You are on page 1of 11

BML 4113

SEMANTIK DAN PRAGMANTIK BAHASA


MELAYU

Tajuk :

Kaitan perumpamaan dengan kebijaksanaan dan alam.

Nama : Siti Zubaidah bt Ibrahim


No matrik : D20091035632
Semester :3
Kumpulan :A
Pensyarah : En. Abdullah bin Yusof
Isi kandungan

Bil Isi kandungan Muka


surat

1.0 Pendahuluan. 1

Definisi perumpamaan dan kaitan dengan kebijaksanaan alam. 2


2.0

3.0 Kegunaan perumpamaan dalam kebijaksanaan alam. 3

4.0 Unsur-unsur alam dalam perumpamaan.


4.1 Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan.

4.2 Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan.

4.3 Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam


Perumpamaan.

5.0 Contoh-contoh perumpamaan dan maksudnya. 6-7

6.0 Kesimpulan. 8

Bibliografi 9
1.0 Pendahuluan

Perumpamaan merupakan satu bahagian daripada koleksi yang terkandung dalam


peribahasa Melayu. Penggunaan perumpamaan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat
Melayu kerana perumpamaan merupakan satu warisan seni kiasan yang telah diwarisi oleh
masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Masyarakat dahulu kerap menggunakan
perumpamaan dalam perbualan mereka seharian mereka dan menyebabkan bahasa perumpamaan
tidak luput dek zaman. Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat terdahulu
kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat
perbandingan dengan sesuatu perkara.

Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan


perkara yang berada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana,
seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan. Sebagai contoh perkataan bagai
aur dengan tebing membawa maksud bermuafakat atau tolong-menolong. Oleh sebab itu,
masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa
Melayu yang lain kerana dibezakan dengan perkataan yang mengambarkan satu perbandingan
yang berada di pangkal ayat tersebut. Namun demikaian, terdapat juga sesetengah perumpamaan
yang tidak menggunakan perkataan-perkataan yang melambangkan perbandingan di pangkal
ayat contohnya seperti kata perumpamaan di sangka langit rendah, di pandang dekat dicapai
tidak dapat (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perumpamaan, 2010).

Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan bahawa masyarakat melayu


terdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang
tinggi. Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-
kaitnya dengan alam sekeliling. Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telah
menggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini. Oleh sebab itu, dapat
ditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai
kaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.
2.0 Definisi perumpamaan dan kaitan dengan kebijaksanaan alam.

Perumpamaan merupakan satu ungkapan kata yang indah yang dapat memberi nasihat
dan teguran kepada pendengar. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in
Shaari (2009), perumpamaan merupakan satu susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi
makna khas berlainan daripada yang diucapkan atau ditulis dalam ayat dan membandingkan
sesuatu dengan benda lain. Oleh sebab itu, sebarang penggunaan perumpamaan akan
mengamabarkan satu perbandingan anatara makan yang ingin disampaikan dengan perkataan
yang digunakan. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu terdahulu akan mengaitkan
perumpamaan dengan alam sekeliling. Masyarakat dahulu banyak mendapat ilham daripada
alam sekeliling dan mereka akan mengaitkan dengan kehidupan seharian dan dijadikan sebagai
perumpamaan.

Perumpamaan juga bermaksud satu susunan kata yang indah, ringkas, kemas dan
mempunyai maksud yang tersirat. Setiap baris kata perumpamaan yang dicipta akan mempunyai
susunan kata yang sedap untuk didengari. Perumpamaan juga banyak menggunakan bahasa
halus dan kiasan bagi mengelakkan ada individu yang tersinggung. Selain daripada itu juga,
perumpamaan merupakan satu susunan kata yang kemas, ringkas dan mempunyai maksud yang
tersirat bagi memudahkan pendengar untuk mentafsir maksud yang terkandung dalam
perumpamaam tersebut. Sekiranya perumpamaan yang digunakan mempunyai perkataan yang
terlalu panjang akan menyukarkan masyarakat untuk mentafsirkannya dan menyebabkan ramai
pengguna bahasa Melayu tidak akan menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian
mereka kerana terlalu panjang (http://tatabahasabm.tripod.com/tata/perumpama.htm).

Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu telah menggunakan kebijaksanaan alam sebagai
ilham dalam mencipta perumpamaan kerana dapat mencipta suatu perumpamaan yang ringkas
tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Sebagai contohnya, penggunaan unsur-unsur
binatang dan tumbuhan yang banyak digunakan dalam perumpamaan mengambarkan satu fitrah
semulajadi yang akan berlaku dan bersinonim dengan kehidupan manusia. Hal ini akan
memudahkan pendengar untuk memahami apa maksud yang cuba disampaikan melalui
perumpamaan tersebut kerana fitrah semulajadi tidak akan bertentangan dengan unsur-unsur
yang terdapat pada alam sekeliling.
3.0 Kegunaan perumpamaan dalam kebijaksanaan alam

Perumpamaan banyak digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka


menggunakan perumpamaan bertujuan untuk pelbagai tujuan. Menurut Abdullah Yusof, Alias
Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberi teguran,
nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus. Melalui penggunaan kata
perumpamaan individu yang mendegar tidak mudah tersinggung. Oleh sebab itu, memang
wajarlah penggunaan kata perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salah sangka yang
akan timbul.

Perumpamaan mempunyai banyak kegunaannya bukan sekadar mencantikkan bahasa


tetapi juga mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat disebalik kata perumpamaan tersebut.
Contoh perumpamaan yang mengandungi nasihat adalah seperti ada beras taruh dalam padi, ada
ingat taruh dalam hati. Perumpamaan tersebut menyampaikan nasihat supaya kita tidak
membocorkan rahsia seseorang dan menyimpannya sebaik mungkin. Hal ini adalah kerana, jika
kita membocorkan rahsia seseorang nescaya kita akan bergaduh denganya. Maka lebih baik kita
hanya berdiam diri tanpa memberitahu pada sesiapa. Jika kita meneliti dengan lebih dalam,
kata-kata perumpamaan tersebut juga ada menggunakan unsur alam dalam memberi nasihat
seperti perkataan beras dan padi. Oleh sebab itu, penggunaan unsur alam dalam perumpamaan
tidak terbatas walaupun sekadar untuk memberi nasihat.

Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk
menyindir seseorang tanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung. Hal ini adalah kerana,
setiap baris ayat yang digunakan dalam perumpamaan hanya menggunakan perkataan yang
banyak berkaitan dengan alam semulajadi. Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan seharian
diadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedaran kepada manusia. Contohnya ialah
mulut disuap dengan pisang, buntut dikait dengan onak telah mengambarkan bahawa seseorang
itu bermuka-muka. Mereka hanya baik dihadapan tetapi di belakang akan dikeji dan dihina.
Jikalau kita menggatakan kepada seseorang bahawa dia suka bermuka-muka sudah tentu dia
akan memarahi kita. Tetapi jika kita menggunakan kata perumpamaan tersebut akan
menampakkan kehalusan dalam bahasa pertuturan kita.
4.0 Unsur-unsur alam dalam perumpamaan

Masyarakat terdahulu mempunyai satu imaginasi yang kuat terhadap alam dan
persekitaran menyebabkan mereka banyak menggunakan unsur alam dalam menghasikan setiap
kata perumpamaan. Antara unsur alam yang biasa digunakan ialah binatang, tumbuh-tumbuhan,
manusia dan alam sekeliling.

4.1 Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan

Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyak terdiri daripada


unsur-unsur binatang. Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkan
dalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukan kepada kehidupan seharian
manusia. Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untuk menyedarkan
kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebih teratur.

Antara binatang yang sering dikaitkan dengan perumpamaan ialah kucing, anjing,
ikan, kodok, ayam dan sebagainya. Contoh penggunaan unsur binatang dalam
perumpamaan adalah seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan,
bagai murai dicabut ekor, carik-carik bulu ayam lama-kelamaan bercantum juga, harimau
mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama dan sebagainya.
Keseluruhan contoh perumpamaan tersebut banyak menggunakan unsur-unsur binatang
bagi menerangkan maksud yang cuba disampaikanya.

4.2 Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan

Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaan. Antara unsur


tumbuhan yang digunakan dalam perumpamaan ini ialah pokok, daun, dahan dan
sebagainya. Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ini menggunakan
kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengan sifat manusia atau disebut sebagai simile
. Penggunaan simile ini menjelaskan lagi maksud yang cuba disampaikan dalam
perumpamaan tersebut (http://en.wikipedia.org/wiki/Simile).
Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialah laksana bunga
dedap, sungguh merah berbau tidak. Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat
bahawa penggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untuk mengambarkan sifat
seseorang. Hal ini adalah kerana, bunga dedap merupakan sejenis bunga yang tidak
berbau dan penyifatan bunga ini bertujuan mengambarkan seorang perempuan yang
cantik tetapi tidak berbudi bahasa.

