You are on page 1of 5

KESAN-KESAN POSITIF DAN NEGATIF PEMBANGUNAN

KESAN-KESAN POSITIF KEGIATAN PELANCONGAN DAN PEMBANGUNAN


INFRASTRUKTUR DI TANAH TINGGI CAMERON

Kegiatan pelancongan di tanah tinggi cameron sememangnya tidak dapat


dinafikan antara pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia mahupun di peringkat
antarabangsa. Kewujudan Tanah Tinggi Cameron yang terletak di atas paras laut
menjadi tarikan utama para pelancong tempatan dan pelancong asing untuk merasai
persekitaran yang nyaman, jauh dari kesibukan kota serta pencemaran alam.

EKOPELANCONGAN

Menurut Ceballos-Lascurain (1996), ekopelancongan adalah perjalanan dan


lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada kawasan semula jadi
untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semula jadi (termasuk sifat-sifat
kebudayaan kini dan lalu), menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, membawa
kesan yang rendah serta membolehkan penglibatan masyarakat tempatan di dalam
aktiviti sosio-ekonomi yang positif (Scheyvens, 1999:245; Ross dan Wall, 1999a:124;
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia 1996:1; Jafar Jafari,
2000:165; Page dan Dowling, 2002; Weaver, 2001).

Ekopelancongan sebagai pengembaraan yang bertujuan mewujudkan


kesefahaman dalam kebudayaaan dan persejarahan yang tergolong dalam
persekitaran, menekankan penjagaan ekosistem dan menghasilkan faedah dalam
bentuk ekonomi kepada tempatan dan kerajaan untuk menggalakkan pemuliharaan
semula jadi (Goeldner et.al, 2000; Hawkins, 1994:261).

Ekopelancongan adalah produk pelancongan yang baru diperkenalkan di


Malaysia. Walau bagaimanapun, ekopelancongan telah diberi perhatian dan mula
dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia
Kelapan. Cameron Highland adalah kawasan tanah tinggi yang berpotensi dalam
pembangunan ekopelancongan kerana persekitaran alam semula jadi yang sensitif
yang memerlukan perlindungan demi pelancongan tidak terjejas akibat pengurusan
yang lemah dan pembangunan tidak terkawal.

PELANCONGAN, PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR DI CAMERON HIGHLANDS


KESAN-KESAN POSITIF DAN NEGATIF PEMBANGUNAN

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang


(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser), seramai 525,749 orang pelancong telah
mengunjungi Cameron Highland dari bulan Januari hingga September 2008,
menyaksikan peningkatan sebanyak 71.89% berbanding 305,855 orang dalam
tempoh yang sama pada tahun 2007. Jumlah pelancong domestik yang mengunjungi
Cameron Highlands dari bulan Januari hingga September 2008 pula ialah seramai
335,799 orang. Pastinya kedatangan pelancong tempatan dan asing semakin
bertambah dari tahun ke tahun.

Perangkan tersebut jelas menunjukkan Cameron Highland menjadi antara


tempat pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun
pelancong asing. Antara faktor penarik pelancong datang ke Cameron Highland tidak
lain dan tidak bukan kerana kehijauan persekitaran dan kenyamanan udaranya.

Di samping itu juga, tanaman teh, bunga-bungaan dan buah-buahan yang


diusahakan secara domestik dan komersial serta infrastruktur bangunan di
sekitarnya yang mendapat pengaruh binaan Barat turut menjadi tarikan kepada
pelancong untuk datang ke Cameron Highland.

PELANCONGAN PENDIDIKAN

Pelancongan berasaskan pendidikan boleh diperkembangkan bermula dari


peringkat tempatan dalam mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia
sebagai tempat yang boleh dijalankan kajian mahupun kerja lapangan. Cameron
Highland merupakan antara destinasi yang boleh sesuai dijadikan sebagai pusat
untuk menjalankan kajian memandangkan ia mempunyai sejarah di sebalik
penemuan dan pembangunannya sehingga ke hari ini. Di samping itu, program
sebegini boleh dibangunkan bagi memperolehi potensinya dalam menarik
kedatangan pelancong yang lebih ramai dan meningkatkan pertumbuhan
pelancongan.

MENJANA EKONOMI

PELANCONGAN, PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR DI CAMERON HIGHLANDS


KESAN-KESAN POSITIF DAN NEGATIF PEMBANGUNAN

Statistik kedatangan pelancong asing ke Cameron Highland merupakan suatu


signifikan yang bagus dalam perkembangan kegiatan ekopelancongan Malaysia. Hal
ini sekaligus menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara serta
perkembangan ekonomi Malaysia.

