You are on page 1of 15

TINJAUAN PENULISAN YANG BERKAITAN

2.2 Kajian-Kajian Berkaitan Pendekatan Menulis Karangan

Terdapat banyak kajian berkenaan penulisan karangan. Di antaranya ialah


kajian-kajian berkenaan pendekatan-pendekatan untuk mengajar karangan.

Mengikut Jos. Daniel Parera (1987:17) pendekatan merupakan satu


aksioma iaitu sesuatu yang baku dan tidak lagi dibantah akan
kebenarannya. Menurut Abdullah Hassan (1987:412) pula, pendekatan
merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan
bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu
harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu,
cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-
perkara yang mengawal bahasa itu.

Terdapat beberapa kajian mengenai Pendekatan Proses. Kajian mengenai


Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan ke atas kajian
berkenaan sikap guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman
(1988:51) misalnya telah mengkaji sikap pelajar terhadap Pendekatan
Proses untuk mengajar penulisan kreatif dan sajak. Beliau telah melakukan
kajian terhadap dua buah kelas gred dua dan dua buah kelas gred lima dan
menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil kajian beliau mendapati bahawa
Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred untuk sajak manakala
gred lima sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk penulisan
kreatif.

Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru-guru


pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian
beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap
pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran penulisan.

Schwartz (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan Proses


berperanan penting dalam penulisan karangan di mana pelajar dibantu
untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model
ini menekankan interaksi di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti
seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan
berdialog mengenai teks.

Kajian-kajian ini didapati telah menyokong Pendekatan Proses.


Mengapakah Pendekatan Proses penting dan apakah faedah-faedahnya ke
atas pengajaran penulisan?

Berkenaan dengan Pendekatan Proses, Keh (1990:10) telah menerangkan


bagaimana beliau telah mencorakkan dan mengajar kursus menulis dengan
menggunakan pendekatan proses. Jadual Pendekatan Proses beliau
diperturunkan di bawah ini
Struktur Model Pendekatan Proses

Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti


prapenulisan seperti sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat
tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat, perbahasan, mendengar kaset,
membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.

Peringkat menulis draft pertama dijalankan diluar kelas dan pelajar


diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna. Semasa
penilaian rakan sebaya pelajar-pelajar boleh dipecahkan secara berasingan
atau bertiga di mana mereka diberikan panduan satu senarai semak untuk
membuat komen ke atas isi kandungan sahaja. Contohnya apakah idea
utama dalam perenggan atau apakah idea utama penulis?

Dalam peringkat menulis draf kedua, pelajar digalakkan membuat


perubahan pada kandungan karangan. Dalam bengkel menulis, guru
mengajar karangan kepada pelajar seperi memberi definisi atau membuat
koherensi, melihat draf kedua dan membaca tiap-tiap draf sebanyak tiga
kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan. Bacaan kedua
untuk memberi komen dan cadangan dan bacaan ketiga untuk
menandakan kesalahan mereka.

Sesi perbincangan guru murid adalah sesi di mana guru meminta murid
memberitahu isi utama dalam karangan mereka. Dalam sesi ini, kelemahan
tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan
isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota dan
lampiran.

Dalam pengajaran beliau selama enam minggu, beliau mendapati


pendekatan ini sangat berfaedah kepada pelajar. Ia dapat membaiki isi,
penyusunan paragraf dan tatabahasa di samping meningkatkan sikap
pelajar terhadap penulisan kepada lebih positif dan mengurangkan rasa
kecewa dalam penulisan karangan. Ia juga didapati dapat meningkatkan
interaksi di antara pelajar dengan guru melalui proses menulis dan sesi di
antara draf, pengajran individu ke atas isi, penyusunan paragraf dan
pemilihan perkataan.

Di Malaysia, satu kajian ke atas Pendekatan Proses telah dijalankan oleh


Narayanan Kunci Raman (1991). Beliau telah membuat kajian ke atas
pengajaran penulisan karangan berasaskan Pendekatan Proses di sebuah
sekolah menengah gred A. Sampel beliau ialah dua buah kelas tingkatan
satu dan dua orang guru. Kelas pertama terdiri daripada pelajar kumpulan
cerdas yang terdiri daripada 41 orang pelajar Cina. Kemudiannya dan
seorang pelajar berbangsa India manakala kelas kedua terdiri daripada 46
orang pelajar bumiputera kumpulan cerdas. Kajian beliau secara
eksperimen selama enam minggu ini mendapati bahawa Pendekatan
Proses dapat meningkatkan kualiti karangan pelajar. Dalam aktiviti
prapenulisan, beliau telah membuat pengenalan tema, aktiviti pemilihan
tajuk dan membuat rangka karangan. Dalam aktiviti penulisan pula, beliau
telah menjalankan aktiviti menulis draf satu, membuat komen, menulis draf
kedua, aktiviti penyemakan rakan sebaya, maklumbalas guru, membuat
perbincangan guru dan pelajar, menulis draf ketiga dan kemudiannya
proses penyemakan guru dijalankan. Akhir sekali barulah aktiviti menulis
draf keempat.

Dalam aktiviti selepas penulisan pula, guru membacakan contoh karangan


terbaik dan meminta komen daripada rakan dan karangan yang baik akan
dipaparkan disudut bahasa. Beliau mendapati semasa proses penyemakan
rakan sebaya dijalankan, proses ini telah memberikan satu pengalaman
baru kepada pelajar untuk menjadi pembaca yang kritis untuk mencari
kesalahan tatabahasa. Semasa penulisan draf ketiga, beliau mendapati ada
kemajuan dalam karangan pelajar. Pada draf keempat, menurut beliau agak
kurang mencabar pelajar kerana pelajar hanya menyalin kembali karangan
mereka.

