You are on page 1of 9

LATAR BELAKANG TAMADUN-TAMADUN BESAR DI DUNIA

Tamadun Islam

Tamadun Islam ialah tamadun yang bermula di timur tengah atau Asia Barat dan
didokong oleh bangsa Arab sebelum berkembang ke dalam tamadun – tamadun lain
seperti Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan lain-lain. Tamadun Islam adalah
berdasarkan sumber wahyu iaitu al-quran dan al-hadis dan tamadun ini didirikan oleh
masyarakat yang menggelarkan diri mereka muslim. Tokoh penting dalam dalam
kelahiran Tamadun Islam ialah Nabi Muhamad dan akhirnya nilai dan pegangan yang
ada dalam Islam menjadi tariakan kepada masyarakat di Tanah Arab. Penerimaan
Islam dan perkembangannya secara drastik menjadikannya sebuah tamadun yang
hebat dan disegani.

Tamadun Barat

Tamadun Barat bangkit selepas berlakunya zaman pembaharuan setelah melalui


zaman gelap dalam tempoh masa yang lama. Kebangkitan ini adalah kesan daripada
hubungan yang wujud dengan Tamadun Islam sebelumnya terhasil hasil daripada
kesedaran terhadap ilmu pengetahuan yang ada dalam Islam. Interaksi yang berlaku
walaupun dalam bentuk negative melalui peperangan salib tetapi telah membuka minda
pihak barat akan kepentingan kemajuan dalam Islam di Sepanyol dan Utara Afrika.

Tamadun India

Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia dan proses perkembangannya
mengalami masa yang panjang. Tamadun India mempunyai keunikan yang tersendiri
meliputi pola perkembangan sejarah, budaya dan sosial masyarakatnya. Pembinaan
tamadun India adalah hasil daripada pertembungan dua bangsa yang utama iaitu Aryan
dan Dravidia. Hasil daripada proses pertembungan tersebut menghasilkan interaksi
yang akhirnya membawa kepada kelahiran agama Hindu dan penjelmaan system
kasta. Perkembangan seterusnya menjadikan Tamadun India sebuah tamadun yang
agung hingga pengaruhnya keluar daripada tamadun khasnya di Asia.

Tamadun Jepun

Peradaban Jepun merupakan peradaban yang eklusif disebabkan terasing daripada


peradaban lain dan dikenali sebagai ‘ island nature’ ( Negara kepulauan ). Pembinaan
tamadun Jepun boleh dikatakan telah berasimilasi dan berakulturasi dengan peradaban
China. Unsur- unsur ini adalah seperti agama dan kepercayaan iaitu Buddhisme,
Konfucious, Taoisme, yang berasimilasi dengan agama Shintoisme. Proses seperti
asimilasi, akulturasi, dan singkristisme telah berlaku dengan meluasnya dalam
peradaban Jepu dan tidak terbatas dalam agama dan kepercayaan semata-mata
antaranya system tulisan, system pendidikan, system pemerintahan dan pentadbiran.
Walau tamadun ini menerima banyak unsure-unsur tamadun dari luar tetapi masih
mengekalkan jati dirinya. Bagaimanapun Jepun membina kekuatannya dan dalam
masa yang sama mengekalkannya jati diri merupakan aspek keunikan dalam
pembinaan peradaban Jepun.

Tamadun Cina

Tamadun Cina merupakan sebuah tamadun yang besar dan telah dibentuk oleh
masyarakat yang berbilang kaum. Mengikut sejarah, bangsa yang banyak
menyumbang dalam pembinaan dan perkembangan Tamadun China adalah bangsa
Tionghua iaitu bangsa moden yang terdiri daripada pelbagai kaum di Negara China.
Tamadun ini mempunyai sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun dunia
yang lain walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami
perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun tamadun ini
mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun yang berkesinambungan dan kekal
pada keseluruhannya.
Tamadun Melayu

Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibentuk oleh sekumpulan manusia yang boleh
digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dam bertempat di
suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Gugusan Kepulauan Melayu atau
Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan
sebagainya. Dua elemen yang menjadi focus ialah bahasa melayu yang menjadi lingua
Franca dan agama Islam yang dianuti oleh masyarakatnya.

CIRI-CIRI TAMADUN
ISLAM

• Menyeluruh (sempurna). Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia


termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah dan
hubungan sesama manusia.

• Umum. Tamadun Islam sesuai dengan semua orang setiap masa dan setiap
tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka.

