You are on page 1of 6

Refleksi Praktikum

Saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun,


Melaka. Tempoh praktikum ini ialah selama 12 minggu bermula dari 28 Jun 2010
sehingga 24 September 2010. Semasa menjalani praktikum ini, pelbagai pengalaman
telah saya tempuhi dan alami dan pengalaman ini banyak membantu saya menjadi
seorang guru yang lebih baik dan banyak memperbaiki kelemahan diri saya sekaligus
menyediakan saya untuk menjadi guru yang baik.

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya rasa lebih baik jika terlebih
dahulu saya sentuh serba sedikit tentang tugas seorang guru. Sedar atau tidak
sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu
usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan
bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan.

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh


kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar.
Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang
diambil manfaat oleh pelajarnya.

Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata


untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya
sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar
semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana
dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan
masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok,
ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras,
pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua
ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak
boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.
Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas
utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan.

Tugas-tugas profesional dari seorang guru iaitu meneruskan atau


menyampaikan ilmu pengetahuan, keterampilan serta nilai-nilai lain yang belum
diketahui oleh murid dan seharusnya diketahui oleh mereka.

Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat


memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas
manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri
sendiri.

Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk
mengembangkan daya berpikir sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam
proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi memperbaiki hidupnya sendiri
dan kehidupan seluruh masyarakat disekelilingnya.

Tugas kemasyarakatan merupakan tanggungjawab guru sebagai warga negara


yang baik, turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh
bangsa dan negara.

Seperti yang saya telah nyatakan tadi, sekolah tempat saya menjalani praktikum
ini ialah sekolah perempuan dan semua pelajar di sekolah ini terdiri daripada murid
perempuan. Lagi pula, jumlah murid di sekolah in juga tidak ramai iaiatu lebih kurang
205 orang murid sahaja. Ini memudahkan pengurusan dan pengawalan disiplin murid.
Murid-murid juga tidak banyak kerenah dan jarang membuat masalah seperti
melakukan kesalahan disiplin yang teruk seperti mencuri, membuli rakan, vandalisme
atau sebagainya.

Secara umumnya, saya tidak menghadapi masalah yang besar tentang murid di
sekolah tersebut. Cuma kadang-kadang ada juga sedikit masalah kecil semasa di
dalam kelas iaitu murid kurang member perhatian terhadap pengajaran yang
berlangsung di dalam kelas. Ini pun mungkin berlaku kerana kelemahan saya sendiri
dari sudut pemilihan kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang disediakan.
Sementara itu, pihak pengurusan sekolah juga memberikan kerjasama yang
cukup baik sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini. Pihak pengurusan
terutamanya guru besar telah banyak memberikan bantuan kepada saya sepanjang
saya menjalani praktikum di sekolah tersebut. Pengurusan di sekolah ini saya lihat
berjalan dengan baik kerana guru besar sekolah tersebut mengamalkan corak
pengurusan yang berdiplomasi di mana beliau mengambil kira pandangan orang
bawahan beliau dalam segala hal. Beliau juga seorang yang mudah mesra dan senang
dibawa berbincang. Begitu juga dengan guru-guru penolong kanan di sekolah tersebut
yang begitu mesra dan tidak lokek untuk membantu saya jika saya menghadapi
sebarang masalah ketika menjalani praktikum di sekolah tersebut.

Sekolah ni bagi saya merupakan sekolah yang cantik dan ceria. Ini kerana
persekitaran sekolah ini adalah bersih dan menenangkan. Walaupun sekolah ini agak
kecil namun ia dilengkapi oleh fasiliti yang lengkap seperti kantin, pusat sumber, bilik
komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup dan sebagainya. Pendek kata, sekolah
ini serba serbi lengkap dengan segala kelengkapan yang diperlukan oleh guru dan
murid dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran sekolah
juga cantik di mana sekolah ini dilihat cukup menjaga keindahan persekitaran sekolah
di mana persekitaran sekolah ini sentiasa dijaga dengan rapi bagi memastikan ia
sentiasa cantik dan kemas. Di samping itu, suasana di sekolah ini juga aman di mana
murid tidak berbuat bising di dalam kelas. Ini mungkin kerana semua murid di sekolah
ini murid perempuan.

Selain itu, guru-guru di sekolah tersebut juga amat mesra dan mudah dibawa
bergaul. Saya tidak menghadapi sebrang masalah dengan pergaulan dengan semua
guru di sekolah tersebut kerana mereka semuanya mudah mesra dan tidak lokek untuk
berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam membantu saya sepanjang proses
praktikum yang saya jalani berlangsung. Lebih-lebih lagi guru pembimbing saya yang
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya serta melicinkan perjalanan
praktikum yang saya jalani ini. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar dan teguran yang
membina kepada saya sepanjang saya menjalani praktikum yang saya rasa banyak
membantu saya dalam memperbaiki kelemahan saya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Bagi saya, sekolah ini cukup baik dan dan mampu meransang murid belajar
dengan berkesan. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, persekitaran sekolah ini
indah dan menenangkan ditambah lagi dengan suasana yang aman tanpa kebisingan
yang mampu menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, budaya di sekolah ini saya lihat cukup baik di mana semua guru
terlibat serta berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi sekolah. Ini dibuktikan
dengan semua guru turun padang dalam menjayakan apa jua aktiviti yang dijalankan di
sekolah bagi memastikan kecemerlangan murid. Hal ini tidak terhad kepada aspek
kurikulum ataupun akademik sahaja bahkan juga turut melibatkan aktiviti kokurikulum di
waktu petang seperti unit beruniform , sukan mahupun persatuan. Semua guru
mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing yang mesti dipikul dan saya
lihat mereka semua begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing serta
bantu membantu antara satu sama lain dalam segala hal.