Walau bagaimanapun, pengajaran Pendekatan Proses yang diperhatikan


oleh beliau menggunakan terlampau banyak masa. Contohnya untuk
menghasilkan satu karangan yang lengkap dari draf satu hingga draf
keempat, sebanyak 4 jam 40 minit diperlukan yang bersamaan dengan
empat minggu waktu karangan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Masa yang panjang ini kurang sesuai dengan masa karangan di
sekolah rendah.

Satu lagi pendekatan baru dalam kemahiran menulis ialah Pendekatan


`Conference’ (Turbill,Jan,1982). Seorang pakar pendidikan di Amerika iaitu
Profesor Donald H. Graves telah menjalankan kajian ke atas pendekatan
ini. Pendekatan ini terus membawa kanak-kanak ke alam penulisan dan
mula mengarang secara bebas. Prinsip pendekatan ini, menulis adalah
proses yang memerlukan banyak langkah dan merupakan satu kraf. Hasil
kajian beliau, beliau mendapati bahawa kanak-kanak didapati amat
berminat untuk menulis tanpa menunggu arahan daripada guru.

Perubahan sikap dan minat ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Kajian
juga dijalankan ke atas 27 orang guru sekolah rendah di tiga buah sekolah
di Australia. Hasilnya didapati kemajuan yang dicapai oleh kanak-kanak
dalam bidang penulisan amat menggalakkan. Seterusnya pendekatan ini
diperkenalkan kepada guru-guru lain. Pendekatan ini juga didapati
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru. Ia
kemudiannya diperkenalkan dan diamalkan di sekolah-sekolah di Australia.

Kajian-kajian berkenaan pendekatan-pendekatan pengajaran karangan lain


juga sangat penting dimasukkan di sini. Di antaranya ialah kajian Jacobs
(1986) yang telah mencadangkan penggunaan pendekatan penulisan cepat
untuk mengajar karangan. Penulisan cepat itu menggunakan tiga unsur
iaitu penumpuan ke atas isi kandungan karangan, elakkan memikirkan
tentang bentuk karangan dan menulis tanpa berhenti. Kajian beliau
mendapati bahawa penulisan cepat ini membantu pelajar menggunakan
pelbagai strategi penulisan, pembinaan unsur suspens dan menjadikan
karangan pelajar mempunyai penutup yang lebih baik.
Hilgers (1980) juga menyokong penemuan pendekatan penulisan cepat ini
sebagai satu strategi jumpaan atau penerokaan. Beliau telah
membandingkan penulisan terhadap dua kumpulan pelajar yang belajar
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Kumpulan pertama diberikan
latihan teknik penulisan cepat dan satu kumpulan lagi diberikan pendekatan
penyelesaian masalah. Beliau mendapati kumpulan yang didedahkan
kepada pendekatan penulisan cepat lebih baik dari segi penutup,
mempunyai idea yang lebih banyak dan karangan mereka pada
keseluruhannya didapati lebih baik.

Selain itu, Lane dan Perrin (1984) dalam satu tinjauan ke atas pengajaran
kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang menggunakan
penulisan cepat mendapati bahawa 17 peratus pelajar-pelajar yang
didedahkan kepada pendekatan itu suka kepada penulisan cepat dan 88
peratus mengatakan ia membantu mereka mengeluarkan idea-idea dengan
lebih baik dalam penulisan mereka.

Terdapat juga kajian-kajian berkenaan pendekatan bebas dan terkawal


dalam pengajaran penulisan karangan. Di antaranya ialah kajian oleh
Paulston (1967) terhadap kesan pengajaran karangan bebas dan terkawal.
Kajian beliau telah mendapati bahawa kumpulan yang didedahkan dengan
rawatan karangan terawal didapati lebih baik kerana mereka menghantar
karangan lebih tepat pada masanya, meminta kerja rumah tambahan dan
menjalankan lebih banyak perbincangan jika dibandingkan dengan
kumpulan yang mendapat rawatan karangan bebas.

Begitu juga dengan kajian Mohd. Nor Ishak (1987), berkenaan dua strategi
penulisan karangan jenis ekspositori iaitu strategi karangan terarah dan
strategi karangan bebas. Kajian beliau ini dilakukan terhadap dua kumpulan
pelajar-pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Alor Setar.
Dalam strategi karangan terarah, beliau menambahkan penggunaan model
karangan untuk digunakan dalam penulisan karangan sebagai satu kawalan
ke atas karangan. Dapatan kajian beliau ialah pelajar yang mendapat
rawatan strategi karangan terarah menunjukkan kemajuan yang lebih baik
daripada kumpulan yang menerima rawatan strategi karangan bebas. Ini
beerti penyediaan model karangan sangat penting untuk diberikan kepada
pelajar dalam penulisan karangan.

Berkenaan dengan penyediaan model karangan ini, Robinson (1987)


mengatakan bahawa penggunaan model karangan memang dapat
membaiki penyusunan karangan pelajar. Di samping itu, model karangan
dapat membantu menambahkan kosa kata dan isi karangan menjadi lebih
baik. Walau bagaimanapun, didapati ada pelajar-pelajar yang terlampau
terikut untuk meniru model karangan ini dan kata Robinson mengganggu
koherensi karangan dan mengurangkan sifat kreatif pelajar.

Rutter (1989) telah menjalankan satu eksperimen untuk mengajar


kemahiran menulis kepada pelajar-pelajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua di sebuah universiti. Eksperimennya menggunakan dua bahagian
iaitu menulis karangan berpandu dan bahagian kedua ialah menulis
karangan bebas. Hasil eksperimennya beliau mendapati dengan
menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam proses karangan
menjadikan hasil karangan lebih baik. Ini kerana pelajar berasa mereka
telah diberikan tanggungjawab untuk menulis sendiri kerja mereka dalam
pelbagai aktiviti dan mengikut tempoh tertentu.

