You are on page 1of 22

KERTAS LAPORAN

PERKEMBANGAN PENYEBARAN
FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

1. TUJUAN

Kertas laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding


Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor, untuk menimbang dan
memutuskan mengenai perkembangan penyebaran fahaman Syiah di
Selangor.

2. LATAR BELAKANG

a. Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula


dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah al-
Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai
Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia
telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang
berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan
meluasnya di Malaysia.

b. Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui


beberapa cara:
i. Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli
dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta
lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke republik itu.
ii. Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke
Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas
yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan
Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat
pengajian tinggi di Malaysia.
iii. Memberi hadiah berupa buku-buku fahaman Syiah kepada
perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan
universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

c. Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang


beberapa tahun lalu:

i. Syiah Tayibi Bohra (Dawood Bohra)


Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali
sebagai golongan yang memiliki kedai Bomby. Kumpulan
yang berpusat di Daerah Klang ini mempunyai tanah
perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikutnya
dianggarkan antara 200 hingga 400 orang.
12
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan


Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang
bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil
dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Jafariyah @ Imamiah Ithna Assyariah


Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada
tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman menular melalui
bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa
buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah
diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini
dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.

3. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR

a. Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor


(JAIS) dan Polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti
berikut:
i. Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenalpasti
menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu di Universiti Malaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam
Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
ii. Orang awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama polis dan JAKIM didapati
beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas
dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke
rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed
Jaafar bin Abd. Hamid al-Sagoff, beliau didapati
menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman
Melor di Hulu Klang.

b. Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk
mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang
dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak
pada 19 September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

13
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

4. PENYELEWENGAN SYIAH

a. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH

i. Imam adalah maksum


Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu
terpelihara daripada dosa-dosa kecil dan besar dari peringkat
kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka
sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka imam
memelihara syariat dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh
Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72.

ii. Kemunculan Imam Mahadi bersama orang yang telah


mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah
S.W.T akan menghidupkan semula orang-orang yang telah
mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk
menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman,
seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah,
Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh
Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.

14
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

iii. Berpura-pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menunjukkan
sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya
dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari
kandungan hatinya. al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap
perkara kecuali dalam masalah arak dan menyapu khuf.
Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi juz 2
oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-
Khulaini al-Razi, hal. 217.

15
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

iv. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan


Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga
ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam
beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara
ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-
Khulaini Jld. 1 hal. 197:

v. Menghalalkan Nikah Mut’ah


Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini
dinyatakan dalam Kitab Man La Yahdhuruhu al-Faqih oleh
Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah al-
Qanuni Juzu’ 1 hal. 358:

vi. Menambah syahadah


Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam
Syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini
dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-
Khulaini, Juzu’ 1 hal. 441:

16
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

vii. Menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal


Jamaah sekalipun Hadis Mutawatir
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang
diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah
walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka
hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli
Bait sahaja. Pegangan ini disebut di dalam buku Aslu al-
Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-
Ghita, hal. 149:

viii. Khalifah diwasiatkan secara nas


Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah
melalui lisan RasulNya secara nas. Ini dinyatakan dalam
Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama’ Syiah iaitu Syeikh
Muhammad Redza al-Muzaffar, hal. 78:

17
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

Syiah mempercayai wasi Rasulullah S.A.W. ialah Saidina


Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada
anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada
Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas al-Mahadi al-
Muntazar. Ia merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-
nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi
yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu al-
Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif
al-Ghita’, hal. 136:

ix. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang


berlaku kepada manusia
Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud lahir sesudah
tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada’ ialah peristiwa
berkenaan yang sebelum ini dianggap tersembunyi daripada-
Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak
mempunyai ilmu yang meliputi. Ini jelas seperti yang
disebutkan oleh al-Tabatabai dalam Kitab al-Usul Min al-
Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1 hal. 146:

18
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

Mengikut akidah Syiah, Ilmu itu akan berubah dan


bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah
kehendakNya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan
keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-
Usul Min al-Kafi.

