You are on page 1of 5

Senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri

Berikut merupakan senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri yang terkini selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 (8
Mac 2008).

Negeri Nama Menteri Besar/Ketua Menteri Parti Sumber

 Kedah Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak PAS [2]

 Pulau Pinang Lim Guan Eng DAP [3]

 Perak Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir BN [4]

 Selangor Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim PKR [5]

 Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan BN [6]

 Melaka Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam BN [7]

 Johor Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman BN [8]

 Pahang Dato' Sri Adnan bin Yaakob BN [9]

 Terengganu Dato' Ahmad bin Said BN [10]

 Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat PAS [11]

 Sabah Datuk Seri Musa bin Haji Aman BN [12]

 Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud BN [13]

Salbiah Tengku Nujumudin Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku
Munawir
Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, raja permaisuri
agong tynku nur zahirah

Portfolio   Menteri  
Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan &
Dr. Koh Tsu Koon
Pengurusan Prestasi)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan Mohamed Nazri bin Abd.
dan Parlimen) Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang
Nor Mohamed Yakcop
Ekonomi)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Jamil Khir Baharom
Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein
Menteri Kewangan Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pertahanan Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kong Cho Ha
Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed
Menteri Luar Negeri Anifah Aman
Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin
Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat
Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Maximus Ongkili
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Douglas Unggah Embas
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Mohd Shafie Apdal
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Bernard Dompok
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek
Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Rais Yatim
Menteri Pelancongan Ng Yen Yen
Raja Nong Chik Raja Zainal
Menteri Wilayah Persekutuan
Abidin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

Menariknya, gagasan Satu Malaysia yang disusuli dengan "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan"
dilihat mempunyai semangat yang tepat ke arah keseimbangan dan kemurnian antara kaum. Tidak keterlaluan
jika disimpulkan semangat gagasan itu bakal membawa negara di bawah era Najib menghampiri Wawasan 2020
seperti mana yang ingin direalisasikan. Dalam perutusannya, Najib antara lain mengajak seluruh rakyat
melaksanakan transformasi besar-besaran atas semangat "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian
Diutamakan". Diletakkan paling hadapan memberikan maksud yang jelas bahawa penyatuan pelbagai kaum
menjadi tunjang utama. Tanpa keteguhan perpaduan antara kaum, agenda penyampaian kebajikan rakyat dan
merancakkan pembangunan negara tidak mungkin akan terlaksana. Bagaimanapun, gagasan semata-mata tidak
menjanjikan realiti tanpa jentera pelaksana yang juga bijaksana. Hakikatnya, negara selepas 52 tahun
mengecapi kemerdekaan sudah mempunyai agenda dan dasar yang besar ke arah merapatkan jurang antara
kaum. Lebih jauh, gagasan Satu Malaysia yang menjadi harapan juga berteraskan semangat Rukunegara dalam
melahirkan bangsa Malaysia yang berjaya. Dengan hakikat itu, Satu Malaysia boleh disimpulkan kepada usaha
bagaimana seluruh rakyat Malaysia dapat memperkukuhkan jati diri kenegaraan di sebalik latar belakang etnik,
agama dan gender yang berbeza. Justeru, satu asas yang boleh dipegang secara bersama perlu disuburkan di
kalangan rakyat pelbagai kaum dalam menterjemahkan apa yang dimahukan menerusi Satu Malaysia. Ia tidak
boleh mengelak daripada berpaksikan semangat patriotisme dan nasionalisme yang berteraskan ideologi
kenegaraan. Gagasan satu Malaysia umpamanya adalah merupakan satu konsep yang dikonsepsikan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam
mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya.

Konsepnya amat penting seperti yang digagaskan dalam lapan nilai yang menjadi teras gagasan ini, iaitu budaya
cemerlang, ketabahan,  rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai-nilai ini
semua merupakan amalan baik yang dilaksanakan oleh masyarakat kita selama ini, sama sahaja  seperti amalan
tolong menolong dan hormat menghormati yang merupakan budaya bangsa Malaysia di kalangan semua kaum
dan etnik sejak sekian lama.

Tradisi berbudi bahasa dan bertolak ansur yang menjadi warisan bangsa Malaysia dari berbagai keturunan
sebenarnya telah diamalkan di dalam masyarakat kota dan desa semenjak berdekad-dekad lamanya, termasuk
ketika negara kita masih belum mencapai kemerdekaannya.

