You are on page 1of 17

PRODUK-PRODUK DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM

Pengenalan

Perbankan Islam adalah perbankan yang menawarkan produk-produk kewangan yang


berteraskan prinsip-prinsip syariah. Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat
berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain
seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma),
menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada
para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).
Di antara konsep-konsep syariah dalam perbankan Islam yang diaplikasi dalam pelbagai
produk perbankan Islam ialah Wadiah (Simpanan) yang digunakan dalam produk-produk
berasaskan deposit, Mudarabah(Perkongsian keuntungan) yang digunakan dalam produk-
produk berasaskan pelaburan, Bai' Bithaman Ajil - BBA (Penjualan dengan harga
tertangguh) yang diaplikasikan dalam pelbagai produk pembiayaan.

Sejarah perkembangan perbankan Islam (Fiqh Muamalat)

 Bermula sejak 1400 tahun dahulu


 Mengalami keruntuhan akibat tekanan firma-firma gergasi barat dan Kolonialisma
 Era perbankan Islam kebangkitan bermula pada 1960-an
 Tertubuhnya bank Islam pertama di Mesir – (1963)
 Dubai Islamic Bank dibangunkan berlandaskan peraturan khas yang menjadi
pemangkin perbankan Islam di Timur Tengah.
 Islamic Development Bank (IDB) dilancarkan bagi memacu sekaligus mempromosi
perkembangan ekonomi komuniti Islam dan negara yang terlibat. – (18 December
1973)
 Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.
 Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983.
 Iran memperkenalkan sistem yang mengunakan keseluruhan sistem perbankan Islam
 OIC mengiktiraf Takaful sebagai 100% mengikut Islam memudahkan perkembangan
Insuran Islam.
 Perbankan Islam di Sudan menjadi menyeluruh.
 Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) ditubuhkan –(1990)
 The Islamic Financial Services Board (IFSB) dibangunkan di Malaysia bagi
memastikan keseragaman disamping memperhebatkan industri perbankan Islam -
(2002)
 Kadar aset terkumpul melalui perbankan Islam sehingga 2007 USD 300 billion,
peningkatan berkadar 10 – 15 % selepas 10 tahun.
 Dijangkakan aset akan meningkat pada 15% dan melebihi 1 trillion pada tahun USD
2016.

Perbezaan Bank Konvensional dan Bank Islam

Bank Konvensional

Wang

Bank Pelanggan

Bank Islam
Wang + Imbuhan

Barangan & Servis

Bank Pelanggan

Wang

KONSEP SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM

Konsep asas Syariah adalah seperti yang berikut:

Wadi`ah (Simpanan)
Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di
dalam kontrak ini, pelangganakan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai
simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh
pelanggannya.
1) Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan
kepada anda.
2) Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
3) Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan
membayar hibah (hadiah) jika perlu.
4) Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat
pemegang amanah dan petisimpanan deposit.

ANDA BANK
2

Mudarabah (Perkongsian keuntungan)

Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik
modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk
menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang
dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah
dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua
cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik
modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.

1) Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan terma dalam
perjanjian Mudarabah.

2) Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui.
3) Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.

4) Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank berdasarkan nisbah


perkongsian untung yang telah dipersetujui.

5) Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai aset/
pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah anda laburkan di bank.

1 2 3
Pelaburan/ Keuntungan/
ANDA BANK
aset kerugian

Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)

Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga
jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama
ada secara sekali gus atau secara ansuran.

1) Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.

2) Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset
tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.
3) Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.

4) Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.

5) Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada
harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.

6) Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang
telah dipersetujui.

4
1
Pemilikan
Aset

ANDA
2&6
BANK

Murabahah (Kos tambah) 5


Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di antara penjual
dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan
kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

Musyarakah (Usaha sama)


Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau
usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan
dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama
nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun,
kerugian

Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)

Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya
pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah
(pajakan/ penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai
secara berasingan dengan turutan yang betul.

1) Anda memilih kereta yang ingin dibeli.


2) Anda memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta
berkenaan dan berjanji
1) akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
2) Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.
3) Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank.
4) Bank memajakkan kereta tersebut kepada anda.
5) Anda membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.
6) Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada anda pada harga
yang telah dipersetujui.

4
1
Penjual
kereta

ANDA 2&6 BANK


5&7

Wakalah (Agensi)

Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak
mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus. Pihak yang
menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya.