Kajian berkenaan pendekatan pengajaran jenis eksperimen dan tradisional


juga dijalankan. Tierney (1981) telah membandingkan dua pendekatan
tersebut untuk mengajar. Penyelidikan eksperimen itu melibatkan pelbagai
aktiviti menulis yang khas seperti membaca, latihan membuat esei,
meringkaskan karangan dan mengadakan ujian esei. Dalam kajiannya dua
orang guru terlibat di mana seorang guru mengajar menggunakan
pendekatan eksperimen dan seorang lagi menggunakan pendekatan
tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan
selepas rawatan di antara kedua-dua pendekatan selepas ujian akhir
dijalankan.

Selain itu terdapat juga satu pendekatan lain utuk mengajar kemahiran
menulis ini. Pendekatan tersebut ialah pendekatan menulis merentas
kurikulum. Fulwiler (1988) dalam kajiannya telah mendapati bahawa
program tersebut membantu pelajar untuk menggunakan fikiran ketika
belajar dan mengkaji bahasa. Kajian beliau ini menumpukan perhatian
kepada kebaikan dan kelemahan penulisan merentasi kurikulum.

Sebaliknya Day (1989) tidak menyokong dapatan kajian Fulwiler. Beliau


telah mengkaji pendekatan merentas kurikulum untuk mengajar kemahiran
menulis yang dilakukan terhadap beberapa kelas di Universiti Southwest
Texas State (San Macros) dalam sepuluh kertas sosiologi, dua kertas
Bahasa Inggeris dan satu kertas Pengajian Am yang kemudiannya
digredkan. Hasil kajian beliau ini beliau mendapati pendekatan merentas
kurikulum tidak sesuai.

McDevitt (1989) telah menggunakan satu pendekatan baru yang dinamakan


beliau sebagai pendekatan penulisan Spaghetti. Kajian beliau telah
dilakukan terhadap pelajar-pelajar di Universiti South Pasifik di Vanuatu.
Dalam kajian itu, beliau mendapati bahawa 29 peratus kesalahan
tatabahasa berlaku disebabkan kesilapan konsep ayat. Empat bidang
utama kesilapan ialah ayat yang tidak lengkap, tidak ada hubungan
tatabahasa dengan klausa, perulangan komponen tatabahasa dan
penyambungan ayat yang tidak tepat. Beliau telah menggunakan satu
latihan untuk membaiki kesalahan-kesalahan ini yang dinamakan sebagai
pendekatan penulisan Spaghetti.

Selain McDevitt, Tomlinson (1983) pula telah menggunakan satu


pendekatan untuk mengajar karangan di Tingkatan Lima O Level di kelas
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Zambia. Pendekatan ini
melibatkan proses pendedahan supaya pelajar berpeluang untuk
menghasilkan penulisan daripada tahap asas dan menggunakan kemahiran
itu untuk keperluan asas mereka. Pendekatan ini melibatkan model
penulisan bebas, membuat analisis, membuat persembahan, penulis
terkawal, penulisan berpandu dan membuat model semula. Beliau
mendapati, pelajar-pelajar yang dikajinya telah menunjukkan satu
peningkatan yang baik dalam kemahiran menulis.
Dickinson (1990) pula telah mengkaji penggunaan pendekatan berbengkel
untuk mengajar meningkatkan motivasi pelajar supaya mereka dapat
membuat pilihan apa yang akan mereka tulis. Pelajar-pelajar telah diberikan
latihan karangan untuk disiapkan dalam tiga masa di luar kelas dan lima
masa dalam satu minggu persekolahan. Fokus penulisan ialah terhadap isi
kandungan dan pelajar dibebaskan untuk memilih tajuk mereka sendiri dan
mereka juga dibenarkan berbincang. Hasil kajian ini beliau mendapati
bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam proses penulisan ini
menunjukkan sikap yang positif dengan berkongsi idea dengan rakan
sebaya. Ini menunjukkan bahawa, jika pelajar diberikan pilihan dan
kebebasan untuk memilih apa yang akan mereka tulis, mereka akan
menulis dengan lebih baik dan kualiti karangan juga akan meningkat.

Berkenaan dengan kajian terhadap pembelajaran kolaboratif, kajian


Houston (1990) mendapati bahawa pembelajaran kolaboratif dapat
menggalakkan pelajar untuk mendapatkan kemahiran menyelesaikan
masalah, menghilangkan rasa takut untuk melibatkan diri dalam
perbincangan serta membantu ke arah mengeluarkan idea untuk menulis
dengan lebih baik dan kualiti karangan juga akan meningkat.

Berkenaan dengan kajian terhadap pembelajaran kolaboratif, kajian


Houston (1990) mendapati bahawa pembelajaran kolaboratif dapat
menggalakkan pelajar untuk mendapatkan kemahiran menyesaikan
masalah, menghilangkan rasa takut untuk melibatkan diri dalam
perbincangan serta membantu ke arah mengeluarkan idea untuk menulis
dengan lebih baik. Berbagai-bagai aktiviti dapat dijalankan dalam kumpulan
kerjasama ini seperti aktiviti pemprosesan perkataan dan aktiviti
memberikan definisi teknikal tanpa mengira kumpulan.

