You are on page 1of 9

BESUT, TERENGGANU

NAMA PROJEK : KHIDMAT MASYARAKAT MINGGU AKTIVITI SEM 2

- Membaiki pagar-pagar yang berlubang yang dinamakan


‘Ikatan Kasih Sayang’

TEMPAT : KAWASAN SEKITAR PAGAR MAKTAB

NAMA : AHMAD HAIRI BIN AHMAD AMIRUDDIN

NO MKTB : 09246

KELAS : 2 AL-HAITHAM

AHLI PROJEK : SEMUA PELAJAR TINGKATAN DUA

GURU PENYELIA : ENCIK MD FIRDAUS BIN ABDUL RAZAK

GURU SUBJEK : ENCIK MOHD SHAHRIL BIN MAHBOB

PENGHARGAAN…………………………………………..
OBJEKTIF…………………………………………………...

PENGENALAN………………………………………………

LAPORAN……………………………………………………

CADANGAN………………………………………………….

PENUTUP……………………………………………………

RUJUKAN…………………………………………………….

ASSALAMUALAIKUM…
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa
saya yang memberi banyak sokongan dan semangat bagi menyiapkan folio
ini. Mereka turut membantu saya dari segi kewangan dan sokongan. Juga
penghargaan kepada guru matapelajaran, pendidikan sivik dan
kewarganegaraan iaitu Encik Mohd Shahril bin Mahbob kerana telah
memberikan panduan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa
juga kepada rakan- rakan yang turut menolong saya dengan ikhlas bagi
menjayakan lagi folio ini. Berkat daripada pertolongan mereka semua ,
saya telah berjay menghasilkan folio khidmat masyarakat ini dengan baik.

Sekian, Terima kasih

Untuk mengelakan para pelajar keluar daripada kawasan


maktab tanpa kebenaran

Melahirkan generasi yang sentiasa bekerjasama untuk


melakukan tugasan
Dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar
yang lain

Dapat membantu maktab dalam menangani masalah keluar


maktab tanpa kebenaran

‘Bagai isi dengan kuku’ itulah peribahasa yang sesuai untuk


menggambarkan dengan sifat bekerjasama sesame manusia ketika
melakukan sesuatu pekerjaan.

Oleh itu, saya ingin menceritakan tentang aktiviti yang telah kami lakukan
pada minggu aktiviti untuk program khidmat masyarakat dalam folio ini.
Dalam folio ini, saya telah menceritakan tentang aktiviti yang telah
dilakukan semasa program khidmat masyarakat.

Sesungguhnya, program yang dijalankan dapat melahirkan perasaan atau


sifat bekerjasama dikalngan pelajar.

Sekian, Terima kasih

LAPORAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT , MINGGU AKTIVITI

SEMESTER 2

PROGRAM : Ikatan kasih sayang

TEMPAT : seluruh kawasan mrsm besut

HARI : Ahad

TARIKH : 1 ogos 2010

MASA : 10.30-12.30 tengahari

GURU PENYELARAS : EN.Md Firdaus bin Abdul Razak

PELAJAR YANG TERLIBAT : semua pelajar tingkatan 2 (178 orang)


Pada 1 ogos 2010, MRSM Besut telah merasmikan permulaan minggu
aktiviti semester ke-2. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan salah
satu program yang diadakan ialah ‘program khidmat masyarakat’.

Selepas perasmian minggu aktiviti , pelajar tingkatan dua diminta untuk


beratur di dalam Dewan Seri Gemilang bagi melaksanakan program
khidmat masyarakat . disebabkan oleh kelewatan guru penyelaras, para
pelajar berasa bosan lalu membuat bising di dalam dewan dan keluar
masuk dari dewan.