Contoh:-
Seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah
syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk
melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi
atas perkhidmatannya.

Qard (Kontrak hutang)

Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan
dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walau
bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa
ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.

Contoh:-
Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam berdasarkan
Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya
kelak pada masa yang dipersetujui.

Hibah (Ganjaran)

Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat
yang diterima.
Contoh:-
Dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar
kepada penyimpan Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat
simpanan mereka di bank.

PRODUK-PRODUK DI DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM

Bai’ Urbun (‫)بيع العربون‬


Suatu perjanjian jualan di mana wang cagaran dibayar terlebih dahulu sebagai sebahagian
daripada pembayaran harga aset jika kontrak berterusan hingga selesai. Wang cagaran ini
akan hilang jika pembeli tidak memenuhi kewajipan memuktamadkan pembelian aset. Wang
cagaran yang hilang dianggap sebagai hibah (‫هبة‬/hadiah) kepada penjual.

Bai’ Bithaman 'Ajil (‫)بيع بثمن آجل‬


Suatu kontrak jualan berdasarkan bayaran tertunda (bai' nasiah/ ‫ )بيع النسيئة‬dan ansuran (bai'
bit taqsid/ (‫ ) بيع بالتقسيط‬di dalam satu tempoh pembayaran yang dipersetujui.

Bai’ Murabahah (‫)بيع المرابحة‬


Suatu kontrak jualan berdasarkan tokok kos dengan kos pemerolehan dan margin
keuntungan penjual didedahkan kepada pembeli semasa kontrak dimetrai. Biasanya,
penyelesaian harga dibuat mengikut terma pembayaran tertunda, iaitu bai’ bithaman ‘ajil.

Bai’ Inah (‫)بيع العينة‬


Satu kemudahan pembiayaan yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan pada
aset yang sama dan ia boleh berbentuk dua pengaturan yang berikut:

1. Pembiaya menjual aset kepada pelanggan mengikut terma pembayaran tertunda.


Sebaik sahaja selepas itu, pembiaya membeli semula aset yang sama daripada
pelanggan secara tunai pada harga yang lebih rendah daripada jualan pembayaran
tertunda
2. Pembiaya membeli aset daripada pelanggan secara tunai. Sebaik sahaja selepas itu,
pembiaya menjual balik aset yang sama kepada pelanggan secara pembayaran
tertunda pada harga yang lebih tinggi daripada jualan tunai.

Bai’ Dayn (‫)بيع الدين‬


Ia merujuk pada pembelian dan penjualan instrumen hutang seperti sijil, saham, dokumen
perdagangan dan sekuriti dalam pasaran sekunder yang patuh pada kehendak Syariah.
Pada dasarnya, kesemua dokumen ini dikeluarkan oleh penghutang kepada pemiutang
sebagai bukti keberhutangan (syahadah al-dayn/ ) Bai’ Dayn terjadi apabila pemiutang
menjual dokumen hutang kepada pihak ketiga. Hanya dokumen hutang yang terbukti benar
((‫الدين الثابت‬/dayn thabit), iaitu hutang yang berpunca daripada transaksi perniagaan "sebenar“
boleh diniagakan.

Bai’ Istijrar (‫)بيع اإلستجرار‬


Suatu kontrak antara pembekal dengan pelanggan di mana pembekal membekalkan
barangan tertentu secara berterusan mengikut mod pembayaran yang telah dipersetujui
sehingga mereka menamatkan kontrak tersebut. Ia sama digunakan untuk kontrak antara
pemborong dengan peruncit bagi membekalkan sejumlah aset yang telah dipersetujui.

Bai’ Istisna’ (‫)بيع اإلستصناع‬


Suatu kontrak pesanan belian di mana pembeli mengarahkan penjual menyediakan aset
mengikut spesifikasi yang terdapat dalam kontrak pembelian untuk diserahkan pada suatu
tarikh masa depan tertentu. Pembayaran harga pembelian adalah mengikut terma dan
syarat yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Bai’ Muzayadah (‫)بيع المزايدة‬


