You are on page 1of 14

*Sumber: Sejarah Kuala Selangor (2002) oleh Dato' Dr Hj Yusoff Bin Hassan

Sejarah Awal

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor.
Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala
Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat
itu dari na ma sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang
menjadi alat perhubungan ketika itu.

 Diagakkan nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun
Masehi 15, kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala
Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.

 Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada
seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai
dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke
Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura. Mengikut catitan, Paduka Seri
Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar,
jelaslah bahawanama Selangor telah pun adaketika itu ada pun sebelumnya. Dalam kitab
Jawa Negarakertagama yang terkarang di pertengahan Kurun Masehi 14 pula menyebut nama
Klang tertakluk ke Majapahit.

 Beberapa keping peta lama tersimpan di negeri Cina dan dipercayai peta itu yang menjadi
panduan kepada Laksamana Cheng Ho, salah seorang ahli perlayaran Cina yang dipercayai
belayar dalam tahun 1405-1433. Dalam peta tersebut ada tertulis Sungai Klang dan Selangor
darat. Sejarah Melayu juga ada menyebut di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
(1445-1458), Tun Perak telah dijemput menjadi Penghulu di Klang.

 Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu
bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara
Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan
Mahmud diberi memerintah Selangor.

 Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun
Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor
sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut. Kata-kata ini tidak siapa yang dapat
menafikan kerana segala bukti yang membenarkan bahawa di Kuala Selangorlah bermulanya
pentadbiran negeri itu masih terdapat hingga sekarang.

 Sebelum Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke
Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh seorang
perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung. Sifat seorang
pemerintah yang bertimbangrasa inilah yangmempengaruhi hati penduduk asli di situ,
hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali dari keturunan
Bugis. Faktur inilah yang menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima
baik oleh penduduk tempatan.
 Apabila meninggalnya ketua mereka,lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut
ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah Kuala
Selangor sekarang ini (1979). Di sisi pusara Upu Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam
air tawar dan sepohon bunga Tanjung.

Latar Belakang Kuala Selangor

| Sejarah Awal | Asal-Usul Nama Selangor | Cerita-Cerita Lisan |


Penduduk Awal Kuala Selangor |

Cerita-Cerita Lisan

Ada cerita mengatakan nama Selangor ialah dari sebutan seekor langau, sejenis binatang
merupai lalat tetapi berwarna hijau.

 Cerita ini selanjutnya menerangkan kononya seorang pahlawan datang dari selatan dalam
perjalanannya ke utara. Pahlawan itu datang dari Melaka yang ketika itu telah dikalahkan
Portugis. Beliau keletihan dan cuba berehat di bawah sebatang pokok. Belum pun sampai
melelapkan mata datang seekor langau terbang mengelilingi kepalanya . Kemudian langau itu
hinggap di hidungnya, pahlawan itu cuba menamparnya tetapi langau tersebut terbang.
Begitulah keadaannya beberapa kali.

 Dengan satu tekad pahlawan tadi membuat keputusan sekiranya keadaan itu berlaku lagi ia
akan menampar langau tersebut sekuat-kuat hatinya. Apakala langau tersebut hinggap ke
batang hidungnya pahlawan itu pun menampar seberapa kuat yang boleh, malangnya langau
terus berlalu hanya tinggal kesan sakitnya sahaja di batang hidung.

 Dari keadaan inilah setiap kali dia memegang hidungnya setiap itulah pula teringatkan kesan
seekor langau. Tebitlah di fikirannya bahawa dia tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana
panglima atau pahlawan, tetapi dia tewas oleh seekor langau sahaja. Kejadian ini telah
menimbulkan keinginannya untuk meneroka tempat tersebut dan membatalkan sahaja
rancangannya hendak mengembara lebih jauh lagi. Tempat itulah dinamakan se (satu)
langau, kemudiannya Selangor.

 Kisah ini ada persamaannya dengan cerita asal nama Singapura, iaitu bermula dari SINGA
PURA-PURA sejenis binatang membawa nama baru pada Temasik. Begitulah juga dari
pokok melaka dan kejadian anjing kepunyaan Sultan Mahmud Syah yang dibawa oleh Wak
Raja berburu, kemudiannya tercampak ke perigi buta kerana diterajang oleh seekor pelanduk
putih. Dari sempena baginda bersandar ke pokok melaka lahirlah nama Melaka. Pendapat
lain menyebut bahawa nama Selangor berasal dari banyaknya pokok mentangau, sejenis
kayu laut. Sebenarnya pokok mentangau ini masih boleh lagi didapati sekarang ini di pinggir
Sungai Selangor.

 Selain dari itu ada lagi pendapat mengatakan pokok-pokok kayu mentangau ini selain dari
banyak tumbuhnya, ia juga sejenis kayu yang tinggi dan boleh nampak dari laut, sehinggakan
setengah-setengah pedagang mengatakan, "Aku nak singgah di kuala mentangau," kepelatan
ini menjadi Selangor.

