You are on page 1of 32

EPISTEMOLOGI DAN

AKSIOLOGI
Objektif
1. Memahami dan menghayati makna
epistemologi dan aksiologi.
2. Mengenalpasti hirarki alat pencapai
ilmu fakulti kognitif dan jenis ilmu.
3. Dapat mengetahui perlaksanaan
nilai dalam kehidupan manusia dan
masyarakat.
Maksud Epistemologi
 Episteme (Yunani) bermaksud pengetahuan.
Logos pula bermaksud teori.
 Teori tentang ilmu pengetahuan.
 Membicarakan asal usulnya, bagaimana ia
berlaku dan hubungannya dengan pengalaman
manusia.
Ilmu yang membabitkan
perbahasan akal, pengkelasan ilmu,
pengkhususannya dan ruang lingkup
keterbatasan akal untuk
menanggapinya.
Soalan-soalan utama epistemologi
ialah : Apakah yang boleh kita
ketahui dan bagaimana kita boleh
ketahui?
Kata kunci
Hirarki Alat Pencapai Ilmu –
Sumber-Sumber Ilmu
1. WAHYU
 Menjadi sumber segala ilmu
 Daripada Tuhan dan disampaikan kepada
manusia menerusi perantaraan Rasul.
 Wahyu merupakan komunikasi dalaman,
tempatnya di hati.
 Termasuk dalam wahyu juga ialah Hadis Qudsi
(Wahyu daripada Allah yang lafaznya daripada
Rasulullah saw) dan hadis-hadis sahih.
 Al-Sunah ; perkataan, perbuatan dan perakuan
Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan sebahagian
sumber ilmu.
 Wahyu sumber maklumat dan ajarannya wajib
ditaati.
2. ILHAM / INTUISI
 Ilmu yang diperolehi secara langsung tanpa proses
pembelajaran.
 Ilham dikurniakan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira
tempat dan masa.
 Ilham yang baik datang daripada Allah dan ilham yang
jahat datang daripada syaitan dan manusia yang tidak
baik (surah an-Nas:4)
 Ilham juga boleh dinamakan kashf iaitu tanggapan
emosi secara langsung yang terbit di dalam hati manusia
tanpa diketahui.
 Ilmu Laduni. Contoh :Nabi Allah Khidir a.s.
 Hanya diperolehi oleh golongan-golongan tertentu dan
terpilih.
 Dianggap sangat tinggi oleh golongan tasawuf.
3. NALURI
 Ilmu yang diwarisi melalui warisan
genetik.
 Contohnya anak penyu

 Bayi menyusu susu ibu.


4. AKAL
 Keistimewaan yang diberikan oleh Allah
s.w.t kepada manusia berbanding dengan
makhluk lain.
 Merangkumi pengetahuan manusia
tentang dirinya, alam sekitarnya, sejarah
manusia dan masyarakat hari ini.
 Akal terbatas, terutamanya tentang roh,
akhirat, akidah, hukuman, amal ibadat
dan lain-lain lagi.
5. PANCAINDERA
 Ilmu daripada deria manusia.
 Maklumat yang diperolehi dibawa
kepada akal untuk ditafsirkan.
 Deria rasa, bau, sentuhan,
penglihatan dan pendengaran
merupakan deria yang amat penting.
PENERIMA ILMU
HIRARKI PENERIMA ILMU

Awam
1. Rasul dan Anbiya'
 Rasul: Seorang lelaki yang merdeka yang
diwahyukan kepadanya segala hukum
syarak dan diperintahkan oleh Allah s.w.t
menyampaikan kepada ummat manusia.
 Nabi: Seorang lelaki yang merdeka yang
diwahyukan kepadanya segala hukum
syarak.
 Menerima khusus ilmu wahyu sahaja
kerana ilmu wahyu adalah ilmu yang
tertinggi dan mereka manusia pilihan.
2. Awliya’ (para wali)
 Merupakan jenis penerima ilmu yang
agak istimewa.
 Adalah orang yang paling bertakwa
selepas Nabi dan Rasul, beramal
soleh, murni hati dan jiwa raganya.
3. Para Ulamak, Intelek dan
Cendekiawan
 Golongan yang mahir dalam menguasai
ilmu ilmu wahyu dan shari’ah dalam
konsep perpaduan ilmu.
 Seseorang ulamak sepatutnya
berpengetahuan dari segi ilmu ilmu
akliyyah.
 Seseorang cendekiawam pula sewajarnya
mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang ilmu ilmu wahyu.
4. Awam
 Merupakan anggota masyarakat
majoriti
 Menjadi sasaran utama curahan yang
disampaikan oleh para Rasul dan
awliya
Hirarki Ilmu Secara Bersepadu
Ilmu Wahyu
 Ilmu ilmu agama yang berteraskan wahyu
daripada Allah s.w.t
 Merupakan ilmu ilmu seperti al Quran,
tafsir, hadith, fiqah dan ilmu ilmu seperti
ilmu kalam dan ilmu tasawuf
 Ilmu ini mengisi keperluan rohani manusia
dengan tepat dan secukupnya
 Membawa manusia mengenali tanda tanda
kewujudan dan kekuasaan Allah.
Ilmu ilham
 Lebih menjurus kepada kehendak
ilmu wahyu.
 Ilmu ini tidak dapat dimiliki oleh
semua orang.
 Biasanya ia diperoleh oleh orang
orang yang sentiasa mendekati
Allah.
Ilmu Empirikal
 Ilmu dan fakta-fakta yang boleh ditanggapi oleh
pancaindera
 Fakta-fakta itu haruslah dibawa kearah
memahami kehendak wahyu
 Asas Empirikal terletak pada keupayaan
pancaindera
 Ilmu rasional pula terletak pada keupayaan
aktiviti akal
 Kedua-dua mestilah disepadukan dengan ilmu
wahyu
 Ilmu Empirikal dan rasional penting untuk
menanggapi fenomena-fenomena alam semesta
AKSIOLOGI
Maksud Aksiologi

