You are on page 1of 13

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia

yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit
untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada
Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri - Malaysia,
Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari
pengaruh luar.

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun
yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya
sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah,
Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China
dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa
tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai
seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum
abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini
termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di
Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan
kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun
1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di
Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13
Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang
mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

[sunting] Zaman penjajahan

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau
Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada
1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas
seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri
Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain
telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya,
Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri
negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga
Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak
Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa
Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan
Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan
sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke
sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran
untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British
khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British
mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan
sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem
kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum
pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan
untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa
Singapura.

Lihat juga: Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

[sunting] Selepas perang


Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963
melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan
Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk
menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada
awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk
Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura
menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.
:: DARI TANAH MELAYU KE PENUBUHAN MALAYSIA ::

§ Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, dan setelah lebih 400 tahun dijajah
oleh pelbagai kuasa luar; Eropah dan Asia, namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk
penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.

§ Ternyata, kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan, melalui rundingan
meja bulat tidak seperti negara jajahan lain.

§ Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama;
Melayu, Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka. Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang
memberi asas yang kukuh dalam pembentukkan Malaysia kemudiannya.

§ Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah
bertambah akibat pertambahan populasi penduduk. Selain itu pelbagai lagi rentetan dan peristiwa yang terdiri
dari faktor politik, sosial dan ekonomi.

:: USUL PENYATUAN NEGERI-NEGERI ::

§ Idea penyatuan negeri-negeri di serantau Malaya telah timbul berkali-kali dalam sejarah. Keinginan itu telah
timbul sejak pemerintahan British.

§ Paling awal gagasan penyatuan ini dapat dilihat dari cadangan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

§ Kemudian, paling serius pada tahun 1932, British berjaya menguasai 9 buah negeri serta Sarawak dan Borneo
British. Rasionalnya, ini akan memudahkan pentadbiran tanah jajahan mereka.

§ Pada tahun 1955, David Marshall mencadangkan penyatuan Singapura dan Malaya yang juga disuarakan oleh
Ghazali Shafie [1954], Tan Cheng Lock [1955]. Dan, pada tahun 1959 Lee Kwan Yew mencadangkan usul
penggabungan Singapura dan Malaya. Akhirnya, cadangan yang konkrit datang dari Tunku Abdul Rahman, dalam
persidangan UMNO 1955. Tunku menyatakan kesediannya untuk menerima Singapura, Serawak, Brunei dan
Borneo Utara British.

§ Namun, cadangan ini menimbulkan reaksi sokongan ataupun tentangan dari pelbagai pihak.

:: STATUS POLITIK NEGERI-NEGERI DALAM USUL ::

Lima buah negeri yang bercadang untuk bergabung ialah


Brunei
Borneo Utara British [Sabah ]
Sarawak
Singapura
Persekutuan Tanah Melayu

§ Selama hampir 2 tahun, usaha terhadap rundingan penggabungan ini yang menempuhi cabaran, rintangan dan
kekeliruan bukan sahaja dikalangan pemimpin malah di peringkat rakyat.

§ Di antara 5 negeri-negeri itu, hanyalah Persekutuan Tanah Melayu yang bebas merdeka. Singapura pada ketika
itu statusnya masih berstatus koloni, sementara Sarawak, Borneo Utara dan Brunei masih dalam naungan
penjajahan British.

§ Jadi 4 buah negeri itu belum merdeka, dan kemasukkannya ke dalam Malaysia membolehkan negeri-negeri itu
mendapatkan kebebasan dari kuasa kerajaan British.

§ Perkara ' bebas melalui percantuman' ini menjadi satu faktor umum yang dianggap pendorong negeri-negeri
bakal anggota itu menyertai Malaysia.

:: DORONGAN UNTUK PENUBUHAN MALAYSIA ::

§ 'Bebas melalui percantuman' inilah yang menjadi pendorong bagi semua negeri untuk merdeka. Hal ini telah
disebut berkali-kali oleh beberapa pihak di Britain dan pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara.

§ Tunku sendiri kerap menekankan peluang kemerdekaan dan bukan soal pengembangan wilayah bagi
kepentingan Kuala Lumpur.
§ Di Singapura, Singapore People's Alliance berkata bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah melalui penyertaan
dalam Malaysia.

§ Tunku juga sanggup bersabar dengan perihal politik dalaman Singapura, dan menyelesaikan masalah-masalah
dalaman tersebut.

§ Tunku menolak sebarang fahaman berunsurkan komunisme, dan mahukan Singapura benar-benar sanggup
bersikap Malaysian.

§ Satu sebab dorongan penubuhan Malaysia ialah untuk memupuk persefahaman serantau, dan melahirkan satu
bangsa yang kaya warisan kebudayaannya. Dengan ini ia akan membentuk identiti yang tersendiri.

