You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR MAS

KOTA TINGGI, JOHOR

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN LITERASI KOMPUTER
SEKOLAH MENENGAH

1. Pendahuluan

2. Fokus Dalam Peringkat Literasi Komputer

3. Sukatan Pelajaran

o Peringkat 1
o Perlngkat 2
o Peringkat 3
o Peringkat 4
o Peringkat 5
1. PENDAHULUAN

1.1 Pelaksanaan aktiviti literasi komputer di sekolah menengah dilaksanakan untuk


memenuhi tiga keperluan:

a. Pendedahan literasi tahap asas untuk semua pelajar tanpa pengecualian.


b. Pendedahan literasi tahap sederhana kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahli
kelab komputer.
c. Literasi tahap lanjutan kepada ahli kelab komputer yang berminat serta
berkebolehan

1.2 Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan bahawa pelajar dengan
kebolehan dan minat yang berbeza dapat memanfaatkan kemajuan teknologi
komputer dan berkebolehan menggunakan teknologi komputer sebagal alat
pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

1.3 Ketiga-tiga pendekatan di atas adalah juga perlu bagi memastikan pelajar-pelajar
yang keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan mereka
secara berkesan untuk memajukan negara masa depan yang berteraskan teknologi
dan mengharungi zaman teknologi maklumat.

2. FOKUS DAN OBJEKTIF DALAM PERINGKAT LITERASI KOMPUTER

2.1 Peringkat 1

Fokus

Peringkat ini merupakan peringkat "kemahiran asas". Setiap pelajar tahun pertama
(tingkatan 1 atau peralihan) sekolah menengah yang belum menguasai kemahiran asas
dalam peringkat ini diwajibkan mengikuti aktiviti kelas literasi komputer yang
dilaksanakan secara terancang oleh pihak sekolah mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan. Tugas pengendalian aktiviti ini diagihkan kepada guru-guru yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan komputer. Anggaran
peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti Peringkat 1 ini ialah 28 jam (1680 minit).
Berdasarkan kiraan peruntukan masa 80 minit seminggu, aktiviti peringkat ini boleh
dijalankan dalam tempoh 21 minggu (lebih kurangnya setengah tahun persekolahan).
Aktiviti-aktiviti ini meliputi langkah keselamatan dan peraturan penggunaan kemudahan
komputer, asas sistem pengendalian komputer, asas perisian pemprosesan kata dan
grafik. Pelajar-pelajar peralihan atau tingkatan satu yang telah menguasai kemahiran dan
pengetahuan peringkat ini boleh dlkecualikan dari menghadiri aktiviti peringkat ini

2
Objektif

i. Mengetahui makna istilah biasa berkaitan dengan teknologi maklumat;


ii. Mengetahui kegunaan asas teknologi maklumat dalam kehidupan;
iii. Mengetahui langkah-langkah asas penjagaan keselamatan pengguna, data
dan sistem komputer;
iv. Mempunyai sikap bertanggungjawab dalam penggunaan kemudahan
komputer;
v. Berkebolehan mengendalikan perkakasan komputer biasa;
vi. Berkebolehan menggunakan perisian pemprosesan kata dan perisian grafik
untuk menjalankan aktiviti pendidikan yang bermakna.
vii. Menyedari potensi dan kemudahan yang disediakan oleh perisian
hamparan elektronik (electronic spreadsheet) dan Internet.

2.2 Peringkat 2

Fokus

Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar melalui aktiviti ko-kurikulum.
Kumpulan sasaran bagi peringkat ini ialah pelajar-pelajar yang telah menguasai
pengetahuan dan kemahiran literasi komputer peringkat 1 dan berminat menyambung
pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam peringkat ini pelajar akan
menyambung pembelajaran sistem pengendalian dan pemprosesan kata ke peringkat
lanjutan. Mereka akan juga diperkenalkan kepada perisian hamparan elektronik dan
penggunaan rangkaian komputer serta aktiviti yang berkaitan. Bagi sekolah yang
mempunyai kemudahan Internet, aktiviti berkaitan boleh dijalankan.