 Lagi pun mengikut kebiasaannya orang-orang zaman dahulu terlalu suka memberi nama
sesuatu tempat itu berpandukan kepada nama pokok atau kejadian di situ.Beberapa buah
kampung di daerah Kuala Selangor sendiri banyak yang dilahirkandari nama pokok.
Umpamanya : kampung-kampung Assam Jawa, Api-api, Sungai Buluh, Bukit Rotan, Ijok. Di
tempat-tempat lain juga terdapat beberapa buah tempat yang berasal dari nama pokok,
umpamanya Durian Sebatang, Durian Tunggal, Bagan Serai, Bukit Lada, Pulau pinang,
Nibong Tebal dan lain-lain lagi.

 Sebuah lagi cerita mengatakan ada sebuah bahtera dari Kedah ke Selangor kerana
nakhodanya ingin menjadi Penghulu di situ. Berita ini lebih dahulu telah diketahui oleh
orang-orang Kuala Selangor, oleh sebab itu mereka menjalankan ikhtiar agar rombongan
tersebut tidak dapat mudik.

 Tidak jauh dari kuala sungai yang dimudiki oleh bahtera Kedah itu ia pun tersekat dan tidak
dapat bergerak lagi. Beberapa ikhtiar telah dicuba tetapi semuanya tidak berjaya.
Nakhodanya pun memerintahkan supaya salah seorang dari anak buahnya turun ke dasar
sungai melihatkan apakah yang menyebabkan bahteranya tidak dapat bergerak. Dalam
tinjauannya itu didapati beratus-ratus batang kayumentangau telah beruncing hujungnya
disusun berselang-seli di perut sungai tersebut. Kononnya kerja-kerja ini adalah satu usaha
menghalang kemaraan angkatan Kedah tadi ke tempat tersebut. Dari itulah datangnya
perkataan sungai mentangau.

 Pendapat lain pula menyebut nama Selangor adalah berasal dari perkataan salang dan jemur.
Ini berpandukan kepada suatu tempat di pinggir Sungai Selangor yang dahulunya
dijadikantempat mendenda penderhaka dengan hukuman salang dan kemudiannya dijemur.
Gabungan dari perkataan salang dan jemur ini terbitlah Selangor.

 Satu lagi pendapat menyebut nama Selangor sememangnya berasal dari perkataan
mentangau, tetapi bentuk ceritanya berbeza.

 Menurut ceritanya seorang yang dianggap sebagai panglima diraja tetapi tidak diketahui dari
mana datangnya, setelah memudiki sungai tersebut bersama-sama keluarganya, kira-kira dua
batu dari kuala sungai terdapat di kawasan keadaan air di situ berolak dan berpusing.
Walaupun begitu panglima ini meneruskan juga perjalanannya hingga bertemu dengan
sebatang pongka kayu mentengau di tengah-tengah sungai tersebut. Inilah yang
menyebabkan keadaan air di situ berolak. Sekiranya dilintasi juga nescaya akan karamlah
perahunya.

 Setelah dirundingkan bersama-sama keluarganya, panglima itu pun mematikan cita-citanya


dan meneroka tempat tersebut. Beberapa kemudian anak perempuannya telah menjadi gadis,
beberapa orang jejaka berhampiran dengan kampungnya itu telah datang meminang tetapi
semuanya ditolak.

 Tamil menamakan Salang ur yang bererti kampung salang yakni kampung orang salang.
Pendapat ini juga boleh dipadankan dengan nama asal Singapura, yang berasal dari
SINGGAH PURA atau BANDAR SINGGAH dalam bahasa Hindu tua.

Latar Belakang Kuala Selangor


| Sejarah Awal | Asal-Usul Nama Selangor | Cerita-Cerita Lisan |
Penduduk Awal Kuala Selangor |

Penduduk Awal Kuala Selangor

Penduduk Kuala Selangor yang awal adalah dari orang laut yang hidup dengan menangkap
ikan. Mereka tinggal disepanjang tebing sungai Selangor kira-kira 3 batu dari kuala sungai
hingga ke hulunya.

Ketua mereka terdiri dari seorang wanita keturunan Bugis yang mempunyai sifat kasih dan
penyayang serta pandai mengambil hati anak buahnya. Sifat-sifat inilah yang menarik
perhatian penduduk di situ tidak akan berketuakan lain dari keturunan Bugis. Walaupun ada
orang lain yang ingin menjadi ketua di Kuala Selangor.

Tetapi dalam buku R.J. Wilkinson ada mengatakan orang Bugis yang bertempat di Selangor
(Kuala Selangor) bernama Daeng Lakani dalam K.M 17 bererti di Kuala Selangor ada
didiami oleh kaum lain sebelum itu, dengan itu nyatalah orang Bugis telah bertapak di Kuala
Selangor sejak K.M. 17 lagi.