§ Kerana itulah, Tunku menekankan Malaysia dalam lingkungan kelima-lima buah negeri bukan mendahulukan
kepentingan Singapura.

§ Satu sebab lagi ialah mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan serantau. Pengekalan majoriti
penduduk berketurunan Melayu dan sukukaum pribumi dapat menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

§ Faktor yang lain ialah mengenai soal keselamatan, keamanan dan kestabilan politik serantau. Pada ketika itu
pengaruh Komunis kian menular. Inggeris berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat membendung rebakan
semangat komunisme di Singapura, Serawak dan Brunei. 

§ Kebimbangan ini sangat dirasai oleh British kerana kepentingan pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka di
timur.

§Faktor ekonomi juga menjadi pendorong penubuhan Malaysia. Ringkasnya, Singapura dengan perdagangan
antarabangsa, perusahaan dan pelancongannya, Brunei dengan hasil minyaknya, Sabah dan Serawak dengan
hasil hutan sementara Malaysia dengan hasil galian dan pertaniannya.

RINGKASAN NOTA

POLITIK
Mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah

Membanteras ancaman komunis, lalu mengekalkan keamnan dan kestabilan politik

Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan

EKONOMI
Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota

Kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik [ ancaman
komunis ]

SOSIAL
Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya

:: REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA ::

Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu menimbulkan pelbagai reaksi dan
positif .Dalam negeri-negeri anggota terdapat keputusan atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala
mengelirukan.

1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi
dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan
sehingga menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura.
Sungguhpun begitu Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.

2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara beberapa pihak samada pro
ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.

3. Sabah dan Serawak


Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga
percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu
pemerintahan yang baru.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada 'Malayan domination'. Orang-orang bukan Melayu
khususnya, takut didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa
politik dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.

4. Persekutuan Tanah Melayu


Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin
sering menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga
pemimpin-pemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina
dan Indonesia]

5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya Britain
menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai
kepentingan ataupun keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.

Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses penubuhan. Justeru itu,
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.

:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::

Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak [1961], tujuannya ialah supaya Tunku dapat
meyakinkan kepada rakyat Sabah dan Serawak terhadap gagasan penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya
mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke Brunei atas tujuan yang sama. Ekoran daripada
itu, Sultan Brunei menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.

àPada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia dan Singapura. Antara persetujuan yang dicapai
ialah Singapura mendapat kuasa autonomi dalam hal-hal pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan
bertanggungjawab atas soal pertahanan , hubungan luar dan keselamatan dalam negeri.

Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari Malaysia melakukan satu lagi rundingan di London.
Antara perkara yang tidak disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan Malaysia dalam 2 peringkat yang mengambil
masa tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini, rombongan Tunku mengalami cabaran besar untuk meyakinkan
pihak Britain tentang usul mereka. Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan
secara rasmi pada 1 Ogos 1962

Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia dipimpin oleh Lord Cobbold dengan empat anggota
lain [ 2 British dan 2 rakyat Malaysia] meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk
dua buah negeri itu bersetuju. Seterusnya mereka memperakukan supaya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Malaysia tanpa Brunei


Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali
Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei
kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.

Malaysia dan tentangan luar


Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba
menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.

Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya daripada milik negerinya. Jadi pembentukkan
Malaysia yang memasukkan Sabah ke dalam Persekutuan baru itu akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas
Sabah. Sungguhpun majoriti rakyat Sabah menyokong penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah lalu
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya.

Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan
'Ganyang Malaysia' . Penubuhan Malaysia didakwa akan menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan
Indonesia Raya. Dasar ini telah memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di sekitar sempadan
Sabah dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat di pantai barat Johor untuk mengintip.
Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia, dan Sukarno
berjaya digulingkan. Seterusnya Sukarno digantikan dengan Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya dicapai
dan ditandatangani pada bulan Ogos, 1966.

:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::

Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat Singapura untuk kekal dalam Malaysia tidak kekal.2
tahun selepas pembentukkan Malaysia mengalami polarisasi kaum yang berbahaya, antara pelampau-pelampau
Cina Singapura dan pelampau-pelampau Melayu, yang mengancam toleransi hubungan Melayu-Cina secara
menyeluruh.

Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya pertama Malaysia pada
tahun 1964. Keretakan ini timbul apabila Singapura mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian dilakukan berkali-kali. Akhirnya pada 7 Ogos 1965
Tunku dan Lee Kwan Yu menandatangani perjanjian perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang
undang-undang perpisahan. Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan menubuhkan republik.

