You are on page 1of 26
mempertikaikan kewibawaan Mahkamah Syariah sendiri dalam pengurusan pindaan Undang- Undang Keluarga Islam Wilayah. Rentetan insiden ini jelas memaparkan satu kehendak dan tuntutan golongan tertentu yang cukup prejudis terhadap Islam. Anehnya, golongan ini ketika dicabar untuk mempertahankan hujah secara ilmiah dan berpaksikan sandaran nas agama, tidak pula berkemampuan untuk menukar apa-apa dari Rang Undang-Undang tersebut. Dengan kata lain mereka hanya mampu menyakinkan pihak-pihak yang jahil tentang Islam serta bertujuan menebalkan prejudis orang bukan Islam terhadap Islam.” “TT: idak kurang hebat adalah cabaran yang CAncamon Di Kiita~Keta Puan KETUA PENERANGAN PAS PUSAT yukur Alhamdulillah dengan taufik dan hidayah Allah s.w.t dapat diterbitkan risalah berjudul “10 Ancaman Islam Di Malaysia”. Risalah ini dikeluarkan dengan harapan ia dapat memberikan pendedahan dan kefahaman . kepada orang ramai, khususnya ahli-ahli PAS berhubung dengan pelbagai isu yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Risalah ini menyenaraikan 10 ancaman terbesar yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia masa kini. Ancaman ini cukup serius kerana ia boleh menggugat kedudukan agama dan hak orang Islam di negara ini. Apa yang lebih membimbangkan ialah sekiranya ancaman ini tidak ditangani dengan segera, ia akan menyebabkan akidah umat Islam terhakis. Secara tidak langsung ia melemahkan kedudukan orang Islam dan memberi peluang campurtangan orang bukan Islam dalam urusan yang berkaitan dengan agama Islam. Sebahagian daripada isu-isu yang dipaparkan dalam tisalah ini walaupun telah dibicarakan secara terbuka sama ada dalam media massa, seminar, forum dan ceramah tetapi masih ramai yang belum memahami secara jelas perkara ini. Ini disebabkan terdapat usaha yang dilakukan secara terancang untuk menutup isu-isu berkenaan daripada diketahui oleh masyarakat umum terutamanya umat Islam. Isu-isu yang dikemukakan dalam risalah ini diharapkan dapat membuka minda dan hati kita untuk turut sama menanggapi dan menanganinya demi kepentingan akidah umat Islam. Risalah ini diharapkan dapat memberikan informasi dan fakta yang diperlukan untuk memahami pokok persoalan isu-isu berkenaan. Kefahaman ini penting untuk mencetuskan sikap keprihatinan umat Islam terhadap isu-isu semasa yang beriaku di dalam kehidupan seharian, Andainya kita tidak memberikan respon dan melibatkan diri di dalam menggarap serta menghadapinya, siapakah yang boleh diharapkan untuk berbuat demikian. Dalam hubungan ini, PAS sentiasa berada di hadapan untuk memperjuangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam dan rakyat negara ini. “ALLAHU AKBAR” HAJI AHMAD AWANG Jabatan Penerangan PAS Kuala Lumpur 20-2-07(2 Safar 1428) PETIKAN UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS KATA-KATA ALUAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT BAB I: MENAFIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA BAB 2 PENUBUHAN SURUHANJAYA ANTARA AGAMA (IFC) BAB 3: ROAD SHOW KUMPULAN ARTIKEL 11 BAB 4: MENCABAR KEWIBAWAAN MAHKAMAH SYARIAH BAB 5: MEMPERTIKAIKAN STATUS AGAMA SAUDARA BARU BAB 6: GEJALA MURTAD BAB 7: ANCAMAN PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL BAB &: SERANGAN FAHAMAN SEKULARISME BAB 9: KEMUNCULAN AJARAN SESAT BAB 10: KEBEJATAN SOSIAL DAN KERUNTUHAN AKHLAK 10 12 14 17 19 21 eS Tales hee mtsy Menafikan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara Bab 1 Menafikan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara kita mencapai kemerdekaan, kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak pernah dipertikaikan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. TT Malaysia, Islam adalah agama rasmi negara. Sejak negara Sebenarnya di dalam perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau ‘state religion’ iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Bila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain dimana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Jadi, kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak seharusnya dipertikaikan kerana majoriti penduduk negara ini adalah beragama Islam.Agama Islam mempunyai sejarah yang cukup lama dan telah berakar-umbi di dalam masyarakat sejak ratusan tahun yang lalu. Mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Malahan ia boleh dianggap sebagai satu ancaman terhadap agama dan masyarakat Islam. Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya. @ osama ( Walaupun perundangan dan perlembagaan boleh ditafsirkan daripada pelbagai perspektif tetapi di dalam konteks negara kita, sebarang percubaan untuk mengganggu kontrak sosial yang telah termeterai itu boleh mendatangkan berbagai implikasi yang negatif dan tidak sihat. Mempertikai dan mengubah status Islam sebagai agama rasmi akan mengundang penentangan daripada masyarakat Islam. Apa yang lebih dibimbangj ialah ia akan menghilangkan jati diri dan identiti umat Islam di negara ini yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan ajaran dan peradaban Islam. Fakta sejarah bahawa Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu adalah milik orang Melayu yang beragama Islam. Hubungan orang Melayu dengan Islam cukup sinonim sekali dan tidak dapat dipisahkan sebagai satu entiti yang telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu. Dengan menerima kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak memberikan apa-apa ancaman kepada para penganut agama lain. Orang bukan Islam tetap menikmati haknya sebagai rakyat negara ini. Mereka bebas mengamalkan budaya, menggunakan bahasa ibunda, berniaga, mendapat pendidikan dan melibatkan diri dalam politik serta pembuatan dasar negara. Justeru itu, berdasarkan kepada hakikat inilah maka tidak ada sebab kenapa status Islam sebagai agama rasmi perlu dipersoalkan, Agama Islam adalah hak orang Islam. Maka tidak ada alasan untuk orang bukan Islam campur tangan dalam urusan ini. Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) Bab 2 Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) /Maljis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan ikh (MCCBCHS). Memorandum mengenai cadangan tersebut telah dihantar kepada Majlis Peguam Negara pada 21 Ogos 2001. Bagaimanapun cadangan penubuhan IFC gagal menarik penyertaan NGO Islam kecuali Sisters In Islam (SIS). Namun begitu, ini tidak mematahkan semangat mereka untuk merealisasikan penubuhan sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang dan berfungsi seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau SUHAKAM. Kalau SUHAKAM mempunyai kuasa untuk menerima aduan-aduan yang berkaitan dengan kes pencabulan hak asasi manusia maka IFC pula akan mempunyai kuasa untuk menerima serta melayan aduan-aduan yang berkaitan dengan agama termasuk juga menentukan status agama seseorang termasuk umat Islam. (Prrciares IFC atau Inter Faith Comission telah dicadangkan oleh Draf mengenai undang-undang penubuhan IFC telah dikemukakan pada Januari 2005 dan telah diserahkan kepada pihak kerajaan. Desakan dan gesaan telah dibuat kepada pihak kerajaan supaya merealisasikan penubuhan IFC dengan segera. Meskipun penubuhan IFC belum lagi diluluskan tetapi tidak ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menolak penubuhan suruhanjaya itu. Tindakan sekumpulan NGO untuk menubuhkan IFC telah mendapatkan bantahan dan tentangan daripada pertubuhan dan masyarakat. Sekumpulan 14 NGO Islam yang bergabung di dalam Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) telah_membantah penubuhan IFC. Beberapa siri Kempen dan siri penerangan telah diadakan untuk menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang bahaya penubuhan IFC ini. Kalau penubuhan IFC menjadi realiti, ia akan mengancam kedudukan dan menghakis akidah orang Islam di negara ini. Ini kerana matlamat

You might also like