You are on page 1of 4

Kertas Model Percubaan PMR

Ringkasan

Antara punca peningkatan jenayah dalam kalangan murid ialah kelalaian ibu bapa
dalam melunaskan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak. Selain itu, pemilihan rakan
yang silap dan pengaruh rakan sebaya juga adalah punca peningkatan jenayah dalam
kalangan murid. Walau bagaimanapun, pengaruh media eletronik juga menjadi sebuah punca
jenayah. Lantaran, program yang berunsur negatif menyebabkan remaja mudah meniru apa-
apa sahaja yang dilihatkan .

(61 patah kata )

Pemahaman

1. Maksud melunaskan tanggungjawab ialah memenuhi kewajipan .

2. Ibu bapa dikatakan punca utama anak-anak terlibat dalam kegiatan jenayah ialah
kerana anak-anak gagal menghayati asas agama. Kedua , anak-anak ketandusan kasih
sayang dan perhatian.

3. Kesan – kesan perlakuan jenayah dalam kalangan remaja ialah remaja akan dihindari
oleh masyarakat. Lantaran , rakyat Malaysia akan dipandang rendah oleh orang asing.
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Kini, peniaga akan meningkatan harga barang semasa perayaan. Kerajaan harus membiki
situasi ini. Kita sebagai masyarakat harus tahu hak kita sebagai pengguna .Kita ada hak untuk
bersuara. Walau bagaimanapun, kita harus tahu kesan kenaikan harga barang tersebut sebelum kita
membuat langkah untuk membanteras kegiatan ini .

Kesan kenaikan harga barang ini ialah taraf hidup akan meningkat. Selain itu, golongan
miskin semakin susah.Harga barang yang melampau akan menyebabkan golongan miskin susah
untuk menampung perbelanjaan kerana terpaksa hidup atas pendapatan yang rendah . Lantaran ,
keharmonian keluaraga kita akan tergugat. Kesan kenaikan haraga barang yang lain ialah kejadian
kecurian meningkat.

Oleh itu , kerajaan harus beusaha untuk menangani situasi kenaikan harga barang. Kerajaan
harus berusaha dengan pengguna untuk membanteras situasi ini.

(119 patah kata )


Karangan Pilihan 3

Laporan Perkhemahan Kadet Polis Sekolah Menegah Kebangasaan Seri Ampang

Kelab Kadet Polis SMK Seri Ampang telah mengadakan satu perkhemahan di kaki Gunung Ledang.
Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu telah diadakan dari 4 hingga 6 Julai 2010.
Perkhamahan ini telah diketuai oleh Inspektor Abdul Rahim dan Inspektor Tan Boon Bing, iaitu guru
penasihat Kadet Polis sekolah, Seramai 30 orang ahli kadet Polis telah menyertai perkhemahan ini.
Tujuan utama perkhemahan itu adalah memupuk semangat kerjasama dan menguji ketahanan
mental dan fizikal ahli-ahli kadet untuk hidup di luar rumah.

Sebagaimana yang dirancangkan , tepat jam 2.00 petang pada 4 Julai 2010, semua ahli
berkumpul di padang sekolah untuk bertolak ke tempat perkhemahan, Pihak Balai Polis Seri Ampang
telah menghantar rombongan kami ke tempat perkhemanhan dengan menggunakan trak polis.
Perjalanan ke lokasi perkhemahan memakan masa lebih kurang satu jam.

Setibanya kami di lokasi perkemahan, kami bergotong-royong mendirikan khemah.


Sebanyak 10 buahkhemah yang setiap satunya bolehmenampung empat orang telah didirikan.
Kerjasama dan komitmen yang tinggi telah ditunjukan oleh semua ahli kelab, bak kata pepatah ringin
sama dijinjing, berat sama dipukul.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang perkhemahan tiga hari itu adalah seperti
latihan fizikal masuk hutan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental ahli, aktiviti unggun api,
senaman pagi, nyanian beramai-ramai dan berkawat di tanah lapang . Kami juga dikhendaki bangun
awal untuk mengikuti kawat pagi. Walaupun amat sukar untuk meninggalkan bantal, namun semua
kadet mesti sampai di lokasi tepat pada waktunya, Semua aktiviti ini mementingkan displin diri yang
tinggi.

Secara keseluruhan dalam perkhemahan ini ahli-ahli Kadet Polis telah mempelajari banyak
hal tentang disiplin diri di samping menimba pengalaman bagaimana hendak hidup berdikari.
Kumpulan Sejati diisytiharkan sebagai johan keseluruhan dalam perkhemahan tiga hari itu. Program
ini berarkhir tepat pukul 3.00 petang.

Laporan disediakan oleh, 14 JULAI 2010

Roy Kilik
(ROY KILIK)

Setiausaha,

Kadet Polis,

Smk Seri Ampang.

(303 patah kata )


Novel

Novel yang telah saya kaji adalah Aku Anak Timur karya Siti Amnah Haji Yusof dan Kapten
Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari . Persoalan yang terdapat dari Aku Anak Timur ialah sikap
tidak mendengar nasihat akan mendatangkan masalah. Zarina menghadapi masalah dengan kawan-
kawan Niek kerana tidak mendengar nasihat ibu dan bapanya.Kedua, persolan yang lain ialah
sanggup bertugas walaupun dihantar ke mana-mana sahaja. Bapa Zarina sanggup berada jauh
daripada keluarga semata-mata untuk memenuhi kehendak tugas.

Persoalan yang terdapat dari Kapten Hassan Wira Bangsa ialah ancaman pengganas komunis
mendatangkan penderitaan kepada rakyat negara ini. Masyarakat berada dalam ketakutan kerana
pihak pengganas komunis bertindak kejam dan membunuh sesiapa yang tidak amhu bekerjasama
dengan mereka . Persoalan yang kedua ialah pengorbanan anggota tentera menjamion
kesejahteraan rakyat dan negara. Anggota pasukan keselamatan bermati-matian berjuang demi
keselamatan negara yang tercinta.

(134 patah kata )

You might also like