You are on page 1of 6

 

Kelas Makanan

  Karbohidrat                          
  Protein                                   
  Lemak
  Air
  Vitamin
  Garam Mineral           
  Serabut dan Air

 Gizi Seimbang

Gizi tidak seimbang

Karbohidrat
 Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri
daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen.
 Fungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga.
 Tiga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida,dan polisakarida.
 Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa, dan
galaktosa.
 Disakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa, dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air.
 Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. ia berasa
manis.
 Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen.

                                                              

Protein
 Protein terbina daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen.
 Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging, dan keju.
 Monomer bagi protein ialah asid amino.
 Dua kelas asid amino ialah asid amino perlu dan asid amino tidak perlu.
 Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak dapat disintesiskan dalam sel,
contohnya leusina, dan lisina.
 Asid amino tidak perlu ialah asid amino yang boleh disintesiskan dalam sel. Ia tidak
perlu diperolehi dari gizi makanan. Contohnya ialah alanina.
 Dua kelas protein ialah protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
 Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino
yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu, dan telur.
 Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid
amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang, dan
buah-buahan.

Lipid
 Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan tumbuhan.
 Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan pepejal manakala lemak pula berada
dalam keadaan cecair.
 Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga simpanan, digunakan sebagai penebat
haba, dan perlindungan.

Vitamin 
Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan
 Mengekalkan
fungsi mata
 Rabun malam
susu, kuning telur,  Memelihara
 Xeroftalmia
mentega, minyak, hati, kesihatan kulit
A (retinol)  Kulit kering,
ikan, lobak merah,  Membina
bayam,dan sayuran bersisik
ketahanan
terhadap penyakit

 Fungsi normal
 Beri-beri
Tiamin Yis, bijirin, daging, hati saraf

 Kulit merekah di
 Mengawal
mulut, hidung,
pertumbuhan dan
Yis, bijirin, keju, susu, dan telinga
Riboflavin mengekalkan
sayuran hijau  Sakit mata, lidah
kesihatan kulit
membengkak

 Memelihara
kesihatan sistem  Pelagra
Niasin Yis, bijirin, hati, kopi
saraf

 Pembentukan  Kelesuan
Kuning telur, hati, ikan,
Asid pantotenik antibodi  Kekejangan otot
sayuran hijau

 Fungsi normal
Daging, ikan, bijian,  Pertumbuhan
otak
Piridoksin telur, pisang, dan terbantut
 Keimunan
kentang.

 Pembentukan sel
 Anemia
Kobalamin Daging, ikan, tenusu darah merah

 Sintesis asid 
Cendawan, kuning telur,  Anemia
Asid folik nukleik
hati, sayuran hijau
H (Biotin) Kuning telur, hati pisang  Berperanan dalam  Rambut gugur
metabolisme  Kelesuan
lemak dan
karbohidrat

 Memelihara  Skurvi
C (Asid Betik, limau, oren,
askorbik) tomato, sayuran hijau
kesihatan kulit  Anemia

 Penyerapan
kalsium dan  Riket
Telur, minyak ikan kod,
D (Kalsiferol) fosforus dalam
mentega
 
usus kecil

 Pembentukan sel
darah merah  Mandul
Sayuran hijau, minyak
E (Tokoferol)  Sistem  Keguguran
tumbuhan, kuning telur
pembiakan

 Darah tidak
 Pembekuan darah
K (Filokuinon) Bayam, sayuran hijau membeku

Garam mineral    

Garam mineral Fungsi Kesan kekurangan


 Kandungan utama  Pertumbuhan rangka
Kalsium tulang dan gigi terencat

 Pembinaan tulang dan


gigi  Fungsi otot dan saraf
Magnesium  mengekalkan fungsi terjejas
otot dan sistem saraf

 Anemia
 Kesihatan kulit  Kulit kering dan
Ferum
merekah

Natrium  Komponen penting  kekejangan otot


plasma darah

 Memastikan
 Fungsi normal sel
pengecutan otot yang
terganggu
normal
Kalium  Menghalang
 Pemindahan impuls
pengecutan otot
saraf

 Terlibat dalam
pertumbuhan dan  Beguk
Iodin perkembangan normal  Kretinisme
kanak-kanak

 Membentuk
komponen sesetengah
Sulfur  
asid amino

 Pembentukan tulang
dan gigi tidak
 Pembentukan tulang
sempurna
Fosforus dan gigi
 Proses pemghasilan
tenaga terhalang

 Memelihara tekanan
osmosis yang normal
dalam  bendalir sel  Kekejangan otot
Klorin
 Membina ATP semasa
proses respirasi sel

Serabut dan air


 Serabut terdiri daripada gentian selulosa dinding sel tumbuhan yang melalui salur
pencernaan tetapi tidak dicernakan
 Serabut membentuk bahan pejal untuk otot usus menolak semasa otot dinding usus
mengecut dalam proses peristalsis.

 
Gizi seimbang
 Gizi seimbang mengandungi lemak, karbohidrat, rotein, serabut, garam mineral,
vitamin dan air mengikut kuantiti yang sesuai  bergantung kepada individu.
 Faktor-faktor yang mempengaruhi gizi seimbang ialah jantina, umur, kesihatan, dan
persekitaran, dan aktiviti harian setiap individu.

Gizi tidak seimbang


 Gizi yang tidak seimbang menyebabkan malnutrisi berlaku, sama ada akibat
kekurangan zat atau terlebih zat.
 Pengambilan gizi tidak seimbang untuk satu jangka masa yang panjang boleh
mengakibatkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes melitus, dan
osteoporosis.
 Terlalu banyak lemak dalam gizi menyebabkan aras kolesterol dalam darah
meningkat,risiko barah  dan risiko mendapat penyakit jantung meningkat.
 Makanan bertenaga tinggi yang terlalu banyak menyebabkan kegendutan yang akan
menybabkan pelbagai penyakit.

                                                                                                                                                       
                 

Nama : Nur Hasliza Binti Mohamad

You might also like