You are on page 1of 29

TANAMAN DURIAN

(DURIAN dan DURIAN BELANDA - tanaman jangka panjang)


 
Nama
DURIO ZIBETHINUS
Saintifik :
MURR
Nama :    
DURIAN
Biasa  :
BOMBACEAE
Famili

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah:-

1. DURIAN (dari kamus bebas wikipedia)


2. PENDEBUNGAAN BERBANTU
DURIAN
3. PETUA MEMILIH ANAK BENIH
DURIAN BERMUTU
 
4. PENYAKIT-PENYAKIT DURIAN
5. MITOS DURIAN (Pantang Larang
Durian)
6. KERATAN AKHBAR:  RUPA DURIAN,
ISI CEMPEDAK
7. DURIAN BELANDA (dari kamus bebas
wikipedia)

DURIAN
Di Malaysia, buah durian dibiarkan luruh sendiri setelah masak dan
dipungut setiap hari.  Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut
sekali sehari (pada awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah
sedikit.  Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut dua kali sehari
(pagi dan petang) kerana bilangan buah yang luruh memuncak.  Di
Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan
buah kemudian diperam hingga masak.  Penuaian dengan cara ini
membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang
lebih jauh.  Adalah dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian
seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

1. Iklim

Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti


yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan
vegetif.  Tanaman durian hidup dengan subur di kawasan-
kawasan di mana suhunya diantara 27-32oC, mendapat hujan
diantara 1,800-4,000 mm setahun, mengalami musim kemarau
antara 1-3 bulan, mempunyai peredaran udara dan angin yang
baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun.

Kelembapan tanah yang diperlukan adalah lebih kurang 80%. 

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi, pokok-pokok
durian berupaya menghasilkan pucuk-pucuk baru sekali setiap
bulan, berbeza dengan pokok buah-buahan yang lain.  Lebih
kurang 90% dari tunas hujung baru berupaya menghasilkan daun
baru.  Pada peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian
sangat peka kepada keadaan kemarau.  Pengairan diperlukan
untuk mengelakkan kematian.  Ini adalah kerana sistem akarnya
yang sangat cetek dan mudah ketandusan air.

Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan


satu jangkamasa musim kering diantara 1-3 bulan untuk
mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan tersebut. 
Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira 4
minggu selepas bunga kembang.  Ini disebabkan pada waktu
tersebut, kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah
tinggi.  Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok
menghasilkan pucuk baru.  Keadaan ini menyebabkan wujudnya
persaingan untuk mendapatkan bahan makanan antara buah
muda dengan daun baru yang boleh menyebabkan buah gugur.
 

2. Faktor Tanah

Durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana


tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan dan struktur yang
baik untuk pertumbuhan akar.  Tanah jenis lom hingga lom
berpasir adalah paling sesuai.  Tanah jenis lom lempung (clay
loam) juga sesuai bagi tanaman durian tetapi memerlukan
perparitan yang sempurna kerana durian tidak tahan dalam
keadaan air bertakung.  Tanah jenis lom dan lom berpasir banyak
terdapat di lereng-lereng bukit.  Walaupun tanah-tanah lom
berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi ia tidak tahan
dengan musim kemarau yang terlalu panjang.  Penanaman durian
di kawasan yang mengalami kemarau panjang, seperti di Utara
Semenanjung, memerlukan sistem pengairan bagi menggalakkan
pengeluaran hasil yang baik.

Contoh tanah yang dianggap sesuai bagi tanaman durian ialah:-

(a)  Tanah yang berasal dari batu igneus seperti tanah


siri Rengam dan Jerangau.
(b)  Tanah lom liat berpasir yang berasal dari batu sedimentari
(lihat siri-siri tanah Semenanjung Malaysia).
(c)  Tanah lanar laut yang mengandungi kandungan liat yang
tinggi, asalkan paras air dalam tanah tidak
      terlalutinggi.  Sebagai contoh: Siri Kangkong dan Siri
Selangor di Semenanjung Malaysia.  Tanah-tanah
      bermasaalah seperti tanah bris, tanah pasir lombong, tanah
asid sulfat, tanah masin, tanah gambut dan
      tanah bertakung air adalah tidak sesuai.

Tanah-tanah yang berkecerunan 0-12o adalah sesuai untuk


penanaman durian.  Walau bagaimanapun, ia masih boleh

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
ditanam di kawasan yang berkecerunan 12-20o jika langkah-
langkah pemuliharaan tanah dibuat.
 

KLON-KLON YANG DISYORKAN

 D 24
Klon ini berasal dari Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan
pada 30 November 1937.  Pokok cergas membesar, rendang dan
rajin berbuah.  Hasil purata pada peringkat awal (umur 6-9 tahun)
ialah 10 biji sepokok setahun.  Hasil akan meningkat ke 65 biji
setahun bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Bentuk
buahnya bulat membujur, bersaiz sederhana besar dengan berat
diantara 1.0 - 1.8 kg sebiji buah durian.  Pangsa mempunyai 1-3
ulas yang berwarna kuning pucat dan bersusun sebaris.  Isi
manis, pejal, bertekstrur halus dan sedikit pahit. Peratus isi ialah
26%.  Pokok memerlukan tanah yang subur dan tidak tahan
kemarau tanpa pengairan yang cukup.  Tempoh matang buah
ialah 105-110 hari selepas bunga kembang.  Bijinya besar dan
kebanyakannya merekah.
 

 D 99
Durian ini dipanggil Kop Kecil, berasal dari Thailand dan
didaftarkan pada 17 Jun 1970.  Pokok lasak tetapi lambat
membesar.Pokok agak kecil tetapi rajin berbuah.  Pada peringkat
awal (pokok berumur 6-9 tahun) hasil ialah 7 biji sepokok
setahun.  Hasil akan meningkat ke 45 biji setahun bagi pokok
berumur 15 tahun dan ke atas.  Di pokok, buahnya didapati dalam
keadaan berjambak.  Saiz buah sederhana dengan berat diantara
1-2 kg. sebuah.  Buah durian D 99 berbentuk bulat tetapi dempak
di bahagian pangkal dan hujung buah.  Kulitnya nipis berwarna
hijau hingga hijau perang.  Durinya kecil, pendek dan tajam.  Buah
boleh dikopek dengan mudah.  Bilangan ulas boleh mencapai
sehingga 25 ulas bagi sebiji durian.  Isinya sederhana tebal,
berwarna kuning terang dan tekstur isinya halus.  Pokok tahan
terhadap kanker batang dan persekitaran kering.  Rasanya lemak
manis.  Kebanyakan biji durian jenis ini adalah leper atau kesep. 
Tempoh matang ialah 90-100 hari selepas bunga kembang.
 

 D 123
Klon yang berasal dari Thailand ini dipanggil 'Chanee' dan
didaftarkan pada 24 Julai 1971 serta sesuai ditanam di sebelah
utama Semenanjung Malaysia.  Pokok sederhana besar dan
tahan kepada keadaan kering.  Hasil purata sepokok (berumur 10
tahun) ialah 30-40 biji sethaun.  Buah besar, berat 2.5 kg. sebiji
dan berbentuk bujur.. Permukaan kulit buah berlekuk dan
berwarna hijau kekuningan.  Isinya tebal, berwarna kuning
keemasan,  beraroma atau berbau kuat; rasa lemak dan manis
dan tekstur isi yang sederhana halus.  Peratus isi 30-40%. 
Tempoh matang buah ialah 105-120 hari selepas bunga kembang.
 

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
 D 145
Klon durian D 145 berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang dan
didaftarkan pada 30 Oktober 1981.  Durian ini juga digelar Durian
Beserah, Tuan Mek atau Durian Hijau.  Pokok sederhana besar
dan sederhana cergas.  Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun)
ialah 50 buah setahun.  Buah berbentuk bulat, purata berat 1.4 kg.
sebiji dan di bahagian hujung buah terdapat bentuk seperti puting. 
Durinya rapat dan panjang dan kulit berwarna hijau bila cukup
matang.  Isinya berwarna kuning keemasan, bertekstur halus dan
rasa lemak manis.  Peratus isi buah ialah 25%.  Tempoh matang
buah adalah 105-115 hari selepas  bunga berkembang.
 

 D 158
Durian ini berasal dari Thailand.  Nama popularnya 'Kan You' atau
Tangkai Panjang dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987.  Pokok
sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering.  Saiz buah
durian ini adalah sederhana besar dengan purata berat diantara 2-
4 kg. sebuah.  Warna kulitnya hijau perang, tangkai buah panjang
(15-17 cm).  Buah berbentuk bulat bujur, kulit buah berwarna hijau
perang dan durinya pendek.  Saiz ulasnya besar.  Isi tebal, ulas
besar dan berwarna kuning keemasan, pejal sedikit bersabut dan
rasanya manis.  Klon ini kurang beraroma jika dibandingkan
dengan klon D 123.  Peratus isi buah ialah 32%.  Tempoh matang
buah antara 130-140 hari selepas bunga berkembang.
 

