You are on page 1of 23

PENGENALAN

Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di kalangan remaja semakin meningkat dan
membimbangkan banyak pihak. Hal ini banyak dilaporkan oleh pihak media massa seperti
akhbar, radio dan televisyen. Hal ini amat merunsingkan bukan sahaja ibu bapa, malah pemimpin
dan masyarakat. Kejadian yang dilaporkan seperti kes rogol, ragut, penyalahgunaan dadah, lari
dari rumah, lumba motor secara haram, berpeleseran di pusat membeli belah, buli dan memukul
sera membunuh ibu bapa yang semakin berleluasa.
Satu kajiaan yang dijalankan oleh dijalankan oleh Polis Bukit Aman pada tahun
1992/1993 menyatakan bahawa kebanyakkan remaja lari dari rumah berusia 14 sehingga 18
tahun. Akhbar Berita Harian, 23 September 2010, melaporkan bahawa tiga orang remaja
perempuan berusia 14 tahun termasuk kembar telah menghilangkan diri sejak hari kedua
Aidilfitri telah ditemui di Georgetown. Ketiga-tiga pelajar ini ditemui dalam keadaan selamat
dengan dua orang remaja lelaki yang dipercayai teman lelaki mereka. Selain itu, pelajar
perempuan ini mendakwa telah melakukan seks dengan teman lelakinya.
Hal ini menunjukkan bahawa masa remaja adalah masa yang sangat kompleks. Pada
peringkat ini, remaja akan mengalami pelbagai cabaran, rintangan, perasaan ingin mencuba serta
konflik. Keratan akhbar menunjukkan bahawa remaja perempuan yang menghilang diri daripada
keluarganya adalah salah satu contoh remaja mengalami konflik. Contoh itu boleh dirujuk
kepada konflik remaja dengan ibu bapa. Selain itu, perasaan ingin memcuba membuatkan pelajar
perempuan itu melakukan seks. Hal ini menujukkan bahawa zaman remaja perlu digunakan
dengan sebaik-baiknya.
DEFINISI

1.1 REMAJA

Zaman remaja merupakan satu zaman peralihan sementara daripada zaman kanak-kanak
sehingga zaman dewasa yang bermula apabila seseorang itu baligh sehingga permulaan zaman
dewasa. Menurut Granville Stanley Hall,(1844-1924) mentakrifkan remaja ialah tempoh masa
daripada umur 12 tahun hingga 23 tahun dan dan zaman ini dipenuhi dengan gelora dan tekanan
kerana pemikiran, perasaan dan tindakan remaja sentiasa berdolak-dalik di antara keangkuhan
dan kerendahan hati, kebaikan dan godaan serta kegembiraan dan kesedihan. Ia merupakan tugas
perkembangan remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak menjadi
orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.
Menurut Marshall dan Turner, (1974), Logan, (1980), Noor Adiah Mohd Nor, (Satu
Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik-
1998) mendefinisikan remaja selalu dihubungkaitkan dengan akil baligh, iaitu sudah cukup umur
bagi berkhawin apabila timbul rasa cinta.
Menurut Kathleen dan Joseph, (1989), mendefinisikan masa remaja adalah satu tempoh
penangguhan psikososial, iaitu satu tempoh peralihan yang panjang di peringkat kanak-kanak
kepada dewasa. Zaman remaja bermaksud zaman peralihan dari peringkat kanak-kanak ke
peringkat bebas iaitu dewasa. Pada peringkat ini, remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-
peraturan agama, sosial, dan pembangunan. Seandainya remaja tidak dapat mengawasi tugas-
tugas perkembangan yang dilaluinya, remaja tersebut akan menghadapi tekanan dan konflik.
Menurut Mohammad Nazaar Mohamed,(Pengantar Psikologi-Satu Pengenalan Asas
Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia (1990), menyatakan bahawa zaman remaja adalah zaman
peralihan sementara yang dilalui oleh setiap individu daripada zaman kanak-kanak kepada
zaman dewasa. Ia adalah peringkat yang bermula akil baligh sehinggalah seseorang itu mencapai
umur dewasa ataupun apabila seseorang mampu mengambil tanggungjawab orang dewasa
seperti berkhawin, bekerja, atau menyertai apa-apa fungsi seseorang dewasa.
Menurut Newman dan Newman (1991), mendefinisikan remaja bahawa bukan lagi
kanak-kanak tetapi pada masa yang sama bukan pula dewasa. Menurutnya lagi, remaja ialah
mereka yang sedang mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani, dan emosi. Umur
mereka adalah 11 sehingga 22 tahun.
Menurut Dr Noraini Ahmad di dalam Kuanseling Remaja (1995), menyatakan masa
remaja itu bermulanya ditentukan oleh faktor biologi dan akhirnya ditentukan oleh budaya
masyarakat setempat. Perkembangan fizikal remaja boleh dibahagi kepada dua peringkat iaitu
masa awal remaja adalah umur di antara 13 sehingga 18 tahun dan akhir remaja adalah berumur
18 sehingga 24 tahun. Dengan itu, remaja akan berkemungkinan bertindak baik pada satu ketika
yang lain dan juga mungkin hendak bersendirian serta beberapa ketika hendakkan kepada
kawan-kawannya balik.
Menurut Santrock, John W, Adolescence 2001, pandangan tentang Strom and Stress
adalah konsep yang diketengahkan oleh Hall yang mengatakan zaman remaja adalah zaman
kacau-bilau yang penuh dengan konflik dan keadaan hati yang boleh berubah secara tiba-tiba
sahaja.
Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula
dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku
di zaman remaja ini. Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur pula, peringkat remaja adalah
bermula dari umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap
kematangan akil baligh dan menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan
menerima perubahan fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.

