang sawit

Dalam tahun 2002, sejumlah 68 buah kilang memproses kelapa sawit mentah telah
dilesenkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Daripada 68
buah kilang kelapa sawit di Johor , sebanyak 34 premis telah diberikan lesen untuk
melepaskan air buangan ke alurair dan 34 untuk pelupusan ke atas tanah.

Sebagai insentif bagi kilang-kilang yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada
tahun-tahun lepas, Jabatan Alam Sekitar telah memberi tempoh lesen 2 tahun kepada
10 buah kilang. Antara premis yang layak mendapat insentif tersebut adalah seperti
berikut:

Kilang kelapa sawit di Teluk Intan ini merupakan kilang terbesar di Malaysia.

Lesen 2 tahun (2002-2004)

 Kilang Kelapa Sawit Air Item, Kluang


 Kilang Kelapa Sawit CEP Rengam, Kluang
 Kilang Kelapa Sawit Chan Wing, Kluang
 Kilang Kelapa Sawit Coronation, Kota Tinggi
 Kilang Kelapa Sawit FELDA Adela, Kota Tinggi
 Kilang Kelapa Sawit FELDA Simpang Wa Ha, Kota Tinggi
 Kilang Kelapa Sawit Nordanal, Muar
 Kilang Kelapa Sawiit Sedenak, Kulai
 Kilang Kelapa Sawit Tai Tak, Kota Tinggi
 Kilang Kelapa Sawit Ulu Remis, Kluang

Tahun 2002, 41 buah (59%) premis kilang kelapa sawit berjaya mematuhi Peraturan-
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit
Mentah) 1977. Dalam tahun 2002, sebanyak 16 arahan, 28 Notis dan 3 kompaun telah
dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Seluruh dunia sedang memerhatikan kepatuhan pihak industri kepada standard alam
sekitar. Untung sekali, penanaman sawit memang sedia bersifat mesra alam. R&D
cara mengatasi pencemaran sawit menunjukkan :
1. Tanaman sawit Malaysia mengetengahkan kecekapan tenaga dan produktiviti
tinggi minyak sawit berbanding lain-lain tanaman minyak makan lain dari segi
nilai ‘input-output’
2. Dari segi perbandingan fisiologi antara pokok sawit dan kawasan hutan
menunjukkan bahawa pokok sawit memainkan peranan penting dalam
membaikpulih kawasan pembalakan, serta dapat memenuhi pelbagai fungsi
kawasan hutan.
3. Undang-Undang dan Pengkuatkuasaan

Malaysia tidak kekurangan peraturan yang mengawal selia industri minyak


sawitnya.Kepatuhan dan penguat kuasaan peraturan terutamanya Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974

1. Akta Racun Perosak 1974 dan Arahan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)
1987 menghasilkan sebuah industri yang telah menepati banyak peraturan
dalam usaha meminimumkan pencemaran, atau menghindari bencana, kepada
alam sekitar.
2. Ciri pokok sawit itu sendiri yang bersifat kekal, boleh dikatakan secara semula
jadi sangat sesuai untuk amalan pengurusan yang menggalakkan pertanian
berkekalan.
3. Pengurusan alam sekitar yang efektif.
4. Penggunaan bahan buangan atau bahan sampingan, seperti tandan kosong
(EFB)
5. Efluen kilang sawit yang dirawat (POME) sebagai baja organik, adalah
amalan industri ini.
6. Teknologi buangan sifar, di mana EFB dan POME digabungkan dalam
pengeluaran kompos bernilai.
7. Teknik pembakaran sifar semasa penyediaan ladang untuk ditanam semula.
8. Amalan pemulihan tanah merangkumi penyediaan jalan, membina teres dan
pembinaan lubang dan ‘bunds’ tanah, penanaman tanaman kacang penutup
bumi dan pengurusan perosak bersepadu.