 D 159
Dikenali sebagai 'Mon Thong' atau Bantal Mas.  Berasal dari
Thailand dan popular di kawasan utara Semenanjung Malaysia
dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987.  Pokok sederhana besar,
senang hidup apabila ditanam dan tahan kepada keadaan kering. 
Hasil purata sepokok (beruumur 10 tahun) ialah 60-100 biji
semusim dan purata berat buah diantara 3.0-5.0 kg. Buah
berbentuk bujur panjang dan bergelugur.  Bahagian hujung buah
tajam dan membengkok sedikit.  Duri berwarna perang dan kasar. 
Ulasnya besar, isi tebal, berwarna kuning emas, rasa yang manis,
tekstur isinya halus dan berkrim dan kurang beraroma.  Peratus isi
buah ialah 30-35%. Tempoh matang buah diantara 130-140 hari
selepas bunga kembang.
 

 D 169
Berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada tahun 1989.  Klon ini
juga dikenali sebagai 'Tok Li Tok'.  Pokok sederhana besar dan
pertumbuhannya cergas.  Hasil purata sepokok ialah 40-50 biji
setahun (berumur 10 tahun).  Berat buah 1.2-1.8 kg. sebiji. 
Bentuk buah bujur panjang, kulit buah berwarna hijau kekuningan,
nipis, mempunyai duri yang agak kasar dan tajam.  Isinya tebal,
berwarna kuning, sedikit bersabut dan lembut.  Rasanya lemak
manis dan pahit sedikit.  Peratus isi ialah 25%.  Tempoh matang
buah ialah 100-110 hari selepas bunga kembang.
 

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
 MDUR 78
Hasil dari kacukan D10 dan D24.  Pokok cergas membesar dan
rintang terhadap penyakit kanker.  Berat buah 1-1.8 kg. sebiji. 
Kulit sederhana tebal.  Berwarna hijau muda kekuningan dan
berbentuk bulat membujur.  Isi tebal, ulas besar, warna ulas
kuning dan bertekstur halus.  Rasa isi lemak, manis dan
beraroma.
 

 DUR 79
Hasil dari kacukan D24 dan D10.  Pokok sederhana besar dan
rintang kepada penyakit kanker.  Rajin berbuah, buah berbentuk
bulat membujur dan berat 1.0-1.6 kg. sebiji.  Warna kulit hijau.  Isi
berwarna kuning jingga, ulas besar dan bertekstur halus.  Rasa isi
manis dan lemak.
 

 MDUR 88
Klon hibrid, hasil kacukan antara D24 dan D10.  Buah berbentuk
bulat bujur.  Saiz buah sederhana besar antara 1.5-2.0 kg.  Isi
sangat tebal dan berwarna kuning emas.  Tekstur isi pejal,
sederhana halus dan rasanya lemak manis.  Hasil purata ialah 55-
65 biji/pokok/musim.
 

SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLIN DURIAN

Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu
dusun durian komersil untuk pendebungaan dan pasaran.  Bagi sesuatu
kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori
seperti berikut:-

1. Klon Utama
2. Klon-klon Subsidiary
3. Klon-klon Tempatan

Klon Utama
Bagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada
50-70% daripada jumlah pokok yang ditanam.  Dalam keadaan tertentu
dua klon utama boleh ditanam.

Klon-Klon Subsidiary
Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk
tujuan pendebungaan dan juga untuk pasaran.  Klon-klon ini terdiri dari
senarai klon-klon durian yang disyorkan.

Klon-klon Tempatan
Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan
terbukti berprestasi baik di sesuatu kawasan setempat.  Pemilihan klon-
klon ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun. 
Biasanya pekebun boleh menanam 5-20% klon-klon tempatan. 
Penanaman klon-klon durian mengikut kesesuaian tempat adalah seperti

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
berikut:-

Jenis Klon Kawasan Utama Yang Sesuai


D 24 (Bukit
Merah)
D 99 (Kop
Perak dan kawasan di mana kemaraunya
Kecil)
pendek dan tidak nyata.
D 123
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau
(Chanee)
yang agak panjang.
D 190
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau
(MDUR 88)
yang agak panjang.
D 188
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
(MDUR 78)
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
D 145
Pahang.
(Beserah)
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau
D 158 (Kan
yang agak panjang.
Yau)
Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau
D 159 (Mon
yang agak panjang.
Thong)
Kelantan.
D 169 (Tok
Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.
Litok)
D 189
(MDUR 79)
PENANAMAN

1. Penyediaan Benih Tanaman

Penanaman durian pada masa ini menggunakan baka klon yang


dibiakkan secara vegetatif.  Teknik pembiakan benih bagi
tanaman durian ialah dengan kaedah cantuman matatunas atau
cantuman baji.  Bahan pembiakan mestilah diperolehi dari sumber
pokok induk yang disahkan ketulenannya.  Anak benih mestilah
sihat, subur, cergas, tidak berpenyakit dan dari klon yang tulen
dan menepati standard yang ditetapkan.  Spesifikasi standard
minimum anak benih durian yang dibiak dengan menggunakan
saiz polibeg berukuran 30 x 12 cm adalah seperti berikut:-

Spesifikasi
Standard
Faktor
Diperlukan
Ketinggian anak cantuman dari
tapak cantuman (minimum) 30 cm
Umur lepas cantuman (minimum) 4 bulan
Umur lepas cantuman (maksimum) 8 bulan
Bilangan daun sempurna 8 bulan
Saiz garis pusat batang pada paras 0.5 cm
10 cm di atas tapak cantuman
Anak benih tanaman durian yang sihat, subur dan tuleh boleh
diperolehi daripada pengeluar-pengeluar benih tanaman yang
berwibawa.  Bahan Tanaman Lanjut (Advanced Planting Material)
merupakan benih durian cantuman yang tumbesarannya dijaga
hingga ketinggian pokok melebihi 150 cm.  Umur benih tanaman
lanjut bagi durian dapat mengurangkan peratus kematian. 

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
Pertumbuhan pokok juga cepat dan tidak memerlukan
perlindungan pada awal penanaman.  Penyediaan benih tanaman
lanjut bagi durian ini dibuat dengan menukar polibeg kecil kepada
polibeg besar.  Polibeg 30 cm x 45 cm biasa digunakan.  Tanah
campuran baru dimasukkan semasa penukaran polibeg.  Pokok
benih yang telah siap diubah perlu dijaga rapi dengan cukup
pembajaan dan penyiraman di bawah sedikit lindungan.  Benih
tanaman lanjut durian perlu dibuat penyesuaian atau perlasakan
(hardening) sebelum diubah ke ladang.  Menanam durian klon
D24 dengan menggunakan bahan tanaman lanjut didapati peratus
kehidupannya adalah tinggi dan tumbesarannya lebih aktif.
 

2. Cantuman Ladang

Cantuman ladang ialah cantuman sion terpilih (klon) ke atas pokok


penanti yang telah tersedia ditanam di ladang.  Diantara kebaikan
cantuman ladang ialah pokok-pokok penanti boleh ditanam terus
dari peringkat awal percambahan atau dari anak biji benih. 
Gangguan kejutan mengubah benih pokok tidak timbul lagi
dengan kaedah ini.  Sejak awal lagi, pertumbuhan anak pokok
penanti lebih subur dan tidak mudah mendiri.  Setelah pokok-
pokok penanti berumur lebih 4 bulan atau garis pusat batang
pokok penanti mencapai 0.4-0.8 cm, cantuman sangat sesuai
dilakukan pada paras ketinggian 30 cm dari paras tanah.

Kaedah cantuman ladang boleh dilakukan dengan cara cantuman


matatunas atau cantuman baji sisi (selit) dengan keratan ranting
muda.  Setiap keratan muda mempunyai 2-4 matatunas.  Pokok
penanti di ladang yang subur dan cergas sahaja dipilih untuk
dibuat cantuman.  Sion atau matatunas klon terpilih dicantum ke
atas pokok penanti.  Kaedah cantuman adalah sama seperti
membuat cantuman keatas pokok penanti di dalam polibeg di
tapak semaian.

