You are on page 1of 13

1.

0 Pendahuluan

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali kami ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah
subjek Bimbingan & Kaunseling, DPNB 4103 iaitu Tuan Hj.Ishammudin Hj.Ismail
kerana memberi kami peluang untuk melakukan tugasan ini serta membimbing
seterusnya melaksanaan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu dalam mencari maklumat
– maklumat tambahan bagi menambahkan lagi pemahaman kami terhadap Bimbingan
& Kaunseling itu sendiri. Untuk tugasan ini, kami diminta untuk membuat kajian
tentang “Profil Unit Bimbingan & Kaunseling” institusi pendidikan yang telah
ditetapkan. Kajian ini dilihat bukan hanya bagi mendedahkan mahasiswa terhadap realiti
permasalahan di dunia luar terutamanya institusi persekolahan, malah dapat
mendedahkan mahasiswa dengan masyarakat sekeliling dan juga membantu dalam
membina pengalaman selain membiasakan diri dengan suasana persekolahan sebelum
melibatkan diri secara langsung dalam dunia pendidikan kelak.

1
2.0 Pengenalan

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan


bagi membantu insan dalam menangani permasalahan yang berlaku keatas mereka. Ia
juga berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang yang bermasalah membuat
rujukan bagi menangani masalah kehidupan dalam seharian. Mereka cuba untuk
menyelesaikan masalah tersebut jadi sebagai kaunselor yang memepunyai pengatahuan
sepatutnya mereka menjadi penasihat atau pembimbing kepada insan yang memerlukan
bantuan ini denga memberi mereka cadangan atau membantu mereka dalam mencari
penyelesaian sendiri mengenai masalah mereka tadi. Untuk mencapai tahap ketahanan
dalam setiap permasalahan seharian ini kita amat memerlukan bimbingan dan
kaunseling bagi mengenali keupayaan sebenar diri kita dan mengeksploitasi segenap
sudut dan situasi bagi kegunaan diri untuk mencapai kehidupan sejahtera dan membantu
mewujudkan komuniti yang aman dan tenteram.Dalam konteks institusi persekolahan
Kaunselor disini ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah manakala Klien pula
ialah para pelajar, ibubapa, guru-guru dan staf sekolah berkenaan.

2
2.1 Definisi Bimbingan & Kaunseling

Kaunseling boleh didefinisikan :

Bil. Pengkaji Definisi


1. A.J Jone (1930) “Guidance is the assistance given to individuals in making
interpretation and adjustment. Guidance is aim at aiding the
recipient to be responsible for himslef...It is a service that is
universal...Indeed it is present where ever there are people
who need help and where ever there are people who can
help.”
2. Wilver (1950) “Guidance is a process of helping individuals through their
own efforts to discover and develops their potentialities
both for personal happiness and social usefulness.”
3. Dr.Suradi Salim (1997:9) “Bimbingan adalah satu proses untuk membantu individu
memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh
menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada
dengan sepenuhnya.

Ringkasnya Bimbingan dapatlah dimaksudkan sebagai memberi nasihat dan


panduan kepada seseorang yang biasanya mengahdapi masalah.

Kaunseling pula boleh didefinisikan :

3
Bil. Pengkaji Definisi
1. Umum Perkataan “kaunseling” berasal daripada perkataan Latin
iaitu “Consillium” yang bermaksud “with” atau “together”
(bersama). Manakala dalam bahasa Angle-Saxon pula ia
berasal dari perkataan “sellan” yang bermaksud “to sell”
atau “to deliver”.
2. Shertzer dan Stone (1968) “Kaunseling adalah satu proses interaksi yang membolehkan
individu itu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan
mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan
nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan
tindakan wajar untuk masa depannya.”
3. Carl Roger (1942) “Kaunseling adalah satu siri pertemuan di antara kaunselor
dan klien yang bertujuan untuk memberikan bantuan dalam
mengubah tingkahlaku.”
4. Jawatankuasa Definisi, “To help individual towards overcoming obstacles to their
Bahagian Psikologi personal growth, where ever these may be encountered and
Kaunseling, Persatuan towards achieving optimum development of their resources.”
Psikologi Amerika (1980)
5. Hj.Ishammudin Hj.Ismail Kaunseling adalah satu proses hubungan yang berlaku secara
(1993:7) bersemuka antara seorang yang profesional (dalam bidang
kaunseling) dan pakar (dalam perkara Ulumuddin dan Ulum
Insaniyah) dengan seorang yng memerlukan bantuan (klien)
sehingga terjadi hubungan-hubungan keinsanan dimana
berlaku penerokaan potensi diri klien bagi
memperkembangkan semula segala sumber dalaman insan
untuk menerima kebenaran (Al-Haq) dan bertanggungjawab
pada diri sendiri ke arah keredhaan Allah S.W.T.”
6. Majlis Kauseling “A systematic process of helping relationship based on
Kebangsaan Malaysia psychological principles performed by a professional
counselor to achieve voluntary favorable holistic change,
development and adjustment of the client throughout the life
span in accordance with the counseling code of Ethics...”