 Bermaksud sains nilai, teori dan


sistem nilai.
Nilai.
 Satu
unsur yang dapat
mencerminkan perlaksanaan
manusia.

 Dalam Islam, nilai ilmu dan


pemikiran merupakan unsur
terpenting yang menentukan
tindakan dan perlaksanaan manusia.
Faedah-Faedah Aksiologi.
 Menggunakan maklumat dan
pengetahuan baru mengenai dunia
seharian.
 Membentuk kerangka rujukan yang
membolehkan kita melihat diri kita,
persekitaran,hubungan sesama
makhluk dan tuhan dengan cara
yang baru.
Lima nilai yang dipertanggungjawab ke atas
manusia
1. Fardu Atau Wajib
- Nilai ini menjadi satu kemestian dan amat baik.
Contoh : Taat dan menghormati ibu bapa.
2. Sunat
- Nilai ini amat digalakkan dan merupakan satu kebaikan.
Contoh : Sayang kepada anak-anak yatim.

3. Harus atau jaiz atau mubah.


- Tak mengapa; buat tak apa-apa, tak buat pun tak
mengapa. Contoh ; Tidur , makan

3. Makruh
- Nilai ini dibenci. Contoh ; Tidur / makan berlebihan.

5. Haram
- Nilai ini buruk dan tidak baik. Contoh ; Menipu,fitnah dll.
Hirarki Nilai
Nilai-nilai Ma’ruf (baik dan bagus)

1. Fardu atau wajib.


- yang mesti dilakukan.
- Melakukan perkara yang disuruh, mendapat pahala & mendapat
dosa jika ingkar.Contoh :

2. Sunat atau matlub.


-Melakukannya mendapat pahala dan dituntut.
-Meninggalkannya tidak mendapat sebarang hukuman.
Contoh :

3. Mubah atau harus.


- Seseorang muslim bebas memilih untuk melakukannya ataupun
tidak.
-Jika dikerjakan tidak mengapa dan tiada hukuman sekiranya
ditinggalkan.
Contoh :
Nilai-nilai Mungkar

1. Makruh
- Iaitu suatu benda atau kerja yang tidak disukai
dan dibenci. Ia dianggap baik jika ditinggalkan.
Jika dilakukan juga tidak mendapat sebarang
hukuman sebaliknya mendapat pahala jika
ditinggalkan.
Contoh :

2. Haram
- Iaitu sesuatu yang dilarang sama sekali
melakukannya. Melakukannya mendapat balasan
dosa . Dan memberi keburukan kepada manusia.
Meninggalkannya dituntut dan mendapat ganjaran
pahala.
Contoh :
RUMUSAN
 Islam menekankan betapa pentingnya
diintegrasikan ilmu dunia dengan ilmu
akhirat,begitu juga nilai-nilai keduniaan
dan keagamaan.
 Kehidupan di dunia sebagai persediaan
untuk menuju akhirat.
 Penegasan bahawa Wahyu merupakan
sumber utama ilmu dalam Islam.
 Al-Quran dan Al-Sunnah itu merupakan
khazanah ilmu yang tidak terbilang untuk
sekalian alam.
Kata Kunci
 Epistemologi atau teori tentang
pengetahuan merupakan teras utama
dalam semua pandangan hidup.
 Cari dan fikirkanlah apa yang dijadikan
Allah, tetapi jangan fikir akan zat Allah.
 Aksiologi atau teori nilai merupakan
penentu gerak tindakan dan tingkah laku
manusia.
 Konsep nilai dalam Islam berasaskan
suruhan berbuat baik dan tegahan berbuat
kemungkaran.
LATIHAN 4
1. Bezakan maksud epistemologi dan
aksiologi.(4m)
2. Jelaskan dengan ringkas maksud Ilham
dan Intuisi beserta contoh. (6m)
3. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu
empirikal.(2m)
4. Apakah peranan aksiologi.(2m)
5. Jelaskan perbezaan antara ulamak dan
intelek.(4m)
6. Jelaskan dengan contoh ilmu Laduni.
(2m)

You might also like