 Tetap dan anjal. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya untuk


merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan
kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian.
 Ideal dan realistik. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di
tingkat kesempurnaan serta mengawasi kegiatan manusia agar tidak bercanggah
dengan ajaran Allah S.W.T.Ia realistik dari segi mengambil kira realiti alam sejagat atas
dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang
menunjukkan kewujudan Allah.
 Tamadun Islam dikenali dengan tanda atau sifat tertentu. Mengandungi ciri-ciri
pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh semua
manusia yang menjadikan Islam sebagai petunjuk.
Berteraskan wahyu iaitu Al-Quran dan al-Hadis dan juga kekuatan pemikiran manusia
Mulim yang menggarap semua bentuk keilmuan daripada kedua-dua sumber tersebut.
Tamadun Islam merujuk kepada peningkatan pencapaian manusia dalam pelbagai
bidang kehidupan (kebendaan, kejasmanian, teknologi, undang2, politik, ekonomi, dll)

Kesimpulan, suatu tamadun yang tidak mengandungi perkataan-perkataan tersebut


dengan sendirinya bukanlah menggambarkan ia sebagai sebuah tamadun. Sekiranya ia
dianggap oleh sekelompok manusia sebagai bertaraf tamadun, pengiktirafan itu tidak
diterima dalam Islam.

SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM

Sifat-sifat tamadun Islam bolehlah dirumuskan sebagai:-

 Ia mestilah mempunyai ciri-ciri sebuah tamadun yang merujuk kepada


perkembangan sesuatu daripada keadaannya yang mudah kepada yang kompleks.
Sekiranya sesuatu yang dikatakan tamadun tetapi tidak mengandungi sifat-sifat sebuah
tamadun, maka ia tidak dianggap tamadun.

 Berteraskan sumber Islam, mempunyai asas-asas yang diterima dan diakui


Islam ataupun selari dan selaras dengan kehendak Islam.
 Ia mestilah mempunyai sebuah masyarakat yang tersusun. Tamadun tidak lahir
dalam sebuah masyarakat yang tidak mempunyai sistem undang-undang dan
pentadbiran yang teratur dan lengkap.
 Mestilsh mempunyai suatu vsi, misi dan pandangan hidup yang jelas.

 Ia mempunyai suat sistem undang2 yang lengkap.

 Ia mempunyai suatu sistem dan hubungan sosial yang nyata.

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER RUJUKAN PEMBINAAN DAN PENGISIAN


TAMADUN MAMPAN

IMPAK KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU TERHADAP BIDANG


PENDIDIKAN

JIHAD SEBAGAI PEMANGKIN DAYA SAING

Dari sudut bahasa jihad bermaksud mengerah keupayaan dan kemampuan. Menurut
istilah syarak pula jihad ialah

A ) menyeru kepada agama yang benar dan memerangi sesiapa yang tidak
menerimanya dengan jiwa

b) memerangi kuffar untuk meninggikan agama islam

c) mengerah keupayaan dan kemampuan dalam memerangi kuffar dan menghadapi


mereka sama ada dengan nyawa, harta dan lisan.

Jihad dalam konteks sekarang

Matlamatnya ialah menjadikan Islam dan masyarakatnya tinggi, mulia dan dihormati
melalui penghayatan agama sepenuhnya. Saluran untuk mencapainya memerlukan
kesungguhan , perjuangan dan pengorbanan. Memerlukan perkara-perkara yang sukar
dilakukan oleh seseorang, harta benda, jiwa raga, dan kata-kata yang benar.

Maka asasnya saluran jihad termasuklah ekonomi ketenteraan dan ICT merupakan
kekuatan yang diperlukan. Ruang lingkup jihad – berubah antara dahulu dan sekarang.
Perkara utama yang membawa kepada kekuatan : kemantapan ekonomi, pendidikan
dan ketinggian ilmu, politik dan pemerintahan, masyarakat dan perpaduan, ketenteraan
dan ICT.

Ruang jihad masa kini sepatutnya merangkumi melawan musuh dalam dan luar, jihad
pendidikan, kerohanian dan ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, pemerintahan,
masyarakat dam perpaduan, ketenteraan dan persenjataan dan juga penyebaran
maklumat,

MEREALISASIKAN KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH MENURUT KONSEP ISLAM


HADHARI

Islam Hadhari bukanlah ajaran satu ajaran yang baru, ianya adalah ajaran Islam yang
berpaksikan al-quran dan sunnah. Ini bukanlah suatu perkara yang baru kerana agama
Islam adalah satu agama yang sesuai sepanjang zaman dab agama yang merentasi
sempadan dan masa serta merupakan agama yang shumul. Malah penggunaan istilah
Hadhari telah digunakan olah ilmuan Islam sejak zaman dulu lagi seperti Ibnu Khaldun
dalam kitabnya Mukadimah.

