P. 1
kaedah membaca

kaedah membaca

|Views: 371|Likes:
Published by akmalz84

More info:

Published by: akmalz84 on Oct 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

Kemahiran Membaca Teknik Membaca KWLH Teknik Membaca SQ3R Skimming dan Scanning Seseorang pelajar lazimnya terpaksa

banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan Secara umumnya membaca membaca kritis seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu; pantas

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R. Teknik Membaca KWLH KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan akan membolehkan mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan pelajar dibaca dan

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH. Know (K) Apa yang diketahui? Want (W) sudah Apa yang diketahui? Learned (L) How (H) hendak Apa yang telah Apa lagi maklumat dipelajari/diperoleh? tambahan diperlukan?

Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan. berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Soalansoalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut. lakaran grafik. Ketika membaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.Ke Atas Teknik Membaca SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). SQ3R adalah singkatan bagi.Setelah selesai membaca. gambar-gambar atau ilustrasi. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) R (recite) baca imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. tajuk-tajuk kecil. membaca perenggan pengenalan. . Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau . isi kandungan. Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas. ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.Skimming dan Scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku. kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Gunakanlah kaedah fonetik. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Biasanya. anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka. b. lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. lambat. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi. Ketika kita membaca. tajuk utama. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan. kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. 2. mengelirukan dan membebankan memori. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataanperkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus. Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari. Dalam konteks pembelajaran. Oleh yang demikian. c adalah halangan pertama membaca. prakata. Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca. rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a. 1. skimming dan scanning boleh digunakan bersama. 4. Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. 3. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. Dalam pembacaan sesuatu petikan. Kaedah suku kata? Tidak juga. jurnal dan majalah. Bagaimanapun.

Sehubungan itu. Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Seterusnya. dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku. Melalui kaedah asosiasi. Melalui kaedah fonetik. rupa dan cara tulis huruf tersebut 3. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap. tidak juga menghafal suku kata ‘ba’. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku. apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’.perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan. anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan. Memperkenalkan bunyi secara sistematik 1. anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. cepat dan berkekalan. Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk. contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’. 5. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan. dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai). tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’). Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Seterusnya bunyibunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu . anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan 2. Dengan mengikut susunan siri ini. ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan . Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut. anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” . bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. KAEDAH-KAEDAH DALAM (bahagian pertama) KAEDAH 2 | KAEDAH 3 PEMBACAAN .

Membaca adalah kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran seseorang. Membantu proses mengulangkaji secara pantas. pembacaan kritis dan pembacaan kreatif. Umumnya terdapat enam jenis kaedah pembacaan iaitu pra-pembacaan. Oleh itu sebagai pembaca yang baik. Kaedah membaca adalah penting kepada setiap pelajar. Isi aspek-aspek seperti berikut: Idea utama Penaakulan Kesimpulan pengarang Dengan menggunakan kaedah pra-pembacaan ini. Menjimatkan masa pelajar kerana hanya membaca bahagian yang penting sahaja. pembacaan teliti. Antara kaedah pra-pembacaan adalah seperti berikut: Mengetahui idea utama sebelum menghabiskan bahan bacaan tersebut Membantu pelajar untuk memahami dengan mudah dan cepat bahan bacaan tersebut. b) Pembacaan Luncuran Seseorang pelajar yang mahir membaca tidak perlu memahami keseluruhan isi kandungan bahan bacaan tersebut. Di antara kebaikan membaca secara luncuran adalah seperti berikut: Meningkatkan kepantasan membaca dan pemahaman pelajar. Di bawah ini disediakan satu jadual kepada dapat memahami sesuatu mengetahui sepintas lalu tentang rangka kandungan tersebut mestilah mengandungi pembacaan . "Ada buku untuk dinikmati yang lainnya untuk dicernakan". Kaedah ini juga disebut sebagai kaedah lompatan kerana ianya hanya mencari bahagian yang terpenting sahaja dalam bahan bacaan tersebut. kaedah membaca secara luncuran digunakan bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dengan cara yang cepat. kaedah luncuran merangkumi pembacaan secara Overview. Jika dibuat perumpamaan. Kenyataan Bacon itu menunjukkan kepelbagaian bahan bacaan harus dibaca dengan kepelbagaian kaedah. Kaedah membaca adalah seolah-olah alat bagi membolehkan seseorang itu membaca dengan sempurna. Menurut Francis Bacon. pembacaan imbasan. Ramai pakar-pakar pembacaan mengatakan bahawa secara umumnya. Menjimatkan masa dan tenaga pelajar. beberapa jam sebelum sesuatu ujian atau peperiksaan. pelajar mestilah mengetahui dan menggunakan kaedah-kaedah dalam membaca. pelajar akan membaca secara cepat dan akan berhenti untuk menangkap idea-idea utama yang difokuskan oleh pengarang. Oleh yang demikian. luncuran. Membantu pelajar untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan bahan bacaan tersebut atau sebaliknya. Preview. a) Pra-Pembacaan Kaedah pra-pembacaan membolehkan pelajar isi kandungan sesuatu bahan bacaan. Pelajar boleh dianggap membuang masa sekiranya berusaha memahami perkara-perkara yang tidak penting dalam sesuatu subjek pelajaran. Inview dan Review. Semasa membaca. pelajar isi dengan cepat. membaca adalah tiang kepada pembelajaran.