Pokok penanti perlukan bekalan air yang mencukupi selepas kerja


cantuman ladang dilaksanakan.  Cuaca yang tidak begitu kering
dan hujan sekali sekala dalam seminggu adalah sesuai untuk
menentukan kejayaan yang tinggi.  Kemarau yang terlalu panjang
melebihi dua minggu atau hujan terlalu lebat dan berpanjangan
akan menurunkan peratus kejayaan.  Selepas 3 minggu, balutan
plastik cantuman boleh dibuka bagi cantuman matatunas, tetapi
cantuman selit masih belum sesuai dibuka balutannya.  Kejayaan
cantuman dapat dinilai daripada warna dan keadaan sion yang
masih hijau.

Selepas seminggu, matatunas mula becambah sepanjang 1 cm


dan mengeluarkan pucuk hijau.  Pokok penanti boleh dipotong 15
cm atas paras sion supaya menggalakkan pertumbuhan lebih aktif
dan cepat.  Pokok penanti yang pertumbuhan sion melebihi 10 cm
atau melebihi 5 helai daun dipotong menghampiri paras cantuman
sion-penanti.  Sokongan kayu tegak perlu disediakan untuk
pertumbuhan sion-penanti.  Sebarang tunas selain dari sion yang
dapat pada pokok penanti sentiasa perlu dibuang.  Pengurusan

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
pokok yang telah dicantum perlulah diteruskan dengan
pembajaan, merumput, kawalan penyakit dan serangga dan
penyiraman.  Penyemburan foliar baja daun digalakkan supaya
pertumbuhan pokok cepat dan aktif pada peringkat awal.  Peratus
kejayaan dengan menggunakan teknik cantuman ladang adalah
tinggi.
 

3. Penyediaan Kawasan

Pokok-pokok, belukar dan semak samun perlulah dibersihkan. 


Parit saliran perlu dibina jika kawasan ladang itu agak rendah dan
mendatar bagi mengelakkan air bertakung.  Bagi kawasan yang
berbukit-bukit yang mempunyai cerun melebihi 12o, teres atau
platform perlu dibina sebagai satu langkah pemuliharaan tanah. 
Penanaman kekacang penutup bumi juga digalakkan untuk
mengawal hakisan dan juga membekalkan unsur nitrogen kepada
pokok-pokok durian.  Kawasan ladang perlulah dibajak, sekurang-
kurngnya satu pusingan bajak piring, diikuti oleh satu pusingan
bajak putar, jika tanaman penutup bumi dicadangkan.  Sebaik-baik
pembajaan minimum atau tanpa pembajakan adalah digalakkan,
jika penanaman penutup bumi tidak diperlukan.
 

4. Sistem Penanaman

Boleh ditanam dengan menggunakan 4 sistem iaitu sistem segi-


empat tepat, sistem segiempat sama, sistem segitiga sama dan
sistem sesiku keluang.  Keutamaan sistem segitiga sama ialah
(pada satu jarak yang sama) dapat memberikan bilangan pokok
yang lebih, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan
sistem segiempat sama.  Sistem segiempat tepat dapat
memberikan ruang diantara barisan untuk ditanam dengan
tanaman lain sekiranya tanaman selingan atau campuran
diamalkan.  Manakala sistem sesiku keluang pula, melibatkan
penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem segi empat
sama.  Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang
apabila kanopi mula bertaut.  Sistem ini memberikan kepadatan
pokok yang tinggi dan boleh memaksimumkan penggunaan
tanah. (Sila lihat rajah sistem penanaman di sini) !

Dalam merancang penanaman durian, satu aspek penting yang


perlu diberi perhatian ialah tentang proses pendebungaan.  Klon
durian bersifat tidak serasi sendiri yang boleh mempengaruhi
pembentukan buah durian.  Oleh yang demikian, penanaman klon
durian secara tunggal tidak digalakkan, sebaliknya penanaman
pelbagai klon perlu dipratikkan.  Langkah ini akan dapat
mempertingkatkan proses pendebungaan, persenyawaan dan
seterusnya hasil dan bentuk buah yang seragam.
 

5. Membuat Barisan dan Lubang Tanaman

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
Tumbesaran pokok durian lazimnya terjejas apabila kanopi pokok
mula bertaut.  Keadaan ini mengakibatkan permukaan tanah
terlindung dan ia mewujudkan satu keadaan persekitaran yang
lembap dan menggalakkan kejadian penyakit cerana batang. 
Jarak tanaman yang sesuai bagi durian mengikut jenis sistem
penanaman yang diamalkan adalah seperti berikut:-

Kepadatan
Sistem
Jarak (meter) pokok
penanaman
(pokok.ha)
Tiga segi sama
Empat segi 10x10x10 115
sama 10x10 100
Empat segi 10x12 83
tepat 12x12 139
Sesiku keluang
6.

7. Penanaman di Ladang

Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat


awal tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur,
cergas dan sempurna.  Adalah disyorkan supaya kawasan ladang
ditanam dengan tanaman yang boleh memberikan naungan
sementara seperti pisang.  Untuk tujuan demikian, tanaman
naungan perlulah ditanam 6 bulan lebih awal daripada tarikh
penanaman durian.  Jarak tanaman bagi pisang ialah 3m x 3m.

8.
Bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan lubang, membaris
barisan tanaman perlulah dimulakan dengan barisan dasar dan
seterusnya menentukan lubang tanaman dengan memacak kayu-
kayu pancang pada jarak yang dtetapkan.  Apabila kerja
membaris selesai dibuat, lubang tanaman berukuran 60 cm x 60
cm x 60 cm hendaklah digali pada jarak yang ditetapkan.  Seelok-
elok lubang digali sebulan sebelum menanam dan didedahkan
kepada sinar matahari.  Selepas itu lubang tersebut ditimbus
semula dengan menggunakan tanah lapisan atas yang lebih subur
dan gembur.  Jika didapati tanah itu kurang subur, campurkan

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
baja organik seperti tahi ayam atau tahi lembu yang telah reput
pada kadar 5-10 kg/lubang bersama tanah lapisan atas. 
Masukkan kembali ke dalam lubang.  Bergantung kepada
kesuburan tanah juga, taburkan 150 - 250 gm baja fosfat seperti
CIRP pada tiap-tiap lubang tanaman.  Lubang tanaman yang
ditumbus kembali seelok-eloknya dibiarkan untuk tempoh satu
minggu sebelum memulakan operasi penanaman anak benih.

Semua anak benih yang bakal diubah ke ladang hendaklah


melalui proses perlasakan (hardening) bagi mengelakkan kejutan
atau tegasan yang serius yang memungkinkan anak benih mati
atau tumbesaran pokok terbantut.  Proses perlasakan boleh
diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran
matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan
kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada satu
kali sehari selama seminggu.  Setelah itu, anak benih boleh
diubah ke ladang.

Buat lubang kecil pada tengah lubang tanaman yang telah


ditimbus tadi bagi menempatkan anak benih yang hendak
ditanam.  Letakkan anak benih di dalam lubang tersebut.  Pastikan
polibeg dipotong dan dibuang terlebih dahulu.  Timbus lubang
tersebut dengan tanah dan padatkan tanah keliling dengan
sempurna.  Naikkan sedikit tanah di pangkal pokok tersebut
supaya kelihatan berbusut bagi mengatasi masalah air bertakung
atau tanah mendap.  Siram pokok itu dengan secukupnya selepas
menanam, kecuali keadaan kandungan air pada tanah adalah
mencukupi untuk keperluan anak pokok.

Anak pokok yang baru ditanam diikat pada kayu pancang bagi
mendapatkan pokok yang tegak.  Sekiranya tiada tanaman
naungan, anak pokok durian perlu dilindungi dengan bahan
lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-
lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. 
Lindungan diperlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan
pertama penanaman di ladang.  Sungkupan juga diperlukan untuk
diletakkan di pangkal anak pokok supaya kelembapan tanah
terkawal bagi pertumbuhannya.
 

PEMBAJAAN

Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun
dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan. 
Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-
4 kali setahun.  Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan
menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari
hujung kanopi.  Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di
teres atau di tapak gajah.  Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara
poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang
sedalam 10 cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok
sebanyak 4 penjuru.  Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah.

Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah
matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
bunga.  Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan
agar baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa
banyak.  Pembajaan pada musim kemarau perlu dielakkan kecuali sistem
pengairan yang baik dapat diwujudkan.  