Penduduk di Kuala Selangor ketika itu dikatakan sebagai petani dan nelayan, ada juga
menjalankan kegiatan melanun dan menyamun di sepanjang pantai Selangor. Hasil dari
samunan ini mereka simpan di sebuah teluk yang sehingga kini dikenali dengan nama Teluk
Penyamun, kira-kira sebatu dari Kuala Sungai.

Sejarah Melayu, naskhah Raffles No 18, ada menyebut bahawa semasa Sultan Mahmud Shah
Melaka di Bentan kira-kira T.M 1513, Tun Mahmud (Seri Agar Diraja) dirajakan di
Selangor.

Jeram, di antara tempat-tempat yang tertua di Selangor, terletak di daerah ini telah juga
tersebut dalam Sejarah Melayu. Dikatakan bahawa Sultan Mansur Syah Melaka yang
memerintah dari 1459 hingga 1477 telah merajakan peteranya Paduka Seri Cina di Jeram.
Satu lagi tempat tertua di Selangor ialah Permatang, bertentangan dengan Kuala Selangor
dan diceraikan oleh Sungai Selangor. Permatang adalah terletak di bawah pengaruh kerajaan
Melaka dan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis 1511, kekuasaan terhadapnya diwarisi
oleh kerajaan Johor.

Pada Kurun Masehi 17 semasa orang Bugis secara beramai-ramai keluar dari negerinya
mencari tempat dan penghidupan baru, Selangor adalah merupakan tempat yang menjadi
tumpuan mereka. Di Selangorlah juga dijadikan sebagai pusat gerakan untuk ke negeri-
negeri lain seperti Perak dan Kedah.
Dari keterangan di atas nyatalah Selangor telah dikenali sebelum Kurun Masehi 17, ini
bermakna Selangor telah didiami oleh orang dan ada penduduk sebelum tarikh tersebut.
Sejarah Kesultanan  

Sebagaimana yang tertulis di atas bahawa sebelum Kuala Selangor mempunyai sultan
tempat ini telah pun didiami oleh orang laut diketuai oleh Upu Chendera Burung. Kisah
ini berlainan jika dikaitkan dengan Selangor seluruhnya. Kalau berpandukan kepada
kesultanan pertama memanglah tiada siapa dapat menafikan bahawa Raja Lumu yang
bergelar Sultan Salahuddin itu merupakan Yang DiPertuan Kuala Selangor (Selangor)
pertama.

Walaupun ada setengah pendapat mengatakan bahawa Raja Lumu bukannya sultan
pertama di Selangor kerana sebelum Raja Lumu datang di Selangor telah ada yang
memerintahnya. Malah keterangan itu mendakwa di Klang telah lebih awal mempunyai
ketua, Datuk Engku Klang.

Datuk Engku Klang dikatakan berasal dari Negeri Sembilan, anak Sultan Johor. Dalam
keterangan yang sama juga menjelaskan bahawa di Kuala Selangor telah ditadbir oleh
Datuk Penggawa, Langat Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Kelang dan
Klang pula ditadbir oleh En Chik Yang Tujuh.

Berpandukan dari keterangan ini nyatalah bahawa pimpinan Datuk Engku Klang tidak
meliputi Kuala Selangor, beliau hanya berkuasa di sepanjang Sungai Klang sahaja.

Kesultanan Awal

Kesultanan awal Selangor juga bermula dari Kuala Selangor kerana kesa-kesan yang
membuktikan pendapat ini masih terdapat di Kuala Selangor hingga sekarang ini. Akhir K.M
17 di Kuala Selangor telah mempunyai Yam Tuan iaitu seorang raja dari negeri Gua Tanah
Bugis bernama Arang Pasarai dan anaknyalah yang berkahwin dengan Daeng Perani, salah
seorang anak raja Bugis lima bersaudara kemudiannya mendapat puteri Berima.

Daeng Perani dengan bantuan saudara-saudaranya pergi membantu Sultan Kedah kerana
rebutan kuasa. Dalam pertempuran ini Daeng Perani mangkat kena tembak. Seorang lagi dari
Raja Bugis itu ialah Daeng Chelak berkahwin dengan Tengku Mandak adinda kepada Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah ( 1722-1760) Johor. Apakala Daeng Chelak bertugas ke Riau
sebagai Yam Tuan Muda Riau ke 11 dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernamaDaeng
Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau.
Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng
Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng
Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

Tahun 1742 Daeng Chelak ke Kuala Selangor dengan orang Bugis menyerang Perak dan
beberapa ketika disana kemudian ke Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya
dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada
beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah
menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor.
Pendapat yang lain pula menyebut, dalam tahun 1743 Raja Lumu telah belayar dari Riau
untuk mencari negeri batu ke utara Melaka. Turut serta dalam rombongan itu ialah Daeng
Loklokdan beberapa orang pengikutnya. Disebabkan keputusan air minum, rombongan ini
pun singgah di sebuah pulau kononnya itu ialah Pulau Angsa sekarang ini. Di situ tidak
terdapat air tawar untuk dijadikan minuman lalu singgah dan masuk menyusur ke Sungai
Selangor. Setelah sampai ke suatu gelanggang menyabung ayam, jong pun berlabuh.
Kedatangan Raja Lumu ini disambut baik oleh anak-anak tempatan kerana beliau dari
keturunan Bugis, sebagaimana sumpahan mereka.