Pengalaman Malaysia mengawal efluen dalam industri sawit telah menunjukkan


bahawa satu polisi alam sekitar yang baik sangat berkesan untuk mengawal
pencemaran perindustrian di negara membangun.

Usaha kerajaan Malaysia untuk mengurangkan efluen dari kilang buah dan kilang
penapis sawit telah dilaksana melalui satu sistem pelesenan merangkumi standard dan
fee efluen. Standard efluen yang sentiasa diperketatkan telah diperkenalkan dalam
peraturan kualiti alam sekitar dan dilaksana secara berperingkat.

Kilang buah sawit dikehendaki mengurangkan kadar pembuangan air kumbahan


(dengan menggunapakai konsentrasi ‘Biological Oxygen Demand’ (BOD) sebagai
pengukur utama) dari 25,000 mg/l efluen tidak dirawat kepada 5,000 mg/l dalam
tahun 1978/79 dan 500 mg/l menjelang tahun 1981, dan akhirnya turun kepada 100
mg/l daripada tahun 1984 dan tahun seterusnya.

Di samping standard ini, fe efluen dikenakan ke atas kandungan BOD yang


dikeluarkan.Industri minyak sawit telah mengalami progres berterusan ke arah
mencapai sasaran BOD 100 mg/l.
Dalam sektor pemprosesan sawit, di mana keprihatinan utama alam sekitar seperti
penghasilan efluen dan pengeluaran asap menjadi fokus, kini terdapat pertukaran
paradigma dalam cara untuk menghadapi isu ini.

Seandainya dulu, pendekatan ‘end-of-the pipe’ digunakan untuk memastikan


pematuhan kepada peraturan alam sekitar, kini ia bertukar kepada pengurusan ‘in-the-
pipe’. Terkini, sembilan buah kilang buah sawit di Malaysia telah melaksanakan ISO
14001 Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

[sunting] Anugerah yang diterima


Pelbagai anugerah telah diterima oleh penyelidik MPOB. Senarai anugerah yang
diterima ialah :

1. Rekacipta teknologi yang memenangi pingat emas bertajuk “Palm based


additives to improve lubricity of ultra low sulfur diesel” oleh Dr. Choo Yuen
May
2. " An innovative natural polyol for 2K PU coatings” oleh Kumpulan Dr
Hazimah Abu Hassan, Hoong Seng Soi, Mohd Norhisham Sattar dan Tuan
Noor Maznee Tuan Ismail
3. “ Cream Alternative from palm oil based fats” oleh Wan Rosnani Awang Isa.
4. “Development of oil palm harvesting machine” oleh Abd Rahim Shuib
5. “Hand-held Mechanical Cutter” oleh Abd Razak Jelani
6. “A trap for auto dissemination of microbial pathogens for control of palm
rhinoceros” oleh Ramlee Moslim
7. “Food grade grease” oleh Dr Yeong Shoot Kian
8. Rekacipta “Sprayable Cooking Oil” oleh Dr Muhammad Nor Omar.
9. Dr Mohd Hanif Harun melalui rekacipta “Root auger for peat area”
10. Dr Zahariah Ismail “The use of dihydroxystearic acid (DHSA) as coating
material in color cosmetic and gelling properties in deodorant stick
applications”
11. Dr Nor Aini Idris “Production and utilization of palm based mayonnaise”
12. Pn Rosnah Mat Som dengan teknologi “Carboxymethylce llulose from Oil
Palm biomass”.

[sunting] Anugerah pekebun kelapa sawit terbaik

Hasil purata sebanyak 31.24 tan metrik/hektar bagi tahun 2003, Basiran Usop yang
mengusahakan kebun sawit seluas 4.4 hektar telah diiktiraf sebagai Pekebun Kecil
Sawit Terbaik Anugerah Industri Sawit Malaysia 2003 peringkat Semenanjung.

Beliau turut mengamalkan integrasi ladang dengan menternak 150 ekor lembu dan
mengusahakan tanaman kontan lain seperti ubi kayu, keledek dan sayur-sayuran.