4
7. Persatuan Kaunseling “Perkhidmatan Kaunseling ialah perhubungan dimana
Malaysia (PERKAMA) seseorang itu berikhtira atau berusaha untuk membantu
orang lain dalam memahami dan menyelesaikan masalah
penyesuaian. Selalunya penyesuaian dalam menyelesaikan
masalah itu dapat dilihat melalui kaunselng pendidikan,
kaunseling vokasional, kaunseling sosial dan lain-lain.”

Kaunseling dalam kata lain dapat diterjemahkan sebagai satu proses interaksi
bersemuka di antara kaunselor dan klien yang matlamatnya ke arah melahirkan
insan yang akan kenal diri, masalah kehidupannya dan cuba mengatasi dengan
menggunakan kemampuan yang ada pada dirinya.

Oleh itu dapat kita simpulkan disini Bimbingan dan Kauseling sebagai satu hubungan
peribadi bersemuka antara dua orang (kaunselor dan kaunseli atau klien). Melalui
perhubungan ini kaunselor menggunakan kemahirannya, khushusnya dalam
menyediakan satu situasi atau suasana, apabila kaunseli (seorang yang normal dari segi
mental) dibantu memahami masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta
kemungkinan situasai masa hadapannya, supaya dia dapat mengunakan sifat-sifat
peribadinya dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah
kepada masyarakat. Dan selanjutnya dan mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah
dan memenuhi keperluanya pada masa akan datang.

2.2 Tujuan Kaunseling

Kaunseling adalah diperlukan apabila wujudnya pertanyaan atau keadaan....

a) Siapakah aku ?
b) Apalagi yang perlu dibuat ?

5
c) Bagaimana saya boleh lebih efisien atau berkesan ?
d) Bagaimana dengan masalah semasa ?
e) Bagaimana saya boleh lebih produktif ?
f) Bagaimana persekitaran yang ada ?

Dalam kata lain, Kaunseling dapat membantu seseorang dalam:

a) Memahami dan mengelola sendiri masalah yang dihadapi.


b) Mempercepatkan seseorang menjadi rasional.
c) Membentuk kemahiran daya tindak.
d) Menyediakan perubahan tingkahlaku.
e) Memperbaiki dan meningkatkan perhubungan.
f) Membantu membuat keputusan dengan memilih antara alternatif yang ada.
g) Memantapkan jati diri.
h) Meningkatkan keyakinan dan keberkesanan diri.
i) Mengenalpasti potensi diri analisis SWOT.

2.3 Peranan Kaunseling

a) Membantu individu membuat rancangan yang realistik dalam menghadapi


masalah.
b) Membantu individu menerima dan menyesuaikan diri dengan realiti kehidupan.
c) Membantu individu mengelola dan membentuk gaya hidup baru yang diredhai.
d) Membantu individu lebih mengenali dirinya menjadi lebih cekap dan berkesan.
e) Membantu individu mengenalpasti keperluan atau keutamaan dalam
mengahrungi kehidupan.
f) Membantu individu memahami dan membina keyakinan diri.

2.4 “Kaunseling” dan “Psikoterapi”

6
piskoaunrPlKget
3.0 Profil Unit Bimbingan & Kaunseling Kajian

7
3.1 Carta Organisasi

Sila semak di Lampiran 1.