Masyarakat juga saya lihat cukup mengambil berat tentang pelajaran anak
mereka masing-masing. Ini dibuktikan dengan aktifnya persatuan ibi bapa dan guru di
sekolah ini dalam merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi menjamin
kecemerlangan pelajar di sekolah tersebut. Masyarakat sekeliling yang terdiri daripada
ibu bapa murid di sekolah tersebut juga tidak lokek untuk memberikan sumbangan
kepada pihak sekolah sama dari aspek kewangan mahupun tenaga bagi sama-sama
bantu mebantu meningkat kecemerlangan murid di sekolah ini.

Sekolah ini mengamalkan budaya yang saya rasa diamalkan di semua sekolah
di seluruh Malaysia di mana mereka mengutamakan kecemerlangan murid bukan
sahaja dari aspek akademik, tetapi juga mementingkan aspek sahsiah serta
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

Berkaitan tentang guru pula, di sekolah ini hanya terdapat 20 orang guru sahaja
termasuk guru besar dan para penolong kanan beliau. Oleh sebab bilangan guru tidak
ramai, maka tanggungjawab yang dipikul oleh setiap orang guru agak berat namun
semua guru di sekolah ini saya lihat cukup komited dalam menajalankan tugas mereka.
Mereka juga saya lihat sanggup membanting tulang berusaha meningkatkan
kecemerlangan murid tanpa mengenal erti penat dan jemu. Bagi saya semua guru di
sekolah tersebut adalah guru yang luar biasa kerana mereka saya lihat bukan sahaja
mahir dalam bidang pengkhususan mereka bahkan juga mahir dalam bidang yang lain
seperti pengurusan, teknologi maklumat dan sebagainya terutama sekali guru
pembimbing saya saya yang cukup kreatif dalam segala hal, mahir dalam teknologi
maklumat dan cukup aktif dalam semua program sekolah. Beliau juga cukup dihormati
dan disegani oleh semua murid di sekolah tersebut di mana semua murid memberikan
tumpuan yang cukup baik semasa beliau mengajar.

Semasa di sekolah ini juga, saya mengalami dan mengahadapi pelbagai


pengalaman pahit dan manis serta peristiwa yang mencabar pengetahuan serta
kesabaran saya sebagai seorang guru. Pengalaman manis yang yang saya alami
aialah apabila saya dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan di
sekolah serta dianggap sebagai keluarga oleh semua guru di sekolah tersebut.
Peristiwa yang saya rasa cukup mencabar saya ialah untuk memastikan tumpuan murid
terhadap saya di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Ini memerlukan ilmu, usaha serta kesabaran yang cukup kuat bagi
memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman yang saya rasa
agak pahit untuk diingat ialah apabila terpaksa berpisah dengan warga sekolah yang
cukup saya kasihi seperti guru besar, para guru dan terutamanya murid-murid yang
belajar di kelas saya.

Mengenai kursus kpli ini pula, bagi saya kursus ini amat baik di mana para
siswazah diberi peluang untuk berkhidmat sebagai seorang guru yang terlatih walaupun
pada asalnya mereka bukan berasal dari jurusan pendidikan. saya merasakan bahawa
tempoh kursus selama satu tahun adalah amat singkat serta tidak mencukupi bagi
menghasilkan guru yang berketrampilan dan saya merasakan bahawa kursus ini perlu
dipanjangkan mungkin selama dua tahun atau tiga tahun bagi memastikan guru-guru
yang dihasilkan betul-betul berkualiti dan mampu menghasilkan modal insan yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh serba sedikit tentang mentor kami di
mana beliau bukan dari jabatan pendidikan islam tetaqpi merupakan pensyarah di
jabatan pendidikan jasmani. Bagi saya ini semua tidak menjadi masalah kerana saya
merasakan bahawa beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan memastikan
kebajikan kami sebagai mentee beliau terjaga. Saya merasakan bahawa perkara ini
wajar diteruskan asalkan para pensyarah yang ditugaskan sebagai mentor tersebut
memahami keperluan dan sensitiviti kami sebagai guru pendidikan islam.

Sebagai penutup, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya jalani ini
adalaha amat bermakna dan cukup membantu saya dalam menyediakan diri saya
untuk menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya dalam
semua aspek yang dperlukan untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa
program praktikum ini adalah amat relevean untuk diteruskan untuk melahirkan bakal
guru yang berkualiti.

You might also like