You are on page 1of 1

PT. 198271 RPA. TG.

RAMBUTAN,
MUKIM HULU KINTA,
31150 ULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

KOLEJ KEDUA UTM,


JALAN REJANG 4,
53300 SETAPAK,
KUALA LUMPUR, 8 April 2008

Tuan/Puan,
Permohonan Untuk Tinggal Di Asrama Kolej Kediaman Siswa Jaya Bagi Semester Pendek.

Merujuk perkara di atas:

2. Saya , Nur Hafizah Bt Ahmad, pelajar tahun 1 DDB ingin mengambil semester pendek pada. cuti
semesta ini . Oleh itu, saya ingin memohon untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Siswa Jaya bagi
memudahkan perjalanan saya pergi dan balik ketika mengikuti pengajian pada semester pendek tersebut.

3. Ini kerana, saya tidak mempunyai tempat tinggal alternatif yang lain dan amat mengharapkan
kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan untuk membenarkan saya tinggal di Kolej Kediaman Siswa Jaya
ketika mengikuti semester pendek. Tambahan pula, saya tidak mempunyai saudara mara di Kuala
Lumpur, maka ini sedikit sebanyak menyebabkan saya harus berdikari sendiri untuk mencari tempat
tinggal sedangkan saya masih lagi kurang arif dengan kawasan Kuala Lumpur ini. Oleh itu, saya amat
berharap agar pihak Kolej Kediaman Siswa Jaya boleh mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala
kerjasama dari pihak tuan saya duhului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
...................
Nur Hafizah Bt Ahmad.

You might also like