Hasrat untuk mencari air tawar untuk miniman itupun luput dari fikiran Raja Lumu bila
penduduk tempatan meminta baginda menjadi ketua mereka. Permintaan ini dipersetujui oleh
Raja Lumu. Sebagai menyampaikan hajat Raja Lumu, sebuah kolam air tawar di kaki bukit di
pinggir Sungai Selangor telah ditunjukkan kepada baginda. Pengakuan dari Raja Lumu inilah
berpuncanya kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang
DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan
Selangor itu sampai pula dari pendengaran Sultan Muzaffar Syah di Perak, ketika itu
bersemayam di Beruas.

Sultan Muzaffar Syah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke
Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Raja Lumu disambut dengan
penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan
dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja
yang berdaulat.
Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda
Sultan Muzaffar Syah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan
bergelar Sultan Salehuddin Syah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela
Husin.

Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja
pertabalan, Sultan Salehuddin Syah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang
pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati.

Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku
Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang
DiPertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju
melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan
Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi
sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.

Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak
Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa
berutusan. Malangnya dalam buku ini tidak menyebutkan siapakah nama Yang DiPertuan
Perak pada ketika itu, tetapi jika memandangkan kepada nama Yang DiPertuan Selangor
yang ditabalkan itu ialah sultan Salehuddin memerintah tahun 1756 hingga 1778.

Tetapi Sejarah Melayu v ditulis oleh Buyong Adil dalam The Malay School Series 1952
menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun 1743-1770. Ketika itu baginda
berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan Perak bergelar Sultan Salehuddin
Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang bertulis dalam tulisan jawi,
diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis Siltan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743.

Walau bagaimanapun sekiranya benar yang dinobatkan Raja Lumu, memanglah jelas
penabalan baginda berkisar dari tahun 1743-1756. Memandangkan pada tarikh ini nyatalah
pula Yang DiPertuan Perak ketika itu Raja Inu bergelar Sultan Muzaffar Shah 111
memerintah 1728-1756.

Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Ab. Hamid, semasa
Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor datang mengadap ke Perak.
Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan
mengurniakan cap mohor.

Kenyataan dari buku Misa Melayu ini agak berbeza dengan pendapat-pendapat lain, tetapi
kemungkinan ada sedikit persamaannya dengan keterangan buku yang ditulis oleh Barbara
Watson Andaya, Perak bertajuk The Abode of Grace, terbitan Oxford University Press 1979.

Buku ini menyebut Raja Kimas atau Sultan Mahmud Syah Perak yang mengistiharkan Raja
Lumu sebagai pemerintah bebas Selangor. Tetapi kenyataan ini boleh juga dianggap
pengistiharannya sebagai pemerintah bebas sahaja dilakukan oleh Sultan Mahmud, sebagai
mengukuhkan kedudukan Raja Lumu Selangor. Kemungkinan juga pengistiharan penabalan
ini dilakukan sebagai membebaskan diri Raja Lumu dari cenkaman Johor dan Riau pada
ketika itu.

 Keterangan ini berkemungkinan ada benarnya kerana memandangkan tarikh yang disebut di
atas tadi, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor dan Riau apabila berkirim surat kepada
Raja Lumu, baginda menggunakan gelaran Sultan Salehuddin.

Sejarah Johor ini juga ada mengatakan pada 30hb. January, 1756, Sultan Sulaiman (Johor)
berangkat ke Riau. Pada tahun itu juga didapati bermulanya gelaran raja pemerintah Selangor
itu Sultan Salehuddin iaitu abang Raja Haji, putera Daeng Chelak Yamtuan Muda Riau
Kedua.

 Memandangkan dari keterangan-keterangan tadi jelaslah bahawa Raja Lumu dinobatkan oleh
Sultan Muzaffar Syah 111 Perak kira-kira sebelum tahun 1756. Menyentuh mengenai
kepulangan Sultan Salehuddin Selangor selepas diistiharkan menjadi Yang DiPertuan
Selangor juga terdapat beberapa perbezaan : Mengikut Tuhfakul al Nafis kepulangannya
diiringi oleh Yang DiPertuan Perak. Sementara dalam buku Misa Melayu pula mengatakan
selepas Raja Lumu dinobatkan bergelar Sultan Salehuddin, baginda kemudiannya berangkat
mendapatka Rja Haji yang sedang berperang ke negeri Kedah.

 Begitu juga dalam Sejarah Alam Melayu V menyebut, Raja Lumu Selangor datang ke Perak
dan meminta gelaran kepada Yang DiPertuan Perak, tetapi tidak menyebut siapakah
pengiringnya waktu pulang ke Selangor.

