You are on page 1of 35

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN

PEMBELAJARAN KANAK- KANAK

PENGENALAN
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang
kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai
salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa.
Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak
masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran
melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan
mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran mereka.

A. Teori Jean Piaget


Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di
Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980.
Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek
falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi,
khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

Rajah 1.1: Jean Piaget


Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif

Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada


pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak
bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan
faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk
belajar.
Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan
persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa
pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa
menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi
dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai
semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.

Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi
biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus
ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan
operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga
dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:

1. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun


2. Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
3. Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
4. Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan
melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan
merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting
untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk
tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna
bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan
maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.

Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget


sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak
pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak
manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan
maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar
data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan.
Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat
dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan
mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang
aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai
objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

B.Teori Vygotsky
Lev S. Vygotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan
andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vygotsky ialah
kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan
berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak.

Rajah 1.2: Lev S. Vygotsky


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lev_Vygotsky

Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan


oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak
yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa
perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya,
Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak
muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.

Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui


interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting
di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara
berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa
atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai
budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa
serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:

i. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh


ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau
bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan
tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
ii. Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development
(ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya
mampu dicapai melalui proses scaffolding.
iii. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa
untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
iv. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti
bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk
meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap
yang lebih tinggi.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-
prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan
menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang
pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran
yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan


kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta
bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan
mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri
daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti,
kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget


dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti
Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran
berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melalui
discovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang
membimbing. Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama.

Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan


kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh
dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa
yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan
berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan
aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, “sandplay” dan sebagainya.

Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut


Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami
dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga
seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan
untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.
Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.

C. TEORI PERKEMBANGAN EMOSI MENURUT ERIKSON

Rajah 1.3: Erik Erikson


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Erik_Erikson.png

Erik Erikson (Rajah 1.3) ialah seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian
kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Erikson mengatakan bahawa semua
individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan
hingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan
sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini tidak ditangani
dengan baik, seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada
peringkat-peringkat yang berikutnya.

Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut:

a. Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust)


Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada peringkat ini
sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan
sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa
terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini
dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan
bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun
pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-
kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat
dipenuhi.

Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta


mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-
kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa.
Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan
akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan
kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu
kepada semua orang disekelilingnya.

b. Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame)


Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak
berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak
mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan
kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan
menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui
kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. Kebolehan membezakan perlakuan
yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan
keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut
berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau
merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat
dipupuk apabila dipuji.

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan
kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-
kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut
dipuji. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-
jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.

Pada peringkat ini, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada


melakukan aktiviti, perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan
kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep
kendiri yang rendah.
c. Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt)
Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat
bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui
proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk
mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang
dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang
menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan
memimpin.

Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah,


mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan
jantina. Pada peringkat ini, jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa
bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang
dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran
kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi.

Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah, beraksi
dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak
gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan
kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan
semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.
Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera
dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
pemikiran kanak-kanak.

D. TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori
kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan
berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia
mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner
menyatakan bahawa semua ada satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.

Rajah 1.4: Howard Garder


Sumber: http://www.weac.org/graphics/conven97/gardner.jpg

Rajah 1.5 Menerangkan teori kecerdasan menurut Gardner.


Rajah 1.5: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner

Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang
melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan
tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.

Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut:

i. Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan
melalui pembelajaran dan pengajaran.
ii. Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil
kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu.
iii. Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya
dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.
iv. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan
dinyatakan dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal
dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya.
v. Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan
mengembangkan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis
kecerdasan.
Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah,
kecerdasan antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya.

Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan


Kreativiti Kanak-kanak
Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada
peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik
bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara


berikut:

a. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang
tidak mudah mengalah.
b. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau
bidang yang diceburi.
c. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada
pada tahap kecemerlangan.
d. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
e. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan
hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu


Perkembangan Kecerdasan Pelbagai
Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting
dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan
aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.

i. Membentuk Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-
jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton,
corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual
(lihat Rajah 1.6).
ii. Melakar bentuk atau rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang
mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik.
Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa
organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang
khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan
bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung
garisan dan permulaannya.
iii. Membentuk
Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis
bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui
lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk
sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui
gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran,
catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.
iv. Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia
dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan
terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah
jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam
semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula
jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan.
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di
sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
v. Warna
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu
permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan
kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna
sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan
daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada
percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 1.6: Contoh aktiviti membentuk garisan


Sumber: http://www.dafko.com/Colorins/connect%20the%20dots%202.jpg
RUMUSAN

• Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada


pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia
pemikiran murid.

• Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi


kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

• Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep


pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat
digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem
pemprosesan maklumat.

• Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji


hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya
kemahiran membaca.

• Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk


hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya
dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.

• Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan
kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi
mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis,
mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan
sebagainya.

• Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika,


yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan
yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk
sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran
dan pembelajaran.
http://cikguani.blogspot.com/2010/06/teori-jean-piaget.html

PENILAIAN DI PRASEKOLAH

1.0 Pengenalan
Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi,
fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan
4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar
di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan
kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika.
Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru
prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak
sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian


daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya
adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak
dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti
pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian
yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub
dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:
“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang
perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.

Penilaian di peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan. Guru
prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap pengajaran
yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul
maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan
kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka. Selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh, bersepadu, dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di
dalam program prasekolah kerana pengalaman pembelajaran di prasekolah bakal
mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.
Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak
2.1 Konsep Penilaian
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor
dan membuat tindakan susulan.
Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-
kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap
sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini
dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap
perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses
pembelajaran.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang
tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses
yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan
membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga
membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang
keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.

Matlamat Penilaian
Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007)
penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:
2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh;
2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak;
2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;
2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak;
2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan;
2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa.
2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan
pegawai-pegawai yang memantau;
2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan
2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta
Kaedah Penilaian
Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas
kanak-kanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah
penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat.
Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau
interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu
konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai dilakukan secara
individu.
Pemerhatian
Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian
dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah
yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau
merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa
yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah
laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.
Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh
memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun
blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau
bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan,
aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya.
Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan
ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi
antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan
bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke
atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang
dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan,
kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau
hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang
dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku
skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-kanak, gambar yang diambil
semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan
sebagainya.
Waktu Penilaian
Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan oleh
guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah
dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara
berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu.
Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007) bahawa
penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal,
semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-
kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang
berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara
berterusan dan tiada had masa tertentu.
Tindakan Susulan
Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah
dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan
dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid
tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan
merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti
pengayaan hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari
telah dikuasai atau disiapkan.
Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi
membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih
mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian
setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan tindakan susulan di
prasekolah ialah:
Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan melalui
aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh dibantu
melalui bimbingan yang sewajarnya.
Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu,
kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.
Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi
dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian.
Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti
bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid
tersebut.
Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk
memperoleh sokongan tambahan di rumah.
Main dan Kanak-kanak
Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu
kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses
mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan
seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam
persekitarannya.
Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran
yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam
suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-
kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak
merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-
kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan
kegembiraan dan keseronokan.
Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain
kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah
pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar
melalui bermain.
Friedrich Wilhelm Froebel (1782–1852) yang digelar ‘father of kindegarten’ telah
meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan
kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-
kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu
kanak-kanak berfikir mengenai dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan,
kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau
percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di
pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh
kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan
kanak-kanak.
Herbert Spencer (1973) dalam teori Surplus energy menyatakan main adalah
penting bagi kanak-kanak untuk membuang lebih tenaga mereka. Semua manusia telah
dibekalkan dengan tenaga dan sekiranya tenaga ini tidak digunakan ia harus dibuang dan
cara yang menyeronokkan ialah melalui main.
Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga
membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak
untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak
dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan
untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.
Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan
emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan haram dalam
dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat
bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di
samping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang
tenang.
Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Antaranya ialah Main Sosial (Social Play), Main Kognitif
(Cognitive Play), dan Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play). Guru haruslah peka dan
memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-
kanak di prasekolah secara menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial,
bahasa, kreativiti dan emosi. Guru-guru prasekolah pada masa kini sedar nilai sesebuah
permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu merangsang minda dan
mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah.
Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain
Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti
semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun hanya lima
aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu:
4.1 Aspek Perkembangan Kognitif
Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan
pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal
adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental
kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku
yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang
pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat
diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang
perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir
dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti
bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku,
menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak
berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif
mereka.
Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air
boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau
sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani
aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang,
pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-
langkah keselamatan yang perlu.
Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan
air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan
membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan
tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam,
serta penyejukan dan pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak boleh meneroka
persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan
perkembangan kognitif ialah:
4.1.1 Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas
berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik.
Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air.
Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahan-bahan berbeza
seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya.
Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air.
Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan
timbul.
Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-
kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz
dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti
mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua
bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi
empat dan sebagainya. Menurut Piaget ( 1962 ), main dengan binaan mengajar pelbagai
konsep kuantitatif dan ruang.
Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat
meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan
kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan
menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan
mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. Kanak-kanak
memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. Permainan
diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.
Aspek Perkembangan Bahasa
Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan
membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek
di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh
menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan
perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main
pasir dan main peranan.
Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai
warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya,
bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan
kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika
bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-
kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama
sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang
dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual
dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di
kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru
perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan
meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru,
peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanak-kanak akan berbual sesama mereka
berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu
ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa
kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil menyanyi
juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa
mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat
ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan
perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat
atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi
mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya
dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara
berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-
kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-
kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari
perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin
bertambah.
Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru
bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan
rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu
berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan
memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang
lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan
cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.
Contoh permainan lagu berantai ialah seperti:
Malam yang sepi pi… pi
Pak Mat jual topi pi…pi
Topinya koyak yak…yak
Pak Mat jual tempoyak yak…yak
Tempoyaknya basi si…si
Pak Mat jual nasi si… si
Aspek Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak
kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran
menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi
idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak
berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.
Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah
laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya
Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk
berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.
Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu
perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir
boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan
selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk
memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta
bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi
dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati,
menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.
Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanak-
kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak. Hal ini
demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul
dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi
peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang
terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan
hak orang lain.
Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa
bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya.
Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara
berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga.
Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka
menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan
berani ke hadapan.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini menggalakkan
kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial
mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan
mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa
bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
Aspek Perkembangan Emosi
Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di
peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di
sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah
sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes,
Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas
kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia.
Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai
perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa
badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur
dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu
perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta
ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya
digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.
Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya
taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang
dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle
juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan
manusia secara keseluruhannya.
Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.
Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin
tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh
sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan
terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu
memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila
mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan
perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan
Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan
perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara.
Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak
suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan
mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini
dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah
mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di prasekolah dalam
membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.
Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti
nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara
semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau
seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan
perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam
aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-
rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang
ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru
dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.
Aspek Perkembangan Fizikal
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran
tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif
menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini
membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa
lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak
menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang
amat diperlukan.
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek
penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar,
kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat
dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran
dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-
kanak ialah:
Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang
aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-
kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan
perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.
Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat.
Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi
keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan,
pergerakan kreatif dan gimnastik.
Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan
menuruni gelongsor, bergayut pada ‘ monkey bar ’, bermain buaian dan sebagainya dapat
membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
Aspek Perkembangan Motor Halus
Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran
menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata.
Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas
dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan
yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti
merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan
merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek
perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan
doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh
sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih
sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh
dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses
mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga
adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.
Merekodkan Pemerhatian
Setiap pemerhatian yang dilakukan merupakan maklumat penting yang perlu
direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap dan jelas. Merekod pemerhatian ialah
aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan
dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian murid yang
ingin dinilai. Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk menilai kanak-kanak
prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan sesuatu perubahan tabiat atau
perlakuan kanak-kanak. Maklumat ini hendaklah direkodkan secepat mungkin. Maklumat
tersebut dapat membantu guru menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak pada bila-
bila masa diperlukan.Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai
semak, rekod anekdot, dan rekod berterusan.
5.1 Rekod Senarai Semak
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang
disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku
dapat diperhatikan, dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan (  ) atau
cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. Senarai item yang disediakan hendaklah
mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini juga dapat
menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai
hasil pembelajaran yang diingini.
Rekod Anekdot
Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai
sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan
untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-
kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau
tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak
berkenaan. Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang
berlaku, bila dan di mana berlaku.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:
- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
- Menulis apa yang dilihat secara objektif
- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Panduan Merekod:
- Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang
direkodkan tidak tercicir.
- Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
- Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak.
- Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku
Kanak-kanak yang diperhatikan.
- Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
- Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan kanak-kanak.
5.3 Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat
ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga
8 minit.
Prosedur pemerhatian:
Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan.
Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
Rekodkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak secara terperinci.
Rekod hendaklah tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Panduan menulis:
Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
Gunakan bahasa yang boleh difahami.
Gunakan singkatan semasa mencatat.
Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif atau “ Judgemental”.
Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang strategik
atau sulit.
Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak
Saya akan menghuraikan tentang dua cara merekodkan tingkah laku kanak-kanak
daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.
6.1 Rekod Anekdot
Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar
Umur : 6 Tahun
Kelas : Pra Bestari
Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 8.35 Pagi
Tempat : Taman Permainan Prasekolah
Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria
Peristiwa yang diperhatikan:
Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem,
Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari
menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris
hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat
gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit.
Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik
berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal
kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh
Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.
Ulasan Guru:
Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat
interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-
peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan.
Cadangan:
Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula
peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada
orang lain.

