You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

KEJOHANAN FUTSAL SMK PANCHOR


KALI PERTAMA 2010

1.0 PENDAHULUAN

Kehadiran pelajar dan masalah ponteng sekolah menjadi isu hangat sebaik sahaja pelajar
selesai mengambil peperiksaan PMR. Selaras dengan itu, ahli majlis MSSNS 2010 telah mewajibkan
semua sekolah menengah mengelolakan kejohanan futsal di peringkat sekolah untuk mengatasi
masalah ini.

Sukan futsal mudah dimainkan kerana ia memerlukan padang yang bersaiz kecil dan bermain
di gelangang (indoor). Ia menjadi popular dan dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat dan
pelbagai umur samada lelaki atau perempuan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membanteras gejala ponteng sekolah selepas tamat musim peperiksaan PMR.
2.2 Menyediakan peluang bertanding untuk mencungkil bakat untuk seterusnya dilatih untuk
pertandingan di peringkat seterusnya iaitu daerah, negeri dan kebangsaan.
2.3 Memupuk perpaduan di kalangan murid-murid yang terlibat.
2.4 Memberi peluang sama rata kepada murid perempuan untuk menceburi diri dalam
aktiviti fizikal seperti sukan.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Tarikh : 14,18,19 dan 20 Oktober 2010


3.2 Tempat : Gelanggang Futsal SMK Panchor
3.3 Masa : 7.45 pagi hingga 10.45 pagi
3.4 Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3
3.5 Format : Pertandingan antara kelas.
Liga dalam kumpulan lelaki dan perempuan.

4.0 JAWATANKUASA

Pengerusi - Datin Hajjah Faraded bt Md Dom ( Pengetua )


Timb. Pengerusi - Pn. Zuraimi bt Ismail ( PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi - Pn. Salmiah bt Ithnin ( Penolong Kanan Akademik)
- Pn. Siti Zaidah bt Ismail( PK HEM )
Setiausaha - En Mohd Rashidi b Mohd Zain (SU Sukan)
Penolong Setiausaha - En Aris b Hussin (Penyelaras Permainan)
Ahli Jawatankuasa - Guru-guru PJK
- Guru-guru tingkatan 3
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara RM Catatan


1 Persiapan Padang RM 150.00 Cat/ Masking Tape / Berus
cat
2 Hadiah (Medal)

i Lelaki (RM6 x 24 ) RM144 Johan,Naib Johan, Tempat


ii Perempuan (RM6 x 24) RM144 ke 3

3 Piala Pusingan
i) Johan Keseluruhan
i) Lelaki RM 100.00
ii) Perempuan RM 100.00

4 Bola Futsal (RM 50 x 5 biji ) RM 250.00


5 Mineral Water ( RM 10 x 5) RM 50.00 Quarter Master/Guru
Bertugas
Jumlah Besar RM 938.00

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan pelaksanaan karnival pertandingan futsal yang diadakan ini akan dapat berjalan
dengan berjaya dan dapat mencapai objektifnya. Dengan kerjasama semua pihak pasti kejohanan ini akan
dapat mewujudkan disiplin serta membentuk pelajar yang mempunyai semangat juang serta daya saing
antara satu sama lain melalui saluran yang betul.

SETINGGI MANA PIALA DIJULANG


TINGGI LAGI MARTABAT DIJUNJUNG

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Mohd Rashidi b Mohd Zain) ( Zuraimi bt Hj Ismail)


Setiauasaha Sukan GPK Kokurikulum
SMK Panchor SMK Panchor

Disahkan oleh,

(Datin Hajjah Faraded Bt Mohd Dom)


Pengetua Cemerlang
SMK Panchor

You might also like