Pada pukul 11.15 tengahari, guru penyelaras iaitu cikgu Md Firdaus telah
tiba. Cikgu Firdaus memberitahu serba sedikit tentang program yang akan
dijalankan sebentar nanti. Beliau menerangkan tentang aktiviti yang akan
dijalankan iaitu mengikat pagar- pagar maktab yang berlubang untuk
mengelakkan pelajar keluar dari maktab tanpa kebenaran di seluruh
kawasan maktab. Aktiviti ini dinamakan ‘ikatan kasih syang’.

Cikgu meminta beberapa orang pelajar tingkatan dua untuk mengagihkan


dawai yang akan digunakan. Setiap pelajar haruslah meronda satu maktab
untuk mencari pagar yang berlubang.

Sesetengah pelajar memberikan kerjasama yang baik ketika menjalankan


tugas ini bagai ‘aur dengan tebing’. Namun ada sesetengah pelajar hanya
bejalan – jaln di kawasan maktab tanpa membuat sebarang ikatan dip
agar. Cikgu juga memarahi beberapa orang pelajar perempuan kerna
mereka mengunakan dawai yang diberikan untuk membuat pelbagi bentuk.

Para pelajar berasa letih dan bosan kerana aktiviti ini dijalankan pada
waktu tengahari. Program ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Para
pelajar diminta berkumpul semula di Dewan Seri Gemilang. Cikgu firdaus
mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar kerana bekerjasama
untuk menjayakan program ini.

Pada pukul 12.45 tengahari, para pelajar terus ke dewan selera untuk
menikmati hidangan makanan tengahari yang disediakan serta dapat
menghilangkan dahaga selepas berjemuran di tengah panas semasa
melakukan program khidmat masyarakat .

Kesimpulannya, program khidmat masyarakat pada kali ini kurang menarik,


lebih-lebih lagi, program ini banyak melibatkan kawasan didalam maktab.
Para pelajar berharap agar program khidmat masyarakat pada tahun
hadapan akan diadakan di luar maktab seperti bergotong – royong
membersihkan rumah orang tua agar kami dapat merasai suasana
program khidmat masyarakat yang sebenar.

Laporan disediakan,

AHMAD HAIRI BIN AHMAD AMIRUDDIN

Setiausaha program khidmat masyarakat

Minggu aktiviti semester dua

MRSM Besut

Di kesempatan ini , saya ingin memberikan sedikit cadangan ataupun


komen mengenai aktiviti yang disediakan iaitu ‘ikatan kasih sayang’

Walaupun aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama ataupun dapat


mengeratkan hubungan sesame pelajar, namun aktiviti ini agak
membosankan. Program ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
dikalangan pelajar lebih- lebih lagi program ini dilakukan pada waktu
tengahari. Saya ingin mencadangkan agar program khidmat masyarakat
pada tahun hadapan agar lebih menyeronokan. Diharapkan lagi agar kami
dapat menjalankan aktiviti khidmat masyarakat in di luar maktab.

Sekian ,Terima kasih

Assalamualikum…

Kesimpulanya, khidmat masyarakat ini dapat mengeratkan hubungan


sesama pelajar dan dapat memupuk semangat bekerjasama galam
kumpulan, namun aktiviti ini dapat memberikan faedah kepada para
pelajar. Diharapkan aktiviti ini dapat diadakan gengan aktiviti yang lebih
menyeronokan untuk ilakukan.
BUKU TEKS PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN DUA
-PENGARANG :MAIMOOM BINTI JANTAN
ROSHANI BINTI ABDULLAH
JOHARI BINTI HASHIM
-TAHUN PENERBITAN : 2005

SUMBER PREMIER
-ENCIK MD FIRADAUS BIN ABDUL RAZAK

MENEMUBUAL BEBERAPA ORANG RAKAN


-NURZAIRA BINTI MOHD ZAMRI
-NURULELYANA BINTI RAMDAM
-BADIHAH BINTI MAT SUD
-AIN FAQIHAH BINTI AFANDI
-NOR FIEZATUL ASHIKIN BINTI AFFANDI

You might also like