You are on page 1of 15

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

Sebagai Guru Besar, anda diminta menerangkan dalam mesyuarat


kurikulum sekolah berhubung perkara-perkara berikut:
a. Mengapakah penyeliaan perlu dibuat?
b. Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai,
bagaimanakah melaksanakan penyeliaan klinikal di sekolah
anda?
Azizi bin Omar
Guru Besar
SK Teloi Timur
09300 Kuala Ketil

1. PENDAHULUAN

Guru sering mendapat perhatian masyarakat kerana peranannya yang begitu

signifikan dalam membentuk generasi akan datang. Ini bermakna profesion

perguruan yang berkualiti mampu menjana dan mengubah paradigma serta

perilaku mereka. Lantaran itu, profesion perguruan yang mantap dan berkesan

perlu diwujudkan agar aspirasi untuk memartabatkannya bukan sekadar

fatamorgana malahan merupakan suatu realiti. Kita mesti mengakui bahawa

keperluan tahap pendidikan yang berkualiti semakin ketara. Desakan daripada

perubahan dalam pembentukan tamadun yang semakin canggih menjadi asas

berlakuknya fenomena ini. Guru-guru seharusnya sedar akan hakikat tuntutan

itu dan bersedia menyahut cabaran-cabaran ke arah memartabatkan profesion

perguruan di negara ini. Warga pendidik perlu menggembleng sepenuh tenaga

dan memberi kerjasama yang sewajarnya dalam mencapai hasrat itu. Di sinilah

letaknya peranan dan kecemerlangan guru dalam memastikan kecemerlangan

pelajar dalam sesebuah institusi pendidikan. Justeru, penyeliaan oleh pihak

pengurusan sekolah amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru

secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


1/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

aktiviti pengajaraan dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang

cemerlang. Secara tidak langsung penyeliaan turut membantu guru membina

kemahiran dalam perancangan pengajaran dan memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Hakikatnya,

penyeliaan secara berterusan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan

memperbaiki kelemahan guru dalam proses pengajaran.

2. DEFINISI PENYELIAAN

Pelaksanaan kurikulum merupakan core business setiap sekolah, manakala

penyeliaan merupakan satu daripada tugas utama guru besar sebagai

pengurus pendidikan di sekolah. Berdasarkan Himpunan Modul Kursus

Pengurusan Kepimpinan Sekolah oleh Institut Aminuddin Baki, penyeliaan

kurikulum bermaksud satu proses mendapatkan maklumat bagi memastikan

pengurusan kurikulum di institusi pendidikan iaitu sekolah dilaksanakan

mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menyelia membawa erti melihat, menjaga, mengawas dan mengawal (Hazil,

1995). Dalam Bahasa Inggeris, penyeliaan bermaksud supervision. Ini

bermakna orang yang menyelia itu mempunyai vision yang super. Penyelia

ialah orang yang mempunyai kuasa atau kebolehan melihat apa yang patut

berlaku tetapi tidak berlaku. Penyelia juga mempunyai pandangan yang

mendalam untuk mengetahui bagaimana hendak mendapatkan apa yang patut

berlaku tidak berlaku tetapi akan berlaku pada masa yang akan datang. Ini

bermakna penyelia, pada masa yang sama membuat telahan. Penyeliaan

adalah satu aktiviti yang kompleks (Hazil, 1995).

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


2/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

3. KONSEP DAN OBJEKTIF PENYELIAAN

3.1 Konsep Penyeliaan

Konsep penyeliaan membawa maksud memerhati, mengendali, membimbing,

memuji, menegur, menyelenggara, membaiki, menilai dan merunding. Menurut

Ismail Kailani (1995), konsep penyeliaan adalah seperti yang berikut:-

i. penyeliaan pengajaran ialah segala tindakan atau perlakuan yang

dirancang untuk mempengaruhi tingkah laku pengajaran guru. Ia

dilakukan sama ada untuk memastikan guru melaksanakan tugasnya

seperti yang telah ditentukan atau untuk mengesani kekuatan atau

kelemahan guru dan dengan itu dapat menganalisis dan memperbaiki

mutu pengajaran guru.

ii. penyeliaan juga adalah satu proses sosial yang melibatkan hubungan

antara individu dan kerjasama antara guru dan penyelia. Ia merupakan

khidmat bantuan kepada guru ke arah menyediakan suasana dan

keadaan pengajaran yang berkesan.

iii. penyeliaan boleh juga dikatakan sebagai satu set kegiatan yang

dirancang dan direka bentuk untuk meningkatkan pembelajaran

pengajaran dan memaksimumkan manfaat pengalaman pembelajaran

murid.