 Mengikut suatu pendapat cara lisan jika menganalisa dari peribadi Raja Lumu, sebelum
dianya bergelar baginda telah berkahwin dengan salah seorang puteri Perak. Jika ini benar
tidaklah syak lagi ada kebenarannya Yang Dipertuan perak mengiringi baginda pulang ke
Selangor. Lebih-lebih lagi Raja Lumu semasa berada di Perak hanya menerima gelaran
sahaja, sedangkan penobatannya berlangsung di Kuala Selangor, yakni di hadapan rakyat
Selangor. Memang ada kemungkinan Yang DiPertuan Perak turut menyertai upacara itu.

Dari Unsur-Unsur Lain

Di Klang ketika itu ada empat orang datuk yang sama sahaja jawatannya iaitu Datuk Engku ,
Datuk Aru, Datuk Penggawa dan Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang
menggelar dirinya Orang Kaya Klang setelah mendapat persetujuan dari Datuk Engku, selaku
pemimpin utama ketika itu.

Disebabkan keempat-empat mereka ini mempunyai tanggungjawab yang sama, mereka pun
mengambil keputusan supaya menjemput seorang raja sebagai penaung. Dari sebab-sebab
inilah Raja Lumu dijemput khas datang ke Selangor menjadi Yang DiPertuan pertama
bertempat di Bukit Selangor dengan persetujuan ayahandanya, Daeng Chelak.

 Keterangan ini juga diikuti pula satu keterangan lain itu sebelumnya Raja Lumu datang,
Selangor telah ada mempunyai ketua atau orang besar bergelar Datuk Engku Pinang Tunggal.
Makamnya masih ada di Sungai Way, Selangor. Datuk Engku Klang ini lima beradik berasal
dari Johor, mendapat arahan dari ayahandanya, Bendahara Sekudai supaya datang ke
Selangor. Empat orang adiknya yang lain ialah Datuk Kelana, Datuk Jelebu, Datuk Johol dan
Datuk rembau. Kesemuanya bertapak di Negeri Sembilan.

 Setelah empat keturunan dari Datuk Engku iaitu di zaman Datuk Engku naga Menghulur,
ketika inilah orang ramai berkehendakan seorang raja sebagai payung. Oleh kerana ketika itu
Selangor berada dalam pengaruh Bugis, terpaksalah raja ini diambil daripada kaum Bugis
yang telah sedia ada di Selangor.

 Pilihan ini jatuh kepada seorang Bugis bernama Harun pasarai dalam tahun 1700 dengan
tabal oleh Datuk Engku Klang serta menyerahkan mohor. Beliau mangkat pada tahun 1723,
kemudian digantikan oleh adiknya bernama Raja Siti, bertempat di Klang. Raja Siti mangkat
dalam tahun 1743, juga tidak meninggalkan seorang zuriat pun. Inilah yang menyebabkan
Raja Lumu diminta menjadi Yang DiPertuan Selangor, di Kuala Selangor.

 Dari keterangan tersebut dapatlah suatu kesimpulan bahawa sebelumnya Raja Lumu menjadi
Yang DiPertuan, Selangor (Klang) telah mempunyai ketua, tetapi kuasanya tidak melibatkan
Kuala Selangor.

 Cerita ini agak bercanggah dengan apa yang dituliskan oleh R.O Wenstedt mengenai Negeri
Sembilan JMBRSS Vol X11, pt 3 1935, menyebut Raja Lumu tidak diterima oleh Datuk
Engku Klang sebagai Yang DiPertuan Selangor terkecuali sesudah Raja Lumu dinobatkan
oleh Sultan Perak.

 Menurut dari buku Cenderamata Selangor mengatakan kira-kira tahun 1643, Raja Lumu
(Lumun) seorang putera Daeng Chelak Raja Bugis telah datang ke Selangor dan menjadi
Sultan Selangor Pertama bergelar Sultan Salehuddin Syah.

Sultan-Sultan Selangor yang Bertakhta di Kuala Selangor


SULTAN SALEHUDDIN (1756 - 1778)
Buku sejarah mengenai Selangor menyebut bahawa Raja Lumu hanya mempunyai seorang
adik lelaki bernama Raja Haji yang dianggap Panglima Bugis paling perkasa ketika itu,
terutamanya menentang Belanda.

 Tetapi ada pendapat lisan mengatakan Raja Lumu mempunyai dua orang adik, Raja Haji dan
seorang lagi perempuan bernama Raja (Daeng) Hafsah, yang berkahwin dengan Daeng
Lakani, kemudiannya membuat tempat di Api-api.

 Dari keluarga yang tertua inilah menjadi Yang DiPertua Selangor bergelar Sultan Salehuddin
Syah bersemayam di atas Bukit Selangor. Baginda di atas kerajaan dari tahun 1743 (1756)
hingga 1778. Apabila mangkat dikebumikan di bukit tersebut dan dinamakan Marhum Salleh.