Objektif

· Berkebolehan menjalankan penyenggaraan asas (housekeeping)


dengan menggunakan kemudahan yang terdapat dalam sistem pengendalian
cakera (DOS) atau persekitaran pengendalian yang lain (misalnya
Windows);
· Berkebolehan menggunakan kemudahan lanjutan dalam perisian
pemprosesan kata dan grafik untuk menjalankan aktiviti penerbitan
setempat (desktop publishing );
· Berkebolehan menggunakan kemudahan asas dalam perisian hamparan
elektronik untuk menyelesaikan masalah;
· Memahami konsep rangkaian komputer serta berkebolehan menjalankan
aktiviti asas yang melibatkan penggunaan rangkaian komputer atau internet;
· Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang
penggunaan perkakasan dan perisian yang telah dipelajari sebelum ini.

3
2.3 Peringkat 3

Fokus

Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang telah menguasai
kemahiran dan pengetahuan literasi peringkat 2 dan berminat melanjutkan pembelajaran
literasi komputer ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam peringkat ini aktiviti pengenalan
kepada asas perisian pengurusan pangkalan data dan bahasa pengaturcaraan akan
diperkenalkan. Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan internet, aktiviti lanjutan
mengenai penggunaan internet akan dijalankan.

Objektif

· Memahami konsep pangkalan data dan istilah yang berkaitan serta


berkebolehan menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk
menyelesaikan masalah mudah;
· Memahami konsep asas pengaturcaraan serta berkebolehan membina atur
cara ringkas untuk menyelesaikan masalah mudah;
· Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan
rangkaian komputer dan internet;
· Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang
penggunaan perkakasan dan perisian yang dipelajari sebelum lni.

2.4 Peringkat 4

Fokus

Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang telah menguasai
kemahiran dan pengetahuan literasi peringkat 3 dan berminat melanjutkan pembelajaran
literasi komputer ke pringkat yang lebih tinggi. Dalam peringkat ini aktiviti
pembelajaran tentang kemudahan-kemudahan lanjutan bagi perisian pengurusan
pangkalan data dan pengaturcaraan akan dijalankan. Bagi sekolah yang mempunyai
kemudahan internet, aktiviti lanjutan mengenai internet akan dijalankan.

Objektif

· Berkebolehan menggunakan kemudahan lanjutan dalam perisian


pengurusan pangkalan data untuk menyelesaikan masalah yang lebih
mencabar;
· Berkebolehan menggunakan kemudahan lanjutan dalam perisian
pengaturcaraan untuk menyelesaikan masalah yang lebih mencabar;
· Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang
penggunaan perkakasan dan perisian yang dipelajari pada peringkat
sebelum ini;
· Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan
rangkaian komputer dan internet.

4
2.5 Peringkat 5

Fokus

Peringkat ini merupakan aplikasi pengetahuan dan kemahiran komputer yang telah
diperolehi oleh pelajar-pelajar dalam peringkat-peringkat yang telah dilalui. Pelajar-
pelajar akan menjalankan pelbagai projek berdasarkan minat dan kemampuan mereka.
Walaupun dalam garis panduan. Ini pelaksanaan projek diletakkan di peringkat 5, tetapi
ini tidak bermakna bahawa pelajar hanya menjalankan projek-projek pada peringkat 5
sahaja. Pengajar atau penasihat komputer sepatutnya sentiasa menggalakkan pelajar
menjalankan projek-projek kecil yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan pelajar.
Guru dan pelajar harus menyedari hakikat bahawa kaedah terbaik untuk menguasai
kemahiran atau pengetahuan komputer ialah melalui aktiviti amali dan pelaksanaan
projek.

Objektif

· Berkebolehan melaksanakan projek aplikasi mengikut minat sendiri


dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam
peringkat sebelum ini;
· Mempunyai pengetahuan lanjutan tentang perkakasan dan perisian
komputer;
· Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan
rangkaian komputer dan Internet.

5
3. SUKATAN PELAJARAN

PERINGKAT 1

Aktiviti Peringkat 1 (TlAl - TlA7) diikuti oleh semua pelajar bagi memenuhi keperluan
1.1(a).

