You are on page 1of 1

MAKSUD MENARA GADING

Maksud rangkap 1:
Penyajak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di luar negeri.
Walaupun penyajak terpaksa meninggalkan anak isterinya (ahli keluarganya) namun
dia tetap nekad untuk meneruskan cita-citanya selama ini.

Maksud rangkap 2:
Penyajak meneruskan cita-citanya, iaitu pergi ke universiti itu, tanpa mempunyai
kawan disisinya, bahkan hidupnya terkial-kial di negeri orang kerana dia bukan pergi
ke sana untuk bersuka-ria dan berhibur dan bukan juga untuk merantau atau berhijrah
akan tetapi untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Maksud rangkap 3:
Penyajak masih ingat bahawa permohonannya untuk melanjutkan pengajiannya ke
universiti ditolak kerana faktor usianya walaupun ketika itu dia puas meraya dan
bersusah payah namun gagal juga jawapannya.

Maksud rangkap 4:
Namun pada masa kini, akhirnya penyajak dapat belajar ke universiti, iaitu gudang
segala ilmu pengetahuan, yang terkenal dengan kecemerlangannya di tengah-tengah
kota metapolitan. Penyajak berasa gembira dan bangga akhirnya hajatnya tercapai
untuk memperolehi ilmu yang berguna.

Maksud rangkap 5:
Penyajak bersungguh-sungguh mengikut pengajian di universiti walaupun ingatannya
semakin lemah serta kemampuannya semakin berkurangan. Ini tidak melemahkan si-
penyajak, bahkan dia lebih bersemangat kental untuk berusaha dengan gigih untuk
mencapai kejayaan.

You might also like