 Baginda juga telah melantikseorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja
Lela Husin. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin
dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Sultan Selangor kedua.
Di zaman pemerintahan Sultan Salehuddin inilah negeri Selangor masuk ke kancah
peperangan menentang Belanda yang dibantu oleh Tun Dalam Raja Kecil Yang DiPertuan
Trengganu. Inilah juga masanya Selangor berperang dengan Kedah.
Penglibatan Sultan Salehuddin dalam peperangan membantu adiknya Raja Haji inilah
membawakan Belanda mengarah pandangan dan bercita-cita menakluk Selangor (Kuala
Selangor).

 Kemangkatan Sultan salehuddin meninggalkan empat orang putera iaitu Raja Ibrahim, Raja
Nala, Raja Idris dan Raja Ja'afar.

 SULTAN IBRAHIM (1778 - 1826)


Raja Ibrahim putera sulong Sultan Salehuddin dilantik menjadi Sultan Selangor kedua,
adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar
bergelar di Selangor.

 Sultan Ibrahim dianggap seorang Sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai
pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi. Baginda sering
mengikut ayahandanya dalam setiap lawatan seperti ke Riau, Melaka, Negeri Sembilan,
Perak dan Kedah.

 Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang
Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784.
Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya
dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang.

 Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor


terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai
persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor,Sultan Ibrahim telah
membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.

 Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya
kota tadi. Sultan Ibrahim dengan menakluki kedua-dua kota tadi. Sultan Ibrahim dengan
orang-orangnya lari ke Ulu Selangor,lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta
bantuan. Semasa di Pahang Sultan Ibrahim sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak
Bendahara Ab. Majid.

Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor.
Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu.

 Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal
Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu.

Ketika inilah Belanda melantik Raja Muhammad Ali memangku jawatan Sultan Selangor
dengan dibantu anak saudaranya, Syed Ali. Kedua-duanya dari Siak. Berundurnya Sultan
Ibrahim ke Pahang tidak bererti tewas terus-menerus, malah baginda menyusun pasukan
tentera dan memperkemaskan segala kelengkapan di samping azam dan semangat yang
berkobar-kobar.

 Dengan satu tekad menuju ke matlamatnya, pada 27hb.Jun, 1785, angkatan Sultan Ibrahim
berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor. Setelah Kuala Selangor ditadbir
oleh Sultan Ibrahim baginda cuba mententeramkan Selangor dengan membuat dua perjanjian
dengan Belanda iaitu pada 29hb. Julai, 1786 dan 29hb. Julai, 1790. Kemudiannya berbaik-
baik dengan Kompeni Inggeris di Pulau Pinang serta membuat perjanjian perniagaan pada
23hb. Ogos, 1818.

 Di zaman pemerintahan baginda jugalah Raja Hasan dihantar k Kuala Bidor sebagai
pemungut cukai bijih timah yakni sebagai suatu tanda bahawa wilayah ini tertakluk ke
Selangor. Kemudian pada 11hb. Julai, 1823, sultan menandatangani perjanjian dengan Perak
mengenai bijih timah.

 Ketika itulah juga Siam berazam untuk menakluki Selangor. Hasil daripada perkara tersebut
lahirlah pula Perjanjian Burnai pada 20hb. Jun, 1826. Akhirnya pada 27hb. Oktober, 1826
Sultan Ibrahim mangkat kemudiannya dimakamkan di atas Bukit Selangor.

 Almarhum meninggalkan tujuh orang putera dan beberapa orang puteri. Mereka-mereka itu
Raja Muhammad, Raja Hasan, Husain, Ahmad, Abdullah, Said dan Raja Ismail.

Kuala Selangor Dalam Pentadbiran Belanda

 Belanda menduduki di kedua-dua buah kota di Kuala Selangor dari 2hb. Ogos, 1784 hingga
28hb. Jun, 1785. Mengikut ceritanya Belanda dikalahkan hanya dalam tempuh semalam
sahaja.

 Tuhfat al Nafis menyebut Yamtuan Muhammad Ali membantu Belanda menyerang Kuala
Selangor, kemudiannya merampas harta orang-orang di Kuala Selangor dan dibawanya
pulang ke Siak.

 Tinggallah Syed Ali menggelar dirinya Yang DiPertuan Selangor, tinggal di atas Bukit Kota
iaitu istana Sultan Ibrahim. Dari semenjak itu tetaplah Syed Ali menjadi Yang DiPertuan
Selangor dalam pemerintahan Belanda.
 Sejarah Selangor pula menyebut, setelah Belanda menawan Kuala Selangor mereka telah
mengangkat Raja Muhammad Ali jadi pemangku Yang DiPertuan Selangor dibantu oleh
Syed Ali. Raja Muhammad Ali tidak lama di Selangor dengan Syed Ali menggantikannya
tetapi tidak akui oleh pembesar-pembesar Selangor.

