You are on page 1of 15

Disediakan oleh :

Rosmawi Bin Md Hasan


Saiful Anuar Bin Mahrom
Harun Bin Hussin
Pengenalan
Teknologi boleh dijelaskan sebagai satu ‘proses’ iaitu
sesuatu yang mana manusia lakukan untuk
menyelesaikan masalah atau untuk mencapai tujuan
dan ‘produk/menghasilkan’ seperti peralatan-
peralatan, sesuatu yang boleh dirasa dan wujud dan
boleh digunakan untuk memenuhi keperluan komuniti
(Alexander, R.J.1980).
Komunikasi
Mengikut Highet, komunikasi ialah pemacaran
maklumat atau idea dengan secara berkesan daripada
pemikiran orang lain.

Pada umumnya, komunikasi ialah sesuatu proses


yang memindahkan maklumat atau mesej daripada
satu sumber kepada sumber yang lain dengan secara
berkesan, biasanya melalui lisan, bukan lisan dan
penulisan.
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan pula merupakan suatu sistem
dalam pendidikan yang melibatkan mesin, bahan-bahan,
media, orang dan kaedah yang saling berkaitan antaranya
dan berkerjasama untuk memenuhi objektif pendidikan
tertentu.
Ia berperanan memberi penekanan terhadap idea-idea
pendidikan sebagai rekaan teknologi, sebabnya ia menerima
perkara asas yang maju biasanya hasil dari interaksi
‘merubah konsep’ (mendahului ke cara-cara baru melihat
sesuatu) dengan ‘merubah teknik-teknik’ (mendahului cara-
cara baru melakukan sesuatu).
Bidang-bidang yang menggunakan
TMK pendidikan
 Bidang Sejarah
- Umumnya, masyarakat menganggap sejarah adalah mata
pelajaran yang membosankan dan guru perlu memberi
banyak maklumat tentang peristiwa masa lalu sehingga
menyebabkan pelajar mempelajarinya semata-mata untuk
menduduki peperiksaan.

- Pada tahun 2002, TMK mula diperkenalkan dalam


pendidikan sejarah. Melalui TMK dalam bidang sejarah
capaian bahan dapat dilakukan dengan mudah.
 Teknik dan Vokasional
- Pengunaaan TMK sememangnya sangat diperlukan dalam
pembelajaran teknik dan vokasional bagi memudahkan proses
pembelajaran kerana ia melibatkan banyak penggunaan mesin
dan alatan moden, sebagai contoh alatan elektronik.

 Geografi
- Pengunaan klip video dalam P&P geografi boleh membantu
guru dengan baik. Pengunaan VCD cutter dari filem-filem
terpilih boleh digunakan.
- Sebagai contoh; guru memaparkan tentang perubahan iklim,
persekitaran, keadaan penduduk, bentuk muka bumi, kegiatan
ekonomi, dan penempatan penduduk daripada filem tersebut.
Kebaikan TMK dalam Pendidikan
1. Meningkatkan minat para pengguna
- Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses p&p
didapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak
bosan dan dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap
proses p&p.

2. Mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi


- Penggunaan media seperti video, dan animasi semasa
persembahan ujikaji dan eksperimen dijalankan seseorang
pelajar akan lebih mudah menguasai konsep yang diajar
oleh guru.
3. Meningkatkan kebolehcapaian
- Melalui penggunaan pelbagai, kebolehcapaian terhadap sesuatu
rujukan menjadi lebih mudah. Sumber rujukan elektronik
seperti ensiklopedia, tutorial interaktif dan buku elektronik
dapat dicapai dengan mudah. Hal ini dapat merangsang lagi
proses p&p.

4. Meningkatkan pemahaman dan pengekalan


maklumat dalam ingatan
- Pemahaman dan pengekalan ingatan yang berlaku dalam otak
manusia lebih mudah dilaksanakan apabila manusia menerima
pelbagai pengukuhan dari pelbagai media seperti teks, audio,
grafik dan animasi.
5. Meningkatkan pemahaman dan pengekalan
maklumat dalam ingatan
- Pemahaman dan pengekalan ingatan yang berlaku dalam otak
manusia lebih mudah dilaksanakan apabila manusia menerima
pelbagai pengukuhan dari pelbagai media seperti teks, audio,
grafik dan animasi.

6. Meningkatkan motivasi
- TMK dapat menarik minat pelajar dalam bilik darjah serta
dapat mengikat pelajar melalui hasil kerja yang lebih bermutu.
Selain itu, persepsi kawalan dalam bilik darjah juga akan
meningkat
7. Sokongan kepada pendekatan baru
- Pembelajaran kolaboratif juga dapat dilakukan iaitu
penggabungan dua mata pelajaran dalam satu masa. Pelajar
juga dapat berkongsi kepintaran sesama sendiri. Selain itu,
penyelesaian masalah dan kemahiran peringkat tinggi juga
menjadi semakin mudah.

8. Meningkatkan produktiviti guru


- Banyak masa untuk berkerja dengan murid-murid
dengan membantu hasil mereka dan merekod tugasan mereka.
Penyediaan maklumat menjadi lebih tepat dan cepat.
Membenarkan guru menghasilkan lebih perhatian kepada
material mesra pelajar dengan lebih cepat.
Keburukan TMK dalam Pendidikan
1. Kepakaran guru yang terhad
- Seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad.
Sunal 1996, mendapati pembelajaran yang bermakna boleh
dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh
pelajar. Walaubagaimanapun perkara ini tidak akan berlaku
sekiranya pengetahuan dan pengalaman guru adalah terhad
terhadap penggunaan internet.
2. Maklumat yang berunsur negatif
- Terdapat banyak maklumat yang tidak ditapis di internet
yang dapat mendatangkan bahaya dan memudarat kepada
pelajar. Antaranya maklumat yang berkaitan seks,
keganasan, hasutan, diskriminasi, dadah dan penderaan.

3. Masalah maklumat yang kurang tepat


- Hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang
maklumat adalah bebas. Hal ini boleh menyebabkan
terdapat banyak maklumat yang kurang tepat di internet.
4. Masalah maklumat yang kurang tepat
- Di internet, semua orang mempunyai hak untuk
menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat. Hal
ini boleh menyebabkan terdapat banyak maklumat yang
kurang tepat di internet.

5. Masalah menghasilkan pembelajaran secara


talian
- Penghasilan bahan pengajaran secara talian dikalangan guru
masih lagi di tahap yang rtendah. Hal ini disebabkan
kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman
membina laman web.
6. Pelajar menjadi pasif & kurang berkomunikasi
- Pelajar yang gemar mencari bahan di internet akan lebih
tertarik untuk duduk dihadapan komputer tanpa memikirkan
kehidupan sosial sama ada dalam keluarga dan masyarakat.
Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif & kurang
berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai.
KESIMPULAN
Penggunaan TMK dalam pendidikan hendaklah
diterapkan sejak dari peringkat awal. Hal ini kerana
keperluannya yang semakin bertambah pada masa ini
memerlukan para pelajar melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan yang sewajarnya serta menerapkan
elemen TMK agar pembelajaran lebih menarik dan
lebih efektif. Oleh itu, pihak ibu bapa harus
bekerjasama dengan sekolah serta institusi luar supaya
para pelajar mendapat pendedahan yang optimum..

You might also like