2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Proses-Proses Penulisan

Selain dari kajian ke atas pendekatan-pendekatan pengajaran karangan,


banyak kajian juga dijalankan ke atas proses-proses penulisan. Flower dan
Hayes (1981) mengatakan bahawa semasa aktiviti menulis, penulis-penulis
akan merancang (prapenulisan), menyemak serta menulis semula. Smith
(1982) juga mengatakan bahawa prapenulisan, penuilisan dan penulisan
semula merupakan proses seiringan. Penulis akan menulis berbagai-bagai
draf dan akan menyemak karangan mereka seiringan.

Bagaimanapun guru perlu mengurangkan peranannya membantu pelajar


jika didapati pelajar sudah mula berdikari. Knudson (1990) telah mengkaji
peranan guru ketika membantu proses penulisan pelajar mengatakan
apabila pelajar telah menjadi penulis yang baik dan berdaya saing, guru
perlulah mengurangkan peranannya. Jika tidak pelajar tidak akan menjadi
penulis yang boleh berdikari.

Flower dan Hayes (1980a) telah mengemukakan sebuah model yang dapat
memberikan gambaran yang eksplisit tentang proses karang-mengarang.
Proses tergambar dalam rajah diperturunkan di sebelah.
Struktur Model Proses Mengarang

Berdasarkan model ini, bahagian-bahagian utama dalam proses karang-


mengarang ialah perencanaan, penterjemahan dan peninjauan. Inti kepada
bahagian perencanaan ialah penglahiran idea iaitu apa yang hendak ditulis.
Semua idea yang dipilih kemudiannya disusun untuk menghasilkan teks
dan ini dinamakan proses penterjemahan.

Kekuatan model Hayes dan Flower ini terletak kepada adanya


kepelbagaian peristiwa mental yang berlaku semasa proses karang-
mengarang. Struktur yang terawal ini membolehkan terjadinya persepaduan
di antara beberapa subproses.

Walshe (1981), telah menyenaraikan peringkat sebenar yang dialami oleh


seorang penulis. Untuk mengusai kemahiran menulis, kanak-kanak perlu
dibimbing untuk melalui peringkat-peringkat menulis. Kanak-kanak perlu
memilih tajuk, memikirkan tentang tajuk yang dipilihnya, menulis draf,
menyemak draf sehingga jelas kandungannya dan kemudian menulis untuk
dibaca. Peringkat penulisan itu ialah prapenulisan, penulisan dan selepas
penulisan.

Pengetahuan berkenaan sesuatu yang hendak ditulis mestilah mencukupi


sebelum seseorang itu mula menulis. Sesuatu tajuk hendaklah dikaji secara
mendalam sebelum ditulis seperti mengadakan perbincangan, membuat
kajian dan penyelidikan berkenaan bahan samada secara bebas atau
secara berkumpulan. Ini supaya terdapat pengawalan idea secara aktif di
samping dapat memproses maklumat baru dengan lebih banyak. (Anthony,
1985)

Begitu juga dengan Krashen (1982) yang mengatakan dalam usaha untuk
menyediakan pelajar untuk menjadi penulis yang baik, fokus yang lebih
sepatutnya diberikan kepada apa yang hendak diperkatakan dan bukannya
bagaimana sesuatu itu diperkatakan. Penulis harus mengetahui isi
pelajaran dengan cukup baik supaya boleh memberi penerangan, membuat
soalan dan memberi pendapat dan hujah ke atas kandungan tajuk tersebut.

Salah satu daripada proses-proses penulisan ialah penulisan semula.


Terdapat kajian yang mendapati bahawa penulisan semula sangat penitng
untuk membaiki penulisan. Philip (1990) telah menjalankan kajian ke atas
program penulisan kepada pelajar-pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa
pertama telah mendapati bahawa penulisan semula sangat penting. Kajian
beliau dijalankan ke atas satu program penulisan yang beliau bahagikan
kepada lima buah draf. Pada mulanya penulis menyuruh pelajarnya menulis
draf pertama dan menyimpannya dan kemudian menyuruh pelajar menulis
draf kedua. Draf kedua kemudiannya disemak dan draf ketiga ditulis
semula. Begitulah berlakunya proses penulisan semula hinggalah draf
kelima yang merupakan draf terakhir. Hasilnya beliau mendapati proses
penulisan semula sangat baik kerana proses ini menghasilkan karangan
yang berkualiti.
Selain dari proses penulisan semula, penyemakan juga merupakan satu
proses yang penting dalam kemahiran menulis. Ini kerana penyemakan
menentukan kualiti kerja penulisan. Dalam hal ini Applebee (1981) dalam
kajian beliau telah mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi jarang
diminta untuk menyemak karangan mereka. Kajian Squire dan Applebee
(1968) dalam tinjauan terhadap 106 sekolah tinggi yang mempunyai
reputasi yang baik mendapati hanya 12% pelajar tersebut sahaja yang
menyemak kembali kerja penulisan mereka.

Begitu juga dengan Zamel (1982) yang mendapati bahawa penyemakan


merupakan satu proses yang penting. Katanya guru-guru sepatutnya
berperanan untuk menerima maklum balas penulisan semasa proses
penyemakan yang nanti akan membantu murid-murid membaiki karangan
mereka.

Pelajar-pelajar juga boleh menjadi seorang penulis yang berkesan


sekiranya mereka dibimbing dan diajar untuk melihat semula karangan
mereka dan menilainya secara kritis. Murray (1978) telah mendifinisikan
penyemakan sebagai "apa yang dilakukan oleh penulis selepas draf
karangan mereka telah disiapkan".