1.2 KONFLIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan konflik ialah perselisihan atau
pertentangan antara individu dengan individu lain dari segi idea, kepentingan dan lain-lain.
Contohnya, pemimpin memberi amaran kepada orang-oprang yang hendak menimbulkan konflik
antara kaum di dalam negerinya.
Menurut Wikipedia, secara sosiologis, konflik merujuk kepada suatu proses sosial antara
dua orang atau lebih seperti kelompok iaitu di mana salah satu pihak berusaha menyikirkan pihak
lain dengan menghancurkan atau membuatnya tidak berdaya. Konflik juga di latar belakangi
oleh perbezaan cirri-ciri yang dibawa oleh individu dalam satu interaksi. Contoh perbezaaan-
perbezaan tersebut seperti kepandaian, pengetahuan, adat istiadat dan keyakinan. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa konflik merupakan situasi yang terjadi apabila ada perbezaan pendapat
antara dua pihak. Kedua-dua pihak menentang pendapat antara satu sama lain walaupun kadang-
kadang mempunyai tujuan yang sama.
1.3 KONFLIK REMAJA
Waktu remaja adalah waktu yang amat kompleks. Pelbagai jenis masalah seperti
perubahan pada diri, perubahan mental, perubahan tingkah laku, percubaan-percubaan dalam
hidup dan pelbagai bentuk rintangan lagi berlaku pada zaman remaja ini. Oleh itu,masa remaja
dikatakan zaman yang menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan tekanan jiwa kepada
individu. Hal ini kerana seseorang remaja gemar mencuba sesuatu yang kadang-kala
bertentangan dengan norma sosial masyarakat. Contohnya pengambilan dadah, seks bebas dan
sebagainya. Satu fenomena yang sering kedengaran kini ialah pertelingkahan di antara remaja
dan ibu-bapanya. Perkara ini berlaku akibat tidak ada komunikasi kerana adanya jurang generasi.
Hal ini menyebabkan berlakunya kes-kes remaja lari dari rumah dan ia menjadi satu fenomena
yang menjadi fokus permasalahan remaja masa kini. Konflik ini dikenali sebagai konfik remaja
dengan ibu bapa.
Dari aspek psikologi, zaman remaja merupakan tahap krisis identiti seseorang lawan
kekeliruan akan peranannya. Proses pembentukan identiti merupakan perkembangan psikososil
yang paling terpenting dan berlaku sewaktu individu dalam tahap remaja. Jika remaja gagal
mencapai atau mencari idintitinya maka melambatkan proses mencapai kedewasaan daripada
aspek psikologikal. Kesannya remaja mungkin akan menunjukkan tingkahlaku kebudak-
budakan, terburu-buru hasil daripada kekeliruan idintiti yang wujud dalam diri mereka. Lantaran
itu remaja madah terpengaruh dengan persekitaran dan objek yang dipertontonkan kerana
mereka dalam proses mencari identiti.
Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa konflik berlaku dalam diri remaja sekiranya
sesuatu keinginan yang ada dalam diri remaja itu tidak selari dengan nilai-nilai yang dipegang
oleh remaja tersebut. Contohnya, seorang remaja perempuan yang selama ini dilarang bergaul
bebas dengan lelaki oleh ibu bapanya akan merasa serba salah jika ada teman yang ingin
mengajaknya keluar.
Konflik terbentuk seperti konflik remaja denaga ibu bapanya. Konflik di antara remaja
dan ibu bapa wujud dalam bentuk konflik peribadi, sosial, aktiviti di rumah atau di sekolah,
disiplin dan sebagainya. Dalam membincangkan konflik remaja dengan ibu bapa ini, sering
bertindan lapis dengan istilah jurang generasi (generation gap). Sebenarnya istilah ini merujuk
kepada konflik remaja dengan ibu bapa kerana ibu bapa sebagai generasi yang lebih tua seolah-
olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa generasi muda merupakan golongan yang akan
memasuki tahap dewasa. Akibat penolakan hakikat yang sebenarnya maka timbulah jurang
generasi atau konflik antara remaja dengan ibu bapa. Antara konflik remaja dengan ibu bapa
ialah konflik kasih sayang, konflik kebebasan, konflik own rights dan other right, dan konflik.
Mengikut Papalia dan Olds, 1992, menyatakan bahawa nilai-nilai yang dibawa oleh remaja pada
hakikatnya tidak jauh berbeza dengan nilai-nilai yang dipegang oleh ibu bapa mereka.

2. JENIS-JENIS KONFLIK
Tekanan yang dihadapi oleh remaja mempengaruhi psikologikal dan menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat, lantas menimbulkan rasa konflik
apabila ada keinginan individu tidak dapat dipenuhi. Konflik, dalam erti kata yang mudah
dimaksudkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak yang membawa kepada
percanggahan. Seperti mana kenyataan Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977), menyatakan
konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat
daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau
lebih pihak secara berterusan.
Konflik boleh wujud di dalam diri sendiri yang lebih dikenali sebagai konflik kendiri atau
konflik intrapersonal atau konflik dalaman. Konflik juga akan hadir apabila wujudnya
permasalahan apabila seseorang individu itu berinteraksi dengan orang lain dan ini dikenali
sebagai konflik interpersonal. Secara jelasnya di sini, kehadiran konflik ini bermula dari konflik
dalaman atau intrapersonal terlebih dahulu, sebelum melibatkan interaksi dengan individu lain
yang dipanggil konflik interpersonal. Kemuncaknya dari konflik ini, maka ianya turut akan
melibatkan kelompok individu atau kumpulan yang lebih besar dan ini dipanggil konflik antara
kumpulan.
Berdasarkan hujah ini, seperti mana Newstorm dan Davis (1997), menyatakan konflik
boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu konflik intrapersonal iaitu dalaman kendiri, konflik
interpersonal dan konflik antara kumpulan.