3.2 Objektif Penyeliaan

Menurut Hazil (1995), objektif penyeliaan adalah untuk memperkembangkan

potensi guru dalam segala hal yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Contohnya:-

i. memberi bimbingan ke arah perkembangan sahsiah, ketahanan diri dan

nilai-nilai sesuai dengan profesion perguruan

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


3/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

ii. menilai prestasi guru.

Perlu diingat bahawa objektif akhir penyeliaan pengajaran ialah untuk

memaksimumkan manfaat pengalaman pembelajaran murid. Walaupun

penyelia tidak berinteraksi secara langsung dengan murid, tetapi hasil proses

penyeliaan adalah untuk memberi faedah kepada pembelajaran murid.

4. TUMPUAN DAN FUNGSI PENYELIAAN

4.1 Tumpuan Penyeliaan

Walaupun matlamat asas penyeliaan tidak berubah tetapi tumpuan kegiatan

penyeliaan telah berubah. Di peringkat awal, penyeliaan pengajaran

menekankan isi kandungan pembelajaran atau kurikulum di atas kepercayaan

bahawa ia adalah segala-galanya dalam pendidikan. Setelah itu, tumpuan

berubah ke arah meningkatkan pengajaran guru dan ke arah pengajaran yang

saintifik kerana masyarakat menganggap pendidikan adalah tanggung jawab

guru dan kejayaan pendidikan bergantung pada prestasi guru. Akhir-akhir ini

pula diperkatakan bahawa kejayaan pendidikan dan keberkesanan sekolah

bergantung kepada bukan sahaja kemahiran guru mengajar, tetapi juga

kepada bagaimana guru mengembangkan kurikulum dan memupuk

pembelajaran di sekolah. Oleh itu penekanan dan tumpuan dalam penyeliaan

adalah ke atas perkembangan guru, baik dari segi kemahiran mengajar,

meningkatkan ilmu, ataupun dari segi kepimpinannya(Hazil, 1995).

4.2 Fungsi Penyeliaan

Menurut Hazil (1995), penyeliaan mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi

penyeliaan sebenarnya merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


4/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

i. memberi maklum balas yang objektif kepada guru tentang tahap

pencapaian pengajarannya yang terkini

ii. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran

iii. membantu guru membentuk kemahiran menggunakan strategi pengajaran

iv. membantu guru membentuk sikap sihat tentang pembangunan

profesional berterusan

v. meningkatkan dan mengekalkan motivasi guru

vi. mengawal dan menyelaras pengajaran dan pembelajaran guru

vii. menilai hasil pendidikan

viii. memperkenalkan perubahan kepada sesuatu program atau pendekatan

baru

ix. memberi pendedahan atau pengalaman pensosialan kerjaya

x. mewujudkan ciri dan nilai keinsanan

xi. mengurus ketegangan.

5. RASIONAL PENYELIAAN

Penyeliaan perlu dilakukan kerana guru dapat dibimbing dan dibantu ke arah

perubahan iaitu peningkatan mutu pengajarannya. Guru yang tidak pernah

diselia selepas mengikuti latihan perguruan mungkin terus melakukan

kesilapan-kesilapan tanpa menyedarinya. Apabila kebiasaan terbentuk, akan

sukar untuk melakukan perubahan walaupun perubahan diperlukan.

Berdasarkan Buku Perancangan Strategik Jemaah Nazir Sekolah 2001 – 2010,

antara dapatan pemeriksaan yang menyebabkan pengurusan sekolah tidak

berkesan ialah kurangnya penyeliaan yang dilaksanakan oleh guru besar sama

ada dalam pengurusan program pendidikan mahupun dalam penyeliaan

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


5/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

pengajaran dan pembelajaran. Amalan negatif ini berlaku kerana ada antara

pihak pengurusan sekolah:

i. tidak melaksanakan penyeliaan

ii. tidak memahami peraturan (berdasarkan garis panduan atau surat-surat

pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) yang

dapat membantu mereka melaksanakan penyeliaan yang betul

iii. melaksanakan penyeliaan tetapi tidak tepat atau tidak menilai perkara

yang sepatutnya sebagaimana yang dikehendaki dalam peraturan yang

ditetapkan sehingga membawa impak yang negatif

iv. menurunkan kuasa (empowerment) memantau kepada subordinates

tanpa bimbingan yang betul. Tidak berlaku perkongsian ilmu dalam

proses memantau dan menyelia antara kedua-dua belah pihak. Kerap

berlaku abdication of power guru besar kepada guru-guru penolong

kanan.

