You are on page 1of 15

Ruj.

Kami : 03/04/001/2008 (27)


Tarikh : 16 MEI, 2008

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kangar,


Pejabat Majlis Perbandaran Kangar,
No. 192, Jalan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.

Tuan,

PROGRAM TITIAN KASIH DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS SEMPENA


KEPUTERAAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS TAHUN 2008.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut di atas telah berjalan dengan


lancar dan jayanya pada tarikh dan masa yang dijadualkan.

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Arau ingin mengucapkan jutaan terima kasih di


atas kerjasama dan bantuan daripada jabatan tuan yang telah menyediakan pokok-pokok
hiasan bagi menyeri dan menceriakan lagi majlis tersebut .

4. Sehubungan itu juga kami memohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat
memberi pertimbangan bagi mengurangkan kadar kos perkhidmatan menyediakan pokok-
pokok hiasan tersebut ( dari RM 350.00 kepada kos yang tuan rasakan berpatutan ).

5. Di atas segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan dalam
membantu menjayakan program tersebut, sekali lagi pihak sekolah merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

”INSTITUSI GEMILANG PELAJAR CEMERLANG”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

...................................................

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau, Perlis.
Ruj. Kami : 03/04/001/2010 (7)
Tarikh : 07 JULAI, 2010

Semua Ibu/Bapa/Waris/Penjaga,
Pelajar Tingkatan 3, 5 & 6 ATAS
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
026000 Arau, Perlis,

Tuan,

PROGRAM JALINAN KASIH - 2 WARIS PELAJAR TINGKATAN 3, 5 & 6


ATAS SMK. ARAU, PERLIS TAHUN 2010.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut di atas akan diadakan mengikut


butiran berikut :

Tarikh : 15 JULAI, 2010 (KHAMIS)


Masa : 8.30 PAGI
Tempat : DEWAN SMK. ARAU

3. Sehubungan itu tuan/puan adalah dijemput hadir ke program tersebut untuk


menerima penyerahan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun- 2010 anak-anak
jagaan tuan/puan dan mendapatkan gambaran mengenai pencapaian mereka sebelum
menduduki Peperiksaan PMR, SPM & STPM pada penghujung tahun 2010 nanti.

4. Segala sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam membantu menjayakan program


tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”INSTITUSI GEMILANG PELAJAR CEMERLANG”

...................................................
(HJ. HALIM BIN MANSOR)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau, Perlis.
Ruj. Kami : 03/04/001/2010 (07)
Tarikh : 26 MAC, 2010

…………………………………….
AJK / Urusetia Panitia Pendidikan Agama Islam dan
Program Motivasi Kecemerlangan Ibadah Seni Sentuhan Hati,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
026000 Arau,
Perlis.

Tuan / Puan,

PERLANTIKAN SEBAGAI AJK/URUSETIA PELAKSANAAN PROGRAM MOTIVASI


KECEMERLANGAN IBADAH SENI SENTUHAN HATI PELAJAR PMR, SPM & STPM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ARAU TAHUN 2010.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam
SMK. Arau telah diberi tanggungjawab untuk mengelolakan PROGRAM MOTIVASI
KECEMERLANGAN IBADAH SENI SENTUHAN HATI KEPADA calon-calon cemerlang
PMR/SPM/STPM SMK. Arau Tahun 2010 seperti butiran berikut ini ;

TARIKH : 2 HINGGA 4 APRIL, 2010


TEMPAT : DEWAN, SMK. ARAU
MASA : 4.30 PTG. (JUMAAAT) HINGGA 1.00 T/HARI
(AHAD)

3. Sehubungan itu tuan/puan telah dilantik sebagai AJK/Urusetia program tersebut untuk
membantu melicinkan lagi perjalanan program yang akan berlangsung nanti.

4. Tuan/Puan boleh menyemak Jadual Tugas yang akan diedarkan nanti.

4. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan/puan terlebih dahulu diucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”INSTITUSI GEMILANG PELAJAR CEMERLANG”

......................................................
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau, Perlis.

PROGRAM KECEMERLANGAN IBADAH SENI SENTUHAN HATI PEAJAR-


PELAJAR CEMERLANG PMR/SPM/STPM SMK. ARAU TAHUN 2010

SENARAI PERALATAN YANG PERLU DISEDIAKAN PESERTA :

1. Alat tulis dan buku catatan

2. Pakaian yang secukupnya untuk 3 hari 2 malam (Pakaian yang sesuai)

3. Tikar (alas tidur)/Bantal/Selimut

4. Kasut sukan/ T/ Shirt Sukan / Seluar Track

5. Ubat-ubatan jika perlu

6. Selipar/sender

7. Sabun, berus gigi, tuala mandi

8. Lampu suluh

9. Keperluan solat

10. Bekas minuman


Ruj. Kami : 03/04/001/2010 (15)
Tarikh : 22 SEPT, 2010

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau,
Perlis.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN KUMPULAN WANG SWA


(PELBAGAI/SEWAAN) UNTUK PEMBIAYAAN PROGRAM KEM ELIT
KECEMERLANGAN PELAJAR PMR, SPM & STPM SMK. ARAU 2010.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK. Arau akan
menganjurkan program tersebut di atas melibatkan 50 orang pelajar cemerlang yang
terdiri daripada calon-calon PMR, SPM & STPM dari sekolah kita. Program ini
dirancang akan berlangsung pada 24 - 26 Sept., 2010 ini bertempat di Hotel Sri
Garden, Kangar , Perlis.