Pengapuran amat penting bagi mendapatkan pH yang optimum bagi


tumbesaran pokok durian.  Pengapuran adalah disyorkan dengan
menggunakan GML (Ground Magnesium Limestone) pada kadar 5
kg/pokok/tahun untuk pokok dewasa.  Kadar pembajaan bagi pokok
durian adalah seperti berikut:-

Kekerapa
Umur Kg/Poko
Baja Yang n
pokok k/
Disyorkan Membaja
(tahun) Tahun
Setahun
15:15:15
0.5
1 Baja 6
20.0
organan
15:15:15
1.0
2 Baja 4
30.0
organan
15:15:15
2.0
3 Baja 4
40.0
organan
15:15:15
3.0
4 Baja 4
40.0
organan
12:12:17:2
4.0
5 Baja 4
40.0
organan
12:12:17:2
5.0
6 Baja 4
40.0
organan
12:12:17:2
6.0
7 Baja 3
40.0
organan
12:12:17:2
9.0
8-25 Baja 3
40.0
organan

PEMANGKASAN

Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari


peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang
mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan
primer tersusun seimbang pada batang utama pokok.  Kerja-kerja
membentuk pokok hendaklah dilakukan secara berterusan bermula dari
3-6 bulan selepas tanam.  Pada peringkat ini dahan-dahan primer yang
berlebihan dan bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya bersaing

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak.

Apabila pokok telah membesar, dahan-dahan yang mencecah tanah,


terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang.  Dahan-
dahan yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi
mengelakkan dari berjangkit ke dahan yang lain.  Dahan perlu dipotong
seberapa dekat yang boleh dengan dahan/batang asal.  Bekas potongan
perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti
penyakit.  (Sila lihat panduan memangkas/mencantas pokok). Klik !

PENGURUSAN AIR

Air merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk tanaman durian
selain daripada udara dan tanah.  Keperluan air merupakan salah satu
faktor utama untuk meningkatkan tumbesaran pokok dan pengeluaran
buah durian.  Dengan adanya pengurusan air yang berkesan,
pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan kepada 50%.  Selain daripada
itu, ia juga dapat mengurangkan kematian pokok terutamanya di
peringkat awal pertumbuhan.

Terdapat beberapa jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk


tanaman durian.  Diantaranya adalah sistem pengairan titis, sistem
pengairan mikro dan sistem pengairan renjis.  Pemilihan jenis sistem
pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk
muka bumi, kecerunan dusun, perbezaan aras tertinggi dan terendah
serta modal kos pembangunan.  Secara am, sistem pengairan yang
sesuai digunakan untuk membangunkan industri dusun durian adalah
sistem pengairan titis.  Jika dibanding dengan sistem pengairan yang lain,
sistem pengairan titis adalah sangat cekap dan tidak mahal dari segi kos
pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan.  Selain daripada
menyalirkan air kepada tanaman durian, kegunaan sistem ini juga boleh
dipelbagaikan untuk tujuan membaja, mengawal kelembapan tanah,
mengawal suhu di dalam tanah dan di dusun.

Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok durian telah matang,


terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah.  Kegunaannya boleh
diperluaskan kepada menjalankan kerja pembajaan, mengawal
kelembapan tanah, mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam
tanah.  Komponen utama yang terdapat di dalam sistem pengairan titis
adalah sumber air, rumah pam, enjin/motor-pam, penyuntik baja, alat
penapis, sistem paip, tiub high density polythene dan tiub low density
polythene.  Rekabentuk sistem pengairan bagi setiap dusun durian
bergantung kepada potential evapo-transpiration rate, jenis tanah, bentuk
muka bumi, kecerunan dusun, jenis tanaman, jarak tanaman, jenis paip
dan tiub, jenis penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta
sistem pengendalian.

Dalam operasi sistem pengairan titis, fator utama yang perlu diambilkira
adalah kualiti air.  Walaupun alat penapis yang digunakan mempunyai
kemampuan menapis sehingga 250 mesh, masih lagi terdapat partikel
halus di dalam air yang boleh menembusi sistem penapisan dan
mengakibatkan sistem pengairan titis tersumbat.  Oleh yang demikian,
rawatan di kawasan sumber air adalah sangat mustahak untuk

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
mengurangkan kos penyelenggaraan.  Pengairan untuk tanaman durian
selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang.  Ini adalah untuk
mengelakkan penyejatan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan
kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal bukannya
air panas yang terkena kepada cahaya matahari.

Bagi kawasan durian yang ditanam di tempat yang curam, masalah


saliran timbul pada permulaan kawasan tersebut dibuka.  Penebangan
pokok-pokok dan pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah
tersebut kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.  Oleh itu
adalah disyorkan bahawa kerja-kerja penyediaan permukaan tanah dibuat
pada musim panas.  Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang
telah dibuka, penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera
bagi mengawal hakisan tanah.

PENJARANGAN BUAH

Penjarangan buah adalah penting untuk mendapatkan saiz buah yang


seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan
serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan dan pokok
serta mengelakkan dahan serkah dan mengurangkan persaingan
tumbesaran pada buah.  Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu
selepas bunga mekar apabila putik buah telah mencapai ukuran diantara
5-6 cm.  Penjarangan buah dilakukan dengan membuang buah yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

1. Buah yang berbentuk bentong / bengkok


2. Buah yang rapat, duri bertemu di antara satu sama lain dalam
satu jambak
3. Buah yang lebih dari satu biji pada satu tangkai
4. Buah yang telah diserang serangga
5. Buah yang di hujung ranting

Penjarangkan dilakukan dengan menggunakan sabit kecil yang tajam dan


diikat pada galah. 

PENYAKIT DAN CARA KAWALANNYA

Durian peka kepada beberapa penyakit pada semua  peringkat


pertumbuhannya dan boleh mengurangkan hasil atau mengakibatkan
pokok mati.  Antara beberapa penyakit utama pada tanaman durian cara
kawalannya adalah seperti berikut:
1. Penyakit Bengkak Cerana Kanker (Phytophthora palmivora)

Merupakan penyakit yang paling serius.  Penyakit bengkak cerana


atau kanker batang adalah disebabkan oleh kulat Phytophthora
palmivora.  Penyakit ini menjangkiti bahagian batang dan akar
pokok durian terutamanya di bahagian pangkal pokok yang
berdekatan dengan tanah .  la juga boleh menyebabkan penyakit-
penyakit lain seperti reput akar, hawar daun, mati rosot anak benih
dan pokok dewasa serta reput buah.  Penyakit mudah tersebar
luas di seluruh kawasan penanaman durian terutama sekali dalam
keadaan lembap.

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
Tanda-tanda penyakit:

Pada kulit batang pokok durian yang dijangkiti kelihatan nekrosis


bercampur tompok-tompok hitam yang disebabkan oleh lelehan
cecair yang terkeluar dari kulit batang.  Pokok yang diserang agak
teruk biasanya mempunyai tanda-tanda daun melecur, keguguran
daun, pengeluaran bunga dan buah yang banyak dan akhirnya
pokok akan mati.

Kawalan:

Penyakit ini hendaklah dikesan di peringkat awal lagi.  Jika


kawalan tidak dilaksanakan dan penyakit telah menjadi teruk
maka adalah tidak ekonomik untuk mengawal penyakit ini. 
Penyakit ini hendaklah dikesan pada setiap lawatan terutama
pada musim hujan.  Kawalan serta merta perlu dilaksanakan bagi
mengelakkan penyakit ini merebak.  Berikut adalah langkah-
langkah yang perlu diambil:-

- Di peringkat tapak semaian; pastikan benih bebas dari penyakit.


- Jarakkan bahan tanaman di tapak semaian (jika perlu sembur
dengan racun seperti metalaxyl/
  fosetyl-aluminium.
- Di ladang, pastikan saliran di kawasan durian adalah baik (air
tidak bertakung)
- Elakkan keadaan lembap di sekeliling pangkal pokok.

- Kikis sebahagian kulit kayu yang dijangkiti dengan pisau bersih. 


Rendam di dalam racun kulat atau methylated
  spirit untuk mendedahkan keseluruhan tompok berpenyakit
termasuk kawasan yang masih sihat di sekeliling
  lesion. Sapukan kawasan yang terdedah dengan 1-2% liter
bahan aktif metalaxyl, forsetyl aluminium atau
  lain-lain racun kulat yang sesuai.  Lesion akan menjadi kering
dan tidak akan membesar.  Pengawasan bulanan
  adalah perlu untuk memastikan tiada lesion baru yang terjadi.

- Elakkan pokok dari mendapat cedera di bahagian akar dan


pangkal pokok dekat permukaan tanah kerana
  kecederaan di bahagian ini memudahkan jangkitan penyakit.

- Musnahkan bahagian pokok yang dijangkiti penyakit ini iaitu tisu-


tisu kulit yang telah dikikis untuk rawatan,
   buah-buah yang dijangkiti reput buah, serta pokok yang telah
mati.  Amalan ini akan mengurangkan penyakit
   ini merebak lebih luas lagi.

- Tanam lebih dari satu klon durian.  Campuran dengan klon yang
kurang rentang pada penyakit adalah
   disyorkan seperti klon MDUR 88. 

