You are on page 1of 6

KERTAS KERJA KEM TAHFIZ AL-QURAN BERSEMPENA CUTI SEKOLAH

MAAHAD AL-UMMAH

“ KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI QURANI ”

1. TUJUAN

Kertas ini disediakan untuk memohon kebenaran untuk melaksanakan Kem Tahfiz Al-
Quran bersempena cuti sekolah.

2. MUQADDIMAH

“Tidak aku jadikan manusia dan jin itu, melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku.” (Surah
Az-Zariyat: 56)

Manusia pada fitrah kejadiannya telah dicipta dengan penuh teliti dan suci untuk diangkat
martabatnya sebagai pemimpin dan pemegang amanah untuk bertanggungjawab pada
memakmurkan alam jagat ini. Darjat manusia ditinggikan melebihi seluruh makhluk yang lain.
Ini membuktikan bahawa ia telah diberikan potensi yang amat hebat bagi melaksanakan
tugasnya di muka bumi ini, melebihi seluruh makhluk ciptaan Allah yang lainnya. Dengan
keseimbangan tahap kecerdasan Akal, Rohani, Emosi dan Fizikal, manusia pastinya mampu
membina kecemerlangan pada impian yang tersimpan pada kepercayaan diri. Apabila manusia
mengerti dan menghayati akan tujuan penciptaannya, seluruh kehidupannya akan terarah
untuk membangkit potensi tersebut bagi mencapai maksud agung penciptannya iaitu
memakmurkan muka bumi yang bermula dengan membina kecemerlangan diri.

3. VISI

Merialisasikan falsafah pendidikan agama yang dituntut oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah
s.a.w.

4. MISI

Melahirkan generasi al quran yang beriman, bertaqwa serta beramal dengan amalan
yang bertunjangkan al quran dan sunnah rasulullah s.a.w.

5. OBJEKTIF

i. Memberikan pendidkan Al-quran dan As-Sunnah secara teori dan amali dengan
sistematik serta menyuburkan jiwa dengan menghafal al quran.

ii. Membentuk nilai-nilai seorang muslim sejati dalam diri setiap pelajar.
iii. Memberi pendedahan kepada para pelajar akan cara dan tatasusila kehidupan
bermasyarakat yang ditutut oleh islam (mu’asyarah islami).

6. PENGANJUR
Maahad Al-Ummah dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) cawangan negeri Perak

7. KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar penyertaan ini adalah pelajar dalam lingkungan umur 9 hingga 17
tahun.

8. TENTATIF PROGRAM
SEPERTI DALAM LAMPIRAN 1

9. PEMBELANJAAN
SEPERTI DALAM LAMPIRAN 2

10. SENARAI AHLI JAWATANKUASA


SEPERTI DALAM LAMPIRAN 3

11. TARIKH PERLAKSANAAN


28 November 2010- 12 Disember 2010

12. PENUTUP

Diharapkan program ini mendapat sokongan daripada semua pihak yang berkenaan.
Sesungguhnya generasi muda hari ini menggambarkan masa depan dan masyarakat
negara kita. Dengan terbinanya barisan pasukan Pendakwah Muda di negeri-negeri ini
dengan nilai jati diri positif yang kukuh, mereka akan mampu menghadapi cabaran
zaman yang semakin hebat. Mereka inilah yang akan bersama-sama mencorakkan masa
depan negara sekaligus mewarnai tamadun umat masa hadapan. Semoga ikhtiar ini
akan menjadi lebih lancar apabila semua pihak sanggup untuk berkorban dengan penuh
komited dan ikhlas menggembleng tenaga memainkan peranan secara berterusan.
Semoga Allah S.W.T merahmati usaha ini dan membantu barisan pengerak dan
pendakwah ABIM dalam pembentukan Tamadun Khayra Ummah.
Lampiran 1

Jadual harian kem tahfiz al-quran

AKTIVITI MASA
Bangun pagi, solat tahajjud dan 5:00  pg
memantapkan hafazan baru

Solat SUBUH Mengikut waktunya

Tasmik  bacaan baru dengan Ustaz 6.30 pg

Sarapan pagi 8:00  pg

Masuk kelas semak hafazan baru dan semak 8:30  pg


gabungan hafazan sampai 1 juzuk

Kelas Mata Pelajaran Akademik/Dinniyah 10.30 pg

Rehat dan Qailullah ( tidur  sebelum Zohor ) 11:30 tgh

Solat ZOHOR Mengikut waktunya

Makan tengah hari 2:00  ptg

Masuk kelas, baca bacaan lama dengan 2.30  ptg


Ustaz sampai 1 juzuk

Rehat, bersiap sedia untuk solat Asar 4.00 ptg

Solat  ASAR Mengikut waktunya

Tazkirah dan riadhah 5:00  ptg

Makan malam 6:30 ptg

Solat MAGHRIB Mengikut waktunya


Menghafaz bacaan baru (untuk bacaan esok) 8:00  mlm
Solat ISYA’ Mengikut waktunya
Menghafaz bacaan baru 9:30   mlm

Muhasabah diri dan bersiap untuk tidur 10:30  mlm


LAMPIRAN 2

ANGGARAN PEMBELANJAAN KEM TAHFIZ AL-QURAN

A. KEPERLUAN PROGRAM    
BI
L PERKARA HARGA JUMLAH
1 Makanan RM7 X 150 X 14hari 14,700.00
2 Peralatan alat tulis, fail RM 2 X 150 300.00
3 Banner RM 80 80.00
4 Alat perubatan RM 100 100.00
5 Hadiah RM 100 100.00
    JUMLAH 15,280.00
B. GAJI GURU    
1 Warden 300 x 2 600.00
2 Penceramah RM 35 X 10 350.00
3 alaun Guru Tahfiz   400.00
4 alaun Guru Iqra RM 40 X 10 hari 400.00
5 alaun Guru Akademik RM 40 X 10 hari 400.00
6 Motivasi   150.00
7 Fasilitator RM 100 X 10 1000.00
8 kem komanden   400.00
9 AJK Penuh program RM400 x 7 2800.00
    JUMLAH 6,500.00

C. Perolehan RM 200 X 150 30,000.00

A+B 21,780.00

C-(B+A) 8,220.0/0
LAMPIRAN 3

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KEM TAHFIZ AL-QURAN

Pengarah

Ust Mohammad Hafez bin Ardhi @ Ardzi

Timbalan Pengarah

Ust Shazali bin Osman

Setiausaha

Ustz Nurul Samsiah Bt Yaacob

Bendahari Program

Ustz Nik Norhasliza bt Nik Mohamad

Ketua Modul JQAF

Ust Nabil Majdi b. Arip Saaya

Ketua Kem Komanden

Ust Asfawani B. Abdullah @ Wahab

AJK Makanan

Ust Zaid Muhammad b. Zakaria

AJK Persiapan

Ust Ahmad Ezwan bt. Ahmad Hazran

Ust Ahmad Akhyar b. Muhammad Rivai

Ketua Fasilitator

Ust Mohd Syafiq B. Murat

Ketua Warden

Ust Khairil Amri b. Abdul Rahman

You might also like