Beberapa cadangan telah diberikan berhubung dengan proses


penyemakan ini. Butler (1981) mengatakan untuk mengajar kemahiran
mengedit karangan, guru sepatutnya menyediakan pelajar dengan peluang
untuk menjadi seorang editor iaitu untuk belajar mengedit penulisan sendiri.
Dua garis panduan untuk mengedit ialah pembaca penulisannya sendiri dan
tujuan penulisannya. Pengajaran dimulakan dengan kaedah demonstrasi
mengedit dan kemudiannya pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan
rakan sebaya yang mengandungi lebih kurang empat hingga enam orang.
Apabila pelajar mempunyai sikap yang positif untuk membantu rakan
masing-masing, penulis akan mendapat faedah daripada tindak balas ini.
Teknik rakan sebaya ini menggalakkan penulis menulis dengan lebih
banyak.

Maggie (1990) pula telah mencadangkan teknik kawalan diri (self


monitoring) dalam penulisan karangan. Teknik ini memerlukan pelajar
membuat tindak balas untuk membaiki draf karangan mereka melalui
komen-komen, soalan-soalan dan cadangan guru sebelum mereka
menghantar karangan mereka kepada guru. Guru yang menyemak
karangaan ini akan memberikan komen secara langsung ke atas isi
karangan pelajar. Teknik ini memudahkan guru memahami masalah penulis
dan membolehkan pelajar mempunyai kawalan yang lebih ke atas
maklumat yang didapati daripada guru. Ia juga membolehkan guru dan
murid membuat interaksi yang lebih ke atas karangan pelajar walaupun
dalam keadaan di mana perbincangan seorang ke seseorang agar sukar
dijalankan.

Mc Colley (1963) telah menjalankan satu kajian eksperimen bagi mengesan


enam kaedah pengajaran penulisan karangan. Enam kaedah itu ialah:-
1. Hanya mengarang sahaja (tanpa pengajaran)
2. Perbincangan dalam kumpulan sebelum menulis karangan.
3. Pengajaran penggunaan bahasa dan mekanisme penulisan
4. Pengajaran kendiri termasuk melihat semula, menulis semula, menyemak dan
membaiki.
5. Pemeriksaan karangan yang berfokus pada tema dan tajuk
6. Maklumat balik daripada guru.

Kajian beliau ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar gred 8 hingga 12 di


sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Selepas eksperimen selama setahun,
hasil kajian beliau mendapati bahawa latihan mengarang semata-mata tidak
berfaedah khususnya merujuk kepada kaedah pertama. Usaha beliau untuk
memberikan bimbingan dan maklum balik secara spontan menghasilkan
keputusan yang negatif dan tidak berkesan yakni merujuk kepada kaedah
enam. Sebaliknya mutu pengajaran menjadi lebih baik apabila guru
menggunakan pengajaran secara amali. Beliau mencadangkan supaya
guru memberikan latihan seminggu sekali dan bagi setiap latihan satu
hingga dua hari diperlukan untuk memberikan penerangan secara praktis,
membuat penyemakan dan menulis semula.

Walaubagaimanapun, didapati ada guru dan pelajar tidak mementingkan


proses penyemakan sebagai satu proses dalam penulisan. Ini didapati oleh
Joram (1990) yang telah mengkaji sikap pelajar terhadap penulisan dan
kemahiran mengedit teks pelajar. Beliau mendapati para pelajar amat
lemah dalam kemahiran mengedit teks karangan mereka. Beliau mendapati
pelajar-pelajar lebih suka menggunakan kertas dan pensel untuk menulis
draf pertama dan menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyemak
karangan.

Kajian oleh Pearl (1980), Pianko (1979) dan Zamel (1983) mendapati
bahawa pelajar-pelajar seringkali melakukan kesalahan tatabahasa dan
ejaan semasa menulis yang memerlukan diadakan proses penyemakan.

Begitu juga dengan kajian Scardamalia dan Bereiter (1981) yang mendapati
bahawa penulis-penulis muda melibatkan terlalu sedikit proses
penyemakan dan proses berfikir. Mereka juga telah mengkaji hubungan di
antara menulis dengan proses untuk memikirkan tajuk-tajuk yang berkaitan.
Mereka mendapati bahawa penulis-penulis muda menghadapi masalah
untuk mengingat kembali maklumat yang pernah mereka perolehi. Pelajar-
pelajar gred 4 dan 6 yang disuruh menamakan tajuk-tajuk yang diketahui,
sama ada banyak atau sedikit menemui kesulitan untuk berbuat demikian.
Karangan mereka juga didapati kekurangan keherensi.

Begitu juga dengan kajian Johns (1986) yang telah menggunakan teori
skema untuk membolehkan pelajar-pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua mengulangkaji dan menyemak karangan mereka. Kajian beliau ini
telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Cina. Beliau mendapati pelajar-
pelajar yang dikajinya tidak mementingkan proses penyemakan.
Kajian-kajian lain pula meninjau tentang perbezaan cara penulis menyemak
karangan. Penulis-penulis kurang mahir lebih berminat untuk memeriksa
karangan hanya ke atas kesilapan-kesilapan kecil dalam tatabahasa atau
pemilihan kata. Bridwell (1980) mengatakan tugas itu ialah tugas
menyemak (editing) dan bukan penulisan semula (rewriting). Beliau
mendapati ramai penulis bukan sahaja menyemak karangan mereka tetapi
juga menggunakan banyak masa ke atas keseluruhan isi kandungan untuk
melihat apa yang ingin mereka perkatakan dalam bentuk yang difahami
pembacanya.