Rekod Berterusan
Nama : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 18 Mac 2009
Masa : 9.15 – 9.20 pagi
Tempat : Pusat Main Pasir
Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria
http://cikguani.blogspot.com/2009/03/penilaian-di-prasekolah.html

MENILAI KANAK- KANAK PRASEKOLAH

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak adi negara ini
telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak
berbanding masapmasa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin
berkekurangan . Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan
intelek anak -anak mereka . Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam
lingkungan usia tiga hingga lima tahun (pra sekolah ) lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak
menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta
cacat fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti
lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu
lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya ,
dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan
daripada pemerhatianmereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan
pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang
sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau
dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu
sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak
mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul
dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui
yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak
memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu ,
persepsi ibu bapa tentanganak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian
tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan
anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian
bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain
seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa
kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati lembab dalam
banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat
jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka .
Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang
memerlukan juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara
-cara merangsang bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk
berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak
ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap
kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . Didapati bahawa kanak -kanak
dalam kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur ,
berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam
proses meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan
dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur
untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk
membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak
kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi
yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka
) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek
seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat
mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab
dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu
bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka
perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi
pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn pesatnya melalui


sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi
pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini,
pendekatan yang bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau
bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti
Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai
seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan
pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological
sciences,) embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja dan
jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan
profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah
kesihatan atau perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak
tersebut menghidap sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga
perlu memastilkan sama ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu disebabkan oleh
penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu
dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang
dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan
atau kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh
pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri
untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di
mana seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau
lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia
tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta
masih belumpandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan
bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan
memerlukan penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu
orang kanak -kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami
perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh
dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah
benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan
merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan
selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan ,
pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor
atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak
yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin
tidak akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak
itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak
-kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada
riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut .
Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan
ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy yang sering
menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa
ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti .
Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan ,
dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

Kanak -kanak yang bagaimana yang memerlukan penilaian ?

Dari pengalaman saya, kebanyakanibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah dapat
mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena pada anak mereka itu . Tetapi , sama ada mereka
akan mengambil perhatian berat dan mendapatkan nasihat para profesional dengan segera
tidaklah dapat dipastikan . Pada pandangan saya, bilangan kanak -kanak prasekolah yang
dikenal pasti lembab dan diberi intervensi awal oleh para profesional adalah terlalu kecil .
Golongan yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah biasanya mempunyai reratusan kanak
-kanak prasekolah lembab yang lebih tinggi dibandingkan dengan golongan sosioekonomi dan
taraf pendidikan yang tinggi .

Kanak -kanak yang termasuklah dalam golongan di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami masalah pembelajaran . Penilaian para profesional yang arif tentang masalah ini
perlu di perolehi .