2.1 KONFLIK INTRAPERSONAL


Konflik kendiri wujud apabila seseorang itu berasa tidak selesa dengan diri sendiri atau
wujudnya pertentangan dalam diri. Ini mungkin hadir apabila individu tersebut mempersoalkan
sesuatu kelakuan atau tindakannya. Sebagai contoh, seorang remaja, mempunyai dua keinginan
dalam satu masa iaitu samada mahu membeli telefon bimbit atau pun membeli komputer riba.
Keadaan ini menyebabkan remaja tersebut berada dalam keadaan dilema dan menjelaskan
kepada kita bahawa remaja tersebut mengalami konflik kendiri atau konflik intrapersonal.
Mengikut Kurt Lewin, secara amnya terdapat tiga jenis konflik seperti ini yang dipanggil
konflik mendekat-mendekat, konflik menghindar-menghindar dan konflik mendekat-
menghindar.

A) KONFLIK MENDEKAT-MENDEKAT
Konflik ini dirujuk apabila seseorang remaja itu mempunyai dua matlamat dalam satu
masa tetapi individu tersebut hanya boleh memilih satu sahaja dari dua matlamat tersebut.
Sebagai contoh, remaja A ditawarkan peluang kerjaya oleh dua syarikat berbeza dan kedua-dua
kerjaya tersebut memang memenuhi kehendaknya. Tempoh memilih inilah yang disebut sebagai
konflik mendekat-mendekat.

B) KONFLIK MENGHINDAR-MENGHINDAR
Konflik jenis ini wujud apabila dua atau lebih pilihan yang diberi bukan pilihan yang
dikehendaki atau digemari oleh seseorang individu itu. Walaubagaimanapun, individu tersebut
perlu memilih satu daripadanya dan keadaan ini disebut sebagai konflik menghindar-
menghindar.

C) KONFLIK MENDEKAT-MENGHINDAR
Ini ialah satu konflik di mana situasi seseorang itu mempunyai keinginan terhadap
sesuatu tetapi dalam masa yang sama, individu tersebut ingin menghindari keinginan itu jika
berjaya memperolehinya. Sebagai contoh, seseorang remaja itu ingin memiliki permainan video
PSP tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu bermain permainan tersebut kerana khuatir
permainan tersebut boleh melekakan dan mengabaikan pelajarannya.

2.2 KONFLIK INTERPERSONAL


Konflik ini wujud apabila keinginan atau kehendak individu tidak dapat dipenuhi kerana
mempunyai tentangan oleh pihak lain. Kinflik ini juga boleh tercetus akibat ketegangan di antara
individu dengan pihak lain. Ketegangan dan perasaan tidak berpuas hati dan menegakkan
pendirian masing-masing inilah yang dikenali sebagai konflik interpersonal.
2.3 KATEGORI KONFLIK INTERPERSONAL
Menurut Azizi Yahya (2003) menyatakan bahawa konflik interpersonal terbahagi kepada
tiga kategori yang dikenali sebagai konflik pseudo, konflik mudah dan konflik ego.

A) KONFLIK PSEUDO
Konflik ini terjadi berpunca dari masalah komunikasi di antara individu yang sering kali
disalah tafsirkan. Ini terjadi kerana kedua-dua belah pihak tidak memahami atau menyalah
tafsirkan sesuatu mesej atau maklumat yang disampaikan menyebabkan komunikasi tersebut
gagal dan tidak mencapai matlamat. Contohnya apabila seseorang remaja itu gagal
menyampaikan maklumat atau menjelaskan sesuatu idea kepada pihak lain tanpa dimengertikan
dengan sejelasnya akan menimbulkan konflik pseudo.

B) KONFLIK MUDAH
Konflik ini wujud apabila seseorang remaja itu ingin menguasai pihak yang lain
sewaktu berinteraksi. Individu-individu dapat memahami maksud yang disampaikan tetapi tidak
bersetuju dengan tindakan yang diambil bagi mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh,
apabila remaja A dan remaja B bersetuju untuk membeli permainan video tetapi remaja A lebih
cenderung untuk membeli permainan video Playstation kerana harganya lebih murah berbanding
remaja B yang mahu membeli permainan video X BOX.

C) KONFLIK EGO
Konflik ini terbentuk dalam situasi yang tegang dan agak panas di mana individu yang
berinteraksi masing-masing mempertahankan ego dan emosi masing-masing. Hal ini kerana
masing-masing tidak mahu mengalah dan tidak mahu berkompromi semasa mempertahankan
pendapat masing-masing. Situasi ini akhirnya akan menyebabkan fokus kepada kehendak itu
hilang dan berubah menjadi ke arah hal peribadi. Sebagai contoh, kebiasaanya konflik ini
berlaku di antara remaja dengan orang tuanya. Konflik ini sebenarnya sangat meberi kesan
kepada perhubungan kedua belah pihak dan dikhuatiri jika ada di antara individu tersebut
melakukan perkara atau perbuatan yang di luar batasan.
2.4 KONFLIK DI ANTARA KUMPULAN
Konflik antara kumpulan membawa maksud pertentangan di antara individu dalam
sesebuah kumpulan atau dari sesebuah kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pertentangan ini
berlaku kerana wujudnya sikap lebih bersaing, individualistik, tidak berkongsi matlamat yang
sama serta kurangnya komunikasi dalam kumpulan.

2.5 BENTUK-BENTUK KONFLIK DI KALANGAN REMAJA


Umumnya kita mengetahui bahawa zaman remaja ialah tahap di mana krisis identiti
melawan kekeliruan peranan. Ahli-ahli psikologi sependapat bahawa konflik berlaku dalam diri
remaja sekiranya sesuatu keinginan yang ada dalam diri remaja itu tidak selari dengan nilai-nilai
yang dipegang oleh remaja tersebut.
Kebiasaanya, remaja mengahadapi dua faktor konflik yang agak berbahaya jika tidak
dikawal, khususnya berdasarkan persekitaran mereka. Faktor konflik itu ialah melibatkan konflik
dalam keluarga dan juga konflik antara rakan sebaya. Jika remaja tidak dapat mengawal keadaan
atau sesuatu situasi, dikhuatiri remaja tersebut akan lebih menjerumuskan diri untuk melakukan
aktiviti yang tidak sihat dan bermoral.