2. Hawar Daun Rhizoctania

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
Sering berlaku pada peringkat semaian dan boleh juga menyerang
tanaman durian di ladang.  Tidak begitu serius tetapi boleh
menyebabkan daun luruh dengan teruk terutama pada musim
hujan atau di kawasan yang sangat lembap.  Kulat R. solani
menyerang daun dan boleh merebak ke ranting dan dahan dan
seterusnya boleh menyebabkan simptom mati rosot.

Tanda-tanda penyakit:

Mula kelihatan sebagai bintik-bintik kecil, berair dan berwarna


hijau kekelabuan serta dikelilingi oleh kawasan yang perang
keunguan.  Ia akan bertukar menjadi perang.  Lesion-lesion ini
akan bercantum menjadi besar bertukar warna dari perang tua ke
perang muda apabila sudah kering.

Kawalan:

Buang dan bakar daun-daun yang diserang.  Elakkan keadaan


lembap dan pastikan pengudaraan yang baik di tempat semaian
dengan mengatur anak-anak pokok tidak terlalu rapat.  Di ladang,
kumpul dan musnahkan daun-daun penyakit yang gugur ke tanah
terutama pada musim hujan.  Sembur dengan difenoconazole,
flutolanil atau hexaconazole.  Ulangi semburan sekiranya
serangan masih berkekalan selang beberapa hari sebagaimana
tercatat pada label.
 

3. Bintik Daun

Disebabkan oleh alga Cephaleuros virescens.  Kelihatan tompok-


tompok perang kemerahan yang berupa baldu pada permukaan
daun dan di ranting-ranting.  Daun menjadi kekuningan dan
gugur.  Penyakit ini selalu terdapat pada pokok durian tetapi tidak
berbahaya pada pokok.

Kawalan:
Pastikan pokok dalam keadaan baik dengan memberi pembajaan
yang optimum, pokok tidak terlalu rimbun, ladang tidak banyak
rumpai dan mempunyai saliran yang baik.  Jika diserang teruk,
sembur dengan racun jenis kuprum.
 

4. Penyakit Cendawan Angin

Disebabkan oleh kulat Corticium salmnicolor.  Ia menyerang


ranting dan dahan pokok.  Batang dan cabang yang dijangkiti
menunjukkan keruping yang berwarna merah muda.  Serangan
teruk menyebabkan layu pucuk, daun gugur dan dahan mati.  Ini
selalu terjadi pada musim hujan.

Kawalan:
Cantas dan musnah bahagian yang dijangkiti kerana ini

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
mengurangkan kejadian jangkitan.  Pangkas bahagian yang
berpenyakit dan bakar.  Sapu bahagian yang terdedah dengan
cat.  Sembur atau sapu dengan racun kulat.
 

5. Anthraknos

Disebabkan oleh Colletotrichum gloeosporioides.  Boleh dikesan


apabila berlaku pengeringan batang dengan cepat, bermula dari
hujung dan merebak ke bahagian bawah batang.  Daun-daun
menjadi kecut dan gugur.  Apabila meristem hujung mati, pucuk-
pucuk baru tumbuh dengan banyak pada bahagian bawah dahan
sihat.  Serangan pada daun boleh menyebabkan daun kering,
bermula dari tepi atu hujung daun.  Penyakit boleh merebak ke
seluruh daun menyebabkan daun gugur.  Penyakit ini biasa
terdapat pada anak benih dan pokok yang lemah.  Boleh dikawal
dengan semburan racun kulat yang sesuai. 
 

6. Cendawan angin Corticium (corticium salmonicolor)

Simptom:  Batang dan cabang menunjukkan keruping berwarna


merah muda, pucuk layu, daun gugur dan dahan mati.  Amalkan
pertanian yang baik dan gunakan racun jenis kuprum mengikut
label.
 

7. Penyakit Cerna Durian (Patch canker)


Sila klik di sini untuk penerangan selanjutnya mengenai penyakit
ini !
 

KAWALAN SERANGGA

1. Ulat Pengorek Buah


Guna perangkap lampu (dipasang setinggi 20-30 kaki di sekitar
dusun).  Sembur dengan racun serangga.
 

2. Ulat Pengorek kulit dan Batang (Bactrocera guitata Zeuzera


coffeae Synantheden spp.)
Menyerang  ranting, dahan dan batang.  Dahan menjadi layu dan
mati serta meninggalkan sisa buangan di atas tanah. Pangkas
semua ranting yang ada tanda serangan dan musnahkan. Jika
lubang pernafasan telah sampai ke pangkal pokok, suntik dengan
racun kimia seperti Rogor dan Tamaron.  Selepas disuntik,
lubang-lubng tadi ditutup dengan tanah liat atau plastisin.  Jika
masih terdapat tanda-tanda serangan selepas 2 minggu, suntikan
ulangan hendaklah dilakukan.
 

3. Ulat Pengorek Kulit (Synanthedon spp.)


Mengorek kulit bermula dari pangkal pokok. Tanda-tanda

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
serangan ini jika melarat akan kelihatan tahi yang berwarna coklat
kemerahan pada kulit-kulit batang.  Jika kulit-kulit ini dikikis akan
kelihatan ulat-ulat berwarna putih di dalamnya.  Kikis bahagian
kulit yang mempunyai tanda serangan.  Sapu atau sembur racun
serangga jenis sistemik yang sesuai
.

4. Ulat Pengorek Biji Durian (Mudaria magniplaga)


Larva yang menetas dalam buah memakan biji.  Guna perangkap
lampu.  Kawalan dengan racun serangga seperti lambda-
cyhalothrin.
 

5. Kumbang Pengorek Batang (Platypus spp)


Di dalam atau batang yang diserang terdapat ribuan lubang-
lubang halus dan kumbang mengeluarkan habuk melalui lubang
ini.
 

6. Teritip
Pokok diserang kelihatan pudar dan lama kelamaan diselaputi
sepenuhnya oleh kulapuk hitam.  Daun-daun menjadi kering dan
layu dan akhirnya boleh menyebabkan ranting atau dahan
tersebut mati.
 

7. Koya
Sejenis serangga berwarna putih yang menyerang daun dan buah
pada semua peringkat pertumbuhan pokok durian.  Serangga ini
boleh dikawal dengan menyembur minyak putih pada bahagian
yang diserang.
 

8. Nematod (Meloidogyne incognita)


Pokok kelihatan tidak segar dan terbantut.  Kanopi jarang dan
daun kekuningan, buah menjadi kecil, cepat matang dan pudar. 
Kulit tidak mengelupas.  Akar menjadi bengkak dan berubah
warna.  Guna bahan tanaman yang bebas dari penyakit nematod. 
Tabur racun nematicid yang sesuai.
 

9. Anai-anai
Menyerang pokok yang masih kecil, akar pokok akan diserang
dan akan mati.  Serangan pada pokok dewasa akan kelihatan
seperti terowong ana-anai daripada tanah.  Siram racun serangga
yang dapat mengawet serangan anai-anai.
 

10. Vertebrate Tupai


Untuk kawalan jangka panjang, populasi tupai boleh dikurangkan
dengan memusnahkan serang tupai secara membersihkan
belukar dan semak samun di kawasan ladang.

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
KAWALAN RUMPAI

Kaedah kawalan menggunakan racun rumpai adalah lebih efektif,


praktikal dan ekonomik untuk mengurangkan saingan rumpai, kehilangan
hasil dan menjimatkan kos pengeluaran.

TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL

Penggunaan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip


hasil berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil seperti
berikut:-

Tempoh
dilarang 
Bahan aktif racun
kutip hasil
prosak
(hari)
difenoconazole
dimethomorph
14
fluazifop-p-butyl
14
flutolanil
14
fosetyl-aluminium
14
glufosinate
30
ammonium
14
glyphosate
1
isopropylamine
14
hexaconazole
7
lambda-chyalothrin
14
metalaxyl
14
metalaxyl-M
14
metalaxyl-M +
3
copper oxychloride
14
pencycuron
phosphorous acid

KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH

Untuk memetik buah durian pada peringkat matang, terdapat beberapa


panduan umum yang telah dibentuk sebagai indeks kematangan buah
durian.  Walau bagaimanapun tidak semua indeks ini sesuai untuk semua
jenis durian.  Indeks kematangan tersebut adalah seperti berikut:-
 Pengiraan hari mengikut kalendar
Kaedah ini melibatkan bilangan hari dari peringkat bunga
kembang atau putik sehingga buah boleh dipetik.  Untuk
memudahkan penuaian, tarikh pokok durian berbunga dalam
sesuatu musim perlu dipastikan.  Biasanya tarikh bunga kembang
dikira pada masa lebih kurang 70% bunga durian sudah
kembang.  Umumnya buah durian mencapai kematangan di
antara 90 dan 150 hari selepas bunga kembang bergantung pada
klon atau kultivar.  
 
