You are on page 1of 8

Kertas kerja liga ragbi

KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN TERTUTUP NEGERI PAHANG

1.0 MISI
Menjadikan Skuad ragbi negeri Pahang antara yang terbaik di
Malaysia, serta memberi persedian kepada pemain ragbi di negeri
Pahang untuk menyertai setiap kejohanan yang dianjurkan oleh
Kesatuan Ragbi Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan mutu permainan pemain-pemain ragbi pahang
untuk menjadi Skuad negeri yang terbaik di Malaysia.
2.2 Memberi peluang kepada semua pemain di negeri pahang untuk
menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam permainan
ragbi.
2.3 Memupuk minat para pemain untuk mewakili negeri dan
menghasilkan pemain Negara yang bermutu kelak.
2.4 Merapatkan perhubungan dan komunikasi di antara pemain-
pemain dan jurulatih ragbi di negeri Pahang supaya dapat
menghasilkan ikatan yang baik di dalam pasukan negeri. 
2.5 Menyediakan pemain negeri pahang dalam kejohanan 7
sepasukan serta mencari pemain-pemain berbakat untuk skuad
negeri. 

3.0 PENGANJURAN
3.1 Dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Negeri Pahang pada setiap tahun.

4.0 TARIKH DAN MASA KEJOHANAN


4.1 Tarikh dan masa kejohanan belum ditetapkan.
5.0 PENYERTAAN
5.1 Terhad kepada kelab,institusi pendidikan atau pasukan ragbi di
bawah Kesatuan Ragbi Negeri Pahang sahaja.
5.2 Kejohanan ini terhad kepada 10-15 pasukan sahaja.Pasukan yang
mendaftar lebih awal akan mendapat tempat di dalam kejohanan.

6.0 ANGGARAN PESERTA DAN PETUGAS

BIL. PERKARA BIL. DIBENARKAN JUMLAH PASUKAN JUMLAH


1 Pengurus Pasukan 1 15 15
2 Jurulatih Pasukan 1 15 15
3 Pemain 15 15 225
4 Pengadil & Teknikal
5 Petugas 
6 Lain-Lain
JUMLAH

7.0 FORMAT PERTANDINGAN


7.1 Format pertandingan adalah dalam bentuk liga.
7.2 Setiap pasukan akan bertanding dengan setiap pasukan di dalam
kejohanan.
7.3 6 pasukan teratas liga akan bermain dalam piala kejohanan liga
ragbi 10 sepasukan tertutup negeri Pahang.
7.4 Sistem Pertandingan(rujuk lampiran di akhir kertas cadangan).

8.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan dengan adanya kejohanan seperti ini mutu
permainan ragbi di kalangan pemain-pemain ragbi di negeri Pahang
akan dapat dipertingkatkan. Semoga kejohanan ini akan dapat
melahirkan pemain negeri Pahang yang lebih berkaliber di masa akan
datang yang dapat menaikkan nama Malaysia dalam permainan Ragbi
di peringkat antarabangsa.

ERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN TERTUTUP NEGERI PAHANG

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan
Ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa (Terbuka) dan ELV yang diterima
pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia. Peraturan ''3 man scrum” akan
digunakan, pilihan "5 man scrum” hanya untuk team yang masukkan
bola.

2. KELAYAKAN PASUKAN

2.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 15 orang pemain dan 2


orang pegawai pasukan.

2.2 Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat semasa mesyuarat


pengurus pasukan dan pendaftaran tidak boleh dipinda selepas
perlawanan pertama pasukan tersebut.

2.3 Semaksimum 5 pertukaran pemain dibenarkan.

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini adalah berformat liga dan setiap pasukan akan 
bermain dengan setiap pasukan dalam kejohanan.

3.2 Setiap pasukan akan bermain 14 perlawanan sepanjang liga.


3.3 6 pasukan teratas liga akan bertanding untuk satu piala kejohanan
ragbi 10 sepasukan tertutup negeri Pahang.

3.3.1 Piala tersebut akan dipertandingkan dalam bentuk suku


akhir,separuh akhir dan akhir.
3.3.2 Kejohanan merebut piala tersebut akan dijalankan setelah liga
berakhir.

4. KEDUDUKAN DALAM LIGA

4.1 Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan:

Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

4.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama,
pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut:

4.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.