4.3 Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan

Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat dengan manusia.
Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsur alam sekitar dalam
mencipta perumpamaan dan sebagainya. Mereka beradaptasi berdasarkan perkara yang
berada dihadapan mata mereka saja. Perumpamaan bagai hujan jatuh ke pasir bermaksud
sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi. Perumpamaan ini
mengambarkan satu daya pemikiran yang tinggi dalam kalangan masyarakat terdahulu
sehinggakan mereka mampu mencipta perumpamaan yang mempunyai maksud yang
tersirat.

Di samping itu juga, perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia dalam


menyerikan perumpamaan. Antaranya ialah seperti anak muda jolong berkeris yang
bermaksud keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya.
5.0 Contoh-contoh perumpamaan dan maksudnya.

Bi Perumpamaan Maksud Unsur alam


l
1 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit. Binatang

2 Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap. Binatang


Perempuan yang suka bercakap
banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam
kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah
yang becok bagai murai di-
cabut ekor.

3 Harimau mati meninggalkan Orang baik meninggalkan nama Binatang


belang; manusia mati baik, orang jahat meninggalkan
meninggalkan nama nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang
kerana jasa dan budi yang telah
dilakukan semasa hidupnya.

4 Ular menyusur akar tidak akan Orang besar yang merendahkan Binatang
hilang bisanya diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau
bergaul dengan orang
kebanyakan,namun hal itu bagai
ular menyusur akal takkan hilang
bisanya.

5 Seperti harimau Orang yang menyembunyikan Binatang


menyembunyikan kukunya kelebihannya.

6 Seperti lintah menghisap darah Meletakkan faedah yang tinggi; Binatang


menipu dengan cara lemah
lembut.

7 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat. Binatang

8 Diam-diam ubi berisi; diam- Orang berilmu yang berdiam diri Tumbuhan
diam besi berkarat lebih baik daripada orang diam
tetapi tidak berilmu.

9 Berjagung-jagung dahulu Sementara menunggu apa yang Tumbuhan


sementara padi masak baik, lakukan juga perkara-
perkara yang berfaedah.

10 Baik membawa resmi padi Tidak sombong; rendah diri. Tumbuhan


daripada resmi lalang

11 Bagai cendawan tumbuh Terlalu banyak pada sesuatu Tumbuhan


selepas hujan masa.
12 Bagai kerakap tumbuh di batu, Hidup dalam kemelaratan. Tumbuhan
hidup segan mati tidak mahu Kerakap sebangsa sirih tetapi
tidak dimakan orang.

13 Kalau tidak kerana angin tidak Kalau terjadi sesuatu hal tentu Alam sekitar
akan pokok bergoyang ada sebab-sebabnya.

14 Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat Alam sekitar
dan saling membantu.

15 Seperti embun dihujung Tidak kekal Alam sekitar


rumput
6.0 Kesimpulan

Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyai makna yang tersendiri.
Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaan dan ketajaman akal fikiran
masyarakat terdahulu terhadap alam sekitar dalam mencipta perumpamaan. Namun demikian,
masyarakat Melayu kini kurang menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka
menyebabkan perumpamaan kian dilupakan. Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan
minat masyarakat terhadap penggunaan perumpamaan. Disamping itu juga, masyarakat kurang
memahami makna dan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidak berminat
menggunakan perumpamaan dalam perbualan dan kehidupan seharian mereka.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, kita seharusnya menggunakan pelbagai


pendekatan supaya para pelajar lebih gemar menggunakan perumpamaan dan peribahasa yang
lain dalam pertuturan mereka supaya warisan nenek moyang kita tidak akan luput dek zaman.
Guru tidak seharusnya hanya memberi makna dan menyuruh para pelajar menghafal
perumpamaan dan maknanya sekadar untuk peperiksaan tetapi guru seharusnya menerapkan
nilai cintakan warisan ibunda ini dalam setiap diri pelajar supaya lebih gemar menggunakan
perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan dan penerapan penggunaan
perumpamaan dalam diri pelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungan dalam
penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidak akan luput walaupun zaman berubah.

Bibliografi
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan pragmantik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Palmer, F.R. (1989). Semantik (Abdullah Hassan, Terjemah). Pulau Pinang : Universiti Sains
Malaysia. (Karya asli diterbitkan 1976).

Portal pendidikan utusan (2010). Semantik. Diperoleh daripada


http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm pada 27/09/2010.

Tripod (2010). Perumpamaan. Diperoleh daripada


http://tatabahasabm.tripod.com/tata/perumpama.htm pada 21/09/2010.

Wikipedia, (2008). Perumpamaan. Diperoleh daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Perumpamaan pada 21/09/2010.

Wikipedia (2010). Simile. Diperoleh daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Simile pada


21/09/2010.

You might also like