 Warna duri atau kulit
Bagi kebanyakan klon durian, warna hujung duri buah menjadi
coklat tua apabila buah mencapai kematangan.  Ini jelas kelihatan

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
kerana bahagian tapak duri dan lurah di antara duri berwarna
cerah.
 
 Ciri-ciri lurah pada buah
Lurah atau alur di antara tapak duri mengembang dan warna
bertambah gelap apabila buah matang.
 
 Tangkai buah
Buah durian yang keluar dri dahan pokok mempunyai tangkai
yang agak panjang.  Pada tangkai ini terdapat bahagian absis iaitu
bahagian yang akan memisahkan buah daripada pokok
(menyebabkan buah luruh) apabila buah masak.  Ketika buah
masih belum matang, keseluruhan tangkai buah kelihatan sama
besar.  Apabila buah mencapai peringkat matang, bahagian absis
kelihatan membengkak.  Buah boleh dipetik apabila garisan absis
sudah terbentuk sebahagian atau sepenuhnya.  Garisan absis
yang terbentuk sepenuhnya mengelilingi tangkai menandakan
buah hampir luruh.  Tanda sebegini jelas pada klon Chanee,
Monthong dan juga D 24.
 
 Keanjalan hujung duri
Buah yang matang biasanya mempunyai hujung duri yang anjal
atau liut.  Manakala buah yang belum matang mempunyai hujung
duri yang keras.
 
 Garis pangsa
Ruangan tempat isi atau ulas isi pada buah durian dipanggil
pangsa.  Buah durian biasanya mempunyai 5 pangsa.  Garisan
pangsa itu garisan yang memisahkan pangsa-pangsa ini akan
jelas kelihatan pada kulit buah apabila buah sudah matang. 
Garisan pangsa kelihatan lebih jelas pada buah yang lebih
matang.
 
 Bunyi apabila buah diketuk atau dikeruk
Buah yang matang berbunyi kosong apabila diketuk dengan kayu
atau rotan atau dikeruk dengan jari, sedangkan buah yang belum
matang berbunyi padat.
 
 Cairan tangkai buah

Apabila tangkai buah dituris, cairan akan mengalir keluar.  Cairan


yang keluar dari tangkai buah yang matang kelihatan jernih dan
manis rasanya.  Bagi buah yang belum matang, cairan
berkeadaan pekat, boleh melekat pada jari apabila disentuh dan
tidak berasa manis.

Bagi durian D 24, petunjuk kematangan yang paling sesuai ialah


pembengkakan bahagian absis pada tangkai buah dan
pembetukan garisan pangsa.  Walau bagaimanapun, hanya
dengan melihat pada garisan pangsa sahaja sudah memadai
untuk mengenali buah yang telah matang dan kaedah ini
merupakan yang paling mudah.  Garisan pangsa kelihatan
semakin jelas apabila buah semakin matang.  Selalunya garisan
pangsa kelihatan timbul apabila buah hampir masak atau gugur. 
Semua tanda kematangan di atas, walau bagaimanapun,

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar dan kultivar yang
membolehkan kesilapan berlaku ketika menentukan kematangan
buah durian.  Keadaan yang panas dan kering boleh
mempercepat kematangan buah durian kadang-kadang sehingga
10 hari.
 

Tempoh Kemasakan Buah Durian

Tempoh
Klon
Kemasakan
D24 10-115 hari
D29 90-100 hari
D123 90-100 hari
D145 100-115 hari
D158 105-120 hari
D159 105-120 hari
D169 100-110 hari
D188 110-115 hari
D189 100-110 hari
D190 106-115 hari
Buah  durian yang telah matang, dipetik dengan memotong tangkai buah
3-4 cm ke atas dari zon absis.  Tangkai buah biasanya dipotong dengan
pisau tajam atau gunting.  Buah yang telah dipetik tidak boleh diletakkan
di atas permukaan tanah tanpa dialas bagi mengelakkan pencemaran
kulat semasa penyimpanan.  Seelok-eloknya buah tersebut terus
diletakkan di dalam bakul atau bekas yang sesuai.  Bagi pokok yang
tinggi, buah boleh dipetik dengan menggunakan tangga atau memanjat
pokok tersebut.  Bagi mengelakkan buah terjatuh ke tanah, buah yang
dipetik dimasukkan ke dalam bekas kecil seperti baldi dan kemudian
diturunkan dengan tali.  Seorang pekerja lain perlu berada di bawah
pokok untuk menyambut buah tersebut dan dimasukkan ke dalam bakul
mengumpul.  Buah juga boleh diturunkan dengan tali sebiji demi sebiji
dengan mengikatkan tali pada tangkainya.
 

PETUA MEMILIH ANAK BENIH DURIAN BERMUTU


(Sumber:  Wawasan Pertanian BIl. 6 Vol. 1 Jilid 6)

Sekiranya anda bercadang untuk menanam durian, ada beberapa


perkara yang perlu diberi perhatian.  Pertamanya anda perlu menentukan
jenis klon durian yang sesuai untuk ditanam.  Selepas itu sudah tentu
anda memikirkan bagaimana dan di mana hendak mendapatkan anak
benih durian yang bermutu.

Tempat Membeli

Terdapat banyak tempat yang ada menjual anak benih durian contohnya
pasar malam, pasar tani, gerai pameran, tapak semaian dan sebagainya. 
Anda boleh membeli di mana sahaja yang anda fikirkan mudah untuk
berurusan, tetapi anda juga harus memastikan adakah tempat yang anda

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
beli itu menjual anak benih yang tulen.   Adakah penjual yang menjual
benih itu boleh dipercayai atau sebaliknya (atau hanya mementingkan
keuntungan semata-mata).  Dinasihatkan anda membeli anak benih
durian di tapak semaian yang telah lama menceburkan diri dalam
perniagaan anak benih.  Selain untuk mendapatkan bekalan anak benih
daripada mereka, anda juga boleh mendapatkan tunjuk ajar dalam
beberapa perkara terutamanya cara menanam durian dan sebagainya.

Sewaktu berada di tapak semaian adalah lebih baik anda meninjau di


sekitar tempat itu untuk menentukan anak benih yang dijual adalah anak
benih yang dikeluarkan oleh semaian itu sendiri.  Kadangkala terdapat
juga pengusaha tapak semaian menjual anak benih yang dibeli dari
tempat lain.  Sekiranya perkara seperti ini berlaku, sudah tentulah penjual
itu tidak dapat menentukan benih yang dijualnya itu benar-benar tulen. 
Perhatikan juga anak-anak benih yang terdapat di tapak semaian itu
bebas daripada penyakit akar dan lain-lain penyakit yang berbahaya.

Kaedah penyediaan anak benih

Kebanyakan anak benih durian dijual di dalam polibeg yang telah dibuat
cantuman anak benih daripada tunas induk klon (baka) yang terpilih.  Biji-
biji durian yang disemai di atas batas semaian akan dipindahkan ke
dalam polibeg setelah berumur 4 bulan.  Anak durian yang berada di
dalam polibeg akan diberi  penjagaan yang sempurna selama satu bulan
sebelum boleh dibuat cantuman.  Anak benih yang telah dicantum
hendaklah dijaga dengan baik selama 3 bulan sebelum boleh dijual
kepada pembeli.

Pembiakan anak benih durian boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu di
kawasan terbuka dan di bawah naungan.  Kebanyakan pengusaha tapak
semaian lebih berminat membuat pembiakan anak benih di bawah
naungan kerana penjagaannya tidak rumit berbanding dengan keadaan di
kawasan terbuka.  Pembiakan anak benih di kawasan terbuka
memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya dalam kerja-kerja
penyiraman.  Anak benih yang disediakan di bawah naungan biasanya
kelihatan lebih subur, daun hijau cerah tetapi pokoknya agak lembut dan
perlu diberi sokongan (kayu pancang).  Manakala anak benih durian yang
disediakan di kawasan terbuka didapati daunnya lebih kecil dan berwarna
hijau pekat.  Fizikal pokoknya kelihatan lebih tegap dan tumbuh menegak.

Kepada pembeli anak benih durian disyorkan supaya memilih anak-anak


durian yang dibiakkan di kawasan terbuka kerana pertumbuhan anak
benih ini agak lasak dan mudah menyesuaikan diri apabila ditanam di
ladang.  Sewaktu menanam di ladang anak benih ini tidak perlu diberi
naungan.  Ini sudah menjimatkan perbelanjaan menanam.