TlAl Peraturan Dan Keselamatan:


(40 minit)
 Makmal komputer;
 Penjagaan cakera dan komputer;
 Keselamatan pengguna dan data;
 Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan.

TlA2 Pengenalan Kepada Komputer


( 80 minit )
 Bahagian-bahagian utama sistem komputer (input, unit pemprosesan
pusat, ingatan, output - pembelajaran konsep melalui gambar rajah blok);
 Etika penggunaan komputer,
 Hakcipta dan penyalahgunaan komputer;
 Kegunaan komputer

TlA3 Penyesuaian Dengan Sistem Komputer


( 160 minit )
 Pengenalan kepada bahagian-bahagian komputer;
 Kemahiran asas penggunaan papan kekunci;
 Asas penjagaan perisian dan perkakasan,
 Penggunaan pencetak

TIA4 Asas Sistem Pengendalian

(200 minit)

 Pengenalan kepada persekitaran sistem pengendalian jenis teks dan grafik.


o Konsep fail, direktori dan subdirektori;
o Konsep direktori semasa (current directory);
o Makna fail backup dan kepentingannya;
o Penggunaan kemudahan bantuan (help).
 Perintah-perintah asas
o Pengemudian direktori/bergerak dari direktori ke direktori
o Menyalin fail dan cakera
o Melakukan (execute) aplikasi
 Fahaman asas tentang kegunaan Sistem Pengendalian

6
TlA5 Asas Pemprosesan kata
(640 minit)
 Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan;
 Memula, menaip, menyimpan, memuat dan mencetak dokumen;
 Penyuntingan asas (kawalan kursor, memadam teks, menyelit teks(insert),
menengahkan teks (center), menggariskan teks, menebalkan teks (bold) dan
mengitalikkan teks);
 Menukar jenis dan saiz fon;
 Menukar pelarasan teks (justification);
 Menukar saiz halaman (A4 atau letter) dan orientasi halaman (portrait atau
landscape)
 Memotong, menyalin dan menampal teks.

TIA6 Grafik
(400 minit)

 Jika perisian pemprosesan kata yang digunakan untuk menjalankan aktiviti di


TIA5 mempunyai kemudahan grafik, bahagian grafik ini boleh diajar dengan
menggunakan pemprosesan kata itu.
 Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan
 Membina dan menyunting grafik
 Menyimpan, memuat dan mencetak fail grafik
 Pengabungan teks dan grafik untuk menjalankan aktiviti penerbitan
setempat (desktop publishing)

TlA7 Pengenalan Kepada Hamparan Elektronik


(80 minit)

 Demonstrasi kegunaan perisian hamparan elektronik


 Ciri-ciri dan kelebihan perisian hamparan elektronik

TlA8 Pengenalan Kepada Internet


(80 minit)

 Konsep internet dan ciri-ciri internet


 Demonstrasi kegunaan kemudahan Internet ( jika ada kemudahan di
sekolah)

Jumlah Masa: 1680 minit

7
PERINGKAT 2

Diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti ko-kurikulum

T2Al Sistem Pengendalian ( Lanjutan )


Perintah-perintah lanjutan:

· Membuat/membuang fail dan direktori


· Memformat disket data dan disket sistem
· Memindah fail/direktori
· Menukar nama fail

T2A2 Pemprosesan Kata ( Lanjutan )

· Menukar jarak antara baris


· Menukar bilangan lajur dalam dokumen
· Menyelit bingkai /gambar/objek
· Mengubah/memindah bingkai grafik.
Menggunakan alatan lukisan
· Menyelit dan memanipulasikan jadual

T2A3 Hamparan Elektronik

· Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan


· Membina hamparan
· Pembinaan formula berdasarkan operasi asas matematik
( *, +, - , /)
· Penggunaan fungsi-fungsi asas dalam formula
· Pembinaan graf
· Isihan

T2A4 Rangkaian Komputer

· Konsep asas rangkaian komputer


· Ciri-ciri dan kelebihan rangkaian komputer
· Konsep perkongsian data dan sumber
· Amali perkongsian data dan sumber
Konsep dan penggunaan mel elektronik

T2A5 Aktiviti Internet


(Jika ada kemudahan Internet)

· Alat-alat internet (Internet tools) seperti browser, email, telnet, ftp,


newsgroups dan lain-lain;
· Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berasaskan internet seperti forum
elektronik, newsgroups dan lain-lain.