:: KONKLUSI ::

Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai tahap-tahap yang lama
seperti ditempuh dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua atau tiga tahun sebelum penubuhan yang
menimbulkan reaksi penentangan, konflik antara negeri dan kesemuanya ini adalah perkara-perkara mustahak
untuk difahami.

Peristiwa - peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat
penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16
September 1963.

Rujukan:

1. Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayuim A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

2. Nazaruddin M. Jali, Nazami Kuntum dan Ismail Rashid, 1996. Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal,
Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia, [Edisi Baru], Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Noordin Sopiee, 1974, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur: University of Malaya
Press.

eboss
21-02-2009, 09:13 PM
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku
Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan
Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan
British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua
Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario
politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei
1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di
Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan
Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini
menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk
mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah
dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada
Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan
rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962,
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK
mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan
laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September
1963, Malaysia diisytiharkan.

Sebab pembentukan Malaysia

1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan
komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap
masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu
permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga
merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai
Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga
menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik
dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan
PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya
Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan
Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga
satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan.
Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan
Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan
mereka.

2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang
berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu
pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan
sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi
pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini,
kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk.


Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah
Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura
menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk
Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar
kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan


menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai
kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih
mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini
bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai
projek pembangunan.

5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan


proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi
kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan
Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan
British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada
ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat

1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR
dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan
ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun
demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee
Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura
mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat
Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya
dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan
perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan
Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai
1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi
SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato'
Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka
menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka
takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing
akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah
Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi
kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang
gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP),
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri
menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan
menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah
dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu,
sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961.
Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka
membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan
ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia.
Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke
Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang
dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan
menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia.
Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo
Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis
Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari
bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya
kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan
gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya
ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari
melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali
Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei
menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak
mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia
dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang
paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak
bersetuju menyertai Malaysia.

eboss
21-02-2009, 09:17 PM
Proses pembentukan Malaysia

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis
Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew
(Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan
Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.


b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos
1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari
1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai
Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum
disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan
memorandum ini ialah:
a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan


oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel
dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow
Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.


b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50
perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum
telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah
Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysia


b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor
Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.


b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam
secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan,
kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan
Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan
ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka
Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka
Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun
Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil
Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.


b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum


yang dikeluarkan oleh Sabah.
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah
Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.


b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia
apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.


d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan
Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada
masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.
4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa
rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO
ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore
menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70%
rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan
Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Penentangan gagasan Malaysia

1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan
Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962.
Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent
pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui
kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama
kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting.
Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya,
Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di


bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia.
Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat
dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah
Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan
Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar
konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB
bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB
menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan
konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia
melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.


b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang
termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian,
Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan
mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda
Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi
berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan
mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila
Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11
Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

SYUKUR alhamdulillah kita dapat meraikan Hari Kebangsaan ke-52 ketika umat Islam
berpuasa 10 hari dengan baik dan lancar. Bersesuaian dengan sambutan pada bulan
Ramadan, semuanya dilakukan sederhana saja. Kesempatan bercuti pada hujung minggu
memberi masa menonton beberapa program dokumentari berkaitan negara kita yang
disiarkan oleh hampir semua stesen TV.

Setiap dokumentari ini menampilkan pelbagai tema. Di stesen TV berbayar, temanya


banyak berkisar kepada kejayaan dan pencapaian Malaysia selepas merdeka. Manakala
stesen TV percuma pula, temanya berlegar-legar kepada sejarah tuntutan kemerdekaan
negara ini yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman al-Haj dan pemimpin kanan negara
yang lain.

Hasil usaha gigih pemimpin negarawan kita itu, maka Tunku Abdul Rahman
mengisytiharkan kemerdekaan negara ini pada 31 Ogos 1957. Hampir setiap tahun
sempena Hari Kebangsaan, itulah yang sering dipaparkan oleh stesen TV. Selain
dokumentari, kita sering disogokkan dengan drama, telefilem dan filem yang
menceritakan mengenai Malayan Union dan era komunis mengganas serta tragedi 13 Mei
1969.

Kita terlupa atau mungkin terlepas pandang satu lagi tarikh penting negara iaitu
Penubuhan Malaysia pada 16 September 1965. Ini kerana selepas merdeka nama negara
kita ialah Persekutuan Tanah Melayu, bukan Malaysia seperti sekarang.

Setakat ini, sepanjang pengetahuan kita, belum ada dokumentari atau apa-apa program
TV lain yang khusus membawakan cerita mengenai sejarah penubuhan Gagasan
Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku
Abdul Rahman.