Memilih anak benih durian

1. Kesuburan pokok
Sewaktu memilih anak benih durian pastikan memilih anak benih
yang subur.  Cara yang mudah untuk mengenali anak benih yang
subur adalah dengan memerhatikan jarak antara daun hendaklah
jauh iaitu antara 1.5 hingga 2 inci.  Pokok yang tidak subur dan

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
pertumbuhannya terbantut mempunyai jarak daun yang rapat. 
Pokok yang subur terdapat banyak pucuk baru walaupun daun-
daun dibawahnya ada yang masih muda berbanding dengan
pokok yang tidak subur di mana kerana pokoknya kurang
mengeluarkan pucuk baru dan daun yang terdapat di bawahnya
telahpun tua.  Jangan memilih anak benih yang berdaun kuning,
ada kemungkinan anak pokok ini tidak cukup menerima nutrien
atau anak benih ini mempunyai masalah penyakit akar.
 

2. Fizikal pokok
Sewaktu memilih anak benih pilihlah anak benih yang tingginya
melebihi satu kaki, mempunyai batang pokok penanti yang lurus,
besar dan tegak.  Begitu juga batang cantuman hendaklah besar
(kecil sedikit daripada batang pokok penanti), lurus dan tegak.
 

3. Bebas daripada penyakit


Pastikan anak benih yang dipilih tidak mempunyai tanda-tanda
serangan penyakit terutama penyakit akar dan kulat.  Tanda-tanda
boleh dikesan daripada pemerhatian fizikal pokok (Sumber: 
Wawasan Pertanian BIl. 6 Vol. 1 Jilid 6).

 
 

PENDEBUNGAAN BERBANTU DURIAN


(Sumber:  Wawasan Pertanian BIl. 6 Vol. 1 Jilid 6)

Bunga durian yang berkembang mekar berjambak-jambak adalah


fenomena biasa pada awal musim durian.  Sama ada disedari atau tidak
cuma 1-2% sahaja bunga durian yang akan membentuk buah,
adakalanya langsung tidak menghasilkan buah.  Penghasilan buah durian
adalah bergantung kepada beberapa faktor dalam proses
pendebungaan.  Proses pendebungaan durian akan terjadi apabila
debunga (polen) daripada bunga lain hingga ke stigma (bahagian betina
bunga) yang dibawa oleh agen-agen pendebungaan.  Agen-agen
pendebungaan semulajadi terdiri daripada kelawar, kupu-kupu, kelulut
dan beberapa jenis semut yang datang untuk mendapatkan manisan
yang terdapat pada bunga durian yang sedang mekar.

Antara faktor-faktor kegagalan proses pendebungaan semulajadi

Salah satu faktor menyebabkan kegagalan proses pendebungaan ialah


kadar kuantiti agen-agen pendebungaan semulajadi seperti kelawar,
kupu-kupu, kelulut dan semut yang rendah atau kurang.  Keadaan ini
boleh berlaku di sesetengah kawasan yang mengalami gangguan
ekosistem dan salah satu daripada puncanya kerana kekerapan
penggunaan racun serangga.

Selain itu pendebungaan yang terjadi daripada klon durian yang sama,
contohnya debunga daripada klon D24 tidak menghasilkan persenyawaan

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
dengan pokok-pokok daripada klon yang sama (D24).  Fenomena ini
kerap berlaku dikalangan penanam durian secara 'hobi tani' (menanam
sebatang dua pokok durian di keliling rumah).  Mereka dalam kategori ini
biasanya memilih klon durian yang baik sahaja tanpa menyedari mereka
telah menanam pokok-pokok durian dari klon yang sama atau klon-klon
yang tidak serasi untuk menghasilkan pendebungaan.  Ketidakserasian
antara klon-klon dalam proses pendebungaan dan ketidaksesuaian
pendebungaan sendiri juga menjadi faktor penghalang kepada kejayaan
pendebungaan.        

Alternatif kepada pendebungaan semulajadi

Setelah memastikan pokok durian kita menghadapi masalah dalam


proses pendebungaan semulajadi, satu alternatif lain boleh diamalkan -
pendebungaan berbantu.  Pendebungaan berbantu durian adalah kaedah
membantu pendebungaan bunga durian iaitu dengan memindahkan
debunga ke stigma bunga untuk proses persenyawaan.  Kaedah ini
terhad iaitu bunga-bunga di dahan rendah atau yang dapat didebungakan
saja manakala bunga-bunga yang tinggi masih mengharapkan bantuan
agen-agen pendebungaan semulajadi.

Teknik pendebungaan berbantu durian

Untuk membantu pendebungaan bunga durian, beberapa perkara perlu


diberi perhatian sebagai persediaan bagi menjalankan proses
pendebungaan berbantu.  Pendebungaan berbantu durian biasanya
dijalankan pada sebelah malam iaitu semasa bunga berkeadaan mekar
iaitu bermula antara pukul tujuh malam hingga tengah malam.  Bagi
mengenali tanda-tanda bunga mulai mekar dan sedia untuk
didebungakan dapat dikesan melalui baunya yang harum dan manisan
yang dikeluarkan oleh bunga durian.

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
umber debunga (polen)

ebunga perlu disediakan sebelum melakukan


endebungaan.  Penyediaan debunga elok
buat pada sebelah petang kerana bunga
urian kembang pada waktu petang, biasanya
ulai pukul lima petang.  Seeloknya sumber
ebunga daripada klon yang berkaitan perlulah
pilih bagi menjamin kejayaan yang tinggi.  Klon
urian D99 adalah antara klon durian yang
empunyai sifat keserasian yang tinggi.  Klon
urian ini boleh digunakan sebagai sumber
ebunga kerana keserasiannya dengan
ebanyakan klon-klon durian yang lain.

untum-kuntum bunga yang mula kembang


erlu disimpan dalam bekas yang berisi sedikit
r, dengan tangkai bunga sedikit terendam
alam air (kuntum bunga disusun tengah
Permukaan bekas mestilah ditutup
engan kain bagi mengekalkan kelembapan. 
untum bunga yang disimpan ini akan mekar
ama seperti bunga di pokok.  Debunga bunga  
urian akan aktif atau matang dua jam selepas
embang dan keadaan ini dinamakan bunga
Kebiasaannya bunga mula mekar mulai
ukul tujuh malam.  Bagi memastikan debunga
elah matang atau telah aktif, sentuhlah cepu
ebunga dengan hujung jari.  Sekiranya terdapat
ebunga yang berwarna kuning air melekat di
ujung jari bererti debunga telahpun matang dan
olehlah digunakan untuk pendebungaan

tigma (bahagian betina bunga)

tigma yang terletak di tengah bunga akan


elihatan sedikit menonjol keluar apabila bunga
elah kembang.  Sebagai tanda stigma telah aktif
au sedia menerima debunga untuk proses
ersenyawaan, permukaannya berwarna oren
an apabila disentuh dengan hujung jari kita
apat merasai keadaan melekit pada permukaan

3. Perlakuan pendebungaan berbantu

Dalam perlakuan mendebungakan bunga durian, debunga dari


bekas stamen disapu atau disentuhkan ke stigma bunga yang
hendak didebungakan.  Perlakuan ini diulangi sehingga kelihatan
debunga yang berwarna kuning air melekat pada stigma. 
Sekuntum bunga durian mempunyai lima berkas stamen dan

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
setiap berkas stamen boleh mendebungakan lima kuntum bunga
yang mekar.  Ini bermakna sekuntum bunga yang dipetik pada
sebelah petang sebagai sumber debunga dapat mendebungakan
25 kuntum bunga durian.

Selepas proses pendebungaan, bunga yang tidak sempurna


didebungakan akan gugur dalam masa 1-2 minggu.  Proses
persenyawaan yang berjaya akan membentuk putik dan terus
membesar hingga matang.  Masa yang diambil daripada proses
pendebungaan hingga buah matang dan gugur adalah antara 95
hari hingga 145 hari iaitu berbeza-beza mengikut klon.