2.6 KONFLIK DALAM KELUARGA


Menurut kajian psikologi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai model atau
objek ikutan, mereka akan meniru apa yang dilihatnya. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan
keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam
jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah
segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti
sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malahan ada ibu bapa yang jarang
bersua muka dengan anak-anaknya. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya
juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan
bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi
keadaan.
Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja
juga mendorong kepada terbentuknya kerosakkan akhlak. Remaja yang terlalu awal terdedah
kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi
daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Punca-punca lain yang turut dikenalpasti menyebabkan keruntuhan akhlak yang berkaitan
dengan hubungan kekeluargaan ialah masalah rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu
bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit,
suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga
mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak,
memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak
sepanjang masa.

2.7 KONFLIK DI ANTARA RAKAN SEBAYA


Pada peringkat ini, remaja amat mudah terdorong dan terpengaruh dengan rakan sebaya
mereka untuk melakukan sesuatu. Hal ini kerana, rakan sebaya ialah kumpulan yang paling rapat
dengan mereka selain ahl keluarga. Penglibatan rakan sebaya boleh mencetuskan konflik
dalaman dan luaran melalui beberapa permasalahan yang timbul khususnya melalui pergaulan.
Masalah komunikasi di kalangan rakan sebaya dilihat sebagai faktor utama dalam
mewujudkan konflik terhadap remaja. Kurangnya komunikasi yang lengkap dan dapat difahami
menyebabkan remaja mempunyai persepsi yang buruk dalam diri terhadap rakan dan
menganggap rakannya sengaja melakukan sesuatu yang menyusahkan dirinya.
Permasalahan seperti wujudnya perbezaan budaya, bahasa dan agama juga turut
mendorong remaja tersepit dengan gelombang konflik di kalangan rakan sebaya. Kurangnya
kefahaman terhadap budaya dan agama kaum lain mewujudkan perbezaan dan kepentingan
sendiri sehingga menyentuh perkara-perkara yang sensitif bagi sesetengah pihak. Perbezaan latar
belakang dan budaya ini menyebabkan sesuatu gurauan itu disalah anggap dan dianggap serius
sehingga boleh mewujudkan syak wasangka, perbalahan serta perkelahian.
Ada juga remaja yang meletakkan harapan yang tinggi atau terlalu bergantung kepada
rakannya sendiri. Sikap meletakkan harapan yang tinggi ini menyebabkan individu remaja
tersebut beranggapan bahawa rakannya sentiasa akan dapat membantunya walhal adakalanya
harapan tersebut tidak mungkin dapat dipenuhi oleh rakannya sendiri. Ini menyebabkan sikap
terlalu bergantung harap kepada bantuan rakan dan seandainya ianya tidak dapat membantu
remaja tersebut, maka akan menimbulkan konflik dan ketegangan.
Sikap cemburu di kalangan rakan sebaya juga merupakan asas bagi pembentukan konflik
remaja. Sebagai contoh, remaja akan mudah cemburu apabila ada rakannya yang lebih pandai,
lebih bergaya, atau lebih disenangi oleh orang lain berbandingnya. Ini menimbulkan perasaan
benci dan ingin mengalahkan rakan yang dianggap lawannya. Bagaimanapun, perasaan negatif
tersebut sebenarnya berasal dari rasa rendah diri remaja itu sendiri. Berkemungkinan juga,
konflik yang lahir ini mungkin meransang melahirkan konflik yang positif atau konflik negatif.
Kesimpulannya, untuk melahirkan generasi remaja yang berakhlak mulia memerlukan
kepada penglibatan yang serius dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak yang
terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin remaja. Kita juga turut bimbang masa
hadapan para remaja kini lebih-lebih lagi pada era globalisasi yang tiada lagi batas sempadan
komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

3. BAGAIMANA KONFLIK BOLEH BERLAKU?


Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan
konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli
masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja agar
mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif. Pelajar-pelajar remaja akan mudah
terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya
ini akan menghasilkan remaja yang tidak produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah
dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Daripada pernyataan di atas, konflik tersebut
sebenarnya wujud akibat daripada kekeliruan dalam diri remaja tersebut, akibat daripada
persekitaran yang sering dihadapi mereka dalam kehidupan seharian. Keadaan tersebut juga
membuatkan sifat kekeliruan tersebut menjadi satu kuasa kepada mereka untuk menguasai diri
bagi membuat sebarang keputusan yang dilihat sebagai satu aset yang memberikan inspirasi
kepada mereka untuk memilih jalan yang menjerumus kea rah nilai positif ataupun negatif.
Masalah-masalah konflik yang dihadapi oleh remaja pada kebiasaannya adalah kesan
kesinambungan daripada masalah yang timbul semasa kanak-kanak (Block, et al., 1988; Caspi et
al., 1995; Fergusson, et al, 1996; Fergusson, et al., 1996a; Moffitt, 1993). Menurut Mahmood
Nazar Muhammad (1993), tingkah laku devian di kalangan remaja juga disebabkan oleh konflik
dan tekanan psikologikal. Remaja-remaja yang terlibat dengan melakukan tingkah laku devian
dan delinkuen ini juga mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri. Mereka gagal melihat
keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa
seronok kepada mereka. Kekurangan komunikasi yang berkesan dan kasih sayang dalam
keluarga turut memainkan peranan dalam pembentukan personaliti devian remaja. Sigurdsson
(1996) dan Sokol-Katz (1997) menekankan bahawa perkembangan personality negatif dan
tingkah laku devian adalah hasil daripada kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. Ibu bapa juga
didapati banyak menyumbang kepada masalah tingkah laku anak-anak, iaitu gagal menunjukkan
tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak mereka, di samping mengabaikan ajaran agama.