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus


kepada focus pembinaan peradaban iaitu memberi focus kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui peguasaan ilmu, pembangunan insane dan
pembangunan fizikal. Islam hadhari juga bukanlah satu ajaran yang baru jauh sekali
dari agama yang baru kerana Islam Hadhari adalah suatu pendekatan dan usaha untuk
mengembalikan umat islam kepada asas yang terkandung dalamal-quran dan hadis
yang merupakan teras pembinaan tamadun islam. Islam Hadhari adalah islam yang
syumul dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang
menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan
daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Bertitik tolak dari itu, Islam Hadhari
telah dijadikan sebagai satu daripada dasar nasional yang akan dijadikan asas
perancangan Malaysia maju 2020.

IMPLIKASI GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

Kesan positif

a) Berlakunya pemindahan informasi kepada masyarakt sama ada dalam ilmu


pengetahuan ataupun dalam bentuk maklumat terkini mengenai masyarakat dan
Negara lain

b) Berlansungnya hubungan di antara penduduk Negara yang berbeza.

c) Menjadi pemangkin dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa

d) Memudahkan komunikasi antara golongan Negara yang berbeza apabila


berkembangnya globalisasi dalm teknologo maklumat

e) Penonjolan nilai-nilai budaya masyarakat universal dalam memahami suatu


bangsa yang lain.

Kesan negative

a) Globalisasi akan melebarkan pengaruh kapitalis di dalam bidang ekonomi yang


memingkinkan suatu monopoli oleh syarikat multinasional

b) Di dalam usaha mempromosi barangan-barangan terutamanya daripada


pengeluar antarabangsa ia akan melibatkan media yang sedaya upaya
mempengaruhi pengguna. Di dalam iklan tersebut dipaparkan dengan budaya
hidup masyarakat yang kononnya bertamadun iaitu barat yang sebenar
bertentangan dengan budaya timur. Akhirnya, ia menyebabkan pengaruh yang
besar dalam gaya hidup masyarakat.
c) Melalui media juga masyarakat terdedah dengan dunia baru kehidupan yang
menyebabkan budaya hidup masyrakat bertukar. Inilah antara sebabnya berlaku
perubahan dalam hubungan kekeluargaan apabila masing-masing sibuk dengan
dunia sendiri mengejar cita-cita material yang berbeza.

d) Kesan kepada perencanaan kerajaan dalam mendidik masyarakat dan dalam


mencapai hala tuju pemerintahan. Jika masyarakat telah dipengaruhi oleh
budaya luar yang negative, ini menyebabkan kerajaan terpaksa menumpukan
masa dan tenaga untuk mengatasi masalah ini.

IDEA-IDEA IMAM AL-GHAZALI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG


SEIMBANG

Al-Ghazali berpendapat profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang paling mulia
dan terhormat. Beliau amat menyanjungi golongan ilmuwan sehingga meletakkan
golongan mereka setaraf dengan tugas nabi. Para ilmuan mempunyai sifat ketaqwaan
kepada Allah hasil dari kesedaran ilmu yang diwarisi daripada nabi. Tugas
menyampaikan amalan kelimuan ini bergantung kepada para pendidik sebagaimana
dijelaskan dalam karya ihya ulumudin.

Beliau menganggap guru merupakan sebagai ejen kepada Allah dalam mencorak
manusia yang jahil kepada yang berilmu. Keberkesanan dan kejayaan pendidik adalah
hasil daripada kesedarabn pendidik terhadap tanggungjawab mereka dan keluhuran
peribadi dalam perkembangkan ilmu pengetahuan. Fungsi pendidik bukan sahaja
memberi kesedaran kepada diri mereka sendiri, malah juga kepada masyarakat tentang
hubungan dan komitmen dengan hokum Allah. Menurut Ahmad D. Marimba, para
ilmuan mempunyai sifat ketakwaan kepada Allah hasil daripada kesedaran ilmu yang
diwarisi daripada nabi. Al-Ghazali juga berpendapat bahawa orang yang berilmu itu
berada dalam keadaan sentiasa mencari faedah dari ilmu yang diperolehi dan
kemudian mengamalkannya. Mereka akan sentiasa mencari kekurangan diri mereka
berkenaan ilmu disamping suka menyebarkannya.

You might also like