v. tiada ilmu, kemahiran dan pengalaman menyelia secara berfokus dan

berstruktur

vi. tiada ruang dan peluang untuk mereka mendapatkan ilmu dan kemahiran

atau mengikuti kaedah dan cara menyelia yang betul dan berkesan dari

mana-mana institusi latihan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pernyataan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) menekankan

bahawa guru besar perlu memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum

dengan mengambil tindakan-tindakan berikut:

i. mengajar sejumlah waktu, iaitu sekurang-kurangnya lima waktu

pengajaran mengikut surat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Bilangan

5, Tahun 1998

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


6/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

ii. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran seperti yang

terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas, Bilangan 3, Tahun 1987

iii. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajaran

iv. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir dalam kalangan

warga sekolah melalui kursus perkembangan staf

v. menggerakkan dan menyelia perjalanan Jawatankuasa Kurikulum

Sekolah, dan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

vi. memantau dan menyelia kemajuan murid

Dengan melaksanakan penyeliaan kurikulum, diharapkan dapat membantu

guru besar melihat keberkesanan program dan membolehkan

penambahbaikan dilaksanakan secara lebih berfokus dan terancang. Data dan

maklumat yang diperoleh hasil penyeliaan kurikulum dapat membantu guru

besar di sekolah mempercepat peningkatan kemenjadian murid dalam bidang

akademik. Namun begitu, bagi menjayakan hasrat tersebut semua guru

termasuk guru-guru penolong kanan perlu berkongsi tanggungjawab bersama-

sama guru besar.

6. PELAKSANAAN PENYELIAAN KLINIKAL

Penyeliaan klinikal merupakan proses penyeliaan yang mengandungi ciri-ciri

seperti pemerhatian secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian,

penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti lain dengan tujuan memberi

bimbingan serta meningkatkan mutu pengajaran (Goldhammer, 1969 dalam

Hazil,1995).

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


7/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

Penyeliaan klinikal ini lebih menumpu kepada pembangunan dan pengukuhan

kecekapan berikut iaitu:

i. Kecekapan teknikal

- penguasaan metoda pengajaran, kemahiran-kemahiran spesifik

(kemahiran menyoal dsb), bagaimana menggunakan strategi

mengajar, bagaimana memilih dan mengelola kandungan kurikulum,

bagaimana mengstruktur bilik darjah untuk pembelajaran, dan teknik-

teknik mengawal kelas.

- Menentukan apa yang harus diajar, bagaimana boleh dipelajari dan

kriteria digunakan untuk mengukur kejayaan.

ii. Kecekapan klinikal

- bagaimana membuat keputusan secara reflektif, dan tindakan

menyelesai masalah praktikal, menimbang penuh tujuan dan amalan

mengambil tindakan menangani masalah praktikal.

iii. Kecekapan peribadi

- kesedaran kendiri, pembinaan kemahiran interpretif, proses kelompok,

membina gaya peribadi selaras dengan peranan guru.

iv. Kecekapan kritikal

- membuat keputusan reflektif dan tindakan menguatkan lagi usaha

mewujudkan sekolah yang lebih adil dan rasional, menyuarakan

tentangan mengenai ’permissiveness’ dan bentuk-bentuk kawalan

sosial yang bersifat menindas, membuat pendirian etika, dan

mengutamakan kualiti.

Menurut (Achesan dan Gall 1987, dalam Hazil, 1995) ciri-ciri penting

penyeliaan adalah seperti yang berikut:-

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


8/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

i. Guru perlu mempelajari kemahiran intelektual dan kemahiran tingkah laku

dalam usaha mempertingkatkan mutu pengajaran

ii. Penyelia bertanggungjawab membawa guru membentuk:

a) kemahiran menganalisis proses pengajaran berasaskan data

sistematik

b) kemahiran mengeksperimen dan mengubahsuai kurikulum

c) kemahiran dan teknik mengajar yang luas dan pelbagai

iii. Penyelia memberi penekanan tentang apa yang diajar dan bagaimana

guru mengajar untuk memperbaiki pengajaran dan bukan untuk menukar

personalitI guru

iv. Perancangan dan analisis berpusat kepada membuat dan menguji

hipotesis pengajaran berasaskan bukti cerapan

v. Perbincangan bertumpu kepada beberapa isu pengajaran yang mustahak,

relevan kepada guru dan boleh membawa perubahan

vi. Perbincangan maklum balas memusat kepada analisis membina dan

pengukuhan pola-pola yang berjaya. Bukan kepada pencacian pola-pola

yang tidak berjaya

vii. Bukti cerapan dijadikan asas, bukan pertimbangan nilai

viii. Putaran perancangan, cerapan dan analisis adalah berterusan dan

kumulatif

ix. Penyeliaan satu proses memberi dan menerima yang dinamik di mana

penyelia dan guru adalah rakan sejawat sama-sama berusaha mencari

kefahaman pendidikan yang saling berfaedah

x. Proses penyeliaan pada dasarnya berpusat pada analisis pengajaran

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


9/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

xi. Setiap guru mempunyai kebebasan dan tanggungjawab untuk

menimbulkan isu, menganalisis dan memperbaiki pengajarannya sendiri,

juga untuk membentuk kaedah pengajarannya yang tersendiri

xii. Penyeliaan boleh dipersepsi, dianalisis dan diperbaiki sebagaimana juga

pengajaran

xiii. Penyelia mempunyai kebebasan dan tanggungjawab menganalisis dan

menilai penyeliaannya sendiri sebagaimana juga guru menganalisis dan

menilai pengajarannya sendiri.

Langkah-langkah Penyeliaan Klinikal

Pendekatan penyeliaan klinikal adalah berasaskan kepada apa yang berlaku di

bilik darjah. Pendekatan ini berpunca dari data yang telah dikutip. Menurut

(Goldhammer et al.,1997 dalam Hazil, 1995), pengendaliannya mempunyai

peringkat-peringkat berikut:

i. perbincangan pra pemerhatian

ii. pemerhatian di bilik darjah

iii. analisis dan strategi

iv. perbincangan pos pemerhatian

v. analisis keseluruhan

Tujuan mengadakan perbincangan pra pemerhatian untuk menjalinkan

suasana mesra dan meyakinkan guru untuk menjalankan pengajarannya di

bilik darjah. Cadangan yang diberikan adalah sekadar untuk memberikan

pendapat.

Di peringkat pemerhatian di bilik darjah, penyelia akan membuat pemerhatian

berpandukan aspek-aspek yang telah dibincangkan pada peringkat pra

pemerhatian.

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


10/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

Di peringkat analisis dan strategi pula penyelia akan membuat catatan

daripada pemerhatian tersebut. Dari itu, penyelia akan memikirkan strategi

untuk menerangkan analisis itu kepada guru. Seterusnya guru akan membuat

pertimbangan tentang apa yang telah dikemukakan.

Pada peringkat pos pemerhatian, penyelia akan memberikan maklum balas

terhadap pengajaran yang dilakukan oleh guru. Di peringkat ini juga penyelia

akan mencadangkan beberapa alternatif untuk mempertingkatkan lagi

pengajaran dan pembelajaran guru.

Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1995), proses penyeliaan klinikal yang

dipraktikkan ketika menyelia melibatkan tiga peringkat.

i. sebelum pengajaran

ii. semasa pengajaran

iii. selepas pengajaran

Sebelum Pengajaran : Perancangan Dan Penulisan Persediaan Mengajar.

Bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan itu sendiri, penyelia perlu menilai

kesesuaian objektif pengajaran dan perancangan pengajaran yang melibatkan

isi pelajaran, susunan dan peralatan mengajar.

Semasa Pengajaran : Penyampaian Pengajaran

Konsep serta kesesuaian aktiviti di dalam rancangan pengajaran perlu dilihat

oleh penyelia untuk memastikan guru melaksanakan segala perancangan di

dalam bilik darjah. Kayu pengukur penting untuk menilai keberkesanan sesuatu

penyampaian adalah sama ada objektif pengajaran yang dirancang telah

dicapai oleh murid atau tidak. Di samping kesesuaian bahan pengajaran (isi

pelajaran, peralatan dan sebagainya) dengan objektif, faktor kesesuaian masa

untuk melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang turut diambil kira dalam

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


11/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

bahagian penyampaian ini. Aktiviti pengajaranpembelajaran yang dijalankan

hendaklah selaras dengan apa yang telah dirancang.