4.2.2 Jika masih seri, pemenang yang mendapat jumlah skor yang
terbanyak dikira menang.
4.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
dikira menang.
4.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan
(i) Try
(ii) Gol Penalti 
(iii) Drop Goal akan diambil kira.

4.3 Sepakan Penalti ( Drop Kick )


4.3.1 5 pemain sahaja akan mengambil sepakan penalti mengikut
giliran selang seli di garisan 22 meter.
4.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti mengikut kaedah ’Place Kick’
digunakan.
4.3.3 Hanya pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa
masa tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.
4.3.4 Sekiranya setelah sepakan penalti dilakukan dan masih
berkedudukan seri, lambungan siling sebanyak 3 kali akan dilakukan.

5. PERLAWANAN PIALA KEJOHANAN

5.1 Pada perlawanan suku akhir,separuh akhir dan akhir, jika berlaku
kedudukan seri selepas tamat perlawanan,masa tambahan sebanyak
10 minit diberikan (sehala).

6. Masa Perlawanan

6.1 Masa bagi semua perlawanan awal hingga ke akhir akan


dijalankan selama 10 minit- 2 minit (rehat) – 10 minit.

7 Pertukaran pemain

Semaksimum lima (5) pemain boleh digantikan pada bila-bila masa


dalam setiap perlawanan.Pemain yang diganti tidak boleh bermain
semula dalam perlawanan tersebut KECUALI untuk menggantikan
pemain yang mendapat luka yang terbuka dan berdarah(diputuskan
oleh pengadil) atau untuk menggantikan pemain “front row” yang
mendapat kecederaan jika tiada pemain yang sesuai untuk posisi
tersebut. 
8 MASA MELAPOR

8.1 Semua pasukan mestilah berada 15 minit sebelum masa


perlawanan.
8.2 Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama
pemain 10 minit sebelum masa perlawanan kepada pegawai
pertandingan.
8.3 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurangg-kurangnya 8
pemain untuk memulakan perlawanan. Jika tidak, kemenangan
percuma akan diberikan kepada lawannya dengan skor 14 – 0.
8.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 10 minit
selepas masa yang ditentukan, maka perlawanan tersebut akan
dibatalkan.

9 BANTAHAN

9.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada

Penge a Pertandingan dalam masa Tiga Puluh (30) minit selepas


tamatnya perlawanan yang berkenaan.
9.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan.Jika bantahan itu berjaya,
keputusan kemenangan ialah 14 – 0 diberikan kepada pihak yang
membuat bantahan.
9.3 Setiap bantahan (9.1 dan 9.2) mestilah disertakan denggan wang
tunai RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja).Wang tidak akan
dikembalikan dalam apa jua situasi.

10. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN

- Pengerusi Penge a atau wakilnya


- Setiausaha Kejohanan atau wakilnya
- Pengerusi Teknik Kejohanan
- Pengadil Perlawanan ( Jika perlu )
- 3 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali

11 JAWATANKUASA RAYUAN

11.1- Pengerusi Penge a Kejohanan

11.2- Setiausaha Penge a Kejohanan


11.3- Pengerusi Teknikal Kejohanan
11.4- 3 Pengurus Pasukan Sekolah Berkecuali 

12 TINDAKAN TATATERTIB DAN DISPLIN

Mana-mana pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran), pemain


tersebut akan direhatkan (Sin Bin) selama 3 minit di Meja Teknikal.
(Masa akan dikira selepas pemain tersebut duduk di kerusi yang
disediakan). Mana-mana pemain yang menerima Kad Merah (Dibuang
padang), pemain tersebut akan digantung daripada perlawanan
tersebut dan 1 (Satu) perlawanan seterusnya.Pemain tersebut hanya
boleh bermain dalam kejohanan setelah Jawatankuasa Tatatertib dan
Disiplin membuat sebarang keputusan. Sebarang rayuan dirujuk terus
kepada Jawatankuasa Rayuan.

12 PENGADIL

Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Penge a dengan kerjasama


Kesatuan Ragbi Negeri Pahang dan Kesatuan Ragbi Malaysia.
13 PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN
PERTANDINGAN

Jawatankuasa Penge a mempunyai hak mentafsir segala perkara


yang tidak disiarkan dalam Undang-Undang Pertandingan ini dan
keputusan adalah MUKTAMAD.

You might also like