Jualan aset kepada orang ramai melalui proses pembidaan dalam kalangan bakal pembeli
dan aset dijual kepada pembida tertinggi. Biasanya, ia dikenali sebagai jualan lelong.
Bai’ Salam (‫)بيع السلم‬
Suatu kontrak di mana pembayaran harga dibuat sepenuhnya terlebih dahulu semasa
kontrak dimetrai supaya aset dapat diserahkan kemudian pada suatu tarikh masa depan.
Kualiti aset yang dirancang untuk dibeli perlu ditetapkan sepenuhnya tanpa meninggalkan
kesamaran yang boleh mendorong kepada pertikaian. Barangan yang dijual merupakan aset
biasa, bukannya emas, perak atau mata wang yang dianggap sebagai pertukaran nilai
kewangan yang tertakluk di bawah peraturan Bai’ al Sarf, iaitu pertukaran bersama dari
tangan ke tangan tanpa lengah. Mod pembiayaan ini sering digunakan dalam sektor
pertanian, di mana bank mendahulukan wang bagi pembelian pelbagai input pengeluaran
bagi mendapatkan saham dalam tanaman tersebut, yang kemudiannya dijual.

Bai’ Wafa’ (‫)بيع الوفاء‬


Suatu kontrak dengan syarat bahawa apabila penjual membayar balik harga aset yang telah
terjual itu, pembeli memulangkan semula aset tersebut kepada penjual. Ia merupakan bai’
(penjualan) dari segi bentuk (‫رهن‬/ rahn) tetapi jaminan dari segi isi.

Dhamanah (‫)ضمانة‬
Suatu kontrak di mana seseorang menaja jamin tuntutan atau kewajipan yang perlu dipenuhi
oleh penghutang, pembekal atau kontraktor. Sekiranya penghutang, pembekal atau
kontraktor gagal memenuhi kewajipan mereka, penjamin wajib bertanggungjawab bagi
memenuhi kewajipan itu. Majoriti para fuqaha berpendapat bahawa dhamanah adalah
serupa dengan kafalah.

Hiwalah (‫)حوالة‬
Suatu kontrak pemindahan tanggungjawab hutang seorang penghutang kepada pihak
ketiga.

Ibra’ (‫)إبراء‬
Memberikan hak. Dalam urus niaga komersial, pemiutang memberikan sebahagian atau
semua haknya kepada penghutang, biasanya untuk penyelesaian awal hutang itu. Beberapa
cendekiawan (fuqaha) berpendapat bahawa Ibra’ adalah serupa dengan rebat.
Walau bagaimanapun, di bank-bank Islam, konsep ini digunakan dalam konteks yang lebih
luas seperti dalam pelaksanaan produk kadar terapung dengan harga jualan yang
ditetapkan.

Ijarah (‫)إجارة‬
Suatu kontrak di mana pemberi pajak (pemilik aset) menyewakan aset kepada
pelanggan/pemajak pada kadar sewa yang dipersetujui dan tempoh pajakan ditetapkan
terlebih dahulu sebelum ‘aqd (kontrak). Pemilikan harta tanah kekal dengan pemberi pajak,
sementara pemajak hanya memiliki hak penggunaan harta tanah tersebut.

Ijarah Thumma Bai’ (‫)إجارة ثم البيع‬


  Merujuk pada kontrak Ijarah (pajakan) yang akan diikuti oleh kontrak bai’ (jualan). Di bawah
kontrak pertama, pemberi pajak menyewakan aset kepada pemajak pada kadar sewaan
yang telah dipersetujui sepanjang tempoh yang ditetapkan. Menjelang tiba tamat tempoh
pajakan, pemajak mengikat kontrak kedua untuk membeli harta tanah daripada pemilik pada
harga yang telah dipersetujui. Dalam bidang kuasa tertentu, Ijarah Thumma Bai’ digelar
Ijarah Muntahiah Bit-Tamlik.

Mudharabah (‫)مضاربة‬
Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan
dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan
kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara
mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan
ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.

Muqasah (‫)مقاسة‬
Penyelesaian hutang mengikut urus niaga kontra atau tolak selesai.

Musaqah (l‫)مساقة‬
Kontrak pertanian di mana pemilik tanah pertanian berkongsi pengeluaran dengan individu
lain sebagai pulangan atas khidmatnya mengairi kebun itu.
Musawamah (‫)مساومة‬
Sejenis jualan am di mana terdapat tawar menawar dalam harga komoditi yang akan
didagangkan antara penjual dengan pembeli tanpa sebarang rujukan terhadap kos
perolehan yang ditanggung oleh penjual.

