You are on page 1of 2

TAJUK

Kajian penggunaan pasir kerikil sebagai bahan ganti kepada batu baur di dalam campuran bahan
untuk membuat kerb.

PENGENALAN

Kerb atau lebih mudah disebut sebagai batu untuk penghadang tepi jalan sering kali dijumpai di
kawasan kaki lima jalan raya. Kerb ini berguna untuk mengelakkan kenderaan dari terjatuh ke
bahu jalan. Selain itu, kerb juga digunakan untuk meningkatkan lagi jarak pandangan bagi
pejalan kaki dan juga para pemandu di jalan raya. Kerb biasanya diperbuat dari campuran simen,
batu baur halus iaitu pasir, batu baur kasar dan juga air mengikut nisbah yang telah ditentukan
dan ditetapkan.melalui pengantian batu baur kepada batu kerikil, diharap ia akan memberi kesan
kepada kerb tersebut.

PENYATA MASALAH

 Kekurangan bahan alternatif sekiranya berlaku kenaikan harga bagi bahan asas untuk
membuat kerb.
 Mengelakkan berlakunya kemalangan kerana ia akan merugikan negara.
 Dapat mengurangkan kos membuat kerb.
OBJEKTIF KAJIAN

 Membuat perbandingan kos diantara kerb sedia ada dengan kerb yang dikaji ini.
 Mencadangkan alternatif baru bagi menggantikan penggunaan bahan asas pembuatan
kerb dengan bahan campuran pasir kerikil.
 Memastikan kerb ini tidak membahayakan para pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

KEPENTINGAN KAJIAN

 Membantu para pengguna jalan raya bagi meningkatkan lagi jarak penglihatan.
 Sebagai alternatif baru bagi menggantikan kerb sedia ada.
 Kajian ini dibuat bagi menjimatkan kos bagi penghasilan produk.

You might also like