x. Konsep al-Mahadi iaitu kepercayaan kepada


Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam
Mahadi al-Muntazar
Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin
Hassan al-Askari adalah Imam yang ditunggu-tunggu yang
telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan
menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman.
Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun
260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh
menghubungi imam mereka melalui wakil-wakil seramai
empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya
Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali
Ibnu Muhammad al-Saimiri. Zaman ini dikenali sebagai
Ghaibah sughra. Manakala Ghaibah Kubra pula bermula
selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahadi yang
ditunggu. Dalam Tempoh ini, sesiapa pun tidak boleh
menghubungi Imam Mahadi walaupun melalui wakil-
wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai
pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-
Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah Wa al-Tasysyu’.

19
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

xi. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.


Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat
Rasulullah s.a.w. semua murtad kecuali Ahlul-Bait dan
beberapa orang sahabat termasuk Abu Dzar, Miqdad bin
Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan
dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi Juz. 27, hal. 64-
66:

xii. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah


sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut
mereka adalah musuh Allah
Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan
Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan
dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh Syed Manzur
Husain hal. 330, dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-
Nadhar Muhammad bin Masud bin Iyasyi hal, 116:

20
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

xiii. Hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal dan
menghimpunkan al-Quran dengan sempurna
Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat
yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran
dengan sempurna kecuali Ali Sahaja. Perkara ini dinyatakan
di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, Juzu’ 1,
hal. 228:

21
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

xiv. Mengamalkan nikah Mut’ah


Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut’ah
yang pernah diharuskan di peringkat awal Islam di dalam
keadaan dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkan
nikah ini sehingga sekarang. Dengan ini menunjukkan
bahawa mereka menolak pemansuhan syariat tersebut.
Mereka berpendapat bahawa nikah Mut’ah adalah diharuskan
di dalam syariat Islam. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-
Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu
Ja’afar Muhammad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal.489:

b. PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAH

i. Menolak Ijma’ Ulama’


Golongan Syiah tidak menerima pakai ijma’ ulama’ buktinya
mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan
Uthman malah mereka berpegang kepada pendapat-
pendapat Imam mereka kerana ijma’ pada mereka adalah
kesalahan sedangkan pendapat Imam adalah maksum.
Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab Mukhtasar al-Tuhfah
al-Ithna Assyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam
Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi hal. 51:

22
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

ii. Menolak Qias


Golongan Syiah juga menolak Qias, kerana beramal dengan
Qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan di
dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin
Husain Ali Kasyif al-Ghita’ hal. 149:

c. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM

i. Menziarahi kubur Saidina Husain ganjarannya Syurga


Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur
Saidina Husain akan memasuki Syurga. Perkara ini
dinyatakan di dalam Kitab al-Irsyad oleh as-Syeikh al-Mufid
hal. 252, Sebagaimana yang diriwayatkan daripada
Rasulullah S.A.W.:

ii. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram


Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan
menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi
23
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan


di dalam Kitab al-Syiah wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-
Syiah Wa al-Tasysyu’ oleh Doktor Musa al-Musawi hal. 98:

iii. Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W.


Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Perkara
ini dinyatakan di dalam Kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul
oleh al-Syed Manzur Husain hal. 330:

iv. Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan


Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu
iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak
dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang

24
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj


Kebenaran dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab di antara
Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusuf al-Mutahar al-
Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (Thn.
1993) hal. 36:
Ja’fari: Harus menjama’kan di antara sembahyang Zohor
dan Asar, Maghrib dan Isyak samaada di dalam musafir
ataupun hadir tanpa sebab.

v. Sembahyang Duha adalah bid’ah


Golongan Syiah mendakwa sembahyang Duha adalah
bid’ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj
Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di
Antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusof al-
Mutahar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi
Ibrahim hal. 31:
Ja’fari: Sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam
mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi
sunnah Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh al-
Humaidi di dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada
Marwan al-Ajali, dia berkata: Aku berkata kepada Ibn
Umar, “Anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia
Menjawab, tidak. Aku pun bertanya lagi. Abu Bakar? Dia
menjawab: “Tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari
Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata,
sesungguhnya Nabi S.A.W. tidak pernah mengerjakan
sembahyang Duha. Abdullah bin Umar juga berkata,
“Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah”.