3.1 KESAN-KESAN KONFLIK


3.2 REMAJA
Tingkah laku dalam kekeliruan konflik boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan
cara tanpa mengira usia atau jantina dalam kalangan remaja. Di dalam kajian ini, konflik akan
membawa kesan kepada tingkah laku devian dinyatakan sebagai tingkah laku yang dianggap
berlawanan dengan norma-norma dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima yang dilakukan
oleh pelajar-pelajar remaja. Pelbagai tingkah laku negatif yang dianggap menyimpang dan tidak
dapat diterima oleh masyarakat adalah dianggap sebagai tingkah laku devian, iaitu seperti dalam
bentuk yang sekecil-kecilnya seperti ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya hinggalah
kepada salah laku yang lebih serius seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
akhirnya akan mewujudkan pelbagai gejala sosial seperti bersekedudukan, lari dari rumah,
pelacuran bawah umur dan akhirnya membawa kepada perlakuan pengguguran dan pembuangan
bayi. Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dianggap sebagai tingkah laku devian,
antaranya seperti kes pecah rumah, penyalahgunaan dadah, mencuri, meminum minuman keras,
menyerang fizikal, vandalisme dan sebagainya (Regoli & Hewitt, 1991).
Fenomena ini mungkin berlaku disebabkan pelajar yang terlibat ingin meluahkan
perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya. Menurut statistik Laporan
Disiplin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia, antara tingkah laku
jenayah di kalangan pelajar ialah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas,
memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan dadah, membawa senjata berbahaya,
mencabul kehormatan, mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan dan
bertaruh secara besar-besaran. Berdasarkan kepada Statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, pada tahun 2003, bilangan kes juvana yang dilaporkan adalah sebanyak 4998 kes.
Manakala pada tahun 2004 pula bilangannya meningkat kepada 6056 kes. Peningkatan ini
menggambarkan tentang fenomena tingkah laku devian di kalangan pelajar remaja semakin
serius dan sudah tentunya ianya amat membimbangkan semua pihak.

3.3 KELUARGA
Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu
faktor berlakunya tingkah laku yang membawa kepada implikasi negatif akibat daripada konflik
yang dialami oleh remaja tersebut. Sememangnya, konflik yang dialami oleh remaja tersebut
tidak hanya terhad kepada diri remaja itu sendiri bahkan keluarga tersebut. Latar belakang
tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin
yang tidak konsisten semasa kanak-kanak oleh ibu bapa sejak sekian lama (Jacobvitz et al.,
1996). Kebanyakan tingkah laku anti sosial serta beberapa masalah lain yang berkaitan dengan
konflik dalaman remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan
pengurusan keluarga (Jacobvitz et al., 1996, Vuchinich, 1992). Menurut Hoffman (1994),
keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh
yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.
Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga
memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan
sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga
juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di
dalamnya. Dalam erti kata yang lain, keluarga merupakan satu asas yang amat penting dalam
pembentukan jati diri dan nilai keluarga yang ada oleh setiap remaja. Sekiranya konflik yang
berlaku disebabkan oleh keluarga yang menjadi asas kepada konflik remaja, maka implikasi
daripada keadaan yang berlaku dalam keluarga tersebut sememangnya akan berkekalan serta
akan dialami oleh remaja sehingga mereka mencapai usia yang matang untuk berjauhan dengan
keluarga. Di samping itu, setiap keluarga juga mengamalkan corak gaya asuhan dan pemantauan
tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini akan memberi impak terhadap sahsiah
dan moral para remaja.

3.4 MASYARAKAT (SEKOLAH)


Senario ponteng sekolah yang juga salah satu daripada tingkah laku yang
menggambarkan fenomena berlaku akibat daripada konflik yang berlaku dalam kalangan pelajar
bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit
dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 orang pada
tahun 1995 dan 80937 orang pada tahun 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat
usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan
gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah
ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar
perempuan.
Menurut statistik Laporan Disiplin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pelajaran
Malaysia, antara tingkah laku jenayah di kalangan pelajar ialah seperti berjudi, mencuri,
melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan
dadah, membawa senjata berbahaya, mencabul kehormatan, mengancam, menceroboh, mengedar
dadah, menunjuk perasaan dan bertaruh secara besar-besaran. Dapatan kajian juga mendapati
jumlah sebenar kes salah laku pelajar adalah jauh lebih banyak daripada apa yang dilaporkan.
Hanya satu pertiga sahaja kes-kes jenayah remaja dilaporkan kepada polis (Krisberg et.al.,1986).
Menurut Wilkerson (1994), di Amerika, seorang dari setiap enam orang yang ditangkap kerana
kesalahan membunuh, rogol, rompak, curi dan menyerang melibatkan remaja di bawah umur 18
tahun.
4. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI KONFLIK
4.1 IBU BAPA
Ibu bapa memainkan peranan yang dalam mengatasi konflik dengan remaja. Ibu bapa
perlulah memahami dan mengetahui psikologi remaja yang sedang membesar. Pada umur 12
hingga 21 tahun, remaja didapati menghadapi kehidupan yang kritikal pada peringkat umur ini.
Pada masa ini jugalah konflik dalaman berlaku demi menentukan arah hidup mereka.
Sebenarnya, pada peringkat ini remaja memerlukan perhatian dan bimbingan serta kasih sayang
daripada orang dewasa. Perasaan mereka sangat sensitif sehingga perkara-perkara yang kecil dan
remeh-temeh pun boleh mengecilkan hati mereka.
Hurlock (1968) mendapati bahawa ibu bapa yang menggunakan disiplin yang terlalu
ketat lebih banyak mewujudkan krisis personaliti antara remaja dengan ibu bapa. Ibu bapa yang
tidak memahami keperluan-keperluan dan kehendak-kehendak remaja akan menyebabkan remaja
menjauhkan diri mereka daripada keluarga.
Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara bersemuka
dengan anak-anak mereka dan jangan sesekali memperkecilkan kemampuan dan menolak
pendapat remaja. Ini kerana remaja sentiasa mahu dihargai dan dihormati seperti mana ibu bapa
ingin disanjungi. Ibu bapa mesti berusaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara
satu sama lain.
Pendidikan agama yang cukup juga amat penting dalam membentuk akhlak dan sahsiah
diri yang baik kepada remaja. Oleh itu, ibu bapa juga harus memberikan anak-anak didikan
agama yang secukupnya kerana melalui pendidkan agama yang lengkap dan sempurna akan
menghasilkan generasi muda yang lebih baik.