Dalam buku 50 Tahun Pendakian Ke Puncak Emas terbitan Jabatan Penerangan Malaysia
(2007) dalam bab Penubuhan Malaysia (muka surat 66 – 71), menyatakan pada 27 Mei
1961, Tunku dalam ucapannya kepada Persatuan Wartawan Luar Negara di di Singapura
membayangkan adalah penting Tanah Melayu mendapatkan kerjasama daripada British,
penduduk Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura.

Susulan ucapan itu, beberapa rundingan diadakan antara pegawai kanan Tanah Melayu
dengan British dari wilayahnya di Borneo dan Singapura. Pada Julai 1961, satu
mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel, cawangan Tanah Melayu dan Borneo
diadakan di Singapura. Mesyuarat bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatan kuasa ini bermesyuarat di Sabah pada Ogos
1961, Sarawak (Disember 1961), Kuala Lumpur (Januari 1962) dan Singapura (Februari
1962).

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan dan dipengerusikan Lord Cameron F Cobbold iaitu


bekas Gabenor Bank England. Ahli-ahlinya ialah Mohd Ghazali Shafie (Tan Sri) dan
Datuk Wong Pow Nee yang mewakili Persekutuan Tanah Melayu, manakala Anthony
Abell dan David Watherson wakil kerajaan British. Suruhanjaya ini memulakan tugas
pada Februari 1962 hingga April 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini yang
dikemukakan pada Jun 1962, kira-kira 60 peratus penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju
menyokong gagasan Malaysia.

Pada 1 Ogos 1962, mereka menyatakan persetujuan menyertai Malaysia pada 31 Ogos
1962. Berikutan itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan dengan
dipengerusikan oleh Lord Lansdowne iaitu Menteri Muda Britain dengan anggota-
anggotanya terdiri daripada Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha,
Temenggong Jugah, seorang wakil Britain dan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 20 Januari 1963, Menteri Luar Indonesia, Drs Subandrio mengumumkan


konfrontasi Indonesia terhadap gagasan Malaysia. Pada tahun 1962, Filipina menuntut
daripada Kerajaan British supaya Sabah dikembalikan kepada Filipina sebagai
sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Malaysia menolak tuntutan itu kerana Malaysia
tidak menyalahi apa-apa syarat pun sebagaimana yang terkandung dalam surat perjanjian
antara Sultan Sulu dan Baron Von Overbeck pada tahun 1878.

Pada peringkat awal, sebahagian besar penduduk Brunei bersetuju menganggotai


Malaysia, tetapi atas sebab-sebab tertentu, Brunei menarik diri dari gagasan Malaysia.

Satu misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diketuai Laurence Michaelmore


membuat tinjauan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak. Anggota misi ini disertai wakil
dari Argentina, Brazil, Sri Lanka, Czechoslovakia, Ghana, Pakistan, Jepun dan Jordan.
Setiausaha Agung PBB ketika itu, U Thant menjangkakan laporan itu disiapkan pada 14
September 1963. Akhirnya selepas 30 bulan, apabila hasrat penubuhan Gagasan Malaysia
diumumkan oleh Tunku, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 yang terdiri
daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Singapura tidak kekal dalam Malaysia. Selepas melalui peristiwa dan
konflik antara Singapura dan Tanah Melayu, Tunku berpendapat perpisahan jalan
penyelesaian terbaik. Pada 9 Ogos 1965, Tunku umumkan perpisahan Singapura dari
Malaysia.

Bantahan penubuhan Malaysia oleh Filipina dan Indonesia diselesaikan menerusi


rundingan di Bangkok pada 1 Jun 1969. Peranan ini dimainkan oleh Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Luar, Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Indonesia, Dr
Adam Malik.

Berasaskan persetujuan Bangkok itu, upacara menandatangani Perjanjian Menamatkan


Konfrontasi di Istana Merdeka, Jakarta pada 11 Ogos 1966 dilangsungkan.

Semua peristiwa itu bukan setakat kejadian semata-mata, tetapi memberi banyak
implikasi dan pengajaran. Ternyata pembentukan Malaysia menempuh banyak cabaran.
Kini masyarakat Malaysia bukan saja makmur tetapi juga semakin bersatu.

Sehubungan itu, kita berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


melalui agensi atau jabatan di bawahnya seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
(Finas), Filem Negara Malaysia, Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan disertai
semua stesen TV, dapat menerbitkan dokumentari, filem atau program TV mengenai
penubuhan Malaysia ini selain daripada tarikh keramat 31 Ogos 1957.

Ini juga adalah antara fakta dan sejarah sebahagian daripada sejarah moden Malaysia
yang perlu diketahui oleh generasi muda kita. Dalam menuju matlamat gagasan 1
Malaysia, kita jangan lupa bahawa Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada
Malaysia sedangkan apa yang sering dipaparkan di kaca TV banyak berkisar di
Semenanjung.

You might also like