3. Untuk melaksanakan program ini, pakej yang telah ditetapkan kepada para peserta
untuk penginapan serta makan ialah RM 75.00/seorang x 2 hari, yang akan berlangsung
selama 3 hari 2 malam .

4. Sehubungan itu pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling memohon kerjasama


daripada pihak tuan untuk mendapatkan peruntukan Kumpulan Wang SWA
(Pelbagai/Sewaan) bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan tersebut sebanyak
RM 1000.00 (Seribu Ringgit Sahaja).

5. Di atas kerjasama daripada pihak tuan dalam membantu menjayakan program


ini,terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”INSTITUSI GEMILANG PELAJAR CEMERLANG”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

...................................................
(HJ. MD. JAMIL BIN AZIZ)
Setiausaha,
Program Kem Elit Kecemerlangan PMR, SPM & STPM - 2010,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau, Perlis.

Ruj. Kami : 03/04/001/2010(22)


Tarikh : 21 SEPTEMBER, 2010

EN. HASNI BIN HASHIM (GC)


Melalui :

Pengetua,
SMK. Padang Bohor,
Kangar, Perlis.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM MOTIVASI KEM ELIT


KECEMERLANGAN PELAJAR PMR/SPM/STPM SMK. ARAU – 2010 :

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut di atas telah dirancang dan akan
diadakan pada tarikh dan tempat yang dijadualkan seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 SEPTEMBER, 2010 (JUMAAT)


Tempat : Dewan Hotel Sri Garden, Kangar, Perlis.
Jam : 8.45 Mlm. – 11.00 Mlm.

3 Sehubungan itu kami memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk mendapatkan
khidmat pegawai daripapda sekolah tuan (En. Hasni Bin Hashim) sebagai penceramah
bagi menjayakan program tersebut.

4 Kerjasama dan sokongan yang dihulurkan oleh pihak tuan/puan dalam membantu
menjayakan program tersebut amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

”INSTITUSI GEMILANG PELAJAR CEMERLANG”

Saya yang menurut perintah,

................................................
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau, Perlis.

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KALI KE – 1 / 2008
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ARAU

TARIKH : 14 FEB. 2008


Masa : 2.30 PTG.
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK. ARAU

KEHADIRAN :

1. EN. HALIM B. MANSOR PENGETUA SMK. ARAU


2. EN. CHE AYOB B. MAT ZAIN PEN. KANAN (HEM0
3. TN. HJ. ABD. RAHIM B. MOHAMAD PEN. KANAN (Ko)
4. TN. HJ. MD. JAMIL B. AZIZ KETUA UNIT B&K
5. PN. SITI NOR AZURA BT. HUSSIN SETIAUSAHA
6. EN. RUSHDAN B. CHE ROMLI KWTUA GURU DISIPLIN
7. PN. FARIDATUL ZARINA BT. MD.ZAIN BADAN DISIPLIN
8. PN. NAJNIN BT AZIZ BADAN DISIPLIN
9. PN. ROHAIZAN BT. ISMAIL GURU PPDa
10. EN. ZULKIPLI B. TARIP GURU SLAD
11. EN. MOHD.KAMAL B. CHE OM KELAB PEN. JENAYAH
12. EN. AMINAHAR B. MAT RAWI GURU PENGAWAS
13. EN. AZIZ BIN AZIZ GURU DISIPLIN
14. EN. GAZIMI B. ISMAIL GURU DISIPLIN
15. EN. FAZIN B. ALI GURU PENGAWAS
16. EN. SUPARDI B. AHMAD DAHLAN GURU DISIPLIN

AGENDA :
1. Ucapan Aluan Pengerusi Majl;is (Pengetua).

1.1 Tahniah daripada Pengerusi di atas kejayaan melaksana


aktiviti/program yang merangkumi akademik, sahsiah, kepimpinan
dan sebagainya pada tahun 2007. Semoga program-program
sedemikian akan diteruskan lagi pada tahun ini dalam usaha kita
untuk mempertingkatkan tahap disiplin/sahsia, serta pencapaian
akademik pelajar kita.

2. Dasar Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

2.1 Merujuk kepada Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan


Kaunseling Sekolah Menengah . Dalam buku tersebut telah
digariskan panduan kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling
tentang tatacara perkhidmatan yang meliputi senarai tugas / bidang
tugas dan tanggung jawab guru Bimbingan dan Kaunseling, Visi,
Misi dan Falsafah serta Kod Etika Perkhidmatan .

3. Laporan Program / Aktiviti Tahun 2007.

3.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK. Arau telah berjaya


menganjurkan 40 program pada tahun 2007.
Program-program tersebut adalah meliputi program peningkatan
akademik PMR, SPM dan STPM.
3.2 Selain itu juga terdapat program peningkatan sahsiah kendiri,
program kepimpinan kepada Pengawas dan AJK Tingkatan serta
lawatan sambil belajar.

