You are on page 1of 17

INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN NEGARA

Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk.


J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan
hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya.
Etnik dan bahasa yang berbagai - Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi
menjadikannya aman dan harmoni.
 
Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat
seluruh Malaysia.
Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-
kelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta
kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran
dan hati antara etnik/kaum.
 
Teori Hubungan Kaum
 
Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah
negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam. Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de
jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.
 
Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing.
Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan
pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara
satu dgn yg lain.Contoh negara - Switzerland.
 
Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti
menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. Proses meminjam atau menerima
budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
 
Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui
persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan
kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya
kelompok dominan.
 
Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Cara utama ialah
melalui perkahwinan antara etnik atau ras.

Integrasi Tingkat Tinggi


                  

                  

                  

                  

                  

Integrasi Tingkat Rendah

Faktor-faktor Menghalang Integrasi Nasional

Prasangka - (Prejudgement) Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negetif (prasangka buruk) terhadap
kumpulan atau kaum yang lain.

Perkauman - sikap mementingkan kumpulan, kaum sendiri. Di Malaysia sikap perkauman (asobiyyah) sangat jelas
samada dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan.

Etnosentrisme - keperyaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior) daripada unsur
budaya lain. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri, ia akan dianggap salah, tidak baik atau
merbahaya.

PERISTIWA 13 MEI 1969

Merupakan titik hitam dalam sejarah integrasi di negara kita. Ia adalah rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku
dalam sejarah negara Malaysia.

ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

1. Perkongsian Kuasa Politik

Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik
dan perkongsian kuasa amat perlu di jaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan
berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Jawatan penting dalam kerajaan, kerusi dalam
pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja.

2.  Kerajaan Demokrasi

Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara, boleh
menyurakan pendapat, kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas dan
adil.Siapa yang menang dengan dalam pilihanraya dengan suara mejoriti berhak menjadi wakil
rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan
Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

3. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum

Kadar kemiskinan yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika ianya dibiarkan akan
timbul masalah lain ataranya kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain,
merasa diri tertindas, gejala sosial, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. Bagi mengatasi
keadaan ini, pembahagian "kek ekonomi" mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai
dengan keperluan kaum yg ada di Malaysia. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu dengan
pelbagai cara untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

4. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi

Jurang Pendidikan dan Jurang ekonomi saling berkait antara satu dgn lain. Jika pendidikan
mereka lebih baik maka peluang untuk menambah pendapatan/meningkatkan ekonomi keluarga
adalah lebih besar. Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik.

5. Toleransi Budaya & Agama

Memupuk rasa hormat dan menerima budaya & agama kaum lain. Memberi ruang kepada kaum
lain mengamalkan budaya dan agama masing2 tanpa cuba mempengaruhi/mengganggu antara
satu sama lain.

Dasar Perpaduan Nasional

Tanpa perpaduan yang kukuh, aktiviti pembangunan sulit dilaksanakan dalam sesebuah negara.
Di Malaysia perpaduan berkait rapat dengan polarisasi. Polarisasi bermaksud pembelahbahagian
golongan tertentu kerana mempunyai amalan atau pendirian yang berbeza hingga wujud beberapa
kelompok masyarakat yang bertentang antara satu sama lain.

Nilai berbeza + amalan berbeza + keinginan berbeza = Pergolakan/perpecahan/konflik.

�       Tujuan dasar ini dilaksanakan ialah untuk memupuk perpaduan antara kaum bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial,
ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi
melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat
diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan


integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:

(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);


(b) Dasar Ekonomi Baru;
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;
(h) Integrasi antara wilayah.

A. Rukun Negara

Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi
kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu
semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan
masyarakat perlbagai etnik.

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:

(a) Kepercayaan kepada Tuhan;


(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang; dan
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu
padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.

B. Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua
(1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan
wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk
perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama
dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:

i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum


ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi
dapat
dihapuskan.

C. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah
berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan


Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah


dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu


gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.
Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali
oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara
beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik
daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan
kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:


i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan. [1]

E. Bahasa Kebangsaan

Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum.
Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara
kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.

Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan
kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan
Cintailah Bahasa Kita’.

F. Jabatan Perpaduan Negara

[1]
Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan
yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas
perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara
dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia
dan pelajaran Sivik.

Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-


kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan
sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan.

Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan
persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan
semangat perpaduan.

G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional

Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan
perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya
menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui
muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional
pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan
dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.