[sunting] Anugerah kilang sawit terbaik

Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong, Pahang telah mencipta satu mesin yang dipanggil
uncracked nut separator bagi mengatasi masalah kekotoran isirong dalam pengeluaran
isirong kelapa sawit yang telah diproses.
Melalui mesin ini, isirong yang tidak dapat dipecah akan ditapis dan diasingkan
bersama dengan kekotoran lain dan dikeluarkan melalui penghantar. Pengasingan
isirong yang tidak dapat dipecah ini dapat dijalankan kerana mesin ini mengandungi
rod-rod yang mempunyai jarak-jarak tertentu.

Kadar kekotoran dapat dikawal pada had yang lebih rendah iaitu enam peratus
berbanding lapan peratus sebelum ini.

Melalui penggunaan mesin ini, tuntutan penalti ke atas isirong yang kadar
kekotorannya melebihi enam peratus telah dapat diturunkan kepada RM22,586 pada
tahun 1998 berbanding RM139,813 pada tahun 1994.

Masa bagi mengasing dan mengitar semula isirong yang ditolak juga dapat dijimatkan
kerana kandungan kotoran telah berkurangan.

[sunting] Kilang sawit contoh

Kilang Sawit POMTEC yang pertama didirikan di negara Malaysia ini menggunakan
teknologi dan inovasi pengilangan moden telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri
Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan pada 30 November 2005 di Labu,
Negeri Sembilan.

Kilang sawit POMTEC dibina pada tahun 2000 membabitkan kos RM23 juta dengan
kapasiti pengilangan 20 tan sejam.

Ia adalah hasil usaha sama MPOB dan Kumpulan Guthrie Berhad untuk tujuan
menjalankan penyelidikan dalam aspek pengilangan dan pemprosesan buah sawit
secara menyeluruh.

Kumpulan Guthrie Berhad bertanggungjawab menguruskan operasi pengilangan


harian, manakala MPOB menumpukan aspek penyelidikan pengilangan buah sawit
selain berkongsi kepakaran pembinaan model baru kilang dan lain-lain yang
berkaitan.

POMTEC dilengkapi teknologi dan inovasi pengilangan moden yang berbeza dengan
operasi kilang konvensional. Teknologi moden yang diperkenalkan meliputi
Teknologi Pembuangan Benda Asing (Trash Removal), Pensterilan Berterusan
(Continuous Sterilization), Automasi Keseluruhan Kilang (Plant-Wide Automation)
dan Teknologi Dandang Baru (New Boiler Technology).

POMTEC juga adalah kilang sawit integrasi yang menempatkan dua loji rintis, iaitu
Loji Rintis Fenolik dan Loji Rintis Pemprosesan Tandan Kosong bagi pengeluaran
produk berasaskan sawit yang bernilai tinggi.

Sehingga kini, lapan kilang sawit sudah menggunapakai teknologi pensterilan


berterusan, manakala 11 kilang baru dalam proses pembinaan.

Ciri reka bentuk baru POMTEC yang berkonsepkan integrasi dengan Loji Rintis
Fenolik dan Loji Rintis Pemprosesan Tandan Kosong bagi pengeluaran produk
berasaskan sawit di bawah satu bumbung, sementara produk produk yang dihasilkan
mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Loji Rintis Fenolik dibina dengan kos RM4.9 juta, memproses bahan buangan larut
air kilang sawit dengan menghasilkan produk anti-oksida. Antara produk di hasilkan
ialah flavonoids, polyphenols dan asid phenolic.