Pengajaran yang “tidak cukup masa” atau “berlebihan masa” adalah

pengajaran yang tidak dirancang dengan teliti dan baik. Cara guru

menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah sangat penting. Bagi mewujud

dan mengekalkan pembelajaran murid secara berkesan, guru perlu

menunjukkan keyakinan yang tinggi, bersemangat, tenang dan ceria. Di

samping itu, penggunaan peralatan dan papan hitam yang sesuai dan

berkesan sangat membantu pembelajaran murid.

Selepas Pengajaran : Bimbingan Dan Perbincangan

Selepas sesuatu pengajaran selesai, penyelia perlu membincangkan semua

aspek penyampaian pengajaran yang telah dilakukan oleh guru. Ini meliputi

perancangan, penulisan dan penyampaian pengajaran.

Pada peringkat ini penyelia memberi maklum balas terhadap pengajaran yang

telah dilakukan. Perbincangan ini perlu diasaskan pada persefahaman yang

telah diwujudkan.

Penyeliaan klinikal perlu melalui tiga peringkat ini. Penyeliaan ini perlu

diusahakan dengan cara terancang dan bersungguh-sungguh dan mengambil

kira peningkatan kemahiran guru secara berterusan.

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


12/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

RUJUKAN

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


13/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006).


Rancangan Malaysia Ke-9, Pelan Induk Pembangunan 2006 – 2010.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bourgeois, L. J. III (1996). Strategic Management: From Concept To


Implementation. Orlando: The Dryden Press.

Hitt, M. A. & Ireland, R. D., (1985). Corporate Distinctive Competence,


Strategy, Industry and Performance. Strategic Management Journal, July –
September.

Jedamus, P. & Marvin, W. P., (1981), Improving Academic Management.


San Francisco: Jossey – Bass Publisher.

Jemaah Nazir Sekolah (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia –


Sekolah, Instrumen Pemastian Standard, SKPM 2, Edisi Disember 2004.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia –


Sekolah, Pernyataan Standard, SKPM 1, Edisi Disember 2004.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kotler, P., (1995). Strategic marketing for Educational Institutions. New


Jersey: Prentice Hall.

Thomson, A. A. Jr, & Strickland, A. J. III (1998). Strategic Management:


Concepts and Cases, 10th. Ed. Boston: Irwin McGraw-Hill.

A.L Ramaiah, (1992). Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini. Petaling


Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Ajzen, I & Fisbein M., (1980). Understanding Attitudes and Predicting


Social Behavior. New York : Prentice Hall Inc.

Boardman. C.W. Douglas, H. R. dan Bent, R. K., (1953). Democratic


Supervision in Secondary Schools. Cambride, Mass : Houghton-Mifflin.

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


14/15
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan [KKPP]

Casio, W.F., (1987). Applied Psychology in Personnel Management. New


Jersey :Prentice Hall Inc.

Daft, R. L., (1997) Management, 4th. Ed. The Dryden Press Etzioni, A., (1961).
A Comparative Analysis of Complex Organization. New York : Free Pres.

Etzioni, A., (1964). Terjemahan Maisarah Mat Dum, (1979). Organisasi


Moden, Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Eye, Netzer dan Krey, (1971), dalam Ramaiah, AL (1979). Kepimpinan


Pendidikan, IBS Buku Sdn. Bhd.

Herberg, F., (1957). The Managerial Choice : To be Efficient and To


Human. Salt Lake City : Olympia Publishing.

Kamus Dewan, (1993). Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Koontz, H., dan Weihrich, H., (1975). Pengurusan. Terjemahan Mohd Salmi
Mohd Sohod dan rakan, (1977). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Milkovoich G.T & Boudreau J.W., (1991). Human Resourse Management,


Boston. Irwin.

Stephen Issaac & William B. Michael, (1981). Handbook In Reaserch And


Evaluation. California : EdiTS Publishers.

Surat Pekeliling Khas dalam Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin (1993),
Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Vardman & Halterman, (1969). Management and Organization. Houghton


Mufflin Company.

Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin. Dasar Pendidikan Kebangsaan Ke Arah


Pemantapan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara, Selaras Dengan
Tuntutan Wawasan 2020. Seminar Pendidikkan, UKM, 193

Tugasan Individu KKPP Oktober 2010


15/15

You might also like