Pelajar-pelajar seringkali melakukan kesilapan tatabahasa dan ejaan


semasa menulis. Oleh itu, Hyland (1990) dalam kajiannya telah
mencadangkan pendekatan alternatif iaitu kaedah maklum balas untuk
membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua dalam kemahiran menulis. Kedua-dua kaedah ini dipanggil kaedah
penandaan minimum dan penggunaan perakam suara sebagai komen.
Beliau telah mengambil kaedah ini daripada Haswell (1983) yang
mengatakan bahawa kesilapan pelajar hanya perlu ditunjukkan dengan
tandaaan di hadapan barisan ayat. Ini supaya pelajar sendiri dapat
mengenal pasti kesalahan dan membaikinya sendiri sebelum dihantar
kepada guru. Hasil kajiannya beliau mendapati bahawa kaedah ini
membantu pelajar mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang
sama dan proses membuat draf karangan dan menyemak menjadi lebih
mudah.

Menurut Pearl (1980) penulis-penulis kurang mahir sering mengandaikan


karangan mereka sudah lengkap dan tidak perlu lagi diadakan huraian atau
menyusun idea mereka supaya menjadi karangan yang lebih lengkap.
Bertentangan dengan kajian ini, Flower dan Hayes (1981) telah mendapati
bahawa penulis-penulis mahir dapat mengemukakan kembali idea yang
diselidiki oleh mereka. Mereka mendapati penulis-penulis dewasa yang
baru hanya berjaya menimbulkan 70 peratus sahaja idea daripada yang
pernah diselidiki oleh mereka.

Berkenaan dengan proses maklum balas dalam penulisan, Keh (1990),


dalam kajian beliau mendapati bahawa maklum balas pelajar merupakan
satu proses yang penting. Ia didefinisikan sebagai satu input daripada
pembaca kepada penulis. Ini termasuk komen-komen, soalan-soalan dan
cadangan-cadangan yang diberikan oleh pembaca kepada penulis. Maklum
balas ini dibahagikan kepada tiga iaitu maklum balas rakan sebaya,
perbincangan dan komen guru. Dapatan dari soal selidik beliau, beliau
mendapati bahawa maklum balas rakan sebaya sangat penting untuk
penulis mengetahui apa dan bagaimana mereka menulis.

Berkenaan dengan proses perbincangan semasa membuat draf, soal


selidik yang beliau jalankan mendapati perbincangan dapat meningkatkan
interaksi di antara guru dengan pelajar dan juga meningkatkan keyakinan
pelajar dalam penulisan dan lisan. Beliau juga mendapati perbincangan
kumpulan lebih berkesan daripada perbincangan individu.
Berkenaan dengan komen guru, di antara berbagai-bagai komen seperti
komen ke atas perkataan, frasa, ayat dan paragraf komen satu perkataan
kurang berkesan jika dibandingkan dengan komen yang lebih panjang.
Sepatutnya proses untuk mendapatkan maklum balas melalui komen guru
dimulakan pada peringkat awal sebelum pelajar meningkat ke tahap yang
lebih tinggi.

Kajian Freedman (1987) ke atas guru-guru yang berjaya, mendapati


bahawa guru-guru ini menghasilkan tindak balas yang berkesan ke atas
idea pelajar dalam karangan mereka. Kajian beliau mendapati bahawa
pelajar kumpulan sebaya hanya dapat menerima komen guru-guru yang
mengambil berat dan bekerja keras ke atas karangan pelajar.

Menurut Hallisay dan Hasan (1976), satu lagi proses yang berlaku ketika
menulis yang menerima perhatian para penyelidik ialah pautan ataupun
kohesi dan keteraturan fikiran (koherensi). Menurut Halliday dan Hasan
(1976), pautan dimaksudkan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu
menyambungkan atau mengikatkan ayat-ayat dengan menggunakan kata
penghubung, kata ganti dan artikel. Manakala isitilah keteraturan fikiran
atau koherensi diperkenalkan pula oleh Asmah Hj. Omar (1987) untuk
merujuk kepada susunan fikiran secara logis.

Martin (1979), telah mengadakan satu bengkel untuk mengkaji hubungan di


antara ayat-ayat dalam teks yang ditulis pelajar. Sebelum menyertai
bengkel, guru-guru yang menjadi peserta dikehendaki menilai kerja pelajar-
pelajar terlebih dahulu. Berdasarkan ulasan yang diberikan, guru-guru
mendakwa bahawa masalah besar yang ditemui mereka ialah kekurangan
kohesi.

Khatijah Abd. Hamid (1996), telah menjalankan satu kajian tentang


pertautan berdasarkan analisis kohesi dan koheren ini. Beliau telah
menganalisis beberapa buah karangan yang ditulis oleh murid yang
cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Dapatan beliau mendapati walaupun kesemua karangan baik tetapi masih
boleh dipertingkatkan kekohesifan dan kekoherenannya dengan pengajaran
kohesi dan koheren yang seharusnya bermula di sekolah rendah lagi.

Berhubung dengan pautan ini, Wong Khek Seng (1993) telah membuat
tinjauan awal terhadap pautan dan pembinaan teks menggunakan novel
Daerah Zeni dan Hujan Pagi karya A. Samad Said. Analisis beliau
mendapati pautan dapat dilakukan melalui pelbagai cara seperti perujukan,
kolokasi dan reiterasi leksikal dan penghujung ayat.

2.4. Kajian-Kajian Berkaitan Teknik-Teknik Menulis Karangan

Selain daripada kajian-kajian terhadap proses-proses dan pendekatan-


pendekatan dalam pengajaran penulisan karangan, terdapat juga kajian-
kajian terhadap teknik-teknik menulis karangan. Menurut Ramlah dan
Rahim (1985) teknik bermaksud cara sesuatu pelajaran itu disampaikan. Ia
meliputi bentuk-bentuk aktiviti tertentu yang ditekankan dalam pengajaran-
pembelajaran seperti teknik berdialog, berlakon, latih-tubi atau permainan.
Menurut Abdullah Hassan (1987) pula, teknik merupakan satu muslihat
yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan butiran pengajaran.