Pertukaran mata wang asing yang mengalir amsuk ke dalam negara akan
menstabilkan nilai ringgit Malaysia. Industri pelancongan merupakan pertumbuhan
aktiviti ekonomi yang paling pantas dan sumber pendapatan melalui pertukaran mata
wang asing di banyak negara (Mathieson dan Wall, 1982; Theobald, 1994:3).

Di Malaysia, menurut Rancangan Malaysia Ketujuh, pendapatan pelancongan


pada tahun 2000 adalah sebanyak RM18.7 bilion yang mencapai pertumbuhan
sebanyak 13.6%. Ketibaan pelancong telah meningkat dari 7.4 juta orang pada tahun
1990, 7.5 juta orang pada tahun 1995 sehingga 10.2 juta orang pada tahun 2000.
Angka ini dijangka akan meningkat dan mencapai 14.2 juta orang pada tahun 2005
(Norizan, 2004:34).

SUMBER MAKANAN SEGAR

Penduduk di Cameron Highland boleh mendapatkan sumber makanan yang


segar secara berterusan setiap hari kerana pengeluaran hasil tanaman senang
didapati di pasar-pasar dengah harga yang jauh lebih murah berbanding bandar-
bandar besar dan daerah lain di sekitarnya. Di Cameron Highland, para pelancong
akan mendapat banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar yang tidak
boleh didapati di kawasan tanah rendah seperti di bandar-bandar besar. Ini juga
membuktikan Malaysia juga mampu menawarkan produk yang sebelum ini hanya
boleh didapati dari luar negara seperti buah strawberi dan anggur.

PELUANG PEKERJAAN

PELANCONGAN, PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR DI CAMERON HIGHLANDS


KESAN-KESAN POSITIF DAN NEGATIF PEMBANGUNAN

Industri pelancongan merupakan industri yang terbesar di dunia dan


mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Industri ini terus menyumbang bagi
menjana perolehan tukaran asing, guna tenaga dan pendapatan. Cameron Highland
tidak terkecuali daripada mengalami perkembangan pesat dari semasa ke semasa.
Hal ini akan merancakkan lagi kegiatan perniagaan dan pertanian dan mendorong
kepada keperluan sumber manusia dan tenaga kerja yang lebih banyak untuk
menghasilkan produktiviti yang memberangsangkan. Antara sektor pekerjaan yang
banyak ditawarkan adalah seperti pembinaan infrastruktur, perkilangan, perniagaan,
pemprosesan, pembuataan dan banyak lagi.

PROMOSI MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Program ‘Tahun Melawat Malaysia 1990’ telah dianjurkan di mana telah


berjaya memperkenalkan Malaysia ke peringkat pasaran antarabangsa. Program ini
telah menarik 7.4 juta pelancong dengan hasil pendapatan sebanyak RM4.5 bilion.
Pada tahun 2002, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau dikenali
sebagai Tourism Malaysia telah melancarkan kempen bertemakan ‘Cuti-cuti
Malaysia’ untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keperluan
melancong secara terancang.

Kempen ini turut mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat


tempatan. Keistimewaan Cameron Highland sebagai pusat pelancongan mula ketara
dalam kalangan pelancong asing apabila Malaysia mengadakan Persidangan Pasific
Asia Travel Area pada tahun 1970. Sejak itu, industri pelancongan di Cameron
Highlands bertambah maju (Morshidi et.al, 1993:64).

URBANISASI

Kewujudan pusat pelancongan Cameron Highland telah menggalakkan proses


migrasi penduduk dari seluruh pelusuk Malaysia sekaligus membawa kepada
PELANCONGAN, PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR DI CAMERON HIGHLANDS
KESAN-KESAN POSITIF DAN NEGATIF PEMBANGUNAN

urbanisasi. Antara faktor berlakunya migrasi adalah untuk mencari peluang


pekerjaan, membuka perniagaan dalam industri, pertanian, perhotelan dan lain-lain
lagi di samping ingin menikmati kualiti hidup yang lebih baik berbanding bandar-
bandar besar yang sentiasa sibuk.

Pembangunan infrastruktur di kawasan Cameron Highland turut


mencambahkan lagi populasi penduduk di sini. Infrastruktur yang disediakan seperti
pengangkutan awam, perkhidmatan perhotelan dan juga perkembangan tempat-
tempat pelancongan dapat memberikan kesan yang menggalakkan kepada Cameron
Highland sendiri.

Golongan jutawan yang berkeinginan untuk menambahkan nilai hartanah


mereka turut menyebabkan lebih banyak kawasan-kawasan baru diteroka untuk
pembangunan infrastruktur, bangunan serta penempatan. Dengan penambahan
infrastruktur-infrastruktur yang disebutkan, nescaya mampu meningkatkan
pendapatan rakyat tempatan sekaligus menjana ekonomi negara Malaysia.

PELANCONGAN, PENGANGKUTAN DAN INFRASTRUKTUR DI CAMERON HIGHLANDS

You might also like