Loji Pemprosesan Tandan Kosong pula berfungsi memproses dan mendapatkan


semula baki minyak yang ada pada tandan kosong. Proses ini akan meningkatkan
kadar perolehan minyak dalam setiap pemprosesan buah sawit. Bahan serat tandan
kosong yang di hasilkan akan digunakan sebagai bahan asas pembuatan papan gentian
dan papan partikel bagi pembuatan perabot. Dalam operasi kilang konvensional,
tandan kosong sawit digunakan sebagai sungkupan di ladang atau bahan api dandang
untuk penghasilan tenaga kilang

[sunting] Kesimpulan
Industri minyak sawit adalah satu cerita kejayaan Malaysia. Transformasi ekonomi
Malaysia daripada negara pengeluar komoditi utama berasaskan pertanian kepada
negara pengeluar moden bagi barangan makanan tambah nilai, adalah selaras dengan
polisi penswastaan Malaysia dan juga adalah asas kepada polisi pembangunan
kerajaan seperti yang termaktub dalam Visi 2020.

Dengan mengguna pakai biji benih daripada negara luar dan memperbaiki kaedah
penanamannya agar bersesuaian dengan keadaan tempatan, Malaysia kini memiliki
sebuah industri bertaraf dunia.

Ia adalah hasil visi dan perjuangan ramai pengusaha, baik pada peringkat kerajaan
mahupun sektor swasta, yang mempeloporinya dengan polisi strategik termasuk
mengadakan dan melaksanakan polisi pengurusan alam sekitar.

Seperti yang ditonjolkan oleh pihak industri hari ini, ia telah berkembang mengikut
masa untuk menjadi lebih secocok dengan alam sekitar. Tanpa sangsi, pihak industri
memang memiliki praktik pengurusan yang terbaik bagi menggalakkan pertanian
yang berkekalan.

Sebalik semuanya ini, yang nyata industri minyak sawit di Malaysia masih belum
berpuas hati dengan rekod pengurusan alam sekitar sedia ada yang menitikberatkan
sistem pengurusan kumbahan secara agronomik dan ‘di hujung paip’.

Pihak industri bertekad untuk berubah, serta komited bagi memasuki satu era
pengurusan alam sekitar yang baru.Ia tampak lebih nyata dalam keadaan agenda dunia
yang lebih meluas ke arah pembangunan berkekalan.

Dengan 90 peratus daripada hasil minyak sawit Malaysia diurusniagakan di pasaran


antarabangsa, pertimbangan ke atas tiga perkara utama merangkumi ekonomi, sosial
dan alam sekitar, menyerlahkan polisi pihak industri yang menyokong pengeluaran
serta pengagihan berterusan, secara ekonomi dan mesra alam, bekalan makan yang
selamat dan mudah diperoleh kepada penduduk dunia yang semakin bertambah.
[sunting] Lihat juga
 Senarai pokok

[sunting] Pautan luar dan rujukan

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:


Kelapa sawit
 Dr Norman Hj Kamaruddin
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/200412051301
02/Article/
 Dr Ahmad Kushairi Din, Isa Zainal Abidin dan Mohd Din Aminuddin
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/200501011451
16/Article/pp_index_html
 http://www.invir.com/latihan/sd6ebtind04.html
 http://www.iptek.net.id/ind/jurnal/jurnal_idx.php?doc=V5.N5.23.htm
 http://www.wwfmalaysia.org/
 Ahmad Saghir Baharan
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/200505061610
40/Article/
 Jabatan Alam Sekitar http://www.jas.sains.my/jas
 www.mpob.gov.my
 www.bharian.com.my/m/BHarian/ Saturday/BeritaSawit/
 www.kpu.gov.my...
 www.felcra.com.my/eng/berita1.htm
 www.e-kilangmpob.com.my
 www.rcentre.utm.my
 www.mosti.gov.my/opencms/opencms/MostePortal/
 www.risda.gov.my/kpk/pontian.htm
 www.frim.gov.my/con_archives.htm
 www.usm.my/r&d/Announcement/PIPOC2005.htm
 Cikgu Abd Malek Abd Hanif http://smeh.tripod.com
 Rangkaian Neural Dalam Peramalan Harga Minyak Kelapa Sawit

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelapa_sawit"


Kategori: Arecales

You might also like