 Sementara Sejarah Alam Melayu pula mengatakan pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda
menakluki Kuala Selangor. Sultan Ibrahim berlepas ke Bernam sementara itu Belanda di
Kuala Selangor melantik Raja Muhammad Ali , anak Raja Alam dan cucu Raja Kecil Siak
jadi Sultan Selangor. Tidak lama lepas itu Raja Muhammad Ali pun keluar dari Kuala
Selangor.

 Buku ini tidak pula menyebut apakala Raja Muhammad Ali keluar dari Kuala Selangor
tempatnya diambil alih oleh Syed Ali, sebagaimana yang terdapat dalam keterangan
sebelumnya.

 Belanda gagal memujuk penduduk Kuala Selangor walaupun dijanjikanhendak memberikan


pengampunan beramai-ramai supaya mereka pulang ke rumah masing-masing. Orang-orang
besarnya enggan mengiktiraf sultan yang dilantik oleh Belanda sebagai Yang DiPertuan
Selangor.

 Orang ramai pula tidak mahu menjalankan perniagaan bijih timah dengan Belanda, selagi
raja yang berhak tidak ditabalkan. Perdagang yang lain dibekukan terus sementara Syed Ali
menghabiskan masanya dengan merompak dan membinasakan daerah ini.

 Belanda melantik Raja Muhammad Ali sebagai pemangku Yang DiPertuan Selangor kerana
untuk membalas jasa beliau yang membantu Belanda menentang Riau, Johor dan Selangor.

 Di antara tiga orang Sultan Selangor yang bersemayam di Kuala Selangor, Sultan Ibrahimlah
yang paling lama memerintah. Baginda juga dipandang oleh rakyat sebagai seorang sultan
yang paling gigih.

SULTAN MOHAMMAD (1778 - 1836)

Sebagai ganti Sultan Ibrahim ditabalkan Raja Muhammad iaitu Raja Muda. Walaupun
baginda bukan anak isteri pertama bergelar Sultan Muhammad bersemayam di Kuala
Selangor juga.

 Pentadbiran baginda yang lemah itu menyebabkan Kuala Selangor menjadi sarang
perompak. Buktinya peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap Orang Melayu ioleh
Cina di Lukut tidak diambil tindakan, sedangkan baginda sendiri banyak berhutang kepada
saudagar-saudagar di Melaka.

 Perbuatan berhutang ini hingga melibatkan baginda sendiri hendak dicolek oleh saudagar-
saudagar di Melaka. Nasib baginda agak baik, menantu Raja Juma'at memberikan jaminan
akan melangsaikan segala hutang-hutang tersebut.

 Dari kelemahan baginda inilah juga yang menyebabkan seorang keluarga Diraja Selangor
bernama Raja Busu dengan sewenang-wenangnya membuka Lukut kerana bijih timahnya
tetapi tidak membayar ufti kepada Sultan Muhammad. Kelemahan-kelemahan baginda ini
juga membuka luas pintu perang saudara di Selangor. Baginda juga terlalu suka memberikan
sesuatu kawasan di bawahnya itu kepada menantu tidak kepada anak lelaki baginda.

Seperti mana yang terdapat Kuala Lumpur diserahkan kepada Raja Abdullah, Klang pada
mulanya diberikan kepada anak lelakinya, Raja Sulaiman, tetapi apabila berlaku sesuatu
Klang diserahkan pula kepada menantunya. Sementara Lukut pula diserahkan kepada Raja
Juma'at iaitu menantu baginda.

Sikap memberikan kuasa Selangor dari anak kepada menantu ini menimbulkan perang
saudara antara Raja Mahadi (anak saudara) menentang beliau. Begitu juga kuasa
mentadbirkan negeri Selangor sendiri juga diserahkan kepada Raja Ab. Samad suami Tengku
Atfah, turut membangkitkan peperangan saudara.

 Kuasa menantu ini lebih meluas dan menjadi kemarahan rakyat, apabila pentadbiran
Selangor diserahkan oleh Sultan Ab. Samad kepada menantunya Tengku Kudin. Kesemua
perang saudara ini secara tidak langsung melibatkan Kuala Selangor. Dari pergolakan ke
pergolakan yang lain menyebabkan Selangor dalam keadaan kacau-bilau. Akhirnya baginda
mangkat dalam keadaan negara yang tidak stabil pentadbirannya. Baginda dimakamkan di
tempat yang sama di atas Bukit Selangor.

 Dengan kemangkatan sultan Muhammad, Sultan Selangor tidak lagi bersemayam di Jugra.
Perpindahan tersebut berlaku kerana pergeseran antara orang-orang besar di Kuala Selangor
mengenai penggantian sultan.

 Pergolakan antara Raja Muhammad, putera Sultan Muhammad dengan Tengku Ampuan
basik yang masih kecil dilantik sebagai Raja Muda dan dipangku oleh Raja Juma'at (Lukut)
berterusan kepada perang saudara. Ketiga-tiga makam almarhum tersebut masih terdapat
hingga ke hari ini dan terpelihara dengan baik di atas Bukit Selangor bersama pusara yang
lain.