4.2 REMAJA
Remaja itu sendiri juga memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan konflik
dengan ibu bapa mereka sendiri. Terlebih dahulu, remaja harus melakukan sesuatu untuk
mengelak berlakunya konflik dengan ibu bapa. Remaja sendiri perlu sedar akan kesukaran ibu
bapa mencari nafkah untuk membesarkan mereka. Setiap masalah yang timbul boleh dibincang
bersama kerana masalah yang kecil pun boleh menjadi besar jika tidak diselesaikan secara
rasional. Selain itu, remaja juga harus berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan apabila
berselisih faham atau pendapat dengan ibu bapa. Jika perlu, dapatkan nasihat daripada orang
yang boleh dipercayai.
Di samping itu, remaja harus memahami cara dan bentuk didikan ibu bapa. Bagi remaja
yang menerima didikan secara demokrasi, kebebasan yang dimiliki haruslah digunakan untuk
mengembangkan potensi yang sedia ada. Bagi mereka yang dibesarkan dalam persekitaran
keluarga yang permissif pula, haruslah sedar bahawa mereka telah diberikan kebebasan tanpa
kawalan. Para remaja ini perlu berhati-hati apabila mengambil satu-satu keputusan dan tindakan.
Mereka harus mendapatkan nasihat daripada guru sekolah atau rakan- rakan yang berpersonaliti
positif.
Bagi remaja yang dibesarkan dalam keluarga bercorak autokratif pula, harus dicari jalan
supaya sikap ibu bapa mereka dapat diubah agar dapat sama- sama berbincang soal-soal
berkaitan dengan remaja. Walaupun untuk menukar cara didikan amat sukar dilakukan, remaja
harus memperlihatkan sikap menghormati ibu bapa. Kita sedar bahawa bukan mudah untuk
mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan, tetapi sekiranya remaja terus menghormati ibu
bapa, lama-kelamaan ibu bapa akan terpengaruh dan mengubah sikap mereka.Masalah jurang
generasi dapat diatasi sekiranya remaja sedar bahawa
Ibu bapa mempunyai nilai mereka yang tersendiri. Jalan penyelesaian yang paling baik
ialah meyakinkan remaja bahawa mereka mempunyai nilai tersendiri yang berbeza dengan
matlamat akhir yang dikehendaki oleh ibu bapa. Mungkin untuk cara mentafsir nilai itu berbeza,
tetapi remaja mesti pastikan bahawa ibu bapa memahami tujuan dan matlamat mereka
sebenarnya.
Apa yang sering berlaku ialah remaja ingin ‘melarikan diri’ daripada ibu bapa tetapi
pelarian ini terhalang kerana masih terikat dan bergantung kepada ibu bapa mereka, terutamanya
dari segi kewangan. Dengan erti kata lain,mereka ingin membina hidup mereka sendiri tetapi
pada masa yang sama terpaksa mengekalkan ikatan dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain
(Siegel, 1982). Bukan sahaja remaja, ibu bapa juga mempunyai perasaan tidak menentu.
Mereka mahukan anak mereka berdikari tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan
anak mereka jauh daripada pandangan. Lantaran itu, wujudlah apa yang dikenali sebagai
maklumat berganda dalam tingkah laku. Ini bermaksud ibu bapa akan berkata sebegini tetapi
bertingkah laku sebegitu.
Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkkan bahawa hanya sekitar 15-25%
sahaja keluarga yang mengalami konflik dan konflik ini pula timbul sebelum seseorang anak itu
menjadi remaja (Collins, 1990). Terdapat juga yang hanya mengalami konflik ringan sahaja yang
dianggap tidak dapat dielakkan (Larson dan Lampman-Petraitis, 1989). Offer dan Offer (1974)
pula mendapati kebanyakkan remaja gembira dengan hidup mereka, pandai menyesuaikan diri
dan mempunyai imej kendiri yang realistik.