tajuk kecil. Baca ringkasan bab atau kesimpulan Baca bahagian yang masih belum dibaca Kaji semula bahagian yang penting Baca halaman isi kandungan Baca ringkasan bab Elakkan bahagian yang susah Ambil nota Baca tajuk bab. . Oleh kerana itu.pelajar bagaimana Overview Preview Inview Review Baca kulit buku yang dimaksudkan dengan kaedah luncuran itu. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. (1991). Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis.Kamus Dewan Edisi Baru. nota kaki dan graf Baca permulaan dan akhir bab Bersedia ambil nota Baca bahagian yang belum dibaca Lihat ilustrasi dan foto Lihat kata kunci dan frasa Semak nota untuk pemahaman Hendak terus membaca Pengertian & Kepentingan Membaca Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurangkurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. .

tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ellen Lamar. tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapanjawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. dan (d) secara serentak. (a) Preview (Tinjau) Preview. Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi sukar. (c). anda akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca itu.terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat pada apa yang dibaca. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b). Membaca Dengan Berkesan: Panduan Umum Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca Semasa membaca. Ini secara tidak langsung pula akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan membaca. malah. penglihatan. Oleh itu. Jadi. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Namun. Dan. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". proses pembelajaran anda bukan sahaja akan menjadi lebih lancar.Oleh itu. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda. Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap. Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini. Anda juga akan dapat menjimatkan masa anda serta membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran. oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi. persepsi serta perasaannya . malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca. carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan.fikiran. (b) Question (Soal) Question. pandangan. . Sambil MEMBACA bahan bacaan anda. (c) Read (Baca) Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. (e) Test (Uji) UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca. (d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri) MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Dengan berbuat demikian. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu. tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca. sekiranya anda mahir dan cekap membaca. Robinson dan H. Misalnya. TEKNIK MEMBACA BERKESAN Teknik Membaca PQRST Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan olehThomas. pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian . tajuk bagi seksyen ini ialahMeningkatkan Mutu Pembacaan.

Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan. Sediakan soalan-soalan jika perlu. KUALITI-KUALITI PEMBACA YANG BAIK Pembaca yang baik adalah yang: • • • Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca. Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam kehidupan sehariannya. Peringatan • • • Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya diajar oleh guru di kelas. Memastikan semua bacaan yang dibacanya. Di samping itu. baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. . garis atau catat isi-isi pentingnya. Gambar Rajah Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. difahami dengan sepenuhnya. Perkataan yang Anda Tidak Mengerti Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca. bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu. anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Apabila selesai bacaan. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas. Jika anda faham apa yang anda baca. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Perbendaharaan Kata Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan. bukan saja bacaan anda menjadi lancar. Di samping perkataan itu. catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words". Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Biasanya. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. barulah anda cari pengertiannya. minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Sewaktu membaca. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar.Fahami Dahulu Baru Hafal Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->