 Setelah pentadbiran Selangor berpindah ke Jugra, di Kuala Selangor hanya tinggal seorang
wakil sultan untuk memungut cukai di Sungai Selangor iaitu Raja Musa, putera Sultan Ab.
Samad.
Apakala wakil sultan ini dihapuskan, Kuala Selangor hanya tinggal di bawah pempinan
seorang besar daerah berjawatan Yang Dihormati Datuk Penggawa Paduka Mahabijaya
Permatang dan Kuala Selangor, iaitu salah seorang dari empat orang besar Selangor.

Orang Besar Kuala Selangor

 Jawatan ini bermula pada tahun 1785 semasa Selangor diperintahkan oleh Sultan Ibrahim.
Orang yang pertama tidak diketahui tetapi nyata jawatan tersebut diteruskan hingga ke
pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Syah yang bersemayam di Klang. Pada 20hb.
Oktober, 1898, Sultan Sulaiman telah melantik seorang besar Penggawa Permatang iaitu :

 Datuk Haji Ahmad bin Baba, bergelar Datuk Penggawa Tua Permatang Paduka Mahabijaya.
1. Datuk Haji Mohd. Shah, digelar pada tahun 1916.
2. Datuk Ismail bin Mohd. Shah, digelar pada 13hb. Mei, 1948.
3. Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, dilantik pada 13hb. Mei, 1958 bergelar Paduka
Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor. Masih bertugas.

Mengikut setengah pendapat, di Jeram dahulunya ada seorang ketua bernama Datuk Mafak
dikatakan mati tertembak peluru emas, lepas itu digantikan oleh adiknya bernama Datuk
Sulaiman. Dari keturunan inilah yang digelar oleh Sultan Sulaiman sebagai Penggawa
Permatang itu.

Disebabkan Permatang merupakan sebuah kampung Diraja Selangor, itulah sebabnya orang
besar daerah tersebut diminta berada atau disebut Penggawa Permatang.

AHAD, 2010 OKTOBER 03

Menghayati sejarah di puncak Bukit Malawati

Tadi bersama famili, saya mendaki Bukit malawati, Kuala Selangor. Trem dua gerabak di
kaki bukit membawa kami ke puncak Bukit Malawati yang bersejarah. Sampai di puncak,
saya terus masuk ke muzium Bukit Malawati. Hampir satu jam saya dalam muzium tersebut.
Sangat banyak informasi berguna yang saya dapat. Seruan saya kepada penduduk selangor,
datanglah ke sini dan kenalilah sejarah anda di sini. Masuklah muzium di puncak bukit agar
anda mengetahui sejarah negeri Selangor yang kini sudah menjadi negeri maju di Malaysia.
Sesungguhnya sejarah negeri Selangor bermula di sini.

Datanglah ke sini dan lihatlah kesan-kesan kepahlawanan orang Melayu melawan penjajah
Belanda. Saksikan keperwiraan pahlawan Melayu Bugis menentang musuh dan
kebijaksanaan mereka mentadbir negeri. Hayatilah kesan sejarah di sini dan jangan anda
sekadar datang untuk melihat panorama indah atas bukit atau sekadar bermain-main
dengan monyet-monyet yang banyak di puncak. Hayatilah sejarah...negeri selangor bermula
di sini...

Sejarah ringkas Bukit Malawati:

Berdasarkan catatan sejarah, Kuala Selangor telah mempunyai penempatan kediaman sejak
awal kurun Masihi ke 16 lagi. Kawasan seperti jeram, 10 batu ke Permatang, seberang Sungai
Selangor juga telah wujud. Tempat-tempat ini adalah di bawah takhlukan Empayar Melaka
dan seterusnya di bawah Empayar Johor.

Namun pada akhir kurun I7 M orang-orang Bugis telah menguasai tempat-tempat ini. Pada
tahun 1857, pembesar-pembesar dan penduduknya serta pembesar Klang telah bersatu dan
seterusnya telah menubuhkan sebuah kerajaan di Negeri Selangor. Raja Lumu (anak Raja
Bugis) telah dilantik menjadi Raja Selangor yang pertama.

Sejak itu Kuala Selangor telah menjadi pusat pemerintahan Negeri Selangor sehingga tahun
1857. Kemudian pemerintahan telah berpindah ke Jugra seterusnya ke Klang. Namun begitu,
Kuala Selangor terus memainkan peranan penting dalam sejarah Negeri Selangor di mana
daerah ini telah beberapa kali menjadi medan pertempuran yang melibatkan pihak Belanda
dan seterusnya pihak Inggeris.

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan
Ibrahim (julai 1784). Setahun kemudian pada 28 januari 1785, Sultan Ibrahim dengan
bantuan adindanya Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara
Abe. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam termpoh satu malam sahaja. Serangan
yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh
menyingsng.

You might also like