5. KESIMPULAN
Kesimpulannya, konflik yang berlaku pada zaman remaja adalah satu pengalaman dan
penerimaan ilmu yang baru dalam menghadapi zaman dewasa. Konflik yang berlaku ini boleh
dikawal dan diatasi oleh pelbagai pihak dengan beebrapa cara. Zaman remaja adalah zaman
penuh dengan tekanan dan stress. Hal ini bersesuaian dengan zaman remaja kerana pada zaman
ini, remaja akan berusaha menerokai sesuatu yang baru serta sifat memberontak yang jelas dan
perasaan ingun mencuba sesuatu yang baru seperti bercinta. Selain itu, zaman remaja juga zaman
membentuk imej kendiri seseorang apabila dewasa.
Pada zaman remaja, identiti seseorang itu dapat dibentuk. Jika seseorang remaja itu dapat
mengharungi zaman remaja dengan membentuk identiti diri yang positif sepeti mampu
menhadapi tekanan daripada ibu bapa dan boleh berjaya dalam pelajaran, maka seseorang itu
berjaya menjadi seseorang dewasa yang matang dari aspek. Jika seseorang itu tidak mampu
menghadapi cabaran pada zaman remaja, seseorang itu tidak mampu menjadi dewasa yang
matang.
Secara keseluruhannya, remaja dan ibu bapa tidaklah berkonflik dari segi nilai-nilai
politik, agama, sosial, dan ekonomi tetapi sebenarnya mereka berkonflik akan perkara-perkara
yang remeh-temeh seperti kerja sekolah, kerja rumah, siapa yang patut dijadikan rakan, masa
untuk keluar berjumpa kawan, cara berpakaian dan sebagainya. Daripada kajian Montemayor
(1983) didapati pertengkaran wujud kerana remaja inginkan kebebasan tetapi ibu bapa masih
cuba berusaha untuk mengajar mereka tentang peraturan-peraturan sosial yang kemudiannya
menghasilkan tekanan kepada remaja. Seboleh-bolehnya, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana
lazimnya pertelingkaran dan konflik-konflik yang disebut tadi hanya akan memuncak semasa
awal remaja, stabil semasa remaja pertengahan dan mula menurun apabila remaja tersebut
berumur 18 tahun. Apa yang ibu bapa perlu lakukan ialah cuba menyelesaikan percanggahan-
percanggahan pendapat antara mereka dan remaja sebaik mungkin dan perlulah difahami bahawa
konflik mesti wujud dalam apa jua bentuk perhubungan.
Oleh itu,seseorang remaja dan keluarga serta pengaruh persekitaran yang lain perlu
mempunyai peranan dalam mengatasi konflik yang berlaku ketika zaman remaja. Remaja dan
ibu bapa harus tahu perkara yang menyebabkan konflik serta cara mengatasinya. Hal ini
bertujuan membentuk remaja yang mempunyai kendiri yang positif.
TEMUBUAL

ANALISIS TERHADAP RESPONDEN 1

RESPONDEN 1:
Responden yang ditemui adalah seorang pelajar di sebuah universiti di Malaysia.
Responden yang di temui berasal daripada sebuah keluarga yang berstatus sederhana di mana
bapanya adalah seorang guru dan ibunya suri rumah, dia berusia 20 tahun dan merupakan anak
sulung daripada 5 orang adik beradik.
Responden juga mempunyai konflik dalam kehidupan. Responden mengakui telah
mengalami konflik dalam banyak perkara. Jenis-jenis konflik yang dialami ialah konflik dengan
keluarga. Responden sering kali membangkang arahan dan perintah dari ibu bapanya. Sebagai
anak sulung, responden sering diberi tekanan oleh ibu bapanya. Ibu bapanya sering memaksa
responden mengulangkaji pelajaran selain daripada jarang membenarkan responden mengikuti
kawan-kawannya beraktiviti seperti bermain bola. Hal ini menimbulkan konflik kepadanya
kerana responden adalah remaja. Naluri remaja adalah lebih berinteraksi dengan kawan
berbanding ibu bpa dan menyebakbkan responden memberontak kerana ibu bapanya seakan-
akan mengokong responden.
Menurut responden, konflik yang berlaku kepadanya berpunca daripada sikapnya dan ibu
bapanya. Sikap engosentrik yang tinggi dalam diri responden menyababkan responden tidak
dapat menerima arahan daripada ibu bapanya. Responden mempunyai sikap lebih akrab dengan
kawan-kawan menyebabkan responden tidk boleh menerima nasihat daripada ibu bapanya.
Selain itu, sikap ibu bapa responden yang menekankan responden supaya lebih mengulangkaji
pelajaran dan jarang membenarkan pergaulan dengan rakan sebaya menyebabkan berlaku konflik
antara ibu bapa dengan responden.
Walaupun resoponden mempunyai konflik dengan keluarga, hal ini dapat diatasinya.
Responden mengambil masa dalam memahami mengapa sebenarnya ibi bapanya menekankan
supaya dia belajar. Hal ini menyebabkan responden tahu akan fungsi sebagai anak serta peranan
sebagai anak sulung. Selain itu,ibu bapaya perlu berubah kepada corak yang lebih menarik
perhatian anaknya. Ibu bapayan harus bersifat autoritatif seperti tidak menekankan anaknya
dalam pelajaran dan tidak mengokong anaknya. Keluarga seharusnya mengalakkan mereka
bergaul untuk membina pengetahuan baru dan mempunyai peraturan yang tertentu yang patut
diikuti oleh responden.
Hal ini menunjukkan responden mempunyai konflik dalam kehidupan yang menjadi
perkara normal bagi seseorang remaja ketika zaman remaja.
ANALISIS TERHADAP RESPONDEN 2

RESPONDEN 2

Responden yang saya pilih bagi temubual ini merupakan seorang remaja yang berumur
20 tahun yang kini belajar di salah sebuah IPTA di Malaysia. Pada peringkat umur ini, beliau
dikategorikan dalam peringkat akhir remaja. Beliau berada dalam keluarga berstatus sederhana di
mana ayahnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala ibunya seorang suri rumah.
Apabila ditanya secara umum adakah dia pernah mengalami sebarang konflik, beliau
telah mengakui bahawa beliau banyak mengalami masalah konflik dalam pelbagai konflik.
Walaubagaimanapun, beliau paling banyak menghadapi konflik dengan keluargannya.
Menurutnya, konflik ini kerap berlaku semasa beliau dalam peringkat pertengahan remaja.
Antara konflik yang sering dihadapi oleh beliau adalah berasa tertekan kerana diberi harapan
yang tinggi oleh ibubapa. Menurutnya, ibu bapanya sering menyuruhnya mengulangkaji
pelajaran tanpa mengambil kira kehendaknya yang ingin bermain bersama-sama rakan-rakannya.
Hal ini menimbulkan perasaan ingin memberontak apabila beliau berasa bosan akibat terlalu
asyik mengulangkaji pelajaran.
Selain itu juga, ibu bapa beliau juga memasang harapan yang tinggi terhadap kepada
responden untuk menjejakkan kaki ke universiti kerana adik beradik terdahulu responden
tersebut belum pernah berjaya ke universiti. Hal ini telah menyebabkan responden berasa
tertekan akan bebanan tersebut disamping takut akan mengecewakan kedua-dua ibu bapanya
sekiranya gagal ke universiti.
Menurut responden, konflik yang berlaku kepadanya berpunca daripada sikapnya dan ibu
bapanya. Responden mempunyai sikap yang suka mendiamkan diri apabila menghadapi
sebarang masalah. Belaiu juga takut menyurakan pendapat dan berbincang sekiranya tidak
bersetuju dengan tindakan ibu bapanya.. Selain itu, sikap ibu bapa responden yang memberi
tekanan atau harapan kepada responden menyebakan responden berasa terbeban akan tekanan
tersebut.
Walaupun resoponden mempunyai konflik dengan keluarga, hal ini dapat diatasinya.
Responden tahu yang ibu bapanya selalu mengambil berat akan pelajaran disebabkan ingin
beliau berjaya dalam kehidupan serta ingin adik-adiknya menjadikannya sebagai contoh teladan
yang baik. Oleh sebab itu, responden berasa dihargai dan sanggup berkorban bagi memastikan
harapan ibu bapanya tercapai.
ANALISIS TERHADAP RESPONDEN 3