Musharakah (l‫)مشاركة‬
Suatu kontrak ke arah perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk menyumbang modal
dalam pelbagai perkadaran. Keuntungan yang dijana oleh perkongsian dibahagikan
mengikut terma kontrak musyarakah, manakala kerugian dikongsi mengikut perkadaran
bahagian sumbangan masing-masing kepada modal.

Musharakah Mutanaqisah (‫)مشاركة متناقصة‬


Musyarakah berkurangan; membenarkan penyertaan ekuiti dan perkongsian untung
mengikut nisbah yang ditetapkan sebelumnya, dan perkongsian kerugian mengikut bahagian
tertentu. Ini menyediakan kaedah, dengan melaluinya bank boleh terus mengurangkan
ekuitinya dalam aset itu, yang akhirnya memindahkan pemilikan aset tersebut kepada
pelanggan/ rakan kongsi. Kontrak ini menyediakan pembayaran untuk membeli saham ekuiti
yang dipegang oleh bank, selain daripada keuntungan yang dibayar kepada bank. Secara
serentak, pelanggan membeli sebahagian daripada ekuiti bank, dari semasa ke semasa
mengurangkannya sehingga bank tidak mempunyai ekuiti dan ini mengakibatkan
perkongsian berakhir.

Muzara’ah (‫)مزارعة‬
Suatu kontrak pertanian di mana individu mengerjakan tanah milik individu lain dengan
mendapat pulangan mengikut bahagian hasil tanah itu.

Qardh Hasan (‫)قرض الحسن‬


Merujuk pada pinjaman ihsan, iaitu satu kontrak pinjaman antara dua pihak tanpa caj
tambahan selain daripada pinjaman itu. Sebarang tambahan pembayaran yang dikenakan
oleh pemberi peminjam atau janji yang dibuat oleh peminjam adalah dilarang. Walau
bagaimanapun, peminjam dibenarkan membayar lebih atas budi bicara beliau sepenuhnya
sebagai tanda penghargaan.

Rahnu (‫)رهن‬
Menjadikan aset sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang. Cagaran akan digunakan
untuk menyelesaikan hutang apabila penghutang ingkar. Cagaran juga akan digunakan
sebagai satu nama sejenis pinjaman dengan cagaran atau perniagaan pajak gadai.

Sarf (‫)صرف‬
Satu kontrak pembelian dan penjualan mata wang.

Sukuk (‫)صكوك‬
Bon bersandarkan aset yang berstruktur mengikut prinsip Syariah. Sukuk menandakan
pemilikan aset semasa mengikut kadar yang tak dibahagi. Kebanyak bon ini boleh
didagangkan dalam pasaran, bergantung pada bagaimana bon-bon ini distrukturkan; pada
tara, premium atau diskaun.

Ta’widh (‫)تعويض‬
Pampasan yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang mengikat kontrak sebagai pembayaran
yang boleh dituntut oleh pemiutang apabila penghutang ingkar dalam pembayaran hutang
mereka. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia membuat keputusan bahawa
ta’widh boleh dikenakan atas penghutang ingkar yang gagal memenuhi tanggungjawabnya
membayar pembiayaan berdasarkan keadaan-keadaan yang berikut:

i. Amaun ta’widh tidak boleh melebihi kerugian sebenar yang ditanggung oleh
pembiaya;
ii. Penentuan pampasan dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Bank Negara Malaysia; dan
iii. Keingkaran atau penangguhan bayaran disebabkan oleh kelalaian di pihak
penghutang.

Tadlis al-‘aib
‫تدليس العيب‬
Tindakan penjual yang dengan sengaja menyembunyi kecacatan (kerosakan) barangan
yang jelas dilarang oleh Syariah.

Takaful
‫تكافل‬

Insurans patuh Syariah, iaitu satu pelan perlindungan berdasarkan kehendak Syariah
(konsep saling berkongsi dan melindungi antara satu sama lain melalui sumbangan kepada
satu kumpulan dengan mengambil kelebihan kumpulan yang besar).Seseorang individu itu
akan menjadi peserta dengan melaksanakan kontrak tabarru dan membuat sumbangan
penyertaan (tabarru) ke dalam dana takaful umum di mana beliau membenarkan
carumannya digunakan bagi membantu peserta-peserta lain apabila mereka ditimpa
musibah yang tertentu. Kontrak komersial mudharabah dan wakalah digabungkan ke dalam
kontrak tabarru’ bagi meningkatkan saiz dana takaful.