PERINGKAT 3

8
Diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti ko-kurikulum

T3Al Asas Perisian Pengurusan Pangkalan Data

 Ciri-ciri dan kelebihan


 Konsep asas pangkalan data, fail, rekod dan medan. Jenis data.
 Merancang dan membina pangkalan data
 Menginput data
 Mencapai data melalui query
 Mencetak data dan laporan ringkas

T3A2 Pengaturcaraan

 Konsep Pengaturcaraan
 Proses asas pengaturcaraan - analisis, perancangan, pembangunan, pengujian,
penyahpepijatan (debugging), pendokumenan)
 Penggunaan perisian penyunting (editor)
 Pengenalan kepada struktur kawalan
o penggelungan,
o percabangan,
o jujukan
 Penggunaan pemboleh ubah
 Ungkapan aritmatik
 Perintah-perintah asas
 Manipulasi angka dan rentetan
 Penggunaan pengendali (operator) logik dan hubungan (relational)

T3A3 Aktiviti Internet (Jika ada kemudahan)

 Pembangunan World Wide Web HomePage


 Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berdasarkan penggunaan sumber Internet.

9
PERINGKAT 4

T4Al Pengurusan Pangkalan Data Laniutan

· Tapisan data
· Penyediaan dan penggunaan borang
· Penyediaan dan pencetakan laporan (lanjutan)
· Bahasa query

T4A2 Pengaturcaraan (Lanjutan )

 Perintah-perintah lanjutan
o Gelung bersarang (nested loop)
o Fail berjujukan (sequential) dan fail capaian rawak
(random access)
o Perintah grafik
o Perintah bunyi

 Subrutin/prosedur/fungsi

 Tatasusunan (array)

T4A3 Aktiviti Internet


( Jika ada kemudahan Internet)

PERINGKAT 5

Yang berikut merupakan cadangan projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar-
pelajar sama ada secara individu atau kumpulan di bawah bimbingan dan nasihat guru
atau pakar rujuk luar yang dihubungi oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar digalakkan
mengemukakan cadangan projek lain berdasarkan minat mereka.

· Pembinaan sistem pangkalan data guru dan kakitangan sekolah.


· Pembinaan sistem pangkalan data pelajar sekolah atau rekod kemajuan
pelajar.
· Pembinaan sistem pangkalan data pusat sumber sekolah.
· Pembinaan sistem pangkalan data peralatan makmal sekolah.
· Pembinaan sistem pangkalan data skim pinjaman buku teks sekolah.
· Pembinaan sistem pangkalan data kes disiplin sekolah.
· Pembinaan sistem pangkalan data lnventori kedai koperasi sekolah.
· Pembinaan sistem pangkalan data atau perisian multimedia
flora/fauna/tempat
bersejarah/tokoh-tokoh sejarah di dalam dan di luar negara.
· Pembinaan perisian kursus untuk menyelesaikan masalah pengajaran
pembelajaran.

10
· Pembinaan templat hamparan elektronik untuk pejabat sekolah.
· Pembinaan hamparan elektronik untuk pengiraan markah peperikasaan.
· Pembinaan slaidshow multimedia untuk memperkenalkan sejarah
sekolah/latar belakang sekolah/perancangan sekolah .
· Pembinaan persembahan multimedia untuk Hari Ucapan/Hari Terbuka
sekolah.
· Pembinaan modul latihan / tutorial berkomputer untuk ahli-ahli kelab yang
lain.
· Pembinaan model perkakasan komputer. Perancangan dan pelaksanaan
aktiviti Internet seperti senarai pengemelan (mailing list), kumpulan
perbincangan (discussion group) dan sebagainya.

Pereka bentuk berbantukan komputer (CAD)

· Projek berkaitan dengan mata pelajaran Reka Cipta


· Projek untuk pertandingan/kuiz komputer projek-projek lain yang difikirkan
sesuai.

“CINTA IT, GUNA IT, SAYANG IT”

11

You might also like