RESPONDEN 3

Responden yang saya pilih ialah seorang remaja berusia 20 tahun yang juga merupakan
penuntut tahun pertama di sebuah IPTA. Lahir dalam keluarga yang sederhana, responden ini
bolehlah dikategorikan dalam peringkat akhir remaja dan mempunyai latar belakang yang sangat
aktif dalam sukan hoki selain pernah mewakili negara pada peringkat bawah umur.
Apabila diajukan soalan dalam temubual tersebut, responden telah mengakui bahawa
beliau pernah mengalami pelbagai jenis dan situasi konflik sepanjang hidupnya. Permasalahan
konflik ini didapatinya sering berlaku berulang kali dan beliau menjelaskan bahawa konflik
tersebut adalah melibatkan di antara responden dengan rakan-rakannya. Seperti yang telah
dimaklumkan, responden ialah seorang yang aktif dalam lapangan sukan hoki dan mempunyai
ramai rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan agama.
Beliau telah menjustifikasikan situasi konflik yang sering dialaminya ialah mudah
mempercayai dan sering ditipu oleh rakan-rakannya. Responden mengakui bahawa dia ialah
seorang yang peramah dan mudah mempercayai rakan-rakannya apabila rakan-rakannya ingin
meminjamkan beberapa barangan berharga milik responden. Kerana sifat dan sikapnya ini, maka
tidak menghairankan apabila ada rakan-rakannya mengambil kesempatan dari keperibadiannya
itu.
Responden juga turut mengakui bahawa dia memiliki sifat pemalu. Hal ini dijelaskan
apabila dia mengambil sikap mendiamkan diri apabila rakan-rakannya gagal memulangkan
barangan berharga yang telah dipinjam dalam tempoh waktu yang ditetapkan atau melewati satu
tempoh yang agak lama. Ini menjelaskan kepada kita bahawa, responden mengalami konflik
intrapersonal atau kendiri di mana dia tidak mahu bertindak meskipun rakan-rakannya jelas telah
mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Namun begitu, ada ketikanya responden terpaksa memberanikan diri untuk meminta
rakan-rakannya memulangkan kembali barangan yang telah diberi kerana wujudnya situasi dia
memerlukan barangan tersebut untuk hal yang mustahak. Tambah responden lagi, melalui cara
tersebut, akhirnya ada di antara barangan berharga beliau telah diperolehi semula dalam keadaan
baik dan ada juga yang sebaliknya. Itu ialah sebahagian dari tindakan yang telah dilakukan
meskipun pada awalnya dia bersifat berdiam diri.
Khuatir sekiranya kejadian tersebut berulang kembali, responden telah mengambil
langkah untuk lebih berhati-hati lagi selepas beberapa peristiwa yang hampir menyebabkan dia
mengalami ketegangan dan perkelahian kerana konflik di antara dia dengan rakan-rakannya.
Responden telah mengambil langkah berjaga-jaga selepas itu dengan tidak mudah mempercayai
dan memberi kebenaran kepada rakan-rakannya untuk meminjam barangannya dan hanya
meminjamkan barangannya kepada rakan-rakannya yang lebih rapat sahaja.
Melalui tindakan ini, jelas membuktikan bahawa nilai kebolehpercayaan responden
terhadap rakan-rakan sekeliling sangat tinggi dan responden percaya bahawa dia risau
seandainya pada satu tempoh dan situasi tertentu, berkemungkinan beliau memerlukan bantuan
rakan-rakannya. Secara jelasnya di sini, responden bermula dengan konflik kepada dirinya
sendiri (konflik intrapersonal) diikuti konflik interpersonal iaitu dengan kawan-kawannya dan
mengambil keputusan juga melalui konflik intrapersonal.
RUJUKAN

Buku :

Hoffman, L. (1996). Progress and Problems in The Study of Adolescence. Developmental


Psychology, 32, 777-780.
Krisberg, B. (1986). The Incaceration of Minority Youth. Minneapolis, MN : Hubert H.
Humphrey Institute of Public Affairs, National Council on Crime and Delinquency.
Jacobvitz, D.B., dan Bush, N.F. (1996). Reconstructions of Family Relationships : Parent-Child
Alliences, Personal Distress, and Self Esteem. Developmental Psychology, 32(4), 732
743.
Regoli, R.M. dan Hewitt, J.D. (1991). Delinquency in Society. 4th Edition. New York: McGraw
Hill.
Wilkerson, I. (1994). Two Boys, A Debt, A Gun, A Victim: The Face of Violence. New York
Times, pp. A1 and ff.

Laman Web :
http://pibgsdar.net/web/modules/wordpress/?p=390
http://www.kawanlah.com/home/space.php?uid=24825&do=thread&id=15459
http://www.scribd.com/doc/17333765/unit-1-memahami-konflik-0910

You might also like