vi. Imamah dan Khalifah sebahagian daripada Rukun Islam


dan ianya berlaku melalui nas
Golongan Syiah mendakwa Imamah dan Khalifah
sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui
nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj
Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di
Antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusof al-Mutahar
al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal.
145-146:
Ja’fari: Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun
Islam dan ianya berlaku melalui nas.
25
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

vii. Islam bukanlah syarat wajibnya Haji


Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya
Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran
dan Pendedahnnya (Fiqh Lima Mazhab Di Antara Nas dan
Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusof al-Mutahar al-Hilliyyah,
terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 55:
Ja’fari: Islam bukanlah syarat wajibnya Haji.

viii. Wajib menyapu kedua kaki dan tidak memadai basuh


pada kedua-duanya
Golongan Syiah mendakwa menyapu kedua-dua kaki dan
tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Perkara ini
dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran dan
Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan
Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusof al-Mutahar al-Hilliyyah,
terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13-14:
Ja’fari : Wajib menyapu kedua kaki dan tidak memadai
basuh pada keduanya. Ini juga adalah pendapat
sebahagian para sahabat, tabi’in seperti Ibn Abbas,
Ikrimah, Anas Abu al-Aliyah dan al-Sya’bi.

5. TINDAKAN

a. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal


Ehwal Islam yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat
keputusan:
Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya
mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan
Hukum Syara’ dan Undang-undang Islam dan dengan demikian
penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

b. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah


menfatwakan ajaran Syiah menyeleweng pada 3 April 1997.

26
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

6. SYOR

Memandangkan bahawa Mazhab Syiah ini bertentangan dengan


konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah yang boleh membawa revolusi
mazhab seperti yang berlaku di Pakistan dewasa ini, maka adalah
dicadangkan supaya ajaran mazhab ini diharamkan di Negeri
Selangor.

Adalah dicadangkan juga supaya fatwa mengenai Syiah Zaidiyah


dan Jafariyah yang dibenarkan sebelum ini ditarik balik.

7. PENUTUP

Dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa)


Negeri Selangor untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.

Disediakan oleh
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Agama Islam selangor.

*************************************************

27
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

Sel. P. U. 10.

ENAKMEN PENTADBIRAN
PERUNDANGAN ISLAM 1989

FATWA TENTANG FAHAMAN SYIAH

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31(1)


dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam
1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang En. 2/1989
dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat
fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC
LAW ENACTMENT 1989

FATWA ON FAHAMAN SYIAH

In exercise of the powers conferred by section 31(1) and


section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment
1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussions En. 2/1989
with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the
fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL / SCHEDULE

1. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan


menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat


beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari
sudut Aqidah, Syariah dan lain-lain.

(a) Penyelewengan Dari Sudut Aqidah


(i) Iman adalah Maksum ( )
(Sila lihat kitab ‘Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, halaman 72).

28
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

(ii) Kemunculan semula Iman Mahadi dan kumpulan orang


yang telah mati untuk memberi keadilan ( )
(Sila lihat kitab ‘Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, halaman 83).
(iii) Berpura-pura ( )
(Sila lihat kitab al-Kafi. Juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar Muhamad
Bin Ya’kub Bin Ishak al-Kulaini al-Razi, halaman 217).
(iv) Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah S.W.T.
(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Sira’ oleh al-Kulaini, Jilid 1,
halaman 197).
(v) Menghalalkan Nikah Mut’ah
(Sila lihat kitab Man La Yahduruhu al-Fiqih oleh Abu Ja’afar
Muhammad Bin Ali Bin al-Husain Babawaih al-Qummi.
Juzu’ 1, halaman 358).
(vi) Khalifah diwasiatkan secara Nas ( )
(Sila lihat kitab ‘Aqaid al-lmamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, halaman 78).
(vii) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang
berlaku kepada manusia ( )
(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1,
halaman 146).
(viii) Muhamamad Bin Hassan al-Askari ialah Iman Mahadi
al-Muntazar ( )( )
(Sila lihat kitab as-Syiah Wa al-Tasbih al-Sira’ Baina al-Syiah
Wa al-Tasyayyu, oleh Doktor Musa al-Musawi, halaman
61).
(ix) Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah S.A.W.
(Sila lihat kitab al-Anwar al-Nu’maniah oleh Syed
Nikmatullah al-Musawi, halaman 81).
(x) Menambah Syahadah seperti berikut
(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu’ 1,
halaman 441).