Menurut Tarigan (1987) terdapat beberapa keuntungan jika guru


menggunakan pelbagai teknik pengajaran bahasa. Di antaranya, guru dapat
menjadikan pengajarannya lebih bervariasi, menarik serta dapat
menimbulkan minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Di
antara beberapa kajian terhadap terhadap teknik pengajaran dalam
kemahiran menulis ialah kajian Rinvolucri (1983) yang telah menggunakan
surat kiriman sebagai satu teknik pengajaran. Beliau telah
menggunakannya terhadap pelajar-pelajar kursus intensif Bahasa Inggeris
peringkat asas selama dua minggu. Hasil kajiannya, beliau mendapati
bahawa pelajar-pelajar menggunakan surat kiriman beliau sebagai model,
meminjam perbendaharaan kata, frasa dan struktur ayat dan dengan dapat
memperkayakan teks karangan mereka sendiri.

Byrne (1981) dalam kajiannya ke atas kemahiran bersepadu menulis


karangan mendapati teknik ini juga menyebabkan pelajar mengambil
bahagian yang aktif dalam proses mengarang. Satu contoh yang diberikan
ialah gambaran seseorang yang sedang mencari pekerjaan. Di antara
langkah-langkah yang beliau jalankan dalam proses mengarang
menggunakan teknik surat kiriman ini ialah:-

a. Iklan surat khabar - Pelajar menelefon syarikat yang menawarkan


pekerjaan dan setiausaha syarikat mengarahkan pelajar menulis surat
permohonan pekerjaan.
b. Pelajar kemudiannya menulis surat permohonan
c. Surat balasan kemudiannya dihantar oleh syarikat yang berminat membuat
temuduga.
d. Temuduga dijalankan.
e. Surat dihantar menawarkan jawatan
f. Surat penerimaan tawaran dihantar kembali

Vincent (1990) telah menjalankan satu projek untuk memotivasikan pelajar


ijazah pertama dalam kemahiran menulis di Institut Linguistik Gunaan di
Universiti Warsaw, Poland. Beliau telah menjemput ahli perniagaan untuk
mengadakan perbincangan. Kemudian sesi perbincangan untuk menulis
surat rasmi untuk membuat lawatan diadakan. Selepas lawatan pelajar-
pelajar diarahkan untuk menulis artikel tentang lawatan. Hasilnya projek ini
didapati dapat menggalakkan penyertaan pelajar secara berkumpulan
ketika menjalankan proses penulisan. Ia juga menggalakkan proses
penyemakan di antara draf serta membantu pelajar ke arah aktiviti
pembacaan sebagai persediaan menulis.

Lopes (1991) dalam satu eksperimennya ke atas pembelajaran Bahasa


Inggeris sebagai bahasa kedua telah menekankan kepada aspek bacaan
iaitu membaiki strategi bacaan pelajar. Langkah kedua ialah membantu
mengubah sikap pelajar terhadap penulisan dan menggalakkan mereka
untuk memberi tumpuan ke atas isi kandungan dan mengeluarkan idea
secara jelas. Hasil kajiannya, beliau mendapati pelajar-pelajar mengambil
bahagian secara sukarela dalam tahap I. Dalam tahap II, pelajar-pelajar
dibantu dalam kemahiran menyusun isi karangan. Pendekatan ini dapat
menghasilkan pelajar yang lebih kreatif dan menghasilkan karangan yang
lebih tersusun strukturnya. Di samping itu, ia dapat menjawab soalan iaitu
apakah yang hendak ditulis dan bagaimanakah untuk menulis dengan baik.

Penggunaan teknik bercerita juga didapati berkesan untuk mengajar


kemahiran menulis. Kajian Piper (1986) tentang penggunaan teknik
bercerita oleh guru-guru gred dua untuk mengajar Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua telah mendapati penggunaan imaginasi dalam cerita dapat
mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan pengalaman mereka tanpa
batasan. Teknik ini menggabungkan konsep kefahaman, kepentingan
bercerita kepada pelajar-pelajar dan penglibatan pelajar dalam kemahiran
menulis. Pada awalnya semua kanak-kanak akan mendengar cerita dan
kemudiannya menggunakan sebahagian cerita untuk diceritakan semula.
Mereka kemudiannya diminta menyudahkan cerita mereka sendiri,
membuat draf, menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri.

Pengetahuan tentang topik yang ditulisnya memainkan peranan penting


dalam penulisan. Kajian Langer (1984) mendapati terdapat hubungan yang
signifikan di antara pengetahuan mengenai topik dengan kualiti karangan
pelajar. Beliau mengukur pengetahuan pelajar-pelajar gred sepuluh
berkenaan konsep spesifik mata pelajaran Kajian Sosial sebelum mereka
diminta menulis topik-topik yang berkaitan.

Britton, Burgess, Martin, Mcleod dan Rosen (1975) telah mengkaji proses
menulis dalam pelbagai teknik. Mereka telah mengumpulkan sampel
karangan yang terdiri daripada lima ratus orang pelajar dan mengrekodkan
sampel karangan untuk mengetahui siapakah pembaca yang ada dalam
fikiran pelajar semasa mereka menulis. Hasil kajiannya, beliau mendapati
bahawa 40 peratus pelajar memilih guru sebagai pembaca iaitu pada
pelajar gred enam di Amerika Syarikat dan kemudiannya meningkat kepada
60 peratus kepada pelajar gred 12. Justeru, dengan menggalakkan pelajar
meluaskan pembacaan ke atas tajuk-tajuk karangan mereka, dapat
menggalakkan pelajar menulis pelbagai bentuk penulisan.