3.2 Falsafah Perkhidmatan

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelngkan secara


optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi
melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta
beriman dan beramal soleh.

3.3 Visi Perkhidmatan

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan


suasana teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

3.4 Misi Perkhidmatan

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan
jayanya:

i. Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan


cekap dan berkesan.
ii. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang
tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
iii. Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui
program bimbingan dan kaunseling.
v. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

3.4 Moto Perkhidmatan

8
INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN

3.5 Objektif Perkhidmatan

i. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan


aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
ii. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi aspek
perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan
pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
iii. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada
terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin,
penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai
pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
iv. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan
semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan
mengatasi masalah sendiri.
v. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah
dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
vi. Memberi khidmat kauseling krisis kepada murid yang memerlukan.
vii. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan
kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid
kepada semua murid.

3.6 Matlamat

9
i. Membantu pelajar dalam menghadapi dan menyelesaikan masalh yang
dihadapi.
ii. Membentuk sikap positif pelajar terhadap pelajaran, sekolah dan
keluarga.
iii. Mendorong pelajar untuk memperkembangkan potensi diri.
iv. Memupuk semangat belajar dalam diri pelajar.
v. Memberi panduan kepada pelajar akan bidang kerjaya yang sesuai
dengan diri mereka.

3.7 Piagam Pelanggan

10
i. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan
teraputik.
ii. Menerima semua klien tanpa syarat.
iii. Memenuhi temujanji klien.
iv. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-
kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yangn lain.
v. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
vi. Menjalankan sesi kaunseling dalam temppoh masa 30 hingga 50 minit
bagi setiap sesi individu atau kelompok.
vii. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
viii. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan
bertanggungjawab.

3.8 Prinsip-prinsip Bimbingan dan Kaunseling

i. Bimbingan dan kaunseling perlu diberikan kepada semua pelajar.


ii. Semua pihak bertanggungjawab dalam menjayakan bimbingan dan
kaunseling.
iii. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu dilaksanakan secara
sistematik dan tanpa paksaan.
iv. Etika bimbingan dan kaunseling perlu dijaga dan diikuti.
v. Tindakan susulan perlulah dijalankan supaya lebih memberi kesan.

3.9 Jenis Perkhidmatan

11
a) Bimbingan Kelompok

i. Merupakan aktiviti bimbingan secara bersemuka dengan sekumpulan


pelajar yang mengahadapi masalah yang sama.
ii. Antara langkah bimbingan kelompok adalah :
a. Pembentukan kumpulan
b. Teknik Sumbangsaran

b) Bimbingan Individu

i. Aktiviti bimbingan secara bersemuka antara pelajar dan guru bimbingan


dan kaunseling.
ii. Antara pendekatan yang diambil dalam Bimbingan Individu:
a. Bimbingan krisis atau masalah.
b. Bimbingan pencegahan atau pengawalan.
c. Bimbingan perkembangan diri.
d. Bimbingan penyediaan kemudahan.

3.10 Aktiviti

Sila semak di muka Lampiran 2, Lampiran 3 dan Lampiran 4.

4.0 Kesimpulan

12
Dalam konsep persekolahan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling boleh
ditafsirkan sebagai perkhidmatan peribadi yang diadakan bagi membantu pelajar dalam
menangani permasalahan yang berlaku keatas mereka. Ia juga berperanan sebagai satu
tempat dimana pelajar yang bermasalah membuat rujukan bagi menangani masalah
dalam pembelajaran mereka. Untuk itu kaunselor yang mempunyai pengetahuan
diperlukan sebagai penasihat dan pembimbing kepada pelajar yang memerlukan bantuan
ini dengan memberi mereka cadangan atau membantu mereka dalam mencari
penyelesaian sendiri mengenai masalah mereka tadi. Untuk mencapai tahap ketahanan
dalam setiap permasalahan ini kalangan ini amat memerlukan bimbingan dan kaunseling
bagi mengenali keupayaan sebenar diri mereka dan mengeksploitasi segenap sudut dan
situasi bagi kegunaan diri untuk mencapai kehidupan sejahtera dan membantu
mewujudkan komuniti yang aman dan tenteram di sekolah.

13

You might also like