Mereka yang dilahirkan ringan timbangan beratnya (kurng daripada 2.5kg ) terutamanya jika
mereka pernah menerima rawatan intensif selepas dilahirkan akibat kelemasan (perinatal aspyxia
) atau penyakit kuning yang serius (septicaemia )

1. Mereka yang mempamerkan ciri -ciri perkembangan yang lambat .

2. Mereka yang sering berpenyakit

3. Mereka yang menunjukan prakelakuan seperti kurang tumpuan perhatian (attenspan


deficit disorder ) , masalah pergaulan dan masalah komunikasi

4. Mereka yang tinggal dalam suasana rumahtangga dan keluarga yang kucar -kacir
sehingga mereka berasa kurang tenteram .

. Bagaiman menilai kanak -kanak prasekolah yang lembab ?

Riwayat yang terperinci perlu dicatitkan . Maklumat -maklumat yang diperoleh dapat membantu
doktor menentukan sama ada kanak -kanak itu benar -benar mempunyai masalah pembelajaran
dan sebab -sebab timbulnya masalah tersebut .

Contohnya kanak -kanak berusia 3 1/2 tahun yang hanya boleh menuturkan beberapa patah
perkataan sahaja tetapi boleh menuturkan beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh
memahami dan mengikut arahan -arahan yang diberikan walaupun kepintarannya dianggarkan
hanya setaraf dengan kanak -kanak yang berusia dua tahun . Keupayaan dari segi pelaksanaan
aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum , bersalin pakaian , berjalan dan sebagainya adalah
memuaskan . Dia dilahirkan prematur ( 32 minggu sahaja dan telah disahkan menghidap sawan
pada hari pertama kelahirannya . Ini di sebabkan oleh kekurangan bahan glukos dalam darahnya
pada masa itu. Maklumat ini penting untuk memahami punca asa kelembapan pemikiran si anak
ini. Pakar kanak-kanak sudah lama mengetahui bahawa sawan di peringkat pranatal yang
disebabkan oleh kekurangan bahan kimia glukos boleh mengakibatkan seseorang anak itu
lembab pemikirannya apabila dia meningkat dewasa. Itulah sebabnya setiap bayi yang dilahirkan
prematur diawasi supaya tahap glukos dalam darahnya sentiasa berada pada paras normal.

Satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun yang telah dibawa
berjumpa doktor kerana didapati tahap pemikirannya lembab. Apabila dikaji riwayatnya secara
terperinci, didapati bahawa dia pernah mendapat penyakit meningitis atau lembam otak pada
usia tiga tahun. Penyakit meningitis boleh mengakibatkan rencat otak, pekak atau sawan.

Kedua-dua kes ini menunjukkan betapa pentingnya kajian yang terperinci keatasa riwayat
seseorang kanak-

kanak itu untuk mengatahui punca-punca atau sebab -sebab pemikirannya lembab.
Kajian terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak -kanak juga amatlah penting kerana
kanak -kanak yang lembab mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah
pembelajaran apabila dia dewasa . Lazimnya , pada usia tiga tahun seorang kanak -kanak yang
normal sudah boleh bercakap menggunakan ayat yang penuh , umpamanya , " Mak , adik haus ,
nak minum air oren ". Kanak -kanak berusia tiga tahun yang rencat akal mungkin hanya boleh
bertutur satu atau dua patah perkataan sahaja .

Ada berbagai -bagai punca yang menyebabkan seseorang kanak -kanak lambat bercakap .
Antaranya iailah kurang daya pendengaran , kurang peluang bergaul dan berinteraksi dengan
orang di sekelilingnya , rencat akal dan mungkin juga kerosakan di bahagian otak yang
menguasai fungsi pertuturan . Saya pernah bertemu kanak -kanak yang lambat bercakap
walaupun dia boleh memahami dan mengikuti arahan -arahan yang diberikan . Kanak -kanak
yang sebegini seolah -olah kurang mempunyai motivasi untuk bercakap . Pemeriksaan fizikal
tidak menunjukan apa -apa masalah seperti kurang pendengaran , kerosakan pada alat
pertuturan dan sebagainya . Perkembangan dari segi yang lain juga memuaskan . Apabila dikaji
riwayat keluarganya , didapati bahawa ayahnya , didapati bahawa ayahnya juga lambat bercakap
sewaktu kecilnya dahulu .Olehitu , masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu kelihatannya
ada kaitan dengan baka dan tidak perlu bimbangkan kerana dia bercakap dengan normal apabila
dewasa sedikit kelak . Memang tepat seperti yang diduga , kemahiran pertuturannya meningkat
dalam tempoh masa beberapa bulan kemudiannya .