2.5 Kajian-Kajian Berkaitan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi


Penulisan Karangan

Di samping itu, terdapat juga kajian-kajian ke atas faktor-faktor yang


mempengaruhi kualiti karangan pelajar. Salah satu faktornya ialah
kekerapan menulis. Kajian ke atas pendekatan yang membanyakkan
latihan menulis telah dijalankan oleh Buxton (1958). Dalam kajiannya
Buxton telah menumpukan perhatian kepada dua perkata iaitu:-

a. Melihat kesan dua pendekatan latihan menulis iaitu yang dianggap sebagai
latihan biasa dan latihan kerap.
b. Melihat kesan dua kaedah pengajaran menulis karangan iaitu kaedah bebas dan
kaedah perbincangan.
Kaedah bebas yang dimaksudkannya adalah kaedah pengajaran yang
memberikan banyak kebebasan tanpa gangguan dalam penulisan. Pelajar-
pelajar digalakkan menulis karangan seberapa banyak yang boleh. Apabila
guru membaca karangan pelajar, guru tidak menandakan sebarang
kesalahan, tidak membuat catatan atau komen dan tidak juga memberi
markah di kiri kanan karangan tetapi pada penghujung karangan diberikan
komen-komen yang positif sahaja. Kaedah perbincangan pula dimaksudkan
kepada setiap karangan akan dibincangkan selama 30 - 50 minit di dalam
kelas. Selepas karangan diperiksa akan dipulangkan kepada pelajar-pelajar
dengan komen-komen positif dan negatif. Hasil kajiannya beliau mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik di antara
kumpulan-kumpulan eksperimennya. Ini beerti menambahkan kekerapan
menulis tidak menampakkan kesan kepada keberkesanan ekspresi. Bagi
Ujian menulis esei, Buxton mendapati kaedah perbincangan telah
menunjukkan kualiti barangan yang lebih baik.

Faktor lain yang mempengaruhi kualiti barangan pelajar ialah pendekatan


yang melebihkan pemeriksaaan secara intensif. Pendekatan ini berpegang
kepada keyakinan bahawa sekiranya karangan pelajar-pelajar diperiksa
secara intensif berkenaan aspek-aspek penting dalam karangan, kemahiran
mengarang pelajar akan dapat ditingkatkan. Kajian Burton dan Arnold
(1963) misalnya telah mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kualiti karangan pelajar walaupun karangan mereka diperiksa
secara intensif, diberikan markah dan gred.

McCarthy (1954) telah melaporkan bahawa terdapat juga pertalian yang


positif dan signifikan di antara kualiti karangan pelajar dengan status
sosioekonomi keluarga mereka. Beliau mendapati, pelajar-pelajar yang
datang dari status sosioekonomi yang tinggi telah menghasilkan penulisan
yang lebih baik khususnya dalam aspek struktur ayat dan perbendaharaan
kata. Ini menunjukkan bahawa faktor sosial mempengaruhi kualiti karangan.

Faktor lain yang mempengaruhi kualiti karangan ialah aliran persekolahan


dan taraf kelulusan pelajar. Raminah Hj. Shabran (1986) dalam kajiannya
telah mendapati sedemikian. Beliau telah menjalankan kajian terhadap
kesilapan nahu yang dilakukan oleh penutur-penutur jati Bahasa Melayu ke
atas guru pelatih tahun satu sebuah maktab perguruan di Kuala Lumpur.
Beliau mendapati angkubah masa tidak mempengaruhi jumlah kesilapan.

Dewasa ini, penggunaan komputer semakin meluas dalam bidang teknologi


maklumat. Terdapat juga kajian untuk mengintegrasikan pemproses
perkataan dalam pengajaran penulisan karangan. Percubaan dan kajian
menggunakan pakej aplikasi komputer telah banyak dijalankan di luar
negara terutamanya di Amerika Syarikat (Opack dan Perushek, 1986).

Sommers (1985) menyatakan bahawa penggunaan pemprosesan


perkataan dalam penulisan karangan dapat membantu menghilangkan rasa
bosan dan keperitan pelajar yang diakibatkan oleh kerja-kerja menulis
semula. Pemproses perkataan menggunakaan komputer dapat menjadikan
hasil tulisan bersifat draf dan memberikan peluang yang luas terhadap hasil
tulisan untuk disunting sekehendak hati.

Sulaiman Sarkawi (1993) telah mencadangkan rancangan pengajaran


karangan yang menggunakan pemprosesan perkataan menggunakan
komputer untuk pelajar-pelajar menengah rendah. Dalam pengajarannya,
beliau membahagikan langkah perlaksanaan pengjarannya seperti berikut
iaitu:-

a. Aktiviti prapenulisan
b. Draf Pertama
c. Penulisan semula
d. Draf akhir

Beliau mencadangkan kaedah ini kerana dalam draf pertama, pemprosesan


perkataan dalam komputer dapat mencetak draf pertama manakala dalam
proses penulisan semula, pelajar boleh menaip dan menyisipkan ayat yang
hendak ditambah, menukarkan perkataan atau ayat, mengubah atau
menambah perenggan dengan begitu mudah. Dalam draf akhir, proses
penyuntingan dapat dilakukan dengan menggunakan kemudahan
menyemak ejaan dan tatabahasa. Kemudahan tesaurus boleh digunakan
untuk mencari perkataan yang lebih sesuai termasuk untuk menggantikan
perkataan yang berulang dalam satu ayat. Perubahan terhadap perenggan,
jarak baris, jenis dan saiz font, nombor halaman, ruang kiri, kanan, atas dan
bawah juga boleh disesuaikan. Ini menunjukkan penggunaan komputer
bantu meningkatkan kualiti karangan pelajar.

You might also like