Tanajush (‫)تناجش‬
Suatu konspirasi antara penjual dengan pembeli di mana penjual sanggup menjual aset
pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Ini dilakukan supaya pihak lain akan
terburu-buru untuk membeli aset itu pada harga yang lebih tinggi, dan hasilnya penjual
mendapat keuntungan yang besar. Kegiatan ini sememangnya jelas dilarang oleh Syariah.

Tawarruq (‫)تورق‬
Ia merupakan pembelian satu komoditi (iaitu, kandungan tawarruq) berasaskan perbayaran
tertunda, sama ada secara bai' musawamah atau bai’ murabahah. Kemudiannya, komoditi
itu dijual secara tunai kepada pihak lain selain daripada penjual asal.Dalam pembiayaan
peribadi, seseorang pelanggan membeli satu komoditi daripada bank berasaskan
pembayaran tertunda dan dengan segera menjual semula komoditi itu kepada pihak ketiga
untuk mendapatkan wang tunai (wariq). Dengan cara ini, pelanggan boleh mendapatkan
wang tunai tanpa mengambil pinjaman berasaskan faedah.

Ujrah (‫)أجرة‬
Suatu pembayaran untuk manfa’ah, iaitu usufruk atas penggunaan harta benda orang lain.
Istilah lain yang berkaitan dengan ujrah ialah ajr (jamak ujur) yang merujuk pada
pembayaran untuk sesuatu perkhidmatan. Ujrah juga berhubung kait dengan gaji, upah,
bayaran, fi, caj, pendaftaran, honorarium, ganjaran, anugerah dan lain-lain.
‘Uqud Ishtirak (‫)عقود اإلشتراك‬
Kontrak penyertaan atau perkongsian.

‘Uqud Mua’wadat (‫) عقود المعاوضات‬


Kontrak pertukaran.

‘Uqud Tabarru’at (‫)عقود التبرعات‬


Kontrak hadiah atau derma.

Wadī’ah (‫)وديعة‬
Jagaan selamat. Asalnya, jagaan selamat dirujuk sebagai wadi’ah yad amanah, iaitu jagaan
pemegang amanah. Menurut Syariah penjaga pemegang amanah mempunyai
tanggungjawab untuk menjaga harta tanah yang dipegang badan amanah. Wadī’ah yad
amanah berubah kepada wadi’ah yad dhamanah (jagaan terjamin) apabila penjaga
pemegang amanah mencabuli syarat untuk melindungi harta benda itu. Kemudian, beliau
(penjaga) perlu menjamin harta benda tersebut.

Wakalah (‫)وكالة‬
Suatu kontrak pelantikan ejen di mana seseorang individu melantik seseorang yang lain
untuk bertindak bagi pihak beliau.

Waqf (‫)وقف‬
Amanah endowmen dan khairat yang diwujudkan untuk tujuan yang berkaitan dengan Islam
(biasanya untuk pendidikan, masjid, atau untuk orang miskin). Waqf melibatkan tambatan
harta benda untuk selama-lamanya supaya harta itu tidak boleh dijual, diwarisi, atau
didermakan kepada sesiapa.
Bibliografi

Anonymous. (2010). Bank islam’s products and services. Syariah knowledge center
Pencarian pada 20 Ogos 2010 daripada laman sesawang
http://www.bankislam.com.my/bimb_pdf/Shariah_Booklet.pdf

Anonymous.  (2009). Panduan anda mengenai konep asas dan amalan perbankan Islam.
Apakah perbankan Islam. Pencarian pada 20 Ogos 2010 daripada laman sesawang
http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/islamic_banking.pdf
Anonymous. (2010). Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan Anda. Rujukan
Pencarian pada 21 Ogos 2010 daripada laman sesawang
http://bm.bankislam.com.my/Istilah_Kewangan_Islam_sebagai_Panduan_Anda.
aspx

Anonymous. (2008). Islamic Banking Products. Pencarian pada 23 Ogos 2010 daripada
laman sesawang http://www.qib.com.qa/english/site/topics/static93bd.html?
cu_no=1&lng=0&template_id=329&temp_type=42&parent_id=328

APPLICATION OF SHARIAH CONTRACTS IN


Wan Jemizan Wan Deraman. (2009). Perbankan islam dan prestasinya kini
Pencarian pada 21 Ogos 2010 daripada laman sesawang
http://khairulbukhari.blogspot.com/2010/01/perbankan-islam-dan-prestasinya-
kini.html

You might also like