Pemeriksaan perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab perlu dijalankan untuk
menentukan tahap perkembangannya dalam aspek seperti pergerakan motor halus , kemahiran
kendiri dan juga kemahiran sosialnya . Jika dia mempamerkan tingkah laku yang abnormal
seperti kurang tumpuan perhatian , terlalu aktif , tidak mahu bergaul dengan orang lain atau asyik
bersendirian , perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kerana ini boleh menjejaskan
perkembangan bahasanya . Jika perkembangan pertuturannya berlainan daripada kanak -kanak
lain , perhatian juga perlu diberikan . Kebolehan melukis , meniru gambar lukisan atau membuat
sesuatu bentuk dengan kiub boleh memberi maklumat tentang prestasi inteleknya .
Umpamanya , kanak -kanak yang berusia tiga tahun lazimnya sudah boleh meniru bentuk
bulatan dengan pensil jika disuruh dan boleh mengecam serta menunjukan gambar -gambar
binatang dengan tepat seperti yang di arahkan oleh si penguji .

Dalam menilai prestasi intelek seseorang kanak -kanak , penguji perlulah meninjau kebolehannya
dari berbagai -bagai segi termasuklah kemahiran pertuturan , keupayaan memahami bahasa
yang digunakan oleh orang lain , kebolehan menggunakan tangannya untuk melukis , mereka
bentuk model, meniru susunan kiub dan memasukkan sesuatu bentuk geometrik kedalam
acuannya. Dari bahasa dan percakapan kanak-kanak, dapatlah seseorang penguji itu
mengaggarkan tahap pemikirannya. Tetapi, jika seseorang kanak-kanak itu pekak atau tidak
berupaya bersuara seperti kanak-kanak biasa, ujian-ujian ini akan diubahsuaikan. Umpamanya
kecerdasan pemikiran seorang kanak-kanak yang pekak dan tidak boleh bercakap seperti kanak-
kanak biasa boleh diukur berdasarkan keupayaannya mematuhi arahan-arahan si penguji.

Satu kaedah ujian yang digunakan bagi kanak-kanak pekak yang berusia dua tahun ialah dengan
menyuruh dia menunjukkan mulut,rambut, mata, hidung dan telinganya. Satu cara lagi ialah
dengan menyuruh dia menunjuk kearah gambar kucing, kereta, botol susu dan sebagainya.
Gambar-gambar yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap intelek kanak-kanak itu. Pakar kanak-
kanak dan pakar psikologi perkembangan kanak-kanak yang mahir boleh menilai tahap
perkembangan seseorang kanak-kanak dari pelbagai segi hanya dengan memerhatikan kanak-
kanak itu menjalani ujian-ujian yang diaturkan, meneliti tingkah lakunya. Dalam pergaulan dan
cara dia berinteraksi dengan orang lain. Pakar tersebut juga boleh memerhatikan tingkah laku
kanak -kanak tersebut tatkala dia bermain -main seorang diri atau bersama -sama kanak -kanak
lain dan juga dengan mendengar pertuturannya yang secara tidak langsung dapat memberikan
gambaran tentang apa yangterkandung dalam pemikirannya (thought content ) . Satu kaedah
yang saya gunakan untuk kanak -kanak yang berusia dua hingga tiga tahun iailah dengan
menunjukkannya gambar -gambar serta menyuruh dia bercerita tentang setiap gambar itu .
Gambar -gambar yang biasa saya gunakan iailah gambar pemandangan di tepi laut , lapangan
terbang , suasana di pasar , pemandangan di tengah -tengah kota raya dan sebagainya . Kanak
-kanak yang bijak akan menunjukkan kebolehannya bercerita dengan baik tentang setiap gambar
itu .

Kebanyakan pakar kanak -kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneliti
perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab . Mereka hanya sekadar dapat membuat
pendiagnosan masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu mungkin terpaksa merujuk pada ahli
psikologi untuk mendapat keputusan ujian intelek yang lebih terperinci .