4. Perancangan Tahun 2008.

4.1 Tn. Hj. Md. Jamil Aziz (Ketua Unit – B&K) menerangkan
perancangan Tahun 2008 dengan merujuk kepada Lampiran
Perancangan Tahunan Unit Bimbingan Dan Kaunseling 2008 yang
diedarkan kepada AJK mesyuarat.
4.2 Beliau berharap agar mendapat kerjasama yang sepenuhnya
daripada semua AJK dalam melaksanakan program-program
yang dirancangkan tersebut.

5. Hal-Hal Lain.

5.1 Tn. Hj. Md. Jamil Aziz mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada AJK Tahun 2007 yang telah memberikan kerjasama dalam
menjayakan program / aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling
Tahun 2007 dan berharap komitmen yang sama dapat diteruskan
oleh AJK Tahun 2008 ini demi untuk mempertingkatkan prestasi
SMK. Arau ke tahap yang lebih baik.
5.2 Pn. Faridatul Zarina mencadangkan agar program kemahiran
belajar dimulakan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 supaya
apabila mereka berada di tingkatan 3, semua bentuk kemahiran
belajar telah dapat dikuasai dan mudah bagi mereka untuk
menguasai pelajaran .
5.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas segala cadangan
yang dikemukakan AJK dalam mesyuarat ini dan berharap idea-
idea tersebut akan dapat membantu usaha ke arah
mempertingkatkan tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
SMK. Arau.
5.4 Semoga dengan kerjasama kita semua AJK Tahun 2008 ini,
diharap tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akan lebih
baik lagi pada tahun 2008 ini.

Mesyuarat ditangguhkan jam 5.00 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

( NOR AZURA BT. HUSSIN )

Setiausaha Unit Bimbingan & Kaunseling


SMK. Arau
Ruj. Kami : 03/04/001/2010 (11)
Tarikh : 20 SEPTEMBER, 2010

Kepada,

Ibu/Bapa/Waris/Penjaga,
Pelajar Cemerlang PMR/SPM/STPM-2010,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
026000 Arau, Perlis,

Tuan / Puan,

PROGRAM KEM ELIT KECEMERLANGAN PELAJAR PMR, SPM & STPM


SMK. ARAU - 2010.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah terpilih sebagai calon-calon harapan
yang akan mencipta kecemerlangan dalam Peperiksaan PMR/SPM/STPM SMK. Arau bagi
Tahun 2010 ini dan ditawarkan untuk mengikuti Program Elit Kecemerlangan
PMR/SPM/STPM yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 September, 2010 ini di Hotel Sri
Garden, Kangar, Perlis.

3. Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang telah terpilih ke
program ini adalah diwajibkan menyertainya tanpa apa-apa alasan kerana pihak sekolah ingin
memastikan tahap peningkatan prestasi SMK. Arau dalam peperiksaan PMR/SPM/STPM pada
tahun 2010 ini mencapai target yang ditetapkan..

4. Justeru itu pihak tuan/puan dipohon untuk menampung sedikit daripada kos pelaksanaan
program tersebut iaitu sebanyak RM 50.00 seorang (Perbelanjaan untuk seorang pelajar dalam
program ini ialah RM 150.00).

5. Keperihatinan dan komitmen pihak tuan/puan untuk membantu menjayakan program ini
amatlah diharapkan demi untuk kejayaan anak/jagaan tuan/puan dalam Peperiksaan
PMR/SPM/STPM nanti..

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Segala kerjasama yang
dihulurkan, didahului dengan jutaan terima kasih.

”INSTITUSI GEMILANG PELAJAR CEMERLANG”

Saya yang menurut perintah.

..................................................
(HJ. HALIM BIN MANSOR)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau, Perlis.
Hj. Md. Jamil bin Aziz
590310-09-5029

LAPORAN
ANALISIS
SESS/PROGRAM
Ruj. Kami : 03/04/001/2010 (17)
Tarikh : 20 SEPT, 2010

Yang Di Pertua PIBG,


Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.
02600 Arau, Perlis.

Melalui ;

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau,
Perlis.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN SEMPENA JAMUAN AIDIL FITRI


SMK. ARAU 2010.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan majlis Jamuan


Aidil Fitri untuk semua staff dan pelajar SMK.Arau.

3. Butiran majlis tersebuat seperti berikut :


Tarikh : 24 September 2010
Masa : 9.45 Pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK.Arau.

4. Sehubungan itu pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk
mendapatkan peruntukan tabung kewangan PIBG bagi membiayai sebahagian daripada
perbelanjaan tersebut sebanyak RM 500.00 (Lima Ratus Ringgit Sahaja).

5. Di atas kerjasama daripada pihak tuan dalam membantu menjayakan program


ini,terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


”INSTITUSI GEMILANG PELAJAR CEMERLANG”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...................................................
(KAMARUDDIN BIN MAHAMUD)
Penyelaras,
Majlis Jamuan Aidil Fitri SMK.Arau 2010,
Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,
02600 Arau, Perlis.

You might also like