29
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

(xi) Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal


Jamaah sekalipun hadis Mutawatir
(Sila lihat buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad
al-Husain Ali Kasyif al-Ghita’, halaman 149).

(b) Penyelewengan Dari sudut Syariat


(i) Menolak ljma’ Ulama’
(Sila lihat kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Assyariyyah
oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Wilayullah Ahmad Abdul
Rahim al-Dahlawi, halaman 51).
(ii) Menolak Qias
(Sila lihat kitab Asli al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad
Bin al-Husain Ali Kasyif al-Ghita’, halaman 149).
(iii) Mengamalkan Nikah Mut’ah
(Sila lihat kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa
oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Hassan Bin Ali al-Tusi,
halaman 489-491. Kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja’afar
Muhammad Bin al-Hassan al-Tusi, halaman 254, 259, 266)
(iv) Menolak ‘Aul dan mendahulukan Qurabah dari ‘Asobah
dalam masalah Pusaka
[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-Hasan
Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya
Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 100-101].
(v) Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awiyah
sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut
adalah musuh Allah
(Sila lihat kitab al-Tafsir oleh al-Nadhar Muhammad Bin
Mas’ud Bin ‘Iyasy al-Salami al-Samarqandi, Juzu’ 1,
halaman 116)
(vi) Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempunna
(Sila lihat kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu’
1, halaman 228)

30
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

(c) Pelbagai Penyelewengan Umum


(i) Menziarahi kubur Saidina Husain ganjaran Syurga
(Sila lihat al-Irsyad oleh Muhammad Bin Muhammad Bin
Nu’kman al-Askibri al-Baghdadi al-Mulaqqab Bin al-Syeikh
al-Mufid, Halaman 252)
(ii) Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram
(Sila lihat kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-
Syiah Wa al-Tasyayyu’, oleh Doktor Musa al-Musawi,
halaman 98).
(iii) Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri
Nabi S.A.W. iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah
(Sila lihat kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed
Manzur Husain, halaman 330)
(iv) Mengharuskan Jamak Sembahyang dalam semua
keadaan
[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-Hasan
Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya
Dr. Lutfi Ibrahim, tahun 1993, halaman 36].
(v) Sembahyang Duha adalah haram
[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-Hasan
Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya
Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31].
(vi) Menetapkan Prinsip Khumus sebagai Kadar Zakat
(Sila lihat kitab Tahzib al-Ahkam oleh Ja’afar Muhamad
Bin al-Hassan al-Tusi, halaman 122).
(vii) Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya
berlaku melalui Nas
(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-Hasan
Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya
Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146).
(viii) Islam bukan syarat wajibnya Haji
[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-Hasan
Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya
Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31].

31
KERTAS LAPORAN
PERKEMBANGAN PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH DI SELANGOR

(ix) Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh


pada kedua-duanya.
[Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh al-Hasan
Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hilliyyah, terjemahan Prof. Madya
Dr. Lutfi Ibrahim].

3. Oleh itu mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepada


ajaran-ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi:

(a) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada


atau menyebarkan Ajaran-ajaran atau Fahaman-fahaman yang
terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk
amalan individu itu sendiri; Atau

(b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-
apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan
publisiti atau apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau
elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-
apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-
ajaran tersebut; atau

(c) Untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan


Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau
mengembangkan kumpulan sedemikian.

Dibuat 14 Februari 1998.


Made 14th February 1998.
[(JAL. Sel. 8014/7: PU. Sel. AGM/0007. JId. 2)]

ABD. MAJID BIN OMAR


Pemangku Mufti,
Selangor

32

You might also like