Dalam menjalankan pemeriksaan , pakar kanak -kanak akan meninjau prestasi tumbesaran
kanak -kanak itu dengan menggunakan carta tumbesaran ( growth chart ). Dia akan memastikan
yang kanak -kanak itu tidak mengalami masalah pendengaran dan penglihatan . Kanak -kanak
yang bermasalah akan dirujukkan kapada pihak -pihak yang berkenaan untuk tindakan
selanjutnya .

Pakar -pakar yang menjalankan pemeriksaan perkembangan urat saraf ( neurodevelopmental


examinition ) akan memastikan sama ada si anak itu boleh menggerakkan kaki dan tangannya
tanpa rasa kekok atau mempamerkan sebarang ciri -ciri kelemahan dan gerakan yang tidak
normal . Dia juga perlu meninjau sama ada tumpuan perhatian kanak -kanak itu singkat atau
tidak dan sama ada kemahiran pengamatan (perceptual skills ) , daya ingatan (memory ) , cara
memproses sesuatu maklumat atau stimulasi yang diberikan serta tingkah laku kanak -kanak itu
memuaskan atau tidak .

Kadang kala , pemeriksaan terhadapkanak -kanak yang lembab mungkin mendedahkan kelainan
-kelainan tertentu seperti rabit lelangit (cleft palate ) , buah zakar tak turun ( undescended
testis ) , masalah jantung dan katarak mata . penyakit - penyakit seperti lelah , resdung , sawan
tidak membesar ( failure to thrive ) , pucat dan sebagainya perlu dirawat terlebih dahulu sebelum
penilaian intelek kanak -kanak prasekolah yang lembab ini boleh dilakukan dengan memuaskan .
Kanak -kanak yang pucat (anaemic) mungkin mengalami kerurnnan cacing seperti cacing kerawit
dan sebagainya . dia sering mengantuk , tidak bermaya dan tidak menunjukan minat untuk
belajar.

Intervensi awal

Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting supaya program
-program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu disesuaikan
untuk setiap kanak -kanak menurut diagnosis , kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan
kanak -kanak itu sendiri .

Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri yang perlu
difahami oleh ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak itu tidak mempunyai motivasi
untuk bercakap , usaha -usaha untuk merangsang minatnya , membina keyakinan diri dan
memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan -rakan sebayanya boleh
dijalankan . Kanak -kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak mempamerkan
kemahiran pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan khas . Jika penguasaan
bahasanya lemah , dia haruslah digalakkan supaya lebih banyak berbual serta mengikuti sesi
-sesi bimbingan khas untuk mempertingkatkan kefahaman bahasanya .

Sebagaimana yang telah diterangkan , kemahiran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan
pencapaian akademik . Oleh itu , perhatian yang sewajarnya haruslah diberikan terhadap
perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.
Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendapat
sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon
tirod (hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon tersebut seumur hidup. Bagi kanak-kank
yang hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah
laku bagi membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh
digunakan untuk mengurangkan keresahan anak itu sewaktu menjalani program
pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan dan
tidak boleh mengenal abjad, berbagai-bagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk
mempertingkatkan prestasi inteleknya.

Kesimpulan

Kanak-kanak prasekolah yang lembab perlu mejalani penilaian yang terperinci supaya
pendiagnosan dapat dibuat dan ciri-ciri kekuatan serta kelemahan anak itu dapat dikenal pasti. Ini
amatlah penting agar program pemulihan berserta objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi
seseorang kanak-kanak itu dapat diaturkan. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lembab
akan mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lembab. Setiap kanak-kanak yang
didapati lambat bercakap perlulah mendapatkan penilaian lanjut . Perlu ditegaskan lagi bahawa
pencapaian bahasa amatlah penting kerana ini adalah asas bagi menguasai kebolehan
membaca dan menulis .

Penilaian awal keatas kanak-kanak prasekolah yang dikhuatiri lembab akan membantu para
profeional, ibu bapa dan jabatan pendidikan menentukan sama ada dia boleh ditempatkan
disekolah biasa, disekolah yang menawakan pendidikan khas ataupun dipusat-pusat pengajian
yang mempunyai program-program pendidikan diluar sistem persekolahan yang formal.

Sumber: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm

http://cikguani.blogspot.com/2010/07/menilai-kanak-kanak-prasekolah.html

You might also like