  
MITOS DURIAN (Pantang Larang Durian)
MYTHS KONONNYA
1. Pokok durian tidak boleh kena 1. Pokok akan mati meragan
tembakan kerana bisa peluru.
2. Batang durian jangan 2. Semua buah durian di atas
dirembas dengan batang pokok akan gugur.
tepus 3. Buah susah gugur di musim
3. Jangan dikait buah durian di akan datang.
pokok 4. Akan rosak dan pokok akan
4. Jangan tambat binatang terbantut dan mati.
ternakan di bawah pohon 5. Bunga akan gugur dan buah
durian tidak menjadi.
5. Jangan menebas dibawah 6. Buah tidak menjadi di musim
pokok pada musim berbunga akan datang.
6. Jangan berkelahi/berebut- 7. Untuk kurangkan kepanasan
rebut hasil buah durian dan sendawa berbau.
7. Minumlah air dari dalam 8. Menjadi baja daun &
kelopak kulit durian mengelakkan serangga
8. Pokok durian perlu diasapkan perosak
9. Jerut pokok durian dengan 9. Menggalakkan pokok
akar lembut berbuah lebat.
10. Jangan buat ampaian pada 10. Buah akan berkurangan dan
pokok durian pokok mungkin mati.
11. Jangan taruh carbide di 11. Akar akan rosak dan pokok
pangkal pokok mati kepanasan.
12. Jangan tongkat dahan yang 12. Dahan akan mati selepas
berbuah dengan buluh musim buah.

DURIAN BELANDA (Annona Muricata)


(Sumber:  Agromedia Bil. 6 1999 dan Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI 2005).

Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh


tumbuh dan membesar dengan cepat.  Ia berbunga pada akhir tahun

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
ketiga dan buah diperoleh pada tahun keempat.  Pokok durian belanda
mengeluarkan banyak bunga tetapi yang matang menjadi putik dan terus
menjadi buah amat sedikit (lebih kurang 5%).

Durian belanda bersifat bermafrodit, iaitu mempunyai organ pembiakan


jantan dan betina pada bunga yang sama.  Organ betinanya matang
dahulu sebelum organ jantan.  Jadi, ini menimbulkan masalah terdapat
proses pendebungaan dan agen yang diperlukan bagi proses ini.  Melalui
proses pendebungaan terbuka, buah yang terhasil tidak simetri dan
berbentuk seperti buah pinggang.  Bagi mendapatkan buah yang
seragam dan saiz yang besar, disyorkan supaya proses pendebungaan
tersebut dibantu.  Ia boleh dibantu oleh manusia.

Bunga mempunyai debunga yang matang apabila satu, dua atau tiga
kelopaknya baru saja jatuh.  Debunga berwarna kekuning-kuningan dan
terdapat di dalam kelompok bersama filamen anter.  Satu bekas
digunakan untuk menadah debunga.  Dengan sedikit sentuhan debunga
jatuh ke dalam bekas tersebut.  Debunga boleh diperoleh daripada dua
kuntum bunga atau lebih.

Bunga yang mempunyai stigma yang matang berwarna kekuning-


kuningan.  Kelopaknya terbuka sedikit seperti dalam gambar.  Stigmanya
lekit dan bergetah, manakala stamen (anter, filamen dan debunga) masih
belum keluar daripada tangkai bunga.  Proses pendebungaan dilakukan
dengan menggunakan berus halus pada bunga yang mengandungi
stigma yang matang.  Berus yang mengandungi debunga yang ditadah
dalam bekas tadi, disapu dan dipusing-pusingkan pada keliling stigma
dengan perlahan bagi memastikan banyak debunga terlekat pada stigma
tersebut.  Pendebungaan berbantu dapat menghasilkan buah durian
belanda seberat 1.5 - 3.0 kg.  Bentuk buah lebih bujur dan simetri.  Buah
untuk kegunaan segar boleh dipetik pada 13 minggu selepas berputik. 
Pada peringkat ini buahnya berwarna hijau pucat, berkilat dan durinya
telah menjadi lembut.  Lebih 30% bunga yang dibantu proses
pendebungaannya menjadi buah dan matang.

Kematangan buah durian belanda

Buah durian belanda mencapai peringkat kematangan dalam masa 12-13


minggu selepas berputik dalam keadaan biasa.  Kadangkala, semasa
keadaan cuaca tidak menentu, putik durian belanda menjadi dorman
selama beberapa minggu dan menyambung semula tumbesarannya
apabila keadaan cuaca kembali normal.  Ini menyebabkan buah
mengambil masa sehingga 5 bulan untuk matang.  Oleh itu pengiraan hari
mengikut kalender sebagai indeks kematangan buah durian belanda tidak
begitu sesuai.

Sifat luaran buah boleh digunakan sebagai indeks kematangan bagi


durian belanda.  Buah yang belum matang biasanya berwarna hijau gelap
dan pudar.  Kedudukan durinya adalah rapat antara satu sama lain dan
permukaan buah berbonjol.  Duri juga agak keras dan rapuh.  Sementara
buah yang telah matang dan sedia untuk dituai berwarna hijau cerah dan
berkilat.  Kedudukan duri adalah jauh antara satu sama lain dan
permukaan buah antara duri kelihatan rata.  Duri kelihatan pendek dan

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
lembut.

Kadar Pembajaan Pokok Durian Belanda

kepadata Kekerapa
Jarak n Kadar baja n
Umur pokok
tanama tanaman Jenis baja (kg/pokok/ta membaja
(tahun)
n sehektar hun) (kali/tahun
(pokok) )
Pembajaa
Sebelum/sem
n asas
  277 asa 0.1  
Fostat
menanam 5.0
Organan
15:15:6:4 0.6 3
6m x 6m   1 tahun
Organan 5.0 2
15:15:6:4 0.9 3
    2 tahun
Organan 5.0 2
12:12:17:2 1.0 3
    3 tahun
Organan 5.0 2
12:12:17:2 1.2 3
    4 tahun
Organan 5.0 2
5 tahun ke 12:12:17:2 2.0 3
    atas Organan 5.0 2

sumber:  Buku ringkasan panduan pertanian 2006

PENDEBUNGAAN SECARA TITISAN


(Sumber:  Teknotani Jilid 10 Bil. 1/96)

Terdapat dua teknik pendebungaan berbantu yang biasa dilakukan ke


atas tanaman durian belanda iaitu:-

1. Teknik beruas
Berus digunakan untuk memindahkan debunga ke atas
permukaan stigma.  Teknik ini kurang efisien kerana ia
memerlukan banyak tenaga buruh, masa yang panjang untuk
melakukannya dan membazir debunga.
 
2. Teknik titisan
Teknik ini melibatkan penggunaan pipette untuk menitiskan
debunga dan media penggalak debunga ke atas permukaan
stigma.  Teknik ini lebih efisien dan praktifikal kerana masa
menjalankan pendebungaan adalah lebih singkat.  Pembaziran
debunga juga dapat dikurangkan.  Bahan kimia, bahan-bahan
penggalak pembentukan buah seperti hormon boleh dimasukkan
bersama ke dalam media pendebungaan untuk mempertingkatkan
peratus pembentukan buah dan mutu buah.

Media Penggalak Debunga

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
Kandungan media penggalak debunga yang digunakan terdiri daripada 3
bahan asas, iaitu agar, sukrosa dan nutrien.  Fungsi agar ialah  memberi
daya kelekatan kepada media pendebungaan supaya debunga dan
media tidak menitis jatuh selepas aktiviti pendebungaan dijalankan. 
Sukrosa pula berperanan untuk memastikan keadaan kesinambunan
asmotik bagi debunga durian belanda.  Sementara nutiren pula bertujuan
untuk menggalakkan percambahan dan pertumbuhan tiub debunga.

Kaedah

Ia bermula dengan aktiviti pengumpulan debunga.  Selalunya debunga


dikumpulkan antara jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.  Pengumpulan dalam
jangka masa ini penting kerana selepas jangka masa ini viabiliti debunga
akan menurun.  Masa yang tepat untuk melakukan pendebungaan
berbantu ialah apabila 1 atau 2 kelopak bunga telah gugur dan kelihatan
banyak stamen yang penuh debunga berwarna kuning berada dalam
keadaan longgar.

Aktiviti pendebungaan dimulakan dengan menyentuh sedikit dengan


tangan bunga yang matang supaya stamen yang penuh dengan debunga
jatuh ke dalam bekas bebuli.  Bekas bebuli ini kemudiannya ditutup dan
digoncang beberapa kali.  Stamen dan sisa-sisa lain yang tidak
dikehendaki dibuang dengan menterbalikkan bekas bebuli.  Seterusnya
media penggalak debunga bersama dengan debunga dititiskan ke atas
permukaan stigma dengan menggunakan pipette makmal.

Hasil pemerhatian yang dijalankan oleh MARDI telah membuktikan


kelebihan teknik ini.  Bagaimanapun potensi teknik ini untuk dilaksanakan
di peringkat komersil bergantung kepada penemuan alat-alat
pendebungaan yang lebih canggih.

 Durian Belanda
 

Buah durian belanda yang belum matang berwarna hijau tua, tidak
berkilat dan tapak duri meninggi.
Buah yang matang berwarna cerah, berkilat, kulit agak rata dan duri
menjarak (tengah dan kanan).

http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm
http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_durian.htm

You might also like