Kita boleh menyingkap sejarah kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu ketika penjajahan Inggeris
dulu. Mereka diterima baik oleh orang Melayu, malah di kampung-kampung, orang Cina bebas berniaga dan
bercucuk tanam, dan orang Melayu pula yang membeli di kedai-kedai runcit mereka, atau membeli sayur-
sayuran hasil tanaman mereka setiap hari. Orang Cina dan India menghormati Penghulu dan Ketua Kampung
yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu. Pada musim perayaan, orang Cina sering menghantar buah-
buahan dan kueh mueh kepada Tok Penghulu, demikian juga ketika orang Melayu menyambut Hari Raya, orang
Cina tidak dilupakan untuk dijemput hadir ke rumah-rumah mereka.

Amalan masyarakat Melayu, India dan Cina inilah yang cuba dikonsepsikan semula oleh Perdana Menteri
sekarang dalam gagasan satu Malaysia, dan konsep inilah yang telah di institusikan oleh beliau agar menjadi
satu gagasan bangsa untuk diperjuangkan dengan lebeh strategik lagi oleh rakyat seluruhnya tanpa mengira latar
belakang kaum, agama dan bahasanya.

Dengan itu ternyata bahawa segala unsur penyatuan dan elemen kesepaduan antara bangsa Malaysia yang terdiri
daripada kepelbagaian kaum dan etnik ini, mungkin selama ini agak berselerak di sana sini, diamalkan oleh
sebahagian masyarakat sedangkan sebahagian yang lain mengabaikannya, malah mungkin juga sesetengah
orang menyedari kepentingannya, sedangkan sesetengah yang lain merasakannya tidak penting, maka gagasan 1
Malaysia merupakan usaha teratur untuk mengumpul segala nilai dan amalan baik itu agar dapat difahami oleh
semua kalangan dalam masyarakat Malaysia, dan seterusnya dapat menghayati dan merealisasikannya dengan
penuh kesedaran demi kepentingan bersama.

Gagasan ini juga seharusnya difahami dengan lebeh teratur dan serius lagi oleh bangsa Malaysia yang terdiri
daripada generasi baru yang mungkin tidak menyedari perjuangan berbagai etnik untuk mencapai kemerdekaan
dan membangun ekonomi, politik dan sosial semua rakyat berbagai keturunan yang menjadi hakikat
perkembangan sejarah negara ini.

Generasi baru mungkin tidak memahami perjuangan mencapai kemerdekaan dan pengisiannya oleh Perdana
Menteri yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra bersama-sama dengan rakan seperjuangannya
Tun Tan Siew Sin dan Tun Sanbanthan. Mungkin ramai orang muda sekarang yang tidak mendalami falsafah
perjuangan ketiga-tuga pemimpin yang ketika itu mewakili tiga kaum terbesar di tanah air kita, dan yang benar-
benar memahami sensitiviti kaum masing-masing, sehingga mereka bertiga terpaksa mengamalkan dasar
toleransi yang cukup tinggi untuk menjaga kesepaduan kaum dan bersama-sama membangun bangsa dalam
semua aspeknya.

Dalam semua perjuangan untuk kesepaduan dan keamanan, terutamanya di dalam negara kepelbagaian kaum
dan keturunan, masing-masing kaum tentulah seharusnya sanggup berkorban demi kesejahteraan dan
perdamaian, dan menunaikan tanggung jawabnya dengan penuh sedar untuk menjaga kepentingan rakyat
keseluruhannya, bukan untuk satu kaum yang tertentu.

Bidang-bidang keberhasilan negara yang di institusikan untuk mencapai matlamat satu Malaysia juga
merupakan satu pelan tindakan yang akan dijalankan bagi mencapai matlamat gagasan tersebut, terutamanya
apabila telah dilibatkan beberapa kementerian yang tertentu untuk mengambil tindakan yang sesuai dengan
tugas masing-masing dalam merialisasikan matlamat tersebut.

Yang penting bagi rakyat ialah memahami hakikat bahawa segala sesuatu yang  termaktub di dalam
Perlembagaan negara dan perundangannya masih tetap kekal terpakai sebagai sesuatu yang telah diterima oleh
semua rakyat.  Demikian juga dengan beberapa konsep, seperti kesamarataan, keadilan, hak istimewa, status
Raja berperlembagaan dan sebagainya haruslah ditafsirkan dalam konteks yang betul dengan fakta walau pun
gagasan satu Malaysia kelihatannya boleh dimengertikan sebagai sesuatu yang mutlak dan mengatasi
peruntukan Perlembagaan dan undang-undang.  Konsep satu Malaysia adalah merupakan satu institusi dan
mekanisme pelan tindakan untuk pembangunan bangsa dan negara Malaysia yang bersatu menurut fahaman
saya..

You might also like