I. Pindaan Akta Hasutan

Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum,


termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah:
i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini;
dan
ii) kedudukan raja-raja Melayu.

J. Integrasi Antara Wilayah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di


kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding
dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang
perbezaan ekonomi wilayah.

Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem
pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem
pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui


perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik.
Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan
rangkaian radio dan televisyen nasional.

Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk


membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah
mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.
Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara
NOTA

1.      Definisi Perpaduan

-         Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat


dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya
tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka.

-         Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang


penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah
mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri
masyarakat majmuk di negara kita.

2.      Masyarakat Majmuk

      Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang


bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di
antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang
tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara
kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah
lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu
petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka
keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan
sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan
pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua
golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan
Cina, Jawa, India dan sebagainya.

Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan


dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka
dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah.
Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini
tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan
untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan
seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya.
Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak
pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai
negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di
kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara
walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya
dikebumikan di negara ini.

Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke


19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa
perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di
beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran
British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang
Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah
yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi
pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum
Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang
sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British.
Perkembangan ekonomi yang semakin peast ini sedikit
sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar
semakin ramai di negara ini dan masing-masing
mempunyai kepentingan sendiri.

  Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk


semakin nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa
atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan
orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini
menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi
semakin minima.

3.      Dasar Perpaduan 

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu


integrasi dan asimilasi.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan


satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.

Manakala asimilasi pula ialah satu proses


bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan
melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam
kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden,
seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam
mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan
bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan
sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan

Politik Sosial Ekonomi


        Integrasi         Integrasi         Integrasi
politik kebudayaan wilayah

        Integrasi sosial         Integrasi


ekonomi
        Integrasi
pendidikan
 

4.      Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang


berbeza 

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan


sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19,
iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun
itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.
Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. 

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran


kebangsaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan
hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks
diimport dari negara China dan berkiblatkan China. 

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil

sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan

sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan

sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat

yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau

bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah

setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau

Inggeris. 

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah


Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul.
Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran
Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar
sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah
Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang
berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem
persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan
penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik
dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik –
berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular – yang
tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang
sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif


perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu
dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat
hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian
mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
 

5.      Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan 

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang
dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun
dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan


perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi
pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina
kerakyatan yang tunggal telah lama disedari :

“ Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang


ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh
untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah
perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar
dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Asas-asas perpaduan sistem pendidikan 

        Sistem persekolahan yang sama bagi semua

      Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan


penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan
sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa
pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan
bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas
dinyatakan.

      Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini


sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar
yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem
persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah
pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan
dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-
kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah
Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa
mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada
peringkat rendah.

        Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

      Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat


berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan
bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum
dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

        Kurikulum yang sama

      Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang


terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi
pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-
ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap
dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam
konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan
untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita
negara dalam mewujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

        Sukatan pelajaran yang seragam


      Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang
disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai
salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara.

      Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke


arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah
diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan
perasaan hormat menghormati terutama dlam
masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat
resam.

        Peperiksaan yang seragam

      Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di


sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan
mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan
yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu
apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang
kaum di samping mewujudkan keperibadian yang
sama. 

Perbezaan antara perpaduan dan integrasi nasional:

Perpaduan Negara

Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa
yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

Integrasi Nasional

Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di
Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

Contoh isu

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad kelmarin melahirkan kebimbangannya terhadap ekstremisme
berasaskan kaum di kalangan generasi muda yang semakin serius.
Sebagai pemimpin yang banyak pengalaman asam garam kehidupan, beliau sudah nampak amalan memisah-misahkan
diri mengikut kaum di kalangan masyarakat negara ini.

Masyarakat kita kini ada yang sedar dan tidak kurang yang langsung tidak ambil peduli akan bahaya yang mungkin timbul
daripada amalan atau budaya tidak menghormati perasaan kaum-kaum lain yang pada ketika tertentu dimainkan oleh
sesetengah pertubuhan atau parti politik berasaskan kaum.

Sebagaimana yang diingatkan oleh Dr. Mahathir bahawa apabila puak ekstremis daripada semua kaum semakin lantang
menggalakkan perpisahan antara kaum dan mereka juga menentang sebarang usaha untuk mendekatkan antara kaum,
maka kita khuatir hubungan generasi muda akan terus terpisah jauh.

Jika kita kembali meninjau sejarah pembentukan negara ini, Malaysia dibina oleh masyarakat Melayu, Cina, India,
bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain. Mahu tidak mahu pewaris generasi masyarakat berbilang kaum,
agama dan bahasa ini yang akan terus menjadi rakyat dan tunggak pembangunan negara ini sampai bila-bila.
Kita harus sedar bahawa perpaduan antara kaum di negara ini masih longgar. Sedikit sentimen dimainkan oleh puak
ekstremisme kaum, ia boleh menyemarakkan api perkauman menjadi besar. Pengaruh dan hasutan ekstremis kaum boleh
menjejaskan intergrasi nasional.

Mereka ini barangkali sudah lupa pada peristiwa 13 Mei 1969 yang tercetus berpunca daripada masalah perkauman dan
jurang ekonomi yang besar.
Demi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini, maka kerajaan Perikatan selepas itu
Barisan Nasional berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan dasar-dasar pembangunan dan perpaduan kaum
melalui Dasar Ekonomi Baru.

Dasar ini yang bermatlamat menghapus jurang pendapatan antara kaum dan menyatukan rakyat berbilang kaum
dilaksanakan merentasi bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan serta sosial.

Mengapa setelah sekian banyak tenaga, masa dan wang dicurahkan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni, tetapi ada pihak tertentu pula cuba merosakkan perpaduan kaum yang menjadi teras utama kejayaan negara
selama ini.
Kita harus segera sedar apa yang sedang berlaku dalam hubungan pelbagai kaum di negara ini. Berapa bilangan rakan kita
yang terdiri daripada kaum-kaum lain? Tanya pada diri sendiri, apa punca menyebabkan kita tidak berminat bercampur
gaul dengan kaum-kaum lain. Apakah aktiviti kemasyarakatan dan persekolahan lebih tertumpu kepada kaum-kaum
masing-masing sahaja atau pengaruh dakyah pihak-pihak tertentu?
Apakah kita berasa perpaduan kaum sudah tidak lagi penting dalam era negara mengharungi dunia tanpa sempadan?
Apakah penguasaan ekonomi dan pengaruh politik boleh menentukan kelangsungan hidup kaum-kaum di negara ini?

Orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau dan lain-lain harus membuka minda bahawa perbuatan mementingkan
kaum masing-masing secara melampau, akhirnya hanya akan membahayakan negara ini.

Justeru semua pemimpin kaum, pertubuhan walaupun berbeza ideologi politiknya harus serius mencari punca hingga
wujud ekstremisme kaum yang ada di sekeliling mereka, daripada membiarkan ia merosakkan apa yang telah kita bina.

CARA-CARA MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

Sebagai warganegara Malaysia, bagainmanakah anda dapat memastikan perpaduan kaum berkekalan????

- memahami dan menghormati adat yang diwarisi oleh kaum lain.

- mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain begi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham.

- bersama-sama memahami, menghargai dan mencintai negara ataupun tanah air agar perpaduan kaum dapat dibina.

- mengadakan kempen-kempen untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mengekalkan perpaduan kaum.

Contoh intro

SEBAGAI negara yang dihuni penduduk berbilang kaum dan agama, perpaduan adalah teras mengekalkan suasana aman
dan harmoni. Hanya pergaulan dan persefahaman antara kaum yang berpaksikan perasaan saling menghormati agama
dan budaya, menjadi landasan kukuh untuk mengekalkan peraduan rakyat.
Dalam hubungan ini, kita sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu rakyat
menjadikan sambutan kemerdekaan ke-50 tahun depan sebagai landasan mengukuhkan semula perpaduan yang kini
dilihat semakin rapuh.

Kenyataan Perdana Menteri mengenai kerapuhan perpaduan kaum, lebih-lebih lagi apabila merujuk isu membabitkan
bangsa dan agama, menunjukkan persoalan hubungan antara kaum masih menjadi masalah besar. Isu ini harus ditangani
dengan bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak agar jalinan itu dapat dipelihara dan dipererat. Satu daripada usaha
terbaik mewujudkan perpaduan dan semangat setia kawan ialah melaksanakannya pada peringkat sekolah rendah lagi
dengan menggalakkan pelajar semua kaum berinteraksi menerusi kegiatan sukan dan persatuan.

Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh
memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk
bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak
boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam
mahupun luar. Justeru